07 pengenalan

1

Click here to load reader

Upload: share-with-me

Post on 16-Aug-2015

692 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 07 pengenalan

vii

Pengenalan

Modul ini menjelaskan dan mengaplikasikan teori pemerolehan bahasa dan hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan diberikan kepada pemulihan membaca, strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran asas pemulihan membaca, dan jenis-jenis aktiviti kemahiran asas membaca. Dalam melaksanakan aktiviti prabacaan, pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pergerakan tangan dan mata. Dalam bengkel asas membaca kaedah fonetik, pelajar dikehendaki membuat latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf, membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa dan ayat, dan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik. Dalam bengkel asas membaca kaedah abjad, pelajar akan menyebut nama huruf abjad A hingga Z; huruf besar dan huruf kecil, menyebut suku kata V dan KV, mengeja suku kata, perkataan dan frasa, membaca ayat dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai. Dalam bengkel asas membaca kaedah pandang dan sebut, pelajar akan membuat latihan menyebut perkataan, mencerakinkan perkataan menjadi suku kata, membina dan membaca ayat dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai.