3 konsep kbat v4
Post on 08-Jul-2016
268 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SEJARAH TAHUN 5TAJUK 9 : IDENTITI NEGARA KITA9.5 : BUNGA KEBANGSAAN
LAGU BUNGA RAYA
Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan pada hujung tahun 1958. Antara bunga-bungan yang terpilih ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Jabatan Penerangan telah diberi tugas untuk menjalankan kajian untuk mendapatkan reaksi orang ramai.
SEJARAH BUNGA RAYA
Kajian yang diadakan di bandar dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia mendapati penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur. Namun, kerajaan akhirnya memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan kerana ia bunga yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati dan yang paling penting belum dijadikan sebagai bunga kebangsaan oleh mana-mana negara.
Pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang juga bertepatan dengan 5 kelopak melambangkan 5 rukun negara dan juga melambangkan bunga perpaduan.
Lukis Bunga Kebangsaan Malaysia
latihan
Berikan 3 sebab mengapa Bunga Raya dipilih sebagai Bunga Kebangsaan :
1…………………………………… 2…………………………………….. 3…………………………………….
PENGAYAAN
Antara berikut yang manakah sebab Bunga Raya dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Tandakan (/)
PEMULIHAN
Menpunyai 5 kelopak yang melambangkan 5 prinsip rukun negara
Banyak di tanam di seluruh Malaysia
Baunya sangat harum
Nama yang sama seluruh negara
top related