ilmu pendidikan (kkbi)
Post on 12-Jun-2015
4.063 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
GAYA PEMBELAJARAN
Definisi atau Pengertian Gaya Pembelajaran :
Gaya bemaksud kelakuan, stail atau cara. Maka gaya pembelajaran
seseorang meujuk kepada stail atau cara pembelajarannya.Di bawah konteks
psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar
memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi
maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru. Mengikut ahli psikologi
mazhab kognitif, gaya pembelajaran merupakan pelbagai cara membuat
persepsi dan memproses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip.
1. Menurut Hunt (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada syarat-
syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan.
2. Mengikut Peterson (1979) dan Stewart (1981), gaya pembelajaran
ialah pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang
murid.
3. Mengikut Dunn dan Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada
keadaan di mana murid belajar dengan cara yang paling optima.
Di dalam buku mereka Learning Style Inventory Development and
Research (1982), Dunn dan Dunn menghuraikan gaya pembelajaran
sebagai cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan iaitu
persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi, dapat
mempengaruhi keupayaan individu untuk memahami, berinteraksi dan
bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya.
4. Gregorc (1979) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai tingkah
laku yang dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila
menggunakan mindanya berinteraksi dengan persekitaran,
kemudian mengumpul dan memproses maklumat daripadanya.
5. Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya
pembelajaran yang tersendiri. Warisan baka dan persekitaran
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan gaya
pembelajaran seseorang.
6. Slavin (1994) mengaitkan peribadi atau personaliti dengan gaya
pembelajaran dan mengatakan " Sebagaimana pelajar-pelajar
mempunyai personaliti yang berbeza-beza, sama-sama juga
mereka mempunyai pelbagai cara belajar ".
Rumusan
Gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seorang individu yang
bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan
memperoleh maklumat, ilmu pengalaman atau kemahiran yang diingini.
Gaya pembelajaran merujuk kepada cara-cara bagaimana seorang
memproses, menghayati dan mempelajari bahan yang baru dan mencabar.
Satu lagi definisi gaya pembelajaran ialah merujuk kepada unsur-unsur alam
sekitar seperti bunyi, cahaya, perhiasan dalam bilik darjah yang boleh
meningkatkan lagi keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran. Ada
murid yang suka belajar dalam suasana kondusif di mana terdapat muzik dan
suasana yang harmoni. Walaubagaimanapun terdapat juga murid – murid
yang mempunyai gaya pembelajaran yang sebaliknya dan secara santai.
Meraka lebih mengemari praktikal berbanding teori.
JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN
Umumnya, gaya pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang
utama, iaitu penglihatan (visual), pendengaran (auditori), dan pergerakan
(kinestetik), dan sebagai tambahan gaya pembelajaran sentuhan (kinestetik).
Murid yang mempunyai gaya belajar berdasarkan penglihatan belajar dengan
berkesan apabila dapat melihat maklumat. Murid jenis ini belajar dengan
cepat dan berkesan dengan melihat carta, graf dan gambar rajah serta
gemar mambaca pada diri sendiri.
Mengikut Munford dan Honey (1986), gaya pembelajaran boleh
dikategorikan kepada empat jenis iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.
Aktivis
Cara belajar seseorang yang merupakan gaya pembelajaran aktivis adalah
orang yang melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti
pembelajarannya. Golongan pelajar ini biasanya mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :
Mempunyai sikap tidak sabar, tergesa-gesa.
Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara
baru di alam sekitar.
Bergerak pantas dan cepat membalas.
Gemar mencari pengalaman baru dengan cuba gaya diri sendiri.
Penuh semangat, fleksibel dan berfikiran terbuka.
Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat dan sentiasa mengambil
inisiatif untuk menyelesaikan masalah sendiri.
Pelajar yang tergolong dalam kimpulan ini biasanya suka melibatkan
diri dalam latihan amali, permainan, sukan dan aktiviti kokurikulum. Oleh itu,
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk
kumpulan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis ialah kaedah
inkuiri-penemuan, kaedah projek, penyelesaian masalah, kerja praktik,
perbincangan, sumbangsaran, sesi buzz, simulasi dan main peranan.
Reflektif
Cara belajar seseorang yang merupakan gaya pembelajaran reflektif adalah
orang yang suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap
apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. Mereka mempunyai idea
sendiri, memerhati, menyoal siasat, mentafsir, menilai serta membuat
refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir. Di antara ciri-ciri gaya
pembelajaran reflektif ialah :
• Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar diri scndiri.
• Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif".
• Suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan atau
projek serta membuat refleksi kendiri.
• Suka mencari hakikat yang sebenar.
• Sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan pelbagai
pilihan dengan teliti.
• Seorang pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas.
• Belajar dan membuat kerja secara sistematik.
• Tidak terburu-buru membuat keputusan atau kesimpulan.
Pelajar yang tergolong dalam kumpulan reflektif biasanya suka belajar
mata pelajaran seperti sejarah, bahasa dan suka melibatkan diri dalam
aktiviti projek dan kajian luar. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai digunakan untuk kumpulan pelajar in i ialah kaedah penyelesaian
masalah, inkuiri-penemuan, projek dan perbincangan.
Teoris
Golongan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat teoris ialah
gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan sesuatu
perkara. [)i antara ciri-ciri golongan pelajar in i ialah:
• Memiliki fikiran rasional dan logikal.
• Mempunyai sikap berdisiplin serta bersifat objektif.
• Kurang kreatif dan menitikberatkan pcnggunaan pemprosesan otak kiri.
• Suka membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan membuat
kesimpulan berdasarkan bukti.
• Suka mcngesan sebab dan akibat sesuatu perkara yang berlaku
• Berminat mengkaji fenomena - fenomena yang berlaku dalam alam
sekitar.
Golongan pelajar bersifat teoris ini biasanya suka belajar matematik,
sains, logik, geografi dan sejarah. Oleh itu, strategi pengajaran dan
pembelajaran yang susuai digunakan untuk mengajar mereka ialah kaedah
induksi dan deduksi, bertukar pcndapat melalui perbincangan, dan
mcngumpul data untuk membuat analisis, tafsiran dan membuat rumusan
melalui kaedah penyelidikan.
Pragmatis
Golongan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat pragmatis adalah
pelajar yang bersifat praktikal dan mementingkan hakikat yang sebenar
daripada teori, hukum atau prinsip yang sedia ada. Mereka mengutarnakan
aplikasi teori, hukum dan prinsip yang sedia ada dalam situasi yang sebenar.
Di antara ciri-ciri gaya pembelajaran pragmatis ialah;
• Bersifat praktikal dan berpijak di bumi nyata.
• Mementingkan bukti dan hakikat yang sebenar sebagai objektif1
pembelajaran.
Percaya perkara yang dapat dilihat daripada mendengar.
Mengutamakan kegunaan dan penggunaan sesuatu perkara.
Lebih bersifat ekspresif daripada kreatif.
Suka membuat perbandingan.
Golongan pelajar di bawah gaya pembelajaran pragmatis suka menggunakan
bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Oleh itu, strategi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk golongan pelajar ini
ialah kaedah kerja praktik strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik,
carta dan gambar rajah, serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya.
Berikut adalah ciri-ciri individu yang mempunyai kemahiran memproses
visual yang tinggi:
1. Mudah mengingat maklumat yang disampaikan melalui gambar, carta, atau
rajah; contohnya dalam matapelajaran Ulum Syariah, bidang Ibadah, guru
telah mempamerkan carta alat-alat untuk beristinjak serta jenis-jenis air
mutlak yang boleh digunakan untuk bersuci.
2. Boleh mencari dan melihat maklumat secara tersurat dan tersirat;
3. Berupaya menggambarkan dalam minda tentang apa yang dibaca daripada
maklumat yang diberi;
4. Memiliki kemahiran visual – spatial seperti saiz, bentuk, jalinan corak,
sudut, dan bentuk tiga dimensi;
5. Memberi perhatian yang mendalam terhadap isyarat gerak badan orang
lain; contohnya dalam penerangan guru maksud bersuci dan beristinjak, di
mana guru menunjuk bahagian-bahagian badan yang perlu disucikan dengan
menggerakkan anggota badan itu iaitu tubuh badan, pakaian dan tempat
tinggal.
6. Mempunyai keinginan dan kesedaran yang tinggi terhadap nilai estetika
atau keindahan persekitaran fizikal, media visual dan seni.
Mereka juga mudah belajar melalui deskripsi dan sering mengenalpasti
perkataan yang pernah mereka lihat. Mereka mudah mengingati wajah
seseorang tetapi lupa akan nama mereka. Sebagai tambahan mereka tidak
sensitif dengan bunyi bising.
Sebaliknya, murid yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan
pendengaran, dapat belajar dengan baik apabila menerima maklumat melalui
pendengaran. Murid seperti ini suka mendengar dengan cara membaca dan
menyebut. Mereka mudah mengingat maklumat dengan lebih tepat selepas
maklumat itu dijelaskan kepada mereka secara lisan. Murid ini mempunyai
ciri-ciri berikut:
1. Mampu mengingat dengan agak tepat maklumat yang mereka dengar
dalam perbualan;
2. Memiliki kemahiran berbahasa yang tinggi, termasuk pembinaan
perbendaharaan kata yang baik;
3. Memiliki kemahiran komunikasi lisan yang tinggi yang membolehkan
mereka melaksanakan perbualan yang menarik dengan orang lain;
4. Mudah belajar bahasa asing, dan
5. Biasanya mempunyai bakat muzik kerana mereka berkebolehan
mendengar rentak, irama, dan catatan individu. Sebagai contoh dalam satu
sesi pengajaran dan pembelaran matapelajaran Pendidikan Islam bidang
Ibadah, di mana isi pembelajarannya ialah jenis-jenis air mutlak. Jenis-jenis
air mutlak ini telah guru sampaikan secara berlagu. Dengan hanya mengambil
beberapa minit sahaja hampir keseluruhan murid telah berjaya menghafal
tujuh air mutlak yang boleh digunakan untuk bersuci iaitu air perigi, air hujan,
air sungai, air mata air, air embun, air laut dan salji.
Kadang-kadang mereka lebih suka berdialog atau memberi pendapat tanpa
diminta, berbincang dan bermain. Mereka mudah mengingati nama tetapi
lupa akan wajahnya. Walau bagaimanapun, mereka mudah diganggu oleh
bunyi bising dan dengan itu mereka perlu bekerja dan belajar di tempat yang
senyap.
Manakala murid yang mempunyai gaya pembelajaran pergerakan, mereka
dapat belajar dengan lebih baik melalui pergerakan tubuh badan mereka
kerana aktiviti itu dapat mengaktifkan otot-otot mereka yang kecil atau besar
sewaktu belajar. Antara ciri-ciri yang telah dikenal pasti:
1. Gemar membunyikan jari atau menggerak kaki semasa duduk, mereka
juga akan memegang sebatang pensil atau pembaris sambil mengoyang-
goyangkannya tanpa mereka sedari;
2. Agak ‘hiperaktif’ dan perlu ditegur dari semasa ke semasa supaya lebih
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran;
3. Dapat membuat kerja tangan dengan baik dan juga kerja-kerja seni dengan
baik, boleh dikatakan mereka agak kreatif dalam hasil kerja tangan mereka;
4. Mempunyai kesedaran yang tinggi tentang koordinasi pergerakan badan.
Dengan kata lain mereka boleh berfikir dan belajar dengan baik semasa
bergerak. Dengan itu, murid seperti akan menghadapi masalah penumpuan
apabila disuruh duduk setempat dan membaca.
Dan sebagai tambahan, terdapat juga gaya pembelajaran murid kinesthetic-
tactile, iaitu gaya pembelajaran murid dengan menggunakan sentuhan. Murid
ini suka belajar melalui pergerakan seperti sentuhan, merasa dan meraba.
Murid sering melakukan terbaik apabila mereka mencatat nota, sama ada di
waktu kuliah atau semasa membaca bahan yang baru atau kompleks. Mereka
sering melukis atau melakarkan sesuatu untuk mengingat. Oleh itu, mereka
amat menyukai aktiviti-aktiviti yang ‘hands-on’ seperti projek dan
persembahan. Sebagai contoh, dalam satu sesi pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam bidang Ibadah, saya telah
memberi beberapa orang murid peluang untuk menyentuh Bahan Bantu
Mengajar (BBM) iaitu carta alat-alat untuk beristinjak. Antara penerangan
saya ialah, alat-alat beristinjak mempunyai ciri-ciri permukaan yang kesat dan
kasar. Disebabkan semangat inkuiri murid ini, mereka mengangkat tangan
secara sukarela untuk menyentuh alat-alat istinjak tadi yang terdiri daripada
sumber asli iaitu daun kering, batu, kulit kayu dan tisu (dilekat atas kad
manila).
Gaya pembelajaran lain ialah murid yang suka belajar dengan cara
konvergen dan divergen.
Murid yang suka belajar dengan cara konvergen dapat memberikan
penyelesaian kepada satu soalan tertutup dengan cepat dan tepat.
Contohnya ketika murid memberi jawapan kepada soalan aneka pilihan atau
jenis soalan objektif.
Murid yang suka belajar dengan cara divergen pula dapat memberikan
pelbagai jawapan atau alternatif kepada satu soalan terbuka.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GAYA PEMBELAJARAN
Mengikut Dunn dan Dunn, terdapat 21 faktor yang mempengaruhi gaya
pembelajaran murid. Ada faktor biologikal dan ada juga faktor yang bercorak
perkembangan. Model Dunn dan Dunn berdasarkan beberapa prinsip-prinsip
yang asas iaitu;
(a) setiap murid ada kekuatan mereka.
(b) kebanyakan individu boleh belajar
(c) guru boleh membuat pengajaran secara individu
(d) guru harus mengajar mengikut gaya pembelajaran murid-muridnya.
(e) kebanyakan murid boleh memperkukuhkan gaya pembelajaran masing-
masing.
Mengikut Dunn dan Dunn, gaya pembelajaran murid boleh berubah mengikut
masa. Beberapa elemen dan stimuli telah dikenalpasti yang berkaitan dalam
Model Dunn dan Dunn. Antaranya ialah persekitaran, emosi, fisiologi,
sosiologi dan psikologi.
Persekitaran ialah elemen yang terdiri daripada lampu, bunyi, suhu dan
tempat duduk. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid yang
memerlukan bilik berhawa dingin untuk belajar dan ada murid pula yang
mendengar muzik apabila mereka belajar.
Emosi terdiri daripada motivasi, tanggungjawab, daya ketahanan dan
struktur. Contohnya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada
bulan Ramadhan yang mana rata-rata murid berpuasa. Terdapat perbezaan
dalam penumpuan bagi murid yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi
dan rendah.
Fisiologi, elemen yang terdiri dalam gaya pembelajaran ini ialah persepsi
(audiotori, visual dan kinestetik). Ada murid yang lebih gemar belajar pada
waktu malam dan ada yang suka belajar pada waktu pagi. Ada murid yang
lebih gemar ransangan bergambar atau yang bergerak manakala murid yang
lain lebih suka ransangan audio.
Sosiologi, elemen ini merujuk bagaimana murid-murid belajar dalam konteks
sosial. Guru harus meneliti murid-muridnya dan melihat corak pembelajaran
mereka iaitu sekiranya mereka suka belajar sendirian atau berpasangan
dengan rakan sebaya di dalam kelas.
Psikologi, elemen ini terdiri daripada empat jenis murid iaitu reflektif, impulsif,
gobal dan analitik.
Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif suka membuat satu
tugasan secara perlahan tetapi mereka yang mempunyai gaya pembelajaran
impulsif dapat membuat sesuatu tugasan pembelajaran dengan cepat.
Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran global ialah muri-murid
yang suka belajar dalam satu persekitaran di mana terdapat lampu malap dan
tempat duduk yang informal contohnya seperti di bawah pokok, di surau di
mana murid terpaksa duduk bersila tanpa kerusi.
Sebaliknya, murid yang mempunyai gaya pembelajaran analitik suka duduk
dalam satu persekitaran yang mempunyai lampu terang dan tempat duduk
yang formal seperti dalam bilik darjah.
Berikut menggambarkan rangsangan dan unsure-unsur gaya
pembelajaran Model Dunn dan Dunn dalam sesuatu grafik peta minda.
Peta minda gaya pembelajran model Dunn dan Dunn
Rangsangan dan
Unsur-unsur Gaya
Pembelajaran
Persekitaran
suhubunyicahaya
reka bentu
k Emosi
tanggungjawab
keazamanmotivasi
struktur
Psikologi
anatilitik
global
gerak hati
refleksi otak kiri
otak kanan
Fisiologi
persepsi
pemakananmobilit
i
masa pelajar
Sosial
perseorangan
berkumpulan
berpasangan
orang dewasa
IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN KE ATAS PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang berlainan adalah
penting supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang wujud
antara murid. Aspek gaya pembelajaran adalh penting kerana ia boleh
menjadi satu panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman
pembelajaran yang sepada dengan cara murid-muridnya belajar.
Jika guru dapat menyediaklan satu pengalaman pembelajaran yang sesuai
dengan gaya pembelajaran murid, maka mereka dapat belajar dengan
berkesan. Sebaliknya, jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran murid, ia mungkin menjejaskan
pretasi akademik murid.
Setelah membuat beberapa pemerhatian, saya telah mencuba beberapa
kaedah untuk mengajar murid yang mempunyai perbezaan gaya
pembelajaran. Antara cara-cara pendekatan yang saya telah gunakan adalah
seperti berikut:
Murid yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan pendengaran
(Auditory):
1. Menggalakkan murid membaca teks secara kuat semasa belajar;
2. Memberi peluang untuk bercakap dengan rakan sekelas tentang isi-isi
pembelajaran dalam kelas.
Murid yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan pergerakan
(Kinestatik):
1. Mencorakkan aktiviti pembelajaran untuk disesuaikan dalam main peranan
atau penambahbaikan dan simulasi.
2. Rancang aktiviti dan lawatan dan libatkan murid secara aktif, contohnya
lawatan ke kantin sekolah bagi matapelajaran Ulum Syariah, bidang Adab
Islamiah, yang mana isi-isi pembelajaran ialah adab-adab makan dan minum,
begitu juga adab-adab memasuki dan keluar tandas, saya telah
menganjurkan lawatan ke tandas sekolah.
3. Menggalakkan murid membuat catatan-catatan untuk isi-isi pembelajaran
yang penting supaya mereka tidak bosan dengan gaya pengajaran dan
pembelajaran lisan.
Murid yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan penglihatan
(Visual):
1. Menggalakkan penggunaan peta konsep dalam pengajaran dan
pembelajaran, sebagai contoh peta konsep alat-alat beristinjak, dimana saya
telah menggunakan sumber asli yang dilekatkan pada kad manila seperti
daun kering, kulit kayu, batu dan tisu.
2. Membuat demontrasi untuk menggerakkan murid membuat pemerhatian,
sebagai contoh saya telah menggunakan model gigi dan kayu sugi yang asli
untuk demontrasi adab-adab bersugi.
3. Menggunakan bahan pengajaran berbentuk tekstual dan grafik, sebagai
contoh saya telah menggunakan cara ini dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk menerangkan perbezaan di antara Rukun Iman dan Rukun Islam.
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
(Asuhan Tilawah Al-Quran)
Tajuk : Membaca Surah Al-Ikhlas
Masa : 60 Minit
Bilangan Pelajar : 40 orang ( Tahun 1 Kenanga )
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran;
1. Murid-murid dapat membaca Surah Al-Ikhlas dengan makhraj yang betul.
2. Murid-murid dapat menghafaz Surah Al-Ikhlas dengan betul, fasih dan
bertajwid.
3. Murid-murid dapat mengamalkan bacaan Surah Al-Ikhlas dalam amalan
harian mereka.
PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNI
1. Guru menasihati murid supaya diam apabila Al-Quran dibacakan, sebagai
menghormati Al-Quran dan rakan yang membaca.
2. Guru menegaskan kepada murid supaya sentiasa meyakini keesaan Allah.
3. Guru menjelaskan kepada murid supaya menjaga adab ketika membaca
Al-Quran, hendaklah dalam keadaan berwudhuk, menutup aurat dan bersih
daripada najis.
RANCANGAN MENGAJAR
ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN
SET INDUKSI
(3 Minit)
1. Guru mempamerkan
beberapa keping kad
yang bertulis kalimah-
kalimah daripada Surah
Al-Ikhlas
2. Guru mencontohkan
sebutan kalimah diikuti
dengan oleh murid.
3. Guru bersoal jawab
berkaitan dengan kalimah
tersebut, contoh:
Apakah maksud ?
4. Guru mengaitkan
jawapan murid dengan
tajuk pelajaran
LANGKAH (1)
(15 Minit)
1. Guru menyediakan
kad-kad kalimah Surah
Al-Ikhlas dan
mempamerkan di
hadapan kelas.
2. Guru membaca kad-
kad kalimah yang
dipamerkan dengan betul
dan fasih.
3. Guru menyusun kad-
kad kalimah yang
disediakan menjadi ayat-
ayat Surah Al-Ikhlas
dengan betul.
4. Guru membaca ayat-
ayat yang telah disusun
dengan betul dan fasih.
LANGKAH (2)
(10 Minit)
1. Guru menyediakan
carta surah dan
mempamerkan di
hadapan kelas.
2. Talaqi dan musyafahah
ayat-ayat Surah Al-Ikhlas
secara kelas.
3. Latih tubi membaca
ayat demi ayat secara
kelas, kumpulan dan
individu.
LANGKAH (3)
(10 Minit)
1. Penjelasan guru:
- Membaca lafaz Jalalah
yang berbaris atas
dengan bacaan yang
tebal.
- Mewaqafkan huruf-huruf
Qalqalah dengan bacaan
Qalqalah Kubra.
- Membaca huruf-huruf
yang mengandungi tanda
atau huruf-huruf mad.
- Membaca kalimah-
kalimah yang bertanda
sukun dan syaddah.
LANGKAH (4)
(7 Minit)
1. Guru membaca ayat-
ayat Surah Al-Ikhlas
dengan betul dan fasih.
2. Guru melantik
beberapa orang murid
turus menjadi naqib untuk
membantu murid-murid
yang belum menguasai
bacaan dan hafazan.
CUBA JAYA
(8 Minit)
1. Guru meyediakan
lembaran kerja
melengkapkan kalimah-
kalimah Surah Al-Ikhlas.
2. Guru memberi
penerangan yang jelas
supaya murid mengisikan
ruang-ruang yang
dikosongkan dengan
kalimah-kalimah yang
tepat dan betul.
PENGHAYATAN
(5 Minit)
1. Guru menasihati murid
supaya diam apabila Al-
Quran dibacakan,
sebagai menghormati Al-
Quran dan rakan yang
membaca.
2. Guru menegaskan
kepada murid supaya
sentiasa meyakini
keesaan Allah.
3. Guru menjelaskan
untuk dapat menhafaz Al-
Quran dengan cepat,
hendaklah dalam
keadaan berwudhuk,
menutup aurat dan bersih
daripada najis.
PENUTUP
(2 Minit)
- Guru mengakhiri
pengajaran dan
pembelajaran dengan
meminta murid-murid
menghafaz Surah Al-
Ikhlas secara kelas.
2 BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
1. Kad-kad kalimah Surah
Al-Ikhlas yang bertindak
sebagai kad imbasan.
2. Carta mobilisasi yang
boleh digantung disudut
bacaan dalam kelas
supaya murid dapat
membuat rujukan dalam
hafazan mereka.
CONTOH KAD-KAD IMBASAN YANG DIGUNAKAN BAGI SESI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM.
BIDANG/TAJUK : ASUHAN TILAWAH AL-QURAN.
ISI PEMBELAJARAN : SURAH AL-IKHLAS ( AYAT 1 – 4 )
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
(Ulum Syariah)
Tajuk : Bersuci dan Beristinjak
Masa : 60 Minit
Bilangan Pelajar : 40 orang ( Tahun 1 Ibnu Khaldun )
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
Aras 1
1. Menyatakan konsep bersuci.
2. Membezakan antara bersih dan kotor.
3. Mengetahui faedah menjaga kebersihan.
4. Mengetahui bila perlu beristinjak.
5. Mengetahui cara beristinjak dengan betul
6. Menyatakan alat beristinjak iaitu;
- Air
- Batu
- Benda-benda kesat (tisu, daun kering dan kayu).
Aras 2
1. Menyatakan tempat yang bersih dan kotor yang ada di sekitar sekolah dan
rumah.
2. Menjelaskan cara mengatasi kekotoran.
3. Menjelaskan keperluan istinjak dan kepentingan untuk beribadah.
4. Berjimat cermat menggunakan air ketika beristinjak.
Aras 3
1. Menjelaskan anggota-anggota badan yang perlu dibersihkan secara
khusus setiap hari.
2. Menjelaskan akibat tidak beristinjak dengan betul.
PENGENALAN
Pelajaran ini memberi pengertian bersuci dan istinjak supaya murid dapat
menjalankan ibadah solat dan ibadah-ibadah lain dengan lebih sempurna.
Tajuk ini juga menjelaskan alat-alat beristinjak dan cara-cara
menggunakannya.
PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNI
1. Guru menasihati murid supaya berjimat cermat ketika menggunakan air
ketika beristinjak sebagai tanda syukur atas nikmat-nikmat yang Allah berikan.
2. Guru mengingatkan murid bahawa kebersihan itu adalah separuh daripada
Iman.
3. Guru menasihatkan murid supaya sentiasa Istiqamah dan berdisplin dalam
melakukan perkara-perkara kebaikan supaya tidak dibenci oleh masyarakat
dan disayangi Allah.
RANCANGAN MENGAJAR
ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN
SET INDUKSI
(3 Minit)
-Gambar Air telaga dan dan air hujan.
- Ini gambar apa?
- Apakah kegunaan air?
1. Guru mempamerkan
beberapa keping
gambar air hujan dan air
telaga.
2. Guru bersoal jawab
dengan murid
berdasarkan gambar
yang dipamerkan.
3. Guru menerima
jawapan murid dan
mengaitkan dengan
tajuk pelajaran.
LANGKAH (1)
(10 Minit)
-Bersuci ialah
menghilangkan hadas
atau najis yang ada
pada tubuh badan,
pakaian dan tempat.
1. Guru meminta murid
melihat dan membaca
teks utama di muka
surat (21), jilid 2.
2. Guru membacakan
pengertian bersuci yang
terkandung dalam teks
diikuti oleh murid secara
-Bersuci hendaklah
pada tubuh badan,
tempat dan pakaian.
-Seorang murid
memakai pakaian yang
putih.
)Jawapan: Pakaian
murid yang berwarna
putih itu bersih.(
-Seorang murid
memakai baju yang
terkena air kopi.
)Jawapan: Pakaian
murid yang terkena air
kopi itu kotor.(
-Badan dibersihkan
kelas.
3. Latih tubi membaca
teks secara kumpulan
dan individu dengan
bantuan guru.
4. Guru menerangkan
tiga perkara utama yang
terlibat dalam bersuci.
5. Guru bersoal jawab
dengan murid mengenai
masalah yang berkaitan
dengan kebersihan.
6. Guru memberi
penerangan mengenai
masalah.
7. Guru mengingatkan
murid supaya
membersihkan diri
dengan sabun tanah
apabila terkena najis.
8. Guru menjelaskan
dengan mandi.
- Tempat tinggal
dibersihkan dengan
menyapu dan
membasuh kekotoran
yang ada pada tempat
tersebut.
- Contoh: Anggota-
anggota wudhuk yang
sering terdedah kepada
kekotoran dan kuman.
cara membersihkan
kotoran.
9. Guru bersoal-jawab
dengan murid anggota-
anggota badan yang
perlu dibersihkan secara
khusus setiap hari.
LANGKAH (2)
(10 Minit)
-Istinjak ialah membersihkan
najis pada Qubul dan Dubur.
-Jenis-jenis air mutlak:
1 .Air perigi
2 .Air hujan
3 .Air sungai
4 .Air mata air
5 .Air embun
6 .Air laut
1. Guru
menyediakan carta
jenis-jenis air mutlak.
2. Guru menyebut
dan membacakan
jenis-jenis air
tersebut dan diikuti
oleh semua murid.
3. Latih tubi
menyebut jenis-jenis
7 .Salji air mutlak secara
kumpulan dan
individu yang
disampaikan secara
berlagu.
LANGKAH (3)
(10 Minit)
-Contoh:
1 .Zaki memakai seluar yang
terkena tahi kucing.
)Jawapan: seluar terkena
najis dan perlu disucikan(
2 .Halimatun memakai baju
yang baru dibasuh.
)Jawapan: Bersih dan suci(
3 .Yusri mandi menggunakan
air telaga.
)Jawapan: Bersih dan suci
kerana air telaga/air perigi
termasuk dalam air mutlak
yang suci lagi menyucikan(.
1. Guru
menyediakan
masalah yang perlu
difikirkan oleh murid
jawapannya untuk
membezakan antara
bersih, kotor dan
suci lagi
menyucikan.
2. Guru memberi
penjelasan kepada
masalah yang
ditimbulkan setelah
meneliti jawapan-
jawapan daripada
murid-murid.
LANGKAH (4) 1. Guru
(12 Minit)Bahan Bantu Mengajar:
1. Anak patung
2. Alat-alat istinjak yang asli
- Tisu
- Daun kering
- 3 biji batu
- Kulit kayu
Guru menunjukkan cara
menggunakan alat-alat istinjak
seperti di atas dan tempat
yang perlu disucikan iaitu
Qubul dan Dubur.
menyediakan anak
patung untuk
demontrasi istinjak
menggunakan tisu,
daun kering, batu
dan kulit kayu.
2. Murid melakukan
semula istinjak
dengan
menggunakan anak
patung mengikut
kumpulan di bawah
pengawasan guru.
3. Guru meyediakan
kad manila yang
mengandungi doa
istinjak.
4. Guru
mencontohkan
bacaan doa niat
istinjak secara
potongan ayat
(pendek), murid-
murid ikut bacaan
secara kelas,
kumpulan dan
individu.
5. Latih tubi
membaca potongan
ayat dan ayat
pendek secara
kelas, kumpulan dan
individu.
6. Bimbingan
diberikan kepada
murid yang belum
menguasai.
CUBA JAYA
(8 Minit)
1. Guru meyediakan
lembaran kerja
mewarnakan alat
yang boleh
digunakan untuk
beristinjak.
2. Guru memberi
penerangan yang
jelas supaya murid
mewarnakan
gambar-gambar
yang tepat dan betul.
PENGHAYATAN
(5 Minit)
Faedah beristinjak
1. Menghindarkan kuman
yang boleh mendatangkan
penyakit
2. Memberi keselesaan.
3. Memberi kesegaran kepada
tubuh badan.
4. Memberi ketenangan jiwa.
5. Disukai Allah dan rakan-
rakan.
6. Terhindar daripada
gangguan syaitan.
Akibat tidak beristinjak
1. Badan lesu dan tidak sihat.
2. Sentiasa kotor.
3. Dibenci rakan.
4. Tiada keselesaan diri dan
rakan.
1. Sumbang-saran
antara guru dan
murid faedah
beristinjak dan
akibat tidak
beristinjak.
2. Guru
menasihatkan murid
supaya beristinjak
dengan sempurna,
berjimat cermat
ketika menggunakan
air ketika beristinjak
sebagai tanda
syukur atas nikmat-
nikmat Allah.
3. Guru
menasihatkan
supaya sentiasa
berdisplin dalam hal
ehwal menjaga
kebersihan.
PENUTUP 1. Guru mengakhiri
(2 Minit)Contoh:
1. Apakah maksud istinjak?
2. Apakah maksud bersuci?
pengajaran dan
pembelajaran
dengan mengajukan
soalan kepada
murid.
2. Murid menjawab
bersama-sama
secara kelas.
3. Murid menyanyi
jenis-jenis air mutlak
secara kelas
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
1. Gambar jenis-jenis air
mutlak
2. Carta alat-alat beristinjak
3. Kad kalimah doa istinjak
MASALAH-MASALAH PEMBELAJARAN YANG DIHADAPI OLEH
MURID-MURID
Banyak faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah dalam
pembelajaran mereka. Antaranya ialah masalah pengajaran dan
pembelajaran itu sendiri, masalah fizikal dan deria seseorang murid itu. Selain
daripada itu masalah pertuturan, kesihatan, masalah mental dan emosi
pelajar-pelajar tersebut. Masalah tidak minat untuk belajar juga akan
menimbulkan proses pembelajaran yang baik.
Antara masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran adalah seperti
tidak memahami isi-isi penting dalam matapelajaran subjek yang diajar dan
sukar mengingat fakta-fakta penting bagi beberapa subjek tertentu. Faktor
tidak minat sesetengah subjek juga menjadi masalah dikalangan mereka.
Selain daripada itu mereka juga menghadapi masalah seperti sekolah yang
jauh dari kawasan rumah mereka. Ini menyebabkan adakalanya mereka tidak
hadir ke sekolah terutama ketika berlaku hujan. Justeru masalah kehadiran
juga menyumbang kepada kemerosotan pembelajaran mereka.
Keperluan asas pembelajaran yang kekurangan seperti buku teks, buku kerja
atau buku aktiviti, buku-buku rujukan, makmal dan bahan bantu mengajar
yang terkini dan lain-lain lagi.
Masalah displin dalam bilik darjah juga akan berlaku dikalangan murid-
murid.Antara faktor yang menyumbang berlakunya masalah ini adalah
kawalan kelas yang tidak dapat dikawal oleh guru yang masuk ke kelas. Maka
pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya berjalan dengan lancar akan
terganggu dan objektif tidak dapat dicapai.
PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN YANG DIHADAPI OLEH MURID
Punca paling ketara berlakunya masalah pembelajaran dikalangan murid
adalah gaya dan teknik pengajaran yang disampaikan oleh guru.Masih
terdapat cara yang digunakan tidak berkesan atau sesuai dengan
matapelajaran yang diajar dan tahap penguasaan murid tersebut.Tiada
motivasi atau galakkan yang diberikan kepada mereka sama ada di rumah
atau di sekolah. Alat Bantu Mengajar (ABM) yang digunakan tidak sesuai atau
tidak digunakan dengan sebaiknya.
Untuk itu sebagai seorang guru perlu tahu apakah tugas sebenar sebagai
pendidik, mendidik itu membawa maksud membimbing atau mengasuh murid.
Sungguh mudah jika dipandang secara sepintas lalu istilah ini.
Walaubagaimanapun,jika ditelusuri hakikat sebenarnya, tugas memdidik itu
mengandungi pelbagai persoalan dan permasaalahan. Hal ini tentunya
memerlukan kebijaksanaan dan kearifan dalam mengambil tindakan serta
membuat keputusan.
Dalam mendidik , pelbagai persoalan yang berkaitan dengan tindak balas
dan respon murid akan timbul di benak guru, iaitu:
1. Adakah mereka memahami apa yang diajar oleh guru?
2. Apakah objektif pembelajaran yang digariskan akan tercapai?
3. Apakah murid-murid memberikan tumpuan?
4. Siapakah diantara mereka yang akan menimbulkan gangguan?
5. Bagaimana menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran itu
menarik?
6. Mengapa ada antara murid yang tidak mengambil endah?
7. Bagaimana membantu murid yang lemah dan yang tidak berminat
untuk mengikuti pembelajaran?
Inilah antara sejumlah pertanyaan yang terpacul ketika melaksanakan
tugas memdidik. Hal ini menunjukkan bahawa memdidik murid tidak sama
dengan usaha tukang kebun yang memelihara tanamannya.
Walaubagaimanapun, banyak juga masalah berpunca dari latarbelakang
pelajar tersebut. Antara yang boleh dikesan adalah seperti masalah yang
berkaitan dengan ekonomi keluarga pelajar tersebut. Kemiskinan
menyebabkan pelajar dari keluarga ini selalu tidak datang sekolah kerana
membantu menyara keluarga, tidak mampu menyertai sebarang aktiviti atau
program sekolah dan banyak ketinggalan dalam pembelajaran.Adakala timbul
pula masalah sosial kerana sering bergaul dengan rakan yang senasib atau
golongan yang lebih dewasa lalu semangat untuk belajar akan berkurangan
Selain daripada itu masalah yang berpunca dengan tahap kecerdasan murid.
Terdapat juga murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang lemah.
Selalunya murid ini lambat menerima dan memahami pelajaran, sukar
mengingat dan mudah lupa. Faktor terjadi perkara yang disebutkan tadi
adalah kerana faktor keturunan atau kekurangan makanan yang berzat.
Kurikulum yang kurang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif pelajar
menyebabkan pelajar akan bosan dengan pembelajaran yang disampaikan
oleh guru. Terdapat juga matapelajaran yang mengandungi isi kandungan
yang terlalu banyak.Ini menyebabkan banyak kekeliruan ketika pelajar cuba
mengingatnya. Aktiviti yang hendak digunakan hendaklah sesuai dengan
keadaan kelas, suasana sekeliling, aras pencapaian murid dan cuaca pada
hari tersebut.
Komunikasi yang tidak berkesan dalam bilik darjah juga menjadi punca
timbulnya masalah pembelajaran dikalangan pelajar.
Guru perlu menguasai kemahiran-kemahiran penggunaan kaedah dan teknik
mengajar khususnya teknik menyoal.Oleh itu guru dikehendaki menguasai
kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis.Kemahiran ini amat
penting dalam menyampaikan pembelajaran yang jelas dan tepat dan
membolehkan mereka mengikut pelajaran yang diajar.
MASALAH SEMASA MENGENDALIKAN KELAS PEMULIHAN.
Sememangnya murid-murid yang lemah perlu ditumpukan dalam kelas
pemulihan.Namun begitu timbul masalah semasa pengendalian kelas ini
seperti tiada tenaga pakar dalam bidang ini.Guru-guru yang terlibat dengan
pemulihan selalunya bukan dari guru yang khusus dalam hal ini.Sedangkan
kelas pemulihan memerlukan guru yang khusus dan sentiasa menumpukan
perhatian terhadap kelas pemulihan tanpa dibebankan dengan tugas-tugas
lain. Lee Shulman , telah membuat kajian tentang pengetahuan yang perlu
dikuasai oleh guru pakar. Beliau telah mengenalpasti 7 skop pengetahuan
professional bagi seseorang guru pakar, iaitu:
1. Pengetahuan tentang subjek yang hendak diajar
2. Strategi am pengajaran yang boleh diimpelementasikan dalam semua
mata pelajaran iaitu:
A. Prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah
B. Pengajaran berkesan
C. Penilaian dan pengukuran.
3. Pengetahuan tentang bahan-bahan dan perkakasan kurikulum serta
pengelolaan program yang bersesuaian dengan mata pelajaran dan
tahap murid.
4. Pengetahuan terperinci tentang bahan kandungan mata pelajaran yang
hendak diajar
5. Perwatakan (karakteristik) dan latar belakang budaya murid-murid
dalam bilik darjah
6. Kedudukan dan rekabentuk belajar sama ada secara berpasangan,
kumpulan kecil, tim belajar (learning team), sebuah kelas, sebuah
sekolah atau dalam satu kumpulan masyarakat yang lebih besar,
7. Tujuan dan objektif yang hendak disampaikan oleg guru dan dicapai
oleh murid
Berdasarkan 7 skop yang telah digariskan tadi di setiap sekolah kekurangan
guru yang mencapai tahap pakar disebabkan itu adalah sukar untuk
menangani masalah di dalam kelas pemulihan. Oleh kerana kelas pemulihan
dikhususkan pada murid yang lemah menguasai 3 M maka sudah pasti
murid-murid ini kurang bermotivasi untuk belajar dan selalu tidak hadir.
Adakala sekolah tidak dapat menyediakan kelas pemulihan yang
khusus.Pengajaran dan pembelajaran selalu diadakan di kelas yang kosong
atau tempat lain. Ini menyebabkan murid-murid akan hilang perhatian untuk
belajar disamping itu juga masa akan terbuang begitu saja kerana mencari
kedudukan kelas-kelas kosong yang sentiasa berubah-ubah.
CADANGAN MENGATASI MASALAH PENGENDALIAN KELAS
PEMULIHAN
Pengurusan displin dalam bilik darjah
Murid yang berdisplin adalah amat penting dalam memastikan pencapaian
objektif pelajaran yang berkesan.Sekiranya displin bilik darjah baik maka
suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif yang mana aktiviti
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin dan teratur.Segala yang
dirancang akan dibuat dengan sistematik.
Wujudnya masalah pengajaran dan pembelajaran adalah disebabkan
sesetengah guru menggunakan pelbagai kaedah dan teknik semasa proses
tersebut.Masalah muncul apabila sebahagian murid tidak sesuai dan tidak
dapat menerima cara pengajaran tersebut.Sebaliknya berlaku kebosanan
sekiranya guru masih meneruskan pengajaran dengan cara yang tidak sesuai
dengan tahap kecergasan murid.Seterusnya banyak lagi masalah akan timbul
seperti tidak faham isi pelajaran dan sebagainya.
Sekiranya situasi ini wujud pelajar ini akan mula rasa malas datang ke
sekolah. Ini akan menyebabkan pelajar akan ketinggalan dalam pelajaran dan
kemungkinan besar akan gagal dalam peperiksaan.
BIBLIOGRAFI
Joginder Singh, Dr. Ragbir Kaur (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur. Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Ee Ah Meng (2001). Pedagogi 4. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.
Panel Penulis Institut Bahasa. Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah
Rendah Jilid 4: Teknik Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
top related