topik 4 organisasi kurikulum sekolah rendah

14

Click here to load reader

Upload: john-chong

Post on 03-Jul-2015

3.612 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

TOPIK 4: ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

__________________________________________________ HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

PENGENALAN

Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah beroperasi secara menyeluruh di sekolah.

Pelaksanaannya adalah berdasarkan kepada semua aspek pendidikan yang disyorkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan yang

bertanggungjawab, sering diperkatakan oleh berbagai-bagai golongan masyarakat. Bahkan

jika dibandingkan dengan organisasi-organisasi lain dalam mana-mana masyarakat pun,

sekolah lebih banyak mendapat perhatian dengan pelbagai kajian, analisis, perbincangan dan

juga kritikan. Orang ramai sama ada mempunyai anak yang sedang belajar di sekolah atau

tidak, terlalu peka terhadap apa yang berlaku di sekolah kerana mereka merasakan bahawa

sekolah adalah organisasi yang menjadi milik mereka bersama. Justeru itu, mereka sering

melahirkan rasa ketidakpuasan hati melalui media massa, dalam majlis-majlis mesyuarat,

seminar, dialog dan sebagainya, termasuklah juga dalam perbualan seharian.

1. Memahami konsep organisasi kurikulum sekolah rendah.

2. Memahami peranan organisasi kurikulum sekolah rendah dalam pencapaian

matlamat dan objektif pendidikan negara.

3. Mengaplikasikan pengurusan yang efektif dalam organisasi kurikulum

sekolah rendah.

4. Mengetahui organisasi kurikulum sekolah rendah dan peranan sekolah dalam

melaksanakan kurikulum.

Page 2: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

Bila sekolah diperkatakan maka sudah tentulah Pentadbir menjadi bahan dan sasaran kritikan

dan sungutan tersebut. Ini kerana mereka menganggap bahawa kekurangan dan kelemahan

sesebuah sekolah itu adalah berpunca dari kelemahan dan kekurangan pengurusan dan juga

pentadbirannya dari aspek organisasi kurikulum sekolah rendah. Dengan itu dapatlah dilihat

betapa beratnya beban tugas dan tanggungjawab seorang Pentadbir dan guru-guru sekolah

yang memainkan pelbagai peranan seperti seorang pemimpin, pengurus, pentadbir, pengelola,

perancang, penyelia, pengawal, penilai dan sebagainya dalam menjayakan kurikulum sekolah

rendah dengan organisasi yang mantap. Tugas dan tanggungjawab ini kian hari kian mencabar

ke arah positif untuk pentadbir di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan

Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah dan seterusnya kepada para guru.

Dalam konteks negara kita hari ini cabaran tersebut menjadi lebih hebat lagi dengan

wujudnya perkembangan dan peluasan pendidikan dalam jangkamasa beberapa tahun

kebelakangan ini. Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN, PPD, Pentadbir dan guru-guru

memikirkan bagaimana hendak meningkatkan kualiti prestasi atau pencapaian murid-

muridnya dalam bidang akademik dan dalam peperiksaan awam tetapi juga mesti memberi

pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya terhadap pencapaian matlamat dan Falsafah

Pendidikan Negara keseluruhannya yang seharusnya dijelmakan dalam semua bentuk

perancangan dan tindakan yang dilakukannya.Maka, organisasi kurikulum sekolah rendah

memainkan peranan yang penting untuk melicinkan pencapaian matlamat dan objektif

pendidikan negara kita.

Prestasi sesebuah sekolah biasanya dihubungkaitkan dengan prestasi Pentadbir sebagai

seorang pemimpin, pengurus, pentadbir dan pendidik. Pengurusan sekolah yang baik dan

kewujudan iklim organisasi kurikulum sekolah rendah yang sesuai serta kondusif dengan

pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kualiti kepimpinan, kewibawaan dan

kemampuan Pentadbir. Dalam banyak hal Pentadbir merupakan orang yang paling penting

dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Beliau bertanggungjawab bagi semua kegiatan yang

berlaku di sekolah dan sekitarnya. Kepimpinannya menentukan arah organisasi kurikulum

sekolah rendah, gaya sesebuah sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme guru-guru

dan darjah keprihatinan mereka terhadap kesan pembelajaran kepada murid-muridnya.

Page 3: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

Pentadbir juga merupakan orang perantaraan utama organisasi kurikulum sekolah rendah di

antara sekolah dan masyarakat dan cara yang ditunjukkannya dalam kemampuan dan

kedudukannya yang sedemikian, sebahagian besar menentukan sikap ibu bapa dan murid

terhadap sekolah. Jika sesebuah sekolah itu berkemampuan menjadi tempat yang dapat

memberi peranan kepada murid mempunyai reputasi yang terbaik mengikut kemampuannya,

maka orang boleh menyatakan dengan tegas bahawa kepimpinan Pentadbir itu merupakan

kunci kejayaan. Sebagai organisasi kurikulum sekolah rendah, pengurusan sekolah bukan

sahaja sangat luas, tetapi unik dan kompleks. Di sekolah rendah berbagai-bagai kegiatan

dirancang dan dilaksanakan, yang diarahkan kepada pencapaian matlamat mendidik murid-

murid supaya menjadi manusia yang sempurna, seimbang dan harmonis dari semua segi:

intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial yang dicerna

melalui tiga bidang asas kurikulum iaitu komunikasi, alam dan manusia dan perkembangan

individu.

Kegiatan-kegiatan itu boleh digolongkan kepada dua bidang utama dalam organisasi

kurikulum sekolah rendah. Pertama ialah bidang kurikulum, yang dilaksanakan melalui

pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan kegiatan-kegiatan begini memerlukan suasana

iklim dan keadaan yang sesuai, kondusif dan menyumbang terhadap pencapaian matlamat

pendidikan. Bidang yang kedua ialah kegiatan pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan

untuk menyumbang ke arah menyedia dan mewujudkan suasana dan iklim yang diperlukan

itu. Walaupun mengajar dan mengurus tidak dapat dipisahkan tetapi tidaklah pula semestinya

tidak boleh dibezakan kegiatannya. Kegiatan mengajar yang baik disokong oleh pengurusan

yang baik akan menghasilkan pembelajaran murid yang berkesan.

4.1 DEFINISI SEKOLAH Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar,

tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat

menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah

rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi setiap

kategori tersebut dikenali dengan nama-nama yang berlainan. Pra Sekolah bagi kanak-kanak

yang berusia 5 dan 6 tahun. Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah bagi peringkat usia 7

hingga 12 tahun. Sekolah Menengah bagi peringkat usia 13 hingga 19 tahun. Manakala

Page 4: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

Universiti, Kolej, Institut, Maktab dan sebagainya adalah pusat-pusat pengajian tinggi. Namun

konsepnya adalah sama, yakni memberi pendidikan (mengajar dan belajar).

4.2 DEFINISI PENDIDIKAN

Pendidikan yang dimaksudkan ialah satu perubahan tingkahlaku individu setelah mengalami

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Pendidikan itu sendiri merangkumi

proses P&P tersebut. Pengajaran dapatlah diertikan sebagai satu sistem kegiatan yang

ditujukan kepada pelajar. Kegiatan ini adalah bertujuan untuk membawa perubahan tertentu

dalam tingkahlaku pelajar yang ingin ditimbulkan oleh guru. Untuk mencapai tujuan itu, guru

perlulah mempunyai pandangan yang jelas terhadap perubahan tertentu dalam tingkahlaku

pelajar yang ingin ditimbulkan oleh guru, iaitu dari segi pengetahuan dan kefahaman yang

guru mahu pelajar dapat gunakan serta perubahan dalam sikap mereka.

Pembelajaran pula adalah satu proses yang membawa kepada berlakunya perubahan

dan perlakuan dalam diri seseorang individu hasil daripada pengalaman-pengalaman baru

yang diperolehi atau dialaminya. Perubahan perlakuan pertuturan (verbal behaviour)

seseorang individu itu adalah menjadi perhatian utama kerana daripada penulisan dan

pertuturannya dapat dipastikan sama ada telah berlaku perubahan perlakuan seseorang itu.

4.3 DEFINISI ORGANISASI Organisasi membawa erti satu kesatuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu

yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Organisasi

kurikulum sekolah rendah membawa maksud satu gabungan atau kesatuan yang mempunyai

objektif mentadbir, mengajar dan belajar. Tugas mentadbir di sesebuah sekolah diserahkan

kepada Pentadbir dengan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata

Pelajaran dan juga pekerja-pekerja perkeranian. Manakala tugas mengajar dipikul oleh guru-

guru di sekolah tersebut. Murid-murid pula mempunyai peranan belajar dan menerima tunjuk

ajar dari guru-guru. Gabungan komponen-komponen inilah yang menjadikan sekolah itu

sebagai sebuah organisasi pendidik

Page 5: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

Kedudukan Sekolah Dalam Sistem Pendidikan Negara

Model Hiraki Asas Sistem Pendidikan Malaysia

Dalam sistem pendidikan negara, kedudukan sekolah adalah terletak di bahagian paling

bawah sekali. Secara umumnya Kementerian Pelajaran akan membuat dasar pendidikan

dengan diterajui oleh Menteri Pelajaran. Dasar-dasar yang digubal serta rekabentuk kurikulum

oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) itu diserahkan kepada Jabatan Pendidikan

Negeri (JPN) untuk dilaksanakan. Seterusnya JPN akan memanjangkannya kepada Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD), manakala PPD akan memastikan sekolah-sekolah melaksanakan

dasar pendidikan dan rekabentuk kurikulum daripada BPK tersebut. Dalam keempat-empat

peringkat itu, hanya sekolah sahaja yang mempunyai murid di mana murid ini akan menerima

proses pendidikan mengikut dasar yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang

dirancang khas oleh BPK yang telah disalurkan melalui organisasi kurikulum sekolah rendah.

Page 6: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

4.4 PERANAN SEKOLAH

Organisasi kurikulum sekolah rendah menetapkan sekolah supaya berperanan menyusun

gerakan pendidikan untuk membangun, memupuk dan menyuburkan seluruh potensi

keinsanan dari sudut-sudut rohaniah mahupun jasmaniah, sehinggalah pontensi itu dapat

membina kemampuan kendiri (boleh berdikari) untuk terus subur dan berkembang. Di

samping itu mampu pula menghadapi segala kemungkinan lingkungan suasana persekitaran

sehingga insan yang dilahirkan (dari kesan pendidikan) itu akan sentiasa berusaha

membangun diri, keluarga, organisasi dan negara dalam batasan wilayah dan kemampuan

masing-masing.

Antara peranan sekolah sebagai organisasi kurikulum sekolah rendah ialah:

� sebagai pusat pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan sumber manusia

yang kompetan dan berilmu

� menjadi agen penggerak dan penerus perubahan masyarakat.

� menjadi katalis (pemangkin) perubahan.

� menjadi pusat pembinaan budaya ilmu dan penggerak kepada gerakan memajukan

prinsip pendidikan sepanjang hayat untuk masyarakat seluruhnya selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara.

� berperanan sebagai agen pendidikan dan pembangunan yang utama dalam pembinaan

tamadun bangsa.

� menjadi asas melahirkan pemimpin-pemimpin sosial (masyarakat) dan politik dan

juga membangkitkan kesedaran perjuangan.

� menjadi pusat gerakan pendidikan yang dapat melaksanakan program mobilisasi,

latihan, khidmat bimbingan dan rundingcara serta penyelidikan

� melahirkan anggota masyarakat yang berilmu dan beradab, berketrampilan,

bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan dan kemakmuran negara.

4.7 SUMBER DI SEKOLAH

Organisasi kurikulum sekolah rendah sebagai sebuah organisasi pendidikan sudah tentu

sekolah mempunyai sumber atau tenaga untuk menjalankan peranan-peranan di atas.

Pengurusan sekolah memainkan peranan penting kepada asas organisasi tersebut. Selain dari

pengurusan, guru dan murid, falsafah pendidikan sekolah, kurikulum, panitia mata pelajaran,

Page 7: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

pusat sumber sekolah, peraturan sekolah dan sebagainya adalah juga sumber yang

menentukan pencapaian sekolah. Selain dari sumber-sumber fizikal dan infrastruktur seperti

bangunan, padang dan gelanggang permainan, keceriaan dan keselamatan.

4.8 FALSAFAH DAN MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH Falsafah pendidikan sekolah menjadi penentu asas kepada segala program dan kegiatan yang

dirancang dan dilaksanakan di sesebuah sekolah itu. Falsafah dan matlamat ini perlulah

seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke-

arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani,berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia,bertanggung jawab dan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan sekolah yang ditetapkan

itu, suasana persekolahan yang memberi peluang kepada murid-murid mendapat pengalaman

hidup, bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama di antara satu sama

lain perlulah diwujudkan. Perhatian yang wajar haruslah diberi kepada perkembangan murid

secara menyeluruh bukan hanya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja. Kejayaan

atau kegagalan mencapai hasrat dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sekolah

bergantung kuat kepada peranan Pentadbir sesebuah sekolah itu. Prinsip yang terkandung

dalam falsafah dan matlamat pendidikan sekolah itu boleh difahamkan sebagai hasil program

pendidikan sekolah yang akan tercapai setelah ianya terlaksana dalam satu jangkamasa

tertentu.

4.9 PENGURUSAN PENDIDIKAN

Secara umumnya organisasi kurikulum sekolah rendah disokong oleh pengurusan pendidikan

serta struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana

Page 8: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah

pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.

Rajah 1: Menunjukkan bidang pengurusan sekolah

Organisasi kurikulum sekolah rendah serta pengurusan pendidikan merupakan bidang yang

amat istimewa kerana ia merupakan aspek-aspek yang sangat penting dalam proses

pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan

pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat

ilmu itu berkembang, kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang

sama. Organisasi kurikulum sekolah rendah juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti

pendidikan diukur dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait

rapat dengan keupayaan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah

yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibat dalam

pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti

akhlak dan diri yang cemerlang.

Page 9: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara,

peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang dan

harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani

yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan.

4.10 PERANAN PENTADBIR Di antara peranan dan tanggungjawab Pentadbir sebagai pengurus sesebuah organisasi

pendidikan dalam organisasi kurikulum sekolah rendah ialah:

� memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara

yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.

� membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan

tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu

sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.

� memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan

sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan

yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.

� mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita

dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.

� membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat

dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.

� menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita

dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan

tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada

semua pihak yang berkenaan.

4.11 PERANAN GURU

Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam organisasi kurikulum sekolah rendah

semasa mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan

pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang

Page 10: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan

berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan

kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya peka kepada organisasi kurikulum

sekolah rendah untuk menguasai pelbagai kemahiran iaitu:

� Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses

pembelajaran.

� Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap

positif, kreatif dan inovatif.

� Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta

bersistematik.

� Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan

pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.

� Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi

dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.

� Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian

pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.

� Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka

terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.

� Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat

penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama

dalam satu pasukan.

� Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang

mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka

terhadap persekitaran luaran.

� Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional

berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

� Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri

(self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi diri.

Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-

pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga

aktiviti-aktiviti sosial.

Page 11: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

4.12 ORGANISASI KURIKULUM

Organisasi kurikulum sekolah rendah boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan

kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi

prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan

asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira. Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan

seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid.

Dari segi pelaksanaannya, organisasi kurikulum sekolah rendah sekolah rendah

menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung,

yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Organisasi kurikulum sekolah rendah merangkumi

perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran,

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah

(kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-bahan sokongan yang

dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

Dalam organisasi kurikulum sekolah rendah terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu

kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek

kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-

pelaksana kurikulum. Perkara-perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran,

peruntukan masa, bahan-bahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan

pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-

peraturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan. Kurikulum tersirat

pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan

peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim

sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan

dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid.

Page 12: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

4.13 PANITIA MATA PELAJARAN

Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan

pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan

kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan mendapatkan

strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang

boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid-murid sejajar dengan

Falsafah Pendidikan Negara dengan aplikasikan organisasi kurikulum sekolah rendah. Selain

itu PMP juga mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan

sekolah ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan

kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP juga

boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan persatuan

akademik yang ditubuhkan di sekolah.

Fungsi dan peranan PMP dalam organisasi kurikulum sekolah rendah sejajar dengan

peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas ialah:

� memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang

diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas.

� memilih dan mencadangkan kepada Pentadbir buku teks untuk digunakan oleh murid

berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak-kehendak sukatan pelajaran

dan tahap kebolehan murid-murid tersebut.

� memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan

dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid-murid

dan juga kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.

� menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang

penggunaannya kepada pelajar.

� menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi

tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.

� mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid bagi tiap-tiap

peperiksaan (khususnya peperiksaan penggal/semester) dan mengambil langkah-

langkah untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan pengajaran guru.

Page 13: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

� merancangan dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam hal-

hal berkaitan profesional perguruan.

� membantu guru-guru baru dalam hal-hal ikhtisas.

� membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan

peruntukan yang diberi.

� merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid dari

masa ke semasa.

RUMUSAN

Dalam perancangan sesuatu kejayaan dan kecemerlangan, penentuan bagi kedua-duanya

didokong oleh beberapa faktor. Apabila semua sumber dapat diurus dengan baik dan

menghasilkan kecemerlangan dari semua segi, dapatlah diandaikan bahawa tiada pembaziran.

Terdapat di kalangan guru sudah berpuas hati apabila telah berjaya menghasilkan peratus

keputusan yang tinggi sedangkan beliau tidak menggunakan seluruhnya sumber yang

diperuntukan. Ini belum dapat memberi jaminan kepada guru tersebut bahawa setiap tahun

beliau akan memperolehi kejayaan yang sama. Begitu juga Pusat Sumber Sekolah. PSS

ghalibnya jarang menerima kunjungan dari semua pihak di dalam masyarakat sekolah itu. Jika

dibuat bancian sudah tentu terdapat individu-individu, sama ada dari kalangan guru atau

murid tidak pernah menghampiri PSS. Hal ini bukanlah aneh kerana sememangnya

pendekatan dan tarikan yang terdapat di PSS itu sendiri tidak memberansangkan.

Keceriaan persekitaran sekolah juga membantu murid memanfaatkan alam semula jadi

sebagai sesuatu yang perlu dipelihara. Hal ini sering diabaikan oleh banyak pihak suatu masa

dahulu walaupun kini pihak berkuasa pendidikan telah mula memberi tumpuan kepada

pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber semula jadi ini. Pentadbir juga tidak

kurangnya melakukan pembaziran sumber. Ini berlaku kerana pengetahuan yang cetek dalam

sesuatu hal menjadikan beliau sentiasa bimbang dan tidak berani membuat keputusan yang

segera. Nyatalah ilmu yang luas dan pertimbangan yang rasional akan membantu Pentadbir

melakukan tugas dengan sempurna dan juga dapat menguruskan semua sumber yang tersedia

dengan berkesan serta penggunaan yang optimum dari sumber tersebut.

Page 14: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

U M S

Organisasi Kurikulum Pendidikan Sekolah Rendah adalah satu komponen penting dalam

Kurikulum Sekolah Rendah. Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah memainkan peranan

yang instrumental untuk menjayakan kurikulum secara menyeluruh. Jikalau Organisasi

Kurikulum Sekolah Rendah tidak diaplikasikan dalam mana-mana sistem pendidikan maka

kurikulum itu mungkin mengalami kekangan untuk mencapai matlamat dan objektif

kurikulum tersebut. Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah yang disyorkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia bersama dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum Malaysia adalah

panduan yang amat mantap untuk diaplikasi oleh jabatan pelajaran negeri PPD dan sekolah-

sekolah secara praktikal. Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah yang efektif adalah tanda

positif kepada pembangunan mana-mana sistem kurikulum secara amnya.

Penerokaan Lanjutan

1. Bincangkan keberkesanan organisasi kurikulum sekolah rendah di tempat anda

bertugas. Serta JELASKAN peranan-perana utama oleh setiap individu dalam

organisasi kurikulum sekolah rendah di tempat anda bertugas.

2. Pentadbir dan guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan organisasi

kurikulum sekolah rendah secara optimum. TERANGKAN bagaimana mereka

berfungsi dalam organisasi kurikulum sekolah rendah untuk mancapai matlamat dan

objektif kurikulum secara menyeluruh.

FIKIR!