kebaikan dan

Post on 09-Jul-2016

280 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

ad

TRANSCRIPT

 

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN KOMPUTERDewasa kini, negara semakin maju seiring dengan azam menuju ke arah wawasan 2020.Segalanya

bermula dengan kemunculan alat teknologi yang semakin canggih. Komputer merupakanantara alat teknologi yang semakin hari semakin diperlukan

masa kini. Antara kebaikan penggunaankomputer ialah menyimpan segala maklumat yang penting dan memudahkan urusan harian.Kebaikan penggunaan

komputer ialah membantu manusia dalam menyimpan segala maklumatyang penting. Pada zaman nenek moyang kita, mereka perlu menulis kembali

segala surat ke atas kertasyang lain untuk simpanan dan tujuan tertentu. Cara ini mempunyai banyak kelemahan antaranya hilangdakwat tulisan dan kertas menjadi

kuning sehingga sukar untuk membacanya. Komputer telah mengubahtradisi ini kepada yang lebih baik dan memudahkan kita dengan hanya perlu

mengimbas segala sijil dansurat yang penting ke dalam komputer dan akan disimpan secara selamat. Tidak dinafikan dengan adanyakomputer, segala maklumat

disimpan dengan lebih sistematik.Selain itu, komputer memudahkan urusan harian merupakan antara kebaikan penggunaankomputer. Pada masa kini,

komputer yang dulunya merupakan alat teknologi yang tidak mampu dimilikisekarang merupakan alat teknolgi yang wajib dimiliki dalam urusan harian.

Segala urusan harianmemerlukan penggunaan komputer seperti menyiapkan kertas kerja, menulis karangan dan sebagainya.Tanpa penggunaan

komputer, urusan yang sepatutnya menjadi mudah hanya akan menjadi lebih sukar.Justeru, kebaikan penggunaan komputer sememangnya

memudahkan segala urusan harian kita.Walaubagaimanapun, di setiap kebaikan pasti ada keburukan. Antara keburukan penggunaankomputer ialah penyimpanan

maklumat yang tidak terjamin. Komputer merupakan sebuah mesin yangmenyimpan segala maklumat penting ke dalam bentuk yang lebih ringkas. Tetapi,

maklumat yangdisimpan tidak terjamin kekal selamanya. Oleh itu, kita tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada bantuan komputer dalam

menyimpan maklumat yang penting. Kita seharusnya menyimpan maklumatyang penting dalam beberapa salinan seperti dalam cakera

keras dan sebagainya.Selain itu, keburukan penggunaan komputer ialah kurang berinteraksi dengan masyarakat luar.Contoh yang termudah, kita boleh

lihat kesan penggunaan komputer terhadap kanak-kanak. Merekacenderung untuk menghabiskan masa mereka dengan bermain permainan di komputer

tanpamenghiraukan keadaan sekeliling. Kesannya, kanak-kanak zaman sekarang kurang berinteraksi denganmasyarakat luar. Kanak-kanak seharusnya dididik

sedari kecil dengan perkara yang baik untuk kebaikanmereka.Kesimpulannya, penggunaan komputer boleh mendatangkan kebaikan dan

keburukan terhadap pengguna. Semuanya bergantung kepada diri kita samada menggunakan komputer untuk tujuan yanglebih baik ataupun hanya

menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.Bak kata pepatah,mencegah lebih baik daripada mengubati. Sememangnya penggunaan

komputer semakin diperlukanuntuk memudahkan urusan harian kita

top related