anak ibarat kain putih

44
“Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkan ibu bapanya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).Hadis ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Oleh itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.Hadis Rasulullah SAW jelas sekali menegaskan bahawa ibu bapa adalah asas dalam menentukan dasar pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak. Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Upload: radzi47

Post on 27-Oct-2015

630 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

“Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkan ibu bapanya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).Hadis ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Oleh itu, ibu bapalah  yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.Hadis Rasulullah SAW jelas sekali menegaskan bahawa ibu bapa adalah asas dalam menentukan dasar pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak. Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Rasulullah SAW telah menggariskan 4 tahap pendidikan kanak-kanak mengikut peringkat umur.Tahap pertama, 0 - 6 tahun: mumayyiz, pada masa ini,anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oelh ibu bapa, dibelai dengan kasih saying,diajak bermain dan bergurau.Natijahnya agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

Pada tahap

Ibu-bapa tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa jua sekalipun. Para ulama’ telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Jika kita tidak mengambil berat terhadapa keperluan anak-anak kita, mereka akan terdedah kepada gejala rosak akhlak, ajaran sesat, hilang kemuliaan akhlak dan maruah, begitu juga aspek pendidikan turut ketinggalan. Sesungguhnya kesan yang paling menonjol akibat kelemahan kualiti ibu bapa pada hari ini adalah tercabutnya akhlak anak-anak daripada diri mereka yang boleh mengheret mereka ke kancah krisis gejala sosial.

Satu kisah pada zaman Rasulullah SAW, seorang sahabat yang berjemaah bersama baginda kerap keluar awal dari jemaah sebelum sempat berdoa. Baginda bertanyakan kenapa balik tergesa-gesa sebelum sempat berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya. Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, Baginda terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pencapaian prestasi anak-anak kita dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh-sungguh daripada kita sebagai ibu bapa. Dalam hal ini, kita perlulah membudayakan ilmu dan akhlak dalam kehidupan seharian anak-anak. Dalam menjamin perkara tersebut, kita sebagai ibu bapa hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 7 petunjuk sebagai

ukuran bagi menentukan hala tuju dan tindakan yang mesti dilaksanakan oleh anak-anak kita antaranya seperti berikut:

1. Memastikan anak-anak menunaikan solat fardhu 5 kali sehari secara berterusan, seelok-elok para bapa hendaklah solat berjemaah sekurang-kurangnya satu waktu bersama anak-anak,

2. Memastikan anak-anak mempelajari dan membaca al-Quran setiap hari, 

3. Memastikan anak-anak mendapat makanan halal lagi baik,

4. Membudayakan amalan-amalan sunnah Rasulullah bermula bangun dari tidur sehingga tidur semula,

5. Membudayakan amalan membaca bagi menambah ilmu pengetahuan,

6. Menyemak buku-buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu,

7. Mengadakan perjumpaan dengan guru mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklumbalas prestasi pembelajaran dan tahap sahsiah anak-anak ketika berada di sekolah.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Sebagai ibu-bapa, kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila mereka telah dihantar ke sekolah. Ingatlah, tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang. 

Tanggungjawab kita juga adalah memastikan mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jati diri yang kuat. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi penghormatan yang tinggi kepada guru-guru untuk membimbing dan mendisiplinkan anak-anak kita. Oleh itu, janganlah kita mudah melenting, hilang kewarasan, tetapi bersifatlah berlapang dada apabila guru-guru mengambil tindakan disiplin ke atas anak-anak. Kita perlu yakin bahawa tindakan guru adalah untuk mendisiplinkan anak-anak kita dengan memberi pengajaran dan memulihkan akhlak merekasupaya menjadi insan yang berguna.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada perjuangan Islam.

Budayakanlah kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72:

<ن> >ي ب< >الC ف>أ ب Cج> ر<ضC و>ال

< م>او>اتC و>األ< Pة> ع>ل>ى الس< >م>ان >ا األ< ض<ن Pا ع>ر> Cن إان\ Cنس> >ه>ا اإل< <ه>ا و>ح>م>ل ف>ق<ن> مCن >ش< >ه>ا و>أ <ن >ح<مCل >ن ي \ومgا  أ >ان> ظ>ل Pه\ ك Cن إ

g٧٢﴿ج>ه\وال﴾Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.".

ا <ppمC \م< ب اك PppيC Cى< و>ا C، و>نف>ع>ن <م <ع>ظCي آءنC ال <ق\ر< ال Cppم< ب\ >ك Cى< و>ل ك> اللppه\ ل >ار> بPه\ Cن >ه\ ا >و>ت Cال \م< ت <ك }ى و>مCن Pل> مCن >ق>ب C، و>ت <م Cي <ح>ك <رC ال >اتC و>الذ}ك <آلي <هC مCن> ا فCي<م> <ع>ظCي >غ<فCر\ اللppه> ال ت >ppذ>ا و>اس <ppي< هC >ق\و<ل\ ق>و<ل ، أ <م\ Cي <ع>ل <ع\ ال مCي Pه\و> الس <ن> Cي ؤ<مCن \pppم> Cم>اتC و>ال ل >pppم\س> <ن> و>ال CمCي ل >pppم\س> CرC ال ائ <pppسCم< و>ل\ >ك Cلي< و>ل

. <ن> Cي PاءCب اة> الت >ج> > ن <ن> و>يا >غ<فCرCي ت <م\س< >ا ف>و<ز> ال >اتC ف>ي <م\ؤ<مCن    و>ال

Khutbah Kedua

Cل : <ح>م<د\ للهC الق>ائ >ل اج>ات� <م> د>ر> <عCل \وا ال \وت PذCين> أ \م< و>ال <ك \وا مCن PذCين> آم>ن Pه\ ال ف>عC الل >ر< ي

Maksudnya : "Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu , dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat." (surah al-Mujadalah : ayat 11)

Cال الله\ Cله> إ >ن< الإ ه>د\ أ >ش< <د\ه\ أ >ا م\ح>مPدgا ع>ب }د>ن ي >نP س> ه>د\ أ >ش< و>أ\ه\ و<ل س\ >ا م\ح>مPد�  و>ر> }دCن ي >ارCك< ع>لى> س> }م< و>ب ل �ه\مP ص>ل} و>س> . الل

Cن> C الد}ي >و<م Cل>ى ي ان� إ Cح<س> Cإ Cع>ه\م< ب >ب CهC و>م>ن< ت اب ص<ح>< CهC و>أ .و>ع>ل>ى آل

Pق\و<ا الله> >اد> اللهC ! ات ب Cا ع< >ع<د\ ، ف>ي مPا ب< Cال أ \نP إ و\ت <ppو>التم Cه Cppق>ات\ قP ت <ppح

Cم\و<ن> ل \م< م\س< <ت >ن و>أSidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah :

1. Mendidik anak-anak adalah merupakan kefardhuan dan tanggungjawab setiap ibu bapa.

2. Menghantar anak ke sekolah bukan bermakna kita melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah.

3. Ibu bapa perlu memastikan perancangan dan matlamat mendidik anak-anak mereka tercapai. 

4. Keutamaan pendidikan anak-anak hendaklah menepati kehendak Islam iaitu keutamaan kepada pendidikan agama supaya anak-anak dapat menjadi manusia yang bertaqwa.

5. Anak merupakan amanah yang dipinjamkan oleh Allah Taala, amanah tersebut akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak.

6. Kejayaan kita sebagai ibu bapa mendidik anak adalah kejayaan dunia akhirat.

  Jika kita lihat pada hari ini, banyak kes jenayah yang melibatkan golongan remaja seperti merempit, meragut, dan merompak. Bukan itu sahaja, ramai remaja yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisme, gengsterisme pergaulan bebas, menagih dadah, dan yang paling menyedihkan ialah kes pembuangan bayi. Kes-kes ini semakin membimbangkan saban hari. Namun begitu, jalan penyelesaiannya masih belum dapat ditemui.

            Dari manakah datangnya semua ini? Siapa yang mengajar mereka? Sudah semestinya bkan ibu bapa tetapi mereka belajar daripada rakan-rakan mereka yang mempengaruhi mereka dan sesetengahnya pula belajar daripada internet yang menyalurkan unsur-unsur negatif. Jadi,

apa kaitannya dengan ibu bapa? Kaitannya ialah ibu bapa kurang mengawasi anak-anak mereka. Ibu bapa tidak mengambil tahu dengan siapa anak mereka bergaul dan apa yang dilakukan oleh para remaja ini semasa melayari internet.

          Ramai ibu bapa yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak mempunyai masa untuk memerhatikan setiap gerak geri anak. Ada pula yang berpendapat bahawa anak mereka sudah besar dan matang, jadi, mereka tidak perlu diawasi dan dijaga seperti budak kecil. Tanggapan ini salah sama sekali dan perkara inilah yang membuat anak-anak memilih jalan yang salah dalam hidup mereka. Bagi ibu bapa yang sibuk pula, penting sangatkah pekerjaan itu sehingga sanggup mengabaikan anak sendiri, amanah daripada Tuhan dan lebih berharga dari wang ringgit? Adakah mereka lebih sanggup melihat anak mereka meringkuk dalam penjara/

         Untuk mengelakkan anak-anak ini terjerumus ke lembah hitam, ajaran dan didikan yang secukupnya perlu diberi kepada mereka. Siapa yang akan mengajar dan mendidik? Siapa lagi kalau bukan ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan pengasuh atau guru-guru untuk mendidik mereka kerana didikan daripada guru dan pengasuh amat jauh bezanya dengan didikan daripada ibu bapa. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Tambahan pula, anak-anak telah meluangkan masa selama sembilan bulan di dalam rahim ibu mereka dan bukan di dalam rahim pengasuh mahu pun guru-guru mereka. Jadi, anak-anak dapat menerima ajaran dengan lebih baik dan sempurna.

         Kesimpulannya di sini, ibu bapa adalah insan yang telah  diamanahkan untuk mencorak peribadi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa harus menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Jangan pula menyalahkan amanah itu kepada orang lain dan jangan sesekali lari daripada tanggungjawab tersebut. Jangan dipersia-siakan anugerah yang tidak ternilai daripada Tuhan

“Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkan ibu bapanya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Hadis itu menjelaskan bayi yang dilahirkan suci daripada sebarang dosa dan kesalahan. Jadi, salah sekali bagi mereka yang berpendapat anak kecil yang baru dilahirkan, membawa sial atau malapetaka kepada keluarganya,” katanya. 

Tajuk 8"Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya". Jelaskan pendapat anda tentang ungkapan di atas. 

  Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling berharga. Kehadiran setiap anak dalam keluarga lazimnya mewarnai kehidupan berumah tangga kerana cahaya mata merupakan harapan ibu bapa yang utama. Walau bagaimanapun, ibu bapa

harus sedar bahawa anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Ungkapan ini memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tanggungjawab keibubapaan. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah memikul tanggungjawab untuk membina generasi baharu yang lebih berkualiti sebagai pemimpin masa depan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

  Ibu bapa mestilah menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Hal ini dikatakan penting kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa mampu menyedarkan anak-anak tentang betapa pentingnya institusi kekeluargaan demi membina masyarakat yang berkualiti. Mengikut kajian yang dijalankan, lebih 60 peratus anak muda yang terlibat dalam gejala sosial terdiri daripada golongan yang kehausan kasih sayang ibu bapa. Oleh sebab itu, anak-anak harus disayangi dan dijaga dengan baik supaya mereka mudah berasa bersalah dan akan berfikir demi ibu bapa sebelum melakukan perbuatan yang buruk yang akan menconteng arang di muka ibu bapa.

  Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan yang berkualiti dapat menjamin masa depan anak-anak. Pada kebiasaannya, ibu bapa mula menghantar anak-anak ke tadika sejak umur mereka tiga tahun lagi. Ibu bapa sedar bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki apabila masuk ke menara gading, anak-anak dapat menjaga ibu bapa dan menjamin masa depan mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah mementingkan pelajaran anak-anak mereka.

  Lain daripada itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai suri teladan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa haruslah menunjukkan sikap yang bermoral di hadapan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa tidak wajar berbahasa kesat mahupun merokok di hadapan anak mereka. Secara tidak langsung, anak-anak akan terdidik untuk mendisiplinkan diri kerana mereka datang daripada keluarga yang baik dan keluarga yang mementingkan disiplin kerana kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

  Para ibu bapa juga harus sedar bahawa mereka perlu menjadi tempat anak-anak bergantung hidup. Oleh sebab itu, ibu bapa harus bekerja keras memberikan kehidupan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, segala keperluan dan kelengkapan belajar haruslah disediakan oleh ibu bapa. Dengan berbuat demikian, ibu bapa sudah pun memenuhi komitmen mereka sebagai pendorong dan penggalak anak-anak mereka untuk menimba ilmu. Saya yakin bahawa anak-anak akan berusaha untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum demi tidak menghampakan ibu bapa mereka sekali gus tidak menjadi seperti kacang lupakan kulitnya.

  Ilmu agama merupakan salah satu ajaran yang perlu disalurkan oleh ibu bapa ke dalam sanubari anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana pegangan agama yang kuat dalam diri seseorang anak akan memperteguh keimanan mereka untuk menghadapi dugaan hidup. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak mereka supaya anak-anak tahu membezakan yang mana batu, yang mana permata. Secara tidak langsung, mereka tidak akan menjerumuskan diri dalam kancah jenayah kerana sedar bahawa manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. Dengan ini, masalah sosial dan jenayah dalam masyarakat kita akan berkurangan kerana ibu bapa telah menjadi pembimbing dan menunjukkan jalan hidup yang betul kepada anak-anak.

  Konklusinya, ibu bapa haruslah memerhatikan gerak-geri anak mereka sejak kecil lagi. Saya yakin bahawa tiada seorang pun ibu bapa yang mahu melihat anak mereka tergelincir daripada landasan hidup yang betul. Oleh sebab itu, para ibu bapa haruslah digalakkan menyertai bengkel keibubapaan dan kursus yang berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak anak-anak menjadi modal insan yang mulia demi masa depan anak-anak mereka. Dengan perkataan lain, segala tindakan ibu bapa terhadap anak mereka bakal memberikan impak yang besar dalam kehidupan anak mereka. Demikianlah kebenaran ungkapan anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya.

4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W

Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-

model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul

junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia

sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua  keluarga.

Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka

dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.

Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik

anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang

terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh

mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik

pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.

Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada

satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang

cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah

sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk

memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas.

Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan

bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka

melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita

sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan

rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka

kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan

nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud,

“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh

tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh

tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu

pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka.

Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan

seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan

terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam

memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang

pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani

ataupun majusi.

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak.

Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan

mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang

mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang

kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar

yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan

mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-

beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita

adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir

dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka.

Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan

memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah

bersama keluarga.

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan

sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam

membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan

diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula

pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan

segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng

diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana

mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak

mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain

Bersama-sama Mereka

Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting

dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan

Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika

inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.

Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang

cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata.

Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak

dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka

percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.

Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat

Kali Kedua…

Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam

segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’ baru-baru ini,

“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-

anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding

time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita

gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.

Justeru itu, atas dasar keprihatinan dan kasih sayang terhadap anak-anak, pihak

kami Excel Qhalif berbesar hati untuk menjemput para ibubapa ke Kelas PERCUMA

Excel QhalifPlaygroup yang berkonsepkan islamik bagi mengeratkan lagi hubungan

anda sekeluarga. Anak-anak akan berpeluang bermain dan belajar bersama-sama

rakan yang lain dengan kehadiran ibubapa mereka sendiri. Rebutlah peluang ini

sementara mereka masih kecil, kerana masa kecil mereka takkan berulang buat

kali kedua…

3

Cara Mendidik Anakby HASNUL HADI AHMAD  on JULY 20, 2013

in AKHLAK , KELUARGA , LELAKI & WANITA

Cara Mendidik Anak | Cara Mendidik Anak Dalam Kandungan | Didik Anak Cara Rasulullah

Mendidik Anak seharusnya kita berikan semenjak anak masih dalam kandungan lagi. Islam amat menitik beratkan dalam hal memberikan pendidikan sejak dari dalam kandungan sampai anak mencapai usia dewasa. Pemahaman agama yang baik akan banyak mempengaruhi dalam hal pembentukan akhlak dan peribadi mulia seorang anak kelak nanti.Islam memperkuat pandangan perlunya pendidikan sebelum kelahiran bermula dari sejak sebelum terciptanya janin. Ha ini dibuktikan dalam Al-Quran dalam beberapa surah, diantaranya:

Penciptaan janin harus berasal dari pasangan yang sah. Bukan hubungan perzinahan. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan

yang jahat (yang membawa kerosakan).”(Surah Al-Isra’ 17:32)Dalam melakukan hubungan hendaklah dimulai dengan doa, agar dijauhkan dari syaitan.

Setelah terjadinya proses nuthfah (sperma), berlanjut menjadi ‘alaqah dan kemudian mudghah (segumpal daging). Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” (Surah Al-Mu’minun 23:12-14)Maka bermulalah kehidupan seorang anak di dalam rahim ibu.

Dari tahap ini, ada beberapa hal yang harus dilakukan oleh ibu, ibu adalah guru pertama seorang anak untuk mendidik anak dalam kandungan.

Cara mendidik anak dalam kandungan secara Islam dapat dilakukan dengan berbagai cara. Berikut adalah pendidikan anak dalam kandungan, antaranya ialah:- Membaca Al-Quran

Fungsi pertama yang paling banyak digunakan bayi dalam kandungan adalah fungsi pendengaran, oleh itu biasakan bayi dalam kandungan mendengar Al-Quran.

- Membacakan DoaBerdoa agar mendapatkan anak soleh dan solehah, seperti doa Nabi Zakaria yang disebut dalam Al-Qur’an surat Ali Imran : 38 yang bermaksud:

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa..” (Surah Ali Imran 3:38)

Ada juga doa Nabi Ibrahim yang disebut dalam Al-Quran surat As-Shaafaat :100 dan An Nahl :78. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (Surah As-Saaffaat 37:100)

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Nahl 16:78)

- Bercakap Dengan BayiSelalulah bercakap dengannya walaupun dia belum lagi lahir. Komunikasi dengan cara ini dapat merangsang lagi pertumbuhan otaknya. Ceritakan padanya apa yang sedang anda perbuatkan setiap hari seperti melakukan amal ibadah, cara ini akan mendedahkannya pada suara anda dan

membantu anda mengajar tabiat bercakap dengannya apabila dia lahir nanti.

- Menjaga PerilakuMenjaga perilaku sangat penting ketika hamil, kerana akhlak ibu bapa sangat berpengaruh terhadap akhlak anak-anak.

Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah RasulullahContoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama penyuluh buat segenap manusia. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, antaranya adalah :1. Umur anak-anak 0-6 tahun.Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2. Umur anak-anak 7-14 tahun.

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud,“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.

3. Umur anak-anak 15- 21 tahun.Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara atau masalah yang mereka hadapi, jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4. Umur anak 21 tahun dan ke atas.Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.

Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.

Panduan Untuk Ibu Bapa PrihatinUntuk mendapatkan panduan lengkap “Rahsia Anak Soleh” yang akan merungkaikan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu bapa yang ingin memberikan pendidikan kepada anak mereka dengan berkesan dan bijaksana, anda boleh dapatkannya sekarang klik di sini.Antara yang lain, panduan lengkap “Teknik Mendidik Anak Cemerlang” yang boleh anda gunakan sebagai panduan di dalam mendidik anak anda. Siapa tahu? Mungkin panduan ini akan menjadi titik permulaan kepada perubahan pada diri anak anda sebagai seorang kanak-kanak yang sihat, ceria dan bijak. Anda boleh dapatkannya sekarang klik di sini.

PETUA MELAHIRKAN ANAK YANG KREATIF DAN CEMERLANG

 

Anak-anak yang banyak menghabiskan masa menonton televisyen pasti tidak mencorakkan jiwa yang kreatif, malah lebih mengembangkan sifat negatif terutamanya apabila mengikuti cerita yang mampu memberi kesan buruk terhadap akhlak dan moral.

Mengatakan TV banyak memberi keburukan juga adalah tidak tepat kerana ia hanyalah sebagai alat yang hanya berperanan menyampaikan apa-apa maklumat atau program-program tertentu.

Justeru, ibu bapalah yang bertanggungjawab memilih rancangan yang perlu ditonton agar ia mampu menjadikan pemikiran anak yang kreatif, kritis dan berdaya saing. Untuk melahirkan anak yang cemerlang dalam segala aspek sama ada duniawi atau ukhrawi, berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan:

 

i. Ibu mengandung perlu banyak memikirkan tentang ciptaan TUHAN dan menyelesaikan permasalahan berasaskan kiraan. 

Mereka tidak digalakkan tidur berlebihan sehingga mengabaikan fungsi otak untuk berfikir. Banyak perkara boleh dilakukan untuk mengaktifkan otak si ibu seperti menyibukkan diri memikirkan kejadian alam di sekelilingnya, membaca ayat-ayat suci al-Quran dan mencari penyelesaian masalah matematik.

Mereka juga digalakkan berfikir dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang akan mendorong ke arah pemikiran kreatif dan kritis.

Bagi menggerakkan fungsi otak untuk berfikir, mereka juga boleh meluaskan fikiran dan pe-ngalaman dengan melakukan perbincangan secara aktif bersama suami atau rakan-rakan tentang isu-isu semasa seperti pembangunan keluarga, kaedah memajukan ekonomi keluarga, kaedah mencipta keluarga bahagia juga tentang perkembangan pelajaran anak-anak pada masa hadapan.

Mereka juga digalakkan untuk berfikir tentang kejadian alam seperti memerhati dan menyelidiki bagaimana pelangi terjadi, bagaimana kejadian hujan, gerhana bulan, gerhana matahari atau kejadian siang dan malam.

Selain daripada itu, digalakkan juga untuk menyelesaikan semua masalah yang berasaskan matematik seperti kiraan yang boleh didapati di akhbar, majalah mahupun buku matematik anak-anak. Di samping itu, turut mengira perbelanjaan seharian dan mencongak pembelian barang yang dibeli.

Selain itu mereka juga digalakkan membantu anak-anak menyelesaikan masalah dalam subjek matematik agar otak dan minda dapat berfungsi dengan lebih aktif. Secara tidak langsung kaedah itu dapat melahirkan anak yang bijak dan cemerlang dalam pelajaran. Insya-ALLAH...

Membaca al-Quran juga banyak memberi kesan terhadap anak dalam kandungan. Ibu bapa

seharusnya membiasakan diri mengalunkan ayat-ayat suci. Antara surah yang boleh diamalkan ketika hamil ialah;

•  Surah al-Fatihah (untuk terang hati dan kuat ingatan)

•  Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin)

•  Surah Yusuf (untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)

•  Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)

•  Surah Yasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak ke arah maksiat)

•  Surah Thahaa (semoga bayi lembut hati)

•  Surah al-Nahl (untuk melahir anak yang berdisiplin)

•  Surah Hujurat (untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)

•  Surah al-Taubah (untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat) 

Banyak pendapat yang menyatakan ayat-ayat tertentu yang dibaca ketika hamil amat memberi kesan positif terhadap anak yang dikandung seperti berada dalam keadaan sejahtera dan berakhlak mulia.

 

ii. Memberi tugas dan tanggungjawab mengikut usia anak 

Ketika anak berusia dua tahun dan ke atas, ibu bapa perlu melatih mereka agar mempunyai sifat rajin, pandai mengurus masa dan bertanggungjawab. Suatu tugasan boleh diserahkan kepada anak-anak mengikut kesesuaian usia mereka.

Mulai usia yang awal, seorang ibu boleh meminta anak-anak mereka melakukan tugas yang mesti dibereskan seperti membasuh pinggan dan gelas yang digunakan sendiri, mengemas bilik masing-masing, membasuh kasut, menyapu dan membuang sampah, mencuci kereta, menolong memasak dan lain-lain kerja rumah.

Tugas yang diberi pula, perlu dipantau bagi memastikan mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Namun, pada masa yang sama juga ibu bapa juga perlu membantu mereka melakukan kerja-kerja yang diberikan dan tidak boleh terlalu mengharapkan hasil sama seperti yang dilakukan oleh orang dewasa.

Apabila anak berumur sekitar tujuh hingga sepuluh tahun, mereka boleh disuruh melakukan tugas yang lebih mencabar seperti menukar bateri  jam, memasukkan bateri ke dalam

lampu picit, menukar mentol lampu duduk, menggunakan vakum untuk membersihkan karpet dan mungkin sudah boleh diajar memasang wayar elektrik ke palam 3 pin kepada anak-anak lelaki. Bagi anak-anak perempuan pula, mereka sudah boleh diberi tanggungjawab seperti menggunakan mesin basuh, memasak nasi dan membantu menyediakan masakan tengah hari, mengajar membersihkan lauk mentah dan mengemas dapur setelah selesai memasak.

 

iii. Meningkatkan kreativiti anak dengan aktiviti dan permainan yang menggunakan minda 

Bagi meningkatkan daya kreativiti anak-anak, ibu bapa boleh melatih mereka pada usia tiga tahun dengan semua jenis aktiviti yang menggunakan minda untuk menyelesaikan masalah. Misalnya, sejak kecil lagi mereka didedahkan dengan permainan yang memerlukan kepada daya berfikir seperti membuat origami. Aktiviti tersebut dapat membantunya untuk berfikir secara kreatif.

Sebagai permulaan, ibu bapa boleh menunjukkan cara membuat kapal atau kapal terbang kertas dan kemudian menyuruhnya pula membuat perkara yang sama. Pada masa yang sama, mereka akan mendapat pengalaman yang jauh lebih bemakna jika seseorang ayah atau ibu dapat mengapungkan kapal tersebut dalam bekas air dan kemudian ditiru olehnya pula.

Begitu juga seorang ayah boleh membuat demonstrasi cara membuat layang-layang sehingga berjaya menerbangkannya dan kemudian meminta anaknya membuat perkara yang sama.Tetapi, harus diingat bahawa ibu bapa perlu bersedia untuk mengatasi dan membantu menyelesaikan masalah apabila ia gagal berfungsi dengan baik.

Jika perlu, ibu bapa hendaklah mempunyai pengetahuan terlebih dahulu sebelum mengajar anaknya melakukan sesuatu tugasan. Apabila berjaya, mantapkan pengalaman ini dengan menggalakkan mereka mengulanginya pada masa akan datang.

Permainan yang memerlukan kepandaian anak-anak menyambung komponen-komponen untuk dijadikan barang siap seperti permainan Lego juga baik untuk mengembangkan minda dan kretiviti mereka. Anak-anak pasti akan teruja dengan kejayaannya menyusun blok-blok sehingga terhasilnya sesuatu objek.

Dalam kehidupan seharian, kreativiti seseorang anak boleh ditingkatkan dengan membiarkan sendiri mereka mencari jalan keluar terhadap sesuatu permasalahan, contohnya memberi gula-gula yang belum dibuka pembungkusnya. Kreativiti mereka dapat diperhatikan dengan membiarkannya membuka bungkusan tersebut untuk mendapatkan isinya.

 

iv. Mendedahkan anak kepada aktiviti kemahiran hidup

 

Apabila anak sudah tahu menggunakan peralatan pertukangan, ibu bapa boleh melatih kemahiran bertukang kepada anak lelaki pada usia menginjak sepuluh tahun. Biasanya kanak-kanak suka bermain pistol dan gemar membuat pistol mainan daripada kayu. Manakala, getah dan kertas boleh dijadikan sebagai peluru. Selepas itu, latihlah mereka  membunuh cicak di rumah menggunakan pistol atau senapang buatan sendiri itu.

Selain itu, seorang ayah juga mungkin boleh menyediakan peralatan seperti kayu dan papan untuk mengembangkan latihan pertukangan. Projek mudah untuk membuat pagar tanaman di halaman rumah boleh dijadikan aktiviti awal. Projek membuat basikal beroda empat menggunakan kayu dan roda terbuang mungkin boleh diusahakan.

Bagi anak perempuan pula, sudah boleh diberi tanggungjawab membantu ibunya seperti membersihkan ikan, udang, sotong, ayam dan daging. Menjelang usia sekitar 12 tahun, tugas memasak sudah sepatutnya dikuasai oleh mereka.

Membuat kuih yang mudah seperti cekodok pisang sepatutnya sudah dapat dikuasai. Selepas itu, mereka perlu digalakkan memasak sesuatu yang lebih mencabar seperti mem-buat kuih kasui, kuih lapis, roti dan biskut.

Teruskan didikan seperti ini sehingga anak berusia 15 tahun dan pastinya setiap tugasan yang berjaya dilakukan akan menjadi pengalaman baik untuk meningkatkan kreativiti mereka.

 

v. Melatih anak menyumpurnakan tanggungjawab yang diberi dan melaksanakan perintah TUHAN 

Anak-anak perlu dilatih untuk menyempurnakan setiap perkara yang dilakukan dan tidak hanya dilakukan separuh jalan atas alasan kasihan. Elakkan daripada terlalu memanjai dan ibu bapa perlu memberi denda apabila arahan tidak dipatuhi dalam tempoh yang diberi.

Sebagaimana hadis yang menyuruh ibu bapa memukul anak mereka (jika enggan) apabila berumur sepuluh tahun setelah disuruh menunaikan solat sejak berusia tujuh tahun lagi. Malah, pada usia sekecil dua hingga tiga tahun sekali pun, seorang anak perlu dilatih untuk mengikut ibu bapanya melaksanakan perintah TUHAN. Mereka boleh dilatih bersolat bersama supaya kewajipan tersebut menjadi rutin hingga dewasa kelak.

 

     Rutin Harian Bersama Anak  

Anak-anak adalah amanat ALLAH kepada kedua ibu bapa. Janji-NYA ialah mereka akan disoal oleh-NYA tentang cara atau kaedah membesarkan, membentuk tingkah

laku dan mendidik anak-anak. Jika didikan yang diberi adalah benar, maka anak-anak tersebut akan memberi manfaat kepada agama, masyarakat, bangsa, dan negara. Anak-anak jugalah yang akan menjadi kebanggaan keluarga dengan menjadi keturunan soleh yang sentiasa mendoakan ibu dan bapa. Insya-ALLAH. 

Anak soleh pasti mengetahui cara yang tepat untuk mengenang jasa ibu bapa yang telah meninggal dunia. Seperti mengirimkan pahala yang berterusan sama ada melalui doa dan amalan yang mampu mengangkat martabat orang tuanya di akhirat sana. Perkara ini jelas dinyatakan dalam sabda baginda yang bermaksud:

 

Apabila seseorang telah meninggal dunia, maka amalnya akan terputus kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang selalu mendoakan orang tuanya. - Hadis Riwayat al-Bukhari 

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa setiap ibu bapa berkewajipan membimbing dan mendidik anak-anak dan keturunannya agar menjadi generasi yang soleh dan solehah. Tujuannya agar mereka dapat membantu mereka apabila berada di alam yang seterusnya. 

Dalam sesebuah rumah tangga, ayah merupakan ketua dan pemimpin keluarga yang perlu berhadapan dengan tanggungjawab memastikan kesejahteraan dan keselesaan bagi setiap orang di bawah pimpinannya. Ayah juga dianggap sebagai nadi dan tonggak kepada kecemerlangan sesebuah keluarga. Jika buruk pimpinannya, maka pincanglah kerukunan sebuah kebahagiaan yang terbina.

 

 

Bagi yang tiada masa ke kedai buku, bolehlah membuat pesanan secara pos.  Sila bank in bayaran (menurut harga buku)  ke akaun Karangkraf Mall Sdn Bhd. (Maybank - 0142 7120 4204). Tambah RM7 senaskhah bagi kos pos. Kemudian, fakskan slip bank (nyatakan nama, judul buku, alamat & no.tel) ke 03-5101 7483.

Atau sertakan Kiriman Wang/Wang Pos/Cek atas nama KARANGKRAF MALL SDN. BHD. Kirimkan ke Unit Langganan Karangkraf Mall Sdn Bhd, P/S 7041 Pejabat Pos Besar Shah Alam, 40700 Shah Alam, Selangor.

Sebarang pertanyaan mengenai langganan sila hubungi  03 51017480/7481 /7478 HP: 019-3310102 atau http://mall.karangkraf.com

ARTIKEL BERKAITAN

Anakku...Didiklah Hati Mencintai-Nya: Bab 7 Anakku...Didiklah Hati Mencintai-Nya: Bab 6 Anakku...Didiklah Hati Mencintai-Nya: Bab 5 Anakku...Didiklah Hati Mencintai-Nya: Bab 4 Anakku...Didiklah Hati Mencintai-Nya: Bab 3 Anakku...Didiklah Hati Mencintai-Nya: Bab 2 Anakku...Didiklah Hati Mencintai-Nya: Bab 1

MENDIDIK GENERASI RABBANI

(11 JANUARI 2013 / 28 SAFAR 1434H)

Khutbah Pertama 

ه\ \ظ<هCر> Cي <نC الح>ق} ل Cاله\د>ى و>دCي >ه\ ب و<ل س\ س>ل> ر> ر<< PذCي< أ <ح>م<د\ للهC ال >ل ا

Cه{ \ل <نC ك ع>ل>ى الد}يCال الله\ Cله> إ >ن< الإ ه>د\ أ >ش< \و<ن> . أ رCك >رCه> الم\ش< >و< ك >نP و>ل ه>د\ أ >ش< و>أ

\ه\ و<ل س\ <د\ه\ و>ر> >ا م\ح>مPدgا ع>ب }د>ن ي >ارCك<  س> }م< و>ب ل �ه\مP ص>ل} و>س> . اللان� Cح<س> Cإ Cع>ه\م< ب >ب CهC و>م>ن< ت اب ص<ح>

< CهC و>أ >ا م\ح>مPد� و>ع>ل>ى آل }دCن ي ع>لى> س>

Cن> C الد}ي >و<م Cل>ى ي إPق\و<ا الله> >اد> اللهC ! ات ب Cا ع< >ع<د\ ، ف>ي مPا ب

< Cال أ \نP إ CهC و>التم>و\ت \ق>ات ح>قP تCم\و<ن> ل \م< م\س< <ت >ن و>أ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Ingatlah!, bahawa segala amal perbuatan kita akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Minggu ini adalah minggu kedua anak-anak kita kembali ke alam persekolahan. Berbagai ragam dapat kita lihat pada diri anak-anak kita setelah berbulan mereka bercuti sekolah. Namun inilah rutin biasa yang perlu ditempuh oleh kita sebagai ibu bapa demi membina generasi yang cemerlang yang bertaqwa di masa akan datang.

Menghantar anak-anak ke sekolah harian atau sekolah berasrama bukanlah bermakna kita menyerahkan urusan pendidikan anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa dan pihak sekolah hendaklah saling bekerjasama dan mengambil tanggungjawab mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya. Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 6:

Pاس\ ا و>ق\ود\ه>ا الن gار< \م< ن Cيك >ه<ل \م< و>أ ك >نف\س> \وا ق\وا أ PذCين> آم>ن  ه>ا ال ي< >ا أ ي

Pه> م>ا >ع<ص\ون> الل د>اد¢ الP ي Cظ¢ ش >ة¢ غCال> Cك ئ <ه>ا م>ال> >ي ة\ ع>ل ار> <حCج> و>الون> \ؤ<م>ر\ >ف<ع>ل\ون> م>ا ي ه\م< و>ي م>ر>

< ﴾٦﴿أ

Maksudnya : "Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Ibu-bapa adalah asas dalam menentukan dasar pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak. Anak-anak pada peringkat awal pembesaran mereka, memerlukan ibu-bapa sebagai orang terawal penunjuk jalan teladan yang baik. Menurut prinsip pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia, kasih sayang dan komunikasi yang berkesan sebenarnya bermula dari dalam rahim ibu lagi sehinggalah anak itu mencapai usia baligh.

Ibu-bapa tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa jua sekalipun. Para ulama’ telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Jika kita tidak mengambil berat terhadapa keperluan anak-anak kita, mereka akan terdedah kepada gejala rosak akhlak, ajaran sesat, hilang kemuliaan akhlak dan maruah, begitu juga aspek pendidikan turut ketinggalan. Sesungguhnya kesan yang paling menonjol akibat kelemahan kualiti ibu bapa pada hari ini adalah tercabutnya akhlak anak-anak daripada diri mereka yang boleh mengheret mereka ke kancah krisis gejala sosial.

Satu kisah pada zaman Rasulullah SAW, seorang sahabat yang berjemaah bersama baginda kerap keluar awal dari jemaah sebelum sempat berdoa. Baginda bertanyakan kenapa balik tergesa-gesa sebelum sempat berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya. Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, Baginda terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pencapaian prestasi anak-anak kita dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh-sungguh daripada kita sebagai ibu bapa. Dalam hal ini, kita perlulah membudayakan ilmu dan akhlak dalam kehidupan seharian anak-anak. Dalam menjamin perkara tersebut, kita sebagai ibu bapa hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 7 petunjuk sebagai ukuran bagi menentukan hala tuju dan tindakan yang mesti dilaksanakan oleh anak-anak kita antaranya seperti berikut:

1. Memastikan anak-anak menunaikan solat fardhu 5 kali sehari secara berterusan, seelok-elok para bapa hendaklah solat berjemaah sekurang-kurangnya satu waktu bersama anak-anak,

2. Memastikan anak-anak mempelajari dan membaca al-Quran setiap hari, 

3. Memastikan anak-anak mendapat makanan halal lagi baik,

4. Membudayakan amalan-amalan sunnah Rasulullah bermula bangun dari tidur sehingga tidur semula,

5. Membudayakan amalan membaca bagi menambah ilmu pengetahuan,

6. Menyemak buku-buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu,

7. Mengadakan perjumpaan dengan guru mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklumbalas prestasi pembelajaran dan tahap sahsiah anak-anak ketika berada di sekolah.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Sebagai ibu-bapa, kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila mereka telah dihantar ke sekolah. Ingatlah, tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang. 

Tanggungjawab kita juga adalah memastikan mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jati diri yang kuat. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi penghormatan yang tinggi kepada guru-guru untuk membimbing dan mendisiplinkan anak-anak kita. Oleh itu, janganlah kita mudah melenting, hilang kewarasan, tetapi bersifatlah berlapang dada apabila guru-guru mengambil tindakan disiplin ke atas anak-anak. Kita perlu yakin bahawa tindakan guru adalah untuk mendisiplinkan anak-anak kita dengan memberi pengajaran dan memulihkan akhlak merekasupaya menjadi insan yang berguna.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada perjuangan Islam. Budayakanlah kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72:

<ن> >ي ب< >الC ف>أ ب Cج> ر<ضC و>ال

< م>او>اتC و>األ< Pة> ع>ل>ى الس< >م>ان >ا األ< ض<ن Pا ع>ر> Cن إان\ Cنس> >ه>ا اإل< <ه>ا و>ح>م>ل ف>ق<ن> مCن >ش< >ه>ا و>أ <ن >ح<مCل >ن ي \ومgا  أ >ان> ظ>ل Pه\ ك Cن إ

g٧٢﴿ج>ه\وال﴾Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.".

ا <ppمC \م< ب اك PppيC Cى< و>ا C، و>نف>ع>ن <م <ع>ظCي آءنC ال <ق\ر< ال Cppم< ب\ >ك Cى< و>ل ك> اللppه\ ل >ار> بPه\ Cن >ه\ ا >و>ت Cال \م< ت <ك }ى و>مCن Pل> مCن >ق>ب C، و>ت <م Cي <ح>ك <رC ال >اتC و>الذ}ك <آلي <هC مCن> ا فCي<م> <ع>ظCي >غ<فCر\ اللppه> ال ت >ppذ>ا و>اس <ppي< هC >ق\و<ل\ ق>و<ل ، أ <م\ Cي <ع>ل <ع\ ال مCي Pه\و> الس <ن> Cي ؤ<مCن \pppم> Cم>اتC و>ال ل >pppم\س> <ن> و>ال CمCي ل >pppم\س> CرC ال ائ <pppسCم< و>ل\ >ك Cلي< و>ل

. <ن> Cي PاءCب اة> الت >ج> > ن <ن> و>يا >غ<فCرCي ت <م\س< >ا ف>و<ز> ال >اتC ف>ي <م\ؤ<مCن    و>ال

Khutbah Kedua

Cل : <ح>م<د\ للهC الق>ائ >ل اج>ات� <م> د>ر> <عCل \وا ال \وت PذCين> أ \م< و>ال <ك \وا مCن PذCين> آم>ن Pه\ ال ف>عC الل >ر< ي

Maksudnya : "Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu , dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat." (surah al-Mujadalah : ayat 11)

Cال الله\ Cله> إ >ن< الإ ه>د\ أ >ش< <د\ه\ أ >ا م\ح>مPدgا ع>ب }د>ن ي >نP س> ه>د\ أ >ش< و>أ\ه\ و<ل س\ >ا م\ح>مPد�  و>ر> }دCن ي >ارCك< ع>لى> س> }م< و>ب ل �ه\مP ص>ل} و>س> . الل

Cن> C الد}ي >و<م Cل>ى ي ان� إ Cح<س> Cإ Cع>ه\م< ب >ب CهC و>م>ن< ت اب ص<ح>< CهC و>أ .و>ع>ل>ى آل

Pق\و<ا الله> >اد> اللهC ! ات ب Cا ع< >ع<د\ ، ف>ي مPا ب< Cال أ \نP إ و\ت <ppو>التم Cه Cppق>ات\ قP ت <ppح

Cم\و<ن> ل \م< م\س< <ت >ن و>أSidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah :

1. Mendidik anak-anak adalah merupakan kefardhuan dan tanggungjawab setiap ibu bapa.

2. Menghantar anak ke sekolah bukan bermakna kita melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah.

3. Ibu bapa perlu memastikan perancangan dan matlamat mendidik anak-anak mereka tercapai. 

4. Keutamaan pendidikan anak-anak hendaklah menepati kehendak Islam iaitu keutamaan kepada pendidikan agama supaya anak-anak dapat menjadi manusia yang bertaqwa.

5. Anak merupakan amanah yang dipinjamkan oleh Allah Taala, amanah tersebut akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak.

6. Kejayaan kita sebagai ibu bapa mendidik anak adalah kejayaan dunia akhirat.

15 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang

yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua:

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga:

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat:

Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima:

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam:

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh:

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan:

Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan:

Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh:

Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas:

Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan

sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas:

Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas:

Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas:

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas:

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.