terjemahan (hector dengan pencarian kebahagiaan)
Post on 22-Jan-2017
163 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Bahagian Bahasa Malaysia,Terjemahan dan Interpretasi
Sidang Akademik 2014/2015
Semester II
HBT 411/6- Projek Terjemahan II
Terjemahan (Hector dengan Pencarian Kebahagiaan)
Disediakan untuk :Dr. Aniswal Abdul Ghani
Disediakan oleh : Yap Cher Xi (115808)
Tugasan ini diserahkan untuk memenuhi keperluan kursus HBT 411/6 – Projek Terjemahan II. Saya yang bertandatangan di bawah dengan ini mengaku bahawa tugasan yang diserahkan ini merupakan hasil kerja saya dan sebarang rujukan telah dilakukan seperti yang sepatutnya mengikut peraturan membuat rujukan ilmiah.
Tandatangan Pelajar: Tarikh:
Ulasan Pensyarah/ Pemeriksa :
Tandatangan Pensyarah/ Pemeriksa : Gred :
Hector dengan Pencarian Kebahagiaan
Novel
Francois Lelord
Kandungan
Hector Tidak Berpuas Hati • 1
Hector Ada Keraguan • 6
Hector Mendapati Sesuatu Penting • 12
Hector Pergi Ke Negara China • 16
Hector Menikmati Makan Malam yang Bagus • 21
Hector Mendekati Kebahagiaan • 26
Hector Tidak Gembira • 31
Hector Mendekati Kebijaksanaan • 36
Hector Mendapati Sesuatu • 41
Hector Bukan Dalam Kecintaan • 47
Hector Berasa Sedih • 52
Hector Bertemu Dengan Kawan Baik • 57
Hector Pembantu Baik • 62
Hector Belajar Ketidakbahagiaan • 67
Hector Belajar Pembelajaran Lain • 72
Hector Tahu Sebab Kanak Senyum • 77
Kehidupan Hector Tidak Aman Lagi·82
Hector Merenung Kematian Diri • 87
Hector Adalah Pandai • 92
Hector Meraikan • 96
Hector Mendapat Penghormatan • 101
Hector Belajar Sedikit Sejarah Dan Geografi • 106
Cita-Cita Hector • 111
Hector Pergi Ke Pantai Dan Membuat Kiraan Matematik • 115
Hector Belajar Kehidupan Keluarga • 121
Hector Tahu Dia Tidak Bodoh Sebenar • 126
Hector Belajar Cara Tentu Bahagia • 133
Hector Tidak Pergi Ke Marikh • 138
Hector Menyaksi Suatu Eksperimen • 143
Hector Kembali Ke Negara China • 149
Hector Mencipta Mainan Lima Kumpulan • 154
Perjalanan Hector Adalah Berjaya • 159
(PG1)
HECTOR TIDAK BERPUAS HATI
Pada masa dulu, tinggal seorang ahli psikiatri muda bernama Hector. Dia sangat tidak
berpuas hati terhadap diri.
Walaupun dia seorang ahli psikiatri tetapi dia masih tidak berpuas hati. Dia nampak
cerdik memakai cermin mata bulat. Dia bersungguh-sungguh mendengar dan membalas
kepada pesakitnya. Biasanya dia akan bermain dengan misainya apabila dia memikirkan
sesuatu perkara dengan teliti.
Bilik perundingannya dikemas seperti bilik ahli psikiatri. Di dalam biliknya terdapat
satu sofa lama (yang diberi oleh ibunya apabila dia berpindah ke sini), buku Egyptian (dari
Egypt), dan patung Hindu. Rak bukunya besar dan dipenuhi dengan buku yang belum dia
habis membaca kerana terlalu susah untuk difahami.
Banyak orang ingin bertemu dengan Hector bukan kerana dia ahli psikiatri tetapi dia
betul-betul berminat terhadap mereka. Dia mempunyai sifat doktor yang baik dan tidak dapat
dipelajari dalam kolej.
Biasanya orang berasa malu nak bertemu dengan ahli psikiatri pada pertama kali.
Mereka takut dianggap gila (walaupun mereka tahu doktor sudah biasa dengan pesakit
begitu) atau masalah mereka tidak cukup serius dan doktor akan menyuruh mereka cuba
selesaikan sendiri. Meskipun demikian, mereka masih bertekad meluahkan pemikiran mereka
yang negatif dan tidak pernah mereka beritahu orang lain serta perasaan takut atau sedih yang
mengakibatkan mereka tidak dapat menikmati kehidupan.
(PG2)
Mereka juga risau tidak dapat mengungkap dengan jelas dan membosankan doktor.
Namun tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kala ahli psikiatri memang nampak bosan atau
letih dan mereka akan memikirkan sama ada doktor benar-benar mendengar kepada mereka
selepas mereka biasa dengan kebosanan dan keletihan doktor.
Hector adalah lain daripada doktor yang lain. Hector memandang kepada mereka
semasa mereka menceritakan sesuatu. Dia menunjukkan keprihatihan dengan mengangguk
kepalanya, membuat suara kecil seperti 'mmm-hmm'. Dia bermain dengan misainya dan
memotong percakapan mereka sekali-sekala, 'Jap, jelaskan tu lagi. Saya tak berapa faham.'
Mereka betul-betul merasakan Hector mendengar kepada mereka pada kebanyakan masa dan
berasa mereka menarik.
Jadi orang kembali kepada dia. Temu janji antara Hector dengan pesakit menjadi lagi
kerap dan pesakitnya memperkenalkan dia kepada kawan mereka. Nama Hector juga disebut
oleh pesakit lain kepada doktor mereka yang ada memindahkan sebahagian pesakit kepada
Hector. Tidak lama kemudian, pesakit Hector menjadi ramai dan Hector perlu menghabiskan
sepanjang hari mendengar kepada mereka. Gajinya juga bertambah walaupun dia tidak
mengenakan bayaran perundingan yang tinggi (Ibunya sentiasa menyuruh dia mengenakan
bayaran lebih tinggi namun Hector rasa dia tidak patut berbuat begitu.)
Dia mengenakan bayaran perundingan yang lebih rendah daripada Puan Irina, ahli
psikiatri yang agak terkenal. Puan Irina sentiasa memberitahunya, 'Doktor, awak patut
naikkan bayaran.'
'Ibu saya dah pesanlah,' Hector akan jawab begitu.
'Saya tahu benda apa yang terbaik bagi doktor.'
'Ya. Apa khabar akhir-akhir ni?'
Puan Irina datang bertemu dengan Hector kerana dia tidak pasti tentang masa
depannya sejak hari kekasihnya meninggalkannya.
(PG3)
Puan Irina seorang yang cerdik dan dia sentiasa memberitahu pesakitnya tentang
sesuatu yang didapatinya menarik. Puan Irina berterus-terang bahawa masa depan tidak
sejelas terdahulu. Oleh itu, Hector mempreskripsikan ubat untuknya. Lambat laun, Puan Irina
ada sedikit idea tentang masa depannya.
Hector tahu kejayaannya bukan disebabkan oleh keprihatinan kepada pesakit tetapi
muslihat yang digunanya dalam kerjaya.
Pada asasnya, dia menjawab soalan pesakit dengan soalan lain. Sebagai contoh,
semasa orang bertanya kepadanya, 'Doktor, adakah awak rasa saya akan menjadi semakin
baik?' Hector akan menjawab begini: "Apa maksud awak dengan 'semakin baik'?" Dengan
berbuat demikian, Hector membantu pesakit fikirkan mengenai diri mereka dan carikan
mereka cara untuk menjadi semakin baik.
Dia juga tahu tentang perubatan. Dalam bidang psikiatri, hanya empat jenis ubat boleh
dipreskripsikan iaitu anti depresan (diambil semasa berasa sedih), pil penenang (diambil
apabila berasa takut), anti-psikotik (diambil semasa terdengar suara dan berfikiran aneh) dan
penstabil mod (pil yang menstabilkan emosi dari terlalu gembira atau sedih). Sebenarnya,
sekurang-kurangnya ada sepuluh jenis pil bagi setiap ubat. Semua pil berbunyi lucu dan
berfungsi khas. Apa yang patut dilakukan ahli psikiatri adalah mendapatkan pil yang paling
sesuai dengan penggunaan pesakit. Pil diibaratkan gula: bukan semua orang mempunyai cita
rasa yang sama.
(PG4)
Apabila ubat habis ataupun pesakit tidak perlu mengambil ubat lagi, Hector ada cara
lain untuk membantu mereka iaitu psikoterapi. Psikoterapi - sesuatu rawatan yang namanya
rumit tetapi kaedah yang diguna agak mudah iaitu hanya dengan bercakap dan mendengar
kepada pesakit. Walaubagaimanapun, ahli psikiatri perlu menggunakan cara yang spesifik
untuk bercakap dengan pesakit. Terdapat berbagai-bagai jenis rawatan psikoterapi seperti pil
dan sesetengah kaedah rawatan adalah dicipta oleh ahli psikiatri yang sudah lama meninggal
dunia. Kaedah rawatan yang dipelajari Hector adalah daripada seorang ahli psikiatri yang
masih hidup tetapi telah berusia tua. Menurut caranya, ahli psikiatri perlu bercakap dengan
pesakit sementara mendengar kepada mereka. Cara ini amat berkesan terutama bagi pesakit
yang doktornya jarang berkomunikasi dengan mereka.
Bagi kes Puan Irina, Hector tidak kerap menggunakan rawatan psikoterapi kerana
semasa dia ingin bertanya kepada Puan Irina, Puan Irina akan tahu apa yang ingin ditanyanya
dan kebanyakan masa Puan Irina dapat meneka betul.
Jadi, Hector dapat digelar ahli psikiatri yang baik kerana muslihat kerjayanya
(perubatan dan psikoterapi) serta dia benar-benar berminat terhadap manusia. Boleh
dikatakan dia berjaya seperti doktor-doktor lain yang bagus. Sebagai contoh, pakar
kardiologi. Dia dapat menyembuhkan penyakit sesetengah pesakit. Tambahan pula, dia tidak
pernah memohon cuti sakit agar pesakitnya boleh datang mengambil ubat atau berbual
dengannya dari masa ke masa. Namun terdapat sesetengah pesakit yang Hector tidak dapat
memahami nasib malang yang ditimpa mereka.
Oleh itu, Hector berasa tidak puas hati kerana dia mengetahui bahawa dia tidak boleh
membantu mereka.
(PG6)
HECTOR ADA KERAGUAN
Hector bekerja di bandar yang penuh dengan jalan luas yang berderet dengan
bangunan lama dan cantik. Bandar ini lain daripada bandar besar lain. Penduduk di sini tidak
kekurangan makanan. Malahan mereka dapat menerima rawatan percuma kalau jatuh sakit.
Kanak-kanak di sini bersekolah dan kadar pengangguran adalah rendah. Mereka juga mampu
menonton banyak wayang di pawagam kerana harga tiket tidak tinggi. Terdapat muzium,
kolam renang, dan tempat yang selamat menunggang basikal di bandar ini. Penduduk di sini
ada banyak cuti walaupun ia boleh menjadi masalah kepada mereka yang tidak ada duit untuk
pergi melancong.
Walaupun bandar ini lebih baik daripada bandar lain namun masih terdapat
sebahagian orang tidak bernasib baik. Sesetengah kanak-kanak tidak dapat menerima
pendidikan dan berkelakuan sangat jahat. Malahan mereka kehilangan ibu bapa untuk
menjaga mereka. Orang dewasa yang kehilangan pekerjaan meminum keras atau mengambil
pil untuk menenangkan hati akan tetapi mereka tidak tinggal di kawasan kejiranan yang
Hector bekerja. Hector tahu mereka kerana dia pernah merawat mereka semasa dia bekerja di
hospital.
(PG7)
Sejak itu, Hector tidak pergi bekerja sebaliknya dia pergi ke hospital setiap hari Rabu.
Di hospital dia menemui orang seperti Roger dan Hector akan bertanya kepada dia, 'Roger,
dah makan ubat?'
'Ya, ya. Tuhan pemimpin saya, beliau membimbing saya.'
'Saya percaya Tuhan pemimpin awak. Dah makan ubat?'
'Ya, ya. Tuhan pemimpin saya, beliau membimbing saya.'
Roger mempercayai bahawa Tuhan tidak berhenti bercakap kepadanya. Mereka
memanggil suara itu 'suara ghaib' kerana Roger akan menjawab ia dengan kuat. 'Mungkin
awak akan tertanya-tanya apa terjadi kepada Roger?' Masalah ialah Roger akan cakap
berseorangan di tepi jalan kalau dia tidak mengambil ubat. Kadang-kala, suaranya tinggi
selepas minum keras. Orang yang tidak sopan akan ketawa akan dia. Kadang-kala
kelakuannya telah mendatangkan masalah kepadanya kerana dia akan dihantar balik ke
hospital psikiatri dan tinggal di sana untuk masa panjang.
Roger ada banyak masalah lain. Dia kehilangan ibu bapa untuk menjaga dia dan
keputusan peperiksaannya tidak bagus juga. Malahan tiada orang ingin mengupah dia bekerja
sejak dia bermula berkomunikasi dengan Tuhan. Oleh itu, Hector (bersama dengan seorang
wanita dari perkhidmatan masyarakat) membuat permohonan supaya Roger boleh tinggal di
pangsapuri kecilnya yang anda mungkin tidak mahu tinggal.
Pesakit di tempat kerja Hector adalah sangat berlainan dengan pesakit Hector di
hospital. Di tempat kerjanya, orang yang membuat temu janji dengan dia ialah pelajar yang
berprestasi cemerlang dan dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapa serta mempunyai sesuatu
pekerjaan. Mereka tidak perlu takut akan kehilangan pekerjaan kerana mereka boleh
mendapat pekerjaan lain dengan mudah.
(PG8)
Biasanya, wanita yang datang bertemu dengan Hector berpakaian cantik. Mereka
boleh menutur dengan jelas dan tepat dan kebanyakan mereka adalah cantik (dan ini boleh
merupakan sesuatu masalah bagi Hector.)
Sesetengah mereka benar-benar bermasalah gangguan mental ataupun nasib malang
pernah menimpa mereka. Biasanya Hector dapat menyembuhkan mereka dengan
menggunakan psikoterapi dan perubatan. Namun masih terdapat sesetengah mereka yang
berasa tidak gembira walaupun boleh berfikiran normal (sekurang-kurangnya tiada simptom-
simptom yang dipelajari Hector semasa di sekolah) ataupun tidak bernasib malang seperti ada
ibu bapa tidak baik hati atau kehilangan kekasih.
Sebagai contoh Adeline, seorang wanita muda yang amat menarik dan banyak
membuat temu janji dengan Hector.
'Apa khabar?' Hector tanya.
"Awak harap saya balas 'khabar baik'?"
'Kenapa cakap macam tu?'
'Awak mesti dah benci saya.'
Betul Adeline cakap tetapi Hector suka Adeline juga. Adeline berjaya sebagai penjual
barang. Boleh dikatakan, Adeline tahu taktik penjualan dengan menambah nilai sesuatu
barang. Ideanya menggembirakan majikannya dan dia selalu diberi bonus.
Walaupun demikian, dia tidak pernah berhenti merungut terutama merungut tentang
lelaki. Dia wanita yang menarik dan tidak pernah kekurangan kekasih dalam kehidupan akan
tetapi hubungan cintanya sentiasa tidak kekal lama. Adeline berasa kekasihnya sama ada
tidak menarik (walaupun orang baik) atau tidak baik (walaupun menarik) atau kedua-dua
tidak baik dan tidak menarik. Adeline tidak tahan berada bersama dengan mereka. Adeline
pernah cuba membaikkan kelakuan seseorang lelaki yang menarik dengan meninggalkannya.
Namun selepas itu, lelaki tersebut menjadi tidak menarik lagi. Tambahan pula, semua kekasih
Adeline adalah lelaki yang berjaya. Jadi boleh disimpulkan bahawa hanya lelaki yang berjaya
berpeluang berada bersama dengan Adeline.
(PG9)
Hector cuba membuat Adeline faham bahawa kebahagiaan bukan mempunyai seorang
lelaki yang paling berjaya, menarik dan baik (terutama apabila dia rasa senang untuk mencari
lelaki yang memenuhi kesemua kriterianya!) Pada hakikatnya, hal ini adalah susah kerana
permintaan Adeline terlalu tinggi.
Hector ada beberapa pesakit seperti Adeline.
Dia juga pernah berjumpa dengan lelaki yang ada fikiran sama dengan Adeline.
Mereka ingin memperoleh perempuan yang paling menarik, berjaya serta baik hati. Bagi
kerjaya, mereka fikirkan benda yang sama iaitu memperoleh pekerjaan yang penting tetapi
pada masa yang sama masih ada masa lapang untuk mencapai cita-cita lain (sesetengah
pesakit memberitahu sebegitu). Kadang-kala, walaupun mereka berjaya dalam kerjaya tetapi
mereka fikirkan lagi sama ada mereka akan menjadi lebih gembira kalau membuat benda
lain.
Pada umumnya, orang yang tidak suka akan kehidupan ialah mereka yang berpakaian
cantik. Mereka berasa ragu akan pilihan kerjaya mereka atau sama ada mereka mengahwini
dan meminang orang yang betul. Mereka rasa mereka kehilangan sesuatu yang penting dalam
kehidupan dan sampai ke sekarang mereka belum mencapai cita-cita mereka.
Mereka tidak berasa gembira malahan sesetengah mereka pernah cuba membunuh
diri. Jadi Hector perlu amat memberi prihatin terhadap mereka.
(PG10)
Hector mula berfikir sama ada dia mudah menarik hati jenis pesakit itu. Mungkin cara
percakapannya banyak disukai mereka? Atau mereka suka memandang dia bermain dengan
misai sendiri? Atau patung Hindunya? Adakah semua sebab ini yang mengakibatkan dia
banyak dikenali orang dan semakin ramai orang datang bertemu dengannya.
Hector bertanya kepada rakan sekerjanya yang lebih berpengalaman bahawa sama ada
mereka hanya merawat orang yang betul-betul bermasalah gangguan mental. Rakan
sekerjanya memandang dia seolah-olah dia menanya sesuatu yang bodoh. Tentunya mereka
bukan sahaja merawat orang yang betul-betul bermasalah gangguan mental tetapi juga orang
yang tidak berpuas hati terhadap kehidupan mereka dan seterusnya menjadikan mereka
berasa tidak gembira. Dari situ, Hector boleh mengetahui bahawa semua ahli psikiatri
menghadapi masalah yang sama.
Apa yang aneh adalah terdapat lebih ramai ahli psikiatri di kawasan kejiranan yang
penduduk lebih bernasib baik. Namun masih terdapat ahli psikiatri yang baharu pada setiap
bulan. Kalau lihat pada peta dunia psikiatri (jangan mencuba dengan sesuka hati kerana ahli
psikiatri adalah susah dinampak), boleh didapati bahawa negara seperti negara Hector
mempunyai ahli psikiatri yang jauh lebih ramai daripada tempat yang diduduki dengan lagi
ramai orang.
Hal ini menarik tetapi tidak bermakna bagi Hector. Dia rasa dia tidak berguna bagi
kumpulan yang tidak gembira ini. Walaupun mereka suka kepada dia, namun dia berasa
semakin tegang. Berbanding dengan pesakit seperti Roger, dia berasa lebih letih dengan
kumpulan yang tidak berpuas hati terhadap kehidupan mereka tanpa sebab. Semakin ramai
dia jumpa, semakin letih dia jadi. Malahan dia terjejas kerana dia menjadi tidak gembira juga.
Oleh itu, Hector mula berfikir bahawa sama ada dia memilih pekerjaan yang betul,
(PG11)
berpuas hati dengan kehidupan atau terlepas sesuatu. Dia takut akan orang saling
menjejas dan menjadi tidak gembira pada akhirnya. Hector pernah fikirkan makan pil (dia
tahu sesetengah rakan sekerjanya ada makan ubat). Namun, selepas membuat pertimbangan,
dia rasa itu bukan cara penyelesaian yang terbaik.
Pada suatu hari Puan Irina memberitahu dia, 'Doktor, awak nampak sangat letih.'
'Oh, minta maaf.'
'Doktor nak cuti tak, tu bagus untuk anda.'
Hector rasa cadangan itu bagus.
Dia mula merancang cutinya dan menamakan cutinya 'pelancongan niaga'.
Dia membuat keputusan melawat ke seluruh dunia untuk mendapat tahu apa yang
menggembirakan atau menyedihkan seseorang. Dia berazam mencari rahsia membahagiakan
seseorang.
(PG12)
HECTOR MENDAPATI SESUATU PENTING
Hector memberitahu pesakitnya bahawa dia akan bercuti.
Apabila pesakitnya mengetahui tentang hal itu, sebahagian mereka (terutama pesakit
yang ada gangguan mental serius) bersetuju dan berkata, 'Doktor, patut anda pergi rehat!'
Tetapi pesakit lain kelihatan tidak gembira, 'Jadi saya tak dapat jumpa doktor untuk beberapa
minggu?' Secara umumnya, mereka golongan yang Hector tidak dapat menggembirakan
sebaliknya meletihkan Hector.
Hector ada seorang kawan akrab bernama Clara. Dia memberitahu Clara bahawa dia
akan pergi cuti dan mengajak dia untuk pergi bersama-sama kerana mereka kekurangan masa
untuk berada bersama. Hector betul-betul banyak mencintai Clara.
Begitu juga Clara. Namun mereka susah untuk membuat keputusan yang sama.
Sebagai contoh, ada sesuatu masa Clara ingin berkahwin dan beranak tetapi Hector tidak
mahu. Apabila Hector bersetuju dengan Clara, Clara berubah pemikiran pula. Mereka tidak
pernah membuat keputusan yang sama pada masa yang sama.
Clara bekerja keras di sebuah syarikat yang besar iaitu syarikat farmaseutikal yang
menghasilkan pil yang dipreskripsikan oleh ahli psikiatri. Di situ (persidangan pelancaran
produk terbaharu kepada ahli psikiatri) Clara mengenal Hector.
Tugasan Clara adalah mencipta nama kepada pil-pil yang akan ditunjukkan kepada
ahli psikiatri dan pesakit di seluruh dunia. Selain itu, dia juga perlu menyakinkan mereka
bahawa ubat yang dihasilkan oleh syarikat mereka adalah terbaik.
Walaupun Clara masih sangat muda tetapi dia sudah berjaya. Clara sangat sibuk
kerana dia sentiasa dalam perundingan semasa Hector menelefonnya. Pada hujung minggu,
semasa dia keluar dengan Hector, dia akan membawa bersama komputer ribanya untuk
melakukan pekerjaan. Kadang-kadang, Clara membuat kerja sampai Hector tidur di sisinya.
Semasa Hector mencadangkan Clara untuk pergi melancong bersama dia, Clara
menolak ajakan Hector dengan menyatakan bahawa dia tidak boleh meletakkan jawatannya
secara tiba-tiba sebaliknya dia perlu menghadiri perundingan untuk menentukan nama bagi
pil-pil yang baru (pil yang terbaik pada masa kini.)
Hector tidak kata apa-apa. Walaupun dia faham namun dia masih berasa sedikit
kecewa. Dia berfikir sama ada perundingan lebih penting daripada percutian mereka. Namun,
sebagai ahli psikiatri, tugasannya adalah untuk memahami pemikiran orang, jadi dia
menjawab Clara, 'Tak apa, saya faham.'
Semasa mereka makan malam di restoran, Clara merungut bahawa kedua-dua bos di
tempat kerjanya suka akan dia tetapi bos-bos itu saling membenci. Clara berasa susah kerana
dia tidak dapat menjalankan perintah daripada kedua-dua bos pada masa yang sama. Dia akan
mengecewakan salah satu daripada mereka.
(PG14)
Hector betul-betul tidak faham kenapa Clara ada dua bos. Clara menjelaskan bahawa
itu 'pengurusan matriks'. Hector rasa sistem itu seperti sistem yang dicipta ahli psikiatri. Jadi
dia tidak hairan bahawa sistem itu menyulitkan pekerjaan dan menggilakan orang sedikit.
Hector belum memberitahu Clara tentang tujuan cutinya kerana Clara tidak berhenti
merungut dari permulaan makan malam.
Hector mula berasa bosan atas rungutan Clara, jadi dia berazam mendapat tahu apa
yang menggembirakan dan menyedihkan seseorang. Hector memandang Clara dan bertanya
kepada dia, 'Awak rasa gembira tak?'
Clara meletakkan garpunya lalu memandang Hector. Dia kelihatan sedih dan
menanya, 'Awak nak berpisah dengan saya?'
Hector nampak mata Clara berkilat-kilat semacam orang hendak menangis. Hector
memegang tangan Clara, 'Bukan, tentulah bukan (walaupun dia pernah fikirkan hal itu), saya
cuma nak dapat maklumat untuk kajian saya'.
Clara kelihatan tenang hati sedikit. Hector menjelaskan bahawa sebab dia ingin tahu
apa yang menggembirakan dan menyedihkan seseorang. Tetapi sekarang Hector perlu tahu
kenapa Clara rasa Hector ingin berpisah dengannya apabila dia bertanya kepada Clara sama
ada dia berasa gembira ataupun tidak.
Clara berkata soalan itu soalan kritik. Dia ingat Hector mahu berpisah dengannya
kerana dia seorang yang tidak gembira dan tiada orang ingin hidup bersama dengan seorang
yang tidak gembira.
(PG15)
Hector menjawab maksud dia bukan begitu. Untuk menenangkan Clara, Hector
bergurau dan membuat dia ketawa. Sementara itu, mereka berasa sangat gembira sehingga
mereka balik ke rumah.
Semasa Hector berbaling di sisi Clara, dia berasa kajian ini ada permulaan yang
bagus kerana dia telah mendapat tahu dua benda.
Salah satu benda dijadikan peringatan kepadanya: wanita adalah sukar difahami
walaupun awak ahli psikiatri.
Pelajaran yang lagi satu banyak berguna kepada dia dalam kajian: Awak perlu banyak
berjaga-jaga semasa bertanya kepada orang bahawa sama ada mereka berasa gembira ataupun
tidak. Soalan itu mungkin boleh menyedihkan mereka.
(PG16)
HECTOR PERGI KE NEGARA CHINA
Hector membuat keputusan pergi ke negara China. Dia tidak pernah melawat ke sana.
Bagi dia, negara China ialah sesuatu tempat yang baik untuk dia fikir tentang kebahagiaan.
Dia ingat akan bapa angkat Chang 'Encik Wang' dalam The Blue Lotus (siri buku komik
pemgembaraan Tintin). Encik Wang orang Cina yang bijak dan berjanggut putih. Dia
kelihatan banyak tahu tentang kebahagiaan. Sekarang, masih terdapat orang yang seperti
Encik Wang tinggal di negara China. Dalam buku The Blue Lotus, Chang menjadi gila dan
ibu bapanya berasa sangat sedih. Tintin (kawan baik Chang) gagal menenangkan hati mereka
semasa mereka menangis. Selepas itu, Tintin dapat bebas daripada tangkapan orang jahat -
seorang profesor Cina yang mampu mengubati Chang. Pada akhir cerita, semua orang
menjadi gembira. Kemungkinan pembacaan cerita yang berjenis pengembaraan bergerak ini
menjadikan Hector berhasrat berlaku sebagai ahli psikiatri sejak dari kecil (walaupun dia
tidak pernah mendengar perkataan ini). Hector pernah menonton beberapa filem China
dengan Clara. Dia mendapati bahawa perempuan di negara China adalah sangat cantik
walaupun tidak sebanyak perempuan cantik dalam buku The Blue Lotus.
Semasa Hector menaiki kapal terbang, pramugari memberitahu dia bahawa bahagian
yang sepatut diduduknya telah habis ditempah. Jadi Hector diberi tempat duduk di bahagian
perniagaan yang memerlukan bayaran yang lebih tinggi.
(PG17)
Orang yang berada di kelas perniagaan biasanya melancong untuk tujuan perniagaan
dan bukan untuk menikmati tempat duduk yang selesa, champagne serta skrin televisyen
peribadi di situ.
Hector berasa sangat gembira berada di situ. Tempat duduknya betul-betul selesa.
Pramugari membawakan Hector sebotol champagne dan Hector berasa mereka banyak
senyum kepadanya. Sekurang-kurangnya mereka lebih kerap senyum daripada pramugari di
kelas ekonomi. Mungkin tanggapan itu hanya kesan champagne.
Kapal terbang semakin terbang tinggi di angkasa dan Hector mula berfikir tentang
kebahagiaan. Mengapa dia berasa sangat gembira berada di situ? Hal ini demikian kerana dia
boleh berbaring dengan selesa sambil meminum champagne. Walaupun dia boleh melakukan
benda yang sama di rumahnya dengan berbaring di kerusi tangannya tetapi dia berasa lebih
gembira berada di kapal terbang.
Dia melihat sekeliling mendapati two atau tiga orang bersenyum melilau tidak tentu
arah. Hector fikirkan mereka juga diberi tempat duduk di kelas perniagaan seperti dia. Hector
menoleh ke lelaki yang duduk di sebelahnya. Lelaki itu nampak serius membaca surat khabar
Inggeris yang penuh dengan barisan nombor. Dia belum meminum champagne yang
ditawarkan oleh pramugrari. Badannya sedikit gemuk dan kelihatan lebih tua daripada
Hector. Tali lehernya ada gambar kecil kanggaru. Hector fikirkan lelaki itu bukan pergi
bercuti tetapi melancong untuk tujuan perniagaan.
Mereka mula berbual-bual. Lelaki itu Charles. Dia bertanya kepada Hector sama dia
kali pertama melancong ke negara China. Hector kata 'ya'. Charles menyata dia tahu negara
China sedikit kerana dia ada kilang di sana dan gaji pekerja Cina lebih rendah daripada gaji
pekerja di negara mereka.
(PG18)
'Tapi berat kerja sama!'. Dia tambah.
Mereka menghasilkan benda seperti perabot, alat permainan dan pemainan elektronik
untuk kanak-kanak. Charles telah berkahwin dan mempunyai tiga anak. Anaknya tidak
pernah kekurangan alat permainan.
Hector tidak pandai dalam ekonomi. Dia bertanya kepada Charles betul tak mereka
mengimport semua benda dari negara China kerana peluang pekerjaan di negara mereka akan
dikurangkan.
Sedikit-sebanyak boleh menjejaskan. Charles menjelaskan bahawa sekiranya dia
mengupah pekerja dari negaranya, alat permainannya perlu dijual dalam harga yang lebih
tinggi berbanding dengan harga alat permainan yang dihasilkan dalam negara yang alat-
permainannya tidak popular dijual. "Tak perlu nak upah pekerja kami lagi. Itu 'globalisasi',"
Charles menyimpulkan. Hector ingat bahawa itu kali pertama dia terdengar 'globalisasi'
dalam sepanjang perjalanannya. Dia mempercayai bahawa dia akan terdengar perkataan itu
lagi. Charles menambah bahawa orang Cina akan menjadi semakin kaya dan lambat-laun
mereka dapat membeli alat permainan untuk anak-anak mereka.
Hector gembira memilih bidang psikiatri kerana penduduk di negaranya tidak akan
melancong ke negara China hanya untuk membincangkan masalah mereka dengan ahli
psikiatri di sana (walaupun ahli psikiatri di sana baik juga.)
Dia bertanya kepada Charles sama ada orang Cina berbeza dengan mereka. Charles
berfikir lalu menjawab bahawa biasanya orang Cina adalah sama dengan mereka. Perbezaan
hanya wujud apabila membuat perbandingan antara orang yang tinggal di bandar dengan
orang yang tinggal di luar bandar. Namun perbezaan ini adalah sama dalam semua negara.
(PG19)
Charles memberitahu Hector bahawa mungkin dia tidak dapat mencari orang yang
seperti bapa Chang lagi kerana negara China telah mengalami banyak perubahan selepas era
The Blue Lotus.
Hector sudah lama nak tanya kepada Charles tentang sama ada dia berasa gembira
akan tetapi dia ingat akan tindak balas Clara. Jadi, kali ini dia perlu lagi berhati-hati. Selepas
berfikir lama Hector menyata 'Kerusi ini sangat selesa!'. Hector harapkan Charles boleh
memberi jawapan seperti dia berasa sangat bertuah kerana duduk di kelas perniagaan. Oleh
itu, mereka boleh sambung dengan topik kebahagiaan.
Namun Charles menjawab sebaliknya, 'Hmm, tempat duduk ini tidak sama selesa
dengan tempat duduk di kelas pertama.' Hector faham bahawa Charles telah biasa duduk di
kelas perniagaan dan pernah duduk di kelas pertama (bahagian kapal terbang yang paling
mahal.) Dia tidak dapat terlupa keselesaan tempat duduk di kelas pertama.
Hector berasa dia lebih gembira daripada Charles walaupun mereka duduk di tempat
yang sama dan juga ditawarkan champagne. Selain Hector belum biasa dengan keselesaan
itu, kegembiraan itu mungkin adalah disebabkan oleh Hector tidak sangka dia akan duduk di
kelas perniagaan namun Charles telah tahu dia akan berada di situ.
Pertama kali Hector merasai kegembiraan dalam perjalanan ini. Namun Hector mula
berasa risau memandang Charles. Apa terjadi kalau dia menyesal lain kali kerana tidak
menaiki kelas perniagaan seperti Charles sekarang yang berasa sesal kerana tidak menaiki
kelas pertama.
Hector bermonolog dalaman bahawa dia mempelajari pengajaran pertama. Dia
mengeluarkan buku notanya yang kecil dan dibeli khusus lalu menulis:
(PG20)
Pembelajaran pertama: Perbandingan boleh mengurangkan kebahagiaan.
Dia berasa pengajaran ini amat tidak menggalakkan. Oleh itu, dia cuba berfikir
pengajaran kedua. Dia meminum sedikit champagne lagi dan menulis:
Pembelajaran kedua: Kebahagiaan datang tanpa dijangka.
(PG21)
HECTOR MENIKMATI MAKAN MALAM YANG BAGUS
Hector terkejut apabila dia tiba di negara China. Dia tidak menyangka bahawa negara
China kelihatan sama dengan negara China yang ditunjuk dalam buku The Blue Lotus
(Hector adalah bijak, jangan lupa beliau ahli psikiatri.)
Hector mendapati diri dia berada di dalam bandar seperti bandar di negaranya yang
ada banyak menara kaca yang besar dan moden. Hanya bandar ini ditempatkan di bawah
gunung kecil yang berada di tepi laut. Rumah dan jalan raya di sini adalah sama dengan
rumah dan jalan raya di negara Hector. Namun, lain daripada orang yang biasa dijumpai
Hector, lelaki Cina di sini berpakaian suit yang berwarna kelabu. Mereka berjalan dengan
cepat sambil menelefon dengan suara yang kuat. Perempuan di sini juga begitu, nampak
cemas dan berpakaian sedikit macam Clara. Sesetengah daripada mereka adalah sangat cantik
walaupun bilangannya tidak sebanyak bilangan perempuan yang cantik dalam filem. Mereka
memberi tanggapan kepada orang lain bahawa mereka adalah sangat sibuk dan masih ada
banyak mesyuarat lagi untuk mereka hadiri selepas kembali ke pejabat.
Sepanjang jalan pulang ke hotel, Hector hanya terjumpa sebuah rumah yang bereka
bentuk Cina dan bumbung rumah itu adalah menarik. Rumah itu kedai antik dan diletakkan di
antara dua bangunan yang besar. Sekarang, Hector tinggal di menara kaca dan sama seperti
hotel yang dia menginap apabila dijemput untuk menghadiri persidangan yang diadakan oleh
syarikat farmaseutikal. Hector mula berasa dia bukan dalam percutian.
(PG22)
Nasib baik, seorang kawan Hector bernama Édouard tinggal di bandar ini. Mereka
berdua belajar di sekolah menengah yang sama akan tetapi Édouard tidak bekerja sebagai ahli
psikiatri sebaliknya pengurus bank. Édouard ada banyak tali leher yang bergambar haiwan.
Dia memain golf dan membaca surat khabar Inggeris yang penuh dengan barisan nombor
pada setiap hari. Gaya hidupnya agak sama seperti Charles kecuali dia tidak pernah membuka
kilang.
Pada malam itu, Hector dan Édouard makan malam di sebuah restoran yang sangat
mewah dan berlokasi di bahagian teratas menara. Pemandangan di situ adalah menarik kerana
mereka boleh melihat lampu bandar menyala secara terang di sekeliling serta kapal terapung-
apung di permukaan air. Édouard nampaknya tidak amat mengambil berat terhadap
pemandangan yang cantik itu sebaliknya dia lebih berminat memandang senarai wain.
'Perancis, Itali atau California?' dia bertanya kepada Hector secara terus-terang.
'Awak suka mana satu wain?' Hector bertanya balik. Seperti yang sebut tadi, Hector
tahu menjawab soalan dengan menanya soalan yang lain. Jadi pada akhirnya, Édouard akan
tahu memesan mana satu wain tanpa bantuan Hector.
Édouard kelihatan lebih tua daripada kali terakhir mereka berjumpa. Dia ada
geleberan, gelambir dan betul-betul nampak tidak bersemangat. Édouard memberitahu
Hector bahawa dia bekerja 80 jam seminggu. Selepas membuat pengiraan, Hector mendapati
bahawa masa pekerjaan Édouard adalah hampir dua kali masa kerjanya. Dia sangat
bersimpati terhadap Édouard kerana pada dia, terlampau bekerja merupakan sesuatu perkara
yang dahsyat. Namun, selepas Hector mendapat tahu bahawa gaji Édouard adalah tujuh kali
gajinya, dia tidak bersimpati terhadapnya lagi. 'Nasib baik Édouard bergaji tinggi, kalau
bukan, pasti dia tidak mampu membiayai wain ini', Hector bermonolog dalaman selepas tahu
harga wain yang dipesan Édouard.
(PG23)
Oleh sebab Édouard kawan lama Hector, jadi Hector berasa senang untuk menanya
Édouard soalan tentang kebahagiaan. Édouard ketawa selepas mendengar soalan Hector.
Édouard ketawa bukan disebabkan oleh hatinya dihibur sebaliknya dia memberitahu Hector
bahawa seorang yang bekerja keras seperti dia tiada masa lagi untuk memikirkan soalan
begitu dan sebab itu dia ingin meletakkan jawatannya.
'Sekarang?' Hector hairan. Dia memikirkan sama ada Édouard membuat keputusan
tanpa memberi pertimbangan selepas ternampak Hector lebih bersemangat daripadanya.
'Bukan. Saya akan berhenti bekerja selepas saya memperoleh enam juta dolar.'
Édouard menjelaskan bahawa orang biasa bekerja keras dalam bidang pekerjaannya.
Mereka berancang meletakkan jawatan dan melakukan perkara lain ataupun tidak melakukan
apa-apa selepas memperoleh duit yang cukup.
'Adakah mereka gembira?' Hector menanya.
Selepas berfikir lama, Édouard menjawab bahawa banyak orang tidak sihat selepas
mereka meletakkan jawatan kerana telah terlalu kuat kerja bertahun-tahun. Kecuali masalah
kesihatan, sesetengah daripada mereka ada tabiat memakan pil untuk menahankan diri supaya
boleh bekerja dengan masa yang lebih panjang. Tanpa pil, mereka berasa sukar untuk
bekerja. Selain itu, kebanyakan mereka telah bercerai kerana terlalu sibuk menghadiri
mesyuarat syarikat dan kekurangan masa untuk menemani isteri mereka. Mereka takut
kekurangan duit kerana masih perlu membuat perbelanjaan terutama apabila membeli wain
yang seperti Édouard minum pada setiap hari. Secara umumnya, mereka tidak tahu apa boleh
dilakukan kecuali kerja.
'Tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah orang masih dapat mengendali pekerjaan
mereka dengan bagus,' kata Édouard.
(PG24)
'Siapa?' Hector tanya.
'Orang yang sambung bekerja,' Édouard menjawab.
Selepas itu, dia berhenti perbualan dan membaca label botol wain. Pelayan yang
menunjukkan wain itu semacam pelayan di negara Hector tetapi dia orang Cina.
Hector bertanya kepada Édouard tugasnya dalam syarikat yang digabungkan dan
diambil alih orang. Hector mengetahui bahawa dua syarikat farmaseutikal yang menghasilkan
pil deskriptif telah digabungkan dan menjadi sebuah syarikat yang lebih besar dengan nama
baharu. Namun, prestasi syarikat tidak sebaik syarikat yang belum digabungkan. Hector
mendapat tahu bahawa banyak orang terutama orang yang membaca surat khabar yang penuh
dengan barisan nombor berasa tidak gembira kerana mengalami kerugian yang besar. Pekerja
syarikat lama yang juga merupakan pesakit Hector berasa takut dan tidak gembira kerana
pergaulan antara mereka di syarikat baharu tidak baik walaupun saling mengenal.
Édouard tidak berasa hairan mendengar perkara ini sebaliknya dia menyatakan
bahawa pergabungan syarikat jarang membawa kesan yang baik kerana orang yang berada
akan mengalami kerugian manakala orang yang miskin takut kehilangan pekerjaan.
'Jadi kenapa nak gabungkan lagi?' tanya Hector.
'Sebab mereka nak kami tidak berhenti bekerja!' Édouard bergurau.
Édouard berasa sangat gembira dapat berjumpa dengan Hector lagi. Dia nampak lebih
riang.
Édouard menambah bahawa orang yang membuat keputusan untuk menggabungkan
syarikat seperti orang yang berhasrat untuk memperoleh enam juta dolar sebelum mereka
berpencen. Mereka berfikiran mereka akan menjadi lebih gembira selepas menjadi lebih kaya
dan berkuasa.
Hector berasa dia boleh mencatat banyak perkara yang berkenaan kebahagiaan
selepas makan malam ini. Namun dia berasa maaf juga kerana terlampau minum dan pening
kepala sekarang.
(PG26)
HECTOR MENDEKATI KEBAHAGIAAN
Sepanjang makan malam, Édouard kelihatan sangat gembira. Dia berkeras membawa
Hector pergi ke tempat lain selepas makan malam.
'Awak kena kenal negara China!' Édouard kata. Hector berfikiran sama ada tempat
yang Édouard ingin pergi betul-betul tempat orang Cina seperti restoran yang dikunjungi
mereka. Walaupun dia ingin balik ke hotel untuk mencatat apa yang telah dipelajarinya
tentang kebahagiaan, namun dia masih bersetuju mengikut Édouard pergi kerana Édouard
kawannya.
Seorang lelaki Cina yang sangat tinggi, berpakaian kemas serta ada cuping telinga
berdiri di pintu masuk bar. Dia mengenyit terhadap Édouard semasa Édouard dan Hector
berjalan masuk.
Bar itu bar yang besar. Dalam bar, lampu bersinar dengan lembut dan muzik yang
menenangkan disiarkan. Selain daripada orang Cina, terdapat juga orang Eropah dalam bar
itu. Dengan serta-merta, Hector mendapati beberapa perempuan Cina yang cantik seperti
pelakon filem tetapi dia malu nak pandang mereka. Mereka kelihatan sangat berseronok
apabila berbual dengan lelaki Eropah begitu juga lelaki Eropah yang gembira berbual dengan
mereka.
Édouard memesan sebotol wain putih daripada pelayan bar. Wain putih itu disimpan
di dalam bekas ais yang diletakkan di sebelah mereka. Pada masa itu, seorang perempuan
Cina yang cantik menuju ke arah Édouard lalu berbual-bual dengannya.
(PG27)
Nampaknya perempuan itu lama kenal Édouard kerana dia ketawa akan semua
kelakar yang dibuat Édouard. Kadang-kala, perempuan itu berbisik di telinga Édouard dan
membuatkan dia ketawa.
Hector berasa semua yang terjadi kepada Édouard adalah menarik namun dia
mengingatkan diri bahawa tujuan perjalanan ini adalah untuk mempelajari perkara tentang
kebahagiaan jadi dia tidak boleh terlupa semua perkara yang dia belajar dalam makan malam
tadi.
Oleh itu, dia mengeluarkan nota kecilnya lalu menulis.
Dia teringat akan Édouard pernah memberitahunya 'semua orang bekerja keras untuk
berpencen dengan enam juta dolar'.
Pembelajaran ketiga: Semua orang rasa kebahagiaan adalah pada masa depan.
Selepas itu dia teringat akan golongan yang membuat keputusan untuk
menggabungkan syarikat.
Pembelajaran keempat: Banyak orang ingat kebahagiaan adalah menjadi kaya dan
mempunyai kuasa.
'Awak buat apa ni?'
Hector mengangkat kepala ternampak seorang perempuan Cina yang cantik sedang
bersenyum terhadapnya.
Hector terkejut dan menjelaskan bahawa dia sedang menulis nota tentang perkara
yang menggembirakan dan menyedihkan seseorang. Perempuan itu tertawa kecil kerana
mungkin dia memikirkan Hector sedang bergurau. Hector berasa cemas apabila melihat
perempuan itu ketawa dan dia ingin menjelaskan dengan lebih lanjut. Perempuan Cina itu
memberi Hector senyuman yang nakal. Pada saat itu, Hector tertawan oleh senyumannya
(Anda akan faham sekiranya anda berada di sini.)
(PG28)
Selepas itu, mereka saling memperkenalkan diri. Perempuan Cina itu Ying Li dan
masih bersekolah.
'Apa awak baca?' tanya Hector.
'Pelancongan,' kata Ying Li.
Hector memahami bahawa Ying Li berada di sini adalah untuk mengenal pelancong
dari negara lain. Ying Li menanyakan Hector tentang pekerjaannya. Hector menjawab
bahawa pekerjaannya adalah berkaitan dengan manusia yang ada perasaan seperti ketakutan,
ketidakgembiraan ataupun pemikiran yang aneh. Ying Li nampak berminat terhadap
pekerjaannya dan dia memberitahu Hector bahawa sekiranya dia berasa tidak gembira, dia
akan bertemu dengan kawannya dan selepas pertemuan, dia akan berasa lebih lega. Hector
bertanya kepada Ying Li sama ada dia akan terus tinggal di bandar ini. Ying Li memberitahu
Hector bahawa dia berasa gembira boleh tinggal di sini kerana dia datang dari bahagian
negara China yang sangat miskin dan kakanya tinggal di sana. Oleh sebab mereka tidak
berpelajaran, jadi mereka bekerja di kilang seperti kilang yang dibuka Charles. Ying Li tidak
berhenti bercakap kerana Hector nampak berminat terhadap kisahnya.
Sekejap, Édouard datang, 'Semua baik? Rasa seronok?'
'Ya', Hector jawab. Dia tahu diri dia bukan sahaja berasa seronok tetapi jatuh cinta
kepada Ying Li juga.
Ying Li sambung bercakap tentang kehidupannya. Hector berasa susah nak
memandang dan mendengar Ying Li pada masa yang sama kerana dia terlalu cantik.
Hari semakin gelap dan orang di bar menjadi kurang. Jadi, mereka meninggalkan situ
juga. Empat mereka: Édouard, teman Édouard, Ying Li dan Hector menaiki teksi untuk balik
ke hotel.
(PG29)
Édouard bercakap kepada pemandu teksi dalam bahasa Mandarin. Sebentar sahaja,
mereka tiba di hotel Hector. Hector mendapati bahawa dia belum menanya nombor telefon
Ying Li dan dia tidak pasti sama ada mereka akan berjumpa lagi. Sementara dia berfikir,
Ying Li telah turun dari teksi.
Hector berasa sedikit segan namun dia berpesan kepada diri supaya bertindak sebagai
seorang lelaki dan ahli psikiatri. Jadi, dia memegang tangan Ying Li lalu berjalan melintasi
ruang legar hotel tanpa memandang pekerja yang duduk di depan meja. Ying Li mencium
Hector semasa mereka masuk ke dalam lif.
Saya rasa tidak ada keperluan untuk saya menyatakan apa telah berlaku selepas itu
kerana anda semua mesti telah tahu bahawa Hector dan Ying Li masuk ke dalam bilik Hector
dan tentunya mereka akan melakukan hubungan intim.
Semasa Hector bangun pada waktu siang, dia tendengar nyanyian Ying Ling dari bilik
mandi. Hector berasa gembira tetapi pada masa yang sama dia berasa sakit kepala akibat
kesan wain yang dipesan oleh Édouard.
Ying Li bersenyum manis terhadap Hector semasa dia keluar dari bilik mandi dengan
memakai sehelai tuala saje.
Sementara itu, Hector menerima panggilan daripada Édouard. Édouard bertanya
kepada Hector sama ada dia berasa seronok sepanjang malam. Hector tidak berani nak cakap
banyak kerana Ying Li berada di sisi memandang dia.
'Dia yang saya pilihkan untuk awak,' kata Édouard.
'Saya tahu awak mesti suka dia. Jangan risau, saya dah rancang semua.'
(PG30)
Secara tiba-tiba, Hector memahami semua benda. Ying Li berhenti bersenyum dan
nampak sedikit sedih apabila mendapat tahu Hector faham semua.
Hector juga berasa sedih namun dia masih melayan Ying Li baik dengan mencium
pipinya semasa dia balik. Ying Li meninggalkan nombor telefonnya kepada Hector.
Hector berbaring ke katilnya dan mengeluarkan buku notanya. Dia berfikir sekejap
lalu menulis:
Pembelajaran kelima: Kadang-kala kebahagiaan adalah tidak mendapat tahu semua
benda.
HECTOR TIDAK GEMBIRA
(PG31)
Pagi itu, Hector berasa tidak selesa, jadi dia meninggalkan hotel dan pergi minum
kopi. Hector menemukan sebuah kafe yang moden dan besar. Berbagai-bagai jenis kopi
disediakan dalam kafe itu. Hector pernah mengunjungi kafe begitu semasa dia menghadiri
konferen di negara-negara yang berlainan. Oleh itu, dia tahu cara memesan makanan dalam
jenis kafe itu. Kafe itu penuh dengan lelaki dan perempuan Cina yang sedang berbual-bual
serta membaca surat khabar. Pelayan di situ orang Cina juga.
Hector duduk mendekati tingkap. Dia memandang ke jalan raya (seperti teka anda,
jalan raya penuh dengan pejalan kaki Cina.)
Hector berasa sangat tidak gembira.
Hector mungkin dapat mempelajari kebahagiaan selepas menjadi tidak gembira.
Sekurang-kurangnya dia mula memikirkan sebab dia tidak gembira.
Pertama sekali, dia tidak gembira kerana sakit kepalanya yang diakibatkan oleh wain
yang Édouard memesan. Hector tidak biasa minum banyak.
Kedua, dia berasa tidak gembira disebabkan oleh Ying Li.
Ying Li, sesuatu nama yang biasa namun faktor Hector tidak gembira agak tidak
biasa. Hector tidak mahu memikir tentang faktor yang menjadikannya tidak gembira.
Mungkin faktor itu tidak dapat diterimanya malahan menakutkannya. Hector sangat tahu
tentang perasaan takut ini kerana sesetengah pesakitnya yang tidak berani menghadapi
masalah mereka adalah disebabkan oleh perasaan takut ini. Oleh itu, tugas Hector adalah
membantu mereka supaya mengurangkan perasaan takut ini selain daripada memahami apa
yang terjadi kepada mereka.
Seketika itu, pelayan tetamu datang sekali lagi untuk menanya Hector sama ada dia
mahu kopi lagi. Pelayan tetamu yang muda dan amat cantik itu mengingatkan Hector tentang
Ying Li. Tusukan rasa sakit dirasai Hector apabila dia ingat akan Ying Li.
Hector tidak gembira apabila ingat akan Clara juga kerana dia rasa bersalah.
Walaupun Clara tidak akan tahu apa terjadi terhadap dia namun Hector masih berasa
bersalah. Kalau Clara mengikut dia datang ke negara China, mesti dia tidak akan bertemu
dengan Ying Li kerana dia akan mendisiplinkan diri dan tidak akan berkelakuan nakal
dengan Édouard sekiranya Clara berada di sisinya. Oleh itu, Hector berasa Clara bersalah
juga. Hanya dengan memikir begitu, hati Hector baru dapat lega sedikit.
Selain itu, Hector tidak gembira kerana dia tidak faham apa telah berlaku. Dia
beranggapan Ying Li mendekatinya adalah kerana Ying Li rasa dia seorang yang menarik
apabila mendapati dia membuat nota di buku kecilnya. Seterusnya, Ying Li mengikut dia
balik ke hotel kerana dia semakin mendapati Hector menarik. Namun semua itu bayangan
Hector saje. Sebenarnya, itu pekerjaan Ying Li dan mungkin dia berasa pekerjaan itu adalah
lebih menarik daripada pekerjaan kakaknya di kilang. Hector teringat akan pengenalan Ying
Li semasa mereka berada di dalam bar. Sekarang Hector baru menyedari bahawa Ying Li
tidak memberitahunya semua. Ying Li memberitahunya tentang gaji bulanan kakaknya dan
Hector mendapati bahawa gaji bulanan kakak Ying Li hanya separuh harga wain putih yang
dipesan Édouard pada malam itu.
Hector berasa sedih bukan kerana mendapat tahu tentang kerja Ying Li sebaliknya dia
dirahsiakan mengenai perkara yang dirancang Édouard. Sekiranya dia masih dirahsiakan
tentang perkara itu, dia tidak akan berasa sedih. Hector menyedari bahawa perahsiaan boleh
menyedihkan seseorang terutama orang itu ahli psikiatri.
Pelayan yang cantik itu kembali dan bertanya kepada Hector sama ada dia mahu kopi.
Pelayan tetamu itu tertawa apabila melihat conteng-conteng Hector dalam buku notanya.
Rupa-rupanya, Hector telah melukis banyak gambar hati dalam buku notanya.
Hector ternampak pelayan itu bercakap kepada pelayan lain tentangnya dan mereka
kelihatan dihiburkan hati.
Hector masih tidak berangin baik jadi dia meninggalkan kafe itu selepas membayar.
Di luar kafe, dia hampir dilanggar kereta semasa dia melintas jalan raya kerana dia
terlupa akan kereta-kereta di bandar ini adalah dipandu di lalu lintas kiri. Oleh itu, dia perlu
memandang ke kanan semasa dia melintas jalan raya.
Hector memikirkan apa terjadi kepada dia. Dia tidak boleh berjumpa dengan Édouard
kerana Édouard sedang bekerja. Édouard bekerja sepanjang hari di pejabatnya. Walaupun
mereka berjanji untuk makan malam lagi, namun sekarang Hector tidak pasti akan Édouard
masih ingin pergi ataupun tidak.
Pada asasnya, Hector berasa sedikit marah akan Édouard walaupun dia mengetahui
bahawa Édouard ingin menggembirakan dia. Sebenarnya, Hector berasa tidak gembira pada
pagi itu.
(PG34)
Édouard suka berjumpa dengan perempuan Cina yang bekerja untuk menggembirakan
lelaki seperti dia. Jadi, Hector dapat bertemu dengan Ying Li.
Édouard diibaratkan pemain ski yang cerdik dan anda (andaikan) dibawa oleh
Édouard untuk bermain ski di cerun yang banyak curam. Édouard menyakinkan bahawa anda
akan berseronok-seronok apabila bermain ski. Namun sebenarnya anda berasa takut dan telah
jatuh banyak kali. Anda mengharapkan permainan ski ini boleh tamat namun sebelum ia
tamat, anda masih perlu menurun cerun secara persendirian. Anda berasa sengsara manakala
kawan anda (Édouard) berseronok sambil menjerit-jerit apabila meluncur di timbunan ais.
Semasa Hector berjalan-jalan, dia ternampak sebuah stesen kecil dengan landasan
kereta api yang bertunggal. Landasan itu dibina khusus untuk kereta api yang bergerak ke
atas gunung (kalau anda masih ingat akan bandar ini adalah ditempatkan di bawah gunung).
Hector teringat akan Ying Li lagi sementara menunggu kereta api bergerak. Dia
nampak Ying Li keluar dari bilik mandi dengan muka yang riang tetapi menjadi sedih apabila
mengetahui bahawa Hector telah memahami semua perkara.
Kereta api yang kecil itu bergerak berlalu banyak bangunan. Lama-kelamaan, Hector
boleh nampak pokok-pokok dan selepas itu awan-awan apabila kereta api bergerak semakin
tinggi. Langit kelihatan biru walaupun cuaca tidak baik. Gunung-gunung yang besar dan
berwarna hijau mengeliling kawasan itu. Laut bertitik dengan pelahu-pelahu.
Hector masih tidak berasa gembira walaupun pemandangan adalah cantik.
HECTOR MENDEKATI KEBIJAKSANAAN
(PG 36)
Stesen kereta api di atas gunung lebih besar dan dibina dengan konkrit. Dalam stesen
kereta api terdapat restoran, kedai cenderamata dan muzium lilin yang ada bentuk orang Tony
Blair (ahli politik Parti Buruh British) dan Sylvester Stallone (pelakon Amerika). Hector
berasa marah kerana segala yang dijumpainya tidak sama dengan apa yang ditunjuk dalam
buku The Blue Lotus. Jadi, dia meninggalkan stesen itu lalu berjalan menuju ke atas gunung.
Bilangan orang menjadi semakin kurang sepanjang jalan dan pada akhirnya, tertinggal
Hector seorang sahaja. Pemandangan di atas gunung adalah sangat cantik dengan tumbuhan-
tumbuhan hijau menjalar di kawasan gunung yang berpuncak tinggi. Hector terkagum dan dia
berasa lebih segar memandang pemandangan di situ.
Dia berhenti berjalan lalu mencatat:
Pembelajaran keenam: Kebahagiaan adalah berjalan-jalan di gunung.
Dia memadam perkataan 'di gunung' dan menulis semula 'di gunung yang cantik dan
jarang dilawat'.
Hector ternampak seketul papan nyata di tepi jalan yang bertulis 'Biara Tsu Lin'.
Hector berasa sangat gembira kerana dia memikirkan biarawan mesti ada dalam biara.
Malahan dia mungkin dapat berjumpa dengan biarawan tua yang suka berkongsi hal tentang
kebahagiaan seperti bapa Chang.
(PG 37)
Jalan ke biara menjadi semakin curam namun Hector tidak berasa letih kerana dia
berazam ingin pergi ke biara. Dari semasa ke semasa, Hector dapat melihat biara di selekoh
jalan. Binaan biara adalah cantik dan bergaya Cina seperti yang ditunjuk dalam buku The
Blue Lotus. Bumbungnya berbentuk kerinting dan tingkapnya adalah kecil dan berbentuk segi
empat.
Apabila tiba di luar biara, Hector menarik tali dan bunyi loceng didengar. Seorang
biarawan yang muda dan nampak lebih macam Chang datang membuka pintu untuk Hector.
Rambut biarawan muda itu telah dicukur dan dia memakai jubah yang panjang serta
berwarna oren. Dengan bahasa Inggeris yang lancar, biarawan muda itu memberitahu Hector
bahawa biara hanya boleh dikunjungi oleh pelancong sehari dalam seminggu dan hari ini
bukan harinya. Hector berasa sangat kecewa selepas mendengar percakapan biarawan muda.
Namun Hector tidak berputus asa. Dia memberitahu biarawan tentang dia seorang ahli
psikiatri dan datang dari tempat yang sangat jauh. Dia ingin mendapat tahu bahawa apa yang
menggembirakan serta menyedihkan seseorang tetapi dia tidak dapat menunggu ke minggu
hadapan kerana dia perlu pulang pada hari ini. Permintaan Hector kelihatan menyusahkan
biarawan muda itu dan biarawan muda itu menyuruh Hector menunggu di tepi pintu yang
kecil itu.
Di luar biara terdapat penjualan benda-benda yang dibuat oleh biarawan seperti
patung kecil dan piring yang cantik. Hector membuat keputusan untuk membeli satu kepada
Clara sebagai hadiah.
Selepas itu, biarawan muda itu kembali dengan seorang biarawan tua. Hector berasa
sangat gembira kerana biarawan tua itu setua bapa Chang. Apabila biarawan tua itu
ternampak Hector, dia ketawa dan berkata: 'Saya terdengar anda datang dari tempat yang
sangat jauh.' Biarawan tua itu tidak memerlukan jurubahasa untuk membuat interpretasi
kepadanya kerana dia boleh cakap sebaik Hector.
(PG 38)
Dia membawa Hector masuk ke pejabatnya. Hector memikirkan mereka perlu bertelut
di tikar kecil kerana di dalam pejabat mungkin tidak ada kerusi. Namun, pejabat biarawan
adalah sama dengan pejabat Hector. Dalamnya ada meja tulis, kerusi, buku-buku, komputer,
dua telefon, dan patung Cina. Mereka boleh menikmati pemandangan gunung yang cantik di
situ.
Biarawan tua itu memberitahu Hector bahawa pada masa mudanya yang dia masih
bersekolah dan Hector belum dilahirkan, dia pernah tinggal di negara Hector untuk beberapa
tahun. Untuk menyara hidup, dia mencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran yang besar
dan akan Hector kunjung kadang-kadang untuk makan tengah-hari. Biarawan tua itu banyak
bertanya tentang perubahan negara Hector dan dia berasa gembira dengan semua yang
diberitahu oleh Hector.
Hector menyatakan oleh sebab semakin ramai pesakitnya berasa tidak gembira tanpa
alasan yang jelas, jadi dia memulakan pelancongannya untuk mendapat tahu tentang sebab
itu.
Biarawan tua itu mendengar kepada Hector secara bersungguh-sungguh. Hector juga
begitu, dia sangat berminat mendengar percakapan orang.
'Pada asasnya, manusia memikirkan kebahagiaan ialah suatu matlamat. Tapi tu tak
betul!' kata biarawan sambil ketawa.
Hector inginkan biarawan menjelaskan lagi tetapi biarawan tidak membuat begitu.
Jadi, ramai orang di negara Hector menganut agama biarawan (mereka bukan
penganut sebenar, saya susah nak jelas di sini) kerana mereka memikirkan boleh menjadi
lebih gembira.
(PG39)
Biarawan tua itu bersetuju dengan Hector dan menyatakan bahawa biasanya orang
dari negara maju seperti negara Hector sebenarnya tidak faham agama yang dianut mereka.
Hal ini seperti restoran Cina di bandar Hector tidak menghidangkan makanan Cina.
Walaupun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa mereka menjadi kurang risau dan melayan
orang dengan baik selepas beragama. Biarawan tua itu tidak memahami mengapa penduduk
di negara Hector sangat berminat terhadap agamanya walaupun mereka sudah ada agama
yang bersejarah lama dan bagus. Mungkin mereka sudah pakar dalam agama mereka jadi
mereka boleh mengkaji agama lain ataupun mereka ada sumber yang lebih baik untuk dibuat
kajian yang lebih mendalam.
Hector berasa fikiran biarawan sangat rumit dan dia menyatakan mungkin orang suka
akan agama biarawan adalah disebabkan oleh agamanya memberi harapan kepada orang.
Orang mempercayai agamanya membantu.
Agama nampak berkesan kepada biarawan tua itu kerana Hector tidak pernah
berjumpa dengan orang yang begitu mudah berpuas hati dan optimistik (biarawan tua sentiasa
bersenyum). Namun, Hector mempercayai bahawa biarawan tua itu mesti pernah mengalami
kesusahan dalam kehidupannya dalam usia yang tua ini.
Hector teringat akan ada suatu ketika negara China dikawal oleh segolongan orang
yang berasa biarawan bukan manusia yang berguna. Jadi, kejadian yang dahsyat berlaku
terhadap biarawan-biarawan di negara China (kejadian terlalu dahsyat untuk dikata).
Biarawan tua itu berasal dari bahagian negara China itu, mesti dia pernah mengalami
kejadian itu akan tetapi kejadian itu nampak tidak mempengaruhi dia untuk menjadi gembira.
Hector sangat mengharapkan biarawan tua itu boleh membongkarkan rahsia untuk
menjadi gembira.
(PG40)
Biarawan tua itu memandang dia. Dia senyum dan berkata, 'Idea awak untuk
membuat pelancongan ini adalah sangat bagus. Selepas tamat pelancongan, sila kembali
bertemu dengan saya.'
(PG41)
HECTOR MENDAPATI SESUATU
Pada malam itu, Hector menunggu Édouard untuk makan malam. Walaupun hari
Ahad, Édouard masih di pejabatnya untuk menghabiskan kerja sehingga keesokan hari. Dia
perlu menunjukkan cara gabungan syarikat kepada seseorang yang sangat penting sebelum
Édouard dari bank lain. Orang yang penting ini juga ingin menggabungkan syarikatnya
sebelum seorang yang penting dan ingin melakukan gabungan syarikat juga. Hector faham
bidang perniagaan ibarat acara perlumbaan. Berbeza dengan bidang psikiatri, dalam bidang
psikiatri, anda hanya perlu memastikan pesakit tidak terlalu banyak merungut, jika tidak,
pesakit lain yang sedang menunggu tidak akan berasa gembira.
Tiba waktu makan malam, Hector pergi mencari Édouard. Pejabat Édouard
ditempatkan di antara menara yang moden dan besar di sepanjang tepi laut. Di situ hanya
terdapat kapal-kapal besar yang ditambatkan di tepi bangunan dan tapak menara baharu yang
sedang dibina.
Kereta-kereta bergerak di lorong bawah dan Hector boleh berjalan-jalan di antara
menara tinggi tanpa berasa risau dilanggar kereta.
Hector sampai ke bangunan kerja Édouard yang sangat cantik dan bersinar di bawah
pancaran matahari. Menara itu semacam pisau cukur yang besar. Oleh kerana waktu masih
awal, Hector membuat keputusan untuk minum kopi.
(PG42)
Hector agak bertuah kerana terdapat sebuah kafe yang besar, moden serta berdinding
kaca di bandar itu.
Hector berasa lega kerana pelayan di situ tidak begitu cantik. Baginya pelayan yang
terlalu cantik boleh menimbulkan masalah. Hector merasakan kepekaannya terhadap wanita
cantik merupakan satu kelemahan dirinya. Walaupun bukan dirinya sahaja yang mengalami
masalah ini, Hector berharap dia dapat mengatasi kelemahannya itu. (Seperti diketahui, dia
tertawan oleh Ying Li pada mulanya).
Édouard gembira menerima panggilan dari Hector. Tetapi, dia belum menyiapkan
kerjanya. Dia meminta Hector menunggu di kafe itu dan dia akan sampai segera mungkin.
Hector menghirup kopinya yang bersaiz besar sambil melihat pada pintu masuk.
Dia ternampak sekumpulan wanita Cina duduk bersama-sama dalam bulatan di atas
kain minyak. Mereka seperti kanak-kanak sekolah yang sedang berkelah. Hector memerhati
mereka dengan teliti dan mendapati bahawa mereka bukan orang Cina. Mereka lebih pendek
tetapi berbadan langsing dan berkulit hitam manis. Mereka kelihatan sangat seronok kerana
tidak berhenti berbual-bual dan ketawa. Sebelum Hector sampai ke kawasan kejiranan ini, dia
pernah terjumpa beberapa kumpulan wanita seperti mereka. Mereka duduk di tepi pintu
masuk, di bawah jambatan jalan kaki, atau mana-mana yang boleh terlindung daripada air
hujan kecuali dalaman bangunan.
Hector berfikir sama ada mereka sedang mengamalkan sesuatu agama yang baharu
dengan berkumpul begitu. Dia ingin tahu tentang agama tersebut. 'Mungkin agama yang
dianut oleh biarawan', Hector bermonolog dalaman kerana mereka banyak ketawa seperti
biarawan.
(PG 43)
Hector mendapati bahawa kebanyakan orang yang masuk ke kafe ialah orang Cina
tetapi cara mereka berpakaian seperti pakaian Édouard pada hujung minggu. Mereka berbaju
Polo dan berkasut dek. Melalui cara berjalan mereka, Hector boleh mengagak mereka
bersekolah seperti Édouard (sekolah yang mengajar cara menjadi kaya).
(Jangan lupa bahawa Hector ialah ahli psikiari. Dia boleh tahu sama ada seseorang itu
berpelajaran ataupun tidak dengan hanya memerhatikan mereka).
Yang lain ialah orang Eropah dan Hector cuba pula meneka dari mana mereka datang
menerusi cara pemakaian mereka namun banyak kali dia tersalah teka. Tekaannya
menyeronokkannya dan dia ketawakan dirinya dari semasa ke semasa.
Rakan sekerja Édouard kelihatan tidak gembira. Mereka kelihatan sangat letih apabila
masuk ke dalam kafe. Malahan sesetengah mereka kelihatan bingung seperti dibebani
kerisauan. Muka mereka sangat serius apabila mereka duduk bersama untuk berbual-bual
(seolah-olah mereka saling membebani). Hector tergerak hati ingin mempreskripsikan ubat
kepada mereka yang sibuk berangan-angan. Kedudukan Hector sebagai ahli psikiatri dapat
dimantapkan jika dia tinggal lama di kafe itu.
Akhirnya, Hector melihat Édouard masuk ke kafe. Dia berasa gembira kerana
pertemuan yang dirancang lebih menyeronokkannya daripada perjumpaan secara kebetulan
walaupun dia masih marah terhadap Édouard. Édouard juga berasa gembira bertemu dengan
Hector. Dengan serta-merta, dia memesan sebotol bir untuk menyambut dengan Hector.
(PG44)
Hector memberitahu Édouard bahawa dia nampak lebih riang berbanding rakan
sekerjanya.
Édouard berkata kerana dia dapat bertemu dengan Hector maka Hector patut selalu
mencarinya.
'Kalau begitu, lebih baik awak terus hantar saya ke hospital!' kata Hector sambil
ketawa.
Seterusnya, Édouard menjelaskan bahawa pasaran ekonomi tidak begitu bagus
beberapa minggu lepas membuatkan rakan sekerjanya tidak berasa gembira.
'Gaji mereka akan berkurangan?' tanya Hector.
'Tak akan. Mungkin hanya mendapat bonus kecil atau dipecat syarikat. Tapi sekarang,
kita mudah dapat kerja. Apa yang harus dibuat adalah hanya pergi ke tempat yang ada kerja'.
Sekarang, Hector memahami bahawa walau apa pun pekerjaan adalah penting bagi
mereka.
Hector bertanya kepada Édouard tentang golongan wanita yang duduk di atas kain
minyak. Édouard menjelaskan bahawa mereka ialah pembersih yang datang dari gugusan
pulau yang kecil dan miskin serta berada agak jauh dari negara China. Mereka mencari rezeki
di bandar-bandar besar supaya mempunyai lebihan duit untuk dikirim kepada ahli keluarga
mereka yang masih tinggal di gugusan pulau itu.
'Tetapi mengapa mereka kumpul di sini dan duduk di atas kain minyak?' tanya Hector.
'Kerana mereka tiada tempat untuk dituju,' jawab Édouard. 'Hari ni hari cuti mereka.
Mereka tidak bekerja. Tambahan pula, mereka tidak ada duit untuk duduk di kafe, jadi
mereka berkumpul di sini dan duduk di atas lantai.'
(PG 45)
Édouard juga berkata negara mereka ialah gugusan pulau yang kecil. Wanita dari sana
sentiasa berkumpul bersama dan kain minyak yang mereka duduki seperti peta dunia, mereka
duduk di tengah ibarat negara mereka berada di tengah-tengah menara yang sangat kaya ini.
Hector memandang golongan wanita yang sedang ketawa itu manakala rakan sekerja
Édouard kelihatan sangat serius. Hector bermonolog bahawa susah untuk menentukan sama
ada dunia ini syurga atau neraka.
Ketika mereka berlalu untuk meninggalkan kafe, Hector berkeinginan untuk berbual
dengan golongan wanita itu kerana merasakan perbualan itu penting bagi siasatannya.
Sementara Hector berjalan menuju ke arah mereka, semua wanita berhenti bercakap sambil
memandang ke arah Hector. Mungkin mereka berfikir, Hector akan menyuruh mereka
berpindah ke tempat lain. Tetapi secepatnya mereka mengetahui Hector tidak bermaksud
begitu. Mereka ketawa lagi mendengar slanga Hector. Hector memberitahu mereka bahawa
dia telah memerhati mereka untuk seketika. Dia ingin tahu sebab mereka nampak gembira.
Mereka saling memandang lalu ketawa kecil. Salah seorang dari mereka menjawab,
'Kerana hari ini, hari cuti kami!'
Seorang lagi menambah, 'Sebab kami bersama dengan kawan-kawan kami.'
'Ya, betul,' yang lagi satu bersetuju, 'Sebab kami bersama dengan kawan kami.'
Malahan sesetengah mereka bersama dengan ahli keluarga mereka (sebahagian mereka ada
perhubungan saudara-mara).
Hector bertanya mengenai agama mereka. Agama mereka agama Hector!
(PG46)
Pada suatu masa, penganut agama Hector menduduki pulau mereka kerana pada
ketika itu mereka fikirkan semua benda adalah hak kepunyaan mereka.
Tetapi nampaknya mereka tidak menaruh dendam terhadap Hector kerana mereka
tersenyum, melambai tangan dan mengucapkan selamat tinggal kepada Hector sewaktu
Hector dan Édouard meninggalkan kafe.
(PG47)
HECTOR BUKAN DALAM KECINTAAN
Pembelajaran pertama: Perbandingan boleh mengurangkan kebahagiaan
Pembelajaran kedua: Kebahagiaan datang tanpa dijangka
Pembelajaran ketiga: Orang fikirkan kebahagiaan adalah pada masa depan sahaja
Pembelajaran keempat: Orang fikirkan kebahagiaan adalah berkuasa atau ada banyak duit
Pembelajaran kelima: Kadangkala kebahagiaan adalah dengan tidak mengetahui seluruh
kejadian
Pembelajaran keenam: Kebahagiaan adalah berjalan-jalan di gunung yang cantik dan
jarang pergi
Hector membaca semula apa yang ditulisnya. Walaupun sesetengah pengajaran adalah
menarik (pada fikirannya) tetapi dia masih tidak berpuas hati kerana apa yang ditulisnya tidak
seperti teori kebahagiaan yang tepat.
(Kami diketahui oleh orang dewasa bahawa teori ialah penjelasan fenomena alam
semula jadi. Orang mempercayai teori yang dikemukakan adalah betul sehingga orang lain
mengetengahkan teori yang lebih baik). Hal ini menginspirasikan Hector untuk menunjukkan
senarainya kepada profesor Pembacaan Kebahagiaan yang ternama selepas
pengembaraannya.
(PG48)
Seorang kawan Hector meninggal di negara yang jumlah ahli psikiatrinya lebih tinggi
berbanding di negara lain. Kawannya mengenali profesor itu.
Dalam sebuah restoran Itali, kain alas meja bercorak petak dan lilin disusun di atas
meja. Pemilik restoran ialah sepasang suami isteri yang berupa orang Itali. (Sebenarnya
mereka orang Chilean. Minat Hector terhadap manusia terlihat lagi apabila pelayan
menceritakan kehidupan mereka kepada Hector walaupun mereka hanya datang memesan
makanan). Restoran itu berada di sebuah bandar di atas bukit. Di situ masih terdapat rumah
lama dan jalan raya yang diturap dengan batu buntar. Hector berasa seronok berada di situ.
Hector ingat akan pertemuan dengan biarawan tua. Dia menulis:
Pembelajaran ketujuh: Pemikiran tentang kebahagiaan ialah suatu matlamat adalah salah.
Hector tidak pasti sama ada dia betul-betul memahami pengajaran itu tetapi dia berasa
pengajaran itu adalah menarik. Dia membuat keputusan untuk bertemu dengan biarawan tua
selepas pengembaraan ini.
Dia ingat akan golongan wanita yang duduk di atas kain minyak dan ketawa terbahak-
bahak.
Pembelajaran kelapan: Kebahagiaan adalah berada bersama dengan orang kesayangan
Jantungnya berdebar-debar dengan cepat semasa dia menulis pengajaran ini.
(PG49)
Hecor menconteng lagi.
Dia sedang menunggu Ying Li (seperti yang anda teka).
Hector memberitahu Édouard bahawa dia ingin berjumpa dengan Ying Li. Édouard
berkata tempat yang mereka jumpa Ying Li tempoh hari serta penuh dengan perempuan
cantik itu tidak buka pada hari Ahad. Hector berkata dia tidak mahu jumpanya pada waktu
pekerjaannya. Dia ingin mengajak Ying Li untuk makan malam. Oleh kerana Ying Li ada
meninggalkannya nombor telefon, maka tiada alasan untuk dia tidak berbuat demikian.
Édouard menunjukkan Hector ekspresi muka yang lucu lalu berkata, 'Kasihan awak!'
Hector berasa sedikit marah. Dia berfikir Édouard tidak patut memperbodohkannya
kerana dia sudah tahu pekerjaan Ying Li! Édouard berkata dia tidak menganggap Hector
bodoh sebaliknya dia risau akan Hector kerana dia boleh nampak Hector telah terjatuh cinta -
lebih teruk daripada menjadi seorang yang bodoh.
Hector rasa senang hati kerana Édouard mengambil berat tentangnya. Hector berkata
dia bukan jatuh cinta kepada Ying Li, dia cuma ingin berjumpa dengan dia sahaja. Hector
bertanya kepada Édouard sama ada dia pernah ada kekasih Cina. Walaupun Édouard
menidakkan, namun Hector boleh tahu bahawa Édouard tidak bercakap benar (jangan lupa
Hector ahli psikiatri). Hector berpura-pura bersetuju dengan mengeluarkan bunyi 'mmm-
mmm'. Dia berharap Édouard berbual lebih banyak lagi.
Namun jelasnya Édouard tidak mahu bercerita tentang 'tidak'nya. Lalu akhirnya, dia
mengeluh dan berkata 'Masalahnya, awak tidak tahu bahawa mereka sebenarnya menyukai
awak ataupun pasport awak.'
(PG50)
Dia menambah, 'Walaupun saya dah tua, tidak semestinya saya tidak kisah dengan
jawapan itu.'
Dari percakapan Édouard, Hector mendapat tahu bahawa Édouard pernah ada
hubungan cinta namun diakhiri dengan kisah yang sedih.
Sekarang Hector duduk di restoran Itali yang kecil sambil menunggu Ying Li.
Restoran Itali itu dicadangkan oleh Édouard kepada Hector.
Suara Ying Li kedengaran terkejut apabila menerima panggilan Hector.
Ying Li agak lewat dan Hector berfikir sama ada dia akan datang walaupun dia
berjanji akan hadir. Sementara itu, Hector memesan sebotol wain. Dia bermonolog jika Ying
Li tidak muncul lagi, dia akan memabukkan diri menjadi seperti Édouard.
Ying Li akhirnya tiba di restoran. Rambutnya sedikit basah kerana hujan. Dia tetap
nampak cantik. Hector berdiri dan tanpa sengaja dia melanggar kerusinya.
Pelayan yang berdiri di belakang kaunter tergesa-gesa mengambil kot Ying Li.
Akhirnya Ying Li duduk (di depan Hector) dan mereka memulakan perbualan. Ying
Li sedikit berbeza berbanding kali pertama mereka berjumpa. Dia kelihatan malu dan tidak
berani memandang Hector dan berhati-hati agar tidak salah cakap.
Hector memulakan topik perbualan dengan memberitahu Ying Li serba sedikit
mengenai kehidupannya dan bandar tempat dia bekerja. Kebanyakan masa, Ying Li hanya
mendengar kisah Hector. Dia memberitahu Hector bahawa dia suka dengan bandar tempat
Hector bekerja.
(PG51)
Hal ini kerana di negara Hector, terdapat barang-barang yang disukainya. Hector
mendapati bahawa jam tangan, tali pinggang, dan beg tangan Ying Li dihasilkan di negaranya
(walaupun Ying Li membelinya di negara China). Hector terfikir akan perkataan 'globalisasi'
dan cara Ying Li memperoleh rezeki untuk membeli benda yang sangat mahal. Dia berfikir
dalam keadaan ini, sama ada globalisasi sebenarnya bermanfaat atau sebaliknya.
Setelah beberapa waktu, Ying Li kelihatan lebih berani bercakap tetapi agak sukar
baginya kerana dia perlu mengelakkan diri daripada bercakap tentang pekerjaannya begitu
juga Hector. Kebanyakan masa, Ying Li bercakap tentang keluarganya.
Bapa Ying Li mengajar sejarah Cina (anda boleh bayangkan betapa bagus bapa Ying
Li dalam subjek ini sebagai seorang Cina). Tetapi pada masa itu penjajah fikirkan guru
adalah tidak berguna malahan sesuatu pekerjaan yang tidak diingini. Oleh itu sekeluarganya
dihantar ke pedalaman. Di situ semua orang bekerja di ladang dan tiada orang dibenarkan
membaca buku kecuali buku yang ditulis oleh penjajah. Begitu juga kepada kakak Ying Li.
Mereka tidak pernah bersekolah kerana tidak dibenarkan membaca. Mereka belajar tentang
kehidupan dari pekerjaan di ladang. Selaku anak bongsu, Ying Li dapat belajar sedikit di
sekolah tetapi pada masa itu bapanya meninggal dunia (kerana tidak biasa bekerja di ladang).
Jadi Ying Li tidak dapat sambung pelajarannya.
Sebab itu kakak Ying Li hanya dapat bekerja di kilang Charles. Pada masa itu, Ying
Li berhenti bercakap kerana dia sedar akan dia sedang cakap tentang sebab dia tidak bekerja
di tempat kerja seperti kakaknya. Topik itu agak sensitif bagi mereka berdua.
(PG 52)
HECTOR BERASA SEDIH
Hector meninggalkan negara China dan mengembara ke negara lain. Dari tingkap
kapal terbang, dia melihat ke arah laut.
Hector mengeluarkan buku notanya tetapi dia tidak dapat memikirkan apa-apa untuk
ditulis.
Seorang ibu yang sedang mendukung bayi duduk di sebelah Hector (Hector tidak tahu
sama ada bayi tersebut lelaki atau perempuan dan dia tidak begitu berminat untuk
mengetahuinya). Bayi itu berambut perang dan matanya berwarna biru seperti patung. Pada
fikiran Hector, bayi itu barangkali bukanlah anak kepada wanita itu, kerana wanita itu
kelihatan seperti orang Asia yang dijumpainya tadi. Walaupun wanita tersebut bukanlah ibu
kepada bayi itu namun dia menjaganya dengan sangat baik. Dia memujuk dan bercakap-
cakap dengan bayi itu. Kelihatan dia amat menyayangi bayi.
Hector berasa sedih kerana dia harus meninggalkan suatu tempat yang disukainya dan
belum dia kenal pada minggu lepas.
Édouard juga kelihatan sedih ketika menemani Hector ke lapangan terbang. Édouard
memiliki banyak kawan yang boleh meminum bersama, tidak kurang juga teman wanita
(yang berbisik di telingannya). Namun , kawan yang seikhlas Hector tidak banyak.
Hector teringat akan Ying Li.
(PG53)
Di restoran, mereka berdiam diri selepas menghabiskan perbualan tentang keluarga
Ying Li dan bandar tempat Hector bekerja.
Tiba-tiba, Ying Li berkata, 'Awak orang yang baik.'
Hector terkejut dengan pernyataan Ying Li walaupun dia tahu dia agak baik.
Sambung Ying Li, 'Tetapi saya tak biasa.'
Hector terkejut lagi dengan kata-kata Ying Li.
Mereka bersedia meninggalkan restoran itu dan pelayan segera membantu Ying Li
memakai kotnya.
Mereka berjalan di jalan kecil.
Hector berkeinginan membawa Ying Li pulang ke hotelnya tetapi kalau jika dia
berbuat demikian, tiada beza antaranya dengan lelaki lain (pelanggan Ying Li). Hector berasa
sangat malu begitu juga dengan Ying Li. Hector merasakan Ying Li juga ingin mengikutnya
balik ke hotel.
Mereka memasuki sebuah bar sesuka hati. Suasana di dalam bar tersebut agak pelik.
Hanya terdapat beberapa lelaki Cina (yang saling berkenal) bergilir-gilir menaik ke pentas
menyanyi lagu Cina (mungkin lagu yang popular). Hector mengenali melodi lagu Charles
Trenet (seorang penyanyi Perancis). Lelaki Cina ketawa terbahak-bahak dan tidak berhenti
meminum. Mereka tiada beza dengan orang Eropah. Hector ingat akan apa yang dikata
Charles semasa di kapal terbang: Orang Cina tiada beza dengan kami.
Gelak ketawa mereka membuatkan Ying Li geli hati. Hector gembira memandang
Ying Li yang tersenyum. Hector merasakan Ying Li kelihatan muda sewaktu tersenyum.
Barangan kemasnya menjadikan Ying Li nampak lebih matang daripada umur sebenarnya.
(PG54)
Ketika Hector dan Ying Li berjalan keluar dari bar itu, sebuah kereta besar berhenti di
depan mereka.
Seorang lelaki Cina tinggi yang mereka jumpai pada malam itu melangkah keluar
dari kereta. Hector ternampak seorang wanita yang agak tua duduk di dalam kereta
memandang Ying Li dengan muka yang marah. Lelaki itu tidak mengendahkan Hector dan
bercakap kepada Ying Li. Ying Li kelihatan sangat gelisah ketika bercakap dengan lelaki itu.
Hector tidak dapat memahami apa yang dicakapkan mereka kerana mereka
berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Namun Hector merasakan lelaki itu tidak gembira
kerana suaranya kedengaran tidak mesra. Keadaan tersebut menyebakan Ying Li keresahan.
Hector bertanya kepada lelaki Cina itu dalam bahasa Inggeris, 'Adakah saya perlu membayar
awak?'
Lelaki Cina itu terkejut. Dengan serta-merta, dia bertenang semula dan melemparkan
senyuman kepada Ying Li (walaupun senyuman itu tidak mesra). Dia berkata kepada Hector
tidak perlu bahkan dia sendiri boleh membayar Ying Li. Lelaki Cina itu terus memasuki
kereta besarnya dan memecut dengan laju. Hector tidak berpeluang melihat ke arah mana
kereta tersebut bergerak kerana Ying Li sedang menangis di lengannya.
Ketika ini Hector membawa Ying Li balik ke hotelnya kerana dengan membawa Ying
Li itu tidak berkaitan dengan pekerjaan Ying Li sebaliknya untuk menyenangkan seseorang
perempuan yang sedang menangis.
Di dalam bilik, Ying Li berhenti menangis dan mereka berbaring di atas katil. Bilik
itu diterangi lampu dari luar. Ying Li berbaring di tangan Hector tanpa bergerak.
(PG 55)
Pada keesokan pagi, ketika Hector terjaga dari tidurnya, Ying Li telah pergi tanpa
meninggalkan nota atau pesanan. Hector ingin membayar Ying Li kerana teringat akan lelaki
Cina itu. Tetapi nampaknya Ying Li mempunyai buah fikiran sendiri.
Hector ingin bercakap dengan Édouard segera mungkin. Mereka bertemu di sebuah
kafe di bawah menara. Kafe itu dipenuhi pelanggan pada setiap hari Isnin. Édouard
mendengar kisah Hector dengan bersungguh-sungguh seperti Hector mendengarkan
pesakitnya. 'Mereka tak akan bunuh Ying Li kerana dia berharga. Walau apa pun, saya kenal
lelaki Cina itu. Saya akan cuba bertanya mengenai kejadian itu. Kamu berdua sudah
diperhatikan mereka, lebih baik jangan berjumpa dengan Ying Li lagi.' kata Édouard.
Hector juga berfikiran begitu. Keadaan sekarang adalah Hector tidak mempunyai apa-
apa idea tentang apa telah berlaku sedangkan Ying Li pula telah mengetahui sebab kejadian.
'Kasihan awak...', kata Édouard.
Di dalam kapal terbang, Hector tidak dapat berfikir apa-apa lagi untuk ditulis dalam
buku notanya.
Bayi itu melihat Hector dan dia menghulurkan tangannya kepada Hector. Penjaga
bayi ketawa melihat situasi itu (pasti anda sudah tahu wanita itu penjaga bayi). Bayi itu turut
tersenyum.
Hector membalas senyuman. Hatinya menjadi lebih lega.
Tiba-tiba, seorang wanita yang tinggi dan berambut perang muda menuju ke arah
mereka lalu berdiri di lorong mereka. Hector dapat mengagak, wanita itu adalah ibu kepada
bayi tersebut dan duduk di kelas perniagaan bersama suaminya.
'Semua baik?' dia bertanya kepada penjaga bayi.
Selepas memastikan tidak ada apa-apa masalah berlaku, dia meninggalkan mereka.
Muka bayi berkerut-kerut dan kemudiannya menjerit.
Hector mengeluarkan buku notanya dan menulis:
Pembelajaran kelapan b: Ketidakbahagiaan adalah berpisah dengan kekasih anda.
(PG57)
HECTOR BERTEMU DENGAN KAWAN BAIK
Hector mengembara ke negara lain lagi. Pada kali ini kapal terbang yang dinaikinya
adalah sangat berbeza dengan yang sebelumnya.
Pertama sekali, kapal terbang ini dipenuhi lelaki dan perempuan warga Afrika. Secara
jelasnya, hanya Hector sahaja seorang orang putih di dalam kapal terbang ini.
Kebanyakan mereka berpakaian seperti semasa datuk dan nenek Hector pergi ke Mass
(ibadah). Kaum perempuan memakai kemeja panjang yang berbunga manakala kaum lelaki
pula memakai sut yang besar. Apa yang menarik perhatian Hector ialah beg membeli-belah
mereka yang besar itu. Malahan ada sesetengah dari mereka membawa ayam dan itik hidup
(yang dikurung di dalam sangkar). Walaupun ayam itik itu agak bising namun suara mereka
sudah cukup untuk menenggelamkan bunyi-bunyian makhluk lain. Hector teringat akan
sesetengah pesakit yang datang berjumpanya atas alasan takut menaiki kapal terbang. Selepas
penerbangan ini, Hector lebih memahami perasaan mereka. Selain itu, keusangan kapal
terbang menyenangkan hati pelanggan kerana ia menandakan kemalangan udara tidak pernah
berlaku terhadap kapal terbang ini.
Orang yang duduk di sebelah Hector adalah seorang wanita Afrika bersama bayinya.
Pada kali ini, wanita itu sememangnya ibu kepada bayi itu dan bukan pengasuh kanak-kanak.
(PG 58)
Dia menidurkan anaknya sambil membaca buku. Hector memandang buku yang
sedang dibaca oleh wanita itu. 'Wanita' tidak sesuai diguna di sini kerana dia agak muda
sebaya Hector. Anda tidak dapat membayangkan bahawa buku yang sedang dibacanya ialah
buku psikiatri. Dia juga ahli psikiatri.
Dia berasa gembira duduk di sebelah orang yang sebidangnya. Nama wanita itu ialah
Marie-Louise dan dia memberitahu Hector bahawa dia pulang kampung kerana cuti. Dia
bekerja di negara yang dikunjungi Hector tadi dan di tempat kerjanya jumlah ahli psikiatri
adalah lebih banyak berbanding di negara lain. Hector berasa gelisah untuk bertanya kepada
wanita itu mengapa dia tidak bekerja di negara diri (seperti dia menanyakan Charles mengapa
dia tidak membuka kilang di negara sendiri). Wanita itu menjawab persoalan Hector tanpa
lama berfikir.
'Saya mahu anak saya hidup dengan normal'. Wanita itu mempunyai dua orang anak.
Hector bertanya mengenai maksud hidup normal. (Ahli psikiatri boleh saling
bertanyakan soalan).
Marie-Louise menjawab, 'Katalah saya mahu mereka pergi ke sekolah tanpa pemandu
atau pengawal peribadi.'
Hector bersetuju dengan Marie-Louise walaupun dia berasa bangga memiliki
pemandu dan pengawal peribadi semasa dia masih kecil. Namun, biasanya ibu berfikiran lain.
Tiba-tiba, kapal terbang tercondong ke sebelah dan mengeluarkan bunyi bising seperti
pengebom berani mati yang dipaparkan dalam dokumentari peperangan. Semua orang
berdiam diri kecuali itik ayam yang membuat lagi bising dari tadi.
Mujur masalah ini tidak kekal lama dan pada akhirnya kapal terbang berjaya mendarat
walaupun bergegar-gegar.
(PG 59)
Hector mengangkat tempat letak tangannya. Ketika penumpang bersedia untuk turun
dari kapal terbang dengan berdiri di lorong, Marie-Louise mengundang Hector untuk
menziarahi keluarganya. Dia menuliskan alamatnya di dalam nota kecil Hector.
Apabila Hector berjalan sampai ke pintu keluar kapal terbang, dia merasakan bahang
kepanasan seperti membuka ketuhar melihat sama ada daging atau lembu siap dibakar. Di
luar kapal terbang matahari memancar terik dan langit nampak sangat terang. Lapangan
terbang dikelilingi oleh bukit yang nampak terbakar. Warna bukit kelihatan seperti daging
lembu yang terlalu masak dibakar.
Dalam institusi, pegawainya ialah orang Afika (kami tidak akan ulang cakap kaum
mereka seperti di negara China. Dalam negara ini, semua orang ialah orang Afrika kecuali
beberapa yang kami akan sebutkan nanti). Ahli keluarga menunggu di bawah tempat rendang.
Anak perempuan memakai kaus kaki yang berwarna putih dan kolar beropol keras manakala
anak lelaki pula memakai seluar panjang seperti seluar yang dipakai oleh kanak-kanak di
negara Hector pada masa dahulu.
Hector tidak melihat kawan yang datang mengambilnya. Dia berjalan keluar dengan
beg pakaiannya. Matahari masih memancar dengan terik. Kemudian seorang porter datang
untuk membantunya mengangkat beg pakaian ke perhentian teksi. Beberapa porter juga
datang untuk membantu Hector. Hector fikirkan mereka akan bersaing. Mujur sekali pada
masa itu kawannya sampai. Kawannya, Jean-Michel berjalan menuju ke arahnya dengan
senyuman.
Jean-Michel merupakan kawan lama Hector seperti Édouard. Namun Jean-Michel
dengan Édouard agak berbeza. Jean-Michel mempelajari bidang perubatan. Dia mengkaji
secara spesifik tentang germa yang membuatkan orang sakit di negara yang bercuaca panas.
(PG 60)
Walaupun negara mereka terdapat banyak germa namun doktor di negara yang
bercuaca panas adalah yang paling kurang. Oleh itu, Jean-Michel memohon bekerja di negara
sebegitu. Jean-Michel agak tinggi dan kuat seperti jurulayar atau pelatih ski. Hector fikir
perempuan akan menyukai Jean-Micheal, tetapi dia nampaknya tidak berminat terhadap
mereka. Sebab itulah perempuan menjadi lebih berminat lagi terhadap Jean-Michel. Mereka
sentiasa bertanya kepada Hector mengenai Jean-Michel kerana mereka tahu Jean-Michel dan
Hector berkawan baik.
Jean-Michel membantu Hector mengangkat beg pakaiannya. Mereka berjalan menuju
ke tempat meletak kereta. Terdapat pengemis-pengemis di tempat meletak kereta. Dengan
serta-merta, Hector mendapat perhatian mereka seperti mendapat perhatian porter tadi.
Secepatnya, semua pengemis di tempat meletak kereta berada di sekitar Hector. Mereka
menghulurkan tangan dan berkata, 'Tuan, tuan, tuan, tuan, tuan...'
Hector mendapati bahawa sesetengah antara mereka sakit teruk. Mereka sangat kurus
dan beberapa mereka hanya mempunyai satu mata. Walaupun mereka susah untuk berdiri
tetapi mereka masih bergerak di sekitar Hector dan menghulurkan tangan seperti hantu.
Jean-Michel melangkah di depan seolah-olah tidak ternampak pengemis-pengemis
itu. Dia sambung bercakap kepada Hector.
'Saya carikan awak hotel yang bagus...Sebenarnya, tak susah nak cari sebab hanya
kita dua orang.'
Sewaktu mereka sampai ke kereta, Jean-Michel hanya mendapati bahawa duit syiling
Hector telah habis diberi kepada pengemis begitu juga wang kertasnya.
'Ah ya, tentunya. Sebab awak pertama kali datang ke sini,' kata Jean-Michel.
(PG61)
Kereta Jean-Michel besar, putih dan beroda empat. Tambahan pula, ada perkataan
dicat di keretanya. Di tepi kereta berdiri seorang lelaki Arika yang mengangkat senapang
patah.
'Dia Marcel, pengawal peribadi kita,' kata Jean-Michel.
Selepas itu, mereka meninggalkan tempat meletak kereta lalu menuju ke arah bandar.
Di luar kereta, Hector ternampak bukit yang kelihatan seperti dibakar dan pengemis-
pengemis yang melihat mereka berlalu pergi. Matahari memancar di jalan raya yang
berlubang. Marcel duduk di depan dengan meletakkan senapang di atas kakinya. Hector
bercakap sendirian bahawa mungkin dalam perjalanan ini dia dapat memahami kebahagiaan
dengan mendalam dan pada masa yang sama dia juga dapat mempelajari tentang
ketidakbahagiaan.
(PG62)
HECTOR PEMBANTU BAIK
Hotel yang Hector tinggal sangat cantik.Tanah di sekitar hotel sangat besar dan
ditumbuhi dengan banyak pokok bunga. Di situ juga terdapat suatu banglo kecil untuk
melayan tetamu. Selain itu, kolam renang di hotel berbentuk seperti ombak dan diperluaskan
sampai ke bawah sebuah titian kayu kecil.
Hotel ini sedikit berlainan daripada hotel biasa. Pertama sekali, terdapat sebuah papan
tanda tertulis: 'Pelanggan dan pendatang dielakkan membawa senjata apabila masuk ke hotel.
Sila pergi ke bilik sambut tetamu.' di semua pintu masuk hotel. Dalam hotel, terdapat lelaki-
lelaki yang memakai seragam putih (seragam yang luar biasa dengan seluar pendek) sedang
minum di dalam bar. Mereka ialah askar kecil yang didirikan di seluruh dunia untuk
memerintah negara. Semenjak negara ini menjadi kurang maju, tiada orang ingin membayar
terlalu banyak kepada askar kecil ini. Jadi jumlah ahli hanya cukup untuk mereka
menubuhkan organisasi ini. Mereka tidak dapat membawa perubahan yang terlalu besar
terhadap negara ini walaupun mereka sudah cuba.
Seorang lelaki di dalam bar memberitahu Hector tentang kesemua ini. Dia juga orang
putih tetapi tidak memakai seragam. Dia memakai jenis pakaian yang Édouard pakai pada
hujung minggu. Bajunya cantik dan berwarna cerah. Seluarnya kemas diseterika dan
kasutnya bergaya macam kasut golf serta jam tangannya mahal seperti jam tangan Ying Li.
(Akhir-akhir ini, banyak benda mengingatkan Hector tentang Ying Li.)
Walaupun lelaki itu orang asing tetapi dia boleh cakap bahasa Hector dengan fasih
dan dia hanya minum air berkarbonat.
(PG63)
Apa yang menarik Hector adalah namanya hampir sama dengan Édouard. Namanya
Eduardo! Hector bertanya kepada dia dari mana dia datang. Eduardo memberitahu Hector
bahawa dia datang dari sebuah negara yang tidak bereputasi baik kerana di merata-rata
tempat terdapat tanaman yang boleh dijadikan perangsang bahaya dan tidak sah undang-
undang di banyak negara. Jadi, banyak orang sudi membelinya dengan harga yang tinggi.
Tentunya hal ini bukan kesalahan Eduardo kerana dia dilahirkan di negara itu. Jadi Hector
tidak berfikir terlalu banyak. Sebaliknya, dia ingin tahu kenapa Eduardo boleh cakap
bahasanya dengan sangat baik dan di mana dia mempelajari bahasanya.
'Di negara awak! Saya pernah tinggal di sana untuk beberapa tahun.'
Nampaknya Eduardo tidak ingin cakap lagi mengenai hal itu. Jadi Hector bertanya
kepada dia tentang pekerjaannya di negara ini. Eduardo memandang Hector, dia boleh
mengesankan niat Hector adalah baik apabila membuat pertanyaan ini, oleh itu dia menjawab
dengan tertawa kecil, 'Pertanian!'
Hector berasa pekerjaan Eduardo adalah berguna untuk siasatannya.
Hector ingin mengetahui bahawa apa yang menggembirakan Eduardo dalam
kehidupannya. Selepas berfikir sebentar, Eduardo berkata, 'Ahli keluarga saya gembira.
Tambah, anak saya tidak kekurangan apa-apa dalam kehidupan mereka.'
Anak Eduardo sudah besar dan dia mengharapkan mereka dapat belajar di negara
yang lebih besar (dan juga ada banyak ahli psikiatri).
Hector bertanya kepada Eduardo sama ada dia berasa sesal apabila mendapat tahu
tentang keluarga lain menjadi tidak bahagia kerana anak-anak mereka makan ubat yang
dihasilkan oleh Eduardo (saya tahu anda mesti fikir benda yang sama dengan Hector).
(PG64)
'Mereka membeli ubat saya adalah disebabkan oleh keluarga mereka tidak bahagia
dan berpecah-belah. Ibu bapa mereka tidak menjaga anak mereka dengan baik kerana mereka
hanya ingin mendapat duit yang lebih banyak ataupun mengadakan hubungan seks. Jadi
anak-anak senang membuat kesalahan.' Eduardo menjawab secara terus-terang.
Balasan 'baiklah' daripada Hector tidak menandakan dia bersetuju dengan Eduardo.
Bagi ahli psikiatri, 'baiklah' adalah bermaksud 'saya memahami apa yang awak cakap.' Hector
juga memberitahu Eduardo bahawa terdapat kehidupan ramai orang menjadi semakin teruk
kerana dadah yang berbahaya ini. Eduardo menganggap kes ini adalah sama dengan kes tadi.
Kalau keadaan sebuah negara adalah buruk, tentunya penduduknya tidak dapat dijaga dengan
baik.
'Saya tidak mencipta permintaan, saya hanya bereaksi terhadap permintaan.' kata
Eduardo.
Hector cakap dia faham tetapi dia rasa kebahagiaan yang Eduardo inginkan akan
mengakibatkan orang lain berasa sengsara. Namun, oleh sebab Eduardo dilahirkan di negara
yang teruk seperti keluarga tadi jadi Hector tidak boleh menyalahkan dia untuk mempunyai
buah fikiran yang aneh ini.
Eduardo mungkin berasa marah terhadap soalan yang ditanya Hector. Dia meminta
segelas wiski daripada pelayan bar Afrika yang datang melayan mereka.
Dalam bar, hanya orang Afrika bekerja sebagai pelayan, pelayan bar dan penyambut
tetamu serta mereka tidak banyak cakap. Orang putih seperti Eduardo, Hector dan lelaki yang
memakai seluar pendek lebih banyak bercakap.
Eduardo nampak berminat apabila dia tahu tentang pekerjaan Hector sebagai seorang
ahli psikiatri. Eduardo menyatakan isterinya sentiasa berasa tidak gembira tanpa sebab.
(PG65)
Walaupun doktor di negaranya cuba mempreskripsikan berbagai-bagai jenis ubat
kepada isterinya tetapi tidak berkesan. 'Apa pandangan anda?' Eduardo bertanya.
Hector bertanya akan nama ubat yang diambil isteri Eduardo. Sewaktu menunggu
Eduardo pergi mengambil ubat isterinya di biliknya, Hector minum wiski sambil berbual-bual
dengan pelayan bar. Nama pelayan bar Isidore. Hector menanya Isidore apa benda dapat
menggembirakannya. Isidore bersenyum lalu menyatakan, 'Ahli keluarga saya tidak
kekurangan apa-apa.'
'Tu saje?' Hector hairan.
Isidore berfikir lalu menambah, 'Boleh bekerja sampingan!'
Hector mendapat tahu bahawa Isidore ada kerja sampingan kecuali bekerja sebagai
pelayan bar dan dia banyak suka akan kerja sampingannya. 'Apa kerja tu?' Hector tanya.
Isidore ketawa dan semasa dia ingin menjelaskan kepada Hector, Eduardo balik dengan
preskripsi isterinya.
Selepas membaca, Hector mendapati bahawa preskripsi adalah tidak agak betul.
Walaupun ahli psikiatri mempreskripsikan tiga jenis ubat yang biasa dipreskripsikan doktor
namun dos ubat adalah tidak betul. Jadi, ubat tidak berkesan terhadap isteri Eduardo. Selepas
menanya beberapa soalan mengenai keadaan isteri Eduardo, Hector mendapat tahu bahawa
sebab isterinya berasa tidak gembira dan jenis ubat yang boleh dipreskripsi kepadanya.
Hector teringat akan seorang ahli psikiatri yang baik dan dijumpai dia dalam persidangan di
negara ini. Eduardo tidak bersalah untuk tidak mengenali ahli psikiatri itu kerana ahli
psikiatri itu bekerja di hospital serta dia berstoking apabila memakai selipar. Eduardo lebih
suka mengenali doktor yang memakai jenis kasut yang sama dengannya.
(PG66)
Hector memberi Eduardo nama ahli psikiatri itu dan pil yang boleh dimakan oleh
isterinya sewaktu isterinya menunggu untuk menerima rawatan. Eduardo mencatat semua
yang dinyata Hector dengan pen emas yang baik (pen itu mungkin dibuat dengan emas
benar).
Pada waktu itu, Jean-Michel sampai. Dia berasa tidak gembira memandang Hector
bercakap dengan Eduardo. Hector ingin memperkenalkan Jean-Michel kepada Eduardo tetapi
Jean-Michel nampak bergesa-gesa nak balik. Jean-Michel menggegas Hector supaya cepat
balik semasa Eduardo mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepadanya.
Dalam kereta, Jean-Michel menanya Hector bahawa sama ada dia tahu siapa Eduardo.
Hector cakap dia tahu, sedikit sebanyak.
Jean-Michel menyata, 'Dialah orang yang memburukkan negara!'
Marcel berdiam diri tetapi Hector tahu dia bersetuju dengan Jean-Michel.
Hector tidak menjawab kerana dia sibuk menulis notanya.
Pembelajaran kesembilan: Kebahagiaan adalah mengetahui tentang ahli keluarga
tidak kekurangan apa-apa.
Pembelajaran kesepuluh: Kebahagiaan adalah melakukan kerja yang anda suka.
Dia memberitahu Jean-Michel bahawa pelayan bar di hotel mempunyai kerja
sampingan. Jean-Michel dan Marcel ketawa kerana 'kerja sampingan' bermaksud seseorang
ada kekasih lain walaupun sudah berkahwin.
Hector ingat akan Ying Li dan Clara dan dia berdiam diri untuk seketika.
(PG67)
HECTOR BELAJAR KETAKBAHAGIAAN
Terdapat ramai orang berjalan di atas jalan yang berdebu. Sesetengah kanak-kanak
tidak memakai kasut dan mereka datang untuk meminta duit apabila kereta berhenti kerana
kesesakan lalu lintas. Mereka masih dapat menampak Hector walaupun tingkap kereta
berwarna sedikit gelap. Mereka melambai terhadap Hector dan gigi putih mereka dilihat
semasa mereka bersenyum.
'Jangan cuba buka tingkap, saya dah kunci ia,' kata Jean-Michel.
'Kenapa mereka hanya bersenyum terhadap saya?' Hector menanya kerana dia
ternampak seorang anak perempuan yang agak cantik menghulurkan tangannya yang kecil
dan cantik itu.
'Sebab mereka tak pernah jumpa awak. Mereka dah kenal kami.'
Bandar itu tidak dipelihara dengan baik. Di situ, rumah yang hampir runtuh dibaiki
dengan kayu-kayan ataupun atap zink sahaja. Vila-vila yang cantik pada masa terdahulu
sudah berlapuk sekarang. Bagi penduduk di negara Hector , barang yang dijual di tepi laluan
bandar itu tidak bernilai dan akan dibuang ataupun disimpan di dalam loteng mereka. Walau
bagaimanapun, masih terdapat sesuatu tempat yang ada menjual sayur-sayuran yang
berwarna-warni. Hector mendapati bahawa orang di situ tidak sangat gembira. Kanak-kanak
bersenyum manakala orang dewasa tidak bersenyum.
(PG68)
Mereka masih terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Hector tidak boleh
memahami bahawa mengapa kereta masih banyak di negara yang miskin ini.
'Bukan kereta banyak tetapi jalan yang terlalu kurang dan hanya satu lampu isyarat
yang dapat berfungsi di seluruh bandar ni!'
Akhirnya, mereka mampu keluar dari jalan raya yang sesak dan kereta memecut
dengan cepat di jalan raya. Jalan raya di sini tidak dipelihara dengan baik kerana penuh
dengan batu tongkol atau lubang yang bersaiz tab mandi (tiada orang ingin membaikinya)
tetapi Jean-Michel telah biasa dengan itu. Dari semasa ke semasa, mereka perlu berpaut pada
kereta malahan bumbung kereta dengan ketat apabila mereka memotong lori yang bergerak
dengan laju di depan. Walaupun orang di sini tidak banyak bersenyum tetapi mereka nampak
macam tidak takut akan apa-apa. Hal ini demikian kerana mereka akan cedera teruk sekiranya
mana-mana satu trak mengalami kemalangan.
Hector mendapati bahawa trak di sini dicat dengan berbagai-bagai warna dan tertulis
'TUHAN SEDANG MENJAGA KAMI' ataupun 'HIDUPLAH TUHAN YANG
MENCINTAI KAMI'. Hector mendapat tahu bahawa ramai orang di sini mempercayai Tuhan
dan bilangannya lebih banyak daripada penduduk di negara Hector yang hanya bergantung
kepada Sekuriti Sosial untuk menjaga mereka.
Hector memikirkan sama ada 'kepercayaan kepada Tuhan' ialah salah satu pengajaran
kebahagiaan. Namun 'kepercayaan kepada Tuhan' tidak boleh dijadikan pengajaran kerana
kita tidak boleh memilih mempercayai Tuhan ataupun tidak.
Keadaan di luar bandar tidak lebih baik daripada bandar walaupun ada lapangan
terbang. Bukit-bukit yang terbakar banyak dijumpai di sini tetapi pokok-pokok jarang
dinampak.
Hector bertanya kepada mereka mengapa pokok jarang di negara ini.
(PG69)
Marcel menjelaskan bahawa kerana embargo. Negara ini pernah diperintah oleh pihak
yang jahat dalam masa yang agak panjang. Selepas itu, pemerintahan dialih kepada pihak
yang lagi jahat dan negara menjadi semakin buruk seperti negara Hector. Oleh itu, presiden
dan perdana menteri negara ini bersepadu untuk memaksa pihak jahat meletakkan jawatan
mereka di negara ini dengan mengundi pihak embargo. Embargo dilaksanakan dengan
sesebuah negara tidak dibenarkan menjalani pengimportan dan pengeksportan. Hal ini akan
mengakibatkan negara menjadi semakin miskin dan kemarahan penduduk boleh memaksa
pemerintah negara supaya berperangai dengan lebih baik ataupun meletakkan jawatan
mereka. Masalahnya adalah kebanyakan pemerintah di negara sebegitu sangat menjaga
penduduk mereka (termasuk bayi) sekiranya mendapat tahu bahawa penduduknya mengalami
kelaparan. Pihak yang mengundi embargo datang dari negara yang pemerintah sangat
menjaga penduduknya. Oleh itu, mereka tidak boleh memahami bahawa pemerintah di sini
adalah berbeza dengan pemerintah yang lain. Jadi, embargo berterusan dilaksanakan dan
bayi-bayi di sini membesar dengan semakin kurus mengakibatkan ibu mereka berasa sangat
sedih hati.
Pokok-pokok di sini juga tidak tumbuh dengan baik. Hal ini demikian kerana sejak
melaksanakan embargo, negara ini tidak dapat membeli minyak dan gas dari negara lain.
Jadi, pokok-pokok telah ditebang untuk menghidupkan api dan memasak makanan. Hal ini
telah mengakibatkan banyak tempat tiada pokok lagi. Apabila hujan, air hujan menghakis
tanah dengan kuat dan tertinggal batu yang tidak berguna (kecuali anda ingin mengumpul
batu).
'Walaupun United Nation membiayai untuk projek tanam semula namun bilakah awak
jumpa pokok-pokok bertumbuh dari batu?' tanya Marcel.
Marcel nampak tidak gembira semasa dia bercakap mengenai hal ini. Malahan dia
nampak sedikit marah terhadap United Nation (orang yang mengundi embargo) walaupun
pihak jahat telah meletakkan jawatan mereka pada akhirnya.
(PG70)
'Mengapa keadaan tidak menjadi baik selepas pihak jahat meletakkan jawatan?'
Marcel menjelaskan bahawa penduduk di sini memilih presiden yang baik serta
bertentang dengan pihak jahat sebelum itu. Tetapi semasa orang baik itu menjadi pemerintah,
dia berubah menjadi serupa pihak jahat.
Mereka tiba ke kawasan di atas bukit (kawasan yang lebih cantik dan penuh dengan
pokok-pokok dan kampung-kampung kecil). Hector memerhati bahawa orang yang
dijumpainya di sepanjang jalan nampak lebih gembira. Semasa kereta bergerak berlalu keldai
ataupun pedati secara perlahan, kanak-kanak tidak datang untuk meminta duit.
Mereka berhenti di sebuah bangunan yang berada di sebelah gereja kecil. Bangunan
itu pusat kesihatan dan terdapat banyak wanita Afrika sedang menunggu di luar bangunan.
Mereka duduk bersama dengan bayi mereka di bangku yang diletakkan di kawasan rendang.
Mereka bersenyum terhadap Hector apabila ternampak dia berada bersama dengan
Jean-Michel. Jean-Michel memberitahu Hector bahawa mereka mesti ingatkan Hector ialah
doktor baharu. Anggapan wanita itu betul juga kerana ahli psikiatri doktor benar (kalau
mengabaikan sesetengah orang yang cakap bukan).
Dalam pusat kesihatan, terdapat beberapa orang wanita Afrika dan seorang lelaki
sedang memeriksa bayi. Lelaki itu agak muda dan memakai kot putih. Mereka nampak sangat
gembira apabila melihat Jean-Michel dan Hector datang. Jean-Michel memberitahu bahawa
mereka jururawat tetapi mereka membuat banyak perkara yang doktor di negara Hector
lakukan. Mereka datang ke sini untuk merawat kanak-kanak yang menjangkiti penyakit yang
lebih rumit. Jean-Michel masih perlu pergi tiga pusat kesihatan lagi.
Jean-Michel berterusan bekerja manakala Hector keluar berjalan-jalan. Hector
ternampak Marcel merokok di penaung pokok dan bertanya kepada dia mengapa orang di sini
nampak lebih gembira daripada orang di bandar.
(PG71)
'Di sini, orang boleh hidup dengan sebidang tanah dan beberapa ayam sahaja. Ahli
keluarga berada bersama dan orang saling membantu. Dalam bandar, orang tidak dapat hidup
tanpa duit. Bawah tekanan, keluarga berpecah-belah. Arak dan dadah banyak didapati di sana
dan orang hanya tahu benda yang boleh dibeli mereka dengan ada duit. Godaan di sini tidak
sebanyak di bandar'.
Hector bermonolog dalaman bahawa hal ini telah mengingatkannya tentang
pengajaran yang dicatatnya.
Tetapi dia juga mempelajari perkara baharu:
Pembelajaran kesebelas: Kebahagiaan adalah memiliki rumah dan taman sendiri.
Hector cuba fikir balik semua benda yang dinampaknya dan didengarnya apabila dia
sampai ke sini dan dia menulis:
Pembelajaran kedua belas: Kita sukar menjadi gembira sekiranya hidup di negara
yang diperintah oleh orang jahat.
Hal ini mengingatkannya tentang biarawan Cina, keluarga Ying Li dan Ying Li juga.
(PG72)
HECTOR BELAJAR PEMBELAJARAN LAIN
Pada waktu senjakala, mereka balik ke bandar kerana Jean-Michel memesan bahawa
lebih baik jangan memandu pada waktu malam di negara ini.
Anda mesti ragu tentang mengapa Marcel mengangkat senapang patah tindakan pam
dan bertindak sebagai pengawal peribadi serta siapa ingin mencederakan Jean-Michel yang
merawat bayi di merata-rata tempat.
Hal ini demikian kerana dalam negara ini, kereta merupakan benda yang bernilai
tinggi namun tidak dapat dihidupkan tanpa kunci kereta. Oleh itu, penjenayah menunggu di
tempat yang biasa kereta akan berhenti (bukan di depan lampu isyarat, tetapi jalan raya yang
disekat oleh batu tongkol). Selepas itu, penjenayah mengguna revolver memaksa pemandu
keluar dari kereta lalu mencuri kereta mereka. Apa yang menjadi masalah adalah kadang-
kadang penjenayah akan membunuh orang yang berada di dalam kereta kerana mereka tidak
mahu dilaporkan kepada polis ataupun mereka berasa gelisah, keterlaluan minum rum
(minuman keras) dan mengambil dadah yang berbahaya.
'Kes ini kerap berlaku,' kata Jean-Michel. 'Penjenayah datang dari tempat yang
berlainan kerana polis di sini kurang cekap berbanding dengan polis di negara penjenayah.
Jadi mereka lebih senang melarikan diri.'
'Tu globalisasi,' kata Marcel sambil ketawa.
Oleh sebab polis kurang cekap, jadi orang seperti Eduardo akan datang ke sini untuk
menjalankan 'perniagaan'. Malahan, mereka bekerjasama dengan polis untuk melakukan
'perniagaan' kerana lebih berkesan.
(PG73)
Dalam bar di hotel, Hector tidak terjumpa Eduardo (nasib baik Eduardo tidak ada
sebab Hector merasakan Jean-Michel tidak boleh berada bersama dengan Eduardo)
sebaliknya lelaki yang masih memakai seragam yang berseluar pendek.
Isidore (pelayan bar yang ada kerja sampingan) nampak gembira dapat berjumpa
dengan Hector. Dengan serta-merta, dia menyediakan bir yang amat disukai Hector. Dalam
negara ini, walaupun benda tidak diurus dengan baik namun bir yang baik masih ada
dihasilkan.
Hector bertanya kepada Jean-Michel bahawa sama ada dia berasa gembira. Soalan ini
membuatkan Jean-Michel ketawa. (Hector berasa soalan ini lebih membuatkan lelaki ketawa
tetapi kadang-kadang membuatkan perempuan menangis).
'Saya tak pernah memikir soalan macam tu tapi saya rasa saya adalah gembira. Saya
suka kerja saya sebab saya tahu saya boleh pakar kerja tu. Tambah, saya rasa berguna dalam
kerja tu. Awak pun dah nampak, saya bergaul baik dengan orang sini. Kami satu pasukan.'
Jean-Michel minum sedikit bir lalu menyata, 'Setiap hari saya rasa hidup saya
bermakna.'
Hector bersetuju dengan Jean-Michel kerana profesionnya juga berguna di negaranya.
Kadang-kala, apabila dia tidak dapat membantu orang yang sihat tetapi berasa tidak gembira
tanpa alasan, dia juga memikir sama ada kehidupannya bermakna. Hector berasa tidak
gembira apabila dia berfikir mengenai hal itu.
'Serta saya cinta siapa saya,' Jean-Michel menyata.
(PG74)
Mungkin anda akan berasa hubungan Jean-Michel dengan Marcel adalah luar biasa
sebagai kawan atau sebagai doktor dengan pengawal peribadinya dan anda telah diberitahu
bahawa Jean-Michel tidak banyak berminat terhadap perempuan. Jean-Michel tidak pernah
memberitahu Hector berkenaan dengan hal itu kerana mungkin dia rasa tidak perlu bercakap
begitu banyak kepada seorang kawan yang bekerja ahli psikiatri (atau kawan yang bukan ahli
psikiatri).
Hector mendapati bahawa Jean-Michel memandang dia secara sepintas lalu. Dia
kelihatan sedikit gelisah untuk mendapat tahu pandangan Hector mengenai ucapannya tadi.
Hector menjawab, 'Betul. Saya tak pernah jumpa awak begitu gembira.'
Jean-Michel bersenyum lalu memesan dua gelas bir lagi. Mereka tidak
menyambungkan topik itu lagi (mungkin itu cara komunikasi lelaki).
Selepas itu, Jean-Michel meninggalkan bar dan Hector balik ke biliknya juga untuk
berehat sekejap. Pada malam itu, dia perlu pergi ke rumah Marie-Louise (ahli psikiatri yang
Hector kenal semasa di kapal terbang) kerana diajak olehnya.
Bilik Hector adalah sangat cantik (kalau anda juga suka gaya penghiasan tersebut).
Lantai bilik dihiaskan dengan batu marmar dan perabot yang diletakkan di dalam bilik ialah
perabot yang hanya dapat ditemui di rumah golongan atasan. Tab mandi adalah baharu
dengan paip yang kukuh. Hector berbaring di katil dan pada masa itu telefon berdering.
Clara menelefon Hector selepas dia menerima pesanan yang ditinggalkan Hector pada
waktu pagi (pada masa itu Clara sedang mengadakan mesyuarat).
'Seronok?' Clara bertanya kepada Hector.
Hector berasa tidak selesa kerana dia teringat soalan ini pernah ditanya oleh Édouard
apabila dia berbual dengan Ying Li di dalam bar yang lampunya bersinar lembut.
(PG75)
'Ya, seronok.'
Hector berasa malu kerana dia tidak boleh memberitahu Clara tentang kejadian yang
paling menyeronokkannya. Dia rasa ini kali pertama dia menipu Clara.
'Awak ni khabar baik? Kerja ok?'
'Oh, agak bagus. Tadi mesyuarat agak lancar.'
Clara memberitahu Hector bahawa nama yang dipilihnya bagi pil baharu telah
diterima oleh pengarahnya. Penerimaan itu merupakan sesuatu kejayaan baginya. Hector
mengucapkan tahniah kepada Clara.
Perbualan mereka agak membosankan kerana mereka tiada hal yang penting atau
menarik boleh berkongsi. Mereka agak sopan semasa berbual-bual. Akhirnya mereka
menamatkan perbualan dan saling mencium dalam telefon.
Hector merebah di atas katil dan dia bermula memikir.
Secara tiba-tiba, dia memahami bahawa mengapa dia tidak dapat melupakan Ying Li.
Dia tidak dapat lupakan Ying Li bukan kerana Ying Li sangat cantik kerana Clara
cantik juga (Hector sentiasa ada teman perempuan yang cantik. Mungkin dia tidak berpuas
hati dengan tubuh badannya jadi dia rasa dia perlu mendapatkan teman yang cantik untuk
memperseimbangkan kehodohannya).
Dia ingat akan saat-saat yang dia menjatuh cinta terhadap Ying Li.
Mungkin anda lebih memahami daripada Hector. Namun, boleh dikatakan ahli
psikiatri bukan semestinya lebih pandai mengenai kecintaan.
(PG76)
Waktu Hector menjatuh cinta kepada Ying Li adalah pada saat Ying Li keluar dari
bilik air dan mengetahui bahawa Hector telah tahu semua benda.
Hector menjatuh cinta kepada Ying Li semasa mereka makan malam bersama-sama
dan Hector boleh merasai ketakutannya.
Hector menjatuh cinta kepada Ying Li apabila dia menangis di tangan Hector.
Hector menjatuh cinta kepada Ying Li kerana setiap kali Ying Li terharu berada
bersama dengannya.
Hector menjatuh cinta kepada perasaan Ying Li dan kecintaan Hector terhadap Ying
Li sangat mendalam.
(PG77)
HECTOR TAHU SEBAB KANAK SENYUM
'Makan je kambing dan gulai keledek,' kata Marie-Louise.
Hector betul-betul makan banyak kerana dia berasa makanan itu sangat sedap.
Sekarang, dia memahami bahawa mengapa serigala banyak suka makan kambing-kambing
dalam cerita dongeng Aesop.
Banyak orang duduk di keliling meja. Mereka ialah ibu Marie-Louise (seorang yang
tinggi dan bermuka dukacita), kakak Marie-Louise dan suaminya, adik Marie-Louise, sepupu
dan kawannya (Hector tidak pasti).
Apa yang menarik adalah mereka mempunyai warna kulit yang berlainan. Ibu Marie-
Louise ada kulit yang sama warna dengan kulit Hector selepas Hector dijemu. Kakaknya
berkulit lebih hitam manakala warna kulit adik Marie-Louise sehitam Marcel. Mereka
melayan Hector dengan bagus. Terdapat gambar seorang lelaki yang kacak dan berpakaian
sut bergantung di papan. Dia bapa Marie-Louise. Marie-Louise pernah memberitahu Hector
bahawa bapanya seorang peguam. Banyak tahun yang lalu semasa orang jahat memegang
kuasa (biasanya mereka berkuasa dalam negara ini), bapanya ingin terlibat dalam bidang
politik. Apabila Marie-Louise masih kecil, pada suatu pagi, bapa Marie-Louise mencium dan
mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebelum dia pergi bekerja. Pada malam itu, sebuah
trak meninggalkan bapanya di depan rumah mereka lalu memecut pergi dengan cepat.
Bapanya telah mati dan mereka mendapati bahawa dia pernah dipukul dengan sangat teruk.
Dalam negara itu, politik sentiasa begitu.
(PG78)
Marie-Louise nampak biasa menceritakan kejadian itu. Selepas dia habis bercakap,
Hector berasa rengkungnya macam tersekat.
'Ibu saya sangat sedih. Saya rasa dia masih murung.' kata Marie-Louise.
Marie-Louise adalah benar kerana ibunya duduk berseorangan di hujung meja.
Hector dan Marie-Louise membincang tentang pil dan psikoterapi. Semua kaedah
telah Marie-Louise cuba. Dia juga pernah membawa ibunya pergi ke negara besar (tempat
kerja Marie-Louise yang ada banyak ahli psikiatri) untuk menerima rawatan namun ibunya
masih tidak dapat disembuhi kerana tragedi yang dialami seseorang dalam kehidupan boleh
dibantu tetapi tidak dapat dirawati oleh ahli psikiatri.
Nestor (suami kakak Marie-Louise) seorang yang agak lucu dan suka bergurau
dengan Hector. Dia seorang peniaga. Terdahulunya, Hector risau akan dia melakukan
perniagaan yang sama dengan Eduardo, namun nasib baik dia bukan. Nestor mengimport
kereta dan mengeksport lukisan seniman tempatan (lukisan ialah benda yang baik juga di
negara itu selain daripada bir). Dia juga mempunyai sebuah kilang kasut. Jadi penduduk di
negara Hector boleh pergi joging dengan kasut yang dihasilkan Nestor (Dengan memandang
Nestor, Hector berasa Charles ada di merata-rata tempat). Hector bertanya kepada Nestor
sama ada pembukaan kilang boleh membantu penduduk di negaranya menjadi lebih kaya.
Nestor menyata mereka sedikit sebanyak dapat dibantu tetapi perlu ada seratus orang yang
seperti dia.
'Masalah adalah ekonomi negara ini tidak stabil mengakibatkan peniaga tidak mahu
merisikokan duit mereka untuk membuat pelaburan. Tanpa pelaburan, peluang pekerjaan
tidak dapat diwujudkan. Orang cakap 'globalisasi' tapi kami bukan sebahagian 'globalisasi'
mereka!'
Hector memahami apa yang dimaksudkan Nestor. Kadang-kala, globalisasi adalah
bagus (kalau bertentang dengan sesetengah orang di negaranya yang memikirkan globalisasi
adalah tidak bagus).
(PG79)
Suami Marie-Louise tidak tinggal di sini. Dia lahir di negara ini tetapi bekerja sebagai
jurutera di negara lain yang besar dan ada banyak ahli psikiatri. Ahli psikiatri kurang berguna
kepada negara asalnya sebaliknya wang yang dikirim olehnya lebih dapat membantu. Marie-
Louise masih tinggal di situ kerana dia tidak mahu anaknya ditemani pengawal peribadi
semasa pergi ke sekolah.
Hector bertanya kepada Marie-Louise mengapa kanak-kanak yang dijumpainya di
bandar selalu bersenyum walaupun mereka tinggal di tepi jalan raya dan tidak mempunyai
apa-apa. Mereka tidak ada kasut dan ibu bapa mereka sentiasa tidak menjaga mereka.
Sebaliknya orang dewasa yang lebih memahami situasi kehidupan mereka tidak bersenyum
pulak.
Semua orang memikir soalan itu adalah menarik. Mereka ada banyak jawapan
mengenai soalan itu.
'Sebab mereka tak tahu sangat situasi kehidupan mereka, jadi mereka tak boleh
membuat perbandingan.'
Jawapan itu mengingatkan Hector tentang pelajaran kebahagiaan pertama.
'Sebab anak yang berasa sedih sudah meninggal dunia. Jadi kita hanya dapat jumpa
anak yang masih hidup kerana mereka berasa gembira.'
'Sebab mereka gembira nampak Hector.'
Semua orang ketawa dan Marie-Louise memberitahu Hector bahawa hal ini adalah
benar.
Saudara Marie-Louise menyata, 'Sebab mereka tahu orang akan bermesra terhadap
kanak-kanak yang bersenyum.' Saudara Marie-Louise agak cantik dan Hector perlu berhati-
hati supaya tidak terlalu banyak memandangnya.
Semua orang berasa jawapan itu jawapan yang terbaik. Saudara itu memandang
Hector lalu bersenyum.
(PG80)
Hector memikir sama ada senyuman itu mengisyaratkannya tentang sesuatu. Mungkin
dia berharap Hector dapat melayannya dengan baik. Nasib baik keseluruhan ahli keluarga
Marie-Louise ada di situ, jadi Hector tidak dapat membuat apa-apa jahat.
Soalan ini mengingatkan Hector tentang rakan sekerjanya. Semasa rakan sekerjanya
masih kecil, negara lain telah menduduki negara Hector dan mereka hendak mematikan orang
yang ada nama keluarga yang tidak disukai mereka. Jadi, mangsa-mangsa dihantar ke tempat
yang sangat jauh dengan menaiki kereta api. Tiada orang dapat melihat macam mana mereka
dilayan dengan teruk. Pada masa itu, rakan sekerja Hector merupakan mangsa juga dan dia
berada bersama dengan kanak-kanak lain di dalam kem. Dalam kem, mereka menunggu
untuk kereta api yang menghantar mereka ke maut. Oleh sebab rakan sekerjanya ialah kanak-
kanak yang suka bersenyum dan dia sentiasa membuatkan orang lain ketawa (termasuk orang
yang menjaga kem), jadi sesetengah orang dewasa menyembunyikannya supaya dia tidak
dibawa bersama dengan kanak-kanak lain.
Semua kanak-kanak yang ingin hidup perlu tahu: Orang bermesra kepada kanak-
kanak yang bersenyum walaupun ia bukan sentiasa berkesan.
Hari menjadi semakin gelap dan Hector berasa amat mengantuk kerana makanan yang
dihidangkan tadi terlalu pedas dan dia telah banyak minum. Semua orang telah meninggalkan
dan Marie-Louise mengikut Hector pergi ke trak yang datang menghantarnya balik ke hotel.
Trak itu trak kecil dan beroda empat seperti trak Jean-Michel namun pemandu peribadi trak
itu tidak berpakaian seperti pemandu peribadi di negara Hector. Pemandu itu hanya memakai
baju-T, seluar yang berkaki kembang dan selipar.
(PG81)
Dalam trak juga terdapat seorang pengawal peribadi yang mengangkat revolver yang
sangat besar. Apabila masuk ke dalam trak, Hector boleh menghidu bau arak mereka.
Mungkin mereka ingin mengurangkan perasaan ketakutan apabila memandu di negara ini.
Dia melambai tangan terhadap Marie-Louise dan ahli keluarganya yang berdiri di pintu
depan.
Hector berasa agak gembira. Dia bermonolog dalaman bahawa dia boleh
memberitahu Clara tentang banyak benda yang berlaku di dalam negara ini.
Hector ingin berbual-bual dengan pemandu dan pengawal peribadi kerana dia ingin
mengetahui sama ada mereka berasa gembira. Malangnya dia berasa sangat mengantuk dan
tidak tertahan daripada tidur.
Dia bermimpi tentang Ying Li (Ahli psikiatri tiada beza dengan orang umum).
(PG82)
KEHIDUPAN HECTOR TIDAK AMAN LAGI
Walaupun Hector tidur, namun dia masih menyedar bahawa trak pernah berhenti,
pintu kereta dihempas dan orang menjerit. Oleh sebab dia sedang bermimpikan mendayung
kapal kecil bersama dengan Ying Li untuk balik ke negaranya, jadi dia tidak mahu terjaga
daripada tidur.
Baiklah, itu mengakibatkan masalah besar.
Semasa Hector terjaga daripada tidur, dia mendapati bahawa pemandu dan pengawal
peribadi telah menjadi orang yang berlainan. Walaupun Hector tidak sangat mengambil berat
terhadap mereka tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dia boleh mengesan bahawa muka
mereka telah berubah. Dia cuba memahami hal itu selain daripada sebab trak masih bergerak.
Hotelnya adalah tidak jauh dari rumah Marie-Louise. Hector menganggap bahawa mereka
akan tiba di hotelnya selepas saat membuat suatu mimpi.
Sekiranya Hector sudah terjaga ataupun lebih cerdik (Hector segak namun tidak
begitu pintar), dia dapat mengagak apa telah berlaku sebaliknya bertanya, 'Kita nak pergi
mana?'
Kedua-dua orang Afrika di depan melompat terkejut, kepala mereka hampir mengena
bumbung kereta dan mereka menghentikan kereta dengan cepat. Mereka menoleh ke
belakang dan mata mereka dibuka besar-besar sehingga keputihan mata boleh dinampak.
Salah satu pemandu menjerit, 'Ya-Allah!' manakala pemandu kedua terketar-ketar
mengeluarkan revolver yang besar lalu menunju ke arah Hector.
(PG83)
Mereka berdua memakai pakaian seragam polis. Dengan serta-merta, Hector
memahami apa telah berlaku kerana Marcel pernah memberitahunya.
Kereta susah dihidupkan tanpa kunci kereta. Oleh itu, penjenayah akan
memperhentikan kereta dan mendapatkan kunci kereta daripada pemandu. Dalam negara ini,
sesetengah penjenayah akan menyamarkan dirinya sebagai polis! Biasanya, orang akan
berhenti semasa polis memperhentikan mereka. Kalau tidak berhenti, orang perlu
menanggung risiko disaman atau ditembak. Oleh itu, kebanyakan masa terutama pada waktu
malam, sekatan jalan raya adalah didirikan oleh penjenayah. Pakaian seragam polis tidak
susah didapat kerana penjenayah boleh meminjam jaket ataupun topi keledar daripada adik-
beradik ataupun saudara-mara mereka yang bekerja di pejabat polis (jaket adalah cukup untuk
dipinjam kerana polis di negara ini boleh memakai apa-apa seluar malahan kasut lama.)
Hector memahami semua. Dua orang 'polis' yang duduk di depan mesti
memperhentikan trak mereka dan memanggil atau memaksa pemandu dan pengawal
peribadinya turun dari trak. Selepas itu, mereka meninggalkan situ dengan cepat tanpa
mengesan bahawa Hector tidur di belakang trak.
Hector berasa takut (walaupun bukan sangat takut) memandang senapang yang dituju
ke arahnya. Dia mengetahui bahawa sesetengah penjenayah bersifat sangat kejam dengan
membunuh seseorang kerana ketakutan. Namun Hector masih tidak mempercayai bahawa dia
akan dibunuh sebab dia hidup aman di negara asalnya seperti orang lain yang sebayanya.
(PG84)
Pada masa yang sama, lelaki di tempat duduk pengawal peribadi membuat panggilan
dan cakap dengan cepat dalam telefon. Hector tidak boleh memahami kerana bahasa mereka
sedikit lain. Bahasa itu bahasa tempatan yang diguna semasa negara Hector diperintah.
Daripada nada suaranya, Hector mengetahui bahawa dia sedang bercakap dengan bosnya dan
bos itu ingin berjumpa dengan Hector. Bagi Hector, perkara ini bukan perkara buruk kerana
ibunya selalu memberitahunya bahawa (mungkin ibu anda juga pernah menyatakan begitu)
'Lebih baik bercakap secara langsung kepada raja daripada pembesarnya'. Tetapi Hector
memikirkan sama ada ibunya adalah betul.
Bos itu berdiam diri apabila memandang Hector seperti melihat sebuah kerusi
ataupun bungkusan yang tidak diingini tetapi tidak tahu cara melupuskannya. Dua lelaki yang
tegap itu menjelaskan kepada bos mereka dalam nada suara yang amat tinggi. Anda mungkin
menyedarkan bahawa mereka takut akan bos mereka. Cuba bayangkan sifat bos mereka
sebagai seorang penjenayah. Bos itu mesti bukan jenis orang yang bersifat mesra seperti
kedua-dua kawannya yang duduk di sebelahnya.
Mereka berada di dalam sebuah rumah yang besar. Rumah itu nampak cantik pada
masa dulu tetapi sekarang agak usang. Terdapat beberapa wanita Afrika yang cantik duduk di
bilik sebelah. Mereka sedang menonton televisyen. Nampaknya mereka baru kembali dari
kedai pendandan kerana mereka menghiaskan diri dengan cantik. Pakaian mereka agak ketat
dan mereka memakai anting-anting juga. Dari semasa ke semasa, seorang daripada mereka
akan berjalan menuju ke sini dan berdiri di tepi pintu untuk mendapat tahu apa yang berlaku.
Hector tidak berani memandang ke wanita itu kerana dia mengetahui bahawa sekarang bukan
masa untuk dia bermain-main.
(PG85)
Bos itu juga berpakaian elok. Dia boleh bercakap bahasa Hector tanpa kedengaran
loghat tempatan. Hector mengagak dia penjenayah yang datang dari negara lain seperti yang
diberitahu Marcel, polis di sini adalah tidak cekap.
Salah satu kawan bos menyata, 'Kita ditimpa masalah sekarang kerana dua orang yang
bodoh tu!'
Satu lagi kawan bos memandang ke Hector lalu menggumam, 'Tengok apa?'
Hector memberitahu mereka bahawa dia makan malam dengan keluarga Marie-
Louise. 'Nilah kami orang nak dengar!' salah satu daripada mereka menjerit. Hector juga
memberitahu mereka bahawa dia seorang doktor (dia tidak berani memberitahu mereka
bahawa dia seorang ahli psikiatri kerana dia takut pekerjaannya akan membangkitkan
kemarahan bos itu) dan merupakan kawan kepada Jean-Michel, seorang doktor juga tetapi
bekerja merawat kanak-kanak di pusat kesihatan.
Sebelum Hector habis bercakap, dia dibawa pergi dan dikunci di dalam sebuah bilik
stor dengan banyak pak bir disimpan di dalamnya serta sebiji mentol kecil menyala di atas
siling. Bau tikus mati yang kuat mengakibatkan Hector berasa tidak selesa.
Hector boleh mendengar percakapan penjenayah di belakang pintu yang nipis itu.
(PG86)
Penjenayah itu macam tidak bersetuju antara satu sama lain, kedengaran mereka
sedang bergaduh. Percakapan mereka susah difahami dan kandungan percakapan mereka
lebih kurang seperti yang berikut:
'Berapa duit kita boleh dapat daripada dia?'
'Lupa tu. Dia orang putih. Kita pasti tak dapat terlepas daripada tangkapan polis.'
'Sebab dia orang putih, kita mesti boleh dapat banyak duit.' Orang pertama berkeras.
'Walau apa pun, dia dah nampak muka kita.'
Hector teringat akan bos mereka juga sentiasa menyata begitu.
Hector menjadi tidak gembira kerana dia mula memikirkan kematian.
(PG87)
HECTOR MERENUNG KEMATIAN DIRI
Hector telah lama berfikir tentang kematian dalam kehidupannya. Semasa dia
bersekolah di bidang kedoktoran, dia banyak menjumpai kematian di hospital. Pada masa itu,
dia dengan rakan sekelasnya berusia agak muda dan orang yang menemui ajal biasanya orang
yang berusia tua. Jadi mereka ingat kematian hanya berlaku terhadap orang yang lebih tua
walaupun perkara ini tidak benar. Seperti yang dinyatakan tadi, pemahaman dan perasaan
adalah dua perkara dan orang lebih mementingkan perasaan.
Hector pernah menjumpai orang mati dengan tenang, hampir dengan sukarela. Antara
mereka, ada yang menganggap bahawa kehidupan ialah sesuatu bebanan apabila mereka
diseksa penyakit. Jadi, mereka yang berpenyakit ini berasa lebih lega selepas mengetahui
bahawa diri mereka tidak akan hidup lama lagi manakala bagi orang yang beragama, mereka
tidak akan berasa sedih atas perihal kematian kerana kematian diibaratkan sebagai suatu
perjalanan oleh mereka dan sesetengah mereka berasa kehidupan mereka sudah cukup baik
jadi mereka tidak boleh mengadu lagi sekiranya ditimpa kematian sekarang.
Kebanyakan orang yang berpendapat begitu adalah orang yang berusia tua.
Namun, kadang-kala, terdapat juga orang yang muda sebaya Hector dihantar ke
hospital kerana menjangkiti penyakit kronik. Setiap hari, Hector melihat mereka mengalami
keperitan, menangis, menjadi semakin kurus dan mati pada akhirnya. Walaupun Hector dan
rakan sekelasnya boleh mengambil kesempatan ini untuk mempelajari banyak tentang bidang
perubatan namun mereka ditakutkan juga.
(PG88)
Hector memilih belajar psikiatri adalah kerana kematian jarang ditemui dalam bidang
psikiatri akan tetapi perkara menjadi lain dalam sesetengah bidang (Kami tidak akan
menyebut nama bidang itu di sini untuk tidak merisaukan anda seandainya anda berpeluang
pergi ke pejabat bidang itu pada suatu hari). Hector mengenali pakar-pakar dalam bidang
tertentu. Mereka pernah datang berunding dengan Hector kerana mereka bersusah hati
melihat pesakit mereka mati. Hector perlu mempreskripsikan pil yang agak banyak kepada
mereka begitu juga memberi mereka rawatan psikoterapi.
Hector pernah kehilangan orang kesayangannya kerana mereka telah berusia agak tua
kecuali seorang kawan baik yang sebayanya. Kadang-kadang, Hector akan membayangkan
usia kawan baiknya dan perbualan antara mereka sekiranya kawan baiknya masih hidup.
Sebab inilah Hector tidak sangat takut akan kematian semasa dia dikunci di dalam
bilik stor yang penuh dengan bau tikus mati. Perasaan ketakutan akan dikurangkan kalau
anda banyak memikirkan perkara lain.
Selain itu, Hector berasa hidupnya sudah sangat bagus kerana ibu bapanya baik,
kawan baiknya banyak dan dia jatuh cinta melebihi satu kali. Tambahan pula, profesion yang
dipilihnya profesion kegemarannya dan dia telah melakukan beberapa pelancongan yang
menarik. Dia bersifat pembantu dan tidak pernah ditimpa kemalangan yang dahsyat.
Kehidupannya lebih baik daripada kebanyakan orang yang hidup di tanah ini.
Walaupun demikian, dia belum sempat ada Hector kecil atau Hectorine. Nasib baik
dia belum ada anak kerana mereka mungkin akan kehilangan bapa mereka dan menjadi anak
yatim.
(PG89)
Kematian tidak merisaukan Hector sebaliknya apa yang memeritkannya adalah orang
kesayangannya (sesiapa yang dicintainya dan mencintainya) yang tidak dapat dia bertemu
lagi berasa sedih atas kematiannya.
Hector dapat membayangkan bahawa Clara berasa sangat sedih apabila mendapat
tahu dia meninggal dunia. Dengan serta-merta, banyak ingatan timbul dalam minda Hector:
ketawaan Clara, ketangisan Clara, gambaran Clara bercakap dengannya dan tidur di sisinya.
Hector menyedari bahawa dia banyak mencintai Clara begitu juga Clara dan betapa
perit Clara jadi sekiranya Hector mati.
Hector juga ingat akan Ying Li tetapi perasaannya tidak sekuat pada saat dia ingat
akan Clara kerana ingatan Hector tentang Ying Li adalah kurang. Ying Li semacam masa
depan yang tidak akan wujud dan tidak berpeluang wujud juga.
Dia ingat akan kawan lamanya iaitu Édouard dan Jean-Michel terutama Jean-Michel
yang akan berasa sesal atas kematiannya kerana kedatangannya adalah berkaitan dengan
Jean-Michel.
Kemudian, Hector ingat akan ibu bapanya. Perkara adalah dahsyat sekiranya ibu bapa
hidup lebih panjang daripada anak mereka walaupun perkara sebegini sentiasa berlaku.
Seterusnya, Hector ingat akan ibu Marie-Louise yang hidup tidak normal selepas
suaminya meninggal dunia. Dia memikirkan sama ada Clara atau ibu bapanya juga akan
menjadi begitu selepas kematiannya.
Pada waktu itu, Hector mengeluarkan buku notanya untuk menulis sepatah perkataan
kepada mereka (patah perkataan yang mungkin ingin didengar mereka). Pertama sekali, dia
menulis kepada Clara dan memberitahunya bahawa betapa dalam cintanya terhadap dia. Jadi,
Clara tidak patut terlalu sedih kerana sebahagian besar kebahagiannya adalah disebabkan
oleh Clara.
Selepas itu, dia menulis kepada ibu bapanya dan memberitahu mereka bahawa
walaupun kematiannya menyedihkan namun dia tidak berasa takut apabila mengalami
kematian kerana dia mengetahui bahawa ibu bapanya penganut agama yang ikhlas. Hector
berasa mesej ini boleh melegakan hati ibu bapanya.
(PG90)
Dia memasukkan kertas yang ditulisnya di bawah bajunya. Dia memikirkan sama ada
penjenayah akan ternampak kertas ini. Namun, orang yang menanggalkan bajunya untuk
membuat autopi mesti dapat menjumpai kertas ini. (Hector pernah berjumpa dengan beberapa
orang ahli autopi dan perjumpaan itu mengingatkan dia tentang kematian serta tubuh badan
adalah dibentuk daripada timbunan organ yang lembut dan rapuh). Tentunya penjenayah
boleh menjadikan dia hilang dan tubuh badan tidak dapat dijumpakan lagi, namun Hector
memilih untuk tidak berfikir tentang perkara itu.
Hector menunggu di dalam bilik stor yang mentol menyala di atas syiling. Bilik stor
dipenuhi dengan bau tikus mati dan perasaan ketakutan dirasainya lagi. Untuk mengalihkan
perhatian, Hector mendengar kepada percakapan penjenayah.
Mereka masih bergaduh mengenai perkara yang sama: Optimis menyatakan Hector
dapat membawakan mereka banyak duit manakala pesimis memikirkan Hector akan
membawakan mereka banyak masalah. Realis seperti bos mereka menganggap bahawa lebih
baik mereka melepaskan Hector. Pesimis menyatakan pemandu dan pengawal peribadi yang
dilepaskan mungkin sudah melapor kepada polis bahawa Hector telah diculikan. Askar kecil
mungkin sedang mencari penculik malam itu dan mereka mudah dikesan kerana jarang orang
mendirikan sekatan jalan raya pada hari itu.
Hector berasa dia masih berpeluang untuk terlepas daripada mereka selepas
mendengar percakapan mereka.
Dia mengeluarkan buku notanya lalu berfikir dengan keras.
Selepas itu, dia menulis sesuatu di atas buku itu dan memberi penjenayah buku
notanya menerusi lubang di bawah pintu.
Secara tiba-tiba, penjenayah yang berada di belakang pintu berdiam diri.
(PG91)
Anda mesti memikirkan apa Hector tulis dalam buku nota kecilnya.
Formula magik yang hanya diketahui dan diguna ahli psikiatri semasa mereka
berbahaya?
HECTOR ADALAH PANDAI
(PG92)
Apa yag Hector tulis adalah 'Anda betul-betul bermasalah. Saya rasa kita boleh
membincangkan sedikit tentang masalah itu.'
Pintu dibuka dan salah satu kawan bos menyuruh Hector keluar dengan suara yang
tidak kedengaran mesra. Hector mendapati bahawa tangannya tidak pegang apa-apa senjata.
Hector bermonolog dalaman bahawa nasib baik mereka mengetahui bahawa dia bukan
seorang bodoh dan tidak akan menendang mereka seperti Jackie Chan.'
Bos itu masih berduduk. Tangannya pegang buku nota Hector. Dia menanya Hector
'Apa kau mau cakap?'
Hector menjelaskan bahawa dia pelancong dari negara lain dan dia tidak berkeinginan
apa-apa masalah berlaku. Sekiranya mereka boleh melepaskannya, dia tidak akan melapor
kepada polis.
Bos itu ketawa lalu memberitahu Hector bahawa lebih baik dia sambung duduk di
dalam bilik stor kalau itu saje yang dia mahu beritahu.
Hector menyambungkan perkataan bahawa dia mungkin akan beritahu Eduardo
tentang apa yang terjadi kepada dia.
Mata mereka terbuka sebesar mata penjenayah apabila mendapat tahu bahawa Hector
di belakang kereta.
‘Kau kenal Eduardo?’, bos itu menanya Hector dengan suara yang tenang.
Hector menjawab bahawa dia agak rapat dengan Eduardo selain daripada doktor
kepada isterinya yang mengalami kemurungan kerana dia seorang ahli psikiatri.
(PG93)
Semua orang berdiam diri secara tiba-tiba. Seorang kawan bos yang menyimpan
dompet Hector hampir menjerit-jerit selepas dia melihat ke dalam dompet Hector. 'Ya betul!
Dia spikiatri!'
'Diam, bodoh kau ni!' kata bos.
Hector mendapati bahawa bos itu sedang berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Sekiranya apa yang Hector cakap adalah benar, maka betul-betul dia tidak akan melapor
kepada polis kerana dia tidak akan begitu berminat ingin membantu polis kalau dia
mengenali Eduardo dan isterinya. Namun kalau dia betul-betul kawan kepada Eduardo dan
memberitahunya apa telah berlaku, Eduardo mungkin tidak berasa gembira dan akan
menyusahkannya pada masa depan. Selain itu, hidup mereka akan menjadi sukar kalau polis
atau angkatan yang berpakaian seragam putih itu membuat siasatan mengenai hal ini. Oleh
itu, lebih baik mereka melepaskan Hector dengan secepat mungkin. Jikalau Hector melapor
kepada polis selepas dilepaskan, mereka pun tidak akan disalahkan kerana Hector masih
hidup. Hal ini seperti anda melapor kepada polis dan mengadu bahawa radio kereta anda
dicuri di negara yang kaya seperti negara Hector. Polis tidak akan membazirkan tenaga
mereka untuk melakukan pekerjaan yang mereka rasa tidak berbaloi.
Hector mengharapkan bos ini cukup bijak untuk memikirkan kesemua benda ini dan
membuat keputusan yang betul iaitu melepaskan dia.
Bos itu memandang Hector dan ternampak buku nota di dalam poketnya. Bos itu
menyuruh pengikutnya membawakan dia buku nota itu. Halaman buku nota tertulis:
Pembelajaran pertama: Perbandingan boleh mengurangkan kebahagiaan
Pembelajaran kedua: Kebahagiaan datang tanpa dijangka
Pembelajaran ketiga: Orang fikirkan kebahagiaan adalah pada masa depan sahaja
Pembelajaran keempat: Orang fikirkan kebahagiaan adalah berkuasa atau ada
banyak duit
Pembelajaran kelima: Kadang-kala kebahagiaan adalah tidak mendapat tahu
seluruh kejadian
Pembelajaran keenam: Kebahagiaan adalah berjalan-jalan di gunung yang cantik
dan jarang dilawat
Pembelajaran ketujuh: Pemikiran tentang kebahagiaan ialah suatu matlamat adalah
tidak betul
Pembelajaran kelapan: Kebahagiaan adalah berada bersama dengan orang
kesayangan
Pembelajaran kesembilan: Kebahagiaan adalah mengetahui bahawa ahli keluarga
tidak kekurangan apa-apa
Pembelajaran kesepuluh: Kebahagiaan adalah melakukan kerja yang anda suka
Pembelajaran kesebelas: Kebahagiaan adalah memiliki rumah dan taman sendiri
Pembelajaran kedua belas: Kami sukar menjadi gembira sekiranya hidup di negara
yang diperintah oleh orang jahat
Pembelajaran ketiga belas: Kebahagiaan adalah berasa berguna kepada orang lain
Pembelajaran keempat belas: Kebahagiaan adalah anda dicinta kerana siapa anda
Pemerhatian: Orang bermesra kepada kanak-kanak yang bersenyum (sangat
penting).
Selepas bos itu membaca buku nota, dia memandang Hector lalu menyata, 'Baiklah,
lepaskan dia.'
(PG96)
HECTOR MERAIKAN
Sekali lagi Hector berada di kapal terbang. Di luar jangkaan anda, Hector duduk di
bahagian kapal terbang yang paling mahal. Penumpang di situ boleh berbaring serta ada
televisyen peribadi. Selain itu, pramugari sentiasa bersenyum dan membawakan mereka
banyak champagne.
Kali ini Hector membayar tiket penerbangan sendiri walaupun dia bukan sangat
mampu membiayainya. Hector mengetahui bahawa wanita yang memantau akaun banknya
akan menelefonnya tetapi dia tetap mahu melakukan perkara yang dia suka kerana dia
menyedari bahawa kematian tiba bila-bila masa. Walaupun Hector telah lama mengetahui
tentang perkara itu namun ia berbeza dengan perasan perkara itu.
Selepas terlepas dari bilik stor yang penuh dengan bau tikus mati, Hector menyedari
bahawa hidupnya adalah bagus.
Hector mengetahui bahawa perasaan yang bagus ini tidak akan kekal lama sebab dia
pernah bertemu dengan orang yang hampir mati pada suatu masa ketika. Sebagai contoh,
seorang yang tinggal hidup apabila kebanyakan orang mati dalam peperangan ataupun
seorang yang menunggu penyelamatan di laut selepas botnya ditenggelam air laut.
Mereka memberitahu Hector bahawa mereka juga berasa hidup mereka adalah bagus
selepas diselamatkan. Namun, tidak lama kemudian, mereka mula dikecewakan dengan
masalah kehidupan harian sama ada masalah yang besar ataupun masalah yang kecil (mereka
yang dikecewakan tidak termasuk orang yang berpengalaman dahsyat dan tidak dapat lupa ia
bertahun-tahun.)
(PG97)
Orang yang pernah mendekati kematian itu bimbang akan tax mereka, geram akan
jiran mereka kerana bunyi televisyen jiran mereka yang terlalu kuat.
Oleh itu, Hector bertekad menikmati kehidupannya dengan sedaya-upaya sebelum
perasaan bagus itu hilang.
Semasa Hector kembali ke rumah Marie-Louise, semua orang berasa gembira kerana
pada malam itu Hector hampir mati. Mereka ketawa tetapi pada masa yang sama menangis.
Jean-Michel dan Marcel juga berada di situ.
Marie-Louise tidak melapor kepada polis kerana mereka menyangka bahawa
penjenayah mungkin ingin meminta wang tebusan sahaja. Kalau mereka membuat laporan
kepada polis, keadaan akan menjadi lagi rumit.
Malahan, sesetengah polis mungkin ingin meminta sebahagian wang tebusan kerana
gaji mereka tidak tinggi dalam negara ini. Kejadian itu seolah-olah tidak pernah berlaku
dengan kembali Hector. Hector diizinkan kembali dengan keretanya kerana penjenayah takut
akan Eduardo menjadi marah selepas mendapat tahu tentang kejadian ini. Jadi, Marie-Louise
berasa tidak perlulah mereka melapor kepada polis ataupun angkatan yang memakai seluar
pendek itu. Pada malam itu, parti diadakan dengan besar-besar untuk menyambut pulangan
Hector.
Sewaktu parti dijalankan, Hector ternampak pemandu dan pengawal peribadi duduk
kemalu-maluan di dalam dapur kerana dimarahi oleh Marie-Louise dan Nestor. Mereka
menjelaskan kepada Hector bahawa oleh sebab kereta itu dipecut dengan terlalu cepat, jadi
mereka tidak sempat untuk memberitahu penjenayah bahawa Hector masih berada di dalam
kereta. Walaupun mereka cuba mengelakkan diri daripada kesalahan yang dilakukan mereka
namun tidak dapat dinafikan bahawa kejadian yang terjadi ini adalah disebabkan oleh
ketakutan mereka. Hector cuba menenangkan mereka dengan menyatakan bahawa dia akan
meminta Marie-Louise dan Nestor supaya tidak memarahkan mereka lagi.
(PG98)
Hector berasa gembira kerana dia masih hidup jadi dia berkeinginan semua orang
berasa gembira juga.
Tiada orang pergi tidur walaupun sudah larut malam. Penduduk di kawasan
perumahan Marie-Louise turut datang untuk menyambut bersama-sama. Muzik dimainkan
dan semua orang menari. Walaupun sesetengah lelaki dan wanita berusia setua ibu bapa
Hector, namun mereka masih menari dengan sangat baik. Tambahan pula, orang tidak
mengendahkan sama ada pasangan mereka menari dengan bagus ataupun tidak sekiranya
pasangannya merupakan watak yang penting pada malam itu. Sebagai contoh, saudara Marie-
Louise (pasangan tarian Hector) yang tidak berhenti bersenyum terhadap Hector semasa
mereka menari. Berbagai-bagai minuman dihidangkan dalam parti itu seperti koktel dan bir
yang sama dengan bir di bilik stor Hector menunggu kematiannya.
Hector berhenti memikirkan kematian apabila saudara Marie Louise membawakan dia
ke bilik atas. Mereka masuk ke suatu bilik yang lama tidak diguna. Dalam bilik, terdapat
beberapa perabot lama dan gambar-gambar yang diambil semasa negara masih aman. Hector
teringat akan gambaran yang dia masuk ke dalam bilik datuknya semasa kecil.
Semasa dia tenggelam dalam ingatannya, saudara Marie-Louise membawakan dia ke
tepi katil (ataupun Hector membawakan dia. Kami susah nak tentukan). Mereka melakukan
hubungan intim diiringi dengan muzik yang disiarkan di tingkat bawah.
Selepas itu, Hector berasa sedikit letih manakala saudara Marie-Louise masih sangat
bersemangat dan mereka turun ke bawah untuk menyertai orang yang masih sedang menari.
Hector berasa sedikit malu dan nasib baiknya tiada orang mendapati bahawa dia naik ke atas
tangga dengan saudara Marie-Louise ataupun orang memikirkan perkara itu perkara yang
bagus.
Hector terjumpa Nestor sedang membuka bir. Nestor mengenyit terhadapnya. Oleh
sebab bunyi muzik terlalu kuat, Nestor perlu duduk mendekati Hector dan bercakap
kepadanya dengan suara yang agak tinggi.
'Macam mana kajian awak tentang bahagia?'
'Bagus, bagus,' Hector jawab dengan agak malu.
Nestor ketawa dan sambung perkataan.
'Di sini, orang yang agak bertuah seperti kita juga boleh menjadi tidak gembira
dengan alasan yang bermacam-macam. Jadi, apabila terdapat apa-apa sambutan, kami akan
menikmatinya sedaya-upaya dan kami tidak mempedulikan hari berikutnya sebab kami tidak
tahu apa akan berlaku pada hari keesokan!'
Saudara Marie-Louise bersenyum manis terhadap Hector apabila dia menari dengan
Jean-Michel (Walaupun Jean-Michel tidak sangat berminat terhadap perempuan tetapi dia
suka menari). Pada waktu itu, Hector memahami bahawa apa yang dimaksudkan Nestor.
Sekali lagi Hector mengeluarkan buku nota kecilnya dalam kapal terbang.
Pembelajaran kelima belas: Kebahagiaan datang apabila anda benar-benar berasa
hidup
Pembelajaran ini masih tidak cukup bagus untuk menerangkan kebahagiaan. Hector
memikirkan lagi lalu menulis:
Pembelajaran keenam belas: Kebahagiaan adalah tahu menikmati kehidupan
(PG100)
Dia ingat akan Édouard yang suka sambutan seperti sambutan pada malam pertama di
negara China. (Saya rasa tiada guna untuk memberitahu anda bahawa apa yang Hector mahu
buat seterusmya kerana anda akan cuba teka walaupun bukan ahli psikiatri.)
(PG101)
HECTOR MENDAPAT PENGHORMATAN
Hector berpuas hati minum champagne yang dibawakan oleh pramugari yang baik itu.
Hector tidak berhenti berfikir tentang kebahagiaan kerana dia amat pentingkan kajiannya.
Pertama sekali, mengapa minuman champagne (bir baik atau wain yang disukai
Édouard) menggembirakan hampir semua orang? Di seluruh dunia, orang dewasa minum
untuk menyambut dan minuman berkesan juga kerana ia dapat menggembirakan orang dan
semua orang berasa riang pada masa yang sama.
Malangnya, orang yang terlampau minum membuat kesalahan seperti memandu
dengan tidak berhati-hati mengakibatkan kemalangan jalan raya, bergaduh dan mengadakan
hubungan seks dengan sesesiapa dan menjangkiti penyakit yang tidak diingini pada akhirnya.
Manakala, sesetengah orang telah biasa minum dan memerlukan minuman yang lagi banyak.
(Édouard yang berada di negara China hampir jadi macam itu.)
Hal ini membuatkan Hector berfikir: sekiranya minuman keras boleh
menggembirakan seseorang tetapi pada masa yang sama boleh mempengaruhi otak mereka
(anda hanya perlu memerhatikan sesiapa yang terlampau minum), jadi terdapat sesuatu
bahagian otak yang menjadi gembira dan aktif semasa anda minum. Hector berasa gembira
kerana soalan ini soalan baik untuk ditanya kepada profesor Pembacaan Kebahagiaan.
(PG102)
Pil yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal hanya dapat menstabilkan angin
pesakit semasa mereka berasa sangat sedih dan takut. Namun sekiranya pil yang boleh
menjadikan orang berasa sangat gembira dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal, Hector tidak
pasti bahawa sama ada dia akan mempreskripsikan pil tertentu kepada pesakitnya.
Hector mengeluarkan buku nota kecilnya dan menulis:
Soalan: Adakah kebahagiaan hanya reaksi kimia dalam otak?
Sebagai ganjaran untuk berfikir secara bersungguh-sungguh, Hector menyuruh
pramugari yang datang bersenyuman mengisikan gelasnya. Hector berasa pramugari itu
sangat cantik dan mungkin pemikiran itu adalah pengaruh champagne. Walaubagaimanapun,
kehidupannya telah cukup rumit dengan Clara, Ying Li dan saudara Marie-Louise yang
memberitahu Hector bahawa dia kadang-kadang melancong ke negara Hector untuk bercuti.
Hector berfikir mengapa dia tidak menjatuh cinta kepada saudara Marie-Louise
seperti Ying Li. Sekiranya anda cukup teliti, anda akan tahu bahawa Hector hanya
bergembira dengan saudara Marie-Louise (kami tidak akan sebut namanya kerana anda
mungkin bertemunya di negara Hector). Manakala dia bergembira serta bersedihan dengan
Ying Li begitu juga Clara. Namun sekarang, kadang-kala, Hector dengan Clara terlalu
banyak berkongsi perasaan kemarahan, kebosanan, dan keletihan.
Hector ingin membincang semua ini dengan seseorang, namun tiada orang duduk di
sebelahnya kerana Hector berada di bahagian kapal terbang yang sangat mahal dan
kebanyakan tempat duduk adalah kosong.
(PG103)
Namun walaupun ada orang, Hector perlu bersandar lebih jauh kerana jarak antara
tempat letak tangan adalah besar. Hal ini adalah menarik kerana bagi orang kaya,
kebahagiaan tanpa mengambil kira besar atau kecil hanya boleh dirasai mereka sendiri
semasa mereka berada di kapal terbang.
Manakala bagi orang miskin seperti wanita yang duduk di atas minyak kain,
kebahagiaan adalah disebabkan oleh kawan mereka. Namun di kapal terbang, anda tidak tahu
sama ada orang yang duduk di sebelah adalah kawan atau tidak, jadi lebih baik untuk berhati-
hati.
Sementara itu, seorang pramugari datang dari dek rendah (yang tempat duduk di situ
adalah lebih murah) bercakap dengan pramugari lain. Mereka nampak agak risau. Hector
berfikiran sama ada kapal terbang rosak. Walaupun dia berfikir tentang kematian lagi namun
suasana di sini adalah lebih selesa daripada bilik stor.
Salah satu pramugari meminta untuk doktor. Hector berasa tidak selesa kerana
walaupun dia doktor juga (selaku ahli psikiatri) namun dia tidak biasa merawati penyakit
umum lagi selepas sepanjangan masa mendengar kepada masalah orang lain. Tambahan pula,
Hector berfikir bahawa pramugari meminta untuk doktor adalah disebabkan oleh wanita yang
ada bayi. Hector sentiasa risau akan hal ini semasa dia menaiki kapal terbang atau kereta api.
Semasa dia masih bersekolah, dia tidak akan pergi ke wad yang wanita-wanita di situ ada
bayi. Pembacaannya bagi subjek itu adalah sangat ringkas dan semalaman sebelum
peperiksaan sahaja. Jadi, kebanyakan telah dilupanya. Selain itu, pembacaan adalah berlainan
dengan kenyataan. Walaupun Hector berasa sangat tidak selesa, namun dia masih memberi
isyarat kepada pramugari dan memberitahunya bahawa dia seorang doktor.
(PG104)
Pramugari itu berasa sangat gembira kerana dia tidak mendapatkan doktor (ataupun
tiada orang ingin mengakui dia seorang doktor) di bahagian kapal terbang lain.
Jadi, Hector meninggalkan 'syurga kecilnya' dan mengikut pramugari pergi ke kelas
ekonomi. Semua orang memandang Hector semasa dia berjalan berlalu mereka kerana
mereka tahu dia seorang doktor. Hal ini merisaukan Hector sedikit kerana dia takut akan
mereka menanya pendapatnya tentang perubatan.
Pramugari membawakan dia ke seorang wanita yang nampak tidak selesa.
Hector agak susah nak berkomunikasi dengan wanita itu kerana wanita itu mengalami
sakit kepala yang teruk dan dia tidak berbahasa bahasa Hector. Semasa dia berbahasa
Inggeris, aksennya agak sukar difahami oleh Hector dan pramugari.
Mukanya kelihatan sedikit bengkak seperti orang yang terlalu banyak minum air. Dia
mengeluarkan sekeping kertas lalu memberi kepada Hector. Kertas itu merupakan laporan
perubatan yang lebih mudah difahami oleh seorang doktor. Enam bulan yang lalu, sesuatu
yang semakin berkembang besar di dalam kepala wanita itu telah dipotong secara
pembedahan. Selain itu, Hector mendapati bahawa rambut wanita itu rambut palsu sebab
jangka masa untuk pertumbuhan rambut baharu ialah enam bulan. Hector memahami bahawa
wanita ini diberi perubatan yang mengakibatkan mukanya bengkak dan rambutnya luruh.
Wanita itu memerhati Hector dengan teliti semasa dia sedang membaca laporan
pembedahannya. Wanita itu kelihatan ingin mengetahui sesuatu daripada ekspresi muka
Hector.
(PG105)
Nasib baik Hector telah dilatih untuk menunjukkan muka yang menenangkan pada
setiap masa. Dia berkata kepada wanita itu, 'Jangan risau. Saya ingin menanya beberapa
soalan.'
Hector bertanya seperti doktor yang ingin mendapat tahu tentang keadaan pesakitnya.
Sebagai contoh, bahagian yang paling sakit, jangka masa kesakitan serta sakit secara
berterusan atau sakit secara sekejap-sekejap sahaja. Hector memeriksa mata wanita itu
dengan obor kecil yang dia pinjam daripada pramugari. Dia menyuruh wanita itu memegang
tangan diri begitu juga tangan Hector. Selain itu, Hector melakukan pemeriksaan lain yang
anda akan mempelajari sebagai seorang doktor. Wanita itu nampak lebih senang hati daripada
sebelum ini.
Pertanyaan dan pemeriksaan telah mengalihkan perhatian Hector daripada pemikiran
yang wanita itu mungkin akan mati. Tetapi dia terpaksa fikirkan kematian lagi selepas
pertanyaan dan pemeriksaan habis dijalankan.
Pramugari itu menyerahkan pasport wanita itu kepada Hector. Gambar dalam pasport
merupakan seorang perempuan yang muda, cantik serta mempunyai mata yang sama dengan
mata wanita yang sedang memandangnya. Hector memahami bahawa penyakit telah mencuri
kecantikan wanita itu.
Dia ingat akan pengajaran keempat belas: Kebahagiaan adalah anda dicinta kerana
siapa anda.
Hector bersenyum terhadap wanita itu kerana senyuman mesti sangat diperlunya
sekarang.
(PG106)
HECTOR BELAJAR SEDIKIT SEJARAH DAN GEOGRAFI
Namanya Djamila, wanita yang cantik dan datang dari sebuah negara yang cantik
juga. Orang di negaranya yang lebih tua daripada Hector akan pergi cuti semasa mereka
muda. Mereka menikmati pemandangan di antara gunung-gunung yang besar. Perempuan
yang pergi melancong mungkin membeli fabrik yang cantik untuk membuatkan mereka gaun
dan langsir (Masa itu gaun dan langsir nampak banyak serupa.)
Semenjak itu, peperangan banyak berlaku di negara itu kerana negara jiran yang lebih
besar ingin menghasilkan syurga di bumi pada masa terdahulu. Namun penduduk negara
Djamila tidak bersetuju dengan idea syurga mereka. Jadi mereka bertentang dengan askar-
askar dari negara besar itu untuk beberapa tahun. Peperangan itu seperti kudis bernanah yang
menjadikan negara itu sakit teruk. Keadaan penduduk menjadi semakin teruk. Banyak ibu
menangis dan negara itu membangun seperti negara lemah. Peperangan di negara Djamila
tidak berhenti kerana sesetengah penduduk tempatan juga ingin menghasilkan syurga di
tanah. (Kita perlu berhati-hati terhadap orang yang menyatakan mereka dapat mencipta
syurga di bumi kerana sebenarnya mereka selalu menghasilkan neraka). Negara Djamila yang
cantik itu menjadi lebih lemah daripada terdahulu semasa Hector masih kecil.
(PG107)
Nasib baik sekarang, negara menjadi semakin baik kerana seluruh dunia membantu
menyelesaikan masalah mereka (askar mereka tidak memakai seluar pendek kerana cuaca
terlalu sejuk) dan penduduk di sana berharapan baharu kecuali Djamila.
Djamila mengharapkan penyakitnya dapat diubati dengan memerhati ekspresi muka
Hector semasa dia sedang membaca laporan perubatannya yang ditulis oleh doktor lain.
(Seperti yang anda teka, sebenarnya harapan Djamila untuk menyembuh agak kecil.)
Hector memberitahu Djamila bahawa dia akan menjaga dia sehingga mereka sampai
ke destinasi.
Hector memasangkan salina untuk Djamila dan memberitahu pramugari bahawa
Djamila perlu berbaring agar kesakitannya dapat dikurangkan. Selain itu, Djamila perlu
duduk di sebelahnya supaya dia boleh menjaganya. Jadi pramugari itu meminta pertolongan
daripada seorang pramugara yang sangat baik hati untuk memindahkan Djamila ke tempat
duduk sebelah Hector. Semasa Djamila berdiri, dia sangat tinggi dan kurus.
Djamila bersenyum apabila dia berbaring di tempat duduk yang bermacam-macam
katil dan sangat selesa. Hector bertanya kepada Djamila sama ada dia masih sakit kepala.
Djamila menjawab bahawa dia masih sakit kepala tetapi berasa lebih baik berada di situ. Dia
memuji Hector seorang yang sangat baik hati.
Mereka berterusan berbual-bual. Hector memikirkan perbualan mungkin dapat
membantu Djamila lupa akan kesakitannya. Seperti doktor lain, dia memandang ke mata
Djamila semasa bercakap dengannya.
Mereka dalam perjalanan menuju ke negara yang besar dan jumlah ahli psikiatrinya
adalah lebih tinggi daripada negara lain.
(PG108)
Selain daripada 'negara yang ada ramai ahli psikiatri', lebih baik kita menyatakan
bahawa negara yang mempunyai lebih banyak kolam renang, pemenang hadiah Nobel,
pesawat pengebom yang strategik, pai epal, komputer, taman semula jadi, perpustakaan,
ketua kumpulan penyorak, pembunuh bersiri, surat khabar, rakun dan sebagainya kerana
negara itu negara 'Lebih' dan penduduk di sana yang meninggalkan negara mereka adalah
untuk mengejar benda yang lagi banyak terutama kebebasan.
(Mereka yang berasa tidak bebas ialah penduduk asli. Seperti yang sebut tadi, terdapat
seketika yang orang datang dari negara seperti negara Hector cenderung berfikiran semua
benda adalah dimiliki mereka.)
Djamila mahu menziarahi kakaknya yang berkahwin dengan penduduk negara itu.
Dia akan tinggal di rumah mereka untuk seketika.
Hector memberitahu Djamila bahawa dia akan berjumpa dengan profesor yang pakar
dalam bidang Pembacaan Kebahagiaan. Dengan serta-merta, Hector berasa menyesal kerana
kebahagiaan mungkin bukan sesuatu subjek yang sesuai untuk dibincangkan dengan Djamila.
Djamila bersenyum terhadap Hector. Bagi dia, kebahagiaan adalah diketahui bahawa
negaranya dibangun dengan semakin baik dan adik-beradiknya tidak akan dibunuh kerana
peperangan serta kakaknya boleh berkahwin dengan seseorang yang baik hati dan anak
mereka boleh bersekolah, bercuti, dan menjadi seorang doktor, peguam, renjer rimba, pelukis
atau siapa-siapa yang mereka ingin jadi apabila dewasa.
Hector mendapati bahawa Djamila tidak menyebut tentang kebahagiaan sendiri
kecuali orang kesayangannya.
(PG109)
Djamila memberitahu Hector bahawa kepalanya sakit lagi. Hector meminta untuk
bertemu dengan kapten. (Anda boleh berbuat demikian kalau anda seorang doktor). Sekejap,
kapten datang dengan pakaian seragam yang kemas begitu juga misainya. (Jangan risau,
juruterbang lain sedang memandu kapal terbang di kokpit). Hector menjelaskan keadaan
Djamila kepada dia dan kapten itu bertanya sama ada Djamila akan berasa lebih baik
sekiranya mereka merendahkan ketinggian kapal terbang.
Hector berkata mereka boleh cuba berbuat demikian. Doktor dan juruterbang tahu
bahawa tekanan bertambah apabila sesuatu benda berada di tempat yang tinggi seperti di atas
gunung ataupun di dalam kapal terbang. Oleh itu, kapten meluru pergi untuk merendahkan
ketinggian kapal terbang.
Djamila meminta maaf kerana dia menyusahkan Hector. Hector menyatakan tidak dan
sebaliknya dia suka bercakap dengan kapten dan menyuruhnya merendahkan ketinggian
kapal terbang. Lain kali, dia akan menyuruh juruterbang membuat gelungan supaya kesakitan
Djamila boleh dilegakan. Djamila ketawa dan sekali lagi Hector seolah-olah ternampak
Djamila seperti Djamila yang dalam gambar pasport.
Hector meminta sedikit champagne kerana minuman itu tidak mengakibatkan kesan
buruk terhadap Djamila.
Djamila memberitahu Hector bahawa ini kali pertama dia meminum champagne
kerana minuman ini telah lama tidak dijual di negaranya kecuali vodka yang murah dan
tertinggal oleh askar-askar yang kalah dalam peperangan. Djamila berkata rasa champagne
adalah bagus. Hector bersetuju dengannya.
(PG110)
Hector ingat akan pengajaran lepas: Kebahagiaan adalah mengetahui cara menikmati
kehidupan dan dia inginkan Djamila boleh bermanfaat daripada pengajaran itu juga.
Selepas berbual dengan agak lama, sakit kepala Djamila sembuh sedikit dan dia
tertidur dengan tenang.
Penumpang-penumpang di sekeliling mereka nampak agak khuatir. Mereka
mendapati bahawa kapal terbang telah dipandu dengan lebih rendah apabila melihat ke luar
tingkap. Selepas mendengar penjelasan pramugari dan melihat ke Hector serta Djamila,
mereka berasa lebih tenang hati.
'Djamila mesti sentiasa berfikir tentang kematian'. Hector berfikir begitu semasa dia
duduk di sebelah Djamila yang sedang tidur. Hector juga berfikir tentang kematian (kurang
daripada sejam) semasa dia dikunci di dalam bilik stor. Namun Djamila semacam-macam
dikunci di dalam bilik stor untuk berbulan-bulan. Walaupun demikian, Djamila masih
bersenyum.
Djamila berkata dia berasa gembira kalau negara dan keluarganya menjadi baik.
Dia mengambil buku nota kecilnya dan menulis:
Pembelajaran ketujuh belas: Kebahagiaan adalah mengambil berat tentang
kebahagiaan orang kesayangan anda.
(PG111)
CITA-CITA HECTOR
Juruterbang dengan misai yang kemas itu mendaratkan kapal terbang dengan baik
tanpa langgaran. Semua orang bertepuk tangan kerana mungkin mereka berasa sedikit risau
apabila kapal terbang tidak dipandu dengan tinggi. Jadi pendaratan yang lancar itu
menggembirakan mereka (biasanya mereka tidak sangat mengambil berat tentang
pendaratan.)
‘Suatu perbandingan lagi’, Hector berfikir.
Semasa penumpang-penumpang meninggalkan kapal terbang, mereka memandang
Hector dan Djamila secara sepintas lalu. Hector bersama dengan Djamila dan pramugari
menunggu doktor yang diminta melalui radio datang. Djamila terjaga dari tidur. Nasib baik
dia masih sihat dan dapat menekan tangan Hector sekuat tadi (tentunya tidak sangat kuat
kerana Djamila perempuan dan dia berasa tidak sihat.)
Dua lelaki yang tegap dan berpakaian kot putih datang dengan kerusi roda untuk
membawa Djamila pergi. Mereka tidak mendengar kepada Hector walaupun dia ingin
menjelaskan keadaan Djamila kepada mereka. Terdahulu sekali, mereka bertanya kepada
Djamila adakah dia memberi insuran. Mereka ingin tahu sama ada Djamila mampu
membayar sebelum dia dirawat. Mereka bukan doktor kerana lazimnya doktor tidak akan
keluar dengan panggilan telefon. Mereka menunggu pesakit dibawa kepada mereka. Hector
berasa sedikit marah. Djamila menenangkan Hector dan memberitahunya bahawa dia perlu
menunggu kakaknya di lapangan terbang dan kakaknya telah membawa semua insuran yang
diperlukan. Tambahan pula, suami kakaknya seorang doktor, dia boleh dijaga baik dan
Hector boleh pergi dulu.
(PG112)
Sebelum Hector pergi, mereka saling meninggalkan nombor telefon untuk
menghubungi. Kali terakhir Hector menoleh ke belakang dan melihat Djamila duduk tegak di
kerusi roda di antara dua jururawat. Djamila bersenyum dan melambai terhadap Hector.
Hector sampai ke bandar yang besar dan berada di tepi laut. Cuaca di situ sentiasa
bagus dan pokok-pokok palma ditanam dalam taman. Bandar itu sama besar dengan
sesetengah negara di dunia.
Lebuh raya di bandar itu didapati silang-menyilang apabila memandang dari kapal
terbang. Hector berasa bandar itu seolah-olah spageti yang dicampak oleh seseorang ke atas
permaidani yang sangat luas dan berhias dengan batu permata biru yang bergemerlapan iaitu
kolam renang. Dalam bandar itu ada banyak kolam renang yang bagus.
Hector menggambarkan perjalanannya kepada Agnes yang datang mengambilnya di
lapangan terbang. Sekarang mereka memandu di atas lebuh raya yang Hector melihat dari
kapal terbang. Langit berwarna biru dan udara nampak berkilau-kilauan kerana kepanasan
hawa. Mereka tidak rasa panas dalam kereta kerana Agnes merendahkan suhu penyaman
udara. Berbeza dengan perempuan lain, Agnes tidak berasa sejuk.
Agnes ialah kekasih Hector pada masa dulu. Hector berpisah dengan Agnes kerana
pada masa itu dia agak muda dan tidak tahu menghargai seseorang perempuan yang baik.
Hector berasa dia boleh menemui perempuan yang lagi baik. Sebenarnya, perempuan yang
ditemuinya tidak amat padan dengannya dan agak lewat Hector menyedarkan hal itu.
Sementara itu, Agnes telah pergi ke negara ‘Lebih’ dan berkahwin dengan seorang lelaki di
sana. Mereka mempunyai tiga anak.
(PG113)
Namun Agnes dan Hector masih berkawan kerana mereka saling menyukai.
Semasa Hector memberitahu Agnes tentang Djamila, Agnes terkejut.
'Awak tak sedar awak berisiko didakwa! Orang sini sentiasa mendakwa doktor.
Peguam mereka sentiasa minta doktor bayar ganti rugi yang banyak begitu juga semasa awak
berada di kapal terbang tadi. Nasib baik semua benda baik-baik. Kalau bukan, insuran awak
pun tak cukup untuk bayar ganti rugi!'
Hector menjelaskan bahawa Djamila seorang yang baik hati dan bukan orang yang
akan mendakwa doktor. Sekarang dia memahami bahawa mengapa hanya dia seorang doktor
yang boleh didapati di kapal terbang. Doktor lain mesti risau akan didakwa peguam. Jadi
mereka tidak mengakui dengan memandang ke tepi seolah-olah pelajar yang tidak mahu
dipanggil guru untuk menjawab soalan di papan hitam.
Hector mengenali beberapa peguam dan dia tidak takut akan mereka. Sebaliknya, dia
hanya berasa sedikit bosan mendengar kepada percakapan mereka yang sangat panjang
semasa di parti makan malam. Agnes memberitahu Hector bahawa peguam di sini benar-
benar menggerunkan dan gaji mereka setinggi Édouard. (Agnes juga mengenali Édouard.
Édouard mencintai Agnes semasa mereka muda tetapi Agnes dalam cinta dengan Hector pada
masa itu - kecintaan adalah rumit.)
Rumah Agnes agak cantik dan ada halaman rumput yang besar, pokok palma, dan
sebuah kolam renang yang berbentuk hati. Suami Agnes agak baik dan seperti adik-
beradiknya yang berminat dalam permainan. Namanya Alan dan dia melayan Hector dengan
sangat baik kecuali dia sentiasa mengajak Hector untuk berjoging pada setiap pagi. Akhir-
akhir ini, Alan berjoging 5 kilometer pada setiap hari. Namun, Hector betul-betul tidak mahu
berjoging dengannya kerana masa Alan joging adalah pada pukul 6.30 pagi.
(PG114)
Hector lebih suka tidur memimpi kerana mimpi adalah sangat penting bagi ahli
psikiatri.
Hector mimpi akan Ying Li semasa Alan pergi joging manakala Agnes menyediakan
sarapan untuk anak-anaknya sebelum menghantar mereka ke sekolah. Mimpi Hector adalah
aneh kerana orang yang sakit kepala di kapal terbang ialah Ying Li dan bukan Djamila. Dia
cuba membantu Ying Li dengan menekan tangannya secara kuat-kuat. Selepas itu, Hector
duduk di kerusi roda dan Clara menolak kerusi roda ke lorong bawah. Juruterbang ialah
biarawan Cina yang memakai topi juruterbang namun berpakaian biarawan. Biarawan itu
tidak berhenti memandang Hector dan ketawa akan dia kerana dia bogel. Sekali lagi Hector
duduk di dalam kapal terbang, Hector tidak berani berdiri kerana takut akan penumpang dan
pramugari lain mengesan dia tidak memakai baju. Orang duduk di sebelahnya meletakkan
tangan mereka ke bahunya untuk menenangkannya. Mereka ialah Ying Li, Clara, saudara
Marie-Louise dan Djamila. Mereka mencintai Hector dan bersenyum terhadapnya. Hector
berasa sangat bahagia tetapi pada masa itu dia terjaga dari tidur.
Hector mendapatkan buku notanya dan menulis:
Pembelajaran kelapan belas: Kebahagiaan adalah mencintai banyak perempuan
pada masa yang sama.
Perempuan mesti tidak akan setuju.
Hector memadamkan ayat itu dengan mencontengkan pada ayat itu kerana dia takut
akan Clara ternampak ayat itu pada suatu hari.
(PG115)
HECTOR PERGI KE PANTAI DAN MEMBUAT KIRAAN MATEMATIK
Rumah Agnes dan Alan merupakan salah satu tempat yang paling menarik dalam
bandar ini. Pada suatu pagi, Hector berjalan menuruni jalan raya yang sebelahnya ada pokok
dan rumah kayu cantik namun sesetengah rumah agak buruk. Hector memasuki ke suatu
cerun. Atas cerun ialah lalu lintas yang menderu bunyinya. Di belakang cerun merupakan
sebuah pantai yang besar dan putih. Hector menurun ke laut yang airnya agak sejuk.
Sementara kakinya terbenam di dalam air laut, dia mengangkat kepala dan memandang ke
langit yang besar serta berwarna biru. Hector memikirkan laut ini adalah terbentang ke arah
negara China dan ombak-ombak kecil yang menampar mata kakinya mungkin datang dari
bandar yang dia berjumpa dengan Ying Li.
Jarang orang berada di pantai yang besar itu terutama orang yang kaya seperti Hector,
Agnes atau Alan. Orang yang berada di situ kebanyakan adalah orang miskin dan beranak
banyak ataupun orang hitam yang agak muda. Hector memahami bahawa orang kaya di
negara ini jarang pergi ke pantai kerana mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka
seperti Alan dan Agnes ataupun mereka lebih suka kolam renang atau Jakuzi kerana air di
sana lebih bersih. Mereka tidak sangat berminat bergaul dengan orang miskin. Keadaan ini
boleh dinampak di negara lain.
Sebenarnya, pantai-pantai di bandar utara tinggal orang kaya malahan bintang filem.
Namun, kita tidak berlayak untuk pergi ke pantai itu kecuali sekiranya anda penduduk di
sana. Dalam negara ini, kalau cukup kaya, orang boleh membeli sebuah pantai.
(PG116)
Orang miskin boleh bermain bola tampar, minum arak, dan mengenali perempuan di
pantai ini tanpa perlu membayar. Mereka nampak seronok berada di sini kerana boleh lupa
akan orang yang berada, ada kereta dan rumah cantik serta berkemampuan mengupah
peguam yang sangat mahal.
Hector memakai cermin mata hitam dan menulis:
Pembelajaran kesembilan belas: Matahari dan laut menggembirakan semua orang.
Hector berfikiran 'kalau dia betul-betul menjadi miskin pada suatu hari, dia akan
tinggal di negara miskin yang ibu kotanya berada di tepi laut serta dapat dipancar matahari.
Dengan itu, dia baru dapat berasa kurang miskin.' (Pembelajaran pertama: Perbandingan
boleh mengurangkan kebahagiaan.)
Hector melihat semula senarai pembelajarannya. Dia mendapati bahawa dia sudah
mendekati pengakhiran pembelajaran. Apabila bilangan pembelajarannya semakin
bertambah, dia menyedari bahawa kebanyakan yang dipelajarinya atau menginsprirasikannya
tentang kebahagiaan telah dia catat dalam buku nota. Hal ini menandakan bahawa dia telah
habis mempelajari apa yang patut dipelajari ataupun dia sedang berulang mempelajari benda
yang sama. Oleh itu, Hector berasa dia berlayak untuk menunjukkan senarai pengajarannya
kepada orang lain sekarang (Bos sebelum pernah membaca senarai Hector, namun dia tidak
memberitahu Hector tentang fikirannya pada senarai Hector.)
(PG117)
Pada malam itu, Hector makan malam dengan Alan, Agnes dan anak-anak mereka.
Hector berasa gembira kerana boleh berada bersama dengan keluarga yang lengkap (ada ibu,
bapa dan kanak-kanak). Bagi Hector, rumah Agnes ialah tempat yang paling sempurna untuk
merasai kebahagiaan. Sementara makan malam, kanak-kanak tidak bersabar untuk duduk di
tepi meja. Mereka tidak berhenti bergerak dengan kadang-kadang keluar ke taman untuk
bermain dan selepas itu kembali ke meja untuk makan kek atau menaik ke tingkat atas untuk
menonton televisyen dan bermain permainan komputer.
Sikap mereka menjengkelkan Agnes yang inginkan mereka duduk betul-betul di tepi
meja. Namun kelihatan Alan tidak banyak mementingkan kanak-kanaknya dan sambung
berbual dengan Hector tentang pekerjaannya. Alan bukan sahaja pandai bermain permainan
komputer tetapi juga pandai membuat pengiraan yang sukar. Dia mengira formula yang ada
jawapan dan orang mengguna pengiraannya untuk melakukan kerja komputer ataupun
mentafsir kod genetik. (Kami tidak akan menjelaskan skop kerja Hector kerana penjelasan
agak panjang. Lebih baik anda mencari di kamus sendiri.) Oleh sebab Alan sangat menyukai
matematik, jadi pada masa lapang, dia akan mencipta teka-teki matematik yang sukar
diselesaikan dan menjadikan orang rasa diri dia bodoh.
'Awak patut suruh anak duduk di tepi meja!' kata Agnes.
'Mereka tak nak,' Alan menjawab.
'Sebab mereka tahu awak tak kisah!'
'Saya bukan tak kisah. Saya cuma tak nak memarahi anak semasa saya makan malam
saya.'
'"Makan malam saya", bagus! Baiklah, saya lebih suka awak cakap "makan malam
kita", makan malam keluarga.'
'Mereka kanak-kanak. Mesti mereka berasa bosan duduk di tepi meja begitu juga
saya.'
'Ibu awak tak macam tu. Dia makan betul-betul, duduk bersama dengan anak-
anaknya.'
(PG118)
'Ya, tapi saya tak gembira mendengar rintihan ibu saya pada setiap malam.'
Agnes kelihatan sedih.
'Jadi awak rasa saya bosankan awak juga dengan rintihan?'
'Bukan, tapi benar kerana kita sentiasa berbincang mengenai topik ni.'
'Betul ke? Baiklah, kalau awak dapat kawal anak-anak sikit, kita langsung tak perlu
berbincang mengenai hal ni.'
'Mereka bukan berkelakuan jahat, cuma suka main je.'
'Mereka tak cakap dengan mak dan bapa serta tonton program televisyen yang bodoh
betul!'
'Kita boleh cakap pada masa lain.'
'Bila? Awak sentiasa kerja. Saya seorang je yang menemani mereka banyak masa.'
'Baik, tu maksud mereka ada cakap dengan mak mereka.'
'Mak dan bapa bermaksud kedua-dua ibu dan bapa.'
'Tak mestinya. Bapa saya cabut lari semasa saya kecil.'
'Tengoklah, awak tak tunjukkan teladan untuk jaga anak-anak dengan baik!'
'Saya rasa saya akan tunjukkan teladan cabut lari sebab isteri saya tak henti mengadu!'
Hector berasa tidak selesa kerana mereka mengingatkan dia tentang pergaduhan
antara pesakit lelaki dengan pesakit perempuan di bilik kerjanya. Apa yang lain cuma hanya
mereka ialah kawannya dan tempat berlaku pertengkaran adalah di dapur yang cantik ini.
(PG119)
Dengan serta-merta, mereka mendapati bahawa Hector berasa tidak selesa. Mereka
meminta maaf daripada Hector dan cuba berbual seperti biasa. Hector memberitahu mereka
tentang tujuan perjalanannya dan pembelajaran yang telah dipelajarinya.
Alan menyata mungkin ada cara untuk mengira bahagia.
'Mengira bahagia?' Agnes dan Hector bertanya.
'Ya. Kalau bahagia bergantung kepada berbagai-bagai faktor seperti kesihatan, rakan
sebaya, mempunyai pekerjaan yang disukai dan sebagainya. Kita boleh mengumpul kesemua
elemen ini dan jadikan ia suatu formula. Setiap faktor mempunyai pekali yang berlainan dan
pada akhirnya kita boleh dapatkan suatu hasil iaitu nisbah bahagia ataupun hasil bahagi
bahagia, ya, HBK!'
Hector mengeluarkan buku notanya lalu menunjukkan ia kepada Alan dan Agnes.
(Dia berasa lega hati telah memadam pembelajaran kelapan belas kerana mesti Agnes berasa
benci kalau dia ternampak pembelajaran itu). Mereka bersama-sama memikirkan perkataan
yang sepadan dengan setiap pembelajaran.
Tugas ini adalah mudah bagi sesetengah pembelajaran. Sebagai contoh, perkataan
yang sepadan dengan pembelajaran kelapan: Kebahagiaan adalah berada bersama dengan
orang kesayangan adalah 'cinta atau persahabatan' manakala perkataan yang bertentang
dengan pengajaran tertentu adalah 'kesunyian atau keterasingan' yang berlaku sebagai pekali
negatif (jangan risau kalau anda tidak faham sebab Alan tahu apa mereka). Bagi
pembelajaran keempat: Orang fikirkan kebahagiaan adalah berkuasa atau ada banyak duit,
anda boleh tulis 'kedudukan sosial' atau 'duit'.
Namun pencarian perkataan bagi pembelajaran seperti pembelajaran kelima 'Kadang-
kala, kebahagiaan adalah tidak mengetahui tentang keseluruhan kejadian' ataupun
pembelajaran ketujuh 'Tidak tepat menjadikan kebahagiaan sebagai sesuatu matlamat'
adalah seperti bermain teka-teki matematik Alan di surat khabar kerana susah untuk
mendapat padanannya.
Pada akhirnya mereka menghasilkan sesuatu senarai:
(PG120)
Dicintai, Duit, Berasa berguna
Persahabatan, Kesihatan, Kedudukan Sosial, Pekerjaan yang anda suka
Perayaan, Kebahagiaan orang kesayangan anda, Ketenangan
Pada akhirnya, mereka tidak dapat berfikir tentang perkataan lain. Alan memandang
ke Agnes lalu menyata, 'Berkahwin'. Sementara itu, terdapat air mata dalam mata Agnes.
HECTOR BELAJAR KEHIDUPAN KELUARGA
(PG121)
Pada keesokan hari, Hector bangun tidur agak awal. Jadi, Agnes boleh membawa dia
bersama ke tempat kerjanya. Mereka tidak menggunakan lebuh raya kerana kesesakan lalu
lintas agak teruk pada masa itu. Dengan menggunakan jalan raya lain, Hector dapat
mengenali bandar itu dengan lebih baik. Rumah-rumah di tepi jalan cantik dan bergaya.
Sebagai contoh, rumah pantai kayu jati, chalet Australia, ataupun gelas moden. Sesetengah
rumah yang bergaya Spanish dicat dengan warna putih manakala sesetengah rumah yang
bergaya British dibina dengan batu bata dan bertingkap kecil. Arkitek-arkitek kelihatan
seronok membina rumah dengan pelbagai tema berlainan. Hector mendapati bahawa
sesetengah tempat adalah seperti subbandar kerana di sana ada pasar raya, garaj-garaj, dan
stesen minyak. Tambahan pula, kawasan kejiranan bandar dipenuhi dengan bangunan yang
moden dan orang di sana memakai sut. Terdapat kanak-kanak yang berkulit hitam bermain
bola keranjang di tengah bandar yang ada telaga minyak dan lot kosong.
Semasa berada di dalam kereta, Hector bertanya kepada Agnes sama ada dia berasa
gembira.
'Saya tahu awak mesti tanya saya. Jadi, saya sudah memikirkan soalan tu semalam.
Saya rasa saya gembira. Saya ada kerja yang saya suka, suami yang saya cinta, dan anak-anak
yang sihat dan riang. Apa yang saya harap sekarang adalah benda tak ubah (harap sekarang
agar tiada yang berubah). Saya berasa sedih apabila tahu tiada perkara yang akan kekal
selama-lamanya.'
(PG122)
'Mengapa awak rasa gembira? Adakah awak membuat perbandingan dengan orang
lain?'
'Tak semestinya. Sebab awak tak tahu macam mana orang anggap bahagia. Saya
bandingkan dengan diri sendiri! Sepanjang hidup saya, saya rasa paling gembira sekarang.'
Hector mendapati bahawa membandingkan dengan diri sendiri adalah menarik.
Walaupun perbandingan boleh mengurangkan kebahagiaan (pengajaran pertama) tetapi
perbandingan juga dapat memberitahu kita sama ada kita berasa bahagia ataupun tidak.
Maksud Agnes, dia berasa lebih gembira berbanding masa dia bersama dengan Hector.
Walaupun Hector tahu sebabnya namun dia berasa sedih juga (lelaki sentiasa macam itu).
Agnes menyambungkan kata-katanya 'Tentunya benda tak akan sentiasa baik. Awak
pun dah nampak, kita sering bergaduh tentang anak-anak, tapi saya rasa tu biasa je bagi
pasangan yang ada anak.'
Hector menanya sama ada anak boleh menjadikan seseorang berasa gembira. Agnes
berkata dia berasa gembira dan juga risau. Sebab dia perlu sentiasa fikir tentang mereka
kerana dia mungkin kehilangan mereka pada suatu hari. Fikiran Agnes menakutkan Hector.
Agnes juga risau akan masa hadapan mereka kerana kanak-kanak di negara ini sangat
sedikit. Hector menyatakan kanak-kanak di negaranya juga begitu. Selain daripada membuli
rakan sebaya (yang tidak sekuat mereka), perempuan malahan guru mereka, mereka
menembak orang dengan senjata yang digunakan oleh orang dewasa.
(PG123)
'Sebab tu saya mengadu semalam. Saya tak nak anak-anak membesar dengan
televisyen dan permainan video. Keadaan ini sama juga kepada kanak-kanak di negara yang
miskin. Kami banyak memberi perhatian kepada hal seperti pencemaran udara tetapi bukan
hal yang menyebabkan minda kanak-kanak semakin tercemar.'
Agnes tidak berhenti bercakap kerana topik ini sangat penting baginya. Malahan dia
membuat penyelidikan tentang topik tertentu yang memaparkan filem bahawa seseorang
lelaki sedang memukul patung kepada kanak-kanak. Selepas itu, kanak-kanak ditinggalkan
untuk bermain bersama-sama. Agnes mendapati bahawa kanak-kanak lebih kerap memukul
orang selepas menonton filem tersebut. Agnes menjelaskan bahawa kanak-kanak banyak
belajar daripada teladan mereka. Jadi boleh dikatakan awak menjadi seorang yang baik
sekiranya ibu bapa awak baik juga.
Awak mesti ingat Agnes ahli psikiatri. Tetapi, sebenarnya dia ahli psikologi. Ahli
psikologi mengkaji cara orang berfikir, sebab orang menjadi gila, apa yang mempengaruhi
(ataupun tidak menjejaskan) kelakuan kanak-kanak di sekolah dan faktor kanak-kanak
memukul rakan sebaya mereka. Ahli psikologi tidak sama dengan ahli psikiatri. Mereka tidak
layak untuk mempreskripsikan ubat tetapi mereka membenarkan orang mengambil ujian,
memilih gambar yang betul di dalam kotak, mengira dengan mengguna domino ataupun
memberitahu mereka apa yang berada di fikiran mereka apabila melihat kesan dakwat. Jadi,
selepas itu, ahli psikologi boleh mendapat tahu tentang cara minda berfungsi (Tetapi perlu
menyatakan bahawa mereka tidak tahu semua perkara).
(PG124)
Hector bertanya kepada Agnes sama ada dia berasa gembira kerana bekerja sebagai
penyelidik kanak-kanak. Agnes berkata 'ya' kerana pekerjaannya berguna kepada orang lain
(Pembelajaran ketiga belas, Hector teringat).
Mereka sampai ke universiti yang merupakan tempat kerja dan tempat pertemuan bagi
Agnes dan Alan. Universiti itu bukan universiti lama pada Zaman Pertengahan. Jadi,
bangunan laman dengan menara loceng kecil, tiang-tiang, patung dan halaman rumput
beralun tidak dijumpa di situ. Sebaliknya, universiti itu sangat baharu dan pihak pengurusan
inginkan universiti mereka sebaik univeristi di negara Hector. Jadi mereka meniru pembinaan
universiti lain dengan mencipta gaya pembinaan yang dipanggil 'Zaman Pertengahan Baharu'.
Betul-betul ini gaya negara 'Lebih'.
Pelajar-pelajar berjalan melintasi halaman rumput dan sesetengah perempuan yang
memakai seluar pendek mengingatkan Hector tentang Ying Li. Hector cuba menumpukan
perhatian kerana tujuan dia datang ke sini adalah untuk bekerja.
Profesor yang pakar dalam bidang kebahagiaan ada di sini. Bertahun-tahun profesor
itu menjalankan penyelidikan tentang kebahagiaan. Dia juga memberi ceramah dalam
persidangan. Dia sangat terkenal di antara pakar-pakar yang menyelidik kebahagiaan juga.
Agnes mengenali profesor itu kerana dia pelajar kepadanya pada masa dulu. Profesor itu
bersetuju bertemu dengan Hector selepas Agnes memperkenalkan Hector kepadanya.
Sekarang, Hector dapat menunjukkan profesor itu senarai kebahagiaannya.
Hector berasa agak gementar seperti dipanggil guru menjawab soalan di papan hitam.
Dia rasa pengajarannya agak menarik sewaktu dia membuat catatan. Begitu juga apabila dia
membaca semula sebelum dia bertemu dengan Alan dan Agnes. Tetapi, sekarang dia rasa
pengajarannya pengajaran yang bukan-bukan.
Hector memberitahu Agnes tentang buah fikirannya. Agnes menjawab Hector bahawa
pemikirannya tidak betul kerana pengajaran yang dikumpulnya adalah daripada pengalaman
kehidupannya. Malahan pendapatnya boleh bertanding dengan keputusan dari eksperimen
makmal.
Hector berasa Agnes betul-betul perempuan yang baik dan kadang-kala kami boleh
menjadi sangat bodoh semasa muda.
(PG126)
HECTOR TAHU DIA TIDAK BODOH SEBENAR
Profesor yang terkenal itu seorang yang kenit dan dia ada hidung yang sangat
panjang. Sejambak rambut ditumbuhi di kepalanya seperti bulu burung. Dari semasa ke
semasa, dia memandang Hector lalu menyatakan 'huh?' dalam suara yang kuat seperti dia
mengharapkan Hector boleh menjawab ‘ya, tentunya’. Tetapi profesor itu tidak membenarkan
Hector untuk menjawab begitu dan dia meneruskan kisahnya. ‘Kebahagiaan. Kami fikir
bersungguh-sungguh untuk dapat tahu apa maksudnya. Adakah ia sejenis kegembiraan?
Orang memberitahu kami bahawa ia bukan kerana kegembiraan hanya suatu emosi sementara
yang selalu dapat kami rasakan. Bagaimana dengan keseronokan, huh? Oh ya, tu sangat
mudah, semua orang tahu apa itu tetapi ia juga emosi tak kekal. Tapi, bukankah kebahagiaan
ialah gabungan kegembiraan dan keseronokan, huh? Baiklah, pada akhirnya rakan sekerja
saya bersetuju menggunakan terma ‘kebahagiaan subjektif’. Ugh, betapa bosan frasa ni. Ia
berbunyi seperti cakap peguam: ‘Pelanggan saya ingin membuat dakwaan atas pencerobohan
terhadap kebahagiaan subjektifnya!’ Maksud saya, apa-apa saje, huh?'
Hector mendapati bahawa profesor itu agak istimewa. Dia berjalan mundar-mandir
semasa bercakap seperti dia inginkan ruang yang sangat besar. Profesor itu juga dapat
merasakan kerajinan Hector. Akhirnya, Hector menunjukkan profesor itu senarainya.
(PG127)
‘Oh ya,’ kata profesor sambil memakai cermin mata kecilnya, ‘Agnes memberitahu
saya tentang kajian awak. Dia perempuan yang baik, huh? Saya ada banyak pelajar. Tapi dia
betul-betul cerdik dan menawan.’ Semasa profesor itu sedang membaca senarainya (Hector
telah menyalin semula di kertas kosong), Hector berfikir sama ada profesor merasakan dia
bukan sahaja tidak pandai tetapi juga sangat naif. Dia berasa sangat gementar. Pada masa
yang sama, dia berfikir bahawa dia tidak patut berasa gentar akan profesor yang suka berkata
'huh' kerana dia pernah mengalami kejadian yang lagi dahsyat iaitu hampir mati.
Pengajarannya adalah berikut (supaya awak tidak terlupa):
Pembelajaran pertama: Perbandingan boleh mengurangkan kebahagiaan
Pembelajaran kedua: Kebahagiaan datang tanpa dijangka
Pembelajaran ketiga: Orang fikirkan kebahagiaan adalah pada masa depan sahaja
Pembelajaran keempat: Orang fikirkan kebahagiaan adalah berkuasa atau ada
banyak duit
Pembelajaran kelima: Kadang-kala kebahagiaan adalah tidak mendapat tahu seluruh
kejadian
Pembelajaran keenam: Kebahagiaan adalah berjalan-jalan di gunung yang cantik
dan jarang dilawati
(PG128)
Pembelajaran ketujuh: Pemikiran tentang kebahagiaan ialah suatu matlamat adalah
tidak betul
Pembelajaran kelapan: Kebahagiaan adalah berada bersama dengan orang
kesayangan
Pembelajaran kesembilan: Kebahagiaan adalah mengetahui bahawa ahli keluarga
tidak kekurangan apa-apa
Pembelajaran kesepuluh: Kebahagiaan adalah melakukan kerja yang anda suka
Pembelajaran kesebelas: Kebahagiaan adalah memiliki rumah dan taman sendiri
Pembelajaran kedua belas: Kami sukar menjadi gembira sekiranya hidup di negara
yang diperintah oleh orang jahat
Pembelajaran ketiga belas: Kebahagiaan adalah berasa berguna kepada orang lain
Pembelajaran keempat belas: Kebahagiaan adalah anda dicinta kerana siapa anda
Permerhatian: Orang yang mesra kepada kanak-kanak dengan senyuman(sangat
penting)
Pembelajaran kelima belas: Kebahagiaan datang semasa anda betul-betul merasai
hidup
(PG129)
Pembelajaran keenam belas: Kebahagiaan adalah tahu menikmati kehidupan
Pembelajaran ketujuh belas: Kebahagiaan adalah mengambil berat tentang
kebahagiaan orang kesayangan
Pembelajaran kesembilan belas: Matahari dan laut menggembirakan semua orang
Profesor itu tertawa kecil semasa dia membaca senarai kebahagiaan Hector. Hector
berasa tidak lega walaupun dia cuba menenangkan diri dengan berfikir secara positif.
Akhirnya dia mendapat satu kesimpulan: 'Kebahagiaan adalah jangan terlalu mengambil berat
terhadap pandangan orang pada kami sendiri'. Pembelajaran ini adalah sesuai untuk
menggantikan pembelajaran kelapan belas yang telah dipadamnya.
Pada akhirnya, profesor itu memandang Hector selepas melihat senarainya.
'Bagus, awak dapat fikirkan kebanyakan mereka!'
'Kebanyakan apa?'
'Penentu kebahagiaan yang kita sedang kaji. Senarai awak berguna juga.'
'Anda maksud semua pengajaran saya diterima?'
'Ya, kebanyakan mereka. Saya boleh mendapat dua puluh atau lebih daripada dua
puluh hasil pengajian bagi setiap pengajaran awak seperti (dia melihat senarai) kebahagiaan
bergantung kepada perbandingan iaitu pengajaran pertama dalam senarai awak. Dengar, saya
hendak tanya awak tiga soalan. Pertama sekali, saya mahu awak fikirkan hidup awak
sekarang dengan hidup yang awak impikan, apa perbezaannya?'
Hector berfikir tentang itu dan dia menjawab bahawa dia agak berpuas hati dengan
kehidupan sekarang dan dia berharap boleh mengekalkan cara hidup begitu.
(PG130)
Walaupun dia ingin jumpa Ying Li lagi tetapi pada masa yang sama dia mencintai
Clara juga, namun apa yang dikatanya kepada profesor adalah
'Saya inginkan hubungan cinta yang stabil.'
Selepas itu, profesor menyuruh Hector berfikir tentang kehidupan saat ini dengan saat
yang dia rasa terbaik.
Hector berkata meskipun dia berasa agak gembira semasa zaman kanak-kanak tetapi
dia rasa kehidupan sekarang adalah lebih menarik. Hector teringat Agnes juga memberitahu
bahawa dia berasa lebih gembira sekarang. Namun Charles adalah tidak sama kerana dia
lebih menyukai kelas pertama berbanding dengan kelas perniagaan sewaktu menaiki kapal
terbang.
'Soalan ketiga, perbezaan ketiga,' kata profesor. 'Fikirkan apa yang awak ada dengan
apa yang orang lain ada.'
Hector berasa soalan ini sangat menarik kerana di negaranya, walaupun orang miskin
lebih kaya daripada kebanyakan orang di negara lain, tetapi mereka tidak berasa lebih
bahagia. Hal ini demikian kerana setiap hari mereka ternampak orang yang lebih kaya
daripada mereka menikmati banyak benda yang baik dan tidak mampu dimiliki mereka.
Tambahan pula, iklan-iklan yang dipaparkan syarikat sentiasa mengingatkan mereka tentang
kemiskinan mereka. Selain itu, mereka rasa tidak patut sekiranya barang kepunyaan mereka
kurang daripada orang lain. Hal ini demikian kerana mereka rasa macam berada di kelas
bawahan dan perkara ini sangat menyedihkan mereka. Sebab inilah orang miskin di negara
'Lebih' (begitu juga orang yang berfikir sebegitu di negara lain) menyukai pantai kerana
semua orang adalah hampir sama di pantai. Sebaliknya, orang kaya suka menunjuk-nunjuk
bahawa mereka adalah lebih kaya dengan membeli kereta yang sangat mahal tetapi jarang
dipandu.
(PG131)
Sekarang, Hector tidak sangat suka membandingkan diri dengan orang. Semasa di
sekolah menengah, dia membandingkan diri dengan seorang lelaki yang pandai dalam sukan
dan mendapat sambutan gadis-gadis dan perbandingan ini kadang-kala menyedihkannya.
Namun sejak dia menjadi ahli psikiatri, dia mendapati bahawa perhatian daripada perempuan
ataupun pandai dalam sukan menjadi tidak begitu penting. Walaupun dia mengenali orang
yang lebih kaya dan terkenal daripadanya tetapi dia mengetahui bahawa mereka tidak lebih
gembira daripadanya. (Hal ini demikian kerana sesetengah mereka datang berjumpa
dengannya dan mengadu tentang kehidupan mereka. Malahan mereka pernah cuba
membunuh diri!). Jadi, Hector tidak begitu mementingkan perbandingan. Manakala Edouard
(sebagai contoh) selalu membandingkan dirinya dengan orang yang lebih berada tetapi dia
rasa keadaan ini adalah biasa dalam bidang perniagaan kerana mereka mahu memajukan diri.
'Baiklah, Saya rasa awak mesti agak gembira, huh? Bahagia boleh ditentukan
daripada jawapan ketiga-tiga soalan itu (apa yang kita ada dengan apa yang kita mahu, apa
yang kita ada sekarang dengan benda terbaik yang kita ada dahulu, serta apa yang kita ada
dengan apa yang orang lain ada). Perbezaan antara ketiga-tiga jawapan yang awak bagi
adalah amat kecil. Semakin kecil bezanya, semakin dekat kami ke bahagia', kata profesor.
'Tapi macam mana nak pastikan kebahagiaan itu?'
'Ah, ah! soalan yang bagus,' kata profesor.
Dia mula mundar-mandir memikirkannya. Rambutnya berjumbai-jumbai dan Hector
teringat Agnes pernah memberitahunya bahawa profesor itu pakar dalam menentukan
kebahagiaan.
(PG132)
Hector berasa sangat gembira. Sekiranya pada akhirnya dia dapat mempelajari
menentukan kebahagiaan, maka boleh dikatakan perjalanan hidupnyanya agak berjaya!
(PG133)
HECTOR BELAJAR CARA TENTU BAHAGIA
'Cuba bayangkan bahawa saya makhluk dari Marikh dan saya ingin mengenali
manusia. Bagaimana awak nak terangkan pada saya bahawa awak bahagia?' kata profesor.
'Soalan itu cukup aneh ditanya oleh makhluk dari Marikh', Hector berfikiran.
Nampaknya profesor itu tenggelam dalam imaginasi bahawa dia menaiki mesin waktu datang
ke Bumi dari Marikh kecuali hidung dan jambak rambutnya yang serupa makhluk bumi.
Namun Hector mengetahui bahawa sarjana ada buah fikiran sendiri terhadap sesuatu yang
menginspirasikannya. Oleh itu, Hector cuba menjawab seperti dia sedang menjelaskan
kepada makhluk dari Marikh apa perasaan bahagia.
'Baiklah, saya boleh kata saya adalah seorang yang bagus, gembira, girang,
optimistik, dan positif. Pertama sekali, awak perlu memahami perkataan-perkataan tertentu
supaya saya dapat terangkan apa perasaan bagi setiap perkataan itu. Semua emosi seperti
warna dan susah diterangkan.'
'Betulnya!'
'Mungkin saya boleh terang dengan lebih mudah bahawa saya gembira dengan hidup
saya kerana saya berpuas hati dengan kerja, kesihatan, kawan dan kekasih saya.'
'Bagus! Bagus! Apa lagi?'
Hector tidak dapat berfikir lagi.
'Pernahkah awak melihat anak kuda di padang pada musim bunga?' tanya profesor
secara tiba-tiba.
(PG134)
Sudah tentu Hector pernah. Gambaran itu mengingatkannya tentang Ying Li yang
menyanyi dalam bilik mandi dan berdiri tersenyum di depannya.
'Ya, Saya ternampak satu akhir-akhir ini,' kata Hector.
'Macam mana awak nak tahu anak kuda itu gembira, huh? Sekarang awak makhluk
dari Marikh yang ada hubungan dengan anak kuda itu,' kata profesor.
Soalan yang aneh lagi. Hector cuba biasakan diri dengan cara profesor berfikir.
'Ya, saya tahu anak kuda tu gembira semasa dia meringkik, meloncat-loncat, dan
berlari...... Saya mungkin tersenyum, menyanyi, ketawa, melompat dengan gembira, berputar
di depan makhluk dari Marikh itu dan menjelaskan bahawa manusia akan menjadi begitu
apabila kami berasa gembira. Sekurang-kurangnya angin kami baik.'
'Betul tu, awak dah tahu tiga cara utama untuk tentukan kebahagiaan,' kata profesor.
Profesor itu menjelaskan secara lanjut bahawa dengan bertanya kepada orang bahawa
berapa kali mereka mempunyai angin yang baik, girang dan gembira dalam sehari atau
seminggu, kami boleh menentukan bahawa sama ada dia berasa bahagia. Ini kaedah pertama.
Kaedah kedua adalah bertanya kepada mereka sama ada mereka berasa gembira dalam
linkungan yang berbeza di kehidupan. Kaedah ketiga adalah memfilemkan ekspresi muka
orang dan menentukan kebahagiaan mereka dengan cara yang rumit. (Anda dapat
memfilemkan satu dozen senyuman yang berlainan seperti senyuman apabila orang betul-
betul berasa gembira dan senyuman yang ditunjuk untuk membuktikan bahawa dia tidak
berasa marah.)
'Ketiga-tiga kaedah ni boleh diguna untuk menentukan kebahagiaan. Kalau kami
mengkaji sekumpulan orang dan mengelaskan mereka menurut markah yang diperoleh
mereka, markah mereka adalah sama tinggi atau sama rendah tanpa mengambil kira kaedah
pertama, kedua atau ketiga kami guna.'
(PG135)
Profesor nampak seperti mahu membuat putaran kerana terlalu gembira. Hector
teringat Agnes memberitahunya bahawa profesor itu menghabiskan kebanyakan masanya
untuk membuktikan bahawa ketiga-tiga kaedah ini adalah lengkap ataupun tidak.
Hector teringat pengajaran kesepuluh: Kebahagiaan adalah melakukan kerja yang
anda suka dan pengajaran ketiga belas: Kebahagiaan adalah berasa berguna kepada orang
lain. Apabila dia ternampak profesor itu kelihatan sangat gembira, Hector bertanya
kepadanya, 'Apa awak buat dengan hasil kajian?'
'Kami menggunakannya untuk memohon bantuan kewangan. Jadi, saya dapat
melakukan pengajian yang baharu!'
Profesor itu memberitahu bahawa dia mahu mengetahui sama ada kebahagiaan
bergantung kepada kehidupan yang baik ataupun perwatakan seseorang. Sebagai contoh,
seorang dilahirkan dengan perwatakan optimistik, jadi dia berasa lebih gembira. Sebab itulah
dia mengkaji sekumpulan perempuan yang muda untuk bertahun-tahun (sekarang perempuan
muda itu sudah membesar menjadi wanita) dengan meminta mereka mengisi banyak borang
soal selidik pada setiap tahun. Soal selidik adalah tentang tahap kegembiraan mereka dan apa
yang dilakukan mereka pada hari tersebut. Profesor juga mengkaji gambar mereka sejak
mereka berumur dua puluh tahun.
'Awak tau tak, keikhlasan berhubungkait dengan kegembiraan kita semasa kita muda
dan apabila kita menjadi tua, kebahagiaan kita banyak bergantung kepada keikhlasan,' kata
profesor.
Hector ingin melihat gambar-gambar perempuan yang muda tetapi profesor mula
menjelaskan pengajian lain. Dalam pengajian, mereka mengkaji proses pembesaran anak
kembar untuk mendapat tahu bahawa adakah mereka gembira walaupun hidup berpisah
selepas itu. Pengajian itu memerlukan banyak pengiraan yang disukai Alan.
(PG136)
Profesor itu mula mengira di papan hitam walaupun Hector menyatakan tidak perlu
tetapi dia masih berkeras.
'Ya, ya, awak akan nampak, awak akan faham, huh?' Hector berasa profesor itu
seperti pemain ski yang membawa awak naik ke cerun yang curam dan seterusnya awak
diberitahu bahawa akan berasa sangat berseronok.
Hector berasa sedikit penat, jadi dia bertanya, 'Adakah sesiapa membuat pengiraan
bagi pengajaran dalam senarai saya?'
Profesor itu menoleh ke belakang dan nampak marah. 'Ya, ya, saya nak tunjuk awak
sekarang.'
Dia memandang Hector dan memberitahunya bahawa hasil pengajian dan
pengiraannya menunjukkan bahawa peluang untuk menjadi gembira akan bertambah kalau
anda tidak membandingkan diri dengan orang lain kerana tahu akan kehendak sendiri, tiada
masalah kewangan dan kesihatan, ada kawan, ada ahli keluarga yang rapat, ada pekerjaan
yang disukai, beragama dan mengamalkan agama, berasa berguna bagi orang lain, pergi
melancong dari semasa ke semasa, negara diperintah oleh sekumpulan orang yang tidak
terlalu jahat, dan dibantu semasa menghadapi masalah.
Hector berasa gembira kerana menurut analisis profesor, dia ada peluang untuk
menjadi gembira. Walaupun dia tidak ada ahli keluarga yang berhubungan rapat atau banyak
mengamalkan agama dalam kehidupannya (kurang daripada penganut agama lain).
Hector mengenali banyak orang yang telah berkahwin tetapi mereka sentiasa
bergaduh dengan teman mereka dan kehidupan mereka agak bosan. Di kalangan pesakit
Hector, terdapat juga mereka yang banyak mengamalkan agama dalam kehidupan mereka,
namun mereka tidak berasa gembira kerana mereka selalu berfikir bahawa diri mereka jahat
walaupun mereka sudah sangat baik. Dia memberitahu hal ini kepada profesor.
(PG137)
'Saya tak boleh bantu apa-apa! Ini dapatan kajian kami. Orang yang berkahwin adalah
lebih bahagia daripada bujang dan mereka tidak banyak mempunyai masalah kesihatan. Bagi
orang yang ada kepercayaan dan mengamalkan kepercayaan dalam kehidupan harian mereka,
mereka lebih gembira daripada orang lain. Tentunya hal ini adalah betul bagi kebanyakan
orang tetapi mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang juga. Tengok kajian yang telah
dilakukan pun taulah!' kata profesor itu.
Profesor itu mengarahkan jari ke sebuah almari yang besar dan ada himpunan kertas
yang merupakan artikel yang ditulis oleh pakar seperti profesor ataupun Agnes.
Hector berasa bangga boleh mendapat tahu penentu kebahagiaan dengan
pengalamannya sahaja manakala profesor dan Agnes perlu melakukan banyak kajian yang
rumit. Kajian mereka seperti sains. Dalam bidang sains, fikiran adalah tidak cukup sebaliknya
kita perlu membuktikan kebetulan sesuatu. Tanpa bukti, orang boleh berfikir dan bercakap
sewenang-wenang. Malahan kalau orang itu orang terkenal, semua orang akan mempercayai
mereka (Hector teringat sebilangan orang yang terkenal dalam bidang psikiatri tidak suka
menyusahkan pemikiran begitu juga percakapan mereka. Akhirnya, mereka banyak cakap
benda yang bukan-bukan.)
'Baiklah, sekarang saya ingin tunjukkan awak sesuatu yang betul-betul menarik,' kata
profesor.
Dia membawa Hector ke tingkat bawah tanah. Mereka masuk ke dalam bilik yang
berjubin. Di tengah bilik terdapat sebuah mesin yang besar dan nampak rumit beroperasi.
Sebuah kerusi tangan disangkut pada mesin yang berdengung itu. Hector berfikir sama ada
mesin itu mesin ruang-masa dan profesor mahu membawa dia melancong ke Marikh.
(PG138)
HECTOR TIDAK PERGI KE MARIKH
Terdapat seorang wanita memakai kot putih berdiri di tepi mesin. Dia nampak seperti
guru dengan cermin matanya. Anda akan rasa dia agak cantik jika melihat dia dengan dekat.
'Sayang, Rosalyn!' kata profesor.
'Sayang saya, John...' wanita itu membalas dengan senyuman.
'Saya membawakan awak satu benda yang sempurna untuk eksperimen iaitu ahli
psikiatri!' profesor itu berkata lalu memperkenalkan Hector kepada Rosalyn.
'Eksperimen?' tanya Hector.
'Ya, tapi jangan risau, eksperimen tu tak bahaya langsung. Ikut je, kajian Rosalyn
belum berjaya, saya rasa mungkin lama lagi!'
Hector diminta duduk di dalam kerusi tangan yang mesin berdengung berada di atas
kepalanya. Dia ternampak Rosalyn dan profesor berdiri di belakang sebuah panel kawalan
yang nampak serumit mesin tadi.
'Sekarang, awak perlu membayangkan tiga situasi. Pertama, situasi yang
menggembirakan; Kedua, situasi yang menyedihkan, dan akhir sekali situasi yang banyak
menakutkan. Saya rasa lebih mudah kalau situasi tertentu adalah dalam ingatan awak.
Apabila sudah bermula, saya akan beritahu. Sekarang, mana satu yang awak mula
bayangkan?'
(PG139)
Hector lebih suka bermula dari situasi yang teruk. Dia membayangkan duduk di
dalam bilik stor yang berbau tikus mati berseorangan. Dia berfikir tentang orang yang
dicintainya tetapi tidak dapat dijumpai lagi dan mereka berasa sangat sedih. Gambaran
Hector adalah sangat jelas dan Hector merasakan air matanya (Walaupun dia tidak menangis
dalam situasi benar).
'Bagus, sekarang bayangkan situasi kedua,' kata profesor.
Kali ini, Hector membayangkan dia sedang melihat Clara tidur. Oleh sebab Clara
bekerja keras pada hari bekerja, jadi dia akan bangun lambat pada hari Ahad. Hector bangun
dengan lebih awal daripada Clara dan dia suka melihat dia tidur. Hector suka membuat begitu
dan sementara itu dia berasa dia tidak akan berpisah dengan Clara walau apa pun berlaku.
(Anda mesti berasa hairan mengapa Hector tidak fikir akan Ying Li. Baiklah, kerana dia tidak
berasa lebih gembira apabila fikir akan Ying Li yang berada jauh di negara China.)
'Bagus, sekarang bayangkan situasi ketiga,' kata profesor.
Hector membayangkan dirinya berada di dalam kapal terbang yang lama dan
mengeluarkan bunyi berdegung dan deruan. Tambahan pula, itik dan ayam membuat bising
di kapal terbang.
'Baiklah, dah habis eksperimen ni,' kata Rosalyn.
Hector memanjat keluar dari kerusi tangan dan dia berjaga-jaga supaya tidak
mengetuk kepalanya. Profesor berkata kepada dia, 'Pertama sekali, awak fikirkan situasi yang
menyedihkan, selepas itu situasi yang menggembirakan dan akhir sekali situasi yang
menakutkan.'
Walaupun Hector tahu bahawa profesor itu dapat teka betul (dia pernah mendengar
tentang mesin itu) tetapi dia masih terperanjat.
Profesor itu membawa Hector pergi ke panel kawalan yang kelihatan rumit dioperasi
dan pada masa itu Rosalyn memutar beberapa tombol. Dengan serta-merta, sesuatu gambaran
muncul di monitor yang berwarna.
(PG140)
'Tengok, tengok!' kata profesor.
Pewarna itu sangat rumit kerana dibentuk daripada banyak warna yang berlainan dari
warna gelap kepada warna jingga terang. Sebenarnya, pewarna itu merupakan gambar otak
Hector seperti seseorang meletakkan sehiris bawang yang sangat nipis di gelas.
'Ini merupakan peta tentang konsumsi oksigen dalam otak. Bahagian biru tidak
banyak mengguna oksigen manakala bahagian jingga adalah sangat aktif.'
Selepas Rosalyn menekan butang lain, tiga imej otak yang lebih kecil muncul dalam
barisan. Imej itu jelas menunjukkan bahawa setiap bahagian otak Hector adalah aktif.
'Kesedihan, kegembiraan dan ketakutan,' kata profesor lalu menunjukkan setiap imej
kepada Hector. 'Hebat sungguh, kan?'
'Kebahagiaan adalah dalam bahagian ini, di sebelah otak kanan.' titik kecil yang
berwarna jingga dan bernyala di atas skrin ditunjukkan Hector.
'Sebab awak lelaki, bagi perempuan, bahagian ini di kedua-dua otak kiri dan otak
kanan lebih berbaur. Begitu juga apabila mereka berasa sedih,' kata Rosalyn.
Dia menjelaskan kepada Hector bahawa sejak mereka bermula mengguna mesin ini,
mereka mengesan bahawa otak lelaki dan otak perempuan tidak berfungsi dalam cara yang
sama walaupun mereka melakukan aktiviti sama seperti membaca dan mengira. Ramai orang
juga berfikir begitu. Seperti yang disebut tadi, sains adalah untuk mengesahkan sesuatu.
'Cuba bayangkan kalau kita boleh menghasilkan dadah yang mengaktifkan bahagian
tersebut,' Hector kata, 'Kami akan berasa gembira selama-lamanya.'
(PG141)
'Kami dah ada! Rosalyn, boleh awak tunjukkan dia imej otak orang Jepun?'
Sebentar, tiga imej otak orang Jepun muncul.
'Sekarang, tengok betul-betul,' kata profesor.
Kali ini, semua otak adalah berwarna jingga terang di bahagian kebahagiaan. Orang
Jepun mesti berasa sangat gembira pada waktu itu.
'Apa dadah tu?' Hector tanya.
Dia ingin mencuba sedikit malahan membawa sedikit balik untuk Clara.
'Tu minuman sake, gambar ini diambil selepas beberapa minit mereka minum segelas
sake,' kata Rosalyn.
Baiklah, eksperimen ini telah menjelaskan bahawa sebab semua orang berasa bagus
semasa mereka minum sake, bir, champagne atau wain yang Édouard suka.
'Tapi tengok lagi satu gambar, ni diambil selepas tiga jam,' kata Rosalyn.
Dalam gambar yang terbaharu, warna otak orang Jepun nampak lebih biru daripada
permulaan. Mereka kelihatan sedih. Nampaknya angin orang Jepun tidak baik selepas kesan
sake hilang. Semasa melihat imej-imej ini, anda mungkin ingin memberi mereka lagi banyak
sake untuk mengaktifkan otak mereka (sesetengah orang telah berbuat demikian sendiri
dengan meminum lebih banyak sake).
Rosalyn juga menunjukkan Hector imej otak lelaki selepas mereka melihat gambar
perempuan yang cantik.
(PG142)
Semasa mereka ternampak perempuan yang sangat cantik, bahagian otak menjadi
sama aktif seperti mengambil dadah yang dihasilkan Eduardo! Ini telah membuktikan idea
yang diketengahkan Hector bahawa kita perlu berhati-hati terhadap kecantikan perempuan
adalah betul. Namun, susahlah bagi kita untuk amalkan!
Rosalyn menjelaskan bahawa mesin ini boleh mengetahui cara otak seseorang yang
sihat atau sakit berfungsi malahan bahagian otak yang terjejas selepas seseorang mengambil
dadah. Rosalyn menunjukkan Hector imej otak seseorang yang takut keluar dari rumahnya.
Selepas melakukan terapi, orang itu menjadi semakin biasa untuk keluar dari rumahnya dan
imej otaknya menjadi normal semula.
Hector merasakan perubahan ini sangat menarik. Dia berasa gembira selepas
mengetahui bahagian otaknya telah diaktifkan semasa dia berasa gembira.
'Sebenarnya, imej otak seperti senyuman dalam otak.'
Rosalyn dan profesor saling memandang.
'Senyuman otak!' kata profesor. 'Idea yang bagus!'
Profesor itu menjelaskan kepada Hector bahawa imej-imej otak ini sangat berguna
untuk mendapat tahu cara otak berfungsi namun mereka tidak dapat menunjukkan
kegembiraan kita sebaik senyuman kita.
Hector mendapati bahawa Rosalyn sedang tersenyum semasa dia mendengar kata-
kata profesor. Sebelum ini, semasa mereka sedang melihat imej yang dipaparkan di atas
skrin, dari sudut matanya, Hector ternampak profesor dan Rosalyn sedang bercumbu-
cumbuan.
Hal ini telah membuktikan bahawa (sekiranya anda masih mengesyaki) profesor
sememangnya bukan makhluk dari Marikh.
(PG143)
HECTOR MENYAKSI SUATU EKSPERIMEN
Profesor dan Hector makan tengah hari di salah satu kafe di universiti. Cuaca di
bandar ini sentiasa baik kecuali musim sejuk pada dua minggu yang lepas kerana mereka
perlu memakai baju panas pada waktu senja.
Mereka duduk berhadapan di halaman rumput yang besar. Hector berasa seronok
melihat tupai yang tidak takut akan manusia datang untuk meminta makanan. Profesor dan
pelajar duduk bersama-sama kerana universiti itu universiti yang pelajar dan profesor suka
berbual bersama.
'Baiklah, adakah awak rasa awak lebih mengetahui tentang kebahagiaan?' profesor itu
berkata sambil memasukkan garpunya ke dalam daging ayam.
Sementara Hector menjawab 'ya', dia berasa sesuatu merentap seluarnya: Tupai mahu
makan makanan tengah harinya. Hector berfirkir sama ada tupai itu tahu bahawa dirinya
sangat bernasib baik boleh berada di sini ataupun dia juga berasa hidupnya tidak akan
menjadi lebih baik kalau di tempat lain. Mungkin sebaliknya, dia berasa dia tidak
memperoleh kehidupan yang dia layak dapat. Walau apa pun, pemikiran tupai bergantung
kepada perbandingan yang dilakukannya. Dia memilih untuk tinggal di sini mungkin kerana
ternampak sotong goreng yang banyak di dalam pinggan Hector.
Tupai itu boleh berfikiran begitu 'dia adalah bertuah kerana boleh mendapat sedikit sotong
daripada Hector yang ada banyak sotong goreng itu' ataupun 'Hector sendiri boleh
menghabiskan semua sotong goreng' ataupun 'dia adalah tupai yang sengsara kerana perlu
bergantung kepada manusia untuk mendapat makanan (terutama apabila isteri tupai
mengingatkannya tentang hal ini pada setiap waktu senja dia balik ke rumah tupai).
Kebahagiaannya bergantung kepada pandangannya.
(PG144)
Hector berkata kepada profesor, 'Antara pesakit saya terdapat sesetengah orang yang
tidak mempunyai masalah kewangan atau kesihatan. Malahan mereka ada ahli keluarga yang
berhubung rapat, pekerjaan yang menarik dan berguna. Tetapi mereka masih tidak berasa
gembira kerana mereka takut akan masa depan mereka dan mereka tidak puas hati terhadap
diri sendiri serta mereka hanya dapat melihat keburukan dalam kehidupan mereka. Terdapat
satu penentu kebahagiaan yang tertinggal dalam senarai saya iaitu "Cara orang berfikir
semasa dia memandang sesuatu perkara". Pendek kata, orang yang berfikiran air dalam
gelasnya separuh penuh adalah lebih gembira daripada orang yang berfikiran air dalam
gelasnya separuh kosong.'
'Aha! Tu betul-betul pemerhatian daripada ahli psikiatri. Awak adalah betul,
pemikiran adalah sangat penting.'
Profesor itu memberitahu Hector bahawa perdebatan antara profesor-profesor di
Studio Kebahagiaan adalah kerana sesetangah daripada mereka berfikiran kebahagiaan
adalah disebabkan oleh hidup penuh dengan benda dan hal yang positif seperti disebut dalam
senarai Hector manakala sesetengah lagi berfikiran kebahagiaan adalah bergantung kepada
cara fikiran seseorang iaitu air dalam gelas adalah separuh penuh ataupun separuh kosong.
'Rakan sekerja saya yang bersetuju dengan idea kedua tahap kebahagiaan sedikit
seperti tekanan darah ataupun berat badan. Tekanan darah atau berat badan akan berubah dari
semasa ke semasa dan bergantung kepada situasi. Tetapi biasanya mereka akan pulih ke tahap
asas yang berlainan bagi setiap individu.
(PG145)
Mereka perhatikan bahawa selepas beberapa bulan orang yang mengalami kejayaan
atau kemalangan, angin mereka akan pulih seperti sebelum.
'Apa yang awak fikir?' tanya Hector.
'Saya bersetuju dengan kedua-duanya iaitu walaupun kebahagiaan bergantung kepada
situasi tetapi sesetengah orang dilahirkan dengan sifat yang lebih optimistik daripada orang
lain.'
Hector ingat akan Djamila, seorang yang bernasib malang kerana dijangkiti penyakit
tetapi dia masih bersifat riang apabila mendapat tahu bahawa adik kecilnya tidak akan mati
dalam peperangan.
Hector mengeluarkan buku nota kecilnya dan menulis sesuatu pengajaran yang dia
rasa sangat penting:
Pengajaran kedua puluh: Kebahagiaan merupakan cara berfikir terhadap sesuatu perkara.
Profesor itu mengunyah daging ayam dengan sungguh-sungguh. Hector boleh
merasakan angin dia baik. Jadi dia menanyakan soalan kedua:
'Mengapa sesetengah orang dilahirkan dengan sifat yang lebih optimistik?'
Profesor itu menceritakan semula penyelidikannya tentang anak kembar dan
perempuan muda itu. Nasib baik tiada papan hitam di situ, kalau tidak, profesor akan
membuat pengiraan lagi. Biasanya, orang yang mempunyai keperibadian optimistik seperti
dilahirkan pandai dalam subjek matematik ataupun permainan. Karakter itu sedikit
bergantung kepada proses pembangunan otak ataupun cara pengasuhan ibu bapa serta orang
dewasa pada masa kita kecil. Tentunya ia juga bergantung kepada usaha sendiri ataupun
pengalaman dalam kehidupan apabila dewasa.
'Secara semula jadi ataupun dipupuk,' kata profesor. 'Macam mana pun, ibu bapa patut
disalahkan sebenarnya!'
(PG146)
Profesor ketawa terbahak-bahak dan orang duduk berdekatannya menoleh
memandangnya. Semasa mereka mendapati orang yang ketawa itu profesor, mereka
bersenyum kerana mengenalinya.
Sementara itu, Rosalyn tiba tetapi dia tidak memakai kot putih lagi. Sebaliknya, dia
memakai baju yang cantik dan ada gambar bunga biru. Rosalyn berbual dengan seorang
lelaki yang menawan dan tidak berhenti memandangnya. Mereka duduk bersama-sama di tepi
meja.
Profesor itu berdiam diri. Hector boleh mendapati bahawa anginnya tidak baik lagi.
Mukanya menjadi pucat semasa dia ternampak Rosalyn dan lelaki itu bermula makan tengah
hari, berbual-bual dan saling bersenyum.
‘Keparat betul Rupert,’ profesor itu menggumam sambil mengetapkan giginya.
Dia nampak sangat tidak gembira dan marah. Hector memikirkan sekarang adalah
tidak sesuai lagi untuk mereka menyambungkan perbualan. Jadi dia menanya profesor
mengapa Rupert seorang bangsat.
‘Dia bukan sahaja mencuri bantuan kewangan pengajian saya malahan dia sentiasa
berada di tepi Rosalyn!’ jawab profesor.
Dia memberitahu Hector bahawa Rupert seorang profesor juga namun dia pakar
dalam mengaji perbezaan antara otak lelaki dengan otak perempuan. Oleh sebab dia perlu
banyak mengguna mesin Rosalyn dalam eksperimennya, jadi dia sentiasa dapat bertemu
dengan Rosalyn.
‘Topik tentang perbezaan antara lelaki dengan perempuan adalah terkini. Oleh itu,
media berminat terhadap pengajiannya dan menjemputnya ke rancangan televisyen wanita.
Dekan universiti suka akannya kerana pengajiannya membawa faedah kepada universiti. Jadi,
dia mendapat bantuan kewangan pengajian yang terbanyak di jabatan.’
Hector boleh merasakan kesengsaraan profesor dengan memandang Rosalyn dan
Rupert berbual-bual bersama-sama dan ketawa.
(PG147)
Hector mengingati pengajaran itu dan mencatatnya selepas itu.
Pembelajaran kedua puluh satu: Persaingan boleh menghancurkan kebahagiaan.
Anda cuba fikir tentang ini: manusia sentiasa berasa sengsara malahan memulakan
peperangan kerana persaingan. Mereka inginkan sesuatu yang dimiliki orang lain atau mahu
menggantikan bos mereka.
Nasib baik, ketibaan Agnes dapat mengalihkan perhatian profesor daripada
memandang Rupert dan Rosalyn. Agnes juga memakai gaun yang cantik. Apabila
memandang Agnes yang sangat lawa dan sedang bersenyum, Hector memikirkan sama ada
dia akan menjadi lebih gembira kalau dia mengahwini Agnes pada masa muda. Namun
mereka mungkin juga akan bergaduh atas perihal anak-anak ataupun dia menjadi semakin
bosan berjumpa dengan Agnes pada setiap hari mengakibatkan mereka bercerai pada
akhirnya seperti orang lain.
‘Jadi,’ kata Agnes sambil duduk di tepi mereka, ‘adakah otak Hector normal?’
‘Normal sebagai ahli psikiatri,’ jawapan Hector membuatkan Agnes ketawa. Profesor
itu masih berasa tidak selesa walaupun dia cuba mengelakkan diri daripada memandang
Rupert dan Rosalyn. Agnes sangat pandai. Dengan serta-merta, dia memahami apa telah
berlaku. Jadi dia menukar tempat duduk dengan berduduk di depan profesor. Dengan itu,
sekurang-kurangnya profesor tidak dapat menampak Rupert dan Rosalyn lagi. Agnes bermula
membincang dengan profesor tentang artikel yang dibacanya akhir-akhir ini iaitu artikel yang
berkaitan dengan perbezaan antara perasaan gembira, berangin baik dan kebahagiaan.
Profesor berasa gembira dan anginnya menjadi baik semula.
Hector memberi tupai itu sotong dan tupai itu menggigit-gigit sotong di jarak yang
selamat. Hector tidak tahu senyuman tupai tetapi dia boleh merasakan kegembiraan tupai itu.
(PG148)
Hector melihat ke Agnes yang berkemampuan menjadikan profesor gembira semula.
Hector teringat akan Djamila yang berasa gembira atas perihal adik kecilnya, Ying Li yang
mengirim wang kepada ahli keluarganya, dan saudara Marie-Louise yang memberi dia
memori yang bagus. Dia menulis sekeping nota:
Pembelajaran kedua puluh dua: Berbanding dengan lelaki, wanita lebih mengambil berat
untuk menggembirakan seseorang.
Dia tidak pasti sama ada Rupert telah tahu tentang perbezaan ini namun Hector tahu
apa yang ditulisnya adalah benar dan tidak perlu mengguna mesin Rosalyn untuk
membuktikan kebenarannya.
Hector berasa pengajaran seterusnya mungkin adalah berikut:
Pembelajaran kedua puluh tiga: Kebahagiaan adalah memastikan orang di sekeliling
anda adalah gembira?
(PG149)
HECTOR KEMBALI KE NEGARA CHINA
‘Awak melakukan tugas yang bagus,’ kata biarawan tua.
Dia memakai cermin mata yang kecil, duduk di belakang meja sambil membaca
senarai kebahagiaan Hector. Walaupun biarawan tua itu kelihatan lebih tua daripada
terdahulu tetapi dia masih nampak kacak.
Hector menyalin semula pengajarannya selepas membuat tambahan terakhir. Hal ini
demikian kerana draf kasar itu telah dia conteng dengan silang-menyilang dan pengajaran
yang bukan-bukan (pengajaran kelapan belas). Jadi, Hector berasa tidak sopan kalau draf itu
ditunjukkan kepada biarawan tua.
Menerusi tingkap bilik, Hector dapat menampak bukit-bukit Cina yang indah. Sekali-
sekala, warna bukit menjadi gelap bawah bayang-bayang awan dan menjadi terang kerana
dipancar matahari semula. Hector berasa seseorang dapat menjadi bijak kalau memandang
pemandangan yang begitu pada setiap hari.
Biarawan tua itu menumpukan perhatian untuk membaca senarai Hector.
Keprihatinannya mengakibatkan Hector berasa tidak selesa kerana biarawan tua mempunyai
pengalaman kehidupan yang lebih banyak. Tambahan pula, sepanjang masa dia berlaku
sebagai biarawan, mesti dia mengguna lagi banyak masa untuk berfikir tentang kehidupan.
Sekarang, biarawan tua itu membaca senarainya dengan bersungguh-sungguh. Hector
memikirkan sama ada diri dia juga boleh menumpukan perhatian untuk membaca surat yang
dikirim oleh ibu bapanya atau orang kesayangannya.
Keprihatinan ini boleh dijadikan pengajaran kedua puluh tiga: Kita perlu memberi
perhatian kepada orang lain.
(PG150)
Biarawan tua itu berhenti membaca lalu menyuruh Hector untuk menunjukkan dia
draft kasar itu. Hector teragak-agak lalu bercakap, ‘Adakah awak rasa…’. Biarawan tua itu
ketawa sambil menghulurkan tangannya. Hector memberi buku notanya kepada dia.
Biarawan tua itu melihat draf kasar Hector. Dia bersenyum dari semasa ke semasa.
Senyumannya bukan senyuman ejek, seperti yang disebut tadi, dia betul-betul berasa
gembira. Hector berasa biarawan tua itu mesti ada caranya untuk berfikir tentang sesuatu
perkara dan cara itu dapat menjadikan seseorang berasa gembira.
Akhirnya, biarawan tua berhenti membaca dan menanya Hector bahawa apa silang-
menyilang itu. Hector berasa segan dan tidak ingin memberitahunya tetapi biarawan tua itu
berkeras untuk tahu. Hector berkata, ‘Pengajaran kelapan belas: Kebahagiaan adalah boleh
mencintai banyak perempuan pada masa yang sama.’
Biarawan tua itu ketawa berdekah-dekah.
‘Saya juga fikir begitu semasa muda!’
Dia menutup buku nota dan melihat senarai Hector lagi. ‘Awak betul-betul lakukan
sesuatu yang bagus. Kesemua pengajaran awak adalah bagus. Saya tiada benda nak tambah
lagi.’
Hector berasa gembira tetapi pada masa yang sama dia berasa sedikit kecewa. Dia
mengharapkan biarawan tua itu dapat memberitahunya beberapa pengajaran lagi, sekurang-
kurangnya satu pengajaran.
Biarawan tua itu memandang Hector lagi. Dia bersenyum dan menyata, ‘Cuaca hari ni
baik, mari kita pergi jalan-jalan.’
Pemandangan di luar adalah indah. Mereka boleh menampak bukit, laut, dan langit.
Hector berasa tidak semangat apabila bersama dengan biarawan tua yang dihormati
itu kerana dia betul-betul tidak tahu nak cakap apa.
(PG151)
Tetapi dia mengesan bahawa biarawan tua itu tidak meminta dia cakap apa-apa
sebaliknya dia hanya ingin Hector menikmati pemandangan ini bersama dengannya.
‘Bijaksana ialah boleh hidup tanpa pemandangan yang seindah ini dan dapat
mengekalkan sifat diri walaupun mengalami dukacita dalam kehidupan. Namun tak
senanglah kalau nak jadi macam tu.'
Hector memahami bahawa biarawan tua itu pernah mengalami dukacita dalam
hidupnya.
Untuk seketika, mereka melihat awan, matahari dan angin bermain-main dan
berkejar-kejar berlalu gunung. Hector memikirkan pengajaran yang seterusnya mungkin
adalah 'Menghabiskan sedikit masa untuk menikmati keindahan dunia ini'.
Sementara itu, seorang biarawan muda berjalan menuju ke arah mereka dari sesuatu
lorong kecil. Dia bercakap kepada biarawan tua dalam bahasa Mandarin dan selepas itu dia
menuruni ke sebuah taman yang ada banyak biarawan sedang berkebun. Perkebunan yang
mereka lakukan adalah istimewa. Walaupun kelihatan senang tetapi susah nak terangkan di
sini.
‘Baik, seorang pendatang luar sedang menunggu saya. Tapi kita masih ada sedikit
masa ruang,’ kata biarawan tua itu.
Susah lama Hector ingin menanya sesuatu soalan. Jadi, dia mengambil kesempatan ini
untuk membuat pertanyaan kepada biarawan tua.
"Saya masih ingat anda pernah cakap pada saya 'Fikirkan bahagia sesuatu matlamat
adalah tidak betul'. Saya tak pasti saya dah faham ni ke belum."
‘Maksud saya adalah biasanya orang pandai membuat perancangan untuk masa depan
mereka dan setiap kali mereka dapat mencapai cita-cita mereka secara kebetulan. Tapi
bahagia lain. Awak boleh gagal bila-bila masa. Selain tu, macam mana awak tau awak dah
dapat bahagia? Tentunya kita tak boleh menghalang seseorang yang tidak gembira untuk
menetapkan matlamat yang dapat bantu mereka mencapai kebahagiaan yang mereka
inginkan.'
(PG152)
'Jadi adakah kita tak sesuai untuk pengajaran yang sama?'
Biarawan tua itu memandang Hector lalu menanya, 'Adakah awak cakap benda yang
sama kepada semua pesakit?'
Hector berfikir sekejap lalu menjawab bahawa benda yang dia cakap bergantung
kepada sifat pesakitnya iaitu sama ada mereka berusia muda atau tua serta adakah mereka
betul-betul mengalami ketidakgembiraan.
'Ya, tu sama dengan soalan yang awak tanya tadi,' kata biarawan.
Selepas berfikir secara mendalam, Hector menyambungkan perkataan bahawa
walaupun dia tidak cakap benda yang sama tetapi dia sentiasa merujuk kepada prinsip-prinsip
tertentu untuk membantu pesakitnya yang sedih atau takut. Hector membantu mereka
membezakan antara fikiran sendiri, pandangan orang lain serta kenyataan sebenar. Hal ini
demikian kerana pesakitnya mempercayai bahawa pemikiran diri ialah kenyataan tetapi
sebenarnya bukan.
'Sama je. Jom, balik dah.'
Hector mengikut biarawan tua berjalan menuju ke arah taman. Hector masih tidak
dapat memahami bahawa maksud biarawan tua.
Semasa mereka tiba ke pintu masuk taman, biarawan tua memanggil dia menunggu di
situ sekejap kerana dia ingin memberi Hector sesuatu benda. Terdapat seorang lelaki Cina
berada di pintu masuk dan Hector mendapati bahawa dia pendatang yang biarawan muda
sebut tadi. Lelaki itu tidak berpakaian seperti biarawan sebaliknya dia memakai sut dan tali
leher seolah-olah datang dari bandar.
Sepanjang perjalanan, Hector telah memupuk tabiat untuk berbual-bual dengan orang
yang tidak dikenali.
(PG153)
Dia memperkenalkan diri kepada lelaki Cina itu yang lebih mahir berbahasa Inggeris
daripada Hector. Menerusi perbualan, mereka mengetahui bahawa kedua-dua mereka ialah
doktor tetapi lelaki Cina itu seorang pakar (nama lelaki itu tidak diberitahu supaya anda tidak
berasa risau).
Selepas sekejap, biarawan tua itu kembali. Dalam tangannya terdapat dua mangkuk
Cina yang cantik dan berwarna biru putih. Dia menyata kepada Hector, 'Mangkuk ni
mangkuk perkahwinan. Awak boleh tentukan sama ada nak beri orang ataupun simpan diri.'
Biarawan tua tertawa kecil lalu mengucapkan selamat tinggal kepada Hector.
Sebelum meninggal, Hector melihat sekeliling lagi dan mendapati bahawa biarawan
tua dan lelaki Cina itu sedang memandang dia. Senyum dan lambaian biarawan tua itu
mengingatkan Hector tentang Djamila.
Cuaca masih baik di luar tetapi Hector berasa sedikit sedih.
Hector tidak menyimpan mangkuk Cina dalam begnya kerana dia takut akan
mangkuk itu pecah. Terdapat sekeping kertas kecil disisipkan di antara mangkuk. Atas kertas
tertulis: 20-13-10.
Pembelajaran kedua puluh: Kebahagiaan merupakan cara berfikir terhadap sesuatu benda
Pembelajaran ketiga belas: Kebahagiaan adalah berasa berguna kepada orang lain
Pembelajaran kesepuluh: Kebahagiaan adalah melakukan kerja yang anda suka
Hector berasa pengajaran-pengajaran tersebut agak berguna dalam apa-apa situasi.
(PG154)
HECTOR MENCIPTA MAINAN LIMA KUMPULAN
'California, Perancis atau Chile?'
'Awak suka mana satu?'
Sekarang, Hector dan Édouard duduk di sebuah restoran yang baik. Lampu bandar
bersinar terang dan kapal-kapal berhenti di teluk. Mereka berbual-bual dengan seronok
seperti hanya suatu hari mereka tidak berjumpa. Kawan benar adalah begitu.
Sementara mereka menunggu untuk pelayan wain datang, Édouard menanya Hector
sama ada dia mempelajari apa-apa yang dia rasa berguna kepada dia. Hector mendapati
bahawa Édouard gembira berjumpa dengannya seperti dahulu. Hector berasa mungkin dia
dapat membantu Édouard dengan sesetengah pengajaran yang dia rasa bagus.
'Baik, terdapat banyak jenis kebahagiaan. Pertama sekali, kita namakan mereka
kumpulan kebahagiaan.'
'Saya tak hairan mendapat tahu ada banyak jenis kebahagiaan, jadi apa dia?' tanya
Édouard.
'Katakan ada lima kumpulan kebahagiaan dan dua kumpulan pertama ialah
kebahagiaan yang teruja manakala dua kumpulan lain ialah kebahagiaan tenang. Kebahagiaan
yang menguja terdiri daripada keseronokan, perayaan, pelancongan, bercinta-cintaan dengan
perempuan yang awak suka.'
'Ah, saya tahu jenis kebahagiaan tu! Adakah ia juga terkandung dalamnya?' Édouard
menanya sambil menunjukkan Hector botol minuman yang diberi oleh pelayan wain tadi.
(PG155)
Hector menganggukkan kepalanya lalu memberitahu Édouard bahawa otak orang
Jepun kelihatan seperti senyuman selepas mereka minum sake. Édouard berdiam diri dan
Hector boleh tahu bahawa dia sedang berfikir.
'Selain itu, kebahagiaan yang teruja adalah melakukan kerja yang anda suka dan
berhasrat untuk mencapai sesuatu matlamat. Matlamat itu boleh merupakan kerjaya anda
ataupun hobi seperti sukan, perkebunan, mencipta matematik yang rumit (sekiranya anda
suka).'
Hector memberitahu Édouard bahawa Alan banyak suka melalukakan matematik dan
Jean-Michel sangat suka akan pekerjaannya dengan menjaga kanak-kanak dan ibu-ibu yang
sakit serta profesor yang berminat dalam mengkaji kebahagiaan.
'Hmm, saya berasa bahagia apabila saya dapat mengkaji sesuatu yang menarik serta
pelanggan dapat saya yakinkan. Tapi sekarang, saya tak berasa gembira seperti dahulu…'
'Manakala kebahagiaan yang tenang adalah anda berpuas hati dan inginkan perasaan
ini kekal lama selepas membandingkan diri dengan orang lain, membandingkan saat sekarang
dengan saat dahulu, atau tidak membuat apa-apa perbandingan.'
Hector memberitahu Édouard tentang Agnes, seorang wanita yang berasa lebih
gembira daripada masa dulu walaupun kehidupan sekarang tidak sempurna. Hector juga
mengisahkan tentang kanak-kanak di negara Marie-Louise yang telah meninggal dunia
sebelum mereka boleh melakukan perbandingan.
'Ni tak guna bagi saya. Saya sentiasa buat bandingan dengan orang,' jawab Édouard.
'Banding dengan orang yang memperoleh gaji enam juta dolar?'
(PG156)
'Ya, kalau saya dah dapat enam juta, saya akan banding dengan orang yang ada gaji
dua puluh juta.'
'Tu pandangan awak. Mengapa tak banding diri dengan wanita yang duduk di atas
kain minyak?' tanya Hector.
'Alas, tak! Saya banding dengan orang seperti saya.'
Dia minum sedikit wain lalu menyata, 'Wain ini rasa baik, tapi saya lebih suka wain
'76 yang kita minum sebelum. Apa lagi tentang kebahagiaan yang tenang?'
'Baik, kebahagiaan yang tenang juga boleh merupakan sesuatu cara untuk memahami
sesuatu perkara. Dengan pemahaman yang mendalam (mengenai sesuatu perkara), sifat
kesabaran dan ketenangan dapat dipupuk malahan dikekalkan dalam apa jua situasi
terkandung kematian diri.'
Muka Édouard menjadi pucat.
'Awak ingat saya hampir mati ke?'
'Tentulah bukan. Saya bagi contoh je'.
Hector mengisahkan tentang Djamila sewaktu menaiki kapal terbang dan biarawan
tua yang tinggal di atas gunung.
Édouard mendengar kepada Hector secara bersungguh-sungguh dan dia memahami
bahawa sebab dia tidak boleh jadi gembira.
'Sekarang, saya tak minat terhadap parti lagi malahan seperti yang saya beritahu awak,
saya tidak amat berminat terhadap pekerjaan saya. Selain itu, saya sentiasa membandingkan
diri dengan orang lain yang mempunyai lebih banyak benda daripada saya. Apa yang penting
adalah saya berasa marah sekiranya benda tidak terjadi seperti yang saya ingin.'
'Sabar, ada kumpulan kebahagiaan terakhir'.
'Ah, mungkin tu peluang terakhir saya...'
'Kita rasa bahagia kerana persahabatan, perasaan cinta, pentingkan orang sekeliling,
dan rasa berguna kepada orang lain.'
(PG157)
'Tapi kita juga rasa tak bahagia kalau kawan kita tak setia ataupun kita luka hati
kerana kecintaan.' kata Édouard.
Cakapan Édouard mengingatkan Hector tentang kisah cinta Édouard yang berakhiri
sedih.
'Betul, tapi kita akan menjadi lagi sabar dan tenang dengan ketidaksempurnaan
mereka. Tambahan pula, kita masih berasa gembira kerana kita rasa berguna kepada orang
lain walaupun usaha kita tidak semestinya dihargai mereka. '
Édouard memandang Hector.
'Awak cakap macam biarawan.'
Hector ketawa. Dengan serta-merta, dia memikirkan sama ada cara dia ketawa adalah
seperti biarawan tua. Jadi Hector menambah, 'saya nak buktikan saya tidak cakap macam
seorang biarawan.'
Seterusnya, dia bertanya kepada Édouard tentang Ying Li.
Seperti anda jangkakan, Hector akan bertanya tentang Ying Li kerana tidak mungkin
dia kembali ke negara China hanya untuk berbual dengan biarawan tua dan Édouard.
Édouard memberitahu Hector bahawa Ying Li masih bekerja di dalam bar dan dari
semasa ke semasa Ying Li akan bertanya mengenai Hector.
'Saya tak tahu nak beritahu awak ke tidak,' kata Édouard.
Tentu dia harus memberitahu Hector walaupun Hector akan terharu apabila
membayangkan Ying Li bertanya mengenainya.
Hector tidak pernah berhenti berfikir tentang Ying Li (walaupun kami tidak
sebutkan). Sebenarnya, Hector ingat akan Ying Li beberapa kali pada setiap hari seperti
waktu dia terjaga dari tidur pada waktu malam. Pada permulaan, dia hanya ingin
menyelamatkan Ying Li daripada pekerjaannya dan membawakannya balik ke negaranya.
'Penyelamatan' dan 'Pendekatan kepada orang kesayangan' ialah dua perkara yang paling
ingin dilakukan seseorang semasa dia menjatuh cinta.
(PG158)
Semasa Hector dikunci di dalam bilik stor yang penuh dengan bau tikus mati, dia
menyedari bahawa dia sangat mencintai Clara. Selaku ahli psikiatri, dia memikirkan
kecintaannya terhadap Ying Li. Rupa-rupanya, dia lebih berhasrat untuk menyelamatkan
Ying Li dan menjadi wiranya. Sebahagian cintanya terhadap Ying Li adalah nafsu seks.
Selain itu, dia berasa dia menjadi muda apabila berada bersama dengan Ying Li kerana Ying
Li berusia muda.
Dalam kehidupannya begitu juga di tempat kerjanya, Hector pernah menjumpai
beberapa pasangan yang berhubungan cinta sebegitu. Hector mengetahui bahawa kisah cinta
mereka biasa tidak berakhiri dengan baik. Sekiranya Ying Li mengikut dia balik ke
negaranya, Ying Li mungkin tidak dapat melakukan apa-apa tanpa bantuannya. Jadi, Hector
perlu sentiasa 'menyelamatkan' dia. Walaupun Hector akan berasa sangat seronok pada
permulaan tetapi penyelamatan itu tidak semesti adalah baik untuk hubungan cinta mereka.
Hector pernah berfikir banyak berkenaan dengan hal ini dan dia menyedari bahawa
dia cinta Clara dari berbagai-bagai aspek. (Terdapat banyak aspek untuk mencintai seseorang
selain bergembira dengannya, penjelasan mengenai aspek-aspek ini adalah sangat panjang.)
Hector menyata, 'Saya akan memperkenalkan awak kumpulan kebahagiaan kelima.
Adakah awak membawa telefon bimbit?'
Édouard sentiasa membawa telefon bimbitnya dan dia memberi telefon bimbitnya
kepada Hector.
Hector menelefon Eduardo.
(PG159)
PERJALANAN HECTOR ADALAH BERJAYA
Hector kembali ke negaranya dan bekerja semula sebagai ahli psikiatri. Namun cara
pekerjaannya telah banyak berubah selepas perjalanan ini.
Dia masih mempreskripsikan pil kepada orang yang memerlukannya dan dia juga
cuba membantu orang menjadi lebih baik dengan mengguna rawatan psikoterapi. Malahan
dia mencipta kaedah baharu dalam rawatan psikoterapinya.
Sebagai contoh, seorang wanita yang berpakaian elok tetapi kelihatan seperti guru
yang tegas sentiasa mengadu bahawa tiada orang menyukainya. Jadi, Hector akan
menceritakan tentang kanak-kanak yang mengemis tetapi sentiasa bersenyum. Hector
menyuruh wanita itu memikirkan sebab kanak-kanak itu bersenyum.
Terdapat seorang lelaki yang sentiasa risau akan kesihatannya walaupun dia tidak
menjangkiti apa-apa penyakit yang kronik. Hector memberitahunya tentang Djamila, seorang
yang bakal mati dan Hector bertanya kepada lelaki itu sebab Djamila bersenyum malahan
berasa gembira kadang-kala.
Hector juga memberitahu pesakitnya tentang biarawan tua, keadaan parti yang
diadakan di rumah Marie-Louise, Alan yang suka melakukan matematik, tupai yang
menunggu untuk mendapat sotong gorengnya, dan perkara yang berlaku dalam perjalanannya
(terkandung perkara yang anda tidak diberitahu). Namun Hector tidak memberitahu mereka
tentang pengakhiran setiap cerita yang dia kisahkan dan dia meminta mereka untuk mendapat
jawapan bersendirian. Selepas itu, sesetengah daripada mereka kembali dan memberitahu
Hector bahawa mereka telah memahami sesuatu yang penting daripada kisah Hector.
(pg160)
Bagi Adeline yang banyak mengadu tentang lelaki, dia mengisahkan cerita Agnes
yang berasa dirinya sangat gembira. Cerita Hector tidak mendatangkan kesan terhadap
Adeline sebaliknya Adeline berasa marah kerana dia berasa Hector tidak patut membazirkan
masanya untuk membincangkan tentang kisah perempuan lain. Adeline bertanya kepada
Hector sama ada Alan menjadi terkenal adalah disebabkan oleh teka-teki yang diciptanya.
Hector menyedarkan bahawa kerja dia belum habis lagi kerana Adeline tidak boleh
memahami apa yang ingin disampaikannya.
Pada suatu hari, Hector terjumpa Roger dan Puan Irina lagi.
Roger berasa sangat gembira kerana dia mendapat ziarah haji (pekerja sosial
membantu dia untuk mendaftar). Hector berasa Roger boleh mengurangkan mengambil ubat
sejak waktu itu.
Puan Irina memberitahu Hector bahawa dia datang untuk mengucapkan selamat
tinggal kepada Hector kerana dia ada fikiran tentang masa depannya lagi.
'Oh, oh, doktor, saya tahu awak berkelakuan nakal semasa di negara China.'
Hector menafikan dan sebaliknya dia menyata bahawa dia mempelajari sesuatu di
negara China. Jawapan Hector membuatkan Puan Irina ketawa.
Hector tidak memberitahu sesiapa mengenai Ying Li kecuali Édouard yang Hector
kadang-kadang menelefonnya untuk bertanya tentang Ying Li. Sekarang, Ying Li tidak lagi
bekerja di dalam bar dan dia bekerja untuk Édouard dengan membantunya menguruskan
projek di bank. Édouard menyatakan prestasi Ying Li agak baik kerana dia mempelajari
dengan sangat cepat dan mungkin lebih cepat daripada seorang kanak-kanak.
(PG161)
Anda mungkin tertanya-tanya tetapi cuba ingat balik malam Ying Li dan Hector
terjumpa seorang lelaki yang tinggi dan wanita yang duduk di dalam kereta memandang
mereka dengan muka yang marah. Ying Li adalah bernilai bagi banyak orang tetapi dia tidak
dijual. Anda hanya boleh mengupahnya sekiranya anda pelanggannya.
Dalam restoran, Hector menerima panggilan daripada Eduardo. Semasa Hector berada
di negara 'Lebih', Eduardo pernah menelefonnya untuk membincang mengenai isterinya
(Hector berasa hairan mengapa Eduardo tahu dia tinggal bersama dengan Alan dan Agnes.
Selepas itu, Clara memberitahu Hector bahawa terdapat seorang lelaki yang berslanga
Spanish menelefon ke pejabatnya untuk bertanya tentang lokasi Hector walaupun Hector
tidak pernah menyebut Clara terhadap Eduardo. Seperti yang disebut tadi, kadang-kala lebih
baik kami tidak mengetahui seluruh kejadian.)
Dalam telefon, Eduardo memberitahu Hector bahawa keadaan isterinya menjadi lebih
baik selepas makan ubat dan bertemu dengan doktor yang diperkenalkan oleh Hector.
'Bagusnya, isteri saya dah sembuh. Sekarang, dia memulih menjadi wanita yang saya
kenal dulu!'
Eduardo memberitahu Hector bahawa dia ingin membalas jasa Hector dengan
memberi dia sesuatu hadiah. Orang seperti Eduardo tahu sedikit tentang penghargaan. Hector
memberitahu Eduardo bahawa mungkin dia ingin mendapat pertolongan Eduardo dan bagi
dia pertolongan itu merupakan sejenis hadiah juga. Namun, dia memerlukan sedikit masa lagi
untuk memikirkan hadiah itu. Eduardo mengizinkan Hector bahawa dia boleh meminta apa-
apa pertolongan daripada dia.
(PG162)
Pada suatu hari, Hector menelefon Eduardo untuk meminta pertolongannya dan
Eduardo menjanji membantu dia. Secara kebetulan, Eduardo juga mengetahui tentang bar
yang lampunya bersinaran lembut kerana dia pernah melancong ke negara China untuk
menjalankan perniagaan. Hector boleh membayangkan reaksi lelaki Cina yang tinggi itu
selepas mengetahui tentang Ying Li tidak dimilikinya lagi. Hector berasa seronok
memikirkan hal ini kerana dia tidak dapat terlupa bahawa betapa biadab lelaki itu apabila
bercakap dengan Ying Li. Hector marah akan kelakuan lelaki itu. Banyak kali Hector
memikirkan hal itu.
Cerita berakhiri dengan sebegitu.
Ying Li menyambung bekerja untuk Édouard dan dia maju dengan cepat. Pada suatu
hari, Ying Li mengenali seorang lelaki yang muda sebayanya. Dia datang dari negara Hector
dan melakukan perkhidmatan ketenteraan di negara China (perkhidmatan ketenteraan adalah
dilakukan oleh kanak-kanak yang datang dari keluarga berada). Selepas itu, Ying Li
mengahwini lelaki itu dan Édouard menjadi bapa pembaptisan anak mereka. Ying Li ingin
menamakan bayinya Édouard tetapi Édouard menyatakan dia lebih menyukai nama Eduardo
kerana orang tidak akan mengelirukan dia dengan bayi sekiranya mengguna nama itu.
Sekarang, Édouard berasa lebih gembira. Mungkin dia telah memahami kumpulan
kebahagiaan kelima ataupun dia telah berjumpa dengan biarawan tua di biara (Hector ada
memberinya alamat biara). Badan biarawan tua menjadi semakin lemah dan lesu namun dia
masih mengekalkan senyumannya semasa bercakap dengan Édouard.
Édouard meletakkan jawatannya sebelum dia memperoleh enam juta dolar. Dia
berterusan bekerja sebagai sukarelawan untuk membantu orang yang baik tetapi tinggal di
negara miskin seperti negara Marie-Louise supaya mereka dapat memperoleh duit untuk
menghantar anak mereka pergi ke sekolah atau menerima rawatan perubatan.
(pg163)
Selain itu, dia membantu orang dewasa untuk mendapat pinjaman. Jadi, orang dewasa
dapat mengatasi masalah mereka dahulu dengan pinjaman wang itu. Selepas mendapat kerja,
mereka baru mampu membayar yuran sekolah anak-anak mereka dan perbelanjaan rawatan
perubatan. Édouard betul-betul menyukai kerja baharunya. Édouard bertukar pemikiran
daripada pembelajaran keempat iaitu 'Orang fikirkan kebahagiaan adalah berkuasa atau ada
banyak duit' kepada pembelajaran ketiga belas iaitu 'Kebahagiaan adalah berasa berguna
kepada orang lain'. Mungkin anda berfikiran bahawa Édouard telah memperoleh enam juta
dolar, namun anda perlu memahami bahawa orang seperti Édouard tidak akan berasa diri dia
sangat kaya kerana dia mengenali ramai orang yang sekurang-kurangnya mempunyai dua
puluh juta dan mereka inginkan lagi banyak duit.
Pada suatu hari, Hector menerima sepucuk surat daripada kakak Djamila. Terdapat
sekeping gambar dalam surat itu. Dalam gambar, Djamila nampak lebih cantik daripada
sebelum dia menjatuh sakit. Djamila sedang bersenyum (seperti orang bersenyum semasa
mereka berasa gembira). Dalam surat, kakak Djamila menyatakan Djamila pernah
memberitahu mereka tentang Hector kerana dia tidak dapat terlupa akan pembantuan Hector
jadi dia meminta mereka menghantar sekeping gambar kepada Hector selepas dia meninggal
dunia.
Jean-Michel menyambung merawat bayi-bayi dan ibu bayi manakala Alan melakukan
matematik dan berjoging pada setiap pagi. Agnes tidak berhenti mengkaji kanak-kanak orang
lain dan mengasuh anak-anak sendiri dengan sangat baik. Tupai itu masih pergi ke kafe pada
masa makan tengah hari setiap hari. Profesor yang penting itu masih berasa sengsara kadang-
kala kerana Rupert dan Rosalyn. Hector juga berfikir tentang saudara Marie-Louise dari
semasa ke semasa dan pada suatu hari dia terjumpa saudara Marie-Louise di negaranya
(saudara Marie-Louise melancong ke negaranya). Kali ini mereka berkelakuan baik dan
hanya makan tengah hari bersama-sama. Because there are times when getting up to mischief
isn't mischievous and other times when it is and you shouldn't do it.
(PG164)
Hector menyambung merawat orang yang sangat sedih, takut, mengalami kemalangan
atau tidak mengalami kemalangan tetapi tidak berasa gembira. Selepas perjalannya, dia lebih
mencintai pekerjaannya dan Clara. Jadi, Clara menjadi semakin tidak berminat terhadap
mesyuarat dan tidak lagi bekerja di rumah pada hujung minggu. Clara bermula memandang
kanak-kanak yang berada bersama dengan ibu mereka di tepi jalan. Hector mendapati bahawa
mungkin pada suatu hari dia dan Clara akan berkahwin dan hidup dengan gembira dengan
anak yang banyak.
top related