4.0 konsep dan strategi pembangunan - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/laporan teknikal/bahagian 2/4.0...

57
Konsep dan Strategi Pembangunan 4-1 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN Pembentukan konsep dan strategi pembangunan RT Jajahan Machang adalah berdasarkan kepada teknik ‘Multi Criteria Decision Making’. Untuk tujuan ini, analysis tool di dalam perisian Arcgis telah digunakan sebagai tool dalam mendapatkan hasil alternatif konsep pembangunan. Terdapat tiga peringkat analisis yang diperlukan untuk setiap alternatif iaitu: 4.1 PROSES DAN KRITERIA PEMBENTUKAN Pembentukan konsep pembangunan RT Jajahan Machang adalah melalui pengenalpastian kawasan tumpuan pembangunan perbandaran terutamanya perumahan, perindustrian dan perniagaan. Ketiga-tiga komponen guna tanah ini adalah merupakan guna tanah perbandaran utama dan akan mempengaruhi keluasan kawasan pertanian pada masa hadapan. Ia juga merupakan komponen penting di dalam mereliasasikan arah tuju pembangunan Jajahan Machang. i. Peringkat 1 : Mengenalpasti faktor yang akan digunakan dalam pembentukan alternatif konsep pembangunan Terdapat 6 faktor utama yang dikenalpasti untuk membentuk alternatif konsep pembangunan (Rajah 4.1.1). Pemilihan faktor ini adalah berdasarkan kepada perkaitannya secara umum dengan arah tuju teras pembangunan. Pemberat dan `ranking’ digunakan kepada 6 faktor ini bagi menjana alternatif konsep pembangunan. Faktor-faktor ini dikategorikan kepada tiga kriteria utama iaitu: i. Aksessibiliti ii. Kedekatan (Proximity) iii. Fizikal Penerangan berkaitan kriteria tersebut adalah seperti di Jadual 4.1.1.

Upload: trannga

Post on 23-Mar-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-1

4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Pembentukan konsep dan strategi pembangunan RT Jajahan Machang adalah berdasarkan

kepada teknik ‘Multi Criteria Decision Making’. Untuk tujuan ini, analysis tool di dalam perisian

Arcgis telah digunakan sebagai tool dalam mendapatkan hasil alternatif konsep

pembangunan. Terdapat tiga peringkat analisis yang diperlukan untuk setiap alternatif iaitu:

4.1 PROSES DAN KRITERIA PEMBENTUKAN

Pembentukan konsep pembangunan RT Jajahan Machang adalah melalui pengenalpastian

kawasan tumpuan pembangunan perbandaran terutamanya perumahan, perindustrian dan

perniagaan. Ketiga-tiga komponen guna tanah ini adalah merupakan guna tanah perbandaran

utama dan akan mempengaruhi keluasan kawasan pertanian pada masa hadapan. Ia juga

merupakan komponen penting di dalam mereliasasikan arah tuju pembangunan Jajahan

Machang.

i. Peringkat 1 : Mengenalpasti faktor yang akan digunakan dalam pembentukan

alternatif konsep pembangunan

Terdapat 6 faktor utama yang dikenalpasti untuk membentuk alternatif konsep pembangunan

(Rajah 4.1.1). Pemilihan faktor ini adalah berdasarkan kepada perkaitannya secara umum

dengan arah tuju teras pembangunan. Pemberat dan `ranking’ digunakan kepada 6 faktor ini

bagi menjana alternatif konsep pembangunan. Faktor-faktor ini dikategorikan kepada tiga

kriteria utama iaitu:

i. Aksessibiliti

ii. Kedekatan (Proximity)

iii. Fizikal

Penerangan berkaitan kriteria tersebut adalah seperti di Jadual 4.1.1.

Page 2: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-2

Rajah 4.1.1: Faktor Penentuan Kawasan Perbandaran

ii. Peringkat 2 : Penyemakan kesediaan data GIS berdasarkan faktor yang

diberikan

Faktor-fakor yang telah dikenalpasti perlu disemak dari segi kesediaan data GIS untuk

pembentukan lapisan Uniform Analysis Zone (UAZ).

Di dalam pembentukan konsep pembangunan RT Jajahan Machang, beberapa Kawasan

Sensitif Alam Sekitar (KSAS) telah dikenalpasti terlebih dahulu. KSAS tersebut ialah kawasan

hutan simpan, kawasan yang mempunyai kecerunan melebihi 35 darjah, kawasan

berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan perbandaran tidak

melibatkan KSAS tersebut.

Pembentukan alternatif konsep pembangunan dengan penentuan nilai pemberat dan rating

bagi setiap faktor. Nilai pemberat yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut :

i. Angka 3: Tinggi

ii. Angka 2: Sederhana

iii. Angka 1: Rendah

iv. Angka 0: Dikecualikan daripada sebarang pembangunan

Saiz Tanah Pembangunan komited

Banjir Jarak dari sungai

Kawasan Tumpuan Perbandaran

Jarak dari Persimpangan Lebuh raya

Jarak dari Jalan Utama

Aksessibiliti

Kedekatan

Petunjuk :

Fizikal

Pusat Petempatan

Page 3: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-3

Jadual 4.1.1 : Faktor-faktor Umum Yang Mempengaruhi Kesesuaian dan Tumpuan Pembangunan Kawasan Perbandaran

Kriteria /Faktor Keterangan Catatan

Faktor Aksessibiliti Pengaruh kesesuaian pembangunan berdasarkan aksesibiliti kepada faktor tersebut.

Aksessibiliti ialah kemudahsampaian atau kesukaran untuk sampai ke sesuatu destinasi dari satu titik permulaan. Sesuatu tempat dikatakan mudah sampai jika ianya mudah ditujui atau mudah dicapai.

1. Jarak dari persimpangan lebuh raya (Cadangan Jalan Kota Bharu – Kuala Krai dan Sambungan Lebuh raya Pantai Timur

Sela jarak : 500m, 1000m, 1500m dan luar kawasan Rangkaian perhubungan yang cekap adalah diperlukan bagi meningkatkan kemudahsampaian dan mobiliti penduduk dan barangan di dalam bandar dan di antara bandar terutamanya dengan pusat-pusat pembangunan utama di luar Jajahan Machang seperti Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Dengan ini, faktor kemudahsampaian yang tinggi memainkan peranan yang penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada penduduk setempat.

2. Jarak dari jalan utama Sela jarak : 500m, 1000m, 1500m dan luar kawasan

Faktor Kedekatan Pengaruh kesesuaian pembangunan berdasarkan kedekatan kepada faktor tersebut.

Kedekatan faktor di dalam lingkangan jarak tertentu dengan pembangunan perumahan, perindustrian dan perniagaan

3. Pembangunan komited Jenis guna tanah perumahan, perniagaan, perindustrian dan institusi.

Kedekatan dengan pembangunan komited dan pusat petempatan mempengaruhi pembangunan guna tanah perbandaran khususnya perumahan. Ia di sebabkan oleh tersedianya komponen sokongan kepada pembangunan khususnya kemudahan awam dan infrastruktur. Peletakan berhampiran kawasan pembangunan sedia ada dan komited juga berupaya mengurangkan kos kemudahan asas di mana kemudahan infrastruktur telah atau akan disediakan.

4. Pusat Petempatan Sela jarak: 1000m, 1500m dan 2000m

5. Kawasan Banjir Ancaman banjir dalam keadaan biasa (tidak termasuk pembinaan tebatan banjir jika perlu)

Jajahan Machang terletak di dalam Lembangan Sg. Kelantan dan terdapat kawasan yang mengalami masalah banjir.

6. Saiz Tanah Kategori saiz tanah. Tanah yang mempunyai keluasan melebihi 10 ekar berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan perbandaran.

Faktor diambilkira jika pembangunan perbandaran hendak dilaksanakan secara lebih komprehensif.

Page 4: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-4

Peringkat 3 : Pembentukan lapisan Uniform Analysis Zone (UAZ)

Lapisan UAZ merupakan poligon yang dijanakan mempunyai unit tanah yang serupa

dengan mempertimbangkan kesemua faktor. Proses pembentukan lapisan UAZ

merangkumi penggabungan lapisan GIS. Arahan yang digunakan operasi arahan

operasi spatial yang digunakan ialah BUFFER, UNION dan CLIP. Nilai kawasan UAZ

yang paling banyak merupakan kawasan yang paling berpotensi untuk

pembangunan.

4.2 PEMBENTUKAN KONSEP PEMBANGUNAN

4.2.1 Alternatif 1: Konsep Pembangunan Mengikut Tren

i. Faktor

Kriteria Keterangan

Pembangunan komited Pelaksanaan buffer terdiri daripada 3 kategori jarak iaitu:

a) Sela jarak 500m b) Sela jarak 1000m c) Sela jarak 1500m

Pusat Petempatan Sela jarak radius 1000m, 1500m dan 2000m

Jarak dari jalan utama Buffer 150m kiri dan kanan jalan

Jarak dari persimpangan Lebuh raya

Pelaksanaan buffer terdiri daripada 3 kategori jarak iaitu:

a) Sela jarak 500m b) Sela jarak 1000m c) Sela jarak 1500m

Banjir Tidak mempengaruhi kawasan tumpuan pembangunan

Saiz tanah Tidak mempengaruhi kawasan tumpuan pembangunan

ii. Pemberian rangking dan pemberat

Kriteria Rank Pemberat total

Pembangunan komited

a. 500m b. 1000m c. 1500m

*paling kecil nilai radius semakin sesuai

5 5 5

3 2 1

15 10 5

Pusat Petempatan

a. 1000m

b. 1500m

c. 2000m

4 4 4

3 2 1

12 8 4

Jarak dari persimpangan Lebuh raya

a. 500m b. 1000m c. 1500m

3 3 3

3 2 1

9 6 3

Jarak dari jalan utama 2 1 2

Banjir 1 1 1

Saiz tanah 1 1 1

Page 5: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-5

iii. Pembentukan lapisan Uniform Analysis Zone (UAZ)

4.2.2 Alternatif 2: Konsep Pembangunan Terpilih

i. Faktor

Kriteria Keterangan

Saiz tanah Kenalpasti luas lot tanah a. 10 – 19 ekar b. 20 – 30 ekar c. 30 ekar dan ke atas

Banjir Mempengaruhi kawasan tumpuan pembangunan

Jarak dari persimpangan Lebuh raya

Pelaksanaan buffer terdiri daripada 3 kategori jarak iaitu:

a. Sela jarak 500m b. Sela jarak 1000m c. Sela jarak 1500m

Pembangunan komited Pelaksanaan buffer terdiri daripada 3 kategori jarak iaitu:

a. Sela jarak 500m b. Sela jarak 1000m c. Sela jarak 1500m

Pusat Petempatan Sela jarak radius 1000m, 1500m dan 2000m

Jarak dari jalan utama Buffer 150m kiri dan kanan jalan

Komited

Pusat Petempatan

Persimpangan Lebuh raya

Jalan Utama

Nilai UAZ

21-35

6-20

1-5

Page 6: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-6

ii. Pemberian rangking dan pemberat

Kriteria Rank Pemberat total

Saiz lot tanah besar melebihi 10 ekar a. 10 – 19 ekar b. 20 – 30 ekar c. 30 ekar dan ke atas

5 5 5

1 2 3

5

10 15

Banjir

(Diberi nilai kosong kerana kawasan banjir

tidak termasuk di dalam kawasan tumpuan

pembangunan)

0 0 0

Jarak dari persimpangan Lebuh raya

a. 500m b. 1000m c. 1500m

4 4 4

3 2 1

12 8 4

Pembangunan komited

a. 500m b. 1000m c. 1500m

*paling kecil nilai radius semakin sesuai

3 3 3

3 2 1

9 6 3

Pusat Petempatan

a. 1000m

b. 1500m

c. 2000m

2 2 2

3 2 1

6 4 2

Jarak dari jalan utama 1 1 1

iii. Pembentukan lapisan Uniform Analysis Zone (UAZ)

Saiz Tanah

Banjir

Persimpangan Lebuh raya

Komited

Nilai UAZ

11-35

7-10

0-6

Page 7: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-7

4.2.3 Alternatif 3: Konsep Pembangunan Berteraskan Machang sebagai Konurbasi

Kota Bharu

i. Faktor

Kriteria Keterangan

Saiz tanah Kenalpasti luas lot tanah a. 10 – 19 ekar b. 20 – 30 ekar c. 30 ekar dan ke atas

Jarak dari persimpangan Lebuh raya

Pelaksanaan buffer terdiri daripada 3 kategori jarak iaitu:

a. Sela jarak 500m b. Sela jarak 1000m c. Sela jarak 1500m

Pembangunan komited Pelaksanaan buffer terdiri daripada 3 kategori jarak iaitu:

a. Sela jarak 500m b. Sela jarak 1000m c. Sela jarak 1500m

Pusat Petempatan Sela jarak radius 1000m, 1500m dan 2000m

Jarak dari jalan utama Buffer 150m kiri dan kanan jalan

Banjir Tidak mempengaruhi kawasan tumpuan pembangunan

iii. Pemberian rangking dan pemberat

Kriteria Rank Pemberat total

Saiz lot tanah besar melebihi 10 ekar a. 10 – 19 ekar b. 20 – 30 ekar c. 30 ekar dan ke atas

5 5 5

1 2 3

5

10 15

Jarak dari persimpangan Lebuh raya

a. 500m b. 1000m c. 1500m

4 4 4

3 2 1

12 8 4

Pembangunan komited

d. 500m e. 1000m f. 1500m

*paling kecil nilai radius semakin sesuai

3 3 3

3 2 1

9 6 3

Pusat Petempatan

d. 1000m

e. 1500m

f. 2000m

2 2 2

3 2 1

6 4 2

Jarak dari jalan utama 1 1 1

Banjir 1 1 1

Page 8: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-8

iii. Pembentukan lapisan Uniform Analysis Zone (UAZ)

4.3 ALTERNATIF KONSEP PEMBANGUNAN

Alternatif konsep pembangunan telah dihasilkan seperti berikut:

i. Alternatif 1 : Konsep Pembangunan Berteraskan Tren Pembangunan

ii. Alternatif 2 : Konsep Pembangunan Berteraskan Kawasan Terpilih

(Selective Development Concept)

iii. Alternatif 3 : Konsep Pembangunan Berteraskan Machang Sebagai

Konurbasi Kota Bharu

4.3.1 Alternatif 1 : Konsep Pembangunan Berteraskan Tren Pembangunan ( Rajah

4.3.1)

Asas Pembentukan Mengikut Keutamaan:

i. Kawasan perbandaran ditumpukan di kawasan pembangunan komited.

ii. Kawasan perbandaran ditumpukan di sekitar kawasan petempatan sedia

ada. Ia bertujuan untuk mengelakkan pembangunan secara berjajar di

sepanjang jalan.

iii. Kawasan perbandaran akan mengambilkira cadangan persimpangan

bertingkat Lebuh raya Kuala Krai – Kota Bharu.

Saiz Tanah

Persimpangan

Lebuh raya

Komited

Nilai UAZ

11-39

6-10

0-5

Pusat Petempatan

Page 9: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-9

Ciri-ciri :

i. Pengukuhan koridor pembangunan Machang - Labok

ii. Pengukuhan pusat-pusat petempatan sedia ada iaitu Bandar Machang,

Banggol Judah, Pulai Chondong dan Batu 30.

iii. Pembangunan sebuah pusat pertumbuhan baru iaitu di Kemuning. Ini

adalah kerana terdapat tumpuan pembangunan komited di kawasan

tersebut.

iv. Pengekalan hampir 90% daripada kawasan pertanian dan kira-kira 98%

kawasan tanaman padi sedia ada dikekalkan.

v. Pemuliharaan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), kawasan bercerun,

kawasan padang ragut dan kawasan berkepentingan geologi (kawasan

batuan ignimbrite.)

Implikasi:

i. Pembangunan di Temangan adalah ’status quo’ (tiada perubahan).

Cadangan hierarki pusat petempatan adalah lebih rendah dari sasaran

RSN Kelantan.

ii. Sebahagian besar kawasan tanaman padi masih dikekalkan di mana ia

menepati Program Dasar Jaminan Bekalan Makanan.

iii. Pembangunan jalan baru yang minimum.

Page 10: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-10

Rajah 4.3.1: Alternatif1: Konsep Pembangunan Mengikut Tren

Page 11: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-11

4.3.2 Alternatif 2 : Konsep Pembangunan Berteraskan Pembangunan Terpilih

(Selective Development) ( Rajah 4.3.2)

Asas Pembentukan Mengikut Keutamaan:

i. Keutamaan pembangunan kepada lot tanah besar yang keluasan melebihi

10 ekar

ii. Tumpuan kawasan perbandaran di luar kawasan mudah banjir.

iii. Kawasan perbandaran akan mengambilkira cadangan persimpangan

bertingkat Lebuh raya Kuala Krai – Kota Bharu dan cadangan sambungan

Lebuh raya Pantai Timur. Cadangan sambungan Lebuh raya Pantai Timur

adalah cadangan yang terkandung di dalam RSN Kelantan 2020.

iv. Kawasan perbandaran ditumpukan di kawasan pembangunan komited.

Ciri-ciri :

i. Pengukuhan koridor pembangunan Machang – Labok, koridor Machang -

Pasir Puteh dan koridor Pulai Chondong – Kok Lanas.

ii. Pewujudan koridor pembangunan baru Labok – Sg. Bagan. Tumpuan

pembangunan ke arah Sg. Bagan adalah kerana saiz lot tanahnya yang

besar.

iii. Pengukuhan pusat-pusat petempatan sedia ada iaitu Bandar Machang,

Banggol Judah, Pulai Chondong, Labok dan Batu 30 dan Kg. Pek.

iv. Pembangunan tiga pusat pertumbuhan baru iaitu Sg. Bagan, Kemuning

dan Wakaf Bata. Pembangunan di Sg. Bagan ini dijanakan oleh cadangan

Bandar Baru Sg. Bagan seluas 627.63 hektar.

v. Pengekalan hampir 80% daripada kawasan pertanian dan kira-kira 90%

kawasan tanaman padi sedia ada dikekalkan.

vi. Pemuliharaan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), kawasan bercerun,

kawasan padang ragut dan kawasan berkepentingan geologi (kawasan

batuan ignimbrite.)

Implikasi:

i. Tumpuan kawasan perbandaran adalah di luar kawasan mudah banjir.

Oleh itu ia memberi manfaat dari aspek pengurangan kos pembangunan

dan kos akibat banjir iaitu dari aspek kewangan dan sosial.

ii. Pembangunan di Temangan adalah ’status quo’ (tiada perubahan).

Cadangan hierarki pusat petempatan adalah lebih rendah dari sasaran

RSN Kelantan.

iii. Pembangunan perbandaran di kawasan lot-lot besar seperti di Sg. Bagan

yang tiada kemudahan perhubungan perlu disediakan kemudahan jalan

raya dan infrastruktur yang sempurna terlebih dahulu.

iv. Sebahagian besar kawasan tanaman padi masih dikekalkan di mana ia

menepati Program Dasar Jaminan Bekalan Makanan.

v. Pembangunan jalan yang lebih menyeluruh perlu disediakan dengan

pembangunan jalan-jalan baru dan naiktaraf jalan bagi menyediakan laluan

alternatif dan menyediakan rangkaian jalan raya yang lebih baik ke

kawasan petempatan desa serta di antara pusat-pusat petempatan.

Page 12: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-12

Rajah 4.3.2: Alternatif 2: Konsep Pembangunan Berteraskan Pembangunan Terpilih

Page 13: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-13

4.3.3 Alternatif 3 : Konsep Pembangunan Berteraskan Machang Sebagai Konurbasi

Kota Bharu ( Rajah 4.3.3)

Asas Pembentukan Mengikut Keutamaan:

i. Keutamaan pembangunan kepada lot tanah besar yang keluasan melebihi

10 ekar.

ii. Kawasan perbandaran akan mengambilkira cadangan persimpangan

bertingkat Lebuh raya Kuala Krai – Kota Bharu dan cadangan sambungan

Lebuh raya Pantai Timur. Cadangan sambungan Lebuh raya Pantai Timur

adalah cadangan yang terkandung di dalam RSN Kelantan 2020.

iii. Kawasan perbandaran ditumpukan di kawasan pembangunan komited.

Ciri-ciri :

i. Pengukuhan koridor pembangunan Machang – Labok – Pulai Chondong –

Kok Lanas (Jajahan Kota Bharu) dan koridor Machang - Pasir Puteh.

ii. Peluasan kawasan tumpuan perbandaran di antara Jalan Machang – Kota

Bharu dengan koridor Sg Kelantan.

iii. Pengukuhan pusat-pusat petempatan sedia ada iaitu Bandar Machang,

Banggol Judah, Pulai Chondong, Labok, Temangan, Bukit Tiu dan Batu 30

dan Kg. Pek.

iv. Pembangunan tiga pusat pertumbuhan baru iaitu Sg. Bagan, Kemuning dan

Wakaf Bata. Pembangunan di Sg. Bagan ini dijanakan oleh cadangan

Bandar Baru Sg. Bagan seluas 627.63 hektar.

v. Pengekalan hampir 60% daripada kawasan pertanian dan kira-kira 65%

kawasan tanaman padi sedia ada dikekalkan.

vi. Pemuliharaan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), kawasan bercerun,

kawasan padang ragut dan kawasan berkepentingan geologi (kawasan

batuan ignimbrite.)

Implikasi:

i. Kawasan perbandaran di dalam kawasan mudah banjir memerlukan

program tebatan banjir, penyediaan sistem saliran yang sempurna serta

mematuhi syarat-syarat pembangunan yang telah ditetapkan oleh pihak

JPS dan Kerajaan Negeri.

ii. Pembangunan di Temangan memerlukan satu ’injection’ bagi menarik

aktivti perbandaran ke pekan tersebut. Perletakannya di pedalaman dan

aktiviti pertanian sedia ada tidak mampu untuk menjana aktiviti perbandaran

yang lain.

iii. Pembangunan perbandaran di kawasan lot-lot besar seperti di Sg. Bagan

yang tiada kemudahan perhubungan perlu disediakan kemudahan jalan

raya dan infrastruktur yang sempurna terlebih dahulu.

Page 14: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-14

iv. Pengurangan kawasan pertanian dan kawasan tanaman padi yang lebih

luas berbanding alternatif 1 dan 2.

v. Pembangunan jalan yang lebih menyeluruh perlu disediakan dengan

pembangunan jalan-jalan baru dan naiktaraf jalan bagi menyediakan laluan

alternatif dan menyediakan rangkaian jalan raya yang lebih baik ke

kawasan petempatan desa serta di antara pusat-pusat petempatan.

Page 15: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-15

Rajah 4.3.3: Alternatif 3: Konsep Pembangunan Berteraskan Machang Sebagai

Konurbasi Kota Bharu 4.4 PEMILIHAN KONSEP PEMBANGUNAN

Page 16: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-16

Pemilihan konsep pembangunan bagi RT Jajahan Machang menggunakan kaedah

pencapaian matlamat berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dikenalpasti. Jadual

4.4.1 menunjukkan hasil penilaian dan didapati konsep pembangunan alternatif 2

dijangka lebih mampu untuk mencapai matlamat pembangunan RT Jajahan

Machang. Dengan ini, ia adaah merupakan konsep pembangunan yang dipilih bagi

memandu arah pembangunan fizikal Jajahan Machang sehingga tahun 2020.

Jadual 4.4.1: Penilaian Pemilihan Konsep Pembangunan

Kriteria Luas (h) Mengikut Alternatif Konsep

Pembangunan

Catatan

Alternatif 1 Alternatif 2 Alternatif 3

Luas kawasan perbandaran

3,345.06 6,719.08

10,820.33 Petunjuk bagi mencapai sasaran keluasan bagi menampung pertambahan penduduk dan keperluan eonomi. Sasaran 4, 000 hektar berdasaran unjuran penduduk (keperluan 2,000 hektar) dengan 100% kapasiti tambahan

Kawasan tanah kosong dalam kawasan Perbandaran

290.75 375.93 598.29

Petunjuk bagi penggunaan tanah yang lebih ekonomik. Lebih luas, lebih baik

Kawasan Perbandaran di dalam radius 1km dari pusat petempatan

1,272.92 1,129.63 2,093.2

Petunjuk bagi menggalakkan pembangunan berpusat. Lebih luas, lebih baik

Kawasan perbandaran dalam kawasan mudah banjir

85.95 0.00

1,310.21 Petunjuk untuk kesejahteraan masyarakat (mengurangkan kos pembangunan dan sosial). Lebih kecil, lebih baik

Kawasan perbandaran dalam kelas tanah 1, 2 dan 3

3,293.09

6,420.86 3,415.2 Petunjuk bagi membangunkan wilayah ekonomi pertanian melalui pengekalan kawasan yang subur untuk pertanian. Lebih kecil, lebih baik

Kawasan tanaman padi yang dikekalkan

3,914.07

3,605.8 2,425.47 Petunjuk bagi membangunkan wilayah ekonomi pertanian melalui pelaksanaan program dasar jaminan bekalan makanan. Lebih luas, lebih baik

Bilangan lot-lot kecil di dalam kawasan perbandaran

7,281 11,383

18,368 Petunjuk bagi menggalakkan pembangunan di atas lot-lot kecil. Walau bagaimanapun, corak pembangunannya adalah secara adhoc dan menyukarkan penyediaan kemudahan awam.

Pengekalan kawasan KSAS

19,703.43

19,703.43

19,703.43

Petunjuk bagi mewujudkan alam persekitaran yang mampan melalui pemuliharaan elemen KSAS.

Panjang jalan baru 13.08 km 71.86 km

71.86km

Petunjuk bagi menyediakan perhubungan dan kebolehsampaian yang lebih menyeluruh.

Jumlah 3 5 4 Alternatif 2 dipilih sebagai konsep pembangunan

RT Jajahan Machang

Page 17: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-17

4.5 STRATEGI PEMBANGUNAN RT JAJAHAN MACHANG

4.5.1 Strategi-Strategi Utama

Berdasarkan kepada konsep pembangunan yang telah dipilih, beberapa strategi

pembangunan utama telah dikenalpasti seperti berikut:

i. Membangunkan Machang sebagai Pusat Petempatan Utama dengan fungsinya sebagai:

a. Pusat pentadbiran jajahan

b. Pusat perniagaan dan perkhidmatan utama

c. Pusat Industri Perkhidmatan

ii. Membangunkan satu kompleks pejabat kerajaan di Bandar Machang yang

dikenali sebagai Kota Tadbir (telah dicadangkan oleh RT Machang 2010).

Cadangan tapak ini juga terdiri dari sebuah perpustakaan awam jajahan dan

sebuah kompleks sukan mini (telah dicadangkan oleh RT Machang 2010).

iii. Membangunkan cadangan Bandar Baru Sungai Bagan, Pulai Chondong,

Banggol Judah dan Batu 30 – Kampung Pek sebagai Pusat Petempatan

Kecil Taraf 1 dengan fungsinya sebagai pusat perniagaan dan perkhidmatan

sekunder. Lain-lain fungsi adalah seperti berikut:

a. Bandar Baru Sungai Bagan sebagai pusat pendidikan dan latihan

b. Banggol Judah sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan

c. Pulai Chondong sebagai pusat industri berasaskan kuari

d. Btau 30 – Kg. Pek sebagai pusat Industri Kecil dan Sederhana

iv. Membangunkan Labok, Wakaf Bata, Kemuning dan Temangan sebagai

Pusat Petempatan Kecil Taraf 2 dengan fungsinya sebagai pusat perniagaan

dan perkhidmatan tempatan. Lain-lain fungsi adalah seperti berikut:

a. Labok sebagai pusat industri bioteknologi berasaskan produk kesihatan

dan kecantikan.

b. Kemuning sebagai pusat industri berasaskan kayu / perabot

c. Wakaf Bata sebagai pusat perniagaan borong bagi hasil pertanian

d. Temangan sebagai pusat penternakan burung walit.

v. Menaiktarafkan pusat petempatan desa sedia ada iaitu Bukit Tiu, Kampung

Joh, Kampung Kerilla, dan Kampung Paloh Rawa.

vi. Membangunkan kawasan tanaman padi sedia ada sebagai mini jelapang

padi.

vii. Mengekalkan dan mewartakan kawasan padang ragut sedia ada.

viii. Menjadikan kawasan rekreasi Jeram Linang dan Bukit Bakar sebagai taman

wilayah bagi Jajahan Machang serta mewujudkan dua buah taman bandar

iaitu di Bandar Machang dan Banggol Judah.

Page 18: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-18

ix. Membuat pembaikan terhadap zon banjir yang dikenalpasti yang di sebabkan

oleh limpahan air Sungai Kelantan yang tinggi pada musim tengkujuh, sistem

perparitan kurang diselenggarakan dan kawasan rendah.

x. Meningkatkan tahap perhubungan di peringkat wilayah melalui pembinaan

Lebuh raya Kota Bharu – Machang dan cadangan sambungan Lebuh raya

Pantai Timur (LPT) yang bersambung dari Jajahan Pasir Puteh ke Jajahan

Tanah Merah.

xi. Menyediakan rangkaian jalan raya yang lebih menyeluruh bagi

menghubungkan pusat-pusat petempatan utama dengan kawasan

petempatan desa. Dengan ini satu rangkaian jalan raya dibentuk yang terdiri

dari:

a. Jalan Lingkaran Luar (Rezab jalan; 30m – 40m)

b. Jalan Lingkaran Tengah (Rezab jalan; 20m – 30m)

c. Jalan Lingkaran Dalam (Rezab jalan; 20m – 30m)

xii. Meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam melalui peluasan

kawasan liputan perkhidmatan bas dan pembinaan sebuah terminal

pengangkutan awam bersepadu.

xiii. Memulihara Kawasan Sensitif Alam Sekitar seperti kawasan hutan simpan

kekal, pesisiran sungai dan kawasan pemeliharaan geologi (kawasan batu

‘ignimbrite’.

Page 19: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-19

Page 20: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-20

4.5.2 Strategi Sektoral

4.5.2.1 Pusat Bandar

Cadangan hierarki bandar-bandar atau pusat petempatan yang terdapat di Machang adalah diolah mengikut cadangan di dalam RSN Kelantan 2020 dimana kriteria yang masih sesuai adalah dikekalkan dan kriteria yang kurang sesuai adalah diolah mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Jadual 4.5.1: Cadangan Hierarki Pusat Petempatan di Jajahan Machang, 2020

Hierarki

Bandar

Semasa

2010

Candangan

RSN

Cadangan

RT Jajahan

Machang 2020

Fungsi

Pusat

Petempatan

Utama

Bandar Machang Bandar

Machang

Bandar Machang • Pusat Bandar Utama

• Pusat Pentadbiran Jajahan

• Pusat Pedagangan dan

Perkhimatan berskala

besar

• Pusat Perkhidmatan

Pengangkutan

• Pusat Kemudahan

prasarana

Pusat

Perkhimatan

Kecil Tahap 1

• Labok

• Pulai Chondong

• Temangan

• Bukit Tiu

• Labok

• Pulai

Chondong

• Temangan

• Pulai Chondong

• Sungai Bagan

• Banggol Judah

• Kampung Pek dan

Batu 30

• Pusat Pedagangan dan

Perkhimatan berskala

sederhana

• Pusat Pendidikkan dan

Latihan (Sg Bagan)

• Pusat Pendidikkan dan

Penyelidikkan (Banggol

Judah)

Pusat

Perkhimatan

Kecil Tahap 2

Bukit Tiu • Temangan

• Labok

• Wakaf Bata

• Kemuning

• Pusat Pedagangan dan

Perkhimatan berskala kecil

Pusat

Petempatan

Desa

• Kampung Pek

• Kampung Joh

• Kampung

Kerilla

• Kampung Paloh

Rawa

• Kampung.Ban

ggol Judah

• Kampung Pek

• Kampung Joh

• Kampung

Kerilla

• Kampung

Paloh Rawa

• Bukit Tiu

• Kampung Joh

• Kampung Kerilla

• Kampung Paloh

Rawa

• Pusat kemudahan

prasarana petempatan

desa.

Page 21: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-21

Page 22: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-22

Strategi memajukan Pusat Bandar Machang

i. Pusat Bandar

Penyediaan kemudahan perbandaran dan meningkatkan kawasan

perumahan dan kemudahan masyarakat yang lebih tersusun dan teratur

bagi membantu meningkatkan perkembangan penduduk. Menentukan radius

perbandaran yang baru iaitu 3 kilometer dari pusat bandar.

ii. Pusat Pentadbiran Utama

Mewujudkan zoning pentadbiran berpusat yang utama di Jajahan Machang

serta memperkukuhkan imej bangunan-bangunan pentadbiran dan institusi

kerajaan yang lain serta meningkatkan sistem pengurusan dan perkhidmatan

pentadbiran yang cepat dan cekap bagi mewujudkan rangkaian perkhimatan

mesra pengguna.

iii. Pusat Pedagangan dan Perkhimatan

Pembangunan kawasan perdagangan yang pelbagai kemudahan seperti

perkhimatan kewangan, peruncitan, jualan lansung, pasaraya tempatan,

farmasi, bazaar dan lain-lain

iv. Pusat Perkhimatan Pengangkutan

Penyediaan perkhidmatan pengangkutan yang utama di Jajahan Machang

terutama dari segi pengangkutan awam di mana ia perlu dinaik tarafkan

supaya lebih efektif dan efisien.

v. Pusat Kemudahan prasarana

Mewujudkan dan meningkatkan kemudahan prasarana yang cukup dan

menyeluruh bagi menampung keperluan penduduk sekitar Pusat Bandar dan

kawasan yang berhampiran seperti Bukit Tiu dan Wakaf Bata.

Strategi memajukan bandar Pulai Chondong, Sungai Bagan, Banggol Judah,

Kampung Pek dan Batu 30

i. Pusat Pedagangan Dan Perkhimatan Berskala Sederhana

Penyediaan kawasan pedagangan yang berpusat bagi membentuk

pembangunan yang tertumpu serta memudahkan pengagihan perkhimatan

perdagangan bagi semua penduduk. Aktiviti perdagangan adalah mengikut

hierarki bandar iaitu sebagai pusat perkhidmatan kecil tahap 1 seperti

peruncitan dan jualan lansung.

ii. Pusat Pendidikkan Dan Latihan (Sg Bagan)

Mewujudkan kemudahan pendidikan dan latihan berskala sederhana di

Sungai Bagan institusi pendidikan swasta serta beberapa pusat latihan yang

lain.

iii. Pusat Pendidikkan Dan Penyelidikkan (Banggol Judah)

Banggol Judah sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan kerana wujudnya

elemen pendidikkan sedia ada iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Universiti ini merupakan subjek utama pembentukkan bandar Banggol Judah

Page 23: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-23

dengan penyediaan kemudahan perdagangan dan prasarana yang

menyokong kemudahan pelajar-pelajar universiti. Beberapa bangunan

penyelidikan seperti penyelidikan pertanian juga perlu diwujudkan di sekitar

universiti bagi memudahkan proses pengurusan dan membentuk integriti

sosial antara pelajar.

Strategi memajukan Temangan, Labok, Wakaf Bata dan Kemuning

i. Pusat Perdagangan dan Perkhidmatan Berskala Kecil

Kawasan perdagangan dan perkhimatan berskala kecil yang menyokong

aktiviti perdagangan pusat bandar Machang serta menyediakan kemudahan

perdagangan dan perkhidmatan kepada penduduk di kawasan ini.

Strategi menaiktarafkan pusat petempatan desa sedia ada (Bukit Tiu, Kampung

Joh, Kampung Kerilla, dan Kampung Paloh Rawa)

i. Pusat Kemudahan Prasarana Petempatan Desa.

Kampung-kampung seperti Bukit Tiu, Kampung Joh, Kampung Kerilla, dan

Kampung Paloh Rawa dinaiktarafkan elemen pusat petempatan desa dengan

penyediaan prasarana yang menyeluruh seperti klinik desa, dan kemudahan

perdagangan berskala kecil.

4.5.2.2 Strategi Pembangunan Pertanian

Dengan pengekalan hampir 80% kawasan pertanian, strategi pembangunan utama

bagi sektor pertanian ialah menjadikan kawasan padi sedia ada sebagai Mini

Jelapang Padi. Cadangan ini bersesuaian dengan cadangan pembinaan empangan

di Bukit Bakar bagi tujuan pengairan. Strategi juga member penekanan kepada

peningkatan produktiviti tanaman getah, padi dan lain-lain. Strategi terperinci adalah

seperti di Jadual 4.5.2 dan Rajah 4.5.3.

Jadual 4.5.2: Strategi Pembangunan Pertanian Strategi Cadangan Semasa 2010 Sasaran 2020

Meningkatkan produktiviti tanaman getah, padi dan lain-lain tanaman

Getah Meningkatkan produktiviti dan menanam semula kawasan getah tua .

Pengeluaran – 1006.48 kg/ha./tahun

Pengeluaran – 1,500 kg/ha./tahun

Padi � Mengekalkan kawasan padi � Menaiktaraf sistem

pengairan dan saliran. � Membangukan kawasan padi

terbiar.

� Luas - 4,382 ha. � Pengeluaran – 7.98

tan/ha./musim

� Luas – 4,382 ha. � Pengeluaran – 10.0

tan/ ha./ musim

Lain-Lain Tanaman Meningkatkan produktiviti lain-lain tanaman

� Pengeluaran – 17.15 tan/ha./musim

� Pengeluaran – 20 tan/ha./musim

Kawasan padi sedia ada dijadikan sebagai Mini Jelapang Padi

Pembangunan infrastruktur sokongan; � Sistem saliran yang sistematik

dan menyeluruh. � Empangan tebatan banjir dan

untuk kegunaan tanaman padi.

� Luas Dalam Skim Pengairan = 3,235 ha.

� Pengeluaran – 7.98 tan/ha./musim

� Dalam Skim Pengairan = 4,382 ha.

� Pengeluaran – 10.0 tan/ ha./ musim

Page 24: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-24

Meningkatkan aktiviti penternakan secara komersil, terkawal dan mesra alam

Integrasi pertanian; � Penternakan lembu/ kambing/

ayam/ burung walit di kawasan tanaman getah.

� Penternakan burung walit di kawasan pertanian dan perindustrian dengan menggunakan garis panduan terkini.

� Mengekalkan dan mewartakan kawasan padang ragut sedia ada.

� Integrasi pertanian sedia ada dijalankan secara tidak menyeluruh.

� Penternakan burung walit tertumpu di kawasan bangunan perniagaan dan perumahan.

� 5 kawasan padang ragut sedia ada berkeluasan 403.18 ha.

� Ternakan haiwan secara integrasi pertanian 100%.

� Ternakan burung walit di kawasan pertanian dan perindustrian.

� Ternakan burung walit di kawasan perniagaan dan petempatan tidak dibenarkan.

� Pewartaan semua padang ragut sedia ada seluas 403.18 ha.

� Meningkatkan produktiviti dan keluasan kawasan akuakultur sedia ada.

� Luas – Kolam air tawar =15.76 ha.

� Luas – Tangki simen = 1,503.7 m2

� Pengeluaran = 94.09 mt.

� Luas – Kolam air tawar = 20 ha.

� Luas – Tangki simen = 2,000 m2

� Pengeluaran = 125 mt.

Pengekalan kawasan hutan simpan kekal sedia ada

� Mengekalkan kawasan hutan simpan kekal.

� Mengawal aktiviti pembalakan � Menggalakkan pembangunan

kawasan hutan rekreasi, pelancongan dan pendidikan.

� Luas – 20,885 ha. � Hutan berhasil

(pembalakan) 100 ha = 2 lesen.

� Luas – 20,885 ha. � Hutan berhasil

(pembalakan) – 100 ha.

� Aktiviti rekreasi dan pelancongan eko dipergiatkan lagi.

Page 25: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-25

Page 26: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-26

4.5.2.3 Strategi Pembangunan Perniagaan

i. Mengukuhkan fungsi pusat-pusat pernigaaan mengikut hierarki pusat

perniagaan dan perkhidmatan menerusi cadangan perluasan kawasan dan

penawaran ruang niaga yang baru.

ii. Menggalakkan pembangunan bercampur dengan tumpuan adalah di Bandar

Machang

iii. Menstrukturkan semula aktiviti-aktiviti perniagaan bengkel bermotor di pusat

bandar menerusi pemusatan aktiviti ke kawasan pembangunan tertentu.

iv. Membangunkan semula kawasan-kawasan perniagaan lama.

v. Memulihara dan menggunakan semula bangunan perniagaan yang

berkeadaan sederhana dan bangunan kosong.

vi. Meningkatkan tahap kualiti persekitaran di kawasan–kawasan perniagaan

sedia ada.

(Rajah 4.5.4).

4.5.2.4 Strategi Pembangunan Perindustrian

i. Mengukuhkan rantaian aktiviti perindustrian menerusi pembangunan

kawasan industri secara kluster dan cadangan kawasan perindustrian yang

baru.

ii. Memperluaskan kawasan perindustrian melalui cadangan kawasan

perindustrian baru yang lebih terancang dan dilengkapi dengan kemudahan

sokongan (prasaranan dan perhubungan) yang baik.

iii. Menggalakkan perkembangan rantaian aktiviti perindustrian sekunder.

iv. Memperluaskan skala aktiviti perindustrian IKS menerusi cadangan kawasan

perindustrian IKS baru yang dilengkapi dengan kemudahan sokongan yang

mencukupi.

v. Menempatkan semula industri-industri tidak terancang ke kawasan

perindustrian terancang sedia ada.

vi. Meningkatkan tahap penyediaan kemudahan sokongan di kawasan

perindustrian sedia ada.

(Rajah 4.5.5).

Page 27: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-27

Page 28: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-28

Page 29: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-29

4.5.2.5 Strategi Pelancongan

Kawasan RT Jajahan Machang hanya mempunyai dua sumberjaya pelancongan

yang boleh dieksploitasi bagi menjana kedatangan pelancong ke Kawasan RT

Jajahan Machang ini. Diantara cadangan bagi meningkatkan daya maju dan daya

saing sumberjaya pelancongan yang terdapat ini adalah melalui :-

i. Membangunkan kawasan-kawasan pelancongan dengan berteraskan tema

tertentu mengikut keunikan sumberjaya di kawasan tersebut dengan

disokong dengan program dan aktiviti yang menarik. Diantara tema dan zon

pelancongan yang dicadangkan ialah :

a. Zon Eko Pelancongan Air Terjun Jeram Linang

b. Zon Eko Pelancongan Bukit Bakar

c. Zon Komersial Geo Air Panas Tok Bok

d. Zon Pelancongan Warisan Sejarah Jambatan ‘Guillermard’

Pembangunan kawasan-kawasan pelancongan ini juga akan melibatkan

penyediaan kemudahan penginapan seperti resort dan juga chalet, kawasan

rekreasi, kawasan komersial, pusat kraftangan dan kebudayaan, pusat

penerangan pelancongan dan juga kemudahan asas dan infrastruktur

pelancongan yang lain.

ii. Mempertingkatkan kemudahan penginapan bagi para pelancong dengan

menawarkan pelbagai jenis penginapan yang mempunyai kemudahan yang

selesa supaya semua golongan pelancong boleh menginap dengan lebih

lama di Kawasan RT Jajahan Machang ini.

iii. Menyediakan tahap kemudahsampaian dan kemudahan pengangkutan

awam yang menyeluruh untuk memudahkan pelancong untuk berkunjung ke

semua destinasi pelancongan.

iv. Mempertingkatkan kemudahan sokongan pelancongan di semua destinasi

pelancongan yang ada seperti pusat penerangan pelancongan, risalah dan

peta lokasi, aksessibiliti dan lain-lain bagi memudahkan pelancong untuk

berkunjung ke destinasi-destinasi pelancongan.

v. Menyediakan pakej pelancongan dan ’tourism route’ yang menyeluruh

meliputi semua sumberjaya pelancongan yang terdapat di Kawasan RT

Jajahan ini disamping menggiatkan lagi promosi supaya ianya dapat menarik

lebih rama pengunjung.

Page 30: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-30

Zon Pelancongan RT Jajahan Machang (Rajah 4.5.6)

i. Zon Eko Pelancongan Air Terjun Jeram Linang

Air Terjun ini terletak di dalam hutan simpan Ulu Sat dan berada di bawah penyeliaan

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Kawasan ini mempunyai potensi yg besar di dalam

menjana pelancongan perinkat tempatan. Pembangunan pelancongan di kawasan ini lebih

tertumpu kepada beberapa aspek di dalam meningkatkan kadar kedatangan pelancong

terutamanya pelancong antarabangsa. Oleh itu promosi yang menyeluruh perlu dibuat di

dalam dan luar negeri bagi mempromosikan kawasan ini. Selain itu, penyediaan

pengangkutan awam yang baik perlu disediakan untuk ke kawasan ini supaya memudahkan

akses kepada para pelancong. Bagi cadangan infrastruktur dan kemudahan asas

pelancongan, elemen-elem dicadangkan adalah seperti :-

Cadangan penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas

• Pondok keselamatan

Cadangan pembaikan

• Chalet / tempat penginapan

• Pondok telefon

• Tong sampah

• Lampu jalan

• Papan tanda arah dan informasi

• Pusat penerangan

• Taman permainan

• Pagar dan pintu gerbang

• Jambatan gantung

Pelan Konsep Air Terjun Jeram Linang

Page 31: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-31

Page 32: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-32

ii. Zon Eko Pelancongan Bukit Bakar

Hutan in dibuka pada tahun 1975 dan mempunyai keluasan seluas 3.14 hektar. Produk ini

boleh dieksploitasi sebagai satu produk eko pelancongan yang baik melalui beberapa

cadangan strategik untuk meningkatkan penawaran aktiviti pelancongan di kawasan ini.

Beberapa strategi bagi meningkatkan produk pelancongan ini ialah dengan menyediakan

dan mempertingkatkan tahap infrastruktur dan kemudahan asas pelancongan di kawasan ini

seperi aksessibiliti, tandas awam, lampu jalan, papan tanda arah, kedai makan dan lain-lain.

Selain itu, promosi yang menyeluruh perlu dibuat bagi mempromosikan kawasan ini.

Pelan Konsep Zon Pelancongan Eko Bukit Bakar

iii. Zon Komersial Geo Air Panas Tok Bok

Zon Komersial Geo Air Panas Tok Bok merupakan salah-satunya kawasan geo pelancongan

berasaskan air panas di Jajahan Machang. Ianya mempunyai potensi yang besar di dalam

menjana ekonomi di dalam sektor pelancongan di Jajahan Machang ini. Berdasarkan kajian

yang telah dibuat, beberapa strategi dirangka untuk pembangunan produk pelancongan ini

iaitu :-

Page 33: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-33

a. Menyediakan tahap kemudahsampaian dan kemudahan pengangkutan awam yang

menyeluruh untuk memudahkan pelancong untuk berkunjung ke ke produk

pelancongan ini.

b. Menyediakan dan mempertingkatkan tahap infrastruktur dan kemudahan asas

pelancongan di kawasan ini seperi tempat letak kereta, aksessibiliti, tandas awam,

tong sampah, lampu jalan, papan tanda arah, wakaf, kedai cenderamata, kedai

makan, pusat penerangan dan papan tanda informasi.

c. Promosi yang menyeluruh perlu dibuat bagi mempromosikan kawasan ini.

d. Mencadangkan pembinaan pusat jualan penjaja atau peniaga kecil bagi menarik

kedatanga pelancong dan penduduk tempatan.

Pelan Konsep Air Panas Tok Bok

4.5.2.6 Strategi Pembangunan Perumahan dan Kemudahan Masyarakat

i. Strategi Pembangunan Perumahan

a. Strategi keperluan pembangunan perumahan berdasarkan unjuran keperluan

perumahan

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, pembangunan perumahan di kawasan RT Jajahan

Machang sehingga tahun 2020 memerlukan guna tanah seluas 1,369.02 hektar bagi

menampung keperluan sebanyak 27,602 unit perumahan terancang. Unjuran yang dibuat

adalah berdasarkan keperluan unit perumahan sehingga tahun 2020. Jumlah keluasan guna

tanah perumahan bagi tahun 2020 adalah berdasarkan andaian pecahan peratusan

keperluan unit rumah mengikut jenis iaitu 50% untuk perumahan kos rendah, 20% untuk

perumahan kos sederhana rendah, 20% untuk perumahan kos sederhana dan 10% untuk

perumahan kos tinggi (RSN Kelantan).

Page 34: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-34

Jadual 4.5.3: Unjuran Jumlah Unit Serta Keluasan Guna Tanah Perumahan yang

Diperlukan Sehingga Tahun 2020

Keperluan 2010 2015 2020

Unit Unit Unit

Unit Kediaman 19,536 23,676 27,602

Unit Kediaman Kos Rendah 9,768 11,838 13,801 Nota: andaian pecahan peratusan keperluan unit rumah mengikut jenis iaitu 50% untuk perumahan kos rendah, 20% untuk perumahan kos sederhana rendah, 20% untuk perumahan kos sederhana dan 10% untuk perumahan kos tinggi (RSN Kelantan).

vi. Strategi Keperluan Perumahan Kos Rendah

Penyediaan perumahan kos rendah pula adalah berdasarkan kesesuaian lokasi yang

terletak berdekatan dengan kemudahan awam dan kesesuaian keperluan yang diminta.

Faktor pemilihan dan perletakkan lokasi perumahan kos rendah pula adalah berdekatan

dengan kawasan transit dan pusat petempatan. Penyediaan perumahan kos rendah adalah

perlu untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah dan

menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Contoh perumahan kos rendah jenis strata dan bukan strata

vii. Strategi Mengintegrasikan Pembangunan Lot-Lot Kecil Perumahan Yang

Kurang Dari 5 Ekar

Cadangan pengezonan ini akan dilakukan di kawasan perumahan yang terdiri daripada lot-

lot kecil. Cadangan zon kediaman ini mengintegrasikan pembangunan lot-lot kecil yang

kurang dari 5 ekar bagi membentuk satu unit kejiranan. Keadaan ini secara tidak langsung

bertujuan untuk meningkatkan tahap kemudahsampaian dalam jarak berjalan kaki. Radius

yang digunakan adalah sejauh 400 meter iaitu lebih kurang 10 minit berjalan kaki.

Kejiranan

Unit Kejiranan

Pengagihan Unit Kejiranan

800 m

400 m

Page 35: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-35

Contoh Pengegezonan Perumahan di Mukim Ulu Sat membentuk unit kejiranan. Setiap Unit kejiranan menggabungkan lot-lot kecil menjadi

satu lot besar yang melebihi 10 ekar

viii. Strategi Pengezonan Kawasan Perumahan Mengikut Densiti

Kriteria kepadatan perumahan ditentukan oleh strategi pembangunan keseluruhan kawasan RT Jajahan Machang. Ini berdasarkan:-

• Lokasi kediaman yang berdekatan

dengan tempat kerja, kemudahan awam

dan pengangkutan.

• Keperluan pengekalan kawasan desa.

Zon Kawasan Perumahan di kawasan RT Jajahan Machang terbahagi kepada lima (5) kategori iaitu:-

a. Perumahan Tetap Mengekalkan densiti kawasan perumahan sedia ada di kawasan kajian RT Jajahan Machang iaitu perumahan jenis teres, berkembar, sesebuah dan perumahan kos rendah.

b. Perumahan Densiti Tinggi

Merujuk kepada kawasan perumahan baru yang berdensiti lebih dari 50 unit per hektar. Cadangan ini meliputi kediaman jenis kuarters kakitangan seperti kuarters jururawat, perguruan, bomba dan polis

c. Perumahan Densiti Sederhana

Merujuk kepada kawasan perumahan baru yang berdensiti maksimum 20-40 unit per hektar. Cadangan kepada perumahan jenis teres dan berkembar.

d. Perumahan Densiti Rendah 1

Merujuk kepada kawasan perumahan baru yang berdensiti tidak lebih dari 20 unit per hektar. Cadangan kepada perumahan sesebuah.

e. Perumahan Densiti Rendah 2

Merujuk kepada kawasan perumahan kampung yang berdensiti maksimum 5-10 unit per hektar

ix. Pengelompokan Kemudahan Asas Dan Sosial

Berdasarkan penemuan, salah satu isu yang berkaitan pembangunan perumahan adalah

penyediaan kemudahan yang agak berselerak telah menyukarkan perancangan

pembangunan di kawasan RT Jajahan Machang. Keadaan ini kerana pembangunan

perumahan semasa berlaku secara ‘piecemeal’ dan menyebabkan kemudahan yang

disediakan tidak dapat digunakan secara optimum serta pembaziran.

Page 36: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-36

Cadangan di mana pembangunan perumahan terancang baru lebih bersifat berkelompok

atau tertumpu di sesebuah kawasan. Kawasan-kawasan perumahan perlu dibina

bersebelahan atau berhampiran antara satu sama lain. Ini bagi membolehkan perancangan

kemudahan asas dan sosial dapat dibina secara berkelompok dan pengunaannya akan

dapat dioptimumkan.

Page 37: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-37

Rajah 4.5.7: Strategi Perumahan

Page 38: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-38

b. Strategi Pembangunan Kemudahan Masyarakat

Perancangan dan penyediaan kemudahan masyarakat adalah berdasarkan unjuran

keperluan penduduk RT Jajahan Machang. Jadual 4.5.4 menunjukkan senarai keperluan

kemudahan masyarakat di kawasan Jajahan Machang berdasarkan unjuran tahun 2015 dan

tahun 2020 dimana tiada penambahan bagi kemudahan hospital, sekolah rendah, masjid,

tempat ibadat bukan islam, perkuburan bukan islam, perpustakaan cawangan, dewan

serbaguna, balai bomba 2 petak.

Berdasarkan unjuran, dapati pembangunan kemudahan masyarakat memerlukan tanah

seluas 44.98 hektar sehingga tahun 2020 untuk menampung jumlah pertambahan unit

kemudahan yang diperlukan.

Jadual 4.5.4: Senarai Keperluan Kemudahan Masyarakat RT Jajahan Machang

Sumber : Kajian RT Jajahan Machang, 2010

Kemudahan Bilangan Tambahan

(Unit)

Luas

(Hektar) 2010

(sedia ada)

2015

2020

Pendidikan

Sek. Menengah

Sek. Rendah

Tadika

10 1 1 2 6

29 - - - -

35 8 1 9 1.0

Kesihatan

Hospital

Klinik Kesihatan

Klinik Desa

1 - - - -

4 1 1 2 4

12 3 3 6 1.2

Keagamaan

Masjid

Tempat Ibadat

Bukan Islam

- - - - -

- - - - -

Perkuburan

Islam

Bukan Islam

65.807 Hek 3.17 Hek 1.84 Hek - 5.1

4.873 Hek - - - -

Kemudahan

Komuniti

Perpustakaan

Cawangan

Perpustakaan Desa

Dewan serbaguna

Dewan Org. Ramai

Balairaya

- 1 - - 1.5

3 2 1 3 0.6

5 - - - -

9 - - 2 0.4

4 7 2 9 0.9

Kemudahan

Keselamatan

Balai Polis

Pondok Polis

Balai Bomba

(4 petak)

Balai Bomba

(2 petak)

5 - 2 2 4

3 1 2 3 0.3

-

1

-

1

1.3

1 - - - -

Jumlah 1075 24 13 41 26.3

Page 39: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-39

Antara strategi-strategi kemudahan masyarakat yang telah dirangka iaitu :

i. Pembangunan kemudahan masyarakat yang mencukupi dengan penyediaan

secara menyeluruh dan berkualiti.

Mencadangkan komponen-komponen kemudahan masyarakat mengikut unjuran berasaskan

jumlah unjuran penduduk akan datang dan kemudahan semasa yang didapati tidak

mencukupi.

ii. Kawasan Jajahan Machang Sebagai Destinasi Pendidikan Dan Latihan Utama (Bandar Ilmu)

a. Cadangan hub pendidikan dan pusat latihan di Bandar Baru Sungai Bagan

Menyokong dan menggalakan pertumbuhan IPT-IPT baru dimana terdiri daripada

IPTA dan IPTS serta pusat-pusat latihan berasaskan kemahiran.

b. Cadangan hub pendidikan dan penyelidikan di Banggol Judah

Menggalakan pertumbuhan pembangunan pusat R&D dan inovasi di sekitar

kawasan Banggol Judah iaitu di sekitar kawasan UiTM sedia ada di kawasan

tersebut.

iii. Penyediaan institusi dan kemudahan masyarakat secara berkelompok dan

mengikut skala

Unit kejiranan

- Kawasan kediaman yang dilengkapi dengan kemudahan asas

Pusat Kejiranan

- Menyediakan kemudahan berskala kecil iaitu pra sekolah, tadika, surau, pondok

polis, dewan orang ramai, dan perpustakaan awam.

Unit Komuniti

- Gabungan beberapa unit kejiranan

Pusat Komuniti

- Menyediakan kemudahan berskala sederhana yang boleh menampung

keperluan unit-unit kejiranan.

- Ia melibatkan kemudahan sekolah menengah, sekolah rendah, klinik kesihatan,

tempat ibadat Islam (masjid) dan bukan Islam (tokong, kuil), balai bomba, balai

polis, tanah perkuburan, pejabat pos, balai raya, dan pusat komputer berinternet.

Unit Masyarakat

- Merangkumi beberapa unit komuniti.

Pusat Sosial

- Menyediakan kemudahan berskala besar yang menempatkan kemudahan dan

institusi di peringkat daerah dan negeri.

- Ia merangkumi kemudahan IPTA, IPTS, Hospital Kerajaan, Hospital Swasta, Ibu

Pejabat Kemudahan Keselamatan, Kemudahan Keagamaan.

Page 40: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-40

Rajah 4.5.8: Konsep Penyediaan Kemudahan Masyarakat Mengikut Skala

iv. Mewujudkan kota tadbir bagi Jajahan Machang

Pengelompokan institusi pentadbiran awam bagi Jajahan Machang disesebuah kawasan

yang dilengkapi dengan kemudahan berskala besar seperti kompleks sukan mini,

perpustakaan awam, dewan orang ramai dan lain-lain lagi.

Page 41: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-41

Page 42: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-42

4.5.2.7 Strategi Pembangunan Tanah Lapang dan Rekreasi

Cadangan kawasan lapang dan rekreasi bagi RT Jajahan Machang adalah berkisar kepada

penambahbaikan kawasan-kawasan lapang sedia ada dan juga penambahan kawasan

lapang baru bagi mengimbangi pembangunan sekitarnya. Sesuai dengan pembangunan dan

pertambahan penduduk , penyediaan kawasan lapang dan rekreasi adalah amat perlu untuk

kemudahan masyarakat setempat dan juga pelancong. Penyediaan kawasan lapang dan

rekreasi adalah bertujuan untuk menyediakan kawasan riadah yang selesa dan mencukupi

disamping memberi nilai tambah dari segi kecantikan kawasan persekitaran kepada

keseluruhan kawasan Machang.

Strategi utama pembangunan kawasan lapang RT Jajahan Machang adalah seperti berikut:

i. Penyediaan kemudahan rekreasi yang menyeluruh melalui unjuran, cadangan baru

dan penaiktarafan kawasan sedia ada dengan cadangan Taman Wilayah dan

Taman Bandaran sebagai keutamaan.

ii. Menjadikan rizab sungai sebahagian tanah lapang dan rekreasi awam.

iii. Mewarta tanah lapang dan rekreasi sedia ada serta memantau pelaksanaan

pembangunannya.

Bagi menyokong strategik tesebut, pembangunan tanah lapang dan rekreasi akan

melibatkan projek-projek sepertimana berikut :-

i. Menyediakan kawasan lapang dan rekreasi mengikut hierarki dan garis panduan

serta piawaian yang telah ditetapkan di semua RT Jajahan Machang melalui:-

a. Cadangan sebuah Taman wilayah bagi menampung keperluan keseluruhan

jajahan Machang.

b. Cadangan sebuah Taman Bandaran berhampiran dengan pusat bandar

Machang.

c. Cadangan Taman Tempatan bagi daerah yang mempunyai jumlah

penduduk melebihi 12,000 orang, iaitu:-

• Pangkal Meleret

• Pulai Chondong

• Labok

• Panyit

• Ulu Sat

d. Cadangan Padang Kejiranan di daerah Temangan.

e. Cadangan Lot Permainan dan padang permainan di semua kawasan

pembangunan baru sebagai memenuhi syarat 10 peratus keluasan

pembangunan.

ii. Pembangunan Pesisiran Sungai Kelantan sebagai sebahagian kawasan lapang dan

rekreasi di kawasan berpotensi bagi menafaatkan keindahan semulajadi yang ada

dan

iii. Pewartaan kawasan lapang sedia ada serta menaiktaraf semua kemudahan

kawasan lapang sedia ada.

Page 43: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-43

Page 44: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-44

4.5.2.8 Strategi Pembangunan Infrastruktur

Strategi utama infrastruktur adalah untuk mengurangkan masalah banjir di Jajahan

Machang. Strategi-strategi yang dicadangkan ialah:

i. Membuat pembaikan terhadap zon banjir yang dikenalpasti kerana limpahan air

yang tinggi pada musim tengkujuh, sistem perparitan kurang diselenggarakan dan

kawasan rendah akan menyebabkan fenomena banjir.

ii. Pembangunan semula dan baik-pulih seperti pembesaran atau penyelenggaraan

benteng di muara-muara sungai dan naik-taraf sistem saliran utama yang berfungsi

sebagai sistem saliran utama di kawasan tumpuan pembangunan.

iii. Perlaksanaan sepenuhnya butiran-butiran projek dan program yang telah digariskan

di dalam Pelan Induk Sistem Saliran Dan Perparitan Daerah Machang oleh JPS dan

beberapa pengubahsuaian butiran projek perlu dibuat untuk menyesuaikan dengan

keadaan di tapak.

iv. Memperbaiki sistem saliran dan perparitan di pusat perbandaran utama dan

kawasan padat pembangunan seperti di Bandar Machang.

4.5.2.9 Strategi Pembangunan Pengangkutan

Strategi pengangkutan bagi Jajahan Machang bertujuan untuk menyediakan rangkaian jalan

raya yang lebih menyeluruh menghubungkan pusat-pusat petempatan utama dengan

kawasan petempatan desa. Dengan ini satu rangkaian jalan raya dibentuk yang terdiri dari:

i. Jalan Lingkaran Luar (Rezab jalan; 30m – 40m)

ii. Jalan Lingkaran Tengah (Rezab jalan; 20m – 30m)

iii. Jalan Lingkaran Dalam (Rezab jalan; 20m – 30m)

Jalan-jalan ini terdiri daripada rangkaian jalan sedia ada yang dicadang dinaiktaraf dan juga

cadangan jalan-jalan baru bagi melengkapkan rangkaian jalan ini (Rajah 4.5.11a dan Rajah

4.5.11b).

Bagi perhubungan di antara wilayah, rangkaian perhubungannya adalah melalui dua laluan

perhubungan utama (Jalan Persekutuan 4 dan Jalan Persekutuan 8) dan Cadangan Lebuh

raya Kota Bharu – Kuala Krai.

Strategi pengangkutan juga memberi penekanan kepada peningkatan tahap perkhidmatan

pengangkutan awam melalui:

i. Peluasan kawasan liputan pengangkutan bas

ii. Peningkatan kekerapan perjalanan ke destinasi-destinasi utama

iii. Penyediaan terminal pengangkutan awam bersepadu.

Page 45: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-45

Page 46: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-46

Page 47: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-47

4.5.2.10Strategi Peningkatan Kualiti Persekitaran

i. Strategi Landskap

Strategi pembangunan landskap adalah amat penting kepada sesebuah pihak berkuasa

tempatan dalam usaha merancang, membangun dan melaksanakan projek landskap di

dalam kawasan pentadbiran mereka. Strategi pembangunan jangka pendek dan panjang

adalah perlu bagi mengawal dan memudahakan pembangunan landskap dijalankan pada

masa kini dan hadapan. Strategi utama sektor landskap adalah:-

i. Peningkatan imej dan landskap bagi kawasan pusat bandar utama dan pusat

petempatan utama jajahan bagi membentuk fungsi dan identiti utama.

ii. Meningkatkan imej dan landskap di kawasan rekreasi dan pelancongan utama

jajahan melalui potensi semulajadi yang ada.

iii. Mengukuhkan dan menyerlahkan imej tempatan daerah melalui penonjolan landskap

di kawasan pintu masuk utama jajahan,kawasan pinggir jalan, persimpangan utama

dan kawasan tumpuan utama.

Bagi tujuan menyokong strategi di atas, pelbagai langkah perlaksanaan telah dirancang.

Antara langkah langkah tersebut adalah seperti berikut :-

i. Merancang serta melaksanakan program penghijauan dan pengindahan kawasan

kajian yang lebih komprehensif bagi mencapai objektif kawasan pembangunan

landskap yang mampan.

ii. Memberi keutamaan kepada projek pembangunan landskap di kawasan berpotensi

terutamanya di kawasan pusat bandar utama.

iii. Memberi galakan khusus kepada pihak swasta dalam projek dan program

pembangunan landskap di dalam usaha meringankan beban pengurusan kewangan

majlis.

iv. Mempertingkatkan kualiti dan imej landskap di laluan utama atau laluan protokol.

v. Mewujudkan satu rangkaian siarkaki yang selesa bagi memaksimumkan konsep

keberjalanan di kawasan perumahan, bandar dan kawasan hijau serta rekreasi.

vi. Menerapkan konsep rekabentuk dan garis panduan yang dicadangkan kepada

setiap pembagunan landskap bagi mewujudkan kesamaan dan identiti.

vii. Program penyelenggaraan yang lebih efektif terhadap elemen-elemen landskap

melalui penerapan tatacara penyelenggaraan yang sistematik.

Bagi tujuan perlaksanaan, projek pembangunan landskap akan dilaksanakan mengikut fasa.

Ini adalah bagi memudahkan pihak berkuasa melaksanakan projek pembangunan yang

dirancang mengikut keutamaan. Projek pembagunan dibahagikan kepada 2 fasa yang mana

akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Page 48: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-48

Fasa 1

Fasa pertama akan memberi fokus kepada pembangunan landskap yang lebih utama di

dalam usaha memberi impak yang segera kepada keseluruhan pembagunan yang

dirancang. Antara projek yang diberi keutamaan adalah sepertimana berikut :-

i. Pengindahan landskap pusat bandar dan petempatan utama seperti bandar

Machang, Bandar Baru Sungai Bagan dan pekan Pulai Chondong melalui

penerapan elemen landskap bandar yang bersesuaian seperti “mall” pejalan kaki,

titik fokal, arca dan sebagainya bagi mewujudkan suasana perbandaran yang lebih

kondusif.

ii. Perlandskapan pusat bandar Machang yang menjurus kepada penerapan elemen

landskap yang berimejkan Machang sebagai pusat pentadbiran, perniagaan dan

institusi berkonsepkan “Islamic City”.

iii. Pengindahan landskap jalan utama/protokol seperti jalan Kuala Krai-Kota Bharu,

jalan Pejabat, jalan Bahagia, jalan Padang, jalan Dato Hasyim, dan jalan Bakat

melalui penerapan elemen landskap lembut dan kejur yang menarik dan beridentiti

bagi meningkatkan kualiti pemandangan laluan.

iv. Mewujudkan zon pintu masuk di sempadan pusat bandar Machang yang akan

dilihat sebagai titik ketibaan utama ke pusat bandar dan menonjolkan imej bandar

Machang sebagai pusat bandar pentadbiran, perniagaan dan institusi utama.

v. Mewujudkan zon pintu masuk di semua sempadan jajahan sebagai tanda

kedatangan.

vi. Mempertingkatkan persekitaran di kawasan rekreasi lancong utama bagi

meningkatkan imej jajahan Machang sebagai sebahagian hub pelancongan eko

utama negeri Kelantan.

vii. Menggalakkan pemwujudan taman-taman perumahan berkonsepkan perumahan

dalam taman yang lebih menyeluruh.

viii. Menyelenggara dan menaiktaraf elemen landskap sedia ada terutamanya di

kawasan pusat bandar bagi mewujudkan suasana perbandaran selesa dan selamat.

Fasa 2

Perlaksanaan pada peringkat fasa 2 merupakan perlaksanaan projek bagi kesinambungan

daripada projek pembagunan fasa 1 dan pembangunan landskap baru. Antara perlaksanaan

yang akan dijalankan pada peringkat fasa 2 adalah :-

i. Meneruskan program penghijauan di kawasan terpilih seperti kawasan perumahan

dan petempatan baru melalui penanaman tanaman landskap yang lebih menyeluruh.

ii. Meneruskan aktiviti penyelenggaraan landskap sedia ada dan pembangunan

landskap baru di masa akan datang.

iii. Mempertingkatkan dan memperkemas fungsi dan peranan jabatan /bahagian

landskap Majlis Daerah Machang.

Page 49: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-49

Page 50: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-50

ii. Strategi Reka bentuk Bandar

Reka bentuk bandar adalah satu penataan fiskal bandar yang mempamerkan ciri-ciri

ketamadunan, kebudayaan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Pembentukan imej

sesebuah bandar adalah melalui penentuan dan penelitian unsur-unsur reka bentuk fizikal

serta pertimbangan unsur-unsur semulajadi dan budaya setempat. Beberapa strategi

mengenai reka bentuk bandar bagi Jajahan Machang telah dikenal pasti melalui karakter

bandar sedia ada dan potensi karakter bandar yang telah dikenalpasti.

a. Pusat Bandar Machang sebagai ‘Islamic City’ dimana prinsip utama bandar ini

ialah interaksi, adil dan bersih

Antara langkah-langkah yang perlu diambil kira bagi menjayakan strategi ini ialah:

• Penyediaan kawasan komersial, perumahan dan kawasan pentadbiran yang

menerapkan unsur-unsur reka bentuk islam iaitu geometrik bagi fasad bangunan dan

elemen lanskap yang berciri Islam.

• Menyediakan ruang siar kaki bagi pejalan kaki serta mesra OKU bagi setiap kawasan

yang menjadi tarikan pengguna pejalan kaki.

• Menyediakan kawasan plaza atau bazaar yang tidak formal di dalam pusat bandar bagi

mewujudkan interaksi sosial antara penduduk dan pengunjung.

• Penggunaan perabot jalan yang memberi mesej atau info berkenaan Islam.

• Menambah kawasan nodus di kawasan bandar bagi membentuk bandar yang lebih aktif

dimana kawasan nodus ini perlu berintegrasi antara satu sama lain bagi memudahkan

penduduk.

• Mewujudkan taman mini, dan plaza yang dapat menyedarkan pengguna terhadap

kebesaran ciptaan Tuhan dan secara automatik menyedarkan tanggungjawab sebagai

khalifah.

• Mewujudkan jaringan maklumat (signage) di setiap zon bandar bagi meningkatkan

permeability bandar untuk kemudahan pengunjung dan penduduk Machang.

• Mewujudkan mercu tanda yang berfungsi serta menekankan ‘elemen islamic pattern’.

• Menerapkan konsep ‘Bandar Selamat’ di dalam perancangan pembangunan seperti

penambahan sistem pencahayaan, penyediaan bollard dan CCTV.

b. Pekan Temangan sebagai ‘small scale espalaned town’

Pekan Temangan mempunyai bilangan penduduk yang kecil untuk dibangunkan sebagai

pusat petempatan kecil taraf satu, namun demikian bagi menghidupkan pekan ini, elemen

reka bentuk bandar pekan ini perlu dititik beratkan. Antara langkah-langkah yang perlu

diambil bagi merealisasikan strategi ini ialah:

• Pembangunan bandar di sekitar Sungai Kelantan serta mewujudkan lingkaran

kawasan hijau disepanjang pembangunan ke kawasan sungai.

Page 51: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-51

• Penggunaan rekabentuk bangunan yang moden serta memudahkan kerja-kerja

penyelenggaraan ruang bandar.

• Menerapkan konsep ‘Bandar Selamat’ di dalam perancangan pembangunan seperti

penambahan sistem pencahayaan, penyediaan bollard dan CCTV.

• Menggalakkan penggunaan ‘bill board’ dikawasan yang strategik serta reka bentuk

yang ‘simple’ serta mudah difahami.

• Membina mercu tanda baru dikawasan tepi sungai atau laut seperti ‘bird watching’

yang mempunyai rekaan dan melambangkan imej pekan-pekan ini.

• Menjadikan pembangunan sekitar ‘waterfront’ sebagai kawasan tumpuan utama

bandar serta mewujudkan identiti di kawasan ini dengan reka bentuk yang sesuai

sebagai ‘small scale esplanade town’.

• Faktor rekabentuk estetik perlu diterapkan di dalam reka bentuk jalan bagi

mewujudkan keadaan yang menarik dan pelbagai pada pengguna jalan dan

memastikan visual ke arah sungai atau laut tidak terhadang dengan mana-mana

elemen perabot jalan.

c. Bandar Pulai Chondong, Kampung Pek dan Batu 30 sebagai Bandar ‘gateway’

• Penyediaan reka bentuk bandar yang memberi perbezaan antara pusat bandar Kota

Bharu dan Machang seperti pintu gerbang dan dan ‘townscape’ yang menyeluruh.

bagi mewujudkan ‘sense of welcoming’ dan sense of place’ .

• Meningkatkan ‘legibility’ dan ‘permeability‘ bandar bagi menghubungkan pengguna

melalui peningkatan kualiti informasi atau ‘bill board’ di setiap kawasan bandar.

• Pembentukan mercu tanda bandar sebagai salah satu pembukaan unsur ‘sense of

place’ bagi Jajahan Machang. Unsur ini dapat dilihat bagi pengguna jalan raya yang

masuk ke jajahan ini dari arah selatan dan utara Machang.

• Menerapkan konsep ‘Bandar Selamat’ di dalam perancangan pembangunan seperti

penambahan sistem pencahayaan, penyediaan bollard dan CCTV.

d. Bandar Banggol Judah dan Sungai Bagan sebagai Bandar Ilmu

• Menekankan integrasi penduduk UiTM seperti penyediaan laluan pejalan kaki dan

‘cycle’ serta penyediaan kawasan riadah di sekitar kampus.

• Menerapkan konsep ‘Bandar Selamat’ di dalam perancangan pembangunan seperti

penambahan sistem pencahayaan, penyediaan bollard dan CCTV.

• Penyediaan reka bentuk bandar dan bangunan yang mencerminkan pengetahuan

serta gambaran ketamadunan.

• Reka bentuk kawasan bandar yang dapat menampung kegiatan riadah bagi

melahirkan masyarakat yang cerdas dan produktif.

• Penyediaan halaman, plaza, dan taman mini bagi mewujudkan ilmu pengetahuan

tidak lansung kepada pengguna tentang alam semulajadi.

• Ciri-ciri bangunan seperti bangunan pintar, bangunan mesra pengguna dan

sebagainya bagi melambangkan wawasan kedua-dua bandar.

Page 52: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-52

Page 53: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-53

iii. Strategi Pencegahan dan Pengawalan Pencemaran

Dalam mengendalikan masalah semasa alam sekitar, strategi yang dicadangkan melibatkan

usaha-usaha pencegahan dan pengawalan pencemaran serta kerja-kerja ke arah

pembaikan/peningkatan kualiti persekitaran semasa. Ianya merangkumi tindakan terhadap

aspek kualiti air sungai, udara dan aras hingar. Secara umumnya, strategi pembangunan

bagi meningkatkan kualiti alam persekitaran semasa melibatkan pendekatan perancangan

guna tanah dengan sokongan daripada aspek pengurusan adalah seperti berikut:

a. Menyediakan zon penampan/pemisah selebar 20m (minimum) di antara kawasan

industri berkelompok dengan kawasan perumahan terancang ataupun kawasan

petempatan untuk mengurangkan kesan pencemaran seperti terhadap aspek kualiti

udara.

b. Memastikan perletakan guna tanah yang bersebelahan dengan tanah berjiran

(neighbouring land) dengan kawasan industri haruslah sepadan dengan guna tanah

industri.

c. Mempertingkatkan kualiti jajaran sungai utama di Jajahan Machang seperti Sungai Sat

dan Sungai Kerilla serta cawangannya dengan mengawal buangan yang dilepaskan dari

kawasan industri.

d. Memastikan tiada pembangunan di kawasan rezab sungai di bawah penyelenggaraan

JPS.

e. Menyediakan langkah-langkah kawalan terhadap aktiviti yang berpotensi mencemarkan

alam sekitar seperti tapak pelupusan sisa kulit dan bahan dalaman haiwan, perangkap

sampah dan kelodak di lokasi yang bersesuaian.

f. Menyediakan sistem rawatan kumbahan yang bersesuaian dengan jenis pembangunan,

seperti sistem rawatan efluen bagi semua industri, dan kawasan perumahan juga

mempunyai sistem rawatan kumbahan domestik sendiri.

g. Menyelaraskan kerja-kerja mengawal dan mencegah punca-punca pencemaran di

antara badan-badan agensi yang terlibat iaitu Majlis Daerah Machang, Jabatan Alam

Sekitar dan lain-lain agensi yang berkaitan.

4.5.2.11 Strategi Pemuliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Bagi KSAS, strategi yang dicadangkan perlu diseimbangkan dengan keperluan terhadap

pembangunan mampan, namun masih lagi tertakluk kepada permintaan pembangunan

ekonomi sekiranya keadaan benar-benar memerlukannya. Strategi pemuliharaan KSAS

adalah:

i. Mengawal pembangunan di KSAS seperti kawasan hutan simpan dan kawasan

operasi kuari mengikut garispanduan dan polisi pembangunan yang berkaitan. Ini

adalah perlu bagi meminimakan kesan pembangunan yang bersifat negatif terhadap

kawasan persekitaran dari segi aspek kualiti air dan udara.

Page 54: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-54

ii. Menghindari KSAS daripada sebarang aktiviti pembangunan berskala besar bagi

memelihara kualiti alam sekitar. Namun sekiranya pembangunan amat diperlukan

bagi menyokong penjanaan sektor ekonomi untuk faedah menyeluruh seluruh

Jajahan Machang, maka ianya bolehlah dilaksanakan secara terkawal dan bersifat

rmesra alam.

iii. Memastikan tiada projek perumahan dibenarkan berhampiran dengan kawasan kuari

dan bijih besi sedia ada.

iv. Memelihara kawasan pelantar batuan hijau ‘ignimbrite’ di Temangan dengan

memastikan tiada pembangunan baru di kawasan tersebut.

Page 55: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-55

Page 56: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-56

Page 57: 4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN - ugisp.comugisp.com/machang/pdf/LAPORAN TEKNIKAL/BAHAGIAN 2/4.0 KONSEP DAN... · berkepentingan geologi dan badan air. Oleh itu, kawasan tumpuan

Konsep dan Strategi Pembangunan 4-57