20150520124456_topik 3 keseimbangan pasaran

Upload: jessica-richard

Post on 06-Jul-2018

654 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    1/47

     

      PENGENALAN

    Kita telah lihat di Topik 2 bagaimana kuantiti permintaan berhubung kait secaranegatif dengan harga dan kuantiti penawaran berhubung kait secara positifdengan harga. Namun, hubungan tersebut adalah terlalu umum. Kita mungkinperlu tahu banyak manakah kuantiti yang diminta akan jatuh sekiranya naik

    sebanyak 10%. Dalam Topik 3 ini, anda akan mempelajari tentang keseimbanganpasaran. Anda juga akan mempelajari tentang sejauh mana kuantiti dimintasensitif kepada perubahan harga. Maklumat ini penting kepada firma untukmenentukan harga barangan yang dikeluarkan. Kepada ahli ekonomi pula,maklumat ini penting dalam menganalisis dasar yang dilaksanakan olehkerajaan.

    Sensitiviti kuantiti terhadap perubahan harga boleh diukur denganmenggunakan konsep keanjalan yang akan diterangkan di dalam topik ini.

    TTooppii

    33 

    KeseimbanganPasaran 

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menunjukkan bagaimana kuantiti dan harga keseimbangan dicapaidengan menggunakan diagram dan persamaan;

    2. Menerangkan bagaimana keseimbangan pasaran boleh berubah;

    3. Mengira keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran, pekalikeanjalan silang dan keanjalan pendapatan;

    4. Mentafsirkan keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran,pekali keanjalan silang dan keanjalan pendapatan; dan

    5. Mengaplikasikan konsep keanjalan dalam analisis pasaran.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    2/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 50

      KESEIMBANGAN PASARAN

    Apakah keseimbangan pasaran? Bagaimanakah permintaan dan penawaran

     berhubung kait?

    Untuk menunjukkan bagaimana kedua-duanya berinteraksi dalam menentukanharga dan kuantiti, kita perlu melakar keluk permintaan dan penawaran dalamsatu diagram.

    Terma keseimbangan digunakan dalam ekonomi untuk menerangkan keadaandi mana semua pemboleh ubah telah mencapai titik yang mantap tanpa sebarangkecenderungan untuk berubah. Keseimbangan hanya akan berubah sekiranyapenentu permintaan atau penawaran berubah.  

    Pada titik keseimbangan pasaran, kehendak pembeli adalah sama dengankehendak penjual iaitu kuantiti yang diminta adalah sama dengan kuantiti yangditawarkan pada harga yang tertentu. Kuantiti dan harga ini dikenali sebagaikuantiti keseimbangan  dan  harga keseimbangan. 

    Berdasarkan kepada perbincangan kita sebelum ini, kita tahu yang kelukpermintaan mempunyai kecerunan yang negatif manakala keluk penawaranpula bercerun positif. Di dalam Rajah 3.1, kedua-dua keluk ini dilakarkan dalamdiagram yang sama. Kedua-dua keluk ini bersilang pada titik E. Titik E ini

    dikenali sebagai titik keseimbangan, manakala Pe  dan Q e  mewakili hargakeseimbangan dan kuantiti keseimbangan.

    Titik persilangan antara keluk permintaan dan penawaran adalah titikkeseimbangan pasaran.

    Permintaan dan penawaran adalah model yang menerangkan gelagatpengguna dan penjual di pasaran.

    3.1

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    3/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   51

     

    Rajah 3.1: Keseimbangan pasaran

    3.1.1 Keseimbangan, Lebihan dan Berkurang

     Jadual 3.1 menerangkan konsep keseimbangan, lebihan permintaan dan lebihanpenawaran. Kadang-kadang, lebihan permintaan juga dipanggil sebagai berkurang manakala lebihan penawaran sebagai lebihan. Ini bermakna, lebihan

    permintaan diwakili dengan nilai negatif manakala lebihan penawaran dengannilai positif. Lebihan sifar pula menunjukkan yang kita berada pada titikkeseimbangan.

    Jadual 3.1: Lebihan, Berkurang dan Keseimbangan Pasaran

    Harga

    RM)

    Kuantiti Diminta

    Unit)

    Kuantiti

    Ditawarkan

    Unit)

    Berkurang -)

    Lebihan +)

    Kecenderungan

    Harga

    1 18 2 -16 Meningkat

    2 16 4 -12 Meningkat3 14 6 -8 Meningkat

    4 12 8 -4 Meningkat

    5 10 10 0 Keseimbangan

    6 8 12 +4 Menurun

    7 6 14 +8 Menurun

    8 4 16 +12 Menurun

    9 2 18 +16 Menurun

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    4/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 52

    Pengurangan berlaku apabila pada tahap harga tertentu, kuantiti permintaanmelebihi kuantiti penawaran. Jadual 3.1 menunjukkan pengurangan atau lebihanpermintaan berlaku pada harga RM1 hingga RM4 seunit. Apabila harga adalah

    RM1, terdapat pengurangan sebanyak 16 unit manakala apabila harga adalahRM4, pengurangan berlaku menjadi empat unit. Pengurangan akan memberitekanan kepada harga untuk naik dan kenaikan harga ini akan mengurangkanpermintaan dan seterusnya mengurangkan pengurangan dalam pasaran.

    Lebihan pula berlaku apabila pada tahap harga yang tertentu, kuantiti yangditawarkan melebihi kuantiti yang diminta. Lebihan akan berkurangan apabilaharga menurun. Justeru itu, lebihan akan memberi tekanan kepada harga untukturun. Berdasarkan Jadual 3.1, kita boleh lihat bagaimana lebihan berkurangandaripada 16 unit kepada 14 unit apabila harga turun daripada RM9 kepada RM6

    seunit.

    Keseimbangan akan dicapai apabila tiada lebihan atau pengurangan. Di sini,tiada lagi tekanan ke atas harga untuk berubah. Pada Jadual 3.1, keseimbangandicapai pada harga RM5 seunit dan kuantiti 10 unit. Perhatikan bahawapengurangan akan menyebabkan harga meningkat dan lebihan akan mendorongharga untuk jatuh.

    Rajah 3.2 menunjukkan keadaan pengurangan, lebihan, keseimbangan dantekanan kepada harga.

    Rajah 3.2:

     Keseimbangan, berkurang dan lebihan

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    5/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   53

     

    3.1.2 Perubahan Keseimbangan Pasaran

    Keseimbangan pasaran tidak akan berubah selagi tiada sebarang kuasa dipasaran yang mempengaruhi permintaan dan penawaran. Walau

     bagaimanapun, permintaan dan penawaran akan sentiasa bergerak ke kiri ataukanan apabila penentu permintaan dan penawaran berubah. Oleh itu, perubahandalam penentu permintaan dan penawaran akan menyebabkan kuantiti dan

    harga keseimbangan berubah.

    (a)  Perubahan PermintaanSecara umumnya, perubahan permintaan dan penawaran akan memberikesan yang boleh dijangka kepada kuantiti dan harga keseimbangan seperti berikut:

    (i)  Apabila permintaan meningkat manakala penawaran tidak berubah,

    harga dan kuantiti keseimbangan juga akan meningkat. Untukmendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kesan peningkatanpermintaan ke atas keseimbangan pasaran, mari kita lihat Rajah 3.3(a).Keluk D0 dan S adalah titik keseimbangan asal. Titik E0 adalah titikkeseimbangan asal di mana keluk permintaan D0  bersilang dengankeluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0  danQ0. Apabila permintaan meningkat, keluk permintaan D0 akan beralihke D1. D1   dan E 1   adalah keluk permintaan titik keseimbangan yang baru; dan

    Kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan = Kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta =

    Fikirkan yang manakah merujuk kepada lebihan   dan yang manaberkurang.

    SEMAK KENDIRI 3.1

    Dengan menggunakan ayat anda sendiri, terangkan bagaimana pasaranmencapai keseimbangan. Kongsi jawapan anda dengan rakan yang lain.

    AKTIVITI 3.1

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    6/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 54

    (ii)  Apabila permintaan berkurangan dan penawaran tidak berubah,harga dan kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.3[b]).

    Rajah 3.3: Kesan peralihan keluk permintaan kepada keseimbangan

    (b)  Perubahan Penawaran

    (i)  Apabila penawaran meningkat dan permintaan tidak berubah, hargakeseimbangan akan jatuh dan kuantiti keseimbangan akan naik (rujukRajah 3.4[a]); dan

    (ii)  Apabila penawaran turun dan permintaan tidak berubah, hargakeseimbangan akan naik dan kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujukRajah 3.4[b]).

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    7/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   55

     

    Rajah 3.4: Kesan peralihan keluk penawaran kepada keseimbangan

    (c) Perubahan Permintaan dan PenawaranPerubahan permintaan dan penawaran secara serentak akan menyebabkanharga dan kuantiti keseimbangan berubah seperti berikut:

    (i)  Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran meningkat, kuantitikeseimbangan akan naik (rujuk Rajah 3.5[a]); dan

    (ii)  Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran turun, kuantitikeseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.5[b]).

    Rajah 3.5: Kesan peralihan keluk permintaan dan penawaran dalam arah yang sama

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    8/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 56

    Rajah 3.5 menunjukkan kedua-dua keadaan ini. Kesan ke atas harga pulatidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada beberapa perkaraterutamanya sejauh mana keluk berubah dan juga keanjalan keluk iaitu:

    (i)  Apabila permintaan naik dan penawaran turun, harga keseimbanganakan naik (rujuk Rajah 3.6[a]); dan

    (ii)  Apabila permintaan turun dan penawaran naik, harga keseimbanganakan turun. Kesan kepada kuantiti tidak dapat ditentukan disebabkanoleh perkara yang sama seperti di atas (rujuk Rajah 3.6[b]).

    Rajah 3.6: Kesan peralihan keluk permintaan dan penawaran dalam arah yang berlainan

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    9/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   57

     

    PASARAN DALAM BENTUK PERSAMAAN

    Kita juga boleh menerangkan hubungan antara permintaan pasaran danpenawaran pasaran untuk sesuatu barangan dan penentu-penentu merekadalam bentuk persamaan.

    Persamaan boleh dinyatakan dalam bentuk fungsi yang umum atau denganmemberikan nilai yang tertentu kepada pemboleh ubah tertentu. Persamaan inidikenali sebagai fungsi permintaan dan fungsi penawaran. Selain itu,keseimbangan pasaran juga boleh diperoleh daripada fungsi-fungsi tersebut.

    3.2.1 Fungsi Permintaan

    Fungsi permintaan menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta danpenentunya dalam bentuk fungsi:

    Fungsi permintaan yang umum boleh ditulis seperti berikut:

    Fungsi umum ini menyatakan secara amnya yang kuantiti diminta, Q d,  berfungsikepada harganya sendiri, P  g ;  harga barangan pengganti, P s ; harga barangan

    Q d  = f(P  g  , P s  , P c  , Y, T, P eg  )  

    3.2

    LATIHAN 3.1

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B)   atau SALAH

    S). 

    1.  Apabila pasaran mencapai keseimbangan, perubahan permintaandan penawaran akan menyebabkan berlakunya lebihan atau berkurang.

    2.  Kebanyakan pasaran dapat mengekalkan keseimbangan untuk jangka masa yang lama.

    3.  Lebihan permintaan atau berkurang akan menyebabkan harga jatuh.

    4.   Jika permintaan meningkat dan penawaran kekal tidak berubah,harga dan kuantiti keseimbangan akan naik.

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    10/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 58

    penggenap, P c ; pendapatan,  Y ; cita rasa, T ; dan jangkaan harganya pada masahadapan, P eg .

    Kebiasaannya, fungsi permintaan yang digunakan hanya menunjukkanhubungan antara kuantiti diminta dengan harga barangan tersebut. Persamaanini boleh ditulis dalam bentuk Q d = a   bP , di mana

    Q d   = Kuantiti dimintaa   = Pemalar ( constant )b   = Kecerunan keluk permintaanP   = Harga barangan

    Persamaan mudah ini adalah berdasarkan kepada andaian bahawa lain-lainpenentu permintaan tidak berubah. Semua pemboleh ubah yang konstantdimasukkan dalam nilai konstant a . Sekiranya berlaku perubahan dalampemboleh ubah yang lain, keluk permintaan akan beralih. Kecerunan kelukpermintaan akan berubah sekiranya nilai b   berubah. Rajah 3.7 adalah kelukpermintaan yang dilakarkan berdasarkan kepada fungsi permintaan Q d   = 20   2P.

    Rajah 3.7: Keluk permintaan

    3.2.2 Fungsi Penawaran

    Sama seperti permintaan, penawaran juga boleh dipersembahkan dalam bentukpersamaan.

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    11/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   59

    Persamaan umum penawaran boleh ditulis seperti berikut:

    Fungsi umum ini menyatakan bahawa kuantiti ditawarkan berfungsi kepadaharga barangan tersebut, P  g ; kos pengeluaran, C  g ; harga barangan penggantidalam pengeluaran, P s ; harga barangan yang dihasilkan bersama, P c ; dan jangkaan harga, P eg .

    Persamaan penawaran yang mudah pula menunjukkan hubungan antarakuantiti ditawarkan dan harga barangan tersebut. Lain-lain pemboleh ubahdiandaikan sebagai tidak berubah. Fungsi ini boleh ditulis dalam bentuk Q s  = c +

    dP  di mana

    Q s   = Kuantiti ditawarkanc = Konstantd   = Kecerunan keluk penawaranP   = Harga barangan

    Apabila lain-lain pemboleh ubah berubah, c  akan berubah dan keluk penawaranakan beralih. Perubahan dalam nilai d  pula akan menyebabkan kecerunan keluk berubah. Rajah 3.8 adalah keluk penawaran yang dilakar berdasarkan kepada

    persamaan Q s  = -5 + 3P.  

    Rajah 3.8: Keluk penawaran

    Q s  = f(P  g  , C  g  , P s  , P c  , P eg  )  

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    12/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 60

    3.2.3 Keseimbangan Pasaran

    Kita telah mengetahui bahawa keseimbangan pasaran dicapai apabila kuantiti

    permintaan sama dengan kuantiti penawaran atau Q d   = Q s . Denganmenggunakan persamaan permintaan dan penawaran yang dinyatakan di atas,kita boleh mendapatkan harga dan kuantiti keseimbangan seperti berikut:

    Q d = Q s  20  2 P   = 5 + 3P  

    5P   = 25P   = 5

    Gantikan nilai P ke dalam fungsi permintaan dan fungsi penawaran untuk

    mendapatkan nilai kuantiti keseimbangan (anda akan memperoleh nilai yangsama).

    Q d   =  20  2 P   atau Q s =  5 + 3P  = 20  2(5) = 5 + 3(5)= 10 = 10

    Rajah 3.9 menunjukkan keseimbangan pasaran yang dicapai dengan hargakeseimbangan RM5 dan kuantiti keseimbangan 10 unit.

    Rajah 3.9: Keseimbangan pasaran

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    13/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   61

    LATIHAN 3.2

    Isikan tempat kosong

    1.  Pasaran adalah institusi atau mekanisme yang menemukan_____________dan _____________ untuk sesuatu barangan danperkhidmatan.

    2.  Selain harga, faktor yang boleh mempengaruhi keputusan untukmembeli adalah _____________, _____________ dan_____________.

    3.  Hubungan antara harga dan kuantiti dalam jadual permintaan

    adalah _____________, manakala dalam jadual penawaran,hubungan antara harga dan kuantiti dalam jadual permintaanadalah _____________.

    4.  Penurunan permintaan bermakna pengguna akan membeli padakuantiti yang _____________ pada setiap tahap harga atau hanyasanggup membayar _____________ untuk kuantiti yang sama.

    5. Hukum penawaran menyatakan bahawa harga yang lebih tinggiakan mendorong penjual untuk menawarkan _____________ barangan kepada pengguna dan sebaliknya.

    6. _____________ pasaran dicapai pada tahap harga di mana kuantitidiminta adalah sama dengan kuantiti _____________.

    7.  Pengurangan berlaku apabila harga pasaran _____________ hargakeseimbangan kerana kuantiti _____________ lebih tinggidaripada kuantiti _____________. Sekiranya harga pasaranmelebihi harga keseimbangan, maka _____________ akan berlakukerana kuantiti _____________ melebihi kuantiti _____________.

    8.   Jika permintaan meningkat dan penawaran berkurangan, hargakeseimbangan akan _____________ manakala kuantitikeseimbangan akan _____________. Jika permintaan danpenawaran kedua-duanya meningkat, _____________ akanmeningkat tetapi perubahan _____________ tidak dapatditentukan.

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    14/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 62

     

    Jawab soalan berikut.

    1.  Berikut adalah jadual permintaan tiga individu iaitu A, B dan Cuntuk barang X . Sekiranya pasaran barang X   terdiri daripada tigaindividu tersebut:

    (a)  Dapatkan jadual permintaan pasaran; dan

    (b)  Lakarkan keluk permintaan pasaran untuk barang X .

    Harga RM)

    Kuantiti diminta Unit)

    A B C

    0.40 1 4 0

    0.36 3 5 1

    0.32 6 6 15

    0.28 10 7 10

    0.24 15 8 16

    2.  Persamaan permintaan dan penawaran untuk barang X  adalah:Q d  = 20 + 3P  

    Q s   = 220

     5 P

    (a)  Kirakan harga dan kuantiti keseimbangan denganmenyelesaikan persamaan di atas secara matematik;

    (b)  Lakarkan kedua-dua persamaan di dalam diagram yang samadi atas kertas graf dan tunjukkan titik keseimbangan sebagaititik E ; dan

    (c)  Berdasarkan kepada persamaan di atas, kirakan kuantitidiminta dan kuantiti ditawarkan untuk setiap tahap hargaseperti yang ditunjukkan di bawah dan nyatakan sama ada berlaku lebihan atau pengurangan di pasaran.

    Harga RM) 10 20 30 40 50

    Kuantiti diminta (unit)

    Kuantiti ditawarkan (unit)

    Lebihan/Berkurang (unit)

    LATIHAN 3.3

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    15/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   63

     KEANJALAN DAN SENSITIVITI

    Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan?

    Secara amnya, nilai keanjalan diperoleh melalui formula berikut:

    Terdapat beberapa sebab kenapa keanjalan diukur dengan peratus perubahan:

    (a)  Keanjalan membolehkan perbandingan dibuat terhadap perubahan duasubjek yang diukur dalam unit yang berbeza. Sebagai contoh, kita bolehmembandingkan perubahan kuantiti dengan perubahan harga dalam nilaimata wang;

    (b)  Kita boleh mengelakkan masalah penentuan saiz unit yang digunakan.

    Sebagai contoh, peningkatan daripada RM1 kepada RM2 dianggap sebagaipeningkatan satu unit harga tetapi perubahan daripada 100 sen ke 200 senadalah 100 unit harga. Apabila kita menggunakan peratusan, nilaipeningkatan yang sama akan diperoleh tanpa perlu mengambil kira unityang digunakan; dan

    (c)  Perubahan mutlak tidak dapat menerangkan sama ada sesuatu perubahanitu penting atau tidak. Ini hanya boleh diketahui sekiranya kita diberi nilaiasal. Sebagai contoh, perubahan sebanyak RM1 untuk satu barangan yangasalnya berharga RM5 boleh dianggap sebagai penting. Namun, jika hargaasalnya adalah RM100, perubahan sebanyak RM1 dianggap sebagai tidak

    penting. Dengan kata lain, apa yang perlu kita lihat adalah peratusperubahan bukannya perubahan mutlak.

    Konsep keanjalan boleh diaplikasikan oleh pembuat dasar, pengeluar dan jugapengguna. Contohnya, firma boleh menggunakan konsep ini untuk menentukanpenggunaan sumber pengganti apabila harga input meningkat. Sekiranya kosmodal meningkat, firma boleh menggantikan modal dengan buruh tetapi kadarpertukaran akan ditentukan oleh nilai keanjalan.

    3.3

    Peratus perubahan kuantiti

    Peratus perubahan penentu Keanjalan

     

    Keanjalan  boleh didefinisikan sebagai ukuran sensitiviti sesuatu pembolehubah (seperti kuantiti diminta atau kuantiti ditawarkan) terhadap perubahanpenentu-penentunya (seperti harga atau pendapatan). 

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    16/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 64

    Ada empat jenis keanjalan yang biasanya digunakan (rujuk Rajah 3.10) iaitukeanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran harga, keanjalan permintaanpendapatan dan keanjalan permintaan silang. Kita akan membincangkan jenis

    keanjalan permintaan terlebih dahulu sebelum kita membincangkan keanjalanpenawaran.

    Rajah 3.10:  Jenis keanjalan

    KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

    Ia diukur melalui peratus perubahan dalam kuantiti diminta yang disebabkanoleh perubahan harga sebanyak satu peratus. Ukuran ini tidak memilikisebarang unit.

    Keanjalan permintaan mengukur respons kuantiti diminta bagi sesuatu barangan terhadap perubahan harga barangan tersebut.

    3.4

    Pada pendapat anda, kenapa kita perlu mengukur keanjalan? Apakahkepentingan keanjalan dalam kehidupan seharian kita?

    AKTIVITI 3.2

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    17/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   65

     

    3.4.1 Pengiraan Keanjalan Permintaan Harga

    Nilai keanjalan permintaan harga boleh diperoleh melalui formula berikut:

     Jika peningkatan harga sebanyak 10 peratus akan menyebabkan kuantiti diminta berkurangan sebanyak 20 peratus, maka keanjalan permintaan harga adalah20% / 10% = 2.

    Nilai keanjalan boleh dikira menggunakan dua kaedah iaitu kaedah keanjalantitik dan kaedah keanjalan lengkuk atau titik tengah.

    Formula keanjalan titik adalah seperti berikut:

    di mana, Q 0  adalah kuantiti asal dan Q 1  adalah kuantiti baru, manakala P 0  harga

    asal dan P 1   harga baru. Simbol   digunakan untuk mewakili perubahan,contohnya:

    Q  = Q 1     Q 0  

    Keanjalan titik

    mengukur nilai keanjalan pada satu titik di atas kelukmanakala keanjalan lengkuk adalah purata keanjalan antara dua titik di ataskeluk yang sama.

     

    1 0

    0 0

    1 0 0

    0

    100 Q

    P100

     

    Q Q 

    Q P E 

    P P  Q P 

     

    Peratus perubahan kuantiti dimintaPeratus perubahan harga

    d E   

    Anda sedia maklum bahawa peningkatan harga barangan akanmenyebabkan kuantiti diminta berkurangan. Namun, tahukah andasebanyak mana kuantiti diminta akan jatuh? Bagaimanakah caranyauntuk kita mengukur perubahan atau penurunan tersebut?

     

    AKTIVITI 3.3

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    18/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 66

    Nota:

    Terdapat satu masalah utama yang timbul apabila kita menggunakan formulakeanjalan titik. Nilai keanjalan yang diperoleh adalah berbeza untuk

    peningkatan harga dan penurunan harga. Ini disebabkan oleh nilai pembawahyang berbeza. Untuk memahami masalah ini, mari kita lihat contoh berikut:

    Contoh:

    Andaikan harga X  turun dari RM10 ke RM5 dan kuantiti diminta naik dari 4 unitke 7 unit.

    Dengan menggunakan formula keanjalan titik, nilai keanjalan yang diperolehadalah -1.5 sepertimana yang ditunjukkan oleh pengiraan di bawah:

    Sekarang, mari kita lihat apa yang berlaku apabila harga naik daripada RM5 keRM10 dan kuantiti diminta turun daripada 7 unit kepada 4 unit. Nilai keanjalanyang diperoleh adalah:

    0

    0

    Q

    P

    7 4 10

    5 10 4

    3 105 4

    1.5

    P E 

     

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    19/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   67

     

    Contoh ini menunjukkan bahawa walaupun kita mengira keanjalan dalamlingkungan harga yang sama (iaitu antara RM5 dan RM10), nilai keanjalan yangdiperoleh adalah berbeza, bergantung kepada sama ada harga naik daripadaRM5 ke RM10 atau harga turun daripada RM10 kepada RM5. Di sini kita dapati bahawa apabila harga turun, permintaan adalah anjal (-1.5) tetapi apabila harganaik, permintaan menjadi tidak anjal (-0.43). Perbezaan ini mungkin tidak begitu besar sekiranya perubahan harga adalah kecil. Namun, untuk perubahan yang besar, perbezaan tersebut juga akan menjadi semakin besar.

    Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh menggunakan satu lagi formulakeanjalan iaitu keanjalan lengkuk.

    Keanjalan lengkuk mengukur keanjalan purata antara dua titik di atas kelukyang sama. Formulanya adalah seperti berikut:

    Dengan menggunakan contoh yang sama seperti di atas, keanjalan lengkukadalah:

    Nilai 0.7 ini bermakna, apabila harga berubah sebanyak 1%, kuantiti diminta

    akan berubah sebanyak 0.7%. Oleh itu, permintaan adalah tidak anjal untuklingkungan harga tersebut. Nilai keanjalan yang sama akan diperoleh sama adaharga naik atau harga turun.

    Nilai keanjalan titik boleh juga dikira atau dianggar dengan melihat Rajah 3.11.

    1 0

    1 0

      Q 3 15=   = 0.7

      P 5 13

    P P E 

    Q Q  

    1 0

    1 0 1 0

    1 0 1 0

    1 0

     100/ 2   Q

    = =  P

     100/ 2

     

    Q Q 

    Q Q P P  E 

    P P  Q Q P P 

     

    0

    0

    3 50.43

    5 7

    P Q E 

    P Q  

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    20/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 68

     

    Rajah 3.11: Pengiraan keanjalan

    Keanjalan pada titik B  adalah:

    dan pada titik C:

    400= 1

    400

    GE GC GE  

    GC OG OG   

    600= 3

    200

    HE HB HE  

    HB OH OH   

    Andaikan harga minyak petrol naik sebanyak 60%. Keadaan inimenyebabkan kuantiti diminta untuk minyak petrol turun sebanyak15%. Apakah keanjalan permintaan harga minyak petrol?

    Sekiranya harga tepung gandum turun sebanyak 10% dan kuantiti naiksebanyak 30%, apakah keanjalan permintaan harga tepung gandum?

    Pada pendapat anda, yang mana satu antara minyak petrol dan tepunggandum yang lebih anjal?

    AKTIVITI 3.4

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    21/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   69

    3.4.2 Tahap Keanjalan

    Untuk memudahkan kita dalam menganalisis keanjalan permintaan,

    kebiasaannya kita akan mengabaikan tanda negatif keanjalan yang diperoleh danhanya akan mengambil kira nilai mutlak. Ini adalah kerana nilai keanjalanpermintaan adalah sentiasa negatif disebabkan oleh hubungan negatif antaraperubahan harga dan perubahan kuantiti yang diminta.

    Secara amnya, keanjalan boleh digambarkan melalui bentuk keluk permintaan.Namun, sepertimana yang diterangkan sebelum ini, nilai keanjalan adalah berbeza-beza bagi setiap titik di atas keluk yang sama kecuali dalam tiga kes:keluk mendatar, keluk menegak dan keluk berbentuk hiperbola.

    Keluk permintaan yang mendatar dikatakan sebagai anjal sempurna dan nilaikeanjalan adalah sama di sepanjang keluk iaitu infiniti. Untuk keluk permintaanyang menegak, nilai keanjalan adalah sifar di sepanjang keluk. Manakala untukkeluk permintaan hiperbola, keanjalan adalah sentiasa bersamaan dengan satu(anjal unit) di sepanjang keluk. Anjal unit bermaksud nilai peratus perubahankuantiti diminta adalah sama dengan nilai peratus perubahan harga. Jadual 3.2merumuskan hubungan antara nilai keanjalan, tahap keanjalan dan bentuk kelukpermintaan.

    Jadual 3.2: Tahap Keanjalan dan Bentuk Keluk Permintaan

    Nilai Keanjalan Tahap Keanjalan Bentuk Keluk Permintaan

    E d   =   Anjal sempurna Mendatar

    1 < E d <   Anjal Condong

    E d   = 1 Anjal unit Hiperbola 

    0 < E d < 1 Tidak anjal Curam

    E d  = 0 Tidak anjal sempurna Menegak

    SEMAK KENDIRI 3.2

    Bagaimanakah caranya untuk kita tentukan sama ada permintaansesuatu barangan adalah anjal?

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    22/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 70

    3.4.3 Keanjalan Permintaan Harga dan JumlahPerbelanjaan/Pendapatan

    Sebelum ini, kita telah menyatakan bahawa konsep keanjalan boleh membantudalam membuat keputusan mengenai pengeluaran dan penggunaan. Sensitivitikuantiti terhadap harga membolehkan kita mengira sensitiviti jumlah hasilterhadap harga kerana formula untuk mengira jumlah hasil (TR ) adalah TR  = P  xQ   di mana P   adalah harga dan Q   kuantiti. Di samping membantu pengeluaruntuk meramal perubahan jumlah hasil, keanjalan juga boleh membantupengguna untuk meramal perubahan jumlah perbelanjaannya.

    Rajah 3.12: Jumlah hasil

    Rajah 3.12 menunjukkan bagaimana pengiraan jumlah hasil dilakukan. Sebagaicontoh, 1,000 unit barangan yang dijual pada harga RM2 seunit akanmenghasilkan RM2,000. Di dalam Rajah 3.12, jumlah ini ditunjukkan sebagaikawasan yang dilorek di mana jumlah pendapatan adalah harga (RM2) kalikuantiti (1,000 unit).

    Apa yang perlu dilakukan sekiranya firma berhasrat untuk meningkatkan jumlah hasilnya? Bolehkah ia dicapai dengan menaikkan atau menurunkanharga semata-mata? Firma boleh menjawab persoalan ini dengan menggunakannilai permintaan harga.

    (a)  Permintaan AnjalApabila permintaan adalah anjal, peratus perubahan kuantiti adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga. Ini bermakna, perubahan kuantitiakan memberi kesan yang lebih besar kepada jumlah hasil berbandingperubahan harga.

    D

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    23/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   71

    Maka,

    Di sini, kita boleh lihat bahawa apabila permintaan adalah anjal, perubahandalam jumlah hasil adalah seiring dengan perubahan kuantiti.

    Rajah 3.13: Jumlah hasil permintaan anjal

    Rajah 3.13 menggambarkan perbezaan antara jumlah hasil yang diperolehdaripada dua harga yang berbeza ke atas satu keluk permintaan yang anjal.Andaikan harga meningkat daripada RM5 kepada RM6. TR  akan menurundaripada RM100 kepada RM60. Tetapi apabila harga menurun daripadaRM6 kepada RM5, TR   akan meningkat daripada RM60 kepada RM100.Oleh itu, jika permintaan adalah anjal, firma harus mengurangkan harga

    untuk meningkatkan jumlah hasil.

    (b)  Permintaan Tidak AnjalApabila permintaan tidak anjal, perkara yang sebaliknya akan berlaku.Nilai perubahan harga adalah lebih besar berbanding dengan peratusperubahan kuantiti. Perubahan harga akan mempunyai kesan yang lebih besar berbanding perubahan kuantiti.

     Jika P  meningkat, peratus penurunan Q  adalah lebih besar. Oleh itu, TR  akan menurun. Jika P  menurun, peratus kenaikan Q   juga adalah lebih besar. Oleh itu, TR  akan meningkat.

    D

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    24/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 72

     

    Perubahan dalam jumlah hasil berlaku seiring dengan perubahan harga.Keadaan ini digambarkan pada Rajah 3.14.

    Rajah 3.14:  Jumlah hasil apabila permintaan tidak anjal

     Jika harga turun daripada RM6 kepada RM4, TR   akan turun daripadaRM60 kepada RM48. Sebaliknya, jika harga meningkat daripada RM4kepada RM6, TR  akan naik dari RM48 kepada RM60.

    Oleh itu, jika firma mempunyai permintaan yang tidak anjal, harga bolehditingkatkan untuk meningkatkan jumlah hasil.

    (c)  Permintaan Anjal Unit Jika peratus perubahan harga adalah sama dengan peratus perubahan

    kuantiti diminta, permintaan ini dikatakan sebagai anjal unit. Apabilapeningkatan harga sebanyak satu peratus diikuti dengan penurunankuantiti sebanyak satu peratus juga, maka kesan kenaikan hargadihapuskan sepenuhnya dengan penurunan kuantiti. Ini seterusnya akanmenyebabkan tiada perubahan langsung dalam TR . Rajah 3.15 adalahcontoh keluk permintaan yang anjal unit di sepanjang keluk. Sepertimanayang dapat kita lihat, jumlah hasil pada harga RM10 seunit adalah TR   =

    RM10   2 = RM20. Nilai TR   yang sama diperoleh pada tahap harga RM5,

    TR  = RM5  4 = RM20.

     Jika P  naik, peratus kejatuhan Q  adalah lebih kecil. Justeru, TR  akan naik. Jika P   turun, peratus peningkatan Q   adalah lebih kecil dan TR   akan

     berkurangan.

    D

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    25/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   73

     

    Rajah 3.15: Jumlah hasil apabila permintaan anjal unit

    (d)  Permintaan Anjal SempurnaApabila permintaan adalah anjal sempurna, keluk permintaan berbentukmendatar. Pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran,permintaan adalah sifar tetapi pada harga yang lebih rendah daripadaharga pasaran, permintaan adalah infiniti. Peratus perubahan jumlah hasiladalah sama dengan peratus perubahan kuantiti. Dalam keadaan ini, satu-satunya cara untuk meningkatkan jumlah hasil adalah denganmeningkatkan kuantiti.

    Rajah 3.16:  Jumlah hasil apabila permintaan anjal sempurna

    Keadaan ini ditunjukkan dalam Rajah 3.16. Jumlah hasil (seperti yangditunjukkan di kawasan berlorek) meningkat apabila kuantiti meningkatdari Q 0  kepada Q 1 .

    D

    D

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    26/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 74

    (e)  Permintaan Tidak Anjal SempurnaPermintaan seperti ini diwakili dengan keluk permintaan yang menegakdengan nilai keanjalan bersamaan sifar di sepanjang keluk. Kuantiti

    diminta adalah tidak sensitif kepada perubahan harga. Peratus perubahan jumlah hasil adalah bersamaan dengan peratus perubahan harga. Dalamkes ini, jumlah hasil boleh ditingkatkan dengan menaikkan harga.

    Rajah 3.17 menunjukkan peningkatan jumlah hasil (kawasan berlorek)apabila harga naik dari P 0  kepada P 1 .

    Rajah 3.17: Jumlah hasil apabila permintaan tidak anjal sempurna

    3.4.4 Keanjalan Keluk Permintaan Bergaris Lurus

    Berdasarkan kepada perbincangan sebelum ini, kita mengetahui bahawakeanjalan untuk keluk permintaan menegak dan mendatar kekal sama disepanjang keluk. Namun, keluk permintaan bergaris lurus yang bercerun ke atasmempunyai keanjalan yang berbeza di sepanjang keluk tersebut.

    Sepertimana yang telah diterangkan di atas, perubahan keanjalan berlaku keranakeanjalan diukur dalam bentuk nisbah. Oleh itu, apabila harga berubah, nisbahperubahan adalah lebih besar untuk nilai asal harga (kuantiti) yang kecil berbanding dengan nilai asal harga (kuantiti) yang lebih tinggi.

    D

    Andaikan permintaan untuk satu barangan adalah tidak anjal. Adakahperbelanjaan pengguna akan meningkat apabila harga barangantersebut meningkat?

    AKTIVITI 3.5

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    27/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   75

    Kita juga telah membincangkan sebelum ini tentang hubungan antara jumlahhasil dan keanjalan permintaan. Apabila keanjalan berubah di sepanjang satukeluk, maka arah perubahan jumlah hasil juga akan berubah.

    Di sini, kita akan lihat contoh keluk permintaan dengan kecerunan -1. Jadual 3.3dan Rajah 3.18(c) diperoleh dan dilakar berdasarkan kepada persamaanpermintaan Qd  = 100  10 P . Sementara itu, Rajah 3.18(a) menunjukkan keanjalanyang berdasarkan kepada fungsi Qd   = a     bP . Rajah 3.18(b) dan 3.18(d) adalahkeluk yang menggambarkan hubungan antara jumlah hasil dan kuantiti.

    Jadual 3.3:

     Fungsi Permintaan Bergaris Lurus

    Harga RM) Kuantiti Diminta Jumlah Hasil Jenis Keanjalan

    0 100 0 Tidak Anjal

    1 90 90 Tidak Anjal

    2 80 160 Tidak Anjal

    3 70 210 Tidak Anjal

    4 60 240 Tidak Anjal

    5 50 250 Anjal Unit

    6 40 240 Anjal

    7 30 210 Anjal8 20 160 Anjal

    9 10 90 Anjal

    10 0 0 Anjal

    Berdasarkan kepada Jadual 3.3 dan Rajah 3.18(b) dan 3.18(d), perhatikan bagaimana jumlah hasil meningkat sekiranya harga meningkat, apabila kelukpermintaan adalah anjal iaitu dari P   = 1 hingga P   = 4. Namun, apabila kelukpermintaan tidak anjal iaitu dari P  = 6 hingga P  = 10, jumlah hasil berkurangan

    apabila harga meningkat.

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    28/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 76

     

    Rajah 3.18:  Keluk permintaan bergaris lurus dan jumlah hasil

    3.4.5 Penentu Keanjalan Permintaan

    Tahap keanjalan permintaan harga boleh dipengaruhi oleh beberapa faktortermasuk:

    (a)  Bilangan Barangan PenggantiAntara penentu utama keanjalan permintaan harga adalah bilangan barangan pengganti yang ada serta tahap persamaan di antara barangan

    pengganti. Semakin banyak barangan pengganti yang ada dan semakinhampir sama barangan pengganti tersebut, maka semakin anjal permintaan barangan tersebut.

    Sebagai contoh, permintaan untuk minyak petrol adalah tidak anjal keranatidak banyak barangan lain yang boleh menjadi pengganti kepada minyakpetrol. Namun, sekiranya kita lihat kepada jenama minyak petrol, kenaikanharga bagi satu jenama akan menyebabkan pengguna beralih kepada jenama yang lain. Ini bermakna permintaan untuk satu jenama minyakpetrol adalah lebih anjal. Di sini kita boleh katakan bahawa kesan

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    29/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   77

    penggantian disebabkan oleh perubahan harga adalah lebih besar jikaterdapat lebih banyak barangan pengganti yang wujud.

    (b)  Nisbah BajetSemakin tinggi nisbah pendapatan yang dibelanjakan untuk sesuatu barangan, semakin tinggi kemungkinan yang kita akan mengurangkanpenggunaan barangan tersebut apabila harganya meningkat. Oleh itu,permintaan akan menjadi lebih anjal untuk barangan seperti pakaian danpengangkutan. Sebaliknya, keanjalan untuk barangan seperti garam danroti yang merupakan perbelanjaan yang kecil daripada pendapatan kitaadalah rendah.

    (c)  MasaApabila harga barangan meningkat, kita memerlukan masa untuk

    membuat perubahan dalam perbelanjaan kita dan untuk mencaripengganti. Justeru, semakin panjang masa yang ada, semakin anjalpermintaan harga sesuatu barangan.

    (d)  Bilangan Kegunaan BaranganSemakin banyak kegunaan sesuatu barangan, semakin anjal permintaanharganya.

    1.  Kenapakah sesetengah barangan adalah sangat anjal dansesetengah yang lain sangat tidak anjal?

    2.  Apakah faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga?

    SEMAK KENDIRI 3.3

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    30/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 78

     

    KEANJALAN PERMINTAAN SILANG

    Ukuran ini membolehkan kita untuk membuat ramalan tentang perubahanpermintaan sesuatu barangan disebabkan oleh perubahan harga barangan yanglain.

    Keanjalan silang diukur dengan:

    Keanjalan permintaan silang mengukur sensitiviti permintaan sesuatu barangan terhadap perubahan harga barangan yang lain iaitu baranganpengganti dan barangan penggenap.

    Peratus perubahan kuantiti diminta untuk barangPeratus perubahan harga barang

    XY X E 

    Y  

    3.5

    LATIHAN 3.4

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atau SALAH

    S). 

    1.  Apabila peratus perubahan harga lebih besar daripada peratusperubahan kuantiti, nilai keanjalan permintaan adalah lebih besardari satu.

    2.  Keanjalan adalah lebih tinggi pada harga yang rendah dan lebihrendah pada harga yang tinggi.

    3.  Titik keanjalan unit untuk keluk permintaan bergaris lurusdengan kecerunan yang menurun berada pada titik pertengahankeluk tersebut.

    4.  Kesemua keluk permintaan memiliki bahagian yang anjal, tidakanjal dan unit anjal.

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    31/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   79

    3.5.1 Pengiraan Keanjalan Silang

    Keanjalan silang adalah:

    Nilai keanjalan silang boleh dikira dengan formula keanjalan titik:

    Atau dengan formula keanjalan lengkuk:

    Kini, anda seharusnya lebih yakin untuk mengira nilai keanjalan. Cuba dapatkannilai keanjalan silang antara barang X  dan barang Y  serta di antara barang X  dan barang Z   dengan menggunakan formula keanjalan lengkuk dan berdasarkankepada maklumat di Jadual 3.4.

    Jadual 3.4: Pengiraan Nilai Keanjalan Silang

    Harga Barang

    X

     

    RM)

    Kuantiti Diminta Unit)

    Barang

    Y

      Barang

    Z

     

    2 10 20

    3 5 30

    Peratus perubahan kuantiti diminta untuk barang

    Peratus perubahan harga barangXY 

    X E 

    Y   

    1 0

    1 0 1 0

    1 0 1 0

    1 0

    100/ 2

    100/ 2

    X X 

    X X Y Y  X XY 

    Y Y  Y X X 

    Y Y 

    Q Q 

    Q Q P P  Q E 

    P P  P Q Q P P 

     

     

    1 0

    0 0

    1 0 0

    0

    100

    100

    X X 

    X Y X XY 

    Y Y  Y X 

    Q Q 

    Q P Q E 

    P P  P Q P 

     

     

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    32/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 80

    3.5.2 Penggunaan Keanjalan Silang

    Sekiranya barang Y   adalah pengganti kepada barang X , permintaan barang X  

    akan meningkat apabila harga barang Y   meningkat. Oleh itu, keanjalan silangadalah positif. Namun, jika barang Y   adalah penggenap kepada barang X ,permintaan untuk X  akan jatuh apabila harga Y  naik. Oleh itu, keanjalan silangadalah negatif.

    Sebagai contoh, keanjalan silang antara roti dan mentega adalah negatif keranaroti dan mentega adalah barang penggenap kepada satu sama lain. Sebaliknya,keanjalan silang antara mentega dan marjerin adalah positif kerana kedua-dua barangan ini adalah pengganti antara satu sama lain. Keanjalan silang antaramentega dan kasut pula adalah sifar kerana kedua-duanya tiada kaitan antara

    satu sama lain.

    Semakin tinggi tahap penggantian antara dua barangan, semakin tinggi nilaikeanjalan yang diperoleh. Begitu juga untuk barangan penggenap, semakin

    hampir dua barangan sebagai penggenap kepada satu sama lain, semakin tingginilai keanjalan. Nilai positif dan negatif yang tinggi menunjukkan sejauh manakesan perubahan harga sesuatu barangan memberi kesan kepada permintaan barangan yang lain.

    Firma boleh mengaplikasikan konsep keanjalan silang ini untuk tujuanperancangan dan mengenal pasti kesan perubahan harga barangan pesaingmereka kepada barangan mereka.

    (i) E XY < 0, barang X  dan barang Y  adalah penggenap;

    (ii) E XY > 0, barang X  dan barang Y  adalah pengganti; dan

    (iii) E XY = 0, barang X  dan barang Y  tidak berkaitan.  

    Filem dan kamera adalah barangan penggenap manakala ayam dan itik barangan pengganti. Tentukan sama ada keanjalan silang dua set barangan ini adalah positif atau negatif dan nyatakan sebabnya.

    AKTIVITI 3.6 

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    33/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   81

     KEANJALAN PERMINTAAN PENDAPATAN

    Seperti yang kita sedia maklum, pendapatan adalah penentu utama dalam

    peralihan keluk permintaan. Oleh itu, keanjalan permintaan pendapatanmengukur tahap sensitiviti permintaan terhadap perubahan pendapatan.

    3.6.1 Pengiraan Keanjalan Pendapatan

    Keanjalan pendapatan dikira melalui formula berikut:

    Dengan Y   mewakili pendapatan, maka formula keanjalan pendapatan titikadalah:

    Manakala formula lengkuk pula adalah:

    Keanjalan permintaan pendapatan   atau keanjalan pendapatan adalahukuran yang membolehkan kita menganggar perubahan permintaan apabila berlaku perubahan pendapatan.

     

    1 0

    1 0 1 0

    1 0 1 0

    1 0

    100

    ( )/ 2

    100( )/ 2

    Q Q 

    Q Q Y Y  Q E Y Y  Y Q Q 

    Y Y 

     

     

    1 0

    0 0

    1 0 0

    0

    100

    100Y 

    Q Q 

    Q Y Q E 

    Y Y  Y Q Y 

       

    Peratus perubahan kuantiti diminta

    Peratus perubahan pendapatanY E     

    3.6

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    34/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 82

    3.6.2 Kegunaan Keanjalan Pendapatan

    Keanjalan pendapatan boleh digunakan untuk mengkategorikan barangan

    kepada barang mewah, barang normal, barang keperluan dan barang bawahan.Sekiranya sesuatu barangan memiliki nilai keanjalan pendapatan yang tinggi,maka jualan dijangka akan meningkat dengan cepat apabila pendapatanmeningkat. Sebaliknya, jualan akan menurun dengan cepat jika pendapatanmenurun.

    Jadual 3.5:  Nilai Keanjalan Pendapatan dan Jenis Barangan

    Nilai Keanjalan Tahap Keanjalan Jenis Barangan

    E Y  = 0 Tidak Anjal Sempurna Barang Keperluan

    E Y  > 1 Anjal Barang Mewah

    O < E Y  < 1 Tidak Anjal Barang Normal/Biasa

    E Y  < 0 Keanjalan Negatif Barang Bawahan

    Anda mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk mentafsir tahap keanjalanseperti yang dirumuskan dalam Jadual 3.5.

    Contohnya, apabila E  y   = 0, sebarang perubahan dalam pendapatan tidak akan

    memberi kesan kepada kuantiti diminta. Oleh itu, barangan ini dianggap sebagai barang keperluan. Jika E  y   > 1, kadar perubahan kuantiti diminta adalah lebih besar daripada kadar perubahan pendapatan pengguna. Oleh itu, ini adalah barang mewah. Manakala, apabila keanjalan pendapatan adalah negatif (E  y  < 0),kadar perubahan kuantiti diminta bergerak adalah arah yang bertentangandengan kadar perubahan pendapatan. Justeru, ini bermakna barangan ini adalah barang bawahan.

    Sekarang, cuba tafsirkan apa yang dimaksudkan oleh keanjalan pendapatanyang bernilai 0 < E  y  < 1.

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    35/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   83

     Rajah 3.19: Pelbagai tahap keanjalan pendapatan

    Rajah 3.19 menunjukkan hubungan antara pendapatan pengguna dan kuantitiyang diminta untuk sesuatu barangan. Keluk ini dikenali juga sebagai kelukEngel (kita akan bincangkan dengan lebih lanjut tentang keluk Engel di Topik 4).

    Barang keperluan ditunjukkan dengan keluk yang menegak manakala barangnormal dan barang mewah dengan keluk yang bercerun positif. Barang bawahanpula diwakili dengan keluk yang bercerun negatif.

    KEANJALAN PENAWARAN 

    Keanjalan penawaran mengukur sensitiviti penawaran terhadap perubahanharga seperti yang ditunjukkan formula berikut:

    Pengiraan nilai keanjalan penawaran adalah sama seperti pengiraan untukkeanjalan pendapatan. Walau bagaimanapun, di sini kuantiti merujuk kepadakuantiti ditawarkan.

    Sama seperti keanjalan permintaan, keanjalan penawaran juga terdiri dari: 

    (a)  Anjal sempurna;

    (b)  Anjal;

    Peratus perubahan kuantiti ditawarkan

    Peratus perubahan hargaS E     

    3.7

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    36/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 84

    (c)  Anjal unit;

    (d)  Tidak anjal; dan

    (e) 

    Tidak anjal sempurna.

    Apabila keluk penawaran menegak, penawaran adalah tidak anjal sempurnamanakala apabila ia mendatar, penawaran adalah anjal sempurna.

     Jadual 3.6 menunjukkan hubungan antara nilai keanjalan, tahap keanjalan dan bentuk keluk penawaran.

    Jadual 3.6:  Tahap Keanjalan Penawaran dan Keluk Penawaran

    Nilai Keanjalan Tahap Keanjalan Bentuk Keluk Penawaran

    E S  = 0 Tidak anjal sempurna Menegak

    E S  < 1 Tidak anjal Bersilang dengan paksi kuantiti

    E S  = 1 Anjal unit Bermula dari titik asal

    E S  > 1 Anjal Bersilang dengan paksi harga

    E S  =   Anjal sempurna Mendatar

    Sesuatu yang agak luar biasa tentang keanjalan penawaran adalah nilainya boleh

    diperoleh dengan mudah dengan hanya melihat persilangan keluk dengan paksi. Jika keluk penawaran bersilang dengan paksi harga seperti di Rajah 3.20(a),maka penawaran adalah anjal (E S   > 1). Jika ia bersilang dengan paksi kuantitiseperti di Rajah 3.20(b), maka penawaran adalah tidak anjal (E S   < 1). Kelukpenawaran yang bergaris lurus dan yang bermula daripada titik asal (0,0) akanmemiliki keanjalan penawaran unit walaupun pada tahap kecerunan yang berbeza (lihat Rajah 3.21).

    Dengan menggunakan pengetahuan anda setakat ini, anda seharusnya dapatmembuktikan kenapa keadaan yang dinyatakan di atas berlaku. Anda juga boleh

    menggunakan kaedah yang ditunjukkan dalam Rajah 3.21.

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    37/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   85

     

    Rajah 3.20: Keanjalan penawaran

    Rajah 3.21: Keluk penawaran keanjalan unit

    3.7.1 Penentu Keanjalan Penawaran

    Nilai keanjalan penawaran ditentukan oleh beberapa faktor:

    (a)  Faktor MasaMasa memberi pengeluar peluang untuk membuat perubahan dalampenawaran. Oleh itu, masa boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu jangka masa sangat pendek, jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

    Dalam jangka masa sangat pendek, firma mungkin tidak dapat membuat banyak perubahan dalam pengeluarannya. Penawaran adalah tetap atau

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    38/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 86

    hanya boleh diubah sedikit berdasarkan jumlah stok yang ada. Oleh itupenawaran adalah tidak anjal.

    Rajah 3.22:  Keanjalan penawaran dalam tempoh masa berbeza

    Merujuk kepada Rajah 3.22, S 1   adalah keluk penawaran untuk tempohmasa sangat pendek. Peningkatan permintaan dari D 0  ke D 1 , menyebabkanharga meningkat dengan banyak dari P 0   ke P 1 , tetapi kuantiti hanya berubah sedikit dari Q 

    0  ke Q 

    1 .

    Sementara itu, dalam jangka masa pendek, beberapa input boleh ditambahuntuk meningkatkan penawaran. Ini ditunjukkan oleh keluk S 2   di Rajah3.22, di mana kuantiti keseimbangan meningkat dari Q 0   ke Q 2 , tetapipeningkatan harga masih lagi tinggi iaitu dari P 0  ke P 2 .

    Dalam jangka masa panjang, firma mempunyai masa dan ruang untukmeningkatkan jumlah input. Firma lain juga boleh memasuki industritersebut. Oleh itu, keluk penawaran akan menjadi lebih anjal seperti yangditunjukkan oleh S 3  dalam Rajah 3.22. Peningkatan permintaan mendorongkepada peratus peningkatan dalam kuantiti berbanding dengan peratuspeningkatan harga, di mana harga meningkat dari P 0   ke P 3 dan kuantitimeningkat dari Q 0  ke Q 3 .

    (b)  Saiz Industri/Perubahan Kos Pengeluaran  Penawaran dalam industri yang kecil adalah lebih anjal berbandingpenawaran industri yang besar. Industri kecil menggunakan jumlah inputyang lebih sedikit. Oleh itu, mereka boleh mendapatkan input tanpamengganggu harga input tersebut. Justeru, kos pengeluaran tidak akan

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    39/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   87

    meningkat dan penawaran adalah lebih sensitif terhadap perubahan harga.Akan tetapi, untuk industri besar, peningkatan permintaan untuk inputakan meningkatkan harga input. Justeru, penawaran dalam industri yang

     besar adalah kurang anjal.

    (c)  Mobiliti Faktor PengeluaranKeanjalan penawaran adalah lebih tinggi untuk barangan yangmenggunakan faktor pengeluaran yang mudah ditukar penggunaannyaatau barangan yang menggunakan proses pengeluaran yang mudahdikongsi dengan barangan lain. Contohnya, dalam pengeluaran tepung beras dan tepung pulut, pengeluar boleh menukar dengan mudahpenggunaan pengisar daripada tepung beras kepada tepung pulut. Olehitu, jika permintaan untuk tepung pulut meningkat, pengeluar boleh

    dengan mudah meningkatkan pengeluaran tepung pulut denganmengurangkan pengeluaran tepung beras.

     Jika pengeluaran sesuatu barangan memerlukan peralatan atau kemahirankhusus yang tidak boleh diubah dengan mudah, maka penawaran akanmenjadi kurang anjal.

    Kita boleh menggunakan khidmat guaman sebagai contoh. Walaupunpermintaan untuk perkhidmatan ini meningkat, kita tidak boleh denganmudah meningkatkan jumlah peguam untuk memenuhi permintaantersebut.

    APLIKASI KONSEP KEANJALAN

    Salah satu aplikasi konsep keanjalan adalah untuk menganalisis soalan siapasebenarnya yang menanggung beban cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Selainitu, siapakah sebenarnya yang layak untuk mendapat subsidi dari kerajaan?

    Cukai mengurangkan insentif penjual untuk menjual dan pengguna untukmembeli. Oleh itu, cukai kebiasaannya akan menyebabkan output dan jualan

    3.8

    Dengan menggunakan kreativiti anda, lakarkan diagram yangmerumuskan kesemua faktor yang mempengaruhi dan menentukankeanjalan penawaran. Bentangkan diagram tersebut di kelas tutorialdan bandingkan dengan jawapan rakan anda. Dapatkan maklum balas dari rakan anda yang lain.

    AKTIVITI 3.7

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    40/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 88

     berkurangan dan seterusnya akan menyebabkan penggunaan input berkurangan. Justeru, cukai dikatakan menyebabkan berlakunya ketidakcekapandan sesetengah ahli ekonomi menghuraikan kesan cukai sebagai kesan

    penghalang. Walau bagaimanapun, cukai tidak semestinya akan menyebabkanoutput berkurangan. Seterusnya, kita akan membincangkan dengan lebih lanjuttentang isu ini.

    3.8.1 Beban Cukai

    Apabila cukai dikenakan kepada penjual bagi setiap unit barangan yang dijual,ia akan menyebabkan harga yang dibayar pembeli berbeza dengan harga yangakan diterima oleh penjual. Perbezaan antara kedua-dua harga ini adalah hasilcukai yang akan diperoleh oleh kerajaan. Beban cukai kepada penjual adalah

    dalam bentuk harga yang lebih rendah yang akan diterima dan jumlah jualanyang lebih rendah.

    Sebaliknya, kepada pengguna, beban cukai adalah dalam bentuk harga yanglebih tinggi dan penggunaan yang lebih rendah. Beban cukai kebiasaannya akanditanggung oleh penjual dan pengguna tetapi nisbah beban antara kedua-duanya bergantung kepada keanjalan atau kecerunan keluk permintaan danpenawaran.

    Rajah 3.23: Kesan cukai kepada keseimbangan pasaran

    Cukai menyebabkan kos penjual meningkat. Justeru, keluk penawaran akan beralih ke kiri. Rajah 3.23 menunjukkan kesan cukai kepada keluk penawarandan nisbah beban cukai yang akan ditanggung oleh penjual dan pembeli. Tanpacukai, keseimbangan dicapai pada titik A   dengan harga keseimbangan P 0   dan

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    41/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   89

    kuantiti keseimbangan Q 0 . Andaikan cukai t   untuk setiap unit dikutip olehkerajaan daripada penjual. Keluk penawaran akan beralih secara menegaksebanyak nilai y  bagi setiap unit kuantiti. Sementara itu, keluk permintaan kekal

    tidak berubah.

    Apabila keluk penawaran beralih dari S 0   ke S 1 , keseimbangan pasaran akan beralih dari titik A ke titik B . Pada titik B,  kuantiti diminta selepas cukai adalahsama dengan kuantiti ditawarkan selepas cukai iaitu Q 1 . Bagaimanapun, hargayang dibayar pengguna dan harga yang diterima penjual adalah berbezasebanyak nilai t .

    Peningkatan harga yang perlu dibayar pengguna adalah bahagian cukai yangperlu ditanggung oleh pengguna. Rajah 3.22 menunjukkan jumlah cukai yang

    dikutip oleh kerajaan adalah bersamaan dengan kawasan P 1 P 2 BC ; jumlah yangditanggung oleh pengguna adalah P 0 P 2 BE   dan selebihnya iaitu P 1 P 0 EC , adalah beban cukai yang ditanggung penjual.

    Secara amnya, nisbah beban cukai boleh dirumuskan seperti berikut:

    (a)  Untuk keluk permintaan yang sama, semakin rendah keanjalan penawaran,semakin besar beban cukai yang perlu ditanggung oleh penjual.Sebaliknya, semakin tinggi keanjalan penawaran, semakin besar bebancukai yang akan dialihkan kepada pengguna; dan

    (b)  Untuk keluk penawaran yang sama, semakin rendah keanjalan permintaan,semakin besar beban cukai yang perlu ditanggung oleh pengguna.Sebaliknya, semakin tinggi keanjalan permintaan, semakin besar bebancukai yang akan dialihkan kepada penjual.

    Rajah 3.24: Beban cukai dan keanjalan keluk penawaran

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    42/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 90

    Sebagai bukti kepada formula, perhatikan Rajah 3.24 dan 3.25. Rajah 3.24menunjukkan dua bentuk keluk penawaran di mana Rajah 3.24(a) mengilustrasikeluk yang tidak anjal dan Rajah 3.24(b) memaparkan keluk penawaran anjal.

    Titik A  dalam kedua-dua diagram adalah titik keseimbangan asal dan titik B  adalah titik keseimbangan selepas pelaksanaan cukai. Daripada Rajah 3.24(a),anda boleh lihat yang beban cukai yang ditanggung oleh penjual adalah kawasanGHEF , manakala pengguna menanggung beban yang diwakili oleh kawasanHCBE . Anda boleh melakukan analisis yang sama untuk Rajah 3.24(b).

    Rajah 3.25: Beban cukai dan keanjalan keluk permintaan

    Sementara itu, Rajah 3.25(a) dan 3.25(b) menunjukkan nisbah beban cukai untukdua keluk permintaan dengan keanjalan berbeza. Berdasarkan kepada diagramtersebut, anda seharusnya dapat membuat analisis dan kesimpulan anda sendiri.

    Selain daripada beban cukai, kita juga boleh membuat analisis berkenaan kesancukai kepada output keseimbangan. Berdasarkan kepada Rajah 3.24 dan 3.25,kita boleh merumuskan bahawa apabila keanjalan permintaan atau penawaran bertambah kecil, output akan berkurangan kerana cukai juga akan berkurangan

    (contohnya, dari Q *  ke Q 1 ).

     Justeru, anda boleh buktikan dengan menggunakan diagram bahawa jika kelukpermintaan dan penawaran adalah tidak anjal sempurna, maka outputkeseimbangan langsung tidak akan berubah. Sementara itu, dalam kes bebancukai, jika permintaan adalah tidak anjal sempurna, semua beban akanditanggung oleh pengguna. Manakala, jika penawaran tidak anjal sempurna,semua beban akan ditanggung oleh penjual.

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    43/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   91

    Melalui analisis beban cukai, kita boleh merumuskan bahawa jika kerajaan inginmemperoleh hasil cukai yang lebih tinggi, cukai boleh dikenakan ke ataskomoditi atau barangan yang mempunyai keanjalan permintaan dan penawaran

    yang rendah. Ini adalah kerana cukai tersebut tidak akan menyebabkanpenurunan yang tinggi dalam kuantiti keseimbangan. Rokok adalah contoh barangan yang keanjalan permintaannya adalah sangat rendah disebabkan olehmasalah ketagihan yang dihadapi oleh kebanyakan perokok. Justeru, bebancukai yang dikenakan kebanyakannya akan ditanggung oleh pengguna.

    3.8.2 Manfaat Subsidi

    Subsidi (Ŝ ) boleh diandaikan sebagai satu bentuk cukai yang negatif kerana bayaran akan dibuat oleh kerajaan kepada penjual, pengeluar atau pengguna

    sebagai satu cara untuk menggalakkan pengeluaran atau penggunaan. Oleh itu,subsidi adalah bertentangan dengan cukai.

    Kos pengeluaran akan berkurangan apabila pengeluar menerima subsidi. Olehitu, keluk penawaran akan beralih ke kanan pada kadar subsidi yang diterima.Sepertimana yang ditunjukkan oleh Rajah 3.26, keluk penawaran beralih dari S 0  ke S 1 , dan jumlah subsidi per unit yang diterima adalah BC (Ŝ ).

    Rajah 3.26: Kesan subsidi

    Kuantiti keseimbangan sebelum subsidi adalah Q 0 . Ia akan meningkat menjadiQ 1  selepas subsidi. Pada masa yang sama, harga akan jatuh dari P 0  ke P 1 . Hargayang diterima oleh penjual adalah P 2   manakala pembeli membayar harga P 1 .Nisbah manfaat yang diperoleh daripada subsidi juga bergantung kepadakeanjalan permintaan dan penawaran.

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    44/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 92

    Kini, anda seharusnya berasa lebih yakin untuk membuat analisis anda sendiritentang kesan subsidi apabila keluk permintaan dan penawaran memiliki nilaikeanjalan yang berbeza. Antara kesimpulan yang anda harus peroleh dari

    analisis anda adalah semakin anjal keluk permintaan, semakin besar manfaatsubsidi yang akan dinikmati oleh penjual; dan semakin anjal keluk penawaran,semakin besar manfaat yang diterima oleh pembeli.

    Anda juga boleh melakukan analisis yang berkaitan subsidi diberi kepadapengguna.

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atau SALAH

    S). 

    1. Keanjalan pendapatan adalah positif untuk barang normal dannegatif untuk barang bawahan.

    2. Jika keluk penawaran adalah bergaris lurus dan melalui titik asal,keanjalan penawaran adalah berbeza di sepanjang keluk.

    Penuhkan tempat kosong

    1. ___________ adalah satu konsep umum yang mengukur___________ perubahan antara dua barangan yang berkaitan.

    2. Keanjalan berubah di sepanjang keluk permintaan yang bercerunnegatif, apabila harga jatuh dan kuantiti ___________, keanjalanpermintaan harga adalah ___________.

    3. Jika nilai keanjalan permintaan harga adalah lebih dari satu,permintaan adalah ___________dan peningkatan harga akanmenyebabkan jumlah hasil ___________. Jumlah hasil tidak akandipengaruhi oleh harga apabila keluk permintaan adalah___________.

    4. Keanjalan permintaan __________ menunjukkan perubahanpenggunaan apabila kuasa beli berubah. Ia diukur denganmembahagikan peratus perubahan kuantiti diminta denganperatus perubahan ___________.

    5. Keanjalan permintaan ___________ mengukur peratus perubahankuantiti diminta untuk sesuatu barangan apabila harga baranganlain berubah sebanyak 1%. Nilai yang positif menunjukkan kedua-dua barangan tersebut adalah ___________, manakala nilai negatifmenunjukkan bahawa barangan tersebut adalah ___________.

    LATIHAN 3.5

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    45/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   93

     

    Soalan Masalah

    1.   Jika harga barang X   meningkat sebanyak 10% dan kuantiti berkurangan sebanyak 30%, apakah keanjalan permintaan hargauntuk barangan tersebut?

    2.  Fungsi permintaan untuk barang M  adalah Q d  = 100  2 P . Kirakankeanjalan permintaan harga untuk M   jika harga naik dari RM2seunit kepada RM3 seunit.

    3.   Jika keanjalan permintaan harga adalah 2, kenaikan hargadaripada RM10 seunit kepada RM12 seunit akan menyebabkankuantiti diminta berkurangan daripada 20 unit kepada _________

    unit.

    4.   Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan dankuantiti diminta untuk barang R , barang S dan barang T .

    Pendapatan Barang R  Barang S  Barang T 

    RM1,000 20 20 50

    RM2,000 40 10 50

    (a)  Kirakan keanjalan permintaan pendapatan untuk barang R , barang S  dan barang T ; dan

    (b)  Nyatakan jenis barangan berdasarkan kepada nilai keanjalanyang diperoleh di (a).

    5. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara barang A  dankuantiti diminta untuk barang K , barang L  dan barang M .

    Harga Barang Kuantiti Diminta Unit)

    RM)

    K L M

    2 10 20 40

    3 5 30 40

    (a)  Kirakan keanjalan silang antara barang A  dengan barang K , barang L  dan barang M; dan

    (b)  Nyatakan hubungan antara barang K  dan A; L  dan A; M  danA. 

    6.   Jika harga naik dari RM20 seunit kepada RM30 seunit dan kuantitiditawarkan meningkat daripada 120 kepada 140 unit, kirakankeanjalan penawaran.

    LATIHAN 3.6

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    46/47

        TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 94

     

      Keseimbangan pasaran dicapai apabila permintaan menyamai penawaran.Kuantiti dan harga keseimbangan tidak akan berubah selagi tiada perubahandalam permintaan dan penawaran.

      Lebihan permintaan atau pengurangan memberi tekanan kepada hargauntuk naik dan lebihan penawaran atau lebihan menyebabkan munculnyatekanan kepada harga untuk turun.

      Kuantiti dan harga keseimbangan boleh berubah apabila salah satu antarakeluk permintaan atau keluk penawaran beralih atau kedua-duanya beralih.

      Keanjalan permintaan harga mengukur respons kuantiti diminta terhadapperubahan harga.

      Permintaan boleh menjadi anjal, tidak anjal, anjal sempurna atau tidak anjalsempurna bergantung kepada nilai keanjalan yang diperoleh. Semakin besarnilai keanjalan, semakin anjal permintaan tersebut.

      Penentu utama keanjalan permintaan adalah bilangan barangan pengganti,masa dan kepentingan barangan dalam bajet perbelanjaan pengguna.

      Keanjalan pendapatan adalah peratus perubahan kuantiti dibahagi denganperatus perubahan pendapatan. Nilai negatif bermakna barangan itu adalah barang bawahan, sifar untuk barang keperluan dan positif untuk barangnormal dan mewah.

      Keanjalan silang adalah peratus perubahan kuantiti barangan dibahagidengan peratus perubahan harga barangan yang lain. Jika keanjalan adalahpositif, kedua-dua barangan tersebut adalah barang pengganti antara satusama lain. Jika ia negatif, barangan tersebut adalah penggenap kepada satusama lain.

      Keanjalan penawaran adalah peratus perubahan kuantiti yang ditawarkandibahagi dengan peratus perubahan harga.

      Penentu utama keanjalan penawaran adalah tempoh masa, saiz industri danpergerakan faktor pengeluaran.

      Antara penggunaan konsep keanjalan ialah menentukan beban sebenar cukaidan juga manfaat sebenar yang diperoleh daripada subsidi.

  • 8/17/2019 20150520124456_Topik 3 Keseimbangan Pasaran

    47/47

      TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN   95

     

    Berkurang

    Fungsi penawaran

    Fungsi permintaan

    Harga keseimbangan

    Keanjalan lengkuk

    Keanjalan penawaran

    Keanjalan permintaan harga

    Keanjalan permintaan pendapatan

    Keanjalan permintaan silang

    Keanjalan titik

    Keseimbangan

    Keseimbangan pasaran

    Kuantiti keseimbangan

    Lebihan