contoh-kertas kerja lencana keahlian pengakap
TRANSCRIPT
7/27/2019 Contoh-kertas Kerja Lencana Keahlian Pengakap
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-kertas-kerja-lencana-keahlian-pengakap 1/8
SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP 2013
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU 1
NAMA PENGAKAP KANAK-KANAK:.....................................................................
NAMA ENAM SEKAWAN : ..................................................................................
JAWATAN : ........................................................................................................
LENCANA KEAHLIAN
SKIMA KURSUS LENCANA KEAHLIAN
1 PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP
2 RUKUN NEGARA
3 TABIK, HORMAT DAN COGANKATA PENGAKAP
4 PERMULAAN PERGERAKAN PENGAKAP DAN CERITA HUTAN
5 LAUNG AGONG
Disediakan oleh :
ABULANA BIN BOLHI
PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH,
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, PEJABAT PELAJARAN DARAH TATAU,
JALAN KAMPUNG DAGANG, 97200 TATAU,
BINTULU, SARAWAK
7/27/2019 Contoh-kertas Kerja Lencana Keahlian Pengakap
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-kertas-kerja-lencana-keahlian-pengakap 2/8
SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP 2013
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU 2
1. PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP
PERSETIAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesunguhnya, Saya berjanji dan bersetia, yang saya
Dengan seberapa daya upaya saya akan:TAAT KEPADA TUHAN,RAJA DAN NEGARA
MENOLONG ORNG PADA SETIAP MASA
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKA P
Kaedah memberi persetiaan
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan
diri.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan
pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa
negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrol
atau pemimpin-pemimpin pengakap tanpa apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa
kesusahan.
9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
2. RUKUNEGARA
RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada TUHAN
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
7/27/2019 Contoh-kertas Kerja Lencana Keahlian Pengakap
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-kertas-kerja-lencana-keahlian-pengakap 3/8
SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP 2013
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU 3
3. TABIK, HORMAT DAN COGANKATA PENGAKAP
Hormat Pengakap
Hormat Pengakap Seorang pengakap memberi hormat dengan tangan kanannya. Tiga jari yang
digunakan dalam hormat mengingatkan ketiga-tiga bahagian Persetiaan PENGAKAP seperti berikut:
1) Taat kepada tuhan, Raja dan Negara.
2) Menolong orang pada setiap masa.
3) Menurut Undang-undang pengakapSemua pemakai lencana pengakap mesti memberi hormat antara satu sama lain
Bila Hormat pengakap Digunakan?
Kaedah memberi hormat
1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan
persaudaraan dan penghormatan.
2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua petrol.
3. Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendara negeri dan bendara pengakap.
4. Apabila Lagu Kebangsaan dan lagu negeru dinyanyikan.
5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
Cogan Kata Pengakap Kanak-Kanak
“ BUAT HABIS BAIK ”
7/27/2019 Contoh-kertas Kerja Lencana Keahlian Pengakap
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-kertas-kerja-lencana-keahlian-pengakap 4/8
SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP 2013
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU 4
4. PERMULAAN PERGERAKAN PENGAKAP DAN CERITA HUTAN
LORD BADEN POWELL
Pengasas Pengakap Dunia
Lord Baden Powell atau nama penuhnya Robert Stephenson Smyth Baden Powell,
merupakan pengakap agung dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857, berhampiran
dengan Hyde Park, London. Bapanya, reverend H.G.Baden Powell, seorang professor sains di
Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British bernama W.T.Smyth.
Beliau mempunyai tujuh orang adik- beradik.
Pergerakan pengakap yang ada sekarang adalah hasil ilham beliau yang merupakan
seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral. Beliau lebih dikenali sebagai BP
sahaja. Pada tahun 1907 beliau telah berjaya mengadakan satu perkhemahan du Pulau
Brownsea, di England. Perkhemahan ini merupakan perkhemahan pengakap yang pertamadi dunia. Program pengakap di dalam perkhemahan ini dibuat berpandukan buku beliau Aids
to Scouting yang ditulis semasa beliau berkhidmat di Afrika.
Pada tahun 1920 pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London
menghadiri jambori dunia pertama. Pada malam akhir jambori ini Powell telah diisytiharkan
menjadi ‘Pengakap Agung Dunia’. Pergerakan pengakap terus menular ke Negara-negara
lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi 2 juta
orang. Mengenangkan jasa yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah
kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberikan gelaran Lord Baden Powell of
Gilwell.
Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun beliau bersama-sama isterinya Lady
Baden Powell tenah meninggalkan England menuju ke Kenya,Afrika, iaitu setelah melibatkan
diri selama 33 tahun daripada penghidupannya kepada pergerakan pengakap yang
ditubuhkannya. Lord Baden Powell telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya pada 8 Januari
1941. Beliau telah disemadikan di kawasan gunung Kenya dan kata-kata terakhir sekali
kepada pengakap ialah : “Tuhan Memimpin dan Membantu di dalam Kerja-kerjamu.” Isteri
beliau pula, Lady Baden Powell adalah pengasas pergerakan Pandu Puteri dan beliau telah
banyak menolong Powell dalam semua usaha dan kerja mengembangkan pergerakan
pengakap di dunia.
7/27/2019 Contoh-kertas Kerja Lencana Keahlian Pengakap
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-kertas-kerja-lencana-keahlian-pengakap 5/8
SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP 2013
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU 5
CERITA HUTAN
Mowgli Budak Serigala
Akela Serigala Jantan
Baloo Beruang
Bagheera Harimau Kumbang
Kaa Ular Sawa
Shere Khan Harimau Belang
Mowgli DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ada satu Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak
besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang
Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu
Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan
atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak
seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah
bunuh juga.
Bapa serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli , sudah boleh berlari-lari.
Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak
mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak
masing-masing, ketua kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela,
mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-
anggota Kumpulan.
Akhirnya tibalah giliran Mowgli . Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut, sebaliknya
bergurau dengan anak-anak serigala yang lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela
menyuruh anggota-anggota kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere
Khan mengaum dari belakang batu besar.
7/27/2019 Contoh-kertas Kerja Lencana Keahlian Pengakap
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-kertas-kerja-lencana-keahlian-pengakap 6/8
SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP 2013
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU 6
“Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup
bersama kumpulan Serigala!” katanya.
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa
menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli . Mengikut Undang-undang Hutan, apabila
timbul perseliihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu
mestilah bercakap menyokongnya barulah di diterima menjadi anggota Kumpulan.
“Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?” tanya Akela, Ketua Kumpulan.
Tidak seekor pun anggota kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak
bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli .
Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu cuba bersuara tetapi tidak
dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru
mengajar anak-anak serugala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap,
Baloo berdiri di tempatnya di blakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai
anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli .
Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan
lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati tiba-tiba bercakap.
Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak
serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang
baru dibunuhnya dan disembunyikannya tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supayaditerima sebagai anggota Kumpulan.
Anggota –anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila
mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan
pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bsgheera, Baloo dan keluarga
Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana
budak itu tidak diserahkan kepadanya.
Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manuia dan anak mereka memang baik
dan Mowgli akan dapat member pertolongan kepada mereka suatu hari kelak.
7/27/2019 Contoh-kertas Kerja Lencana Keahlian Pengakap
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-kertas-kerja-lencana-keahlian-pengakap 7/8
SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP 2013
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU 7
5. Laung Agong
ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK.....” ( Semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)
2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK, PEK, PEK.....” (Semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “
P.....E.....K....”
3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan.
Bila bulatan telah sempurna PKK menjatukan
tangan.
4. AKELA mendepakan tangan, PKK mengangkat tumit.
5. AKELA merapatkan tangan ke peha.
a). PKK mencangkung.
b). Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c). Kepala dilangutkan dan terus berkataA K E L A , KITA BUAT HABIS BAIK.”
d). Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam
keadaan sedia.
6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- “KAMU BUAT HABIS BAIK.”
7. Semua PKK hormat dengan menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK”
8. AKELA membalas hormat PKK.
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai member hormat.
TAHNIAH
WELCOME TO THE WORLDWIDE BROTHERHOOD/SISTERHOOD OF SCOUTS
7/27/2019 Contoh-kertas Kerja Lencana Keahlian Pengakap
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-kertas-kerja-lencana-keahlian-pengakap 8/8
SKIMA UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP 2013
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU 8
SIJIL KEAHLIAN
Sijil ini mengesahkan bahawa
_________________________________________
Adalah seorang Pengakap Kanak-kanak
Pek ______ SK Rumah Barrau
_________________________________________
Pemimpin Pengakap Kanak-kanak
________________________
Tarikh
Persatuan Pengakap Malaysia, Sarawak
Disediakan oleh :
ABULANA BIN BOLHI
PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH,
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, PEJABAT PELAJARAN DARAH TATAU,
JALAN KAMPUNG DAGANG, 97200 TATAU,
BINTULU, SARAWAK