unit 8 (membaca bahan internet)

8
KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 1 UNIT 8 GALAKAN MEMBACA BAHAN-BAHAN INTERNET HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Membaca bahan internet 2. Cara Pengendalian Pengajaran Membaca Melalui Internet 3. Jenis-jenis Bimbingan 4. Merancang tugas berpasukan PENGENALAN Membaca dipengaruhi oleh faktor-faktor yang melibatkan kewibawaan bahasa lisan, seperti sistem sintaksis, semantik dan fonologi. Biasanya, semua maklumat ini digunakan serentak. Membaca menjadi satu aktiviti asas bagi menyelesaikan masalah atau mengumpulkan maklumat. Membaca juga memberi pertimbangan pada klu-klu konteks yang terdapat dalam bahan yang dibaca. la turut merupakan pembinaan semula makna yang menggunakan sistem klu yang terdapat dalam bahasa itu. Smith (1973) menambah dengan memberikan pengertian pemahaman membaca sebagai perbuatan memahami apa yang dibaca dengan menggunakan apa yang diketahui. Dengan itu, faktor pengetahuan sedia ada turut sama memainkan peranan dalam pemahaman membaca seseorang itu. ISI KANDUNGAN Membaca Bahan Internet Membaca bahan internet melibatkan dua jenis maklumat, iaitu maklumat visual dan maklumat nonvisual. Maklumat visual ialah bahan-bahan bercetak yang menjadi medium manakala maklumat nonvisual pula produksi minda yang terkandung dalam sesebuah bahan dibaca. Mengapa kita membaca? Kita tidak menafikan memang banyak manfaatnya kepada kita. Tetapi satu hal yang lebih penting ialah membaca membolehkan kita menghidup dan menyuburkan kekuatan kognitif serta minda kita dengan melakukan manipulasi terhadap ingatan dan aspek-aspek tingkah laku yang lain. Marie ( 1981) berpendapat, membaca melibatkan pengutaraan mesej, arahan, ruang, format dan bentuk-bentuk visual. Sebagai satu proses komunikasi, membaca membolehkan berlakunya interaksi antara pembaca dengan penulis dan inilah caranya bagaimana khazanah ilmu pengetahuan itu tersebar. Inilah di antara

Upload: hazril-emy

Post on 16-Feb-2015

93 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 8 (Membaca Bahan Internet)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

1

UNIT 8

GALAKAN MEMBACA BAHAN-BAHAN INTERNET

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Membaca bahan internet 2. Cara Pengendalian Pengajaran Membaca Melalui Internet 3. Jenis-jenis Bimbingan 4. Merancang tugas berpasukan

PENGENALAN

Membaca dipengaruhi oleh faktor-faktor yang melibatkan kewibawaan bahasa lisan, seperti sistem sintaksis, semantik dan fonologi. Biasanya, semua maklumat ini digunakan serentak. Membaca menjadi satu aktiviti asas bagi menyelesaikan masalah atau mengumpulkan maklumat. Membaca juga memberi pertimbangan pada klu-klu konteks yang terdapat dalam bahan yang dibaca. la turut merupakan pembinaan semula makna yang menggunakan sistem klu yang terdapat dalam bahasa itu. Smith (1973) menambah dengan memberikan pengertian pemahaman membaca sebagai perbuatan memahami apa yang dibaca dengan menggunakan apa yang diketahui. Dengan itu, faktor pengetahuan sedia ada turut sama memainkan peranan dalam pemahaman membaca seseorang itu.

ISI KANDUNGAN

Membaca Bahan Internet Membaca bahan internet melibatkan dua jenis maklumat, iaitu maklumat visual dan maklumat nonvisual. Maklumat visual ialah bahan-bahan bercetak yang menjadi medium manakala maklumat nonvisual pula produksi minda yang terkandung dalam sesebuah bahan dibaca. Mengapa kita membaca? Kita tidak menafikan memang banyak manfaatnya kepada kita. Tetapi satu hal yang lebih penting ialah membaca membolehkan kita menghidup dan menyuburkan kekuatan kognitif serta minda kita dengan melakukan manipulasi terhadap ingatan dan aspek-aspek tingkah laku yang lain. Marie ( 1981) berpendapat, membaca melibatkan pengutaraan mesej, arahan, ruang, format dan bentuk-bentuk visual. Sebagai satu proses komunikasi, membaca membolehkan berlakunya interaksi antara pembaca dengan penulis dan inilah caranya bagaimana khazanah ilmu pengetahuan itu tersebar. Inilah di antara

Page 2: Unit 8 (Membaca Bahan Internet)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

2

manfaat yang dapat kita capai apabila kita melibatkan diri dengan pembacaan di Internet.

Cara Pengendalian Pembelajaran Membaca Melalui Internet Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan guru untuk mengendali kerja-kerja pembelajaran membaca melalui internet. Tugas itu boleh dirancangkan melalui kaedah individu, kaedah kelas atau pun kaedah yang lebih popular seperti kaedah kumpulan.

1. Kaedah Individu

Kaedah individu akan dijalankan oleh setiap pelajar secara bersendirian pada kebanyakan masa belajar. Setiap pembaca mesti memahami tugas mereka dan menyedari tiada siapa yang boleh melakukan untuknya. Jadi, dicadangkan supaya pembelajaran membaca dilakukan secara individu sebanyak mungkin. Guru perlu menentukan sejumlah besar pelbagai jenis bahan untuk membolehkan pelajar yang mempunyai pelbagai minat dan tahap keupayaan berbahasa dan mencari bahan yang bersesuaian dengan mereka.

Pelajar boleh menggunakan bahan yang sama atau yang berlainan dan bertanggungjawab terhadap kemajuannya. Mereka boleh mendapatkan bantuan guru pada waktu-waktu tertentu apabila dia menghadapi rintangan atau masalah. Guru dijangkakan menyimpan dengan teliti satu rekod tentang kerja dan kemajuan setiap pelajar dan memberi bantuan apabila perlu. Kebaikan cara ini adalah setiap pelajar boleh membaca bahan yang bersesuaian dengannya dan boleh maju pada kadarnya sendiri. Namun demikian, kaedah ini memerlukan organisasi yang teliti dan bekalan bahan yang banyak serta pelbagai.

2. Kaedah Kelas

Bertentangan dengan kaedah di atas ialah kaedah kelas. Kaedah ini lazimnya berfokuskan guru. Melalui kedah ini, kelas akan menggunakan satu bahan sahaja dan cara teks itu dikendalikan dikawal sebahagian besarnya oleh guru. Guru yang menyediakan tugasan, meneliti aspek pembelajaran dan mengendalikan bahan. Oleh itu, guru mestilah seorang guru yang cekap melakukan semua perkara yang dia mampu untuk memastikan setiap pelajar mengambil bahagian aktif dalam proses memahami bahan itu.

Terdapat kelemahan pada kaedah ini kerana seluruh kelas terpaksa bekerja dengan cara dan kadar yang sama. Dengan itu, guru yang cekap harus sentiasa bersedia dan sedar tentang masalah dan kelemahan kaedah ini. Walaupun penyediaan bahan dan organisasi kelas lebih mudah berbanding kaedah individu

Page 3: Unit 8 (Membaca Bahan Internet)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

3

tetapi jika organisasi kelas lemah dan bekalan atau reka bentuk bahan tidak mencukupi, pendekatan tersebut akan memberi hasil yang tidak memuaskan.

3. Kaedah Kumpulan

Jenis ketiga adalah melalui kerja kumpulan. Dalam kedah ini, sebahagian besar bimbingan datang bukannya daripada guru tetapi daripada rakan pelajar. Usaha memahami bahan dibuat bersama, iaitu usaha individu dihimpunkan dan dibincangkan dengan harapan menemui bersama tafsiran yang terbaik. Kaedah ini akan menghadapi masalah perseorangan, iaitu sesetengah pelajar mungkin tidak memberikan kerjasama atau membuang masa untuk mencari idea. Kaedah ini mungkin tidak sesuai bagi setiap pelajar.

Bagaimanapun, guru dan pelajar kebiasaannya tertarik dengan kaedah ini. Ciri utamanya adalah motivasi selalunya tinggi, terutamanya jika tugasan kumpulan yang diberi itu, mencabar, menghasilkan diskusi dan berbentuk pertandingan. Setiap individu dalam kumpulan akan berusaha dengan mengambil bahagian yang aktif apabila sumbangan setiap orang diambil kira.

Kesimpulannya, ketiga-tiga pendekatan ini tidak seharusnya diasing-asingkan. la boleh dicantumkan bersama-sama dalam satu sekuen pelajaran membaca. la bermula dengan pembacaan individu, beralih pada kerja kumpulan dan berakhir dengan suatu fasa bertumpuan guru. Kombinasi begini digunakan hanya apabila satu program lengkap individu sedang beroperasi dengan setiap pelajar membaca bahan yang berlainan. Dalam kes ini, guru tidak perlu menjalankan program ini pada setiap waktu tetapi boleh diselang-seli dengan waktu pembacaan individu, waktu kerja kumpulan atau kerja bertumpuan guru.

Jenis-Jenis Bimbingan Terdapat beberapa jenis bimbingan yang boleh diperkenalkan oleh guru dalam pembelajaran membaca berasaskan internet. Antaranya ialah:

a) Bimbingan daripada bahan

Satu daripadanya bimbingan yang boleh dilakukan ialah bimbingan daripada bahan itu sendiri yang disebut sebagai bimbingan daripada teks. Bimbingan daripada teks merujuk kepada pelajar yang dikehendaki bekerja secara individu. Jika pelajar dikehendaki bekerja secara individu keperluan pertama ialah teks itu sendiri harus mengandungi kesemua bimbingan yang dia perlukan. Atau lebih tepat lagi teks itu harus disertakan dengan segala bimbingan yang perlu dalam bentuk bercetak.

Page 4: Unit 8 (Membaca Bahan Internet)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

4

Jika sistem, itu, ialah perseorangan keseluruhan, guru perlu ada satu set pilihan teks atau bahan yang luas yang setiap satu mempunyai bahan bimbingannya sendiri. la mungkin terdiri daripada buku-buku, tetapi kebiasaannya guru menggunakan teks yang lebih pendek untuk kerja-kerja intensif, kadang-kadang dalam bentuk helaian stensilan atau ditampal atas kad. Bahan-bahan jenis ini boleh didapati secara komersial di pasaran dalam bentuk satu set kad-kad membaca.

Anggapan kebanyakan kad pembacaan penerbitan tidak menyediakan bimbingan membaca yang sebenar adalah tidak tepat. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar boleh melaksanakan tugas membaca tanpanya, biarkan mereka menggunakan bahan yang sedia ada. Pada umumnya, teks yang disediakan oleh guru dapat memberi bantuan yang paling baik kepada pelajar kerana bahan itu telah pun melalui kajian. Guru menyediakan soalan-soalan berdasarkan teks sebagai salah satu cara membantu pemahaman pelajar terhadap teks. Hal ini penting kerana pelajar terpaksa melaksanakan tugas membaca secara individu.

b) Bimbingan daripada guru

Bimbingan daripada guru memerlukan guru mengemukakan soalan-soalan yang akan digunakan oleh guru untuk berinteraksi dengan sesebuah kelas. Cara ini lebih merupakan pendekatan berfokuskan guru yang sesetengah orang mengkritiknya sebagai kurang sesuai digunakan walaupun ia ada beberapa kebaikannya.

Pengajaran jenis ini memerlukan kawalan dan kecekapan guru kerana pelajar bekerja pada kadar dan cara yang sama. Guru mungkin tidak hendak menggunakan pendekatan ini untuk setiap bahan atau setiap kelas bacaan. Walau bagaimanapun, cara ini mempunyai beberapa kebalkan terutama bagi kelas yang terlalu banyak pelajar. Guru boleh memulakan pengajaran dengan bacaan senyap sebelum mengemukakan soalan-soalan. Bacaan senyap boleh juga disusuli dengan mendapatkan tindak balas daripada pelajar tentang teks tersebut.

c) Bimbingan daripada rakan pelajar

Bimbingan daripada rakan pelajar boleh dilakukan dengan membahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan kecil. Guru menggalakkan pelajar membantu antara satu sama lain. Kumpulan yang berjaya boleh memberi bantuan kepada kumpulan yang kurang maju. Dengan cara ini ahli-ahli dalam kumpulan dapat berinteraksi secara individu dan bekerjasama.

Interaksi dalam kumpulan jauh lebih baik daripada pelajar bekerja secara bersendirian. Bekerjasama dalam kumpulan boleh menghasilkan motivasi yang tinggi dan menimbulkan suatu perasaan berlumba-lumba antara kumpulan. Namun demikian, persaingan antara kumpulan perlu dikawal supaya kumpulan-kumpulan

Page 5: Unit 8 (Membaca Bahan Internet)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

5

tidak melakukan tugasan dengan sambil lewa atau ada ahli yang tidak mengambil bahagian dalam perbincangan.

Setiap kumpulan janganlah terlalu besar, iaitu lebih kurang lima hingga sepuluh orang pelajar. Jika terlatu banyak pelajar kemungkinan ada yang tidak melakukan sebarang tugasan. Pelajar harus duduk sebagai satu kumpulan yang sempurna, iaitu dalam bulatan tertutup atau empat segi tepat, bukannya dalam satu barisan.

Guru perlu menentukan sama. ada kumpulan itu terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan atau sebaliknya. Guru juga boleh memberi tugasan atau bahan yang berlainan kepada kumpulan berlainan berdasarkan kebolehan mereka. Semasa kumpulan-kumpulan sedang membuat gerak kerja tugas guru adalah bersedia untuk berunding. Ini bermakna guru bukan menyelesaikan masalah mereka tetapi sebaliknya menunjukkan bagaimana mereka dapat bekerjasama menyelesaikan masalah itu.

Merancang Tugas Berpasukan Sebahagian besar masa pengajaran diperuntukkan kepada kumpulan untuk bekerja secara bebas tanpa guru. Malahan guru mungkin tidak dapat bersama dengan setiap kumpulan sekali gus. Ini bermakna tugasan yang guru sediakan untuk setiap kumpulan mesti mudah ditafsirkan supaya tidak wujud keraguan tentang apa yang perlu mereka buat. Jika guru menggunakan bahan untuk kefahaman, guru perlu memikirkan apakah aktiviti-aktiviti yang perlu disediakan supaya tugasan dapat melibatkan setiap ahli kumpulan.

Jika guru bercadang memberi tugasan secara kumpulan, guru harus berfikir bagaimana guru akan merancang aktiviti itu kerana ia akan mempengaruhi cara penyediaan bahan. Sudah tentu tiada cara terbaik yang dicadangkan selain untuk menstruktur aktiviti itu. Guru boleh menasihatkan setiap kumpulan menghadapi bahan itu bahagian demi bahagian, diikuti dengan diskusi dan melaporkan kembali selepas setiap bahagian diselesaikan.

Dalam hal ini guru boleh meminta pelajar membaca bahan-bahan daripada internet itu untuk mengendalikan pelbagai projek bersama-sama dan kemudian melaporkan hasil kerja mereka bersama-sama. Pelajar boleh juga diminta membuat ulasan, menulis rencana, menghebahkan berita, menulis cerita, mengemukakan pandangan dan pendapat, dan pelbagai lagi aktiviti ekoran daripada bahan-bahan yang didapati dan dibacanya daripada internet itu.

Page 6: Unit 8 (Membaca Bahan Internet)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

6

Lembaran Kerja Dan Jawapan Satu cara berfaedah untuk mengawal aktiviti kumpulan adalah dengan membekalkan lembaran yang menyediakan tugasan. Guru menyediakan lembaran kerja yang mengandungi kesemua bahagian daripada sesuatu bahan. Setiap kumpulan digalakkan bekerja pada kadar kebolehan masing-masing tetapi perlu menghabiskan satu lembaran kerja dengan lengkap sebelum diberi yang lain. Ini memberi peluang pada guru menyernak kadar kemajuan dan memastikan kerja telah dilakukan dengan sempurna.

Guru mungkin terpaksa bekerja lebih untuk menyediakan lembaran kerja tetapi hasilnya memang berpadanan dengan usaha guru itu. Ini kerani kerja kumpulan menghasilkan motivasi yang tinggi di kalangan pelajar untuk terus maju. Untuk menjayakan kerja kumpulan guru perlu menyediakan beberapa aktiviti tambahan melebihi daripada apa yang diberi dalam bahan teks. Menggunakan lembaran kerja sangat efektif bagi kelas yang besar. Guru mudah mengawal kelas di samping menyemak kemajuan setiap individu dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan bersaing untuk menghabiskan lembaran kerja dan mengambil sesuatu yang baru. Keadaan seperti ini merupakan satu bentuk motivasi yang sihat.

Jika ada kelas yang terlalu besar dan guru tidak dapat memberi perhatian pada setiap kumpulan, guru boleh menyediakan lembaran jawapan untuk dipadankan dengan kerja dan tugas mereka. Apabila sesuatu kumpulan telah menghabiskan lembaran kerjanya, lembaran jawapan boleh diedarkan jika guru tidak dapat menyernak jawapan itu secepat mungkin. Kumpulan itu dikehendaki menyemak dan membincang jawapan mereka sendiri. Beberapa huraian bagi menerima atau menolak jawapan harus disediakan dalam lembaran itu supaya tidak perlu merujuk pada guru setiap kali mereka membuat sesuatu kesalahan yang mereka tidak faham.

Lembaran kerja dan jawapan boleh diedarkan dalam bentak salinan stensilan supaya pelajar dapat menyimpannya. Semasa melakukan aktiviti, guru perlu menyediakan salinan lembaran kerja dan jawapan yang mencukupi untuk setiap kumpulan. Supaya la tahan lebih lama, guru boleh menampalkannya di atas kad dan membalutnya dengan plastik. Namun demikian, guru perlu sentiasa menyemaknya untuk menentukan soalan-soalan atau tugasan-tugasan dapat berfungsi dengan baik.

RUMUSAN Bab ini telah memfokuskan kepada bahan bacaan yang diperolehi melalui internet. Turut diberi perhatian adalah tentang bahan bacaan dan cara pengendalian pengajaran membaca melalui internet di samping jenis-jenis bimbingan dan jenis tugasan kumpulan yang boleh membantu kepada keberkesan pengajaran bacaan melalui internet.

Page 7: Unit 8 (Membaca Bahan Internet)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

7

RUJUKAN Abd. Ghafar Md. Din (1993).Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan Pembacaan, dan Pemahaman. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Brown, A.L. (1980). Metacognitive Development and Reading dalam Theoritical Issues In Reading Comprehension Perspectives From Cognitive Psychology Linguistics, Artifical, Intelligence And Education. Spiro R.J (ed.) Hillsdale. Lawrence Erlbaum Associates. Dale D. Johnson dan P. David Pearson (1978). Teaching Reading and Reading Vocabulary. New York. Holt, Rinehart dan Winston. Dorothy Grant Henning (1993).Reading With Meaning. New Jersey. Prentice Hall. Dorothy Rubin (1993).A Practical Approach to Teaching Reading. Boston. Allyn and Bacon. Frank B. May (1990). Reading as Communication. Ohio. Merrill Publication Company. Frank Smith (1971). Understanding Reading. New York. Holt, Rinehart dan Winston. H. Alan Robinson (1978). Teaching Reading And Study Strategies. The Content Area. Boston. Allyn and Bacon. Irwin L. Joffe. (1980). Opportunity For Skinful Reading. Sixty Edition. California. Wadsworth Publishing Company. Kathleen T. McWhorter (1984). Academic Reading. Harper Collins College Publishers. New York. Marohaini Yusof (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur. Karya Bistari. McNeil, J.D. (1992). Reading Comprehension. New Directions For Classroom Practice. New York. Harper Collins Publishers. Safiah Osman (1990). Peningkatan Kemahiran Membaca dalam Safiah Karim (ed.) Membaca : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd. Sharon J. Crawley & Lee H. Mountain (1988). Strategies For Guiding Content Reading. Boston. Allyn & Bacon, Inc.

Page 8: Unit 8 (Membaca Bahan Internet)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

8