konservasi rekreasi darat
Post on 04-Sep-2015
202 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
KONSERVASI
REKREASI
DARAT PERANAN PEMIMPIN REKREASI DARAT DALAM PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI
-
DEFINISI KONSERVASI Konservasi berasal dari perkataan
Conservation yang terdiri dari gabungan kata con (together) dan servare (keep/save) yang memberi pengertian mengenai keupayaan memelihara apa yang kita miliki (keep/save what you have), namun secara bijaksana (wise use). Idea ini dikemukakan oleh Theodore Roosevelt (1902) yang merupakan orang Amerika pertama yang mengemukakan tentang konsep konservasi.
Menurut Kamus Dewan, Konservasi didefinisikan sebagai menjaga dan memelihara sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan.
-
Konservasi boleh dibahagikan kepada 2 konsep iaitu :
Konsep Pemeliharaan Memelihara dan mengekalkan keadaan alam semulajadi / ekosistem pada tahap yang baik.
Konsep Pemuliharaan Memulihkan keadaan alam semulajadi / ekosistem yang telah terjejas, dan setelah mencapai pada tahap baik diterapkan konsep pemeliharaan.
-
KEPENTINGAN KONSERVASI
REKREASI DARAT Kesedaran
Pendekatan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam semula jadi.
Pengetahuan Pendekatan konservasi akan memberi
pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah dan krisis alam semula jadi. Kesemua ini diharap akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab.
Kemahiran Pendekatan konservasi akan melahirkan
masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memelihara alam semula jadi. Kemahiran amat perlu dalam menyelesaikan masalah alam sekitar.
-
Kebolehan menilai
Pendekatan konservasi akan membantu
individu dan masyarakat supaya dapat menilai
dan mengambil kira faktor persekitaran dalam
semua tindakan.
Bekerjasama
Pendekatan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan
bertanggungjawab dalam menghadapi isu
dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar.
Pemeliharaan Hutan sumber rekreasi darat
Pendekatan konservasi akan memastikan
sumber rekreasi darat yang utama iaitu hutan
dan ekologinya dapat dikekalkan dan jika
terdapat kemusnahan, ia boleh dihentikan dan
dipulihkan.
-
PERANAN-PERANAN AGENSI
LUAR TERHADAP KONSERVASI
PERSATUAN REKREASI
PERSATUAN JURULATIH REKREASI
PERHILITAN
JABATAN PERHUTANAN
PERSATUAN PEMANDU
PELANCONG
-
PERANAN PERSATUAN
REKREASI Memastikan aktiviti-aktiviti rekreasi yang dijalankan
dibawah pengawasan persatuan tersebut yang mempunyai direct contact dengan alam semulajadi tidak menyebabkan berlakunya kemerosotan kpd alam.
Menerapkan konsep konservasi di dalam peserta-peserta rekreasi.
Mematuhi peraturan-peraturan konservasi yang ditetapkan oleh PERHILITAN & Jabatan Perhutanan.
Memastikan jurulatih-jurulatih rekreasi yang bertugas telahpun menghadiri kursus yang berkaitan konservasi.
Menggunakan peralatan atau bahan-bahan rekreasi yang mesra alam.
-
Membuat laporan kepada jabatan
perhutanan atau perhilitan jika terdapat
kemusnahan alam sekitar di lokasi aktiviti
rekreasi darat.
Sentiasa mengadakan perbincangan
sesama persatuan-persatuan rekreasi
yang lain di dalam memperkasakan
konsep konservasi
Menjalankan konsep had daya tampung
(carrying capacity)
-
PERSATUAN JURULATIH
REKREASI
Memastikan semua jurulatih-jurulatih rekreasi darat diberi kursus khas berkaitan konservasi terhadap alam sekitar.
Memastikan kursus yang dijalankan terhadap jurulatih rekreasi menggunakan modul konservasi yang terkini.
Membuat pemantauan agar jurulatih-jurulatih rekreasi luar mengaplikasikan konsep konservasi ketika bertugas.
Memastikan persatuan-persatuan rekreasi menggunakan jurulatih-jurulatih yang telah dilatih oleh persatuan jurulatih rekreasi.
-
PERANAN PERHILITAN (JABATAN
PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR &
TAMAN NEGARA)
Menjalankan program pemantauan dan pengurusan spesies hidupan liar serta habitatnya
Mengumpul semua maklumat spesies hidupan liar dan lain-lain yang berkaitan serta gambar-gambar yang ada bagi menyediakan pangkalan data dan Geographic Information System (GIS) yang lengkap.
Menyediakan perkhidmatan dalam menangani aduan gangguan hidupan liar diseluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang aduan boleh dibuat melalui:
e-Aduan atau kepada Pengarah-pegarah PERHILITAN Negeri
-
Menjalankan program pengkayaan habitat dibeberapa buah lokasi di Kawasan Perlindungan serta di luar Kawasan Perlindungan Jabatan. Program pengkayaan habitat ini bertujuan:
Membaik pulih kualiti habitat bagi menyediakan persekitaran ekologi yang sesuai dalam mempertingkatkan lagi populasi spesies hidupan liar.
Menambahkan sumber makanan bagi spesies hidupan liar dengan adanya pembinaan padang ragut, jenut tiruan dan penanaman pokok buahan hutan.
Menggalakkan hidupan liar berada di dalam lingkungan kawasan perlindungan bagi menggelakkan berlakunya pertembungan konflik hidupan liar-manusia.
-
Mengendali konflik manusia-hidupan liar
boleh dirujuk sebagai lakuan atau tindakan
spesies hidupan liar yang boleh
menyebabkan kematian, kecederaan,
kerosakan harta benda, kemusnahan
tanaman pertanian, kematian haiwan
ternakan dan menimbulkan rasa ketakutan
ke atas keselamatan orang ramai. Sementara
itu, hidupan liar yang dimaksudkan ialah
spesies yang tersenarai di dalam Akta
Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Punca utama konflik manusia-hidupan liar ini
berlaku ialah disebabkan persaingan bagi
mendapatkan makanan dan ruang untuk
hidupan antara manusia dan hidupan liar.
-
PERANAN JABATAN HUTAN Menggubal dasar-dasar perhutanan,
memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan.
Melaksana dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pengurusan, pembangunan dan pemeliharaan kepelbagaian biologi hutan; dan memberi nasihat teknikal pembangunan hutan kepada Jabatan Perhutanan Negeri.
-
Melaksana dan menyelaraskan pembangunan dan pengurusan ladang hutan; pembangunan hutan tani, tapak semaian, gen bank dan kawasan pengeluaran biji benih; pemuliharaan kawasan pesisiran pantai; dan pencegahan serta pengawalan kebakaran hutan, penyakit dan agen perosak.
Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan dan kursus-kursus teknikal; serta kursus-kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.
-
Pelaksanaan dan pemantauan aktiviti-
aktiviti penguatkuasaan hutan serta
memberi khidmat nasihat dan bantuan
teknikal kepada Jabatan Perhutanan
Negeri bagi perkara-perkara berkaitan
dengan aduan, pengumpulan maklumat
dan siasatan mengenai kes-kes kesalahan
hutan.
Menyelaras, memantau dan menilai
pelaksanaan pembangunan forest eco-
park dan hutan taman negeri, serta
memberi khidmat nasihat teknikal
berkaitan ekopelancongan hutan
kepada Jabatan Perhutanan Negeri.
-
PERANAN PERSATUAN
PEMANDU PELANCONG
Memastikan pemandu-pemandu
pelancong alam semulajadi (nature
guide) menjalani kursus berkaitan
konservasi alam sekitar.
Memastikan pemandu pelancong
menerapkan konsep konservasi kepada
pelancong dengan menerangkan
kepentingan alam semulajadi kepada
manusia.
-
KONSEP LEAVE NO TRACE Konsep Leave No Trace telah
diperkenal oleh sebuah pertubuhan
bukan keuntungan di Australia yang
berdedikasi untuk mempromosi dan
memberi inspirasi kepada penggiat
aktiviti rekreasi luar melalui
pendidikan, penyelidikan dan
perkongsian. Leave No Trace
merupakan kesedaran dalam
membina, menghargai dan
menghormati warisan alam semula
jadi dan budaya kita.
-
7 PRINCIPLES OF LEAVE NO
TRACE
-
ASAS EKOSISTEM ALAM
SEMULAJADI
Ekosistem merupakan interaksi dan
hubung kait antara benda hidup (biotik )
dengan benda bukan hidup ( abiotik)
dalam alam semula jadi.
Komponen biotik termasuklah semua jenis
makhluk yang hidup seperti manusia,
haiwan, tumbuhan, dan micro organisma.
Manakala komponen abiotik meliputi
komponen tidak hidup seperti tanah, air,
angin, udara, cahaya matahari dan
sebagainya.
-
Ekosistem hutan pula adalah
hubungan antara kumpulan beberapa
populasi sama ada flora dan fauna yang
hidup dalam lapisan dan di
permukaan tanah dan terletak pada
suatu kawasan serta membentuk suatu
kesatuan ekosistem.
Ekosistem hutan terganggu apabila
terdapatnya aktiviti manusia yang
sewenang-wenangnya meneroka
kawasan hutan semula jadi untuk tujuan
pembangunan.
top related