kompetensi 4

Post on 27-Oct-2015

74 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

mengenai tv dan pemasangan

TRANSCRIPT

AUDIO AND VIDEO SYSTEM INSTALLATION ETN 202

Selamat Datang ke.......

SEMOGA ALLAH TA’ALA MEMBERKATI SEGALA ILMU YANG AKAN DIPEROLEHI. INSYA’ALLAH

‘Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang ’

Kandungan Kompetensi

K1 PLAN AND PREPARE HI- FI INSTALLATION

K2 PLAN AND PREPARE PUBLIC ADDRESS INSTALLATION

K3 PLAN AND PREPARE AUDIO CONFERENCE SYSTEM

K4 PLAN AND PREPARE TELEVISION SYSTEM

Kandungan Kompetensi

K5 SELECT LOCATION CCTV SYSTEM INSTALLATION

K6 IDENTIFY MULTIMEDIA EQUIPMENT INSTALLATION

K7 IDENTIFY DVD PLAYER INSTALLATION

K8 PREVENTIVE ANTENNA MAINTENANCE

Objektif Umum

Selepas tamat mempelajari modul ini, pelajar dapat:

Menjalankan pemasangan sistem audio dan video

Menguji kebolehkhidmatan pemasangan sistem audio dan video

Mengenalpasti dan melakukan fungsi kunci kawalan pengguna

Memilih kabel yang betul

Menyambung kabel dan penyambung sistem audio dan video

Merancang dan menyediakan sistem audio dan video untuk pemasangan

Mentafsir dan mengikut buku panduan dan arahan

Mengaplikasi keperluan keselamatan

Objektif Umum

PLAN AND PREPARE TELEVISION SYSTEM

MERANCANG DAN MENYEDIAKAN SISTEM

TELEVISYEN

SISTEM TV MALAYSIA

1. Sistem pengimbasan yang digunakan TV Malaysia ialah berselang seli.

2. Sistem warna - Phase Alternate Line (PAL).

Terdapat 2 julat yang digunakan di Malaysia sebagai sistem pancaran iaitu Very High Frequency (VHF) dan Ultra High Frequency (UHF).

VHF (30 MHz ± 300 MHz) UHF (300 MHz ± 3000 MHz)

4. Julat yang digunakan akan menentukan jenis antenna

5. Elemen antenna VHF lebih panjang berbanding UHF.

PENGIMBASAN BERSELANG SELI

6. Julat VHF terdapat 2 jalur iaitu jalur 1 dan jalur III.

7. tahun 2003 julat frekuensi yang digunakan untuk setiap saluran ialah UHF. Saluran RTM1, RTM2, TV3, NTV7 dan 8TV menggunakan julat UHF.

8. Sistem-sistem yang digunakan di dunia termasuklah NTSC (National Television Standard Committee), SECAM (Sequential A Memoire) dan PAL (Phase Alternating Line).

9. Sistem NTSC digunakan di bahagian Utara dan Selatan Amerika, Jepun dan Kepulauan Carribean.Ianya dipancarkan pada sistem garisan 525. 10Sistem SECAM digunakan di Perancis,

Belgium, Russian dan lain-lain negara. Perkataan SECAM adalah daripada sebutan Perancis yang menerangkan bahawa pemancaran signal secara berturutan dengan penggunaan litar bersepadu yang menyimpan maklumat (Memory Device). Ianya dipancarkan pada sistem garisan 625

11.Sistem PAL (Phase Alternating Line) atau Garisan Ubahan Fasa digunakan di Britain, Ireland dan juga Malaysia. Ia dipancarkan pada sistem garisan 625. 

PENGENALAN KEPADA SISTEM TELEVISYEN

Sistem Televisyen ialah satu kaedah penghantaran dan penerimaan isyarat

gambar serta isyarat bunyi yang terhantar melalui system penghantaran dalam bentuk

gelombang radio. Isyarat-isyarat ini akan diterima oleh penerima Televisyen dan

kemudian ditukar semula kepada bentuk gambar bergerak dan bunyi secara

serentak

IN-DOOR ANTENNA

ANTENNA TV OLD

ANTENA

• MEMERANGKAP SEMUA ISYARAT-ISYARAT PEMBAWA FREKUENSI RADIO

• MENUKARKAN KEMBALI GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK KEPADA ISYARAT ELEKTRIK

• ISYARAT ELEKTRIK DISALURKAN KEPADA PENALA TV DIMANA IA MEMILIH SATU SALURAN YANG DIKEHENDAKI SAHAJA

PENALA

GALANGAN ANTENA

• (Za) berubah mengikut nilai-nilai arus pada titik yang berlainan di sepanjang antena

• Pada kedua -dua penghujung elemen antena Za mempunyai nilaian ribu ohm

• Nilai-nilai tersebut adalah galangan arus ulang-alik (AC) yang sepadan dengan nisbah V/I yang mana tidak boleh diukur dengan meter ohm

GANDAAN ANTENA

• Untuk menyatakan penambahbaikan isyarat bagi sesuatu antena ke satu antena

• Gandaan selalu dalam unit desibel atau dB.

NISBAH HADAPAN KE BELAKANG

• Nisbah tersebut bermaksud jumlah isyarat yang diterima dari hadapan apabila dibandingkan dengan penerimaan isyarat dari belakang

• Nisbah isyarat hadapan 2 kali voltannya dari isyarat belakang

ANTENA DWIKUTUB LURUS

• Pembahagian gelombang antena ini menunjukkan arus (I) dan voltan (E) merupakan satu sampul bagi nilai-nilai puncak isyarat AC yang berubah-ubah pada titik-titik berlainan disepanjang elemen antena.

ANTENA DWIKUTUB TERLIPAT • Dwikutub terlipat dibina dengan

menggunakan sebatang elemen atau rod yang dirupa bentukan panjangnya mengikut separuh daripada panjang gelombang () bagi sesuatu frekuensi yang hendak ditala

• Rintangan antena dwikutub terlipat adalah lebih kurang 300 berbanding rintangan dwikutub lurus separuh gelombang yang mempunyai rintangan 75.

ANTENA YAGI• Ia gabungan dari Dwikutub Berlipat,

Satu Pembalik / Pemantul dan Beberapa Pengarah.

• Penambah bilangan unsur Pengarah akan menambahkan gandaan dan membaiki kearahan atau kepekaan gelombang.

• Kekuatan isyarat menjadi besar dari arah hadapan, isyarat yang kecil dari arah belakang tetapi sudut bukaan kearahan menjadi kecil

TALIAN PENGHANTARAN

• Talian penghantaran adalah satu pengalir yang mempunyai fungsi menghantar isyarat daripada antena ke penerima TV.

• Tiga faktor penting yang diperlukan di dalam talian penghantaran adalah seperti berikut

i. Kehilangan isyarat yang minimumii. Tiada pemantulan isyarat

dalam talian iii.Tiada punggutan isyarat

yang disebabkan oleh talian itu sendiri.

Faktor (i) - Jika berlaku kehilangan isyarat yang maksimum boleh menyebabkan gambar yang dipaparkan menjadi bersajli atau tiada gambar. Manakala suara pula terdapat gangguan desiran

Faktor (ii) & (iii) - Jika berlaku boleh menyebabkan gambar yang dipaparkan akan menjadi berbayang atau berhantu. Jika pungutan isyarat berlaku di dalam talian penghantaran ini bermakna talian penghantaran telah mengambil alih peranan antena. Untuk menahan punggutan, talian penghantaran haruslah seimbang atau dilindungi atau kedua-duanya sekali.

JENIS JENIS KABEL ANTENA

KABEL DAWAI KEMBAR DUA SELARI (TWIN FLAT LEAD)

• Talian kembar ini jenis tertimbang dan tidak berperisai.

• Kehilangan arus yang rendah dan boleh didapati dengan galangan (Za) = 300

• Kebaikannya harga murah, boleh lentur untuk pengelolaan yang mudah dan tidak memerlukan balun transfomer

KABEL SEPAKSI (COAXIAL CABLE)

• Ia mempunyai kemuatan yang lebih besar

• Talian ini mengandungi satu pengalir pusat yang terletak di dalam satu bahan penebat (dielektrik) dan ditutup pula oleh satu perisai atau jaring logam.

• Pengalir ini biasanya diperbuat daripada kuprum atau aluminium

• Digunakan ditempat yang bising di mana pikap kepada gangguan isyarat-isyarat sesat

• Kehilangan isyarat boleh diatasi dengan menggunakan alat tambahan yang dipanggil Booster yang dipasangkan di dalam sistem pemasangan antena

• Jenis-jenis kabel untuk TV adalah RG - 11U dengan garis pusat luarnya 0.4 inci (1 cm) bagi galangan Za = 75 dan juga RG - 59 yang bergaris pusat luar 0.24 inci bagi galangan Za = 73

TALIAN GARISAN TERBUKA (WIRE OPEN-WIRE LINE) Satu lagi talian yang boleh digunakan sebagai talian penghantaran, tetapi ianya jarang sekali digunakan. Iaitu talian garisan terbuka. Ia mempunyai 2 dawai yang tidak bersalut. Kedua-dua dawai tersebut selari dipisahkan oleh bahan penebat.

Dawai yang tidak bersalut

MENGENAL PASTI KEDUDUKAN SISTEM TELEVISYEN YANG BETUL

• supaya isyarat yang dihantar daripada antena ke set TV tidak hilang diperjalanan diantara antena dengan set TV.

• Syarat-syarat yang diperlukan untuk garisan pemancaran yang baik adalah seperti berikut :-

Dawai yang digunakan sebagai garisan pemancaran mestilah jenis dawai yang paling kurang rintangannya supaya isyarat arus elektrik yang mengalir didalamnya tidak berkurangan

Dawai yang digunakan sebagai garisan pemancaran mestilah tidak boleh menangkap isyarat kerana apabila dawai yang bersambung diantara antena dengan set TV menangkap isyaratnya sendiri, ini akan menganggu isyarat yang ditangkap oleh antena.

Dawai yang digunakan sebagai garisan pemancaran mestilah tidak memancarkan isyarat yang disalurkan kepadanya.

MENYESUAIKAN RINTANGAN ANTENA DENGAN RINTANGAN SET TV.

• Kebanyakkan isyarat akan hilang semasa ia berpindah daripada antena ke set TV.

• Oleh kerana rintangan pada antena berbagai nilai diantaranya 75, sedangkan rintangan bahagian masuk ke set TV tidak sama dengan rintangan antena.

• untuk menyesuaikan kedua-dua rintangan tersebut maka dawai untuk garisan pemancaran TV yang mempunyai rintangan sebanyak 300 digunakan. Untuk menyesuaikan rintangan 75 dengan 300 maka dua transformer kecil digunakan sebagai perantaraan 75 dengan 300 Transformer tersebut dipanggil BALUN.

C

D

300

A

B

75

Rajah 2 : litar transformer BALUN

BOOSTERS• Apabila isyarat yang diterima oleh

antena daripada pemancar terlalu lemah, sejenis alat yang dipanggil BOOSTERS hendaklah digunakan

• Alat BOOSTERS dipasang di antara antena dengan set TV

• Tugasnya untuk membesarkan isyarat daripada antena supaya isyarat tersebut sesuai ke dalam set TV

• Isyarat daripada antena dibesarkan oleh sebuah penguat terlebih dahulu dan isyarat yang telah diperbesarkan akan berpecah kepada beberapa kumpulan untuk masuk ke dalam set TV

LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN ANTENA

Ada berbagai cara pemasangan antena pada rumah-rumah dan di bawah ini adalah langkah-langkah bagaimana hendak memasang antena pada rumah-rumah :- 1. sebelum sesuatu antena dipasang, kita hendaklah mengenal pasti tempat yang sesuai untuk kerja pemasangan antena tersebut. Jika kita hendak memasang di dinding pastikan rumah tersebut samada dindingnya kayu atau batu-bata.

2. Tempat yang hendak dipasang hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :-

a. Tidak terlindung daripada station pemancar oleh bangunan-bangunan tinggi atau pokok-pokok kayu besar.b. Hendaklah jauh daripada janakuasa, mesin X-Ray dan lain-lain lagi kerana kemungkinan akan menganggu perjalanan pemancaran syarat.c. Hendaklah seberapa tinggi yang boleh jika ada bahagian-bahagian yang melindungi antena perkara (a) di atas.

3. Setelah didapati tempat yang sesuai, kita pasangkan Bracket untuk memasang antena di dinding atau di bumbung. 4. Sambungkan dawai talian penghantaran pemancar ke antena dan hujung yang satu lagi ke set TV. 5. Pusingkan antena perlahan-lahan menghala arah stesyen pemancar dan didapati gambar TV terang, ikat skrew yang terdapat pada bracket supaya antena tidak berpusing.

ANTENA VHF ANTENA UHF

PENGGALAK DAN BEKALAN KUASA

TELEVISYEN

SAMBUNGAN ANTENA

top related