psikologi sosial sikap ; bagaimana menilai persekitaran sosial

Post on 22-May-2015

141 Views

Category:

Education

13 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Sikap: Bagaimana Menilai Persekitaran Sosial

Sikap:

Penilaian individu terhadap hampir semua perkara dalam persekitaran sosial

(Olson & Maio, 2003)

- kita mempunyai reaksi yang tersendiri tentang berbagai perkara, idea,

pandangan, individu yang spesifik dsb

- kerap kali wujud percanggahan sikap dan pandangan

- sikap yang kurang jelas (ambivalence) – boleh diubah dan tidak stabil

berbanding sikap yang kukuh atau jelas

- sikap mempengaruhi pemikiran dan perlakuan

• Pembentukan Sikap:

Sikap terbentuk menerusi:

a. Pembelajaran Sosial (pembelajaran berasaskan perkaitan)

i. classical conditioning – satu stimulus mempengaruhi/menyebabkan

kehadiran pasangan stimulus yang lain.

subliminal conditioning – pendedahan kepada sesuatu stimulus tanpa

sedar – membentuk sikap

b. Pelaziman instrumental (hadiah kepada pandangan yang betul)

- perlakuan yang diikuti dengan pengukuhan (cth pujian, hadiah dsb)

akan kekal/terbentuk

- perlakuan yang diikuti oleh hukuman atau dendaan akan

hilang,berubah

- idea “penerimaan” menjadi sebab pembentukan sikap

c. Pemerhatian (pembelajaran berasaskan contoh):

i. Mempelajari sikap dan perlakuan berdasarkan pemerhatian

- ibubapa

- orang paling hampir di persekitaran

ii. “Kesan orang ketiga” – pengaruh media dalam membentuk sikap

• Kesan/Peranan Perbandingan Sosial:

Kecenderungan untuk membandingkan diri kita dengan orang lain bagi

memastikan pandangan kita sama/betul berdasarkan pandangan umum

- jika sama = betul (tidak semestinya)

- berlaku kerana maklumat sosial, keinginan utk sama dengan orang lain

Fungsi Sikap:

Sikap

Pengetahuan - kerangka interpretif tentang pemahaman mengenai persekitara

Ekspresi - tentang siapa kita, kesamaan atau perbezaan dengan orang lain (pembentukan identity diri)

Keyakinan diri - tentang apa yang kita percaya serta yakini dan aspek moral

Mempertahankan ego – agar pandangan kendiri tidak lari dari pandangan umum

Memberi ruang bagi orang lain memahami siapa kita

• Bagaimana dan mengapa sikap mempengaruhi perlakuan:

a. Kekangan situasi (kesan afektif – sikap)

Sikap mempengaruhi

perlakuan

Menjaga hati orang lain

Persepsi orang terhadap kita

Tersalah tafsir sikap orang tentang sesuatu isu

Salah jangkaan bahawa orang lain berbeza drpd kita tentang sesuatu isu

b. Peneguhan/ketekalan sikap:

- sikap yang teguh atau kukuh terhadap sesuatu perkara biasanya

didasari oleh keyakinan serta pengalaman individu berkaitan

isu tersebut.

c. Sikap yang ekstrim:

- terhasil kerana komitmen (komited) tinggi terhadap sesuatu

perkara/isu

- boleh meramal perlakuan individu

d. Individu yang sikap nya terbentuk berdasarkan pengalaman kendiri

secara langsung akan mudah menjelmakan sikap tersebut

dalam minda dan memberikan kesan kepada perlakuannya.

Bagaimana sikap membentuk perlakuan:

a. sikap berdasarkan sebab yang difikirkan

- teori perlakuan yang dirancang (Ajzen, 1987)

- terancang, mengambil masa, rasional, boleh diramal

b. sikap sepontan

- sikap mempengaruhi perlakuan dengan membentuk persepsi

tentang situasi serta perlakuan yang sepatutnya pada waktu itu

• Persuasion (memujuk?) sebagai cara mengubah sikap:

Penyampai dan pendengar

Mengubah sikap

pendengar

Pakar / kredibili

ti

Cantik / tampan

Mesej positif lebih

berkesan dari

mesej negatif

Bercakap cepat lebih

menyakinkan

Orang muda lebih

mudah dipengaru

hi

Konfiden dalam

penyampaian

Kehadiran gangguan terancang

Pendekatan dua-sisi

• Proses kognitif yang mendasari pujukan:

1. Proses sistematik

Pertimbangan tentang isi

(tenaga)

Kapasiti memproses maklumat

(ambil masa)

Berubah/tidak

2. Proses heuristicJalan pintas &

keputusan cepat

Keputusan:

berubah / kekal

• Faktor penghalang pemujukan

Pemujukan terhalang / terganggu

Reaksi negatif kesan pemujukan: menjaga hak / kebebasan diri

Memilih untuk mengelak dari dipujuk

Secara aktif mempertahankan sikap kita: counterarguing

Mengetahui lebih awal bahawa proses pemujukan akan berlaku

Pendedahan kepada hujah yang menentang sikap kita akan menyebabkan kita terus menentang hujah tersebut

• Percanggahan kognitif dan kesannya ke atas perubahan sikap:

Definisi:

Ketidakselesaan perasaan yang dirasai apabila wujudnya ketidakselarasan di

antara sikap dan perlakuan

- Keadaan ini kadang kala boleh mengubah sikap kita agar selaras dengan

perlakuan

- kesan negatif kepada afektif

- percanggahan berlaku dalam situasi di mana kita dipaksa atau terpaksa

bertindak menyalahi sikap yang menjadi pegangan kita

- bersifat universal

- dipengaruhi faktor budaya

- percanggahan disebabkan faktor hipokrasi = kaedah yang sesuai untuk

mengubah perlakuan

• Memahami sikap dan implikasinya terhadap perlakuan menjelaskan

kepada kita tentang kepentingan memahami sikap, proses

pembentukan sikap, kaitannya dengan perlakuan serta persekitaran

social.

• Semoga kita menjadi insan yang lebih memahami diri sendiri dan

orang lain di persekitaran.

top related