kkbi lit bhs nota 1

53
PRABACAAN Definisi dan Konsep Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu murid. Kesediaan Membaca 1

Upload: zashila-aziz

Post on 19-Jun-2015

2.868 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kkbi lit bhs nota 1

PRABACAAN

Definisi dan Konsep

Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan

kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula

kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan

oleh tulisan itu.

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru

perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf.

Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk

kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej

atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir

melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang

berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan

pembacaan bagi individu murid.

Kesediaan Membaca

Kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi

mental, emosi dan fizikal. Ini melibatkan peringkat mendirikan asas membaca,

memperkukuh asas membaca hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

1

Page 2: Kkbi lit bhs nota 1

Jenis Masalah Bacaan

1. Membuang atau meninggalkan huruf atau perkataan

2. Mengulang bacaan

3. Mengganti huruf atau perkataan

4. Menambah perkataan

5. Pembalikan huruf, perkataan atau ayat

6. Tidak mengenal huruf

7. Salah sebutan

Bengkel Asas Membaca (Kaedah)

Kaedah mengajar bacaan merupakan sebahagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan

tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan huruf, perkataan dan ayat serta

bunyi kepada kanak-kanak. Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga:

1.    Kaedah bunyi/ fonetik

2.    Kaedah huruf/ abjad

3.    Kaedah pandang dan sebut

2

Page 3: Kkbi lit bhs nota 1

KAEDAH BUNYI / FONETIK

Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua cara mengunaan iaitu:

1.    Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain.

Contohnya:

ba + pa = bapa

2.    Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya

perkataan.

Contoh:

b (beh), a (ah) = ba

p(peh), a (ah) = pa

ba + pa = bapa

Kekuatan Kelemahan

Sesuai dengan susuk bahasa Melayu adalah

terdiri daripada suku-suku kata yang hampir

tetap bunyinya.

Bacaan murid-murid tidak licin. Ini

disebabkan perhatian murid-murid itu

tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas

satu.

Kaedah ini membolehkan kanak-kanak

membaca perkataan-perkataan baharu

walaupun perkataan-perkataan itu di luar

perbendaharaan kata mereka.

Tidak menarik hati kerana suku-suku kata

yang diajar itu tidak mempunyai makna

yang nyata pada mereka.

3

Page 4: Kkbi lit bhs nota 1

KAEDAH HURUF (ABJAD)

Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi

huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a,b,c d

sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana

yang di kategori sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya kanak –kanak

diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan

disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan

mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.

Vokal a a i

Konsonan s y l r

Gabungan

Vokal dan

Konsonan

sa ya la ri

Perkataan saya lari

Kekuatan Kelemahan

1  1.  Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia

kerana bahasa Malaysia terdiri

daripada suku-suku kata yang hampir

tetap bunyinya.

2  2.   Membolehkan kanak-kanak membaca

1. 1. Murid-murid membaca dengan lancar

tanpa memahami apa yang dibacanya.

Mereka hanya mementingkan sebutan

dan kelancaran membaca.

2. 2. Murid-murid terbawa-bawa tabiat

4

Page 5: Kkbi lit bhs nota 1

perkataan-perkataan baharu,

walaupun belum mempelajarinya

kerana mereka dapat mengenal huruf-

huruf dan membunyikan vokal  dan

konsonan dengan baik.

3  3.  Kaedah ini memberi asas dan binaan

yang kukuh dalam membaca.

4  4.  Tercapai kecekapan dan kemahiran

membaca serta memberi  keyakinan

kepada murid-murid.

membaca sambil mengeja

menyebabkan mereka membaca

merangkak-rangkak. Kaedah ini

dikatakan tidak sesuai dengan

kehendak pendidikan dan psikologi

murid-murid kerana pengajaran tidak

secara keseluruhan yang bermakna.

3.4. Boleh membosankan murid-murid

terutama apabila mereka diberi latih tubi

yang berlebihan.

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan

kaedah ayat yang  mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau

rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui

gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak menggunakan kaedah mengeja atau

membunyi tetapi mengecam dan membaca.

Peringkat Permulaan

1.    Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah

ini disertakan dengan gambar. Kanak –kanak diminta untuk mengecam dan mengenal

perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan

tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu.

5

Page 6: Kkbi lit bhs nota 1

2.    Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang

terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah

dengan. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

Kekuatan Kelemahan

1   1. Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa

kanak-kanak kerana mereka

mempelajari sesuatu cara keseluruhan,

menarik minat murid-murid.

2   2. Bersesuaian dengan resmi semula jadi

kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu

daripada keseluruhan kepada bahagian-

bahagiannya.

3   3. Kaedah ini dari awal mementingkan

makna.

4  4. Guru dapat melatih kanak-kanak

membaca dengan sebutan dan rentak

irama ataupun alunan suara yang betul

dari mula.

    1.   Bacaan kanak-kanak mungkin terhad

kepada perkataan, rangkai kata dan

ayat-ayat yang telah diajar sahaja.

2.  Kaedah ini tidak membolehkan kanak-

kanak mengenal huruf-huruf secara

formal. Lambat mengenal bunyi dan

suku kata.

     3.  Murid-murid tidak mempunyai asas

yang kukuh yang membolehkan

mereka membaca sendiri.

      4. Lambat tercapai kemahiran dan

kecekapan membaca.

6

Page 7: Kkbi lit bhs nota 1

AKTIVITI PRA BACAAN

Memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca. Elemen

penting dalam perkembangan kemahiran membaca kanak-kanak tiga jenis iaitu :

1.    pengamatan penglihatan

2.    pendengaran

3.    pergerakan mata & tangan.

KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN

aktiviti memadan dan juga arah

memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan perkataan - ialah jigsaw puzzle.

membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan

ibu bapa atau guru harus menunjuk kepada huruf yang dibaca.

menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan.

harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik

ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.

KEMAHIRAN PENDENGARAN

memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya.

huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola.

elakkan menggunakan huruf besar bertutur

kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman

penting dalam perkembangan membaca.

7

Page 8: Kkbi lit bhs nota 1

KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN

Aktiviti motor tangan seperti mewarna. Peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum

matang lagi.

Guru harus menggalakkan kanak-kanak kreativiti untuk melukis dan mewarna

menggunakan peralatan yang berbeza. melatih kanak-kanak memegang pensel

atau objek cara yang betul

Memberi permainan yang menggunakan objek kecil set bongkah yang dapat

membantu dalam perkembangan motor.

Aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa

menggunakannya.

RUMUSAN

Membaca merupakan aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar dan bertutur.

Kemahiran ini melibatkan deria penglihatan dan alat-alat artikulasi yang berfungsi

serentak dan amat penting semasa mengusai prabacaan. Guru sewajarnya cekap dan

kreatif memahami proses dan peringkat awal membaca bagi kanak-kanak agar sentiasa

dapat membimbing dan mempertingkat kebolehan mereka melalui aktiviti-aktiviti yang

sesuai dan menarik.

8

Page 9: Kkbi lit bhs nota 1

Peta minda

9

Page 10: Kkbi lit bhs nota 1

PRATULISAN

DEFINISI DAN KONSEP

Menurut Golden (1984; 4), kanak-kanak pada umur tiga tahun telah berupaya untuk

mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan lakaran. Pandangan

beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan

(print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Peranan orang dewasa

untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh bermula ketika kanak-kanak

berumur tiga tahun.

Pratulisan merujuk kepada latihan-latihan yang dilakukan untuk pergerakan

tangan. Dengan itu, dapatlah kanak-kanak menguasai gerak tangan yang bebas

supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu, kanak-kanak juga dapat

melakukan latihan-latihan pergerakan mata serta melakukan latihan-latihan kordinasi

tangan.

OBJEKTIF

Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan

ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat

tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak

dan bentuk huruf dengan sempurna.

10

Page 11: Kkbi lit bhs nota 1

KEPENTINGAN PRATULISAN

1. Supaya kanak-kanak kenal kesemua huruf.

2. Supaya kanak-kanak dapat membezakan huruf kecil dan huruf besar.

3. Supaya kanak-kanak menulis dari arah yang betul

4. Supaya kanak-kanak menulis huruf dalam posisi dan arah yang betul

5. Supaya kanak-kanak dapat mengikut urutan huruf yang betul.

KELEBIHAN PRATULISAN

Menyediakan kanak-kanak sebelum beralih kepada kemahiran tulisan. Kanak-kanak

yang melalui pra tulisan akan lebih cepat mengenal huruf dan lebih cekap menulis

huruf. Kanak-kanak yang melalui peringkat pratulisan akan lebih minat untuk belajar

kerana mereka dapat memahami peringkat tulisan dengan lebih baik.

Guru yang mengajar kemahiran tulisan tidak menghadapi banyak masalah dalam

mengajar kanak-kanak yang sudah melalui peringkat pra tulisan.

PRATULISAN MENITIKBERATKAN

Latihan pergerakan tangan

Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa

Melakukan latihan pergerakan mata

Melakukan koordinasi pergerakan tangan dan mata

Melakukan latihan pergerakan mata

11

Page 12: Kkbi lit bhs nota 1

PERINGKAT-PERINGKAT PRATULISAN

Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi

menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima

oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di

atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan

menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda

tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas

hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pratulisan ini membolehkan kanak-

kanak mendapatkan latihan otot, jari tangan, serta koordinasi mata tangan. Peringkat

pratulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti

menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan

sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah

dan lain-lain.

melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

12

Page 13: Kkbi lit bhs nota 1

STRATEGI PENGAJARAN PRATULISAN

Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima

pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan

kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat

permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada

murid.

Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut

bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama

ini dapat membantu murid menguasai koordinasi antara tangan dan mata, dan

seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.

a.    Latihan bagi tangan

Murid dikehendaki:

i. menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali.

ii. menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau

kertas.

iii. menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.

iv. menggenggam dan merasa bola.

v. memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan

cara memegang yang betul.

vi. melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.

vii. melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.

viii. memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.

ix. membuka tali kasut dan mengikat semula.

13

Page 14: Kkbi lit bhs nota 1

b.    Latihan bagi mata

Murid dikehendaki:

i. menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan

menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.

ii. menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau

dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah

lagi.

iii. melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke

kanan dan dari kanan ke kiri.

iv. menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti

getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda

sederhana besar dan benda-benda yang besar.

v. menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.

vi. menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau

plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan

sebagainya.

c.    Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:

Murid dikehendaki:

i. menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk,

warna atau ukur

ii. menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.

iii. mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw

puzzle

14

Page 15: Kkbi lit bhs nota 1

iv. melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu

atau dengan bergerak di padang bersama pasangan,

v. mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.

vi. mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.

vii. mencantum arah jalan atau aliran sungai

viii. memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.

ix. memilih gambar yang berlainan dalam satu set.

x. mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama

dengan gambar asal.

xi. mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan.

xii. membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya

RUMUSAN

Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif

untuk menarik perhatian mereka tetapi apa yang penting ialah satu strategi yang dapat

membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses P & P boleh

dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi

sesuatu pembelajaran pratulisan diperlukan supaya mereka benar-benar dapat

menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak

memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat berasa bosan.

15

Page 16: Kkbi lit bhs nota 1

Peta minda

16

Page 17: Kkbi lit bhs nota 1

PEMULIHAN BACAAN

DEFINISI DAN KONSEP

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan

kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Membaca juga

merupakan salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak

supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan kualiti kehidupan

mereka. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak

dapat menguasai kemahiran ini.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca iaitu

a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)

Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan

berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada.

b) Faktor yang ada pada bahan bacaan

Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan

kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan

organisasi bahan grafik.

17

Page 18: Kkbi lit bhs nota 1

UJIAN BACAAN

Ujian Diagnostik Bacaan

Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran

khusus bacaan murid.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara

objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca.

Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan

bacaan.

Ujian Bacaan Nyaring

Ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-

kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik.

Abdul Aziz Talib (1989) menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan

yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan ialah:

i. Peringkat huruf (abjad)

ii. Peringkat perkataan

iii. Peringkat Frasa

iv. Peringkat Ayat

18

Page 19: Kkbi lit bhs nota 1

PRINSIP PENGAJARAN

Margaret et.al., 1989) :

1. Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai.

2. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah

kelemahan dan tahap bacaan murid.

3. Murid perlu diberi tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

4. Murid akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara

langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian

KOMPONEN PENGAJARAN

Bacaan peringkat Pengajaran

Pengajaran berfokus

Menyemak atau meneliti semula

Bacaan bebas

19

Page 20: Kkbi lit bhs nota 1

AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN

Kaedah Pengajaran

Kaedah Fonetik

Aktiviti utama dalam mengajar pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan

betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik

yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan.

Guru perlu mengajar penggunaan alat-alat sebutan bunyi seperti:

Bibir, gigi, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, lidah, rongga tekak, rongga

rongga mulut.

Kaedah Abjad

Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid. Melalui

aktivitipemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan

menghafal huruf ‘a’ sehingga ‘z’ dengan urutan yang betul. . Justeru, guru perlu

melaksanakan aktiviti berikut:

Nyanyian lagu A,B,C,..

Menayangkan huruf satu persatu secara berulang

Padanan abjad

Menyebut huruf satu persatu secara berulang

20

Page 21: Kkbi lit bhs nota 1

Kaedah Pandang Sebut

Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan oleh

guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. Latihan ini juga

melibatkan penggunaan gambar untuk merangsang murid supaya bertutur.

Teknik Permainan Bahasa

Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai kemahiran

membaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklah permainan

yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf ,permainan baling

dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv,kvk, kv+kv, dan

kv+kvk

Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan

asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan

bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan, membina,

menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah menarik, dan

memenuhi keperluan pancaindera.

21

Page 22: Kkbi lit bhs nota 1

Teknik Boneka

Boneka digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk

menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi. Pendengar akan dapat

menghayatinya dengan khusyuk sesebuah cerita dengan memberi tumpuan

sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan

boneka. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah pendedahan kanak-

kanak untuk berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan

merangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan boneka juga dapat memberi

pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan

Rumusan

Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan

murid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat membantu perancangan dan

penyediaan proses pengajaran. Pengetahuan dan pemahaman guru dapat membantu

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman. Aktiviti

pemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakan pendekatan, kaedah,

dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asas kemahiran

berbahasa iaitu membaca.

22

Page 23: Kkbi lit bhs nota 1

Peta minda

23

Page 24: Kkbi lit bhs nota 1

PEMULIHAN TULISAN

DEFINISI DAN KONSEP

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk

grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan

lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang

bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran

dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan

bunyi-bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

Pemulihan tulisan pula merupakan satu kaedah dan pendekatan yang khusus bagi

membantu murid yang sangat bermasalah dalam bidang penulisan. Objektif utama

penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah

dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk

garisan dan lengkukan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf

dengan sempurna.

Pemulihan tulisan amat penting bagi murid-murid sebagai langkah menguasai

kemahiran menulis yang merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam pembelajaran

bahasa.

24

Page 25: Kkbi lit bhs nota 1

PELAKSANAAN RANCANGAN PEMULIHAN TULISAN

Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain akan

diasingkan untuk diajar oleh guru pemulihan. Beberapa waktu pelajaran telah

diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Guru

pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latar

belakang murid, supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut. Sebelum

sesuatu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama sekali ialah

untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan

dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama saringan.

Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua

ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu

bidang sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan

memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam

pengajarannya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

SARINGAN DAN DIAGNOSIS

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis

diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Berbagai-bagai cara telah

dikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis.

Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada

dalam buku latihan, atau ringkasan.

25

Page 26: Kkbi lit bhs nota 1

Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang tulisannya

memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat

menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan. Dengan itu, cara yang dapat mengawal

kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.

Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis

mudah digunakan oleh guru bilik darjah.

1) Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua syarat

berikut:

a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis

kerana kerumitan mengeja.

b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami

oleh murid

2) Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal

semua kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat

tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.

3) Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang

sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga

minit, guru akan menyuruh mereka berhenti dan mengutip tulisan tersebut.

26

Page 27: Kkbi lit bhs nota 1

4) Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-

perkara berikut:-

a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.

b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa

c) ujian yang menghadkan masa.

d) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut:

e) Jumlah perkataan dibahagi dengan masa

5) Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan.

6) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang

masanya dihadkan

a) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak menghadkan

masa

b) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat

d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu besar,

atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah

Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya

memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan

yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya.

Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian ini satu

27

Page 28: Kkbi lit bhs nota 1

skelpurata disediakan yang dapat diperkaitkan dengan darjah murid. Dengan

menggunakanSkel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh-

contoh skel ini ialah ‘Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale for

Handwriting (Gettysburg Edition) ‘,`American Handwriting Scale', dan 'Minneapolis

Handwriting Scale'.

Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan)

dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis. Setelah

murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan ,guru harus

dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan murid tersebut.

Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan membaca

tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau yang

memerlukan penelitian kali kedua. Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan

kelemahan setiap murid. Perkara ini mudah dibuat dengan menggunakan Carta

'The Pressey Chart for Diagnosisof Illegibilities in Handwriting'. 

Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisanmurid yang menunjukkan

berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapatdibaca. Dari

penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinya

sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan t menyebabkan

kesilapan menulis lebih daripada 50%.Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah

r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n

seperti u, menutup e, membuat d seperti c, o seperti a dan a seperti u. Huruf besar

biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L . Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf

28

Page 29: Kkbi lit bhs nota 1

besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran

pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan

betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid

sekolah rendah.

CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-

peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-

contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid

secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.

Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan

cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat

dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah

disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh perbanyakan latihan dan

berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan bagi menentukan

ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan

getah pemadam.

29

Page 30: Kkbi lit bhs nota 1

KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIAN

Penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi,

seperti pada umur empat tahun setengah. Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil

ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar

mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:

i. Murid diminta memegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut.

Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang

mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang

bulat dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan.

ii. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid

ditunjukkanbagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil

harusdipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk

iii. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari

dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan

senang dan selesa.

iv. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan

mata pensil dan disuruh melatih kawalan jari di kedudukan ini.

v. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari

telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di

kedudukan yang betul.

30

Page 31: Kkbi lit bhs nota 1

AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN

Pada peringkat pratulisan, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih

pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata

melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.

Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah

boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis;

i. melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke

belakang

ii. menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometrid an garisan putus

iii. menyambung titik-titik di atas kertas.

iv. melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah,

dan dari bawah ke atas

v. melukis bulatan lawan arah bulatan jam, garis melengkung, dan bulatan arah

jarum jam

vi. melukis garis condong

vii. menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk

viii. mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan

bentuk huruf-huruf tersebut.

31

Page 32: Kkbi lit bhs nota 1

Latihan Sebelum Menulis

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pemulihan tulisan ialah dengan

mengelolakan kelas lukisan dan bentuk-bentuk penting yang menjadi asas penulisan

iaitu bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Selain

itu, pelajar perlu didedahkan untuk membuat berbagai-bagai bentuk dengan

menggunakan jari mereka. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan dan guru

harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.

Latihan Menulis

Murid yang telah mampu menggunakan pensel dengan baik sudah boleh didedahkan

dengan latihan tangan melalui aktiviti penulisan huruf-huruf yang hamper sama. Namun

demikian, huruf b dan d tidak harus diajar bersama kerana kedua-dua huruf ini mudah

dibalikkan oleh murid-murid yang keliru. Huruf q pula harus diajar lewat sedikit

bersama-sama dengan huruf u. Dalam erti kata lain, sebaik-baiknya beberapa huruf

harus diajar berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf yang

baru dipelajari. Berikut adalah cara-cara berkesan yang boleh digunakan untuk

mengajar latihan menulis:

murid boleh disuruh menyalin atau meniru bentuk-bentuk huruf yang telah

disediakan.

32

Page 33: Kkbi lit bhs nota 1

titik permulaan harus disediakan oleh guru di atas kertas tulisan murid dan ketika

mengajar seseorang murid secara individu, guru harus menyatakanlangkah-

langkah yang dibuatnya ketika menulis seperti (“turun, naik, ke kanan dan bulat

untuk huruf p”)

setelah murid menulis huruf yang besar di atas kertas, mereka harus diajar

menulis dalam ruang yang kecil sedikit. Murid juga akan diingatkan supaya

tidakmelintasi garisan antara ruang untuk mengelakkan huruf terbalik.

Murid yang bermasalah visual harus diberi huruf-huruf yang sudah sedia

dipotong, ditampal pada sehelai kertas sebagai panduannya.

Huruf Besar

Pada kebiasaannya, huruf besar diajar kepada murid setelah mereka tahu menulis

huruf kecil. Ini kerana, huruf besar kurang digunakan berbanding huruf kecil. Selain itu

juga, di sebelah huruf besar, murid akan disuruh menulis huruf kecil yang sama.

33

Page 34: Kkbi lit bhs nota 1

Huruf Bersambung

Latihan untuk memulakan tulisan sambung adalah untuk melembutkan tangan murid

supaya pelajaran tulisan menjadi lebih seronok. Berikut adalah cara-cara yang

berkesan untuk dilaksanakan :

i. Garis sambungan yang menyatukan huruf harus diajar terlebih dahulu.

ii. Latihan ini boleh ditunjukkan pada papan tulis dengan menggunakan pelbagai

warna kapur atau di atas buku tulisan murid menggunakan pelbagai pensel

warna atau krayon.

iii. Latihan ini juga harus diikuti dengan keterangan guru mengenai perjalanan kapur

atau pensel semasa guru sedang menulis`. Kaedah ini mampu menarik minat

dan perhatian murid. Sebagai contoh:

a) Bukit dan lembah: mari kita naik bukit, turun ke lembah, naik dan turun

bukit.

b) Ombak: ombak di lautan naik kemudian pecah, naik dan pecah.

c) Tali disimpul: naik dan simpul seperti menjerat lembu, naik dan

sebagainya

d) Gigi gergasi: gigi atas gergasi, tanpa lubang, giginya masih baik dan

belum rongak, gigi bawah gergasi juga tidak rongak.

e) Mencantum manik: cantumkan manik, manik dan benang.

iv. Setelah murid diajar huruf tidak bersambung, maka tulisan sambung hanya

merupakan lanjutan daripada tulisan tidak bersambung iaitu untuk

menyambungkan semua huruf supaya cepat ditulis.

34

Page 35: Kkbi lit bhs nota 1

v. Semua huruf sambung perlu dibandingkan dengan huruf tidak bersambung dan

perubahan yang berlaku harus diterangkan oleh guru.

vi. Jika murid berasa sukar untuk menulis huruf sambung, guru perlu menunjukkan

tulisan sambung yang hamper sama dengan yang tidak bersambung (kaedah

tulisan manuskrip yang disambung).

Vii.Guru boleh menggunakan warna anak panah atau pangkah untuk titik permulaan

dan arah perjalanan pensel atau pen.

viii. Pengajaran tulisan sambung harus dibuat seperti mengajar tulisan tidak

disambung iaitu huruf-huruf yang menggunakan cara penulisan yang hampir

sama diajar bersama satu persatu.

Menulis Perkataan Dalam Tulisan Sambung

Setelah murid dapat menguasai penulisan huruf sambung, latihan menulis

perkataandalam tulisan sambung pula harus didedahkan. Murid yang sukar menulis

tulisansambung mungkin tidak dapat mengaitkan tulisan sambung dengan huruf-huruf

yangtidak bersambung. Guru boleh mengurangkan kesukaran ini dengan membuat

garisan condong di antara setiap huruf lain dengan pensel supaya setiap huruf dapat

dikenalpasti oleh murid.

Bagi mengajar jarak di antara perkataan pula, guru boleh menyuruh murid meletakkan

jari kelengkeng dari tangan sebelah yang tidak digunakan untuk menulis dihujung

perkataan dan menandakan jarak ini dengan titik. Perkataan baru akanditeruskan di titik

ini.

35

Page 36: Kkbi lit bhs nota 1

Rumusan

Kaedah-kaedah pengajaran yang dinyatakan ini boleh digunakan untuk proses

pengajaran pemulihan tulisan. Sebagai contoh, jika murid tidak dapat mengenal

keseluruhan sesuatu huruf, guru boleh menggunakan huruf yang telah dipotong

sebagai panduan titik. Cara yang paling efektif untuk mengajar murid yang sudah

pandai menulis tetapi masih kaku ialah dengan cara menyalin. Pada peringkat awal,

murid boleh diarahkan menyalin tulisan bersambung yang besar ( setengah inci atau

tiga per empat inci) yang telah disediakan guru ke atas kertas nipis supaya jelas

kelihatan tulisan yang disalin. Kemudian, tulisan induk ini boleh dikecilkan pula. Dengan

kaedah ini, murid dapat melatih ketangkasan penulisan mereka sekali gus

memudahkan tugasan menulis. Dengan ini murid-murid akan bermotivasi untuk terus

mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya.

36

Page 37: Kkbi lit bhs nota 1

Peta minda

37

Page 38: Kkbi lit bhs nota 1

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-

peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-

contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid

secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Pendekatan dan strategi

pengajaran yang fleksibel dan inovatif akan membantu mereka mengingat kembali

maklumat yang diajar. Bahan yang diberi juga hendaklah terlalu banyak

memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan.

Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran

diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Guru

adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru

menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan

betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh

guru dengan sempurna. Seberapa boleh perbanyakan latihan dan berikan bantuan

individu. Jika pengajaran dan pembelajaran guru menarik, murid-murid akan

bermotivasi untuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya.

38