anggaran ujian pengakap remaja

28
Anggaran Ujian Pengakap Remaja Tingkatan 4: Mac (Lencana Jayadiri) Mei/Jun (Lencana Ekspedisi) Sept (Lencana Perkhidmatan) Bila-bila masa (Lencana Kegiatan) Nov/Dis (Lencana Kemahiran) Tingkatan 5: Jan/Feb (Rambu Kuning) Mac ( Ujian Sikap/Pra Pentarafan Pengakap Raja) Jun (Ujian Pentakrafan Pengakap Raja) LENCANA PENGAKAP REMAJA UNIT PENGAKAP REMAJA adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap, iaitu pertama Pengakap Kanak - Kanak dan kedua Pengakap Muda. Bahagian ini ialah bagi budak - budak yang berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Remaja telah dinyatakan di dalam Perkara 247N; Bahagian 6; Pertubuhan

Upload: mohddali

Post on 23-Jun-2015

620 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anggaran ujian pengakap remaja

Anggaran Ujian Pengakap Remaja

Tingkatan 4:Mac (Lencana Jayadiri)Mei/Jun (Lencana Ekspedisi)Sept (Lencana Perkhidmatan)Bila-bila masa (Lencana Kegiatan)Nov/Dis (Lencana Kemahiran)

Tingkatan 5:Jan/Feb (Rambu Kuning)Mac ( Ujian Sikap/Pra Pentarafan Pengakap Raja)Jun (Ujian Pentakrafan Pengakap Raja)

LENCANA PENGAKAP REMAJA

UNIT PENGAKAP REMAJA adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap, iaitu pertama Pengakap Kanak - Kanak dan kedua Pengakap Muda. Bahagian ini ialah bagi budak - budak yang berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Remaja telah dinyatakan di dalam Perkara 247N; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:

Untuk menjadi seorang Pengakap Remaja seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 15 tahun, tetapi belum sampai umur 18 tahun.

Page 2: Anggaran ujian pengakap remaja

Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan Pasukan Remajanya apabila sampai umur 18 tahun.

Tujuan bahagian ini ialah bagi membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya setelah menempuhi latihan Pengakap Muda. Peringkat ini tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranannya yang cergas dan positif dalam masyarakat.

Bagi Pengakap Muda yang sudah sampai umurnya 15 tahun mestilah menjadi Pengakap Remaja. Jika sekiranya belum lulus Lencana Jaya ia boleh meneruskan latihan hingga tercapai lencana ini.

Seorang Pengakap yang belum pernah menjadi Pengakap dan berumur 15 tahun boleh menjadi Pengakap Remaja sebagai ahli baru :              

a) Setelah mendapat Lencana Keahlian Pengakap ( lihat Skim Lencana Pengakap Muda).                                                                b) Menjalani latihan bagi mendapatkan Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya mengikut Skim Latihan Pengakap Muda dalam masa yang singkat tetapi berpatutan sebelum memulakan kerja bagi Lencana Tertinggi.

Peraturan pembentukan unit dan patrol Pengakap Remaja adalah sama seperti bagi Pengakap Muda. ( lihat Skim Latihan Pengakap Muda).

Cogan Kata bagi unit Pengakap Remaja ialah PANDANG LUAS.

Lencana Jaya Diri

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan berkanun, dan mempunyai buku log Pengakap yang kemas kini. 

Untuk lulus Lencana Jaya Diri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -

1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen. 

2. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing.

3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS, dan lain-lain.

Page 3: Anggaran ujian pengakap remaja

4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen berkenaan.

5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.

Fungsi-fungsi Parlimen

Pengenalan 

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. Struktur Parlimen Malaysia 

Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:- 1. Yang Di-Pertuan Agong 2. Dewan Negara 3. Dewan Rakyat 

Sejarah Bangunan Parlimen Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi simbol kepada dasar-dasar demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak dan tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri, kebebasan setiap rakyat menyatakan pendapatnya, kebebasan menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang dan hal memiliki harta benda. Maka pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah hasil ilham Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. 

Page 4: Anggaran ujian pengakap remaja

Perletakan batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (BRUNEI) pada 31 Ogos 1962 bersamaan 1 Rabiulakhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. Pada 21 November 1963 Baginda sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini. Kompleks ini terdiri daripada dua bahagian terbesar iaitu :- a. Bangunan Ibu (3 tingkat) b. Menara (17 Tingkat) 

Bangunan Ibu Bangunan 3 tingkat ini disebut juga sebagai Bangunan Utama. Di dalam bangunan inilah dua dewan persidangan negara iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara dibina. Di tingkat pertama dibina kantin berhampiran bilik wartawan dan juga bilik jamuan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memudahkan pegawai-pegawai, wartawan-wartawan dan tetamu yang hadir ketika persidangan Parlimen untuk makan dan minum. Reka bentuk Dewan Negara adalah sama dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaannya tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru. Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang. Saiz dewan Rakyat di atasnya. Di tingkat kedua pula terdiri daripada dua anjung yang berasingan. Di anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar. Tiap-tiap bilik mampu memuatkan 30 orang. Selain daripada dua bilik besar terdapat empat bilik kecil yang boleh memuatkan 12 orang. Terdapat juga pejabat-pejabat dan tempatberehat bagi pegawai-pegawai kerajaan serta Persatuan Parlimen Komanwel. Di anjung kanan terdapat dua bilik makan. Satu bilik khusus untuk Ahli-ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu-tetamu serta pegawai-pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini diselubungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat Ahli-ahli Parlimen berehat semasa persidangan. 

Menara Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan ibu, Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan ahli -ahli Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara ketika sesuatu persidangan berlangsung.Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk yang menghala ke arah permandangan padang perbarisan dimana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan. Di tingkat enam belas pula terdapat ruang lapang yang menghala ke arah keindahan permandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan. 

Keistimewaan Bangunan ParlimenKeseluruhan bangunan Parlimen ditutupi dengan kaca yang boleh menyerap haba dan meresapkan cahaya. Kawalan terhadap sinaran matahari dilakukan dengan menutup seluruh bangunan ini dengan terawang berukir yang diperbuat daripada batu konkrit tempatan dan dipasang bahagian demi bahagian. Terawangyang berbentuk sarang lebah itu menambahkan lagi kehebatan bangunan ini. Pada keseluruhannya lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3000 tan kaca telah digunakan untuk membina kompleks Parlimen. 

Page 5: Anggaran ujian pengakap remaja

Sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen di mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai. Ia bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks. Airnya pula diwarnakan dengan warna biru untuk menjauhkan lumut dan lumpur. Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan. Pohon-pohon kayu yang jarang ditemui seperti pohon berlian, mata kuching, berangan, nam-nam, selarat dan pohon tamar diimpot khas dari Arab Saudi untuk dipelihara di kawasan sekitar. Di sebelah kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa yang menjadi tempat pemeliharaan berpuluh-puluh ekor spesis rusa Tootal. Spesis rusa ini sememangnya jarang didapati di benua Asia. Rusa-rusa ini dibiarkan bergerak bebas di dalam kawasan lapang taman yang dibatasi oleh sempadan kompleks Parlimen. 

Fungsi ParlimenParlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu. Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.

Page 6: Anggaran ujian pengakap remaja

Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing

Bendera Malaysia

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Lambang negara

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna

Page 7: Anggaran ujian pengakap remaja

hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning  pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.

Kedah

Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

 

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama Negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

Negeri Sembilan

Page 8: Anggaran ujian pengakap remaja

Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M Raja.bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-Datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

 

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan bauh negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama.Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungnya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang di-Pertuan Besar

Pahang

Bendera Negeri Pahang adalah mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Page 9: Anggaran ujian pengakap remaja

Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.

Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

Mata tombak itu ialah contoh mata tombak besar, iaitu "cogan" salah satu dari Alat Kebesaran Negeri yang utama, tanda kekuasaan seperti Cokmar.Jika diperhatikan, bentuk cogan itu adalah ganjil. Sebagai mata tombak, lebar matanya tiada padan dengan panjangnya.

Ini ialah kerana hendak menyerupakan bentuknya dengan bentuk daun kopi. Menurut riwayat tua, Almarhum Sultan Ahmad yang telah beberapa kali membuat percubaan untuk mendapatkan takhtar Pahang, telah menganggap kejayaan akhir Baginda oleh suatu peristiwa berhubung dengan 

cawan kopi yang dihidangkan kepada Baginda tatkala sedang menyusun perjuangan di Terengganu untuk melanggar Pahang bagi kali yang akhir.

Gading gajah itu maknanya kekuasaan Raja. Dalam sejarah Melayu, gajah ada hubungan rapat dengan raja-raja Melayu dan istiadat di raja iaitu digunakan sebagai kenderaan di raja.

Kelantan

 

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna itu tanda kesucian Raja negeri ini

Page 10: Anggaran ujian pengakap remaja

 

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya.

Dua kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada

akhir kurun yang ke-14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogan kata negeri KELANTAN

Johor

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

 

Page 11: Anggaran ujian pengakap remaja

Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam.

Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di 

sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri Johor.

Perak

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Warna kuning melambangkan kebesaran Duli 

Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.

Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri

Page 12: Anggaran ujian pengakap remaja

Perlis

  Warna Kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat.Bendera itu maknanya

kerjasama yang erat di antara Raja dan Rakyat Baginda.

 

Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

Selangor

Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memeberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

Page 13: Anggaran ujian pengakap remaja

 

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-Warna. Disebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

Terengganu

Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitam yang bermakna rakyat- oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.

 

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran

Page 14: Anggaran ujian pengakap remaja

Sarawak

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian marauh dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.

Warna kuning menggambarkan keagungan 

Perundangan dan Peraturan (Order), perpadaun serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.

Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita unutk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka

 

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang" terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

Pulau Pinang

Page 15: Anggaran ujian pengakap remaja

Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.Warna putih maksudnya Negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

 

Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang memepunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan taing tersebut.

Dua(2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat(4) kabel pula 

menggambarkan empat(4) jenis keturunan rakyat di negei ini, iaitu Melayu. Cina, India dan lain-lain.

Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima(5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

Sabah

Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di antara sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu,

Page 16: Anggaran ujian pengakap remaja

berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. 

Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.

Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.

Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yagn lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi Negeri Sabah.

Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'daerah' yang terkandung dalam Negeri Sabah.

Warna biru muda melambangkan keamanan dan 

kesejahteraan , putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat.

Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Melaka

Page 17: Anggaran ujian pengakap remaja

Warna-warna merah, puith, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

 

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka, pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang 

telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

"BERSATU TEGUH" ialah cogan kata negeri Melaka.

Wilayah Persekutuan

Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.

Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan; Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan

kebenaran; dan

Page 18: Anggaran ujian pengakap remaja

Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga. Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju

pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara. Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting

iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

Fungsi sebuah Agensi Kerajaan

MARDI

PENUBUHAN & Fungsi MARDI

Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11) dan mula beroperasi pada Mac 1971. Penubuhan MARDI adalah bagi tujuan pembangunan  teknologi untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani tempatan. Pendekatan dalam pembangunan teknologi MARDI adalah melalui inovasi terancang dalam memastikan teknologi yang dibangunkan mempunyai daya saing yang tinggi.

Logo MARDI

Allahyarham Tun Abdul Razak ketika merasmikan Pejabat MARDI pada tahun 1969

Page 19: Anggaran ujian pengakap remaja

Penubuhan dan Latar Belakang

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:

Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:

- Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan

- Perladangan campuran

Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar

Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak

Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian

Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri

asas tani.

Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Peristiwa penting yang menyumbang kepada pembangunan MARDI termasuklah:-Pindaan Akta MARDI dalam tahun 1990 telah membenarkan penglibatan MARDI dalam aktiviti pengkomersilan. Hasil dari pindaan tersebut, MARDITech Corporation Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dalam tahun 1992.

Page 20: Anggaran ujian pengakap remaja

Pindaan Akta kedua dilakukan pada tahun 2002 untuk mengizinkan lebih banyak ruang ke arah pengkomersilan

Dengan usaha gigih dalam pengurusan kualiti, MARDI telah dianugerah sijil MS ISO 9001:1994 pada tahun 1998. Sijil ini ditingkatkan ke MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004. Makmal analisis MARDI juga telah diakreditasikan dengan MS ISO/IEC 17025 (kimia dan mikrobiologi makanan dan pertanian pada tahun 2001 dan residu pestisid pada tahun 2006)

Pengukuhan sistem penyampaian teknologi sebagai sebahagian dari pendekatan inovasi menyeluruh dilaksanakan dengan penubuhan test-bed dan inkubator teknologi pada tahun 2005 sebagai komponen program pembangunan usahawan

Membudayakan pengurusan pengetahuan dalam sistem operasi MARDI mulai tahun 2005 Penstrukturan semula organisasi supaya kedudukan MARDI selaras dengan tuntutan semasa.

Struktur terkini telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2002 Penubuhan beberapa stesen penyelidikan tambahan berasaskan zon agro-iklim dalam negara,

termasuk di Sarawak dan Sabah. Stesen di luar negara juga pernah ditubuhkan seperti di Mali dan Malawi di Afrika

Pengiktirafan di peringkat antarabangsa dicapai melalui jalinan kerjasama dengan organisasi penyelidikan dan universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia, Taiwan, China, negara-negara ASEAN dan juga EU

Penyelidikan usaha sama juga dilaksanakan dengan institusi penyelidikan antarabangsa seperti INIBAP, ACIAR, IRRI, IPGRI, CABI, ABC (Hungary), AVRDC, EU/ALTERA Greenworld Research, IAEA dan FAO. Perundingan teknikal mengenai pembangunan pertanian juga ditawarkan kepada negara Kyrgyzstan, Bosnia-Herzegovena, Syria, Qatar, Kampuchea dan Ivory Coast

MARDITech Corporation Sdn. Bhd. juga turut mengembangkan aktivitinya di peringkat antarabangsa.

MARDI telah diberi mandat bagi melaksanakan fungsi-fungsi:Untuk menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:

pengeluaran,penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan dan perladangan campuran.

Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan peyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaiatan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani, melalui apa cara termasuklah penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya sera mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar.

Menjadi satu pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan, perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak.

Memberi latihan dengan apa juga cara untuk kemajuan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.

Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen dan gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian.

Mengekalkan hubungan dengan organisasi lain, sama ada awam atau swasta, dalam atau luar negara yang mengambil bahagian dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.

Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersial. Membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan penemuan penyelidikan.

Page 21: Anggaran ujian pengakap remaja

Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.

Visi

Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan yang tersohor dalam bidang makanan, pertanian dan industri berasaskan biologi menjelang tahun 2015.

Misi

Menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi dan perkhidmatan teknikal bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan mentransformasikan pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang inovatif, komersil dan berdaya saing.

Urusan MARDI

Menjalankan penyelidikan untuk menjana teknologi inovatif bagi pembangunan industri makanan dan pertanian.

Menawarkan khidmat perundingan dan teknikal bagi menyokong pembangunan industri makanan dan pertanian.

Menawarkan khidmat perniagaan usahasama dan pelesenan dalam pengkormersialan hasil penyelidikan.

Aktiviti R&D Kami Sasarkan Ke Arah

Pembangunan teknologi bagi meningkat persaingan dalam industri pemprosesan makanan. Pembangunan teknologi dalam pengeluaran buah -buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan,

bijiran dan lain- lain berkaitan dengan industri tanaman. Pembangunan teknologi yang berkaitan dengan industri ternakan. Pembangunan teknologi dalam bidang bioteknologi, mekanisasi dan juga pengurusan sumber

dan persekitaran. Kajian sosio ekonomi dan pengurusan teknologi untuk makanan dan pertanian. Pemindahan teknologi dan pengkomersialan bagi meningkatkan produktiviti pertanian dan

kualiti makanan, juga mewujudkan perniagaan tani yang berdaya maju.

Dasar Kualiti MARDI Bertekad untuk : 

Membangunkan dan mempromosikan teknologi wajar dan berdaya maju bagi pelanggan dalam industri makanan, pertanian dan industri berasaskan pertanian;

Mematuhi keperluan sistem pengurusan kualiti dan meningkatkannya secara berterusan; Setahun sekali menyemak semula objektif dan dasar kualiti pada Mesyuarat Kajian Semula

Pengurusan bagi menentukan kesesuaiannya berterusan dan  Menyebarkan dasar kualiti ini ke semua pusat tanggungjawab (PTJ) di MARDI dan

memaparkannya dalam laman Intranet MARDI. 

Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen berkenaan

Page 22: Anggaran ujian pengakap remaja

Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13

No.    Kawasan Parlimen Menjadi Wakil Rakyat (Ahli Parlimen) 1   Langkawi   Datuk Ir. Nawawi Ahmad  2   Jerlun   Datuk Othman Aziz  3   Kubang Pasu   Datuk Mohd. Johari Baharum   4   Padang Terap   Mohd Nasir Zakaria   5   Pokok Sena   Datuk Mahfuz Omar   6   Alor Setar   Gooi Hsiao Leung   7   Kuala Kedah   Dr. Azman Ismail   8   Pendang   Datuk Othman Abdul   9   Jerai   Datuk Seri Jamil Khir Baharom 10     Sik   Dr. Mansor Abdul Rahman   11   Merbok   Prof. Dr. Ismail Daut Prof. Dr. Ismail Daut   12   Sungai Petani   Datuk Johari Abdul   13   Baling   Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim   14   Padang Serai   N. Surendran  A/L K Nagarajan   15   Kulim-Bandar Baharu   Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir