aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01

7
Aminah Bonda Rasulullah SAW . eorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah menganugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal, rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti Wahab. Ibu dari Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir. Berkatalah Muhammad puteranya tentang nasabnya. “Allah telah memilih aku dari Kinanah, dan memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik.” Dengarlah sabdanya lagi, “Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiadalah bercabang dua, melainkan aku di bahagian yang terbaik.” Aminah bukan cuma ibu seorang rasul atau nabi, tetapi juga wanita pengukir sejarah. Kerana risalah yang dibawa putera tunggalnya sempurna, benar dan kekal sepanjang zaman. Suatu risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia. Berkatalah Ibnu Ishaq tentang Aminah binti Wahab ini. “Pada waktu itu ia merupakan gadis yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy.” Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad iaitu. “Masa kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan asal keturunannya pun paling baik. Ia (Aminah) memiliki kebaikan nasab dan ketinggian asal keturunan yang dibanggakan dalam masyarakat aristokrasi (bangsawan) yang sangat membanggakan kemuliaan nenek moyang dan keturunannya.” Aminah binti Wahab merupakan bunga yang indah di kalangan Quraisy serta menjadi puteri dari pemimpin bani Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dalam penjagaan dan tertutup dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar untuk dapat mengetahui jelas penampilannya atau gambaran

Upload: daud5530

Post on 17-Jul-2015

95 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01

Aminah Bonda Rasulullah SAW

. eorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah

menganugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal,

rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti Wahab. Ibu dari

Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah

baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza

wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir.

Berkatalah Muhammad puteranya tentang nasabnya. “Allah telah memilih aku

dari Kinanah, dan memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari

keturunan orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang

yang baik.” Dengarlah sabdanya lagi, “Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang

baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiadalah bercabang dua,

melainkan aku di bahagian yang terbaik.”

Aminah bukan cuma ibu seorang rasul atau nabi, tetapi juga wanita pengukir

sejarah. Kerana risalah yang dibawa putera tunggalnya sempurna, benar dan kekal

sepanjang zaman. Suatu risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia. Berkatalah

Ibnu Ishaq tentang Aminah binti Wahab ini. “Pada waktu itu ia merupakan gadis

yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy.”

Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad iaitu. “Masa

kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan asal keturunannya pun paling

baik. Ia (Aminah) memiliki kebaikan nasab dan ketinggian asal keturunan yang

dibanggakan dalam masyarakat aristokrasi (bangsawan) yang sangat

membanggakan kemuliaan nenek moyang dan keturunannya.”

Aminah binti Wahab merupakan bunga yang indah di kalangan Quraisy serta

menjadi puteri dari pemimpin bani Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dalam

penjagaan dan tertutup dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas

sehingga sukar untuk dapat mengetahui jelas penampilannya atau gambaran

Page 2: Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01

fizikalnya. Para sejarawan hampir tidak mengetahui kehidupannya kecuali sebagai

gadis Quraisy yang paling mulia nasab dan kedudukannya di kalangan Quraisy.

Meski tersembunyi, baunya yang harum semerbak keluar dari rumah bani Zuhrah

dan menyebar ke segala penjuru Makkah. Bau harumnya membangkitkan harapan

mulia dalam jiwa para pemudanya yang menjauhi wanita-wanita lain yang

terpandang dan dibicarakan orang.

KEWAFATAN AMINAH, IBU RASULULLAH SAW

Setelah Rasulullah SAW berada di bawah jagaan Halimatus Sa'diyyah selama

empat tahun lamanya, anak itu dikembalikan kepada ibunya, Aminah. Menurut adat

Arab, setiap tahun Aminah pergi menziarahi ke pusara suaminya dekat kota

Madinah itu. Setelah Rasulullah SAW dikembalikan oleh Halimah, tidak berapa lama

kemudian, pergilah dia berziarah ke pusara suaminya itu bersama-sama dengan

anaknya yang masih dalam pangkuan itu, bersama-sama pula dengan budak pusaka

ayahnya, seorang perempuan bernama Ummi Aiman.

Tetapi di dalam perjalanan pulang, Aminah ditimpa demam pula, lalu menemui

ajalnya. Dia meninggal dan mayatnya dikuburkan di al-Abwa', suatu dusun di antara

kota Madinah dengan Makkah. Anak yang malang itu pindahlah ke dalam

gendungan Ummi Aiman. Dialah yang membawa anak itu balik ke Makkah. Anak itu

kemudiannya diasuh dengan penuh kasih sayang oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

Berkata Ibnu Ishak : "Maka adalah Rasulullah SAW itu hidup di dalam asuhan

datuknya 'Abdul Muttalib bin Hasyim. Datuknya itu ada mempunyai suatu

hamparan tempat duduk di bawah lindungan Ka'bah. itu. Anak-anaknya semuanya

duduk di sekeliling hamparan itu. Kalau dia belum datang, tidak ada seorang pun

anak-anaknya yang berani duduk dekat, lantaran amat hormat kepada orang tua itu.

Page 3: Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01

Maka datanglah Rasulullah SAW, ketika itu dia masih kanak-kanak, dia duduk

saja di atas hamparan itu. Maka datang pulalah anak-anak datuknya itu hendak

mengambil tangannya menyuruhnya undur. Demi kelihatan oleh 'Abdul Muttalib,

dia pun berkata : "Biarkan saja cucuku ini berbuat sekehendaknya. Demi Allah

sesungguhnya dia kelak akan mempunyai kedudukan penting.' Lalu anak itu

didudukkannya di dekatnya, dibarut-barutnya punggungnya dengan tangannya,

disenangkannya hati anak itu dan dibiarkannya apa yang diperbuatnya." 1

IBU BAPA RASULULLAH SAW

Nasab sebelah bapa : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim

bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murrah bin Ka'ab bin Luaiy bin Ghalib bin

Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin

Mudhar bin Nizar bin Ma'd bin Adnan.

Nasab yang sepakat di antara ahli tarikh hanyalah sehingga Adnan ini saja, ke

atasnya menjadi perselisihan. Tetapi sepakat pula ahli tarikh mengesahkan bahawa

Adnan itu keturunan Nabi Ibrahim al-Khalil. Yang jadi perselisihan ialah berapa

orangkah nenek-nenek Baginda di antara Ismail dengan Adnan itu. Kata

setengahnya banyaknya 40 orang, setengahnya pula mengatakan hanya 7 orang.

Berkata Abu Abdullah al-Hafiz : "Tentang berapakah bilangan nenek-nenek

moyang Rasulullah SAW sejak dari Adnan menjelang Ismail dan Ibrahim itu tidaklah

ada suatu riwayat yang muktamad."

Nasab sebelah ibu : Muhammad bin Aminah binti Abdul Wahab bin Abdul

Manaf bin Zuhrah bin Hakim (Kilaab). Di sanalah pertemuan nasab ayahnya dengan

nasab ibunya. 1

Page 4: Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01

PERKAHWINAN 'ABDULLAH DENGAN AMINAH

Usia Abdul Muthalib sudah hampir mencapai tujuh puluh tahun atau lebih

tatkala Abrahah menyerang Makkah dan cuba menghancurkan Ka'bah. Ketika itu

umur anaknya, 'Abdullah sudah dua puluh empat tahun, dan sudah tiba masanya

dikahwinkan. Pilihan Abdul Muthalib jatuh kepada Aminah binti Wahab bin 'Abdul

Manaf bin Zuhra - pemimpin suku Zuhra ketika itu yang amat sesuai pula usianya

dan mempunyai kedudukan terhormat.

Maka pergilah anak-beranak itu hendak mengunjungi keluarga Zuhra. 'Abdul

Muthalib dengan anaknya menemui Wahab dan melamar puterinya. Sebahagian

penulis sejarah berpendapat, bahwa mereka pergi menemui Uhyab, bapa saudara

Aminah, kerana waktu itu ayahnya sudah meninggal dunia dan dia di bawah asuhan

bapa saudaranya.

Lamaran 'Abdul Mutalib itu diterima dengan amat gembiranya oleh keluarga

Zuhra. Persiapan pun dibuat untuk melangsungkan hari kebesaran bagi kedua-dua

pengantin yang sama padan bagai pinang dibelah dua itu. Pada hari perkawinan

'Abdullah dengan Aminah itu, Abdul Muthalib juga berkahwin dengan Hala, sepupu

Aminah. Dari perkawinan ini lahirlah Hamzah, bapa saudara Rasulullah SAW.

'Abdullah bersama Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai

dengan adat kebiasaan 'Arab di mana perkahwinan dilangsungkan di rumah

keluarga pengantin perempuan. Sesudah itu mereka pindah bersama-sama ke

keluarga Abdul Muthalib. 5

Muhammad Al-Amin, dilahirkan pada hari Senin 12 Rabi'ul awal tahun gajah atau

bertepatan dengan tahun 570 Masehi.

Terlahir dari Ibu bernama Siti Aminah Binti Wahab dan ayahnya Abdullah Bin Abdul

Muthalib, keturunan Bani Ismail, putra Nabi besar Ibrahim as yang dijanjikan oleh

Page 5: Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01

Allah, dan sekaligus merupakan kakak dari Nabi Ishak, putra Nabi Ibrahim dari Siti

Sarah yang menurunkan Nabi-nabi besar untuk umat Israel.

Sang ayah, Abdullah, meninggal di Yastrib dalam perjalanan berdagangnya, jauh hari

sebelum Muhammad dilahirkan.

Ketika beliau masih bayi, selain menyusu kepada ibu kandungnya, Muhammad juga

pernah disusui oleh Tsuwaibah Al Aslamyah dari Bani Aslam yang juga budak dari

Abu Lahab, bersama-sama dengan Hamzah bin Abdul Muthalib pamannya yang

sebaya usianya dengan Muhammad, dan selanjutnya menyusu kepada Halimah Al-

Sa'diyah, dari Bani Sa'ad yang terletak antara Mekkah dan Thaif yang bersuamikan

Abu Zuaib.

Sejak dari kandungan ibunya, hingga ia lahir, Muhammad sudah menunjukkan

berbagai mukjizatnya sebagai tanda-tanda kenabiannya kelak dikemudian hari.

Setelah masa penyusuannya usai, Muhammad kembali kepelukan ibunya, Siti

Aminah.

Setahun kemudian, Muhammad kecil beserta ibunya dan seorang inang

pengasuhnya bernama Ummu Aiman melakukan ziarah kemakam Abdullah, ayah

Muhammad dan suami Aminah di Yastrib.

Selama satu bulan mereka tinggal di Yastrib dengan menumpang dirumah keluarga

mereka dari Bani Najjar.

Dalam perjalanan pulang kembali kekota Mekkah, tepat disebuah desa bernama

Abwaa', Aminah jatuh sakit dan wafat disana, waktu itu usia Muhammad sudah 6

tahun.

Karena jaraknya kekota Mekkah masih cukup jauh, akhirnya jenazah Aminah

dikuburkan didesa Abwaa' tersebut dan Muhammad beserta inangnya, Ummu

Aiman kembali kekota Mekkah berdua.

Abdullah telah pergi, Aminah pun telah pula pergi setelah keduanya melakukan

kewajiban yang diamanatkan kepada keduanya. Anak yang mulia itu kini menjadi

Page 6: Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01

yatim piatu seperti kehendak Allah, kehilangan ibu sebagaimana ia telah lebih dulu

kehilangan ayah, tidak ada lagi yang akan menolongnya dalam segenap hal selain

daripada Allah yang sudah mentakdirkan sekalian takdir.

Page 7: Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01

yatim piatu seperti kehendak Allah, kehilangan ibu sebagaimana ia telah lebih dulu

kehilangan ayah, tidak ada lagi yang akan menolongnya dalam segenap hal selain

daripada Allah yang sudah mentakdirkan sekalian takdir.