web viewweed puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan...

10

Upload: vomien

Post on 06-Feb-2018

413 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewWeed Puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan salah fungsi alatan dan ... simpan alat-alat berkebun di tempat
Page 2: Web viewWeed Puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan salah fungsi alatan dan ... simpan alat-alat berkebun di tempat
Page 3: Web viewWeed Puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan salah fungsi alatan dan ... simpan alat-alat berkebun di tempat

Penyiram air  kegunaannya untuk menyiram pokok-pokok.

Cangkul digunakan untuk menggembur tanah dan membuat batas.

Sudip tangan digunakan untuk mengubah anak benih.

Pencakar  digunakan untuk mengumpul rumpai yang telah dipotong.

LAT-ALAT PERKEBUNAN

PONGKES

Pongkes adalah salah satu alat penting dalam aktiviti perkebunan. Menurut definisi dari Kamus Pelajar, pongkes adalah bakul yang digunakan sebagai alat untuk membuang sampah (rumput yang dicabut). Selain itu ianya boleh digunakan untuk mengangkat tanah.

Cangkul adalah alat yang digunakan untuk mengorek, mengali dan menimbus. Selain itu ianya juga digunakan untuk membuat batas. Cangkul juga sebagai alat untuk mengembur atau memecahkan tanah (matanya diperbuat dari besi pipih dan diberi bertangkai. Cangkul juga boleh digunakan untuk membersihkan keliling tanaman dan mengambus pangkal tanaman.

Page 4: Web viewWeed Puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan salah fungsi alatan dan ... simpan alat-alat berkebun di tempat

KERI

Keri adalah sabit kecil untuk menebas. Keri ini amat sesuai digunakan untuk kawasan kebun yang kecil. Malah ianya amat sesuai digunakan oleh murid-murid berkeperluan Khas kerana ianya lebih ringan dan kecil berbanding cangkul.

LAIN-LAIN AKTIVITI PERKEBUNAN

Aktiviti Merumput

Merumput adalah satu aktiviti dimana kita mencabut rumput yang mula tumbuh di sekeliling tanaman. Aktiviti merumput ini amat penting untuk menjaga kesuburan tanaman kerana rumput ini akan berkongsi zat(baja dan air) dengan tanaman yang kita tanam. Oleh itu aktiviti merumput dapat membantu tanaman kita mendapat zat yang secukupnya. Untuk keselamatan murid kita mestilah mewajibkan pemakaian sarung tangan (glove). Untuk melihat aktiviti merumput sila lihat video di atas.

Aktiviti menyiram tanaman.

Aktiviti ini adalah salah satu cara kita untuk memberi sumber air kepada tanaman selain daripada air hujan. Alat yang digunakan untuk aktiviti ini dipanggil 'Tong Penyiram'. Untuk pengetahuan tuan/puan aktiviti ini amat digemari oleh murid-murid berkeperluan khas kerana murid-murid seronok dan asyik dengan aktiviti ini. Sila lihat video di atas.

Kesimpulannya, aktiviti perkebunan ini adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Dimana murid-murid dapat melakukan aktiviti pratikal dengan suasana sebenar. Malah murid-murid ini amat teruja dengan aktiviti perkebunan kerana mereka tidak diberi peluang oleh ibu bapa atau rumah mereka tiada tempat untuk berkebun dan ini memberi peluang kepada murid untuk merasai suasana berkebun.

Page 5: Web viewWeed Puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan salah fungsi alatan dan ... simpan alat-alat berkebun di tempat

Sebelum memulakan proses berkebun, kita haruslah menyediakan alatan dan bahan yang lengkap untuk berkebun agar dapat menjamin keselamatan, keselesaan dan tidak mengganggu proses ketika menjalankan aktiviti di kebun.

Peralatan yang asas semasa berkebun ialah:

1. Topi2. Sarung tangan3. Kasut atau boot4. Pakaian yang longgar atau cotton yang meresap peluh

Alatan untuk tanah:

Cangkul: satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam pertanian. Cangkul digunakan untuk menggali ataupun untuk meratakan tanah. Cangkul masih digunakan sehingga masa ini untuk menjalankan kerja-kerja menggali yang ringan di kebun ataupun di sawah. Kerja-kerja yang lebih berat biasanya dilakukan menggunakan jentera berat.

Cultivator: Untuk menggemburkan dan meratakan tanah serta mengumpulkan daun kering.

Page 6: Web viewWeed Puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan salah fungsi alatan dan ... simpan alat-alat berkebun di tempat

Fork: Untuk meratakan tanah, mengaduk tanah yang padat, mengumpulkan daun kering, dan mencungkil batu-batuan.

Pencakar

Trowel: Alat ini fungsinya untuk menyendok, menyekop, menggali, mengaduk dan mencampur tanah,  dan bahan-bahan untuk tanaman.

Page 7: Web viewWeed Puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan salah fungsi alatan dan ... simpan alat-alat berkebun di tempat

Tranplanter: Untuk menggali, mengaduk, dan menggemburkan tanah dalam pot dan juga untuk melubangi tanah semasa memindahkan tanaman.

tranplanter

Weed Puller : Peralatan berkebun yang digunakan untuk mencungkil dan mencabut rumput liar.

contoh kegunaan alat

Page 8: Web viewWeed Puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan salah fungsi alatan dan ... simpan alat-alat berkebun di tempat

Scope Trowel: Penyekop bahan tanaman yang kuat. Dapat menyekop bahan tanaman dengan banyak dan dapat mengurangkan tenaga pekerja kerana skopnya yang lebar.

Alat-alatan untuk memotong:

By pass blades: Gunting untuk dahan yang basah.

Anvil blades: Untuk menggunting dan memotong tanaman.

anvil blades

By pass blades + anvil blades: Mempunyai dua fungsi.

Gunting rumput: Untuk menggunting rumput.

Page 9: Web viewWeed Puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan salah fungsi alatan dan ... simpan alat-alat berkebun di tempat

Rachet: Gunting yang dipakai untuk dahan besar, kering, keras, dan tua.

Bersih dan Simpan:

1. Bersihkan dan sapukan dengan minyak pada gunting yang telah dipakai agar pisau tidak berkarat dan tajam.

2. Peralatan berkebun setelah digunakan sebaiknya dibersihkan (dibasuh) agar tidak mudah berkarat dan tahan lama. Contohnya membuang tanah-tanah dan juga selut yang melekat pada cangkul.

3. Weed Puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan salah fungsi alatan dan seterusnya merosakkan alatan tersebut.

4. Untuk keselamatan, simpan alat-alat berkebun di tempat yang jauh dari jangkauan kanak-kanak.