prosa pak belalang

Post on 11-Jul-2015

510 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

AMNOSAHLI KUMPULAN :

• I lman• Azeem• Haziq• Vinodhan• Meor

Prosa Pak Belalang

• Sinopsis

• Tema

• Persoalan

• Watak & Perwatakan

• Latar

• Plot

• Gaya Bahasa

• Nilai

• Pengajaran

Juragan datang menghadap Raja Indera Maya. Dia membawa anak itik yang baru menetas. Dia meminta Raja Indera Maya bertaruh dengan meneka jantina anak itik yang dibawanya. Dia bersedia menyerahkan ketiga-tiga buah kapal dagangnya kepada Raja Indera Maya jika dia tewas. Sebaliknya, jika Raja Indera Maya gagal dalam pertaruhan, kerajaan Indera Maya akan menjadi milik Juragan. Tanpa berfikir panjang Raja Indera Maya terus bersetuju. Baginda yakin bahawa ahli nujumnya, Pak Belalang mampu memberikan jawapannya dalam masa tiga hari.

SINOPSIS

Pak Belalang berdukacita kerana takut tidak dapat menyelesaikan masalah itu dan dia bimbang apabila pembohongannya selama ini akan terbongkar. Pada suatu malam, Pak Belalang mengambil keputusan berperahu ke kapal milik Juragan. Kebetulan pada ketika itu, Juragan sedang mendedahkan rahsia itu kepada isterinya. Pada hari yang dijanjikan, Pak Belalang berjaya memberikan jawapannya. Sebagai akibatnya, Juragan dan isteri serta anak-anak kapalnya terpaksa balik ke negeri mereka sehelai sepinggang.

Kejayaan dalam menyelesiakan sesuatu masalah disebabkan oleh sering bernasib baik.

TEMA

Usaha tangga kejayaan.Orang yang tamak selalu rugi.Sikap tidak berwaspada sering mengundang kesan yang negatif.

PERSOALAN

Pak BelalangAhli nujum istana yang bijak.Sering berdalih untuk melepaskan diri.Rajin berusaha dan tidak mudah

putus asa.Sentiasa berdoa dan berserah kepada Tuhan agar diberikan petunjuk.Sentiasa bernasib baik dalam menyelesaikan masalah.

WATAK & PERWATAKAN

JuraganSeorang pedagang yang kaya.Suka bertaruh.Jujur dan berpegang kepada janji.Mendapat malu dan kerugian selepas tewas dalam pertaruhan.Tidak pandai menyimpan rahsia.

Raja Indera MayaBerani dan yakin akan kebolehan Pak Belalang.Suka bertaruh juga.Tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan.Baik hati dan bertimbang rasa.

Latar Masa: Pada zaman feudal, cerita berlangsung selama tiga hari.

Latar Tempat: Negeri Indera Maya, balairung seri, istana raja, rumah Pak Belalang, dalam Kapal Juragan.

Latar Masyarakat:Masyarakat Melayu pada zaman feudal beragama Islam.Terdapat segelintir pihak yang suka bertaruh.Masyarakat yang menjalankan perniagaan.

LATAR

PLOT

Permulaan – Juragan meminta Raja Indera Maya bertaruh menentukan jantina anak itik yang dibawanya.

Perkembangan – Raja bersetuju untuk bertaruh dan meminta Pak Belalang menyelesaikan masalah itu. Pak Belalang takut rahsianya selama ini akan diketahui raja. Oleh itu, dia nekad pergi ke kapal milik Juragan untuk mendapatkan maklumat.

Klimaks – Secara kebetulan, dia terdengar perbualan antara Juragan dengan isterinya tentang jawapan untuk menyelesaikan masalah itu.

Peleraian – Pak Belalang dapat menyelesaikan masalah itu. Juragan balik ke negerinya sehelai sepinggang.

Bahasa klasik – hatta, sebermula, sahaya, hina.Bahasa istana – baginda, tuanku, menitahkan.Bahasa Arab – kudrat, Ya Allah ya rabbi….Peribahasa – buah hati, sehelai sepinggang.Simile – serasa mati hidup kembali.

GAYA BAHASA

NILAI

Yakin pada diri sendiri, patuh pada janji, kebijaksanaan, kigigihan, hormat dan setia kepada raja.

PENGAJARAN

Kita haruslah yakin dalam semua perkara yang kita lakukan.

Setiap orang hendaklah berusaha dan berfikir secara kritis untuk menyelesaikan masalah.

Elakkan diri daripada bersikap suka berbohong.

Elakkan perbuatan suka bertaruh kerana akhirnya akan merugikan diri sendiri.

top related