isi pelajaran interaksi 5 pkp 3108
Post on 14-Apr-2018
255 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
1/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Tajuk 5BAHAN BANTU BELAJAR KEMAHIRAN TULISAN,
EJAAN DAN MENULIS KARANGAN
Sinopsis
Bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran yang sesuai dan
menarik amat perlu bagi merangsang minda dan kreativiti pelajar-pelajar. Penggunaan
bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dapat meningkatkan kejayaan
pengajaran dan pembelajaran dan boleh menimbulkan motivasi dan keinginan pelajar
untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Atan Long dalam Mat Nor Hussin (1987), beliau berpendapat bahawa terdapat
pelbagai bahan pengajaran dan bahan bantu. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk
buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan
bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.
Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi
pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan
bahan bantu mengajar yang berkesan. Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih
mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
1
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
2/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
5.1 Hasil Pembelajaran
i. Menyatakan kepentingan bahan bantu belajar
ii. Menyenaraikan jenis-jenis bahan bahasa Melayu
iii. Membuat pemilihan bahan bahasa Melayu
iv. Menghasilkan bahan bantu belajar
5.2 Kerangka Konsep
Sumber dan pelajaran
2
Sumber pengajaran dan pembelajaran
Bukan ManusiaManusia
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
3/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
5.3 Kepentingan Bahan
Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih
berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan
kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha
menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain
memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya
menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam bahasa Melayu dan sastera. Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan bahasa Melayu
antaranya Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua
institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan... (Yahya Don, 2005).
Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan
mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis
tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawa pembelajaran Bahasa Melayu adalah
membosankan..
5.4 Jenis-jenis Bahan
Dalam konteks Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM), bahan bantu belajar merangkumi semua benda yang boleh
dilihat, didiengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan
sebagainya. Bahan ini boleh digolongkan kepada bahan prosa, bahan puisi, dan bahan
grafik.
3
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
4/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
i. Bahan prosa meliputi makalah, rencana, esei, cerita, drama, laporan dan
berita
ii. Bahan puisi meliputi pantun, syair, seloka, gurindam, dan sajak
iii. Bahan grafik meliputi gambar rajah, graf, carta, jadual,peta, dan pelan
Alat-alat yang digunakan seharusnya mengandungi bahan yang sesuai bergantung pada
tajuk, kemahiran, dan objektif yang telah ditentukan oleh guru dalam pembelajaran yang
hendak diajar dalam pengajaran. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan
sebagai merangkumi segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi
sesuatu tujuan dan bahan. Manakala penggunaan bahan pembelajaran dapat
membantu murid membuat hubung kait antara benda konkrit dan abstrak, dapat
mengukuhkan ingatan dengan lebih lama, juga dapat membantu menyelesaikan masalah
secara sendiri dan yang terakhirnya dapat digunakan sebagai alat untuk aktiviti
pengayaan dan pemulihan.
Terdapat tiga kategori bahan bantu belajar, iaitu
i. bahan maujud;
ii. bahan pelbagai media; dan
iii. bahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
5.4.1 Bahan Maujud
Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud merupakan bahan konkrit atau
bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyatayang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah
diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber pengajaran dan
pembelajaran sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga
boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber pengajaran dan
pembelajaran pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat
tulis dan perkakas sains.
4
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
5/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis, iaitu realia asli, realia awet dan spesimen.
Realia asli terbahagi kepada dua, iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan
yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup
contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula adalah seperti jentera
ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang
kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang
ketiga ialah spesimen.
Spesimen ialah sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-
hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada
kumpulan hidup tersebut. Kebiasaannya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan
awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi
penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan
sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar yang melibatkan
pengalaman sedia ada mereka serta merangsang penggunaan deria penglihatan,
pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.
Bahan maujud yang boleh digunakan oleh murid pemulihan
5
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
6/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
5.4.2 Bahan Pelbagai Media
Media merupakan alat atau perkakasan yang digunakan bagi menyampaikan maklumat
kepada manusia. Media yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar terdiri daripada
media cetak dan media elektronik. Media menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
Cetakan Kedua 2007 merupakan pelbagai alat saluran atau perantara komunikasi, alat
atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya yang berupa bahan cetakan atau
terbitan. Cetak pula ditakrifkan sebagai tanda, huruf pada kertas atau kain.
Berdasarkan definisi literal tersebut dapatlah dinyatakan secara konseptualnya bahawa
media cetak merujuk kepada segala jenis bahan yang bercetak. Antara contoh bahan
bercetak ialah gambar, keratan akhbar, poskad, risalah dan sebagainya.
Manakala media elektronik pula ialah media yang menggunakan alat elektrik dan
komponen-komponennya seperti jaringan internet, televisyen, radio, cakera padat (CD),
video cakera padat (VCD) dan kaset.
Bahan cetak
Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud
secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada
bahan bercetak ialah bahan ini mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil
daripada tulisan tangan mana-mana individu.
Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog,
kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak
seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib.
Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal
di bidang masing-masing.
6
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
7/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru
di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan
ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu, bahan ini kekal dan mudah
dirujuk pada bila-bila masa.
Kelebihannya yang lain ialah bahan cetak mudah alih dan mudah diakses untuk dijadikan
sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan. Namun
begitu, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Kebiasaaannya
bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi
sukar untuk dibawa kerana berat, juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah
apabila berlakunya peredaran zaman. Isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan
dan tidak terkini.
5.4.3 Teknologi maklumat dan komunikasi
Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat ( Information
Technology) ataupun IT merupakan teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi
banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah
dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana penggunaan IT secara terancang dan
bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran itu.
Bagi guru yang menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran ini, mereka boleh
menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekaliialah multimedia. Komputer ialah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru
untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada
masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian- perisian
yang percuma disediakan oleh kerajaan. Isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan
pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini, jika digunakan secara betul jadi
guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung.
7
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
8/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik
dengan grafik yang ada pada bahan ini secara tidak langsung telah menarik perhatian
mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulang kaji perkara yang telah dipelajari
dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat
perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya kelebihan penggunaan bahan
teknologi maklumat ini adalah banyak berbanding kelemahan yang ada. Walau
bagaimanapun kelemahan yang ada akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya
pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.
5.5 Pemilihan dan Penghasilan Bahan Kemahiran Menulis dan Mengeja
Keberkesanan sesuatu pegajaran turut bergantung pada bahan sumber yang digunakan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini sama ada dihasilkan sendiri
oleh guru ataupun dibeli perlulah bersesuaian dengan kumpulan dan keperluan murid.
Tujuan pengunaan bahan-bahan bantu mengajar ialah:
i. Memberikan rangsangan dan meningkatkan tumpuan perhatian murid.
ii. Membantu dalam pengajaran dan meningkatkan kefahaman murid.
iii. Menjimatkan masa dalam pelaksanaan pengajaran & pembelajaran.
iv. Mempelbagaikan kegiatan dan penglibatan murid dalam aktiviti-aktivitipembelajaran.
v. Memberi keseronokan belajar dan keinginan untuk berjaya dalampembelajaran kepada murid.
Semasa merancang dan menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaranuntuk murid pemulihan, anda perlu memberi perhatian kepada beberapa aspek sepertiberikut:
i. Umur murid
ii. Masalah bahasa yang dihadapi oleh murid
iii. Tahap keupayaan intelek murid
iv. Jangka masa bahan digunakan
8
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
9/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
v. Penggunaan secara individu, kumpulan kecil atau secara kelas.
Apabila anda menghasilkan bahan bantu mengajar, anda harus memastikan bahawabahan sumber tersebut menepati beberapa ciri seperti yang berikut:
i. Menarik dari segi warna, saiz, bentuk dan bentuk 3D
ii. Berkesan dan sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak disampaikan
iii. Kos penghasilan adalah tidak terlalu tinggi
iv. Tidak membahayakan pelajar dan selamat digunakan
5.5.1 Kesesuaian Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran danPembelajaran
i. Bahan yang sesuai
Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis sebenarnya
berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif
dan matlamat pengajaran bahasa Melayu. pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran;
keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran
murid.
Penggunaan Kesesuaian/Pemilihan Bahan
Objektif dan matlamat
pengajaran
(a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan
dapat membantunya mencapai objektif danmatlamat pengajaran;
(b) Selaras dan menepati hasrat KementerianPelajaran Malaysia , Falsafah PendidikanKebangsaan dan Kerajaan Malaysia; dan
(c) Sesuai dengan budaya, adat resam,kepercayaan dan amalan dalam kalanganmasyarakat tempatan.
Pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran
(a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan
pemilihannya ditentukan terlebih dahulu.
9
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
10/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaanmurid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan
(b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, statussosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;
Suasana pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasanapembelajaran akan meninggalkan kesan yangbaik kepada murid-murid;
(b) Elemen penting dalam suasana pembelajaranialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan;dan
(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan
motivasi tinggi, mendorong, menggerak,merangsang, mengarah dan menentukan reaksimurid-murid terhadapnya.
Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai,selari dan dengan minat dan kecenderunganmurid-murid belajar.
Selain menimbang aspek kesesuaian dan pemilihannya, seseorang guru juga perlu
memberi perhatian kepada aspek-aspek seperti berikut:
ii. Bahan yang dipilih mesti mencabar
Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan
tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran),
kemudiannya mempengaruhi tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan itu,
bahan yang pilih dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu memiliki ciri-ciri
tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar.
Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip yang berikut:
bahan konkrit kepada bahan abstrak,
bahan mudah kepada yang kompleks,
bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi
fakta bersepadu,
bahan yang khusus kepada bahan yang umum,
10
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
11/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
bahan umum kepada bahan teori,
bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan
bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi.
iii. Bahan yang menepati objektif pengajaran.
Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa
Melayu. Oleh yang demikian, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk
memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan pengajaran dan pembelajaran
yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat tertentu. Antara lain, perkara
yang boleh diberi perhatian, ialah
pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan,
minat, latar belakang, pengalaman murid-murid,
urutan susunan bahan perlu teratur mempunyai hubungan, kandungan
bab kepada bab yang lain,
mengandungi maklumat atau fakta penting dan terkini mengikut semasa,
kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid,
bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi
kerajaan, dan
bahan-bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulang kaji.
iv. Bahan yang menarik minat murid-murid
Bahan bantu belajar ini perlulah mempunyai tarikan dari segi reka bentuk, saiz, ilustrasi
dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid serta mengandungi arahan yang jelas
v. Bahan yang jimat dan murah
Perkara penting yang perlu diberi pertimbangan adalah kerana kewajaran kosnya
(munasabah);
vi. Bahan yang praktikal
11
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
12/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Dari segi boleh guna, mudah alih, ekonomik, bahan boleh digunakan secara berulang
kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
lain;
vii. Bahan yang bersifat luwes
Bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan pelajar dan
antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.
Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran menulis/mengarang dan mengeja
agak berbeza sedikit. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk
kemahiran mengeja itu dinyatakan sebagaimana berikut:
Jenis-jenis bahan sumber untuk pemulihan Bahasa Melayu
i. Carta abjad kecil
ii. Carta abjad besar
iii. Carta abjad besar dan kecil
iv. Carta abjad bergambar
12
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
13/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
v. Set kad abjad kecil : jenis biasa, jenis bertebuk, jenis timbul (3D)
vi. Set kad abjad bergambar : satu huruf satu gambar, satu huruf banyakgambar,
vii. Set kad suku kata : suku kata kv, suku kata kvk, suku kata vk & vkk,
viii. Kad perkataan aneka peringkat : v + kv , kv + v , kv+kv , kvk , v + kvk , kv+kvk ,kvk+kv , kvk+kvk , kvkk , v+kvkk , kv+kvkk , kvkk+kv , kvk+kvkk , kvkk+kvk,kvkk+kvkk
ix. Kad-kad ayat
x. Papan landas dan kad landas
xi. Kad suaian : abjad dengan gambar, suku kata dengan gambar, perkataan
dengan gambar,
xii. Kad (permainan) suaian : tapak kad suaian, kepingan kad huruf untuk suaian,kepingan kad perkataan untuk suaian.
xiii. Peti pos : untuk abjad dengan gambar, untuk suku kata dengan gambar,
xiv. Kad selit : abjad, suku kata,
xv. Kad sorong tarik : gambar dengan huruf, suku kata dengan suku kata, gambardengan perkataan,
xvi. Kad lipat
Jenis-jenis permainan untuk pemulihan Bahasa Melayu
i. Permainan memancing
ii. Permainan Lotto / Binggo : gambar, suku kata, perkataan,
iii. Permainan Domino : gambar dengan gambar, gambar dengan huruf, hurufdengan huruf, suku kata dengan suku kata, suku kata dengan gambar,perkataan dengan perkataan, perkataan dengan gambar.
Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai
mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Perkara yang penting
ialah murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan, iaitu menggunakan
bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk menulis, memberikan pendapat
13
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
14/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung
kepada sejauh mana deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang
melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu
adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.
5.6 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran
5.6.1 Rancangan Pengajaran Individu
Definisi dan Konsep
RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak
sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana
keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI
adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu
disediakan untuk seseorang murid tersebut.
Hallahan dan Kauffman (1977)
RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagaidisiplin dan dibina untuk memenuhi keperluan-keperluan individu muridkurang upaya.
Bender W.N. (1995)
14
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
15/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) ialah:
satu dokumen bertulis
dirancang khusus untuk seseorang murid
dibentuk bertujuan untuk mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan
penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang
disediakan.
RPI pada dasarnya adalah satu pernyataan ringkas tentang :
tahap prestasi seseorang murid
perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik
matlamat jangka panjang yang boleh dicapai oleh murid
maklumat yang mengandungi satu siri objektif yang boleh diukur bagi setiap
matlamat yang dikenalpasti
objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan pencapaian murid-
murid dalam satu aspek berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan
oleh murid
perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang dapat disediakan
untuk murid
satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas
menghadapi cabaran hidup
Kesimpulannya:
RPI adalah rancangan penilaian yang berterusan secara individu dan sebagaiteras perancangan pendidikan dalam program pemulihan khas dan pendidikankhas.
5.6.2 Penyediaan RPI menurut masalah
Penyediaan RPI
15
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
16/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah pendokumentasian. Perlu diingat
bahawa dalam pendokumentasian RPI, tidak ada format khusus yang harus diikut.
Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen berikut :
Objektif yang khusus untuk murid berdasarkan masalah.
Strategi pengajaran yang terperinci
Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas
berkenaan.
Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif.
Prosedur penilaian yang terperinci.
Pelaksanaan
Dalam peringkat ini, segala resos dan kemudahan bantuan perlu disedia, diselaras dan
dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah :
penyelarasan penggunaannya.
mengenalpasti individu yang bertanggungjawab tentang pelaksanaan
penyelarasan program
bantuan dan sokongan kepada guru.
pemantauan dan penilaian program.
Penilaian
Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat. Maklumat tentang pencapaian dan
perkembangan murid dikumpul dan diedarkan kepada ahli.
Maklumat yang tepat tentang pencapaian dan perkembangan murid perlu dibentang oleh
guru. Segala maklumat ini perlu dibincang bersama oleh ahli jawatankuasa bagi tujuan
16
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
17/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
pemantauan. Jika perlu, strategi yang lain boleh dirangka untuk mencapai objektif yang
dirancang. Sekiranya objektif dan matlamat telah dicapai, program perancangan yang
seterusnya perlu dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.
Contoh
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
17
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
18/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
MATA PELAJARAN :________________________________
Nama Murid : Tarikh Lahir : ..
Tarikh Mula : Tarikh Semakan : .
Pengetahuan Sedia Ada :
Matlamat :
.
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
18
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
19/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
MATA PELAJARAN :
Nama Murid : Tarikh Lahir :Tarikh Mula : Tarikh Semakan :
Pengetahuan Sedia Ada :
1..
Matlamat :
1.
OBJEKTIF STRATEGIPENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PENILAIAN CATATAN
CONTOH
19
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
20/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Bahasa Melayu
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
Nama Murid : Azriza Binti Zamri Tarikh lahir : 3 Mei 2002
20
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
21/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Tarikh Mula : 1 Jan 2011 Tarikh Semakan : 30 Jan
2011
Pengetahuan Sedia Ada :
Azriza dapat mengeja dan menyebutkan perkataan suku kata terbuka (KV).
Matlamat :
Azriza dapat mengeja 20 perkataan dua suku kata terbuka (KVKV) daripada
perkataan yang diberi .
OBJEKTIF STRATEGIPENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PENILAIAN CATATAN
1. Azriza dapat
menyebut danmengeja 5perkataan duasuku kataterbuka(KVKV).Contoh : bapa,batu, baju, bayidan buku.
2. Azriza dapat
menyebut danmengeja 10perkataan duasuku kataterbuka(KVKV).Contoh : biji,mata, cili,kuku, bola,meja, ciku, tali,siku dan gigi.
1. Mengenal dan
menamakanobjek/gambar yangditunjukkan.
2. Mengeja perkataandua suku kataberpandukangambar.
3. Mengeja perkataandua suku kata(KVKV) yangdisebut oleh guru.
4. Menyesuaikanperkataan dua sukukata (KVKV) dengangambar.
5. Membuat latihan dilembaran kerja yangdisediakan.
6. latih tubi menyebutdan mengejaperkataan dua sukukata (KVKV)
berpandukangambar.
Jangka masa :
satu bulan
1. Latihanmenyebutdanmembacaperkataanbergambar.
2. Latihanmengeja
perkataanperkataansecaralisan.
3. Ujianbertulis(ejaan).
Azriza sudah
berjayamenjawab 80%dengan betuldari ujian yangdiberikan.
TERUSKAN
OBJEKTIFYANGBERIKUTN
YA.
21
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
22/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Rancangan Pengajaran Harian
(a) Komponen Persediaan Mengajar
Komponen persediaan dalam RPH terdiri daripada maklumat am, pengetahuansedia ada, kemahiran, penggabungjalinan isi kandungan, hasil pembelajaran,perentasan kurikulum, unsur terapi, dan bahan bantu mengajar.
i. Maklumat Am
Maklumat am adalah butir-butir tentang tarikh, masa, kelas/tingkatan, bilanganpelajar, mata pelajaran, dan tajuk pelajaran/pengajaran. Maklumat ini adalahpenting supaya guru dapat merancang strategi pengajaran untuk pelajarnya.
ii. Kemahiran
Kemahiran adalah kebolehan tertentu yang diharap dapat dikuasai oleh pelajarmelalui pengajaran guru. Dalam pelajaran Bahasa Melayu PKBP, kemahiranasas yang perlu dikuasai adalah seperti kemahiran mendengar, bertutur,membaca, dan menulis. Kemahiran yang hendak diajar pada waktu tertentudinyatakan dengan jelas seperti:
Kemahiran: 4.0 Membaca4.1 Membina dan membaca suku kata.
Kemahiran bahasa di atas adalah berdasarkan Huraian Sukatan PelajaranBahasa Melayu PKBP.
iii. Penggabungjalinan isi kandungan
Kandungan pengajaran terdiri daripada beberapa isi pelajaran yangdigabungjalinkan dan dinyatakan dengan jelas seperti;
4.1.1 Suku kata3.3.1 Bentuk dan bunyi huruf vokal dan konsonan
iv. Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran digunakan bagi menggantikan objektif dalampenulisan RPH. Penulisan hasil pembelajaran hendaklah dalambentuk tingkah laku, boleh diukur, dan khusus. Contoh:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
1. membina sekurang-kurangnya lima perkataan berdasarkan
gambar yang ditunjukkan kepada mereka.
22
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
23/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Membina - dinyatakan dalam bentuk tingkah lakulima perkataan - boleh diukurberdasarkan gambar - khusus
Penulisan hasil pembelajaran yang jelas dan spesifik dapat membantu guru
bergerak di atas landasan yang betul sewaktu menyampaikan pengajaranmereka.
v. Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan sedia ada adalah pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajarberkaitan dengan tajuk yang diajar, atau pengetahuan yang dimilikinyaberdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Berdasarkan pengetahuan sediaada pelajar, guru dapat:
a. menentukan peringkat pembelajaran pelajarnya;
b. dapat mengelak guru daripada mengulang mengajar sesuatu yang telahdipelajari atau dikuasai pelajar;
c. membantu guru merancang persediaan mengajar;
d. membantu guru merancang penyediaan bahan bantu mengajar;
e. menjangkakan hasil pembelajaran yang diharap dari pengajarannya.
vi. Perentasan kurikulum
Perentasan kurikulum bermaksud pelajaran bahasa yang diajar itu merentasiatau merangkumi isi kandungan mata pelajaran lain seperti sains, muzik,pendidikan seni, dan pendidikan jasmani.
vii. Penerapan nilai
Nilai murni hendaklah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung. Penerapan nilai murni adalahbersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Terdapat 16 nilaimurni yang boleh diterapkan dalam pengajaran guru. Nilai-nilai tersebutadalah baik hati, hormat-menghormati, kasih sayang, berdikari, keadilan,berhemah tinggi, kebebasan, kejujuran, keberanian, kebersihan, kerajinan,rasional, kerjasama, kesyukuran, kesederhanaan, dan semangatbermasyarakat. Guru boleh memilih mana-mana nilai murni yang hendakditerapkan sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya. Sebagaicontoh, apabila guru mengadakan aktiviti berkumpulan dan selepas itumeminta pelajar ke depan membentangkan hasil kerja mereka, maka gurutelah menerapkan nilai kerjasama dan juga nilai keberanian (apabila pelajar ke
depan kelas untuk bercakap).
23
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
24/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
viii. Bahan bantu mengajar/belajar
Bahan bantu mengajar atau bahan bantu belajar merujuk kepada media ataubahan yang guru gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara bahanbantu mengajar yang guru gunakan adalah seperti kad perkataan, kad huruf,kad imbasan, gambar tunggal atau gambar bersiri, perakam video, model ,dan sebagainya. Bahan bantu mengajar juga boleh berbentuk bahan sumberyang guru gunakan dalam pengajarannya atau sebagai rujukan seperti bukurujukan, jurnal, risalah, buletin, dan sebagainya.
Komponen persediaan ini perlu dinyatakan dengan jelas dan perinci bagi mengelakkankekeliruan. Persediaan mengajar yang baik akan dapat digunakan oleh guru lain untuk
mengajar tanpa sebarang masalah sekiranya guru berkenaan tidak dapat mengajardisebabkan sesuatu hal yang timbul.
Contoh 1:RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Nama Guru :
Sekolah : ..................................................Kelas :
24
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
25/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Tarikh : Hari : ............................Masa :
Mata pelajaran :
KUMPULAN KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3
Nama Murid1.2.
1.2.3.
Tajuk
HasilPembelajaran:Pada akhir p&pmurid dapat
PengetahuanSedia Ada
Bahan BantuBelajar
Penerapan Nilai
Kemahiran
Berfikir
LANGKAH:
Set induksi.... minit
Semua kumpulan
25
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
26/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Langkah 1.... minit
Langkah 2.... minit
Langkah 3.... minit
Penutup.... minit Semua kumpulan
Refleksi Guru Pelatih :.................................................................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
....................................................
Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing :
..
Contoh 2:RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
26
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
27/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Nama Guru : Sekolah : ..................................................................Kelas :
Tarikh :
Hari : ............................Masa :
Mata pelajaran : ..
KUMPULAN KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3
Nama Murid1.2.
1.2.3.
Tajuk
HasilPembelajaran:Pada akhir p&pmurid dapat
Pengetahuan
Sedia Ada
Bahan BantuBelajar
Penerapan Nilai
KemahiranBerfikir
LANGKAH:
Set induksi.... minit
Semua kumpulan
27
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
28/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Langkah 1.... minit Interaksi p&p
Aktiviti Pengukuhan Latihan Bertulis
Langkah 2.... minit
Latihan Bertulis Interaksi p&p Aktiviti Pengukuhan
Langkah 3.... minit Aktiviti Pengukuhan Latihan Bertulis Interaksi p&p
Penutup.... minit Semua kumpulan
Refleksi Guru Pelatih :.................................................................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
....................................................
Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing :
..
28
-
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 5 PKP 3108
29/29
PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Latihan 1
Latihan 2
Sediakan dalam kumpulan satu set permainan bahasa yang lengkapdengan peraturan penggunaannya.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan
Secara individu rancang dan bina bahan sumber mengikut agihan jenisyang di tetapkan dalam RPH yang telah di sediakan untuk mata pelajaranBahasa Melayu.
top related