artikel 16

15
Jumal Melayu (9)2012: 227-240 Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua: Pengungkapan Idea dalam Penuli sa n Pelajar Se ko lah Me neng ah di Malaysia Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar N o r Hashimah Jalaluddin Abstrak Komponen penulisan karangan adalah salah satu komponen penting dalam pembelajaran bahasa Melayu dan diuji dalam Kertas I Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kertas kerja ini akan membentangkandapatankajianmengenaipenulisanpelajarsekolahmenengah di Malaysia yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan memfokuspada pengungka pan ide a dalam pen ulisan kar ang an. Sec ara khusu sny a kertas ke rjainimelihat penggunaanungkapanmenari k dalampenulisanmereka. Ungkapan menarik yang dimaksudkan ialah penggunaan peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, kosa ata yang cantik maksud, maksud ayat Al- uran dan Iain-lain. Kajian dijalankan di lima kawasan iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dan melibatkan lima belas buah sekolah (tiga sekolah di setiap kawasan). Dapatanumum kajianmendapatipencapaianparapelajarinisecara majoritinya adalah di tahap sederhana dan lebih dari 20 dianggap l mah. Di samping itu pencapaianpelajar dari luar bandar didapati lebih baik dari pelajar ba ndar. Oleh itudapat disimpul kan bahawa ma jori ti pe lajar in i ya ng mempe laj ari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua masih di tahap tidak memuaskan kerana tidak dap t menguasai bahasa Melayu dengan baik. Dengan yang demikian, usaha perludipertingkatkanuntukmeningkatkanlagipencapaian pelajaruntuk menguasai bahasa Melayu kerana bahasa adalah salah satu jambatan bagi mengikat hubungan yang baik antara pelbagai kaum di Malaysia. Kata kunci: Pembelajaran bahasa Melayu, penulisan karangan, bahasa kedua, ungkapanmenarik,pencapaian pelajar Abstract The writing component is of the most important components in leaning the Malay language and itistested in Bahasa MelayuPaper 1 o f the Siji l Pep eriksaan Malaysia (SPM) exam. This paper will present the findings from a research

Upload: ajyid

Post on 16-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/26/2018 Artikel 16

    1/14

    Jumal Melayu (9)2012: 227-240

    Pembelajaran Bahasa Melayu SebagaiBahasa Kedua: Pengungkapan Idea dalamPenulisan Pelajar Sekolah Menengahdi MalaysiaNorsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar

    Nor Hashimah JalaluddinAbstrak

    Komponen penulisan karangan adalah salah satu komponen penting dalampembelajaran bahasa Melayu dan diuji dalam Kertas I Bahasa Melayudalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kertas kerja ini akanmembentangkan dapatan kajian mengenai penulisan pelajar sekolah menengahdi Malaysia yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua denganmemfokus pada pengungkapan idea dalam penulisan karangan. Secarakhususnyakertas kerja ini melihat penggunaan ungkapanmenarik dalam penulisanmereka.Ungkapan menarik yang dimaksudkan ialah penggunaan peribahasa, pantun,cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis,kosa kata yang cantik maksud, maksud ayat Al-Quran dan Iain-lain. Kajiandijalankan di lima kawasan iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabahdan Sarawak dan melibatkan lima belas buah sekolah (tiga sekolah di setiapkawasan). Dapatan umum kajian mendapati pencapaian para pelajar ini secaramajoritinya adalah di tahap sederhana dan lebih dari 20 dianggap lemah. Disamping itu pencapaian pelajar dari luar bandar didapati lebih baik dari pelajarbandar. Oleh itu dapat disimpulkanbahawamajoriti pelajar ini yang mempelajaribahasa Melayu sebagai bahasa kedua masih di tahap tidak memuaskan keranatidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Dengan yang demikian,usaha perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar untukmenguasai bahasa Melayu kerana bahasa adalah salah satu jambatan bagimengikat hubungan yang baik antara pelbagai kaum di Malaysia.Kata kunci: Pembelajaran bahasa Melayu, penulisan karangan, bahasa kedua,ungkapan menarik, pencapaian pelajar

    Abs t rac t

    The writing component is of the most important components in leaning theMalay language and it is tested in Bahasa MelayuPaper 1of the Sijil PeperiksaanMalaysia (SPM) exam. This paper will present the findings from a research

  • 5/26/2018 Artikel 16

    2/14

    228

    on the writings of secondary school students in Malaysia who are learningMalay as a second language by focusing on the phrasing of ideas in theiressays. Specifically, thispaper will look at theusage of interesting phrases intheir writings. Interesting phrases is defined asusing proverbs, pantun, slogan,quotation of speeches, wisdom words, quotation from hadiths the sayings ofProphet Mohamad s.a.w), vocabulary ofpoetic words, translated meanings takenfrom Al-Quran and etc. the research was conducted infive areas namely; Kedah,Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah and Sarawak. The findings of the researchshow that for majority of the students, their performance is at intermediatelevel and more than20 of the students are as weak. In addition, it is alsodiscovered that the performance ofstudents from rural areas are better that theircounterpart inurban areas. Itis therefore, can beconcluded that majority of thestudents who are learning Malay as second language are at the unsatisfactorylevel as they are still unable to use the language convincingly. As such, moreefforts have tobeputinthe endeavours to improve the students performanceof Malay language because language is the bridge that links the harmoniousrelation between various races inMalaysia.Key words: Malay language learning, essay writing, second language, interestingphrases, students achievements

    PendahuluanDi dalam sistem pendidikan di Malaysia subjek bahasa Melayu adalahsubjek wajib bermula di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkatsekolah menengah. Sebagai subjek wajib, banyak usaha telah dijalankanuntuk memastikan pelajar dapat menguasai bahasa Melayu denganbaik. Sama seperti pembelajaran bahasa-bahasa lain, bahasa Melayumerapakan satu mata pelajaran yang memerlukan pelajar menguasaikemahirantertentu,terutamanya kemahiranmembaca, bertutur, menulisdan seterasnya menguasai kecekapan menaakul, menghurai, merumus,mentafsir. Bagi pelajar yang memperolehi bahasa Melayu sebagaibahasa pertama, mereka mungkin tidak berkecenderungan menghadapikesukaran dalam menguasai subjek bahasa Melayu. Hal inikerana sebagaibahasa pertama, penguasaannya berlaku dengan cara'memperoleh' danbukannyamelalui prosespembelajarandi dalamkelas. Situasiiniberbezadengan pembelajaran bahasa kedua kerana bahasa selalunya dipelajarisecaraformaldi dalamkelasdanhanyaberkembang melalui latihandanpengukuhan. Oleh itu, dorongan yangkuatdan sikap yangbaik adalahperlu untuk menguasai bahasa kedua.

  • 5/26/2018 Artikel 16

    3/14

    229

    Pembelajaran Bahasa KeduaPengajaran bahasa Melayu kepada pelajar bukan penutur natif iaituyang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memerlukanperhatian yang lebih teliti. Oleh yang demikian, pelajar perlu melaluirancangan-rancangandan aktiviti-aktivitiyang tersusun dengankaedah-kaedah tertentu.Bagi pelajar yang mempelajari subjek bahasa Melayu sebagaibahasa kedua, mereka memerlukan latihan dan pengulangan sehinggamembentuk satu tabiat. Ini dijelaskan oleh Rivers W.M (1964)yang menyatakan pembelajaran bahasa asing pada dasarnya adalahmerapakan satu proses mekanikal yang membentuk tabiat. Oleh itu,cara penguasaannya adalah sama dengan proses pembentukan tabiatyang lain seperti belajar menaip, berenang, memandu, dan Iain-lain.Proses pembelajaran menetapkan jika sekali berjaya dilakukan denganbaik maka ia akan dapat diulangkan untuk seterusnya secara automatik.Jika proses penguasaan di peringkat awal seorang kanak-kanak,berkemungkinan besar dia akanmelalui proses-proses yang sama denganproses penguasaan bahasa pertama, sementara proses penguasaan bahasakedua selepas peringkat awal kanak-kanak akan melalui tahap dan carayang agak berbeza dengan proses pemerolehan pengetahuan bahasapertama.

    Dalam penguasan bahasa, individu yang mahir bercakap dalamsesuatu bahasa itu, tidak semestinya mahir dalam penulisan bahasatersebut. Ini adalah kerana kemahiran menulis perlu dipelajari,bukan sahaja bentuk atau corak yang berbeza, malah gaya bahasadan penyampaiannya juga agak berbeza. Keadaan yang sama jugadidapati dalam pembelajaran bahasa kedua. Kesukaran juga kadangkala berlipat ganda dalam mempelajari bahasa kedua terutama dalamkemahiran menulis. Penulisan di dalam bahasa kedua kadang-kalamendatangkan masalah apabila pelajar berfikir dalam bahasa pertamadan seterasnya menterjemahkannya ideanya ke dalam bahasa kedua. Iniakan memanjangkan masalah tersebut kerana gaya retorik kedua-duabahasa yang berbeza berkemungkinan menghasilkan penulisan yangtidakmematuhi retorik bahasa kedua. Connor (1996) melaporkan ramaipelajar asing mengalamimasalah yang sama apabila merekamempelajaribahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

    Situasi yang sama juga dihadapi oleh pelajar yang mempelajaribahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Bagi pelajar Melayu, merekamungkin tidak menghadapi masalah menguasai sistem bahasa Melayuseperti bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna, dan penggunaannya

  • 5/26/2018 Artikel 16

    4/14

    230

    kerana bahasa Melayu digunakan dalam komunikasi harian. Namunbegitu, dalam situasi pembelajaran yang formal ramus dan peraturanbahasa Melayu perlu dipelajari. Hal ini berbeza dengan pengajaranbahasa Melayu sebagai bahasa kedua, yang mana pembelajarannyamesti didahulukan dengan aktiviti lisan. Inibermakna aktiviti pengajaranharas bermuladaripada kemahiran mendengar, kemudian bertuturdanseterusnya kepada membaca dan menulis.

    Kemahiran Penulisan Bahasa MelayuDalam kemahiran menulis, persyaratan atau peraturan-peraturannya lebihbersifat standard dan formal berbanding dengan bahasa lisan AbdulAziz Abdul Talib, 1991). Untuk menghasilkan penulisan yang efektif,penguasaan sistem bahasa sangatlah dipentingkan, kerana lazimnyabahasa tulisan perlu lebih teratur daripada bahasa lisan. Jadi, pelajar yangmempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, seharusnya menguasaibahasalisanterlebih dahulu, sebelum menguasai aspek penulisan. Dalampenulisan, pembaca tidak dapat melihat bahasa badan kita seperti dalambahasa lisan, tetapi sebaliknya memfokuskan sepenuhnya terhadappernyataan maklumat danmesej yang lengkap danmenggunakan bahasayang teratur.Bagi meningkatkan kemahiran menulis, pelajar tidak perlubergantung sepenuhnya terhadap pembelajaran bahasadi dalamkelas,tetapi boleh meningkatkan kemahiran menulis melalui pembacaan.Sekiranya seseorang pelajar ingin menjadi seorang penulis yang baik,maka mereka perlu banyak membaca berbagai bentuk penulisan sepertibuku teks, novel, cerpen, akhbar, majalah dan Iain-lain bahan bacaan.Dengan ini, bukan sahaja menambahkan pengetahuan kepada pelajartersebut, malahmereka bolehmemperbaiki gayabahasa dalampenulisankarangan. Melalui pembacaan, pelajarbolehmengambil kosakata danungkapan yangmenarik yangditemui danseterasnyamenerapkannya didalam karangan mereka. Penggunaan kata-kata bombastik di sampingungkapan yang menarik, mampu menimbulkan nilai keindahan dalamsesuatu karangan tersebut.Pengimplementasian kalimat yang berseni dalamkarangan akanmewujudkan satu gaya bahasa yang indah dan seterasnya menjadikansesuatu penulisan itu lebih efektif. Antara ungkapan menarik yangboleh digunakan dalam penulisan ialah peribahasa. Peribahasa bolehdigunakan dalam apa jua bentuk penulisan karangan. Peribahasamerapakan alat komunikasi yangdigunakan dalammasyarakatMelayu

  • 5/26/2018 Artikel 16

    5/14

    231

    tradisional. Dengan penuh kesantunan dan kesopanan, orang Melayuakan menyampaikan pandangan mereka secara berkias iaitu denganberperibahasa (Azizul Rahman& Mohamad Saleeh, 2009). Tujuannyaadalah untuk menjaga hati dan kedudukan terhadap orang yang ditegur.Dalam dunia penulisan pula, menyelitkan peribahasa dalam sesebuahkarangan bukanlah bertujuan menegur seseorang atau sesuatu pihak,tetapi digunakan bagi tujuan menggambarkan sesuatu keadaan, samaada digunakan untuk memuji, menggambarkan sifat manusia ataumenyampaikan pesanan (Azizul Rahman & Mohamad Saleeh, 2009).Di samping itu, dalam menghasilkan sebuah karangan yang bermutu,pelajar bukan sahaja perlu memberikan perhatian mereka terhadappenyampaian isi dan penguasaan tatabahasa, tetapi mereka juga perlumementingkan soal pemilihan leksikal dalam karangan mereka (AwangSariyan, 2004). Hal ini kerana, pengulangan sesuatu leksikal yang samadalam sesuatu penulisan boleh menjejaskan kualiti penulisan tersebutserta melahirkan rasa bosan terhadap pembaca.

    Tugasan PenulisanBagi meneliti keupayaan penulisan pelajar yang mempelajari bahasaMelayu sebagai bahasa kedua, satu tugasan penulisan telah diberikankepada beberapa kumpulan pelajar. Jenis penulisanyang diberikan ialahpenulisan berasaskan rangsangan. Penulisan berasaskan rangsanganterkandung dalam bahagian A dalam Kertas I Bahasa Melayu dalamSijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Mengikut sukatan pelajaran bahasaMelayu, terdapat tujuh jenis bahan rangsangan untuk penulisanberasaskan rangsangan iaitu gambar, gambar rajah, ilustrasi kartun,pelan, iklan, petikan dan catatan. Untuk kajian ini, bahan rangsanganyang kami gunakan ialah gambar yang terdiri empat gambar bersiriyang memaparkan aktiviti-aktiviti yang boleh lakukan pada masalapang. Berdasarkan gambar-gambar yang diberi, pelajar dikehendakimenghuraikan tentang aktiviti-aktiviti berfaedah untuk mengisi masalapang.Aktiviti penulisan berasaskan rangsangan ini bertujuan untukmenguji pemahaman para pelajar terhadap bahan rangsangan berkenaansecara keseluruhan dan menguji kecekapan mereka membuat tafsiranberasaskan rangsangan tersebut. Di samping itu, penelitian jugadibuat pada analisis pelajar terhadap bahan rangsangan tersebut danakhir sekali menguji pengetahuan pelajar tentang isu semasa. Jikaditeliti tujuan aktiviti penulisan berasaskan rangsangan ini, ada usaha

  • 5/26/2018 Artikel 16

    6/14

    232

    untuk mempelbagaikan kemahiran yang ditekankan. Ini selari denganpandangan semasa yang melihat literasi merentasi kemahiran membacadan menulis apabila pelajar dikehendaki mengaitkan rangsangan yangdiberikandenganisu semasa(NorsimahMatAwal, NadzrahAbuBakat&NorHashimah Jalaluddin 2009; Kem 2000).Seterusnya, kesemua esei telah diperiksa dengan teliti olehguru-guru yang berpengalaman memeriksa kertas peperiksaan SPM.Pemeriksaan esei tersebut adalah berdasarkan skima pemarkahan SPMyangdikeluarkan olehKementerian Pelajaran Malaysia. Menurat skemapemarkahan bagi karangan berasaskan rangsangan, karangan yang baikmesti mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu memenuhidan menepati kehendak soalan, mempunyai isi-isi penting yang cukup,ideayang relevan dantersusun, menggunakan bahasa yang gramatis danbervariasi, kosakatayangluasdantepat, menggunakan ejaandantandabaca yang betul, dan menggunakan wacana yang lengkap dan ungkapanyang menarik. Penulisan pelajar-pelajar telah dinilai dan dibahagikankepada beberapa bahagian berpandukan skema pemarkahan yang telahditetapkan bagi memahami kaitan tahap pencapaian penulisan pelajardengan kesalahan yang dibuat.Untukmelihat pencapaian pelajar secaraam, penilaian penulisantelah dinilai mengikut penilaian yang dibuat bersandarkan skemapenilaian di peringkat SPM; Cemerlang 26-30 markah), Kepujian 20-25 markah), Memuaskan (15-19 markah), Kurang Memuaskan 10-14markah) dan Pencapaian Minimum 01-09 markah). Walaubagaimanapun, bagi tujuan analisis, markah penulisan ini telah dirombak ke tigatahap; iaituCemerlang (20- 30), Sederhana (15-19)danLemah 1-14),bagi memudahkan penganalisian dan perbincangan.

    Di samping itu, para pelajar juga telah diberikan satu set soal-selidik yang mengandungi soalan-soalan mengenai pesepsi merekaterhadap bahasa Melayu, strategi pembelajaran yang mereka gunakanuntuk mempelajari bahasa Melayu dan juga soalan yang bertanyakanpendirian dan pemahamanmereka terhadap komponen sastera dalampembelajaran bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kertas kerja inihanya akanmemfokuskan padamaklumat mengenai pencapaian merekadalam penulisan danpenulis akancubamengaitkannya dengan pesepsipelajar terhadap bahasa Melayu.

    Responden KajianKajianinimelibatkan 1,600 pelajartingkatan empatdi seluruhMalaysiayang dipilih secara rawak mengikut zon, iaitu zon tengah (Seremban,

  • 5/26/2018 Artikel 16

    7/14

    233

    Negeri Sembilan), zon timur (Kelantan), zon utara (Kedah), Sabahdan Sarawak. Walau bagaimanapun, hanya 1,523 set soal selidik yangditerima dan pecahannya adalah seperti berikut:

    JADUAL 1 Pecahan Suku Kaum

    Suku Kaum Bilangan Pelajar & PeratusanMelayu 877 (57.6 )Cina 154(10.1 )Iban 66 (4.3 )India 54 (3.5 )Kadazan 30 (2.0 )Lain-lain 342 (22.5 )

    Oleh kerana fokus kertas kerja ini adalah dari segi penguasaanbahasaMelayu dalam kalangan pelajar bukan Melayuyang mempelajaribahasa Melayu sebagai bahasa kedua, maka tumpuan perbincanganseterasnya adalah mengenai pencapaian para pelajar Cina, India, Ibandan Kadazan. Walaupun dalam kategori lain-lain terdapat pelajar dariperbagai sukukaum lain tetapi ianya terlalu rencam dan representasi bagisatu-satu suku kaum amat kecil, jadi kami berpendapat untuk memfokuspada empat suku kaum bukan Melayu yang utama ini iaitu Cina, India,Ib an d an Kadazan.

    Pemaparan DataBahagian pemaparan data ini akan dibahagikan kepada dua sub-bahagianiaitu pencapaian penulisan dan pesepsi pelajar terhadap bahasaMelayu.

    Pencapaian penulisanPara pelajar dikehendaki menulis karangan sepanjang 250 patah perkataandalammasa 45 minit. Penulisan karangan adalah berasaskan rangsangandan rangsangan yang diberikan ialah satu set yang mengandungi 4 kepinggambar mengenai aktiviti yang boleh dilakukan dalam masa lapang.Hasil penulisan para pelajar dinilai dari xujuh aspek iaitu straktur ayatdalam esei, penggunaan dialek dalam esei, kesalahan ejaan dalam esei,penggunaan ungkapan menarik dalam esei, kerelevanan, kematangandan kejelasan idea dalam esei. Namun begitu kertas kerja ini hanyaakan memfokus pada penggunaan ungkapan menarik dan kerelevanan,

  • 5/26/2018 Artikel 16

    8/14

    234

    kematangan dankejelasan idea dalamesei. Paparanpencapaian secarakeseluruhan bagi pelajar Cina, India, IbandanKadazan adalah sepertidi bawah:

    JADUAL2 Pencapaiankeseluruhan dalam penulisanKaum Cemerlang Sederhana Lemah JumlahCina 28India 8Iban 6Kadazan 8

    92 13 13332 10 555 4 6518 3 29

    Secarakeseluruhannya, pencapaianmajoriti pelajarbukanMelayudalampenulisan adalahdi dalamkategori sederhana. Dalamkeempat-empat sukukaumyang difokuskan, didapatilebih dari 60 pelajar darisemua kategori kaum mempunyai keupayaan yang sederhana dalamkemahiran penulisan. Menuratguruyangmemeriksa karangan pelajar,antarasebabtahappencapaianyangsederhanaialahmajoriti daribilanganpelajartidakmemaparkanpenulisan yangbaikkeranatiadapenggunaanungkapan menarik dan tidak menunjukkan kematangan idea dalampenulisan.

    Penggunaan Ungkapan MenarikPenulisanyangbaikialahpenulisanyangbervariasi denganmenonjolkanpenggunaanungkapan-ungkapanyang menarik. Penggunaanungkapanmenarik bermaksudpenggunaanperibahasa, pantun, cogan kata, frasamenarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, kosa katayang cantik maksud, maksud ayatAl-Quran dan lain-lain. Berikut adalahpaparanmaklumatmengenai penggunaanungkapanmenarikparapelajar:

    JADUAL 3 Ungkapan menarik dalam esei mengikut kaumSuku/kaum Jumlah

    Cina India Iban Kadazan

    Ungkapan menarikAda 36 13 2 7 58Tiada 98 37 64 22 221

  • 5/26/2018 Artikel 16

    9/14

    235

    Jadual 3 merupakan perbezaan penggunaan ungkapan menarikmengikutkaum. Hasil yang didapatimenunjukkan seramai 36 pelajarCinamenggunakan ungkapanmenarikdalampenulisanmereka. Jumlahini diikuti olehpelajar India seramai 13orang,pelajarKadazan seramai7 orang dan pelajar Iban seramai 2 orang.Antaraungkapanmenarikyangseringdigunakan olehparapelajarialah cogan kata badan sihat otak cerdas , perampamaan masa ituemas . Kedua-dua contoh ini sering digunakan oleh pelajar Cina danIndia. Manakala bagi pelajar Kadazan dan Iban pula, mereka lebihcenderungmenggunakanperibahasa seperti berat samadipikul, ringansama dijinjing , melentur buluh biar dari rebungnya . Kecenderanganpenggunaanungkapanmenarikyangberbezamungkin adakaitandenganpersekitaran. Pelajar Cina dan India dalamkajian inimajoritinyaadalahdari kawasanbandar dan aktiviti bersukan adalah sesuatuyang biasabagimereka. Oleh itu cogan kata badan sihat otak cerdas adalah mudahdikaitkan. Perampamaan masa itu emas juga boleh dikaitkan denganpersekitaran para pelajar ini. Corak gaya hidup di bandar yang derasdan mengandungi pelbagai aktiviti mengingatkan pelajar pada realitikehidupan yang cergas untuk menyelesaikan berbagai tugasan.

    Kerelevanan, Kematangan dan Kejelasan Idea dalam EseiKerelevanan ideamerujuk pada ideayang disampaikanbertepatan dengantema bahan rangsangan. Dalam konteks ini tugasan yang diberikanialah pelajar perlu menghuraikan aktiviti-aktivi yang boleh dilakukandalam masa lapang berdasarkan gambar-gambar yang diberikan. Olehitu pelajar perlu menghuraikan aktiviti berkelah, berkhemah, berriadahdan membaca sebagai aktiviti masa lapang.Dari segi kejelasan idea pula ia merujuk pada penghuraian yangdilakukan dengan jelas dan teliti dan mudah difahami. Manakalakematangan idea pula bertujuan menguji pemahaman para pelajarterhadap bahan rangsangan yang diberi secara keseluruhan. Di sampingitu, ia juga bertujuan menguji keupayaan pelajar membuat tafsirandan analisis dari bahan rangsangan tersebut dan akhir sekali mengujipengetahuan pelajar tentang isu semasa. Berikut adalah paparan databerkenaan ketiga-tiga aspek tersebut:

  • 5/26/2018 Artikel 16

    10/14

    236

    JADUAL4 Kerelevanan idea dalam eseimengikut kaumK aum Tidak Y a Jumlah

    Cina 57 77 34India 25 25 5Iban 29 37 66Kadazan 2 27 29

    Berdasarkan jadual 4diatas, dapat dilihat bahawa secara umumnyamajoriti pelajar dari empat kaum Cina, India, Iban dan Kadazan)yang difokuskan berjaya menghasilkan eseiyangrelevan dengan topikyang diberikan. Para pelajar berjaya menghuraikan aktiviti-aktivitiyang dipaparkan iaitu berkelah, berkhemah, beriadah dan membacadengan baik. Ini boleh dijangkakan kerana aktiviti yang dipaprkanbukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan aktiviti mereka. Aktiviti-aktivitisedemikian adalah sesuatu yang sering mereka lakukan semasa masalapang.

    JADUAL5 Kejelasan idea dalam eseimengikutkaumKaum Tidak Ya Jumlah

    Cina 98 36 34India 41 9 5Iban 37 29 66Kadazan 6 23 29

    Kejelasan ideabermaksudpelajarmampu menjelaskan ideadenganjelas dan teliti serta mudah difahami. Pencapaian pelajar kaum Ibandan Kadazanadalah lebihbaik berbandingparapelajar Cina dan India.PelajarCinadanIndiadalamkajianini adalahpelajarsekolahmenengahkebangsaan dan kebanyakannya adalah dari kawasan bandar dan merekabanyakmenggunakan bahasanatif (bahasaCinaatauTamil) danbahasaInggeris dalam berkomunikasi. Ini mungkin juga mempengaruhikeupayaan mereka untuk menyampaikan idea dengan teliti dan jelasdalam karangan.Sementara itu, bagi pelajar Iban dan Kadazan yang memaparkanprestasi yang agakbaik dari segi kejelasan ideamungkin boleh dikaitkandengan pemilihan bahasamereka dalam komunikasi harian. Mohammed

  • 5/26/2018 Artikel 16

    11/14

    237

    Azlan Mis (2010) berdasarkan kajiannya menyatakan bahawa bagimasyarakat Iban di Sarawak, mereka memilih bahasa Melayu Sarawakuntuk berkomunikasi dalam situasi formal dan bahasa Iban dalam situasiformal. Oleh yang demikian, pendedahankaum Iban pada bahasaMelayuSarawak dalam situasi formal sedikit sebanyak telah membantu pelajarIban dalam penulisan karangan bahasa Melayu mereka.

    JADUAL 6 Kematangan idea dalam esei mengikut kaum

    Kaum Tidak Ya Jumlah

    CinaIndiaIbanKadazan

    125 9 3448 2 566 0 662 2 7 29

    Dalam aspek kematangan idea pula, didapati majorit i pelajarCina, India, Iban dan Kadazan tidak berupaya menyampaikan ideadalam penulisan mereka secara matang. Seperti yang telah dijelaskansebelum ini, kematangan idea dalam esei diukur melalui kecekapanpelajar membuat tafsiran berasaskan rangsangan dan juga mengaitkandengan bahan semasa dan ini adalah satu keupayaan yang sukar dicapai.Keupayaan mengaitkan bahan rangsangan dengan bahan semasa adalahsatu keupayaanmencabar dan salah satu cara mencapainya ialah denganpembacaan yang meluas. Walau bagaimanapun, scenario pembacaandalam kalangan pelajar di Malaysia tidak begitu memberangsangkan.Menurat satu laporan akhbar, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia,Datuk Dr. Wee Ka Siong mengatakan bahawa para pelajar Malaysiakurang membaca dan bagi mereka yang membaca, mereka lebihcenderang memilih bahan bacaan yang ringan seperti majalah, komikdan suratkhabar (Suhana Md. Yusop, 2010). Kurang pembacaan danpemilihan bahan bacaan yang r ingan ini juga menyumbang kepadaketidakupayaan pelajar untuk menghasilkan penulisan yang matang.

    Pesepsi Pelajar Terhadap Bahasa MelayuSeterasnya pula pencapaian pelajar yang agak sederhana bagi kempat-empat kaum mungkin boleh dikaitkan dengan pesepsi mereka terhadapbahasaMelayu. Antara soalan-soalan yangberkaitan dengan pesepsi yang

  • 5/26/2018 Artikel 16

    12/14

    238

    diberikan kepada parapelajar ialah yang berkaitan dengan kepentinganpenguasaan bahasaMelayuuntukmendapatkan pekerjaan, adakahbahasaMelayu bahasa yang dapat menyatupadukan semua kaum dan adakahbahasa Melayu melambangkan atau boleh dijadikan jati diri bangsaMalaysia. Berikut adalah paparan maklumat mengenai soalan-soalantersebut:

    JADUAL 7 Penguasaan BMpenting untuk mendapatkan pekerjaanKaum Tidak setuju Tidakpasti Setuju Jumlah

    41ina 23India 6Iban 0Kadazan 2

    9 544 5461 662 30

    Ketika ditanya mengenai kepentingan bahasa Melayu untukmendapatkan pekerjaan hampir semua pelajar dari semua kaummenyatakanmengakuikepentinganbahasaMelayu. Walaupun hakikatnyadi Malaysia, pengguasaan bahasaMelayu hanya diberikan keutamaanpada pekerjaan dalam badan kerajaan pelajar masih menyatakankepentingan bahasa Melayu untuk mendapatkan pekerjaan. Tahapkepekaan terhadap kepentingan bahasa Melayu dalam kalangan pelajarini amat tinggi.Soalan seterasnya ialahberkenaanperanan bahasaMelayusebagaibahasa yang menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia, papatranmaklumatnya adalah seperti berikut:

    JADUAL 8 BM adalah bahasa yang dapat menyatukan semua kaumK aum Tidak setuju Tidak pasti Setuju JumlahCina 31 45 78 54India 5 15 34 54Iban 2 8 56 66Kadazan 3 3 24 3

    Apabila para pelajar ditanya pendapat mereka mengenaikepentingan bahasa Melayu untuk menyatupadukan kesemua kaum diMalaysia lebihdari 50 pelajar pelajar dari keempat-empatkaum sedar

  • 5/26/2018 Artikel 16

    13/14

    239

    akan kepentinganya. Inimenunjukkan tahap kesedaran mereka mengenaikepentingan peranan bahasa Melayu untuk menyatupadukan pelbagaikaum di negara ini amat tinggi.

    Soalan terakhir berkaitan persepsi pelajar terhadap bahasaMelayu ialah soalan yang berkaitan jati diri bangsa Malaysia, paparanmaklumatnya adalah seperti berikut:

    JADUAL 9 BMmesti menjadi bahasa jati diri bangsaMalaysiaKaum Tidak setuju Tidak pasti Setuju JumlahCina 19 51India 8 8Iban 2 8Kadazan 0 3

    84 15438 5456 6627 3

    Di peringkat yang lebih kompleks dan umum pula iaitu mengenaiperanan bahasaMelayu dalammenentukanjati diribangsaMalaysia, parapelajar ini (yang juga para remaja) sedar akan keperluan bahasa Melayuuntuk menentukan jati diri bangsa Malaysia. Oleh itu, kepentinganbahasa Melayu itu tidak dinafikan. Jelas sekali di sini bahawa persepsipara pelajar terhadap bahasa Melayu amat positif dan boleh diandaikanmenyokong cogan kata bahasajiwa bangsa . Namun begitu pencapaianmereka yang sederhana dalam penguasaan bahasa Melayu (penulisan)tidak selari dengan persepsi yang tinggi terhadap bahasa Melayu.

    R umusan

    Kertas kerja ini te lah membentangkan dapatan kajian mengenaikeupayaanpara pelajar bukan Melayu, khususnyakeupayaanpara pelajarCina, India, Iban dan Kadazan dalammenguasai bahasaMelayu denganmemfokus pada kemahiran menulis. Secara umumnya keupayaan parapelajar ini adalah di tahap sederhana. Walaupun pesepsi para pelajar initerhadap kepentingan dan keupayaan bahasa Melayu adalah amat positiftetapi ianya tidak selari dengan realiti iaitu pencapaian atau kemahiranmereka dalam bahasa Melayu. Oleh yang demikian, usaha perludipertingkatkan untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayumereka untukmencapai kesejahteraan masyarakat kerana bahasa adalahsalah satu jambatan untukmengikat hubungan yang baik antara pelbagaikaum di Malaysia. Ini kerana apabila kemahiran bahasaMelayumereka

  • 5/26/2018 Artikel 16

    14/14

    240

    meningkat iaakan meluaskan penggunaannya diantara kaum dandenganini akanmengikat hubunganyang baik antara kaum.

    RujukanAbdul Aziz Abdul Talib. 1991. Kemahiran Bercakap danKemahiran Menulis.PelitaBahasaMei (5), him: 12-13. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan

    Pustaka.Awang Sariyan. 2004. Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar dan

    Pendidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Azizul Rahman & Mohamad Saleeh. 2009. Bunga-bunga Bahasa untukPenulisan. JohorConnor, U. 1996. Contrastive Rhetoric: Cross-cultural Aspects of Second-languageWriring. Cambridge: Cambridge UniversityPress.Kem,R. 2000. Literacy andLanguage Teaching. Oxford: Oxford UniversityPress .Krashen, S. 1986. Second Language Aqusition andSecond Language Learning.Oxford: Pergamon Press.Mohammed AzlanMis. 2010. Lingua FrancadiSarawak: Aplikasi Teori PilihanBahasa. GEMAOnline Journal of language Studies Vol. 10 2) 2010.Hi m: 97-116.

    Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Mustaffa Omar. 2009. BahasaMelayu dan Remaja Malaysia: analisis Sosiokognitif. Dim. PresidingSeminarKebangsaanLinguistik '09 (SKALi09).Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar & Nor Hashimah Jalaluddin. 2009.PenggunaanBahasa Melayu dalam Penulisan Karangan Pelajar-pelajarLuarBandardanBandardi Serawak: SatuPerbandingan. Dim.PresidingSeminar Kebangsaan Linguistik '09 (SKALi09).Rivers W.M. 1964. The psychologist andtheforeign-language teacher. Chicago:

    University ofChicago Press.SuhanaMd. Yusop. 2010. Pelajar Malaysia kurangmembaca buku. Kosmo, 5Jun 2010.

    Zamri Mahamod. 2007. Psikolinguistik dalam Pengajaran dan PemerolehanBahasa Pertama dan Kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.Zulkifly Hamid. 2006. Aplikasi Psikolinguistik dalam Pengajaran danPembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing SdnBhd.