4265669 ke-arah-pengajaran-dan-pembelajaranjurnal

12
Ke Arah Pengajaran dan Pembelajaran Berintegrasikan Komputer dan Permasalahannya. Oleh: Kharul Adawiah Binti Abdul Jalil (P33543) [email protected] Oktober 2005 Abstrak Menurut teori pelbagai kecerdasan Garder, terdapat 8 jenis kecerdasan yang dimiliki oleh insan iaitu logik matematik, linguistik, muzik, intrapersonal, ruang, kinestetik, interpersonal dan kemahiran ahli alamiah. (Ma’rof, Haslinda, 2004). Beliau menegaskan bahawa seseorang itu cerdas dalam sesuatu jenis kecerdasan tetapi tidak semestinya cerdas pada jenis kecerdasan yang lain. Demi mencapai sesuatu kecerdasan, guru perlu bersedia dengan pelbagai teknik pendekatan pengajaran agar memberi ruang kepada pelajar untuk memperolehi ilmu dengan cara berbeza dan tidak membosankan. Pelbagai teknik P&P yang perlu dimasukkan dalam kelas. Antaranya pembelajaran kooperatif dan kolaboratif, kaedah inkuiri, kaedah P&P berbantukan komputer dll. Apabila banyak teknik dan kaedah digabung-jalinkan dengan sepadunya, ia dapat mencernakan pelajar yang mahir berbincang, mengeluarkan idea, saling bekerjasama, mastery learning melalui bimbingan guru yang mahir. Apa yang menariknya, P&P ini bukan sahaja dapat dilakukan secara nyata (sinkronis) malah secara maya (asinkronis). Pada peringkat maya ini, P&P berbantukan komputer memainkan peranan yang penting. Perbincangan tidak lagi terhad pada sesuatu masa, tempat dan keadaan yang ditetapkan. Malah ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Justeru, banyak ilmu akan dapat digali. Idea-idea baru dapat ditunasi. Masyarakat yang berpengetahuan, bermaklumat yang berasaskan nilai dapat dilahirkan (Wawasan e-Malaysia, 2020). Kelihatannya seperti mudah untuk diperkatakan namun untuk melaksanakannya adalah rumit dan remeh sekali. Pelbagai faktor dari segi fizikal, material, moral dari semua pihak perlu diselidiki dan dimurnikan. Artikel ini membicarakan tentang halangan, keperluan dan beberapa cadangan untuk diguna pakai demi memberi maklumbalas kepada Wawasan e-Malaysia yang diazamkan. Semoga berkat daripada pengalaman sedia ada di sekolah dapat menjadikan

Upload: share-with-me

Post on 12-Jan-2017

265 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4265669 ke-arah-pengajaran-dan-pembelajaranjurnal

Ke Arah Pengajaran dan Pembelajaran Berintegrasikan Komputer dan Permasalahannya.

Oleh: Kharul Adawiah Binti Abdul Jalil (P33543)[email protected]

Oktober 2005

AbstrakMenurut teori pelbagai kecerdasan Garder, terdapat 8 jenis kecerdasan yang dimiliki

oleh insan iaitu logik matematik, linguistik, muzik, intrapersonal, ruang, kinestetik, interpersonal dan kemahiran ahli alamiah. (Ma’rof, Haslinda, 2004). Beliau menegaskan bahawa seseorang itu cerdas dalam sesuatu jenis kecerdasan tetapi tidak semestinya cerdas pada jenis kecerdasan yang lain. Demi mencapai sesuatu kecerdasan, guru perlu bersedia dengan pelbagai teknik pendekatan pengajaran agar memberi ruang kepada pelajar untuk memperolehi ilmu dengan cara berbeza dan tidak membosankan.

Pelbagai teknik P&P yang perlu dimasukkan dalam kelas. Antaranya pembelajaran kooperatif dan kolaboratif, kaedah inkuiri, kaedah P&P berbantukan komputer dll. Apabila banyak teknik dan kaedah digabung-jalinkan dengan sepadunya, ia dapat mencernakan pelajar yang mahir berbincang, mengeluarkan idea, saling bekerjasama, mastery learning melalui bimbingan guru yang mahir.

Apa yang menariknya, P&P ini bukan sahaja dapat dilakukan secara nyata (sinkronis) malah secara maya (asinkronis). Pada peringkat maya ini, P&P berbantukan komputer memainkan peranan yang penting. Perbincangan tidak lagi terhad pada sesuatu masa, tempat dan keadaan yang ditetapkan. Malah ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Justeru, banyak ilmu akan dapat digali. Idea-idea baru dapat ditunasi. Masyarakat yang berpengetahuan, bermaklumat yang berasaskan nilai dapat dilahirkan (Wawasan e-Malaysia, 2020).

Kelihatannya seperti mudah untuk diperkatakan namun untuk melaksanakannya adalah rumit dan remeh sekali. Pelbagai faktor dari segi fizikal, material, moral dari semua pihak perlu diselidiki dan dimurnikan. Artikel ini membicarakan tentang halangan, keperluan dan beberapa cadangan untuk diguna pakai demi memberi maklumbalas kepada Wawasan e-Malaysia yang diazamkan. Semoga berkat daripada pengalaman sedia ada di sekolah dapat menjadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkenaan dalam memperbaiki sistem pendidikan ke arah yang lebih profesional dan gemilang.

Page 2: 4265669 ke-arah-pengajaran-dan-pembelajaranjurnal

PENDAHULUANPengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah bidang tugas seorang guru. Kelebihan ini

menjadikan guru adalah seorang yang profesional dalam mendidik insan. Pelbagai kaedah P&P dan teori psikologi diguna pakai selain perlu mahir dari segi intelektual, emosi, moral, sahsiah serta beriman demi mencapai agendanya: MEMANUSIAKAN INSAN.

Antara kaedah yang ditekankan dalam artikel ini ialah kaedah P&P berbantukan komputer yang menggabung-jalinkan pelbagai kaedah P&P sedia ada seperti teacher-centered, student-centered, kemahiran berfikir, lateral-thinking, kaedah inkuiri dsb dalam penyediaan modul P&P berantarakan komputer ini. Pendekatan jenis pedogogi dapat digunakan secara meluas dan global. Pelajar dapat belajar bukan di kelas sahaja, malah di rumah, di Cyber Café, di perpustakaan, di makmal dan di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu.

Sebenarnya, dari kajian Biologi, setiap individu pelajar mempunyai ritma belajar biologi selain daripada ritma tidur yang tersendiri. Setiap orang ada masa atau waktu belajar yang sesuai, mungkin pada waktu pagi, petang, malam atau dinihari. Pada waktu inilah mereka berdaya atau mampu untuk menyerap ilmu semaksimumnya, kemudian memproses maklumat lalu membentuk skema yang dikatakan intelek. Hal ini tidak diberi penekanan tatkala ini. Mungkin akibat tidak sedar betapa pentingnya menyediakan emosi yang stabil bagi seseorang untuk belajar. Kengkangan kemudahan prasarana, kelas, guru yang mahir dsb.

Walaubagaimanapun, hal ini dapat dimurnikan apabila kaedah P&P berbantukan komputer dapat disediakan kepada semua pelajar di Malaysia. e-Learning adalah salah satu daripadanya.

PERMASALAHAN DI SEKOLAHPenggunaan software yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara

idealnya adalah untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain mendedahkan kepada suatu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang terkini, Ia dianggap menjadi daya tarikan untuk belajar dan juga memudahkan semua pihak: guru, pelajar, ketua panitia, pentadbir, jabatan dan kementerian. Benarkah anggapan ini? Subjek Matematik, Sains, Sastera, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dsb banyak dibekalkan di sekolah. Kemudahan laptop dan LCD turut diberikan kepada guru Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Apa yang menghairankan CD software tersebut tidak digunakan sepenuhnya. Penulis sendiri adalah seorang guru Matematik tingkatan 1 dan tingkatan 2. Ada serba sedikit kemahiran IT, pun tidak mampu menggunakannya. Apakah sebabnya?

LCD yang dibekalkan amat jarang digunakan semasa P&P. Troli yang lengkap dengan speaker, kabel, power dsb. Apakah masalah guru di sekolah sebenarnya tentang penggunaan alatan komputer ini? Fobiakah dengan alatan tersebut? Tidak mahirkah memasang alatan atau sambungan antara alatan? Adakah bekalan elektrik tidak mencukupi? Makmal komputer yang tidak lengkap prasaranakah ? Adakah masalah melibatkan penyelenggaraan komputer termasuk di makmal komputer?

Bagaimanakah sokongan daripada pihak pentadbir? Adakah guru-guru dibenarkan menggunakan LCD dan laptop secara bebas? Adakah para guru dibenarkan menggunakan internet sedia ada di sekolah? Apakah permasalahan antara guru dan permasalahan yang dihadapi oleh pentadbir? Apakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Kewujudan Makmal Komputer di sekolah dirasakan sesuatu perkara yang wajib. Tujuannya untuk membolehkan pelajar dan juga guru menggunakan alatan yang disediakan

Page 3: 4265669 ke-arah-pengajaran-dan-pembelajaranjurnal

sepenuhnya. Pelajar dan guru bebas belajar menggunakannya untuk mengakses maklumat, mencari data, meneroka ilmu baru dsb. Malangnya, hal ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Apakah masalahnya?

Bagaimana pula dengan persediaan guru di sekolah. Adakah mereka bersedia menyediakan bahan P&P berantarakan komputer ini? Mampukah mereka merekacipta persembahan mereka menggunakan word processing seperti ms Power Point dsb? Bagaimana pula dengan menyediakan bahan P&P secara laman web, adakah mereka sudah ada kepakaran di bidang tersebut? Siapakah yang terlibat dalam pembangunan staf dibidang ini?

BEKALAN CD SOFTWARE DI SEKOLAHAnggapan bahawa CD software yang dibekalkan oleh pihak kementerian membantu

pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya adalah tidak tepat. Kebanyakan pendekatan yang digunakan oleh pereka software mengabaikan teknik atau kaedah pedagogi yang pelbagai. Isi kandungannya tidak relevan (Peter, 2001).

Adakalanya, konsepnya tidak berubah seperti cara lama iaitu berpusatkan guru dan seperti gaya menulis buku. Contohnya: CD Pengurusan Jenazah (Pendidikan Islam) bercorakkan syarahan. Penerangan ilustrasi atau tayangan gambar yang disertakan bersifat ulangan dengan syarahan yang telah disampaikan. Gaya persembahan yang sama. Menjadikan ia tidak menarik dan agak membosankan. CD: Loci In Two Dimension (Form 2 Mathematics) pula menggunakan perisian Authorware Macromedia. Ada pembelajaran interaktif dari satu tahap lemah ke tahap yang lebih tinggi. Namun, ada juga aktiviti yang membingungkan pelajar dan guru untuk menerokanya.

Rekabentuk modul P&Pnya adalah tidak menepati kehendak guru. Ada sesetengah guru yang menggunakan CD software terpaksa mengedit semula bahan-bahan tersebut agar sesuai dan tidak membosankan pelajar untuk memberi penerangan atau perbincangan.

Walaubagaimanapun, CD software yang digunakan adalah sesuai untuk pembelajaran kendiri pelajar. Pelajar belajar atau meneroka sendiri di luar kelas samada di rumah atau di makmal komputer kerana ia memerlukan banyak masa. Komputer perlu ada di depan mata.

Ini adalah kerana penerokaannya memerlukan minat dan kesediaan diri yang seratus peratus supaya kaedah inkuiri (Mak Soon Sang, 1997) yang digunakan dalam CD software dapat diterima. Sekiranya tidak, proses penerokaan ini menjadi bosan. Pelajar tenggelam punca. Tidak jelas apa yang perlu dipelajari. Akhirnya, apa yang diperolehinya cuma membuang masa.

Ada sebahagian guru menghadapi masalah untuk membuka CD yang dibekalkan. Ini adalah kerana software tersebut tidak boleh dibuka atau dibaca oleh komputer laptop yang dibekalkan. Contohnya: iBook G4 Apple (Mac Os). Ia tidak “compatible”. Inilah salah satu sebab mengapa sebahagian guru tidak dapat menggunakan CD yang dibekalkan.

Apabila komputer iBook Apple tidak dapat membaca CD Kementerian yang diberikan, maka guru tersebut mengambil inisiatif merekabentuk P&P dengan ms Power Point untuk dipersembahkan kepada pelajar. Persediaan bahan P&P memerlukan masa, kesungguhan, kreativiti, minat dan kesabaran. Sebagai contohnya, bagi 2 masa pengajaran mengambil masa lebih seminggu untuk menghasilkan sendiri bahan tersebut. Dalam pada yang sama, P&P dijalankan secara biasa: chalk and talk dan perbincangan, Sehingga habis topik tersebut bahan presentation tersebut masih tidak selesai pembuatannya.

Page 4: 4265669 ke-arah-pengajaran-dan-pembelajaranjurnal

LAPTOP, LCD DAN TROLI Microsoft Office XP merupakan perisian biasa yang terdapat dalam mana-mana laptop

biasa. User friendly. Mudah diadaptasi dan diaplikasi oleh sesiapa sahaja. Namun ia menjadi luar biasa jika seseorang itu dibekalkan dengan iBook Apple yang menggunakan perisian Mac Os X. Suatu perisian yang baru dan tidak biasa.

Banyak program tidak boleh dibaca dan diinstall secara bebas. Hatta printer tertentu sahaja yang boleh digunakan. Untuk memaksimumkan penggunaan laptop Apple tersebut, maka guru itu perlulah dibantu dengan pembelian buku rujukan mengenainya. Urusan jual-beli di sekolah dipermudahkan. Ini adalah kerana, ia tidak lagi hanya menunjukkan resit pembelian, malah memerlukan 2-3 borang yang melemaskan guru-guru untuk mengisinya.

Penggunaan LCD di sekolah juga tidak dapat digunakan sepenuhnya. Melainkan kedudukan LCD ditetapkan pada suatu tempat seperti yang berlaku di makmal sains dan bilik media. Ada juga LCD di makmal komputer. Cuma penggunaan makmal komputer perlu dipromosikan dan beberapa kemudahan perlu diperbaiki. Persediaan untuk pemasangan dan pembukaan kabel tertentu di kelas mengambil masa yang lama iaitu 5 hingga 10 minit. Jadinya, peruntukan masa untuk pemasangan LCD boleh mengambil masa 10 hingga 20 minit masa pembelajaran. Keadaan inilah merencat penggunaan LCD dikalangan guru.

Troli yang disediakan oleh kerajaan diabaikan penggunaan di kelas. Kedudukan penyimpanannya yang berjauhan dari kelas P&P. Bilik simpanan yang berkunci dan troli yang perlu ditolak ke kelas juga memerlukan tambahan masa P&P. Pada awalnya sahaja, para guru menggunakannya. Namun, akibat kengkangan masa dan silibus pembelajaran, akhirnya troli terus tersimpan di bilik persembunyiannya. Inilah realiti di sekolah.

PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTERMakmal komputer adalah salah satu tempat yang menarik. Kedudukannya seharusnya

strategik. Tidak berapa jauh dengan bilik guru, perpustakaan, pejabat, kelas, kantin dan tandas. Hal ini sepatutnya difikirkan. Apabila keselamatan difikirkan dan prasarananya diabaikan. Jadilah ia gajah putih di sekolah. Kedudukan makmal ini sangat penting. Sekiranya prasarana ini tidak diendahkan, maka apa yang terjadi di sekolah, penggunaannya semakin dipinggirkan.

Penyelaras makmal komputer juga perlu diberi masa pengajaran yang rendah. Baru-baru ini, guru penyelaras makmal komputer diarahkan hanya 8 jam masa pengajarannya untuk menguruskan makmal komputer dan membaikpulih komputer. Tugas penyelaras ini adalah suatu tugas khas. Ia tidak mampu untuk dilaksanakan sekiranya pelbagai jawatan khas lain dipegang seperti SU Peperiksaan, Guru Tingkatan, Emis dsb. Hal ini berlaku di sekolah.

Adalah lebih baik, sekiranya jawatan juruteknik komputer diwujudkan di sekolah. Ia memudahkan pihak guru penyelaras makmal. Ia membantu tugas-tugas penyelenggaraan penyelaras makmal boleh menumpukan perhatian kepada hal pembangunan IT di sekolah iaitu pelajar, guru, staf sokongan, laman web sekolah yang memerlukan masa yang banyak untuk dimurnikan.

NETWORK DAN PERISIAN KOMPUTERWawasan e-Malaysia 2020 ialah melahirkan generasi masyarakat yang bermaklumat,

berpengetahuan dan bersahsiah. Justeru itu sekolahlah yang menjadi asasnya. Sekolah termasuk guru, alatan komputer, network, perisian komputer, pentadbir, pelajar, staaf sokongan, jabatan kementerian dan masyarakatpun terlibat sama.

Page 5: 4265669 ke-arah-pengajaran-dan-pembelajaranjurnal

Sekolah-sekolah telah dibekalkan dengan modem oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia supaya memberi keistimewaan warga sekolah untuk mengakses maklumat melalui internet. Bahan-bahan ilmu terkini boleh diperolehi dari internet dengan kadar yang segera. Komunikasi berperantarakan komputer juga boleh dijalankan sama bagi menginduksi P&P yang lebih menarik.

Namun, jika network terhad, maka penggunaannya adalah tidak berbaloi. Setakat makmal komputer, pejabat dan perpustakaan. Bagaimana guru atau pelajar ingin menggunakan kemudahan tersebut sekiranya makmal komputer sentiasa berkunci, pejabat tidak dibenarkan bebas penggunaannya dan perpustakaan hanya di bahagian pentadbiran sahaja. Bagaimana matlamat wawasan ini dapat direalitikan?

Komputer di sekolah juga perlu mempunyai perisian yang terkini agar mampu menggunakan kemudahan internet dan seangkatan dengannya. Perisian msWindow98 perlu diupgradekan untuk memudahkan beberapa program seperti USB port boleh berfungsi. Ini adalah kerana, rata-rata alat simpanan data pada masa kini menggunakan thumb drive yang menggunakan USB port, begitu juga dengan kamera digital, printer, scanner dsb.

SIKAP PENTADBIRSesungguhnya, pihak pentadbir sebenarnya mempunyai beban tugas yang sangat berat.

Di mana jika mereka tidak menjalankan amanah yang diberikan atau menyalahgunakan kuasa, mereka akan menjadi penyebab utama kerana tidak menjayakan matlamat pendidikan negara dan wawasan e-Malaysia 2020. Selain itu, mereka perlu juga menjawap di depan tuhan dikemudian hari kelak dan akan diazab dengan pedih sekali kerana melambatkan kerja-kerja baik dan menghalang kemungkaran. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat.

Sikap keterbukaan, toleransi, percaya kepada pekerja bawahan adalah amat diperlukan di mana-mana jabatan. Jika tidak, terjadilah banyak perkara tidak puas hati antara dua pihak. Kerja yang dilakukan tidak rela dan terpaksa. Kesan ini memberikan rasa tidak baik dan tidak selesa kepada guru-guru untuk menjalankan usahanya ke arah pengajaran dan pembelajaran berperantarakan komputer. Kebajikan guru juga perlu dijaga.

Masa dan tenaga yang dicurahkan perlu dihargai dengan membenar dan memudahkan penggunaan komputer dan internet secara bebasnya. Guru-guru juga perlu faham sekiranya menyalahgunakan kemudahan akan memberi kesan kepada kehidupannya kelak. Iaitu tiada keberkatan. Duit sentiasa tidak mencukupi, hati sentiasa gelisah, harta dicuri, dimusuhi orang dsb.

Pengalaman ditegur dan dimarahi oleh pentadbir kerana kesalahan tidak menjalankan tugas adalah wajar. Namun, jika sedang menjalankan tugas menghantar e-mail ke pihak jabatan tertentu, ia adalah suatu perkara yang menyakitkan. Pengalaman negatif ini merencat dan memperlambatkan usaha seseorang guru itu untuk berbakti dengan jayanya.

Sikap pentadbir terhadap penggunaan komputer juga adalah sangat-sangat penting. Mereka perlu menggalakkan penggunaan komputer dan LCD kepada semua guru. Bukan menghalang mereka menggunakannya sesama mereka. Ada sesetengah pentadbir menghalang penggunaan LCD untuk tayangan semasa bekerja. Walhal, ia adalah suatu pengajaran dan pembelajaran informal yang dilakukan untuk pengetahuan guru lebih-lebih lagi kepada guru yang fobia kepada komputer.

Kertas kerja, perbincangan, mesyuarat dan dokumentasi yang perlu diadakan di sekolah juga boleh dilakukan secara on-line. Penggunaan e-mail, laman web, e-Forum dsb perlu digalakkan kepada semua pekerja bawahannya. Kertas kerja dan dokumentasi bolehlah disiarkan

Page 6: 4265669 ke-arah-pengajaran-dan-pembelajaranjurnal

melalui laman web sekolah. Mesyuarat tidak perlu lagi diadakan selalu sehingga mengganggu P&P di sekolah. Ia boleh dilakukan melalui e-Groups dsb. Perbincangan dan idea-idea baru akan sentiasa dibaikpulihkan. Ini boleh terjadi dengan sokongan dan kerjasama oleh pihak pentadbir.

PERSEDIAAN GURUGuru-guru dewasa ini telah didedahkan dengan penggunaan komputer. Kursus Celik IT

juga disediakan oleh pihak jabatan setiap negeri sehingga tahun 2007 . Selepas tahun 2007, sesiapa guru yang dikenalpasti tidak mahir menggunakan komputer akan disenaraikan. Justeru itu, semua guru perlu bersedia untuk belajar dan memahirkan diri menggunakan komputer dan internet.

Apa yang didapati di sekolah pada masa kini, masih ramai guru tidak tahu mengaplikasikan msWord, msExcel, msPowerPoint. Akaun E-Mail tiada menunjukkan guru-guru di sekolah tidak menggunakan internet di rumah.

Ini mungkin disebabkan tiada keperluan menggunakan komputer dan internet dan juga kengkangan masa. Jadi, pihak tertentu perlu bertindak agar pihak guru diberi peluang menggunakan internet dan komputer dengan mudah. Guru juga seperti pelajar yang memerlukan ruang dan masa yang selesa pada masa-masa tertentu. Mungkin semasa di rumah. Mungkin juga bila berada di sekolah.

Adalah baiknya network disediakan di bilik guru untuk memberi kemudahan guru-guru mengakses komputer bagi suatu tujuan yang baik. Guru-guru juga perlu diberi insentif untuk menggalakkan penggunaan internet di rumah dari peruntukan panitia dsb. Bagi pembangunan ilmu dan penggunaan pengurusan sekolah kelak.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KOMPUTERApabila masalah-masalah diatasi dan diperbaiki, para guru kian mahir menggunakan

aplikasi pada komputer maka langkah berikutnya adalah menggunakan kemahirannya kepada pelajar di kelas pula. Setiap guru mampu menyedia dan menguruskan bahan P&P secara on-line. Pengajaran tidak lagi kepada berpusatkan guru. Malah berpusatkan murid pula.

Bahan-bahan pengajaran tersedia dalam talian dan boleh dibuka dan diedarkan kepada pelajar dengan kadar yang segera. Maklumbalas juga diperolehi dengan cepat.

Kengkangan masa untuk berbicara tentang hal lanjut kepada pelajar tidak setakat di kelas. Ia boleh diatasi dengan penggunaan e-Forum dan e-mail. Masalah pembelajaran pelajar dapat diketahui disebabkan pelajar lebih berani bersuarakan masalah pembelajaran mereka secara maya. Perbincangan e-Forum juga boleh dilakukan dikalangan pelajar sendiri dan guru boleh memantau perbincangan tersebut. Teknik pembelajaran koperatif dan kolaboratif boleh digunakan secara tidak langsung (Salleh, 2000).

Pelajar dapat dibimbing diberi nasihat secara tidak langsung dengan menggunakan komputer melalui komunikasi berperantarakan komputer. Bagi guru pula, mereka juga boleh melakukan perbincangan secara e-Forum tanpa mengganggu masa pengajaran mereka. Masa senggang pada hari-hari bekerja boleh dijadikan medan untuk berbincang dan mengakses maklumat yang banyak dari dalam dan luar negeri. Semakin banyak guru mengakses bahan, semakin banyak ilmu yang akan dipelajari. Maka guru yang bermaklumat dan berpengetahuan inilah dapat menjalankan P&P dengan baik. Seterusnya wawasan e-Malaysia dapat dicapai.

Mesyuarat guru, mesyuarat PIBG, mesyuarat Guru Tingkatan, mesyuarat Sukan dsb tidak akan mengambil masa yang lama dan kerap jika kaedah komunikasi berperantarakan komputer

Page 7: 4265669 ke-arah-pengajaran-dan-pembelajaranjurnal

ini diimplementasikan. Tiada lagi masalah masa atau tempat untuk perbincangan. Melalui komunikasi ini, perbincangan boleh dilakukan di mana dan bila-bila masa sahaja.

Pentadbir dan setiausaha dapat memantau projek yang ingin dijalankan dengan segera. Komunikasi berlaku dengan cepat. Jadi segala tindakan dapat dilaksanakan dengan segera walau jarang berjumpa. Mesyuarat secara bersemuka selalunya tidak menggunakan konsep menang-menang. Selalunya, banyak ahli yang membisu tidak bersuara walau tidak berpuas hati dengan perjalanan sesuatu projek. Masalah ini dapat diselesaikan dengan kemudahan komunikasi ini.

KESIMPULANPengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat dilaksanakan dengan baik dan

mudah sekiranya masalah-masalah yang dibincangkan di atas dibaikpulih. Persediaan guru adalah tersangat penting kerana gurulah agen perubahan bagi menggunakan konsep P&P dalam pengajaran mereka.

Kemahiran mereka menggunakan komputer perlu dipantau oleh pihak-pihak tertentu agar piawai dengan zaman sekarang. Pentadbir perlu memberi sokongan moral yang tinggi kepada guru-guru untuk memudahkan guru mendekati dan memahirkan diri dengan komputer.

Komputer yang disediakan haruslah berdaya untuk menjalankan operasi melibatkan internet dan bahan-bahan P&P yang disediakan. Penyediaan network atau rangkaian haruslah disediakan secara meluas sehingga ke kelas-kelas, kantin, surau, dewan, bilik guru, asrama, dorm dsb supaya memudahkan sesiapa sahaja menggunakannya di mana-mana yang selesa.

Pentadbir juga perlu mempunyai sikap yang positif kepada guru-guru yang berminat untuk menggunakan kemudahan komputer di sekolah.

Page 8: 4265669 ke-arah-pengajaran-dan-pembelajaranjurnal

Rujukan:

Maarof Redzuan dan Haslinda Abdullah, Psikologi Edisi Kedua, McGrawHill, 2004.

Laman E-komuniti UKM. Atas talian http://www.ukm.my/ekomuniti/. Mac 2005.

LearningCare System User’s Manual 2003. Atas talian http://www.mitech.com.my. Januari 2003.

Introduction to WebCT. Atas talian http://www.csus.wdu/uccs/webct/faculty/train/manual_3x/01intro3x.htm. Februari 2004.

Norizan Abdul Razak Phd, Mohd Azul Mohamad Salleh, Nik Hairi Omar, Memacu Kerjasama ke arah E-Pembelajaran: Isu dan Cabaran UKM & UNPAD, Pusat Kajian E-Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000

Peter J. Denning, When IT Becomes a Profession, George Mason University, August 2001.

Roach, R. Transformative Connections. Black Issues in Higher Education v. 22 no. 2 (March 10 2005) p. 32-5Atas talian,http://vnweb.hwwilsonweb.com/hww/jumpstart.jhtml?recid=0bc05f7a67b1790eecc4e5b16b83ac7b567e218f3ac66f4f6b1644cff85eac23bcc88e3437f12af7&fmt=H

Atas talian,http://www.shkaminski.com/Classes/Handouts/powerpoint.htm#For%20Teachershttp://www.shkaminski.com/Classes/Handouts/powerpoint.htm#For%20Students

Goldberg, R., et. al., A Novel Approach to Curing Quantiphobia. Mathematics and Computer Education v. 37 no. 1 (Winter 2003) p. 39-54 Atas talian:http://vnweb.hwwilsonweb.com/hww/jumpstart.jhtml?recid=0bc05f7a67b1790eecc4e5b16b83ac7b29c1c1ff5a8a72a3128055bc136608470efa06646f6dc4ef&fmt=H

Goldsborough, R. Teaching Good Computing Habits, Not Bad. Black Issues in Higher Education v. 20 no. 11 (July 17 2003) p. 38 Atas talian, http://www.infotoday.com/linkup/lud061503-goldsborough.shtml

Fortunato, J. Selling Your Students on Spreadsheets. Learning and Leading with Technology v. 30 no. 2 (October 2002) p. 28-31

Page 9: 4265669 ke-arah-pengajaran-dan-pembelajaranjurnal

Atas talian www.holtsoft.com/chris/BEITPres2001.pdf

Stephenson, C. Computer Science Education : Looking Back and Looking Ahead. Learning and Leading with Technology v. 30 no. 2 (October 2002) p. 6-9, 44-5

Van Dam, J. Leading the Leaders. Learning and Leading with Technology v. 30 no. 4 (December 2002/January 2003) p. 64

Rovai, A. P., et. al., Explaining and Predicting Resistance to Computer Anxiety Reduction among Teacher Education Students . Journal of Research on Technology in Education v. 35 no. 2 (Winter 2002/2003) p. 226-35

Murdoch, S. What a Difference Technology Makes. Learning and Leading with Technology v. 30 no. 1 (September 2002) p. 28-9Salleh Long, Maklumat Tentang Projek, SMKTAM, 2000Atas talian http://www.anglefire.com/mi/salleh/infoprojek.html

Jamalludin, Baharuddin dan Zaidatun, Pembangunan Perisian Multimedia, Satu Pendekatan Sistematik, Venton Publishing, 2003.

Portal Learning Care atas talian http://portal.ukm.my/educare/. Mac 2005.

Yahoogroups atas talian http://asia.groups.yahoo.com/group/form1smkbts. September 2005.