topik 3 negara dan kenegaraan

Upload: tia-fathiah-hj-ismail

Post on 08-Jul-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    1/25

    PENDAHULUANTopik ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan negara dan ciri-ciri negara Islam. Sejarah membuktikan Rasulullah s.a.w adalah model pentadbirunggul dalam sistem pemerintahan Negara Islam Madinah. Corak dan sistempemerintahan Baginda mesti dikaji dan diteliti untuk dilaksanakan dalam negarayang terdiri daripada pelbagai etnik khususnya di Malaysia.

    PENGENALAN NEGARAPerkataan ÂNegaraÊ atau state diertikan sebagai bangsa, masyarakat dan kerajaan.Dalam ilmu sains politik, istilah negara bermaksud sekumpulan manusia yangmenduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaandan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Oleh demikian, tajuk ini menjelaskandefinisi negara menurut bahasa dan istilah berdasarkan pandangan Barat danpara sarjana Islam serta ciri-ciri negara Islam.

    TToo pp iik 3Negara danKenegaraan3

    2. Menghuraikan institusi yang wujud dalam sebuah negara Islam; dan

    3. Menjelaskan sistem pentadbiran Rasulullah s.a.w sertaperkembangannya.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menjelaskan negara dan ciri-ciri negara Islam;

    3.1

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    2/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 41

    Beberapa definisi negara dikemukakan oleh para sarjana Barat. Antaranya ialah:

    „Negara sebagai kumpulan yang tinggal di sesebuah wilayah yang berdaulat‰

    H.D.Lasswell

    „Negara merupakan satu persatuan di mana seluruh tindakan berdasarkanundang-undang.‰

    M. Mc Iver

    "Negara merupakan suatu sistem politik yang terdiri daripada penduduk-penduduk dalam satu kawasan atau wilayah yang ditetapkan danmempunyai organisasi.‰

    Pennock Smith

    „Negara sebagai satu sistem politik yang didirikan oleh orang yang bermastautin di dalam sesebuah wilayah dan mempunyai kerajaan yangmemerintah wilayah tersebut.‰

    Robert A. Dahl

    Definisi yang mudah diberikan dengan menekankan "ciri-ciri wilayah,penduduk dan pemerintah sebagai unsur asas negara. Negara jugamempunyai pemerinthan yang akan memonopolikan segala kuasa yangsah, dan dengan itu negara berhak memaksa rakyatnya tunduk kepadaundang-undang serta arahannya,‰

    Geoffrey K. Roberts

    Negara sebagai "sebahagian daripada masyarakat yang disempadankan didalam sesuatu kawasan dan dipersatukan oleh kesetiaan kepada satu

    badan yang berdaulat. Ciri utama yang membezakan antara negara denganinstitusi lain ialah terdapat satu lembaga yang berwibawa dan muktamadyang memutuskan peraturan-peraturan bagi masyarakat tersebut.‰

    Frederick M. Watkins

    Kesimpulannya negara harus merangkumi sebuah wilayah yang terdapatpenduduk atau rakyat. Penduduk ini diperintah oleh satu badan politik(pemerintah) yang berdaulat dan berkuasa mutlak dalam menjalankankewajipan terhadap negara.

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    3/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN42

    3.1.1 Pengertian Negara Islam

    Beberapa definisi negara Islam dikemukakan oleh para intelektual Islam.Antaranya ialah:

    „Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan mereka dapatmenikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.‰

    Muhammad Bin Hasan al-Syaibani

    „Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam.Kekuatan dan pertahanannya dikuasai oleh umat Islam. Negara seperti ini wajibdipertahankan oleh setiap individu Islam.‰

    Muhammad Abu Zuhrah

    „Negara yang mengamalkan hukum-hukum Islam dengan jelas sekalipunkebanyakan penduduknya terdiri daripada bukan Islam.‰

    Al-Qadi Abu Yusuf

    „Negara yang diperintah oleh orang Islam atau orang Islam yang memegang

    kekuasaan tertinggi negara.‰Abdul Karim Zaidan

    „ Negara Islam sebagaimana yang disepakati oleh imam-imam mazhab yangempat: Negeri atau bumi yang berada di bawah kekuasaan umat Islam dankedaulatan mereka, dengannya umat Islam dapat mengamal Islam secaraterbuka dan mampu mempertahankan diri dari serangan musuh.‰

    Muhammad Said Ramadan al-Buti

    Daripada beberapa definisi tersebut, dapat dirumuskan sesebuah negara diiktirafsebagai negara Islam sekiranya ketua pemerintah adalah seorang Muslim danmelaksanakan sistem pemerintahan mengikut undang-undang Islam walaupunterdapat di kalangan rakyat yang bukan Islam. Kuasa pemerintahan amatpenting untuk melaksanakan tanggungjawab Maqasid SharÊiyyah. Di sampingitu, kriteria penting yang perlu wujud termasuklah negara yang aman dan bebasmengembangkan syiar Islam di dalamnya.

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    4/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 43

    Jelaskan dengan ringkas maksud negara menurut etimologi dan istilah.

    AKTIVITI 3.1

    3.1.2 Ciri-ciri Negara Islam

    Ciri-ciri negara Islam adalah seperti berikut:

    (a) N egara yang mendaulatkan Islam di mana urusan pemerintahan mesti berdasarkan syariat Allah S.W.T. Seluruh urusan pemerintahanterkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi sumber primer.

    Firman Allah S.W.T:

    Maksudnya:

    „Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkaumenghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telahtunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkaumenjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.‰ (al-Nisa': 105)

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    5/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN44

    Firman-Nya lagi:

    Cuba anda perhatikan mengapa urusan pemerintahan dan rakyat mesti berasaskan syariat Allah S.W.T. Antara faktornya ialah;

    (i) Semua manusia tanpa mengira bangsa, bahasa, warna kulit danstatus adalah hamba Allah.

    (ii) Semua manusia yang tinggal di bumi Allah rasionalnya mestimengikut undang-undang Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui lagiBijaksana.

    Firman Allah:

    Maksudnya:

    „Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamudaripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamuberbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnyasemulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).‰ (al-Hujurat;13)

    Maksudnya:

    „Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskanengkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum- hukum ugama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkaumenurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang

    benar).‰(al-Jatsiyah:18)

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    6/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 45

    FirmanNya juga:

    (iii) Setiap individu mempunyai tanggungjawab sebagai makhluk danhamba yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah sama adasebagai pemerintah dan rakyat.

    Sabda Rasulullah s.a.w:

    .

    Maksudnya:

    „Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanyamengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpindan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenaikepimpinannya. Orang gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenaikepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akanditanya mengenai kepimpinan kamu.‰ (Riwayat al-Bukhari)

    Maksudnya:

    „Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dankebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaanbahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itumengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang

    berpengetahuan.‰ (al-Rum; 22)

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    7/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN46

    (iv) Melalui syariat dapat memandu manusia menyelesaikan perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh kemampuan akal, pancainderadan ilmu yang ada pada mereka di samping memberi kaedah-

    kaedah tertentu supaya tidak tergolong dalam golongan orang yang jahil.

    (v) Membebaskan manusia daripada mengabdikan diri selain AllahS.W.T, melahirkan keadilan sejagat dan berusaha menyelesikanmasalah berdasarkan kemampuan dan kepakaran masing-masing berlandaskan syariat yang diturunkan Allah S.W.T.

    „Allah S.W.T yang membangkitkan kami untukmenyelamatkan sesiapa yang mahu daripada mengabdikandiri kepada sesama hamba (makhluk) kepada mengabdikandiri kepada Allah, daripada kezaliman berbagai-bagaiajaran kepada keadilan Islam, daripada dunia yang sempitkepada yang luas terbentang di dunia dan akhirat. ‰

    Rabaie bin Amir menegaskan kepada panglima tentera Parsi bernamaRustam seperti berikut;

    Oleh yang demikian, syariat Islam itu mampu memenuhi keperluan

    manusia seluruhnya di sepanjang zaman dan tempat, dalam semuarealiti dan situasi kerana ia mempunyai keistimewaan yang tidak adapada yang lain.

    (b) Umat/penduduk/rakyat yang mendukungnya

    Penduduk ialah orang yang tinggal dalam sesebuah wilayah atau negaradan secara sosiologi disebut sebagai rakyat. Rakyat pula diertikan sebagaisekumpulan manusia yang dipersatukan oleh satu rasa persamaan dan bersama-sama mendiami suatu wilayah. Rakyat merupakan warganegarayang didiaminya dan terikat dengan undang-undang negara. Dalamsebuah negara Islam, rakyat dikategorikan kepada dua:

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    8/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 47

    (i) Golongan Muslim

    Berdasarkan ayat al-Quran, firman Allah:

    Maksudnya:

    „Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah sertaberjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang- orang Muhajirin) mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan

    (terhadap) orang-orang yang beriman tetapi belum berhijrah, makatidak ada kewajipan sedikit pun atasmu melindungi mereka, sebelummereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamudalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, makawajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. dan (ingatlah) Alla hMaha melihat akan apa yang kamu lakukan. ‰. (Al-Anfal:72)

    (ii) Golongan bukan Islam (ahli zimmi)

    Golongan bukan Islam yang mengaku untuk taat setia dan patuhkepada negara Islam yang akan didiaminya tanpa mengira tempat dimana ia dilahirkan. Bagi warganegara ini, mereka diberikan jaminanperlindungan keselamatan kehidupan, harta, kebudayaan,kepercayaan (agama) dan kehormatan.

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    9/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN48

    (c) Kerajaan berdasarkan syura

    Allah berfirman:

    Syura merupakan suatu sistem permesyuaratan dalam pengurusan pentadbirannegara yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w serta para sahabat dengan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Perlaksanaan syura dilaksanakanmelalui Majlis Syura. Melalui sistem syura ini, kestabilan politik, keamananhidup rakyat dan negara akan terjamin seperti yang dilaksanakan olehRasulullah s.a.w.

    Maksudnya:

    „Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah(kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembutkepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulahengkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari darikelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yangmereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka,dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangandan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu), makabertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-

    orang yang bertawakal kepada-Nya.‰ (Ali Imran: 159)

    (d) Kerajaan berbentuk khalifahPemilihan pemimpin tertinggi negara perlu menepati ciri-ciri atau syaratsyarat yang ditetapkan oleh syarak. Jawatan ini penting bagi memastikanperlaksanaan undang-undang Islam dapat ditegakkan dalam negara. Olehitu, perlantikan ketua negara boleh dilakukan melalui majlis syura sepertiperlantikan Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib di Masjid Madinah. Ia juga boleh dibuat melalui wasiat atau cadangan khalifah sendiri sepertiperlantikan Sayyidina Umar yang dicadangkan oleh Saidina Abu Bakar. AhliSunnah wa al-Jamaah berpendapat ketua negara hendaklah dipilih melaluisyura kerana ia merupakan ikatan kontrak antara khalifah dan rakyat yang

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    10/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 49

    dikenali sebagai baiÊah. Walau bagaimanapun semua bentuk pemilihanpemimpin mestilah mempunyai syarat-syarat yang diterima oleh syarakkerana seorang khalifah bertanggungjawab dalam aspek keagamaan dan

    kenegaraan.

    1. Huraikan ciri-ciri negara Islam.

    2. Huraikan kepentingan melaksanakan ciri-ciri tersebut dalamsesebuah negara.

    SEMAK KENDIRI 3.1

    3.1.3 Kedudukan Negara IslamMenjadi kewajipan umat Islam menegakkan sebuah negara yang dapatmelaksanakan ajaran Islam yang syumul serta merangkumi perkara-perkara yang berkaitan pengurusan diri (fardu Âain) dan pengurusan sistem (fardu kifayah).Kewajipan ini berdasarkan Allah S.W.T mewajibkan melaksanakan hukum sepertihudud, qisas, takzir dan lain-lain. Kesemua hukum tersebut mustahil dapatdilaksanakan tanpa adanya sebuah negara Islam. Ini juga berdasarkan kaedahfiqh:

    Maksudnya;„Sesuatu yang tidak sempurna wajib kecuali dengannya maka ia adalahwajib.‰

    Berdasarkan kaedah fiqh di atas, negara Islam tidak dapat ditegakkan tanpapenglibatan orang Islam dalam politik. Begitu juga pelaksanaan dasar Islam yangsyumul tidak dapat disempurnakan tanpa ada kuasa yang dapat diperolehimelalui wujudnya sebuah negara Islam. Oleh itu negara Islam adalah negara yangsejahtera yang menghimpunkan pelbagai bangsa di bawah payung rahmat Islam.

    Cuba anda perhatikan pandangan al-Baghdadi mengenai negara Islam. Beliaumenyatakan kerajaan Islam adalah negara di mana masyarakatnya dapatmengamalkan Islam tanpa rasa takut dan bimbang, dilaksanakan syariat Islamke atas orang-orang bukan Islam zimmi (kafir zimmi) yang rela sahaja, manakalagolongan bidÊah tidak bermaharajalela menentang ahli sunnah tanpa diberipenjelasan dan peluang berbincang.

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    11/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN50

    Al-AsyÊari pula menyatakan, Dar Islam (Negara Islam) ialah negara yang beradadi bawah penguasaan Islam dan dilaksanakan setiap hukum hakam dan syiarIslam.

    Begitu juga pandangan SaÊid Hawa, kerajaan Islam ialah kerajaan yang komiteddengan Islam dalam dirinya. Segala peraturan dan sistem pentadbirandijalankan berlandaskan prinsip Islam. Negara ini juga bekerja untukkepentingan Islam sama ada dalam dan luar negara. Ia juga menjadikan Allahsebagai tempat tunduk umat Islam. Syiarnya pula ialah menegak kalimah Allah.Di samping bekerja untuk menyara keluarga, niat juga dibulatkan sebagai amal jihad untuk menegakkan kalimah yang tinggi ini.

    AKTIVITI 3.2

    1. Jelaskan kepentingan menegakkan negara Islam.

    2. Bincangkan bersama rakan anda tentang cabaran yang dihadapaidalam sesebuah negara yang menegakkan syariat Allah S.W.T.

    ORGANISASI NEGARA PIMPINANRASULULLAH DAN PERKEMBANGANNYA

    3.2

    Tajuk ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan organisasi di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Antara perkara yang akan dibincangkan adalahinstitusi kewangan, institusi pengawalan, institusi kehakiman dan institusipentadbiran. Perkara yang akan dibincang juga adalah yang berkaitan dengantanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap organisasi tersebut, antaranyamengawal syariat dan melaksana keadilan.

    3.2.1 Baitulmal

    Baitulmal adalah institusi perbendaharaan tertinggi dalam negara yangmengimplimentasi sistem ekonomi Islam. Ia merupakan institusi harta dankewangan induk dalam negara Islam di mana terkumpul aset negara yangdimiliki oleh semua rakyat yang tinggal dan menetap di bawah naungan kerajaanIslam termasuk warga bukan Islam. Al-Quran menjelaskan institusi baitulmaltelah wujud sekian lama sebelum Rasulullah s.a.w diutuskan lagi. Misalnya,sewaktu zaman Nabi Yusuf a.s baitulmalnya dikenali sebagai Khazain Âal-Ard(Surah Yusuf; 55). Berkemungkinan ini adalah contoh model baitulmal tertua didunia. Semasa zaman jahiliah, konsep baitulmal masih diguna pakai di bawahkepimpinan Arab Quraisy melalui badan bernama Darul Nadwah yang

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    12/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 51

    mempunyai beberapa portfolio antaranya Majlis al-Siqayah, Majlis al-Rifadah danMajlis al-Khizanah yang antara lain bertujuan menyediakan makanan danminuman kepada pengunjung Tanah Suci pada musim Haji.

    Pada zaman Rasulullah s.a.w, institusi baitulmal dengan prinsip keadilan dankebajikan mula diterapkan khususnya sejak terbina kerajaan Islam pertama diMadinah serta turunnya perintah kewajipan berzakat dengan kadar serta tempohyang khusus.

    Penubuhan perbendaharaan negara oleh Baginda s.a.w merupakan titik tolak kearah kemunculan sebuah institusi kewangan dan sosioekonomi bersistematik.Institusi baitulmal berperanan mengurus hasil pendapatan negara seterusnyamembiayai perbelanjaan negara mengikut sumber pendapatan hasil.

    Sumber Harta BaitulmalBerdasarkan pelaksanaan konsep baitulmal oleh Rasulullah s.a.w yang memegangteraju pemerintahan negara Islam, sumber-sumber harta yang diperolehi adalahseperti Jadual 3.1 berikut:

    Jadual 3.1: Sumber-sumber Harta Baitulmal

    Sumber-sumber Penjelasan

    Zakat fitrah danzakat harta

    Zakat fitrah adalah zakat yang dikenakan kepada setiap individuIslam pada bulan Ramadan. Sementara zakat harta adalah setiapharta yang bernilai apabila cukup h aul (tempoh pusinganminimum) dan n isab (kadar minimum), wajib dikeluarkan zakatseperti zakat emas dan perak, zakat wang simpanan dan zakatperniagaan.

    Derma dalam bentukkewangan danhartanah

    Derma adalah sedekah yang diberikan oleh orang Islam kepadainstitusi atau orang perseorangan untuk keperluan mereka.Termasuk juga dalam aspek sedekah adalah wakaf iaitupemberian seseorang kepada individu atau institusi untukdiuruskan seperti tanah atau sebagainya.

    Harta FaiÊ FaiÊ iaitu harta yang diperolehi daripada orang bukan Islamdengan jalan damai tanpa peperangan

    Harta Ghanimah Ghanimah ialah harta rampasan perang seperti alat-alat peperangan,tanah dan bangunan (hartanah), binatang ternakan dan hartaperniagaan.

    Jizyah Iaitu cukai yang dikenakan ke atas orang bukan Islam (kafir zimmi)sebagai perlindungan yang diberikan oleh negara Islam atas dasarkeselamatan jiwa dan dan harta benda mereka. Ia boleh dibayar dalam bentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya sekali.

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    13/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN52

    Rasulullah s.a.w melantik pegawai pemungut cukai pusat yang berada di ibu pejabat wilayah (di Madinah). Baginda s.a.w jugamelantik pemungut cukai tempatan unuk memungut cukai dikawasan-kawasan tertentu dan menyerahkan kepada Rasulullahs.a.w secara langsung atau kepada pegawai-pegawai pemungutcukai pusat.

    3.2.2 Hisbah

    Pengertian

    Berasal daripada perkataan hasiba bererti membilang atau menghitung. Menurut al-Mawardi, hisbah ialah tindakan menyuruh kebaikan apabila berlaku pengabaian dan

    melarang melakukan kemungkaran. Dengan kata lain, penghapusan kemungkaranyang sedang berlaku dan arahan supaya melakukan kebaikan yang diabaikan.

    Matlamat hisbah ialah untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T, menegakkan yangmakruf dan mencegah yang mungkar. Di samping itu, tujuan institusi hisbah yangditubuhkan oleh Rasulullah s.a.w adalah untuk membasmi penyelewengan dalamnegara dalam semua bentuk seperti rasuah, riba, monopoli dan dakwaan palsu.

    Perlaksanaan hisbah di zaman Rasulullah s.a.w dapat dilihat apabila Bagindamelantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar dan urusan

    perdagangan. Mereka adalah penyelia pasar (Sahib al-Suq) atau Petugas Pasar (al-Amil fi al-Suq). Bidang tugas mereka memastikan tidak berlaku penindasan danpenipuan dalam urusan perniagaan. Begitu juga bagi menjamin berlaku keadilandalam urusniaga. Dalam konteks sekarang, bidang kuasa ini boleh disamakan dengan bidang kuasa dalam kawalan harga dan pasar yang ditadbir oleh KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pengwujudan institusi sepertihisbah untuk mengatur dan mentadbir segala urusan kemanusiaan ini adalah selarasdengan ajaran Islam.

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    14/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 53

    Dalil Hadis:

    Maksudnya:

    „Rasulullah s.a.w melewati sebuah gerai makanan yang didakwa penjualnyaelok. Lalu Baginda masuk ke dalam gerai tersebut, lantas didapati ada makanan yang elok dan ada yang busuk. Baginda lantas bersabda: Juallah kedua-duanyasecara berasingan. Sesiapa yang menipu kita bukanlah dia daripada kalangankita!‰ (Riwayat Ahmad).

    !

    Jelasnya, hisbah adalah instrumen khusus untuk membetulkan kepincangan bagimemastikan makruf (kebaikan) ditegakkan dan kemungkaran dapat dicegah.

    3.2.3 Institusi Keselamatan

    Institusi keselamatan yang dikenali sebagai organisasi ketenteraan ditubuhkan bagi menjamin negara Islam Madinah berada dalam keadaan aman daripadaancaman musuh. Kelengkapan peralatan peperangan disediakan di sampinglatihan kecekapan ketenteraan tidak dipandang ringan oleh Rasulullah s.a.w.

    Jawatan-jawatan pegawai tentera dan perkhidmatan yang berkaitan dengannyadiwujudkan mengikut keperluan keadaan dan masa. Jawatan dan perlantikanpegawai adalah seperti Rajah 3.1 berikut:

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    15/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN54

    Rajah 3.1: Jawatan-jawatan pegawai tentera dan perkhidmatan

    Kecekapan dan kekuatan pertahanan ketenteraan menyebabkan seluruh pelosoktanah Arab tunduk kepada kekuasaan politik Madinah. Setelah berjayameletakkan seluruh Tanah Arab di bawah satu kerajaan pusat, organisasiketenteraan yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w berkembang secara berperingkat-peringkat sehingga digeruni oleh musuh. Tindakan Rasulullah s.a.wini menunjukkan kekuatan pertahanan penting bagi menjamin keselamatan dalamsebuah negara Islam.

    3.2.4 Institusi Pentadbiran

    Rasulullah s.a.w sebagai khalifah merupakan pemimpin yang berkuasa dalamseluruh pentadbiran negara. Bagi mewujudkan sistem pentadbiran yang cekapdan sistematik, beberapa jawatan telah diwujudkan. Sistem pentadbiran awam

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    16/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 55

    dibahagikan kepada pentadbiran pihak berkuasa peringkat pusat yang terdiridaripada:

    (a) Timbalan-timbalan Rasulullah s.a.w Jawatan ini bertaraf tetap dan silih berganti disebabkan kematian atau berhenti. Rasulullah s.a.w akan melantik seorang timbalan yang akanmenguruskan hal ehwal masyarakat Islam sewaktu ketiadaan Rasulullahs.a.w di Madinah atas urusan dakwah dan ketenteraan.

    (b) Penasihat (Musyir)

    Rasulullah s.a.w melantik penasihat terutama dalam urusan politik danketenteraan termasuk dalam hal keagamaan walaupun Baginda dipimpinoleh Allah S.W.T. Sebagai contoh, anda boleh perhatikan dalam peperanganBadar, Rasulullah s.a.w mengemukakan masalah kemaraan tentera Makkahkepada majlis penasihat Baginda. Anggota majlis terdiri daripada puakMuhajirin (Abu Bakar, Umar dan Miqdad bin ÂAmr al-KhuzaÊi) yangmenyatakan sokongan terhadap rancangan Rasulullah s.a.w. Begitu jugakalangan Ansar memberi jaminan untuk menyokong sepenuhnya kepadaBaginda. Selepas peperangan berakhir, Rasulullah s.a.w berunding denganmereka untuk menyelesaikan masalah tawanan perang. Rasulullah s.a.wmenerima pandangan Abu Bakar di mana mereka harus dilepaskan dengan bayaran pampasan dan menolak cadangan Umar supaya mereka dibunuh.

    (c) Setiausaha (Katib)Baginda melantik Shurahbil bin Hasanah al-Kindi sebagai setiausahapertama bertugas dengan Baginda di Makkah. Katib-katib Rasulullah s.a.wyang lain ialah ÂAbdullah b. Saad, Abi Sarh, Abu Bakar,Umar, Usman, Alidan lain-lain.

    (d) P esuruhjaya

    Pesuruhjaya ditugaskan untuk menyelesaikan masalah masyarakat setelahdiarahkan oleh Rasulullah s.a.w. Anda boleh lihat dalam kes kegiatangolongan munafik seperti pembinaan masjid dhirar oleh Malik bin Al-Dukhshum dan MaÊan bin Adi daripada kabilah Aus diminta meruntuhkanmasjid tersebut kerana menjadi pusat kegiatan pengkhianat negara.

    (e) Penyair dan Pemidato

    Syair adalah antara medium utama bangsa Arab untuk menjatuhkanketurunan, agama dan status seseorang dan juga sebaliknya. Untukmembalas serangan saraf tersebut, Rasulullah s.a.w melantik penyair danpemidato terbaik antaranya Hassan bin Thabit, KaÊab bin Malik dan

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    17/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN56

    Abdullah bin Rawahah yang mempertahankan pemimpin dan orang-orangIslam dengan syair-syair mereka.

    (f) Pegawai-Pegawai Tugasan AmPelbagai nama diberikan kepada mereka seperti pemanggil ( azin ), penjagapintu ( bawwab ) dan penjaga pagar ( hajib ) untuk mengawasi kedatanganpelawat dan tetamu Rasulullah s.a.w seperti yang disandang oleh Abdullah bin ZamÊah al-Asadi sepanjang hayatnya.

    Selain itu, sistem pentadbiran wilayah dibentuk dengan mewujudkan jawatanwali (gabenor), pentadbir tempatan, naqib , qudat (hakim), pentadbir pasar yangmengawal harga barangan dan lain-lain.

    3.2.5 Pentadbiran AgamaRasulullah s.a.w menunjukkan agama dan negara saling bergandingan. Tugassebagai utusan Allah untuk menyebarkan Islam dilaksanakan kepada seluruhmanusia. Rasulullah s.a.w juga mengutuskan robongan para pendakwah untukmengajak mereka menerima Islam dalam seluruh dimensi kehidupan. Untukmenyebarkan Islam, beberapa jawatan diwujudkan seperti di dalam Jadual 3.2 di bawah:

    Jadual 3.2: Jawatan-jawatan Serta Tugasannya dalam Pentadbiran Agama

    Jawatan Tugas

    Pendakwah Individu yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w ke sesuatukawasan untuk menyebarkan agama Islam.

    Muqri dan MuÊallim(Guru)

    Pendidik untuk mengajarkan al-QurÊan atau menjadi pengajardi madrasah-madrah yang diwujudkan oleh Rasulullah dikawasan yang ditakluki.

    Mufti Individu yang dilantik di sesuatu kawasan untuk mengetuai

    hal ehwal keagamaan, dan membuat sesuatu pandangan yangsesuai dengan kehendak agama.

    Imam Individu yang dilantik oleh Rasulullah s.a.w mengetuaisesuatu peribadatan solat khusus dan solat Jumaat di kawasanyang jauh dari Rasulullah s.a.w

    MuÊazzin Individu yang dilantik untuk mengazankan ketika masuknyawaktu solat fardu.

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    18/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 57

    Pengurusan Hal Ehwal Haji adalah orang yang bertanggungjawab menguruskanibadat Haji semasa pemerintahan Rasulullah s.a.w.

    Huraikan institusi baitulmal dan peranannya dalam menjana kekuatan dankeseimbangan ekonomi.

    AKTIVITI 3.3

    PERANAN DAN TANGGUNGJAWABNEGARA

    3.3

    Untuk melihat apakah peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakanoleh sesebuah kerajaan Islam, perlulah kita mengambil pandangan seperti yangditerangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab fiqh. Untuk tujuan ini, kita berpandukan kepada penulisan al-Mawardi seorang ulama terkemuka dalammazhab SyafiÊe dalam buku al-Ahkam al-Sultaniyyah . Menurut beliau, secaraumumnya antara tanggungjawab utama kerajaan Islam ialah menjagakepentingan agama dan mentadbir urusan negara dan umat.

    Al-Mawardi menyebut secara umum pada awalnya dan kemudian

    menghuraikan secara terperinci tanggungjawab tersebut yang dapat dirumuskanseperti subtopik-subtopik berikut.

    3.3.1 Melaksanakan Syariat

    Tanggungjawab utama ialah menegakkan dan melaksanakan syariat Allah S.W.Tdi muka bumi dan menghapuskan segala bentuk kemungkaran. Bagimelaksanakan perkara ini, agama mesti dipelihara daripada sebarangpencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

    Syariat Islam diturunkan oleh Allah S.W.T di mana prinsip dan hukum-hukumnya bersih daripada sebarang kekurangan, kezaliman, hawa nafsu danlain-lain. Antara contoh yang jelas dapat anda perhatikan ialah syariat Islamtelah melahirkan konsep persamaan antara manusia tanpa mengira bangsa,warna kulit atau bahasa dan menjadikan amal soleh serta kadar kebaikan yangdilakukan oleh seseorang sebagai asas.

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    19/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN58

    Firman Allah S.W.T:

    Konsep ini muncul pada waktu masyarakat fanatik (taksub) kepada kebangsaandan suku bangsa sebagai asas atau ukuran perbezaan di kalangan manusia.Islam menolak fahaman fanatik ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

    Kesemua manusia sama sahaja di hadapan undang-undang. Rasulullah s.a.wpernah bersabda kepada mereka yang meminta syafaat untuk seorang wanitadaripada Bani Makhzum yang mencuri:

    Maksudnya:

    „Ketahuilah tidak ada kelebihan orang Arab ke atas orang bukan Arab dantidak ada kelebihan orang yang berwarna merah ke atas orang yang hitamdan orang hitam ke atas orang yang berwarna mereka melainkan dengantakwa.‰ (Riwayat Ahmad).

    Maksudnya:

    „Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamudaripada sesuatu (pasangan) lelaki dan wanita, dan Kami telah menjadikankamu daripada pelbagai bangsa dan puak supaya kamu dapat berkenal-

    kenalan. Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia di sisi Allah ialahorang yang lebih takwa di kalangan kamu .‰(al-Hujurat: 13)

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    20/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 59

    !Maksudnya:

    „Demi Allah, kalau Fatimah mencuri, nescaya aku potong

    3.3.2 Mengawal Syariat

    Untuk mengawal syariat agar dapat dilaksanakan secara menyeluruh, al-Mawardi menyatakan keperluan perkara-perkara berikut;

    (a) Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan.

    (b) Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian danmenegakkan keadilan.

    (c) Membina masjid dan melantik imam-imam bagi membolehkan rakyatmendirikan solat lima waktu, solat Jumaat, solat Hari Raya danmelaksanakan aktiviti mengimarahkan masjid.

    (d) Mengendalikan urusan mengerjakan ibadat Haji.

    (e) Mengendalikan urusan pemungutan dan pembahagian zakat sepertiperlantikan amil dan lain-lain.

    (f) Memungut hasil daripada sumber-sumber yang ada dalam negara (kharaj).

    (g) Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan danpembangunan tanah.

    (h) Membenteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayahdengan hukuman yang sesuai, sama ada hukuman had (jenayah yangditetapkan hukuman oleh syarak dengan syarat-syarat tertentu sepertizina, mencuri, minum arak dan sebagainya) atau takzir (jenayah-jenayah

    lain yang diberi kuasa kepada pemerintah menentukan bentukhukumannya).

    (i) Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap bagi mengendalikan urusankewangan, harta benda kerajaan, pekerja dan pasukan bersenjata.

    (j) Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan negara dan agamadaripada pencerobohan dan menjamin keamanan dalam negeri.

    (k) Melaksanakan tugas hisbah dalam konteks negara kini dikenali sebagai bahagian penguatkuasaan. Ia bertujuan memastikan supaya akhlak, etika

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    21/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN60

    dan syiar Islam serta peraturan-peraturan yang diwujudkan untukkesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.

    3.3.3 Melaksanakan KeadilanMelaksanakan keadilan bererti meletakkan sesuatu perkara bertepatan padatempatnya. Keadilan merangkumi semua aspek kehidupan manusia, antaranya:

    (a) Adil dalam hukuman

    Firman Allah S.W.T:

    Maksudnya:

    „Sesungguhnya Allah S.W.T menyuruh kamu menyampaikan amanahkepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabilamenetapkan hukum di antara manusia supaya berlaku adil. Dansesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya kepadamu,sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.‰( Al-NisaÊ: 58)

    Allah mengarahkan manusia beragama Islam dan bukan Islam berlaku adildalam menyelesaikan perselisihan, persengketaan seterusnya menjatuhkanhukuman tanpa mengira warna kulit, kedudukan dan sebagainya.Pelaksanaan keadilan ini penting bagi menjamin keamanan dalam negara.

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    22/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 61

    (b) Adil dalam urusan keluarga dan peribadi

    Firman Allah S.W.T:

    Maksudnya:

    „Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan

    kepada kaum kerabat, melarang (kamu) daripada perbuatan keji,kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agarkamu dapat mengambil pengajaran .‰ (al-Nahl; 90)

    Dalam sistem pemerintahan Islam, seluruh rakyat adalah sama di sisi undang-undang tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan, sahabat atau musuh. Satukes berlaku di zaman Rasulullah s.a.w seorang Muslim bernama TuÊmah yangmencuri baju besi dan menyimpannya di rumah seorang Yahudi. Setelahpenyiasatan dilakukan, orang Yahudi itu memberi penerangan dan membawasaksi menjelaskan kedudukan sebenar. Didapati TuÊmah bersalah dandijatuhkan hukuman. Peristiwa ini menyebabkan keluarga TuÊmah mengadakantuduhan palsu dan mendakwa TuÊmah mangsa korban politik orang Yahudi.Mereka menuntut TuÊmah dibebaskan dan orang Yahudi tersebut ditangkap.Rasulullah s.a.w tetap melaksanakan hukuman yang ditetapkan iaitu TuÊmahyang bersalah dalam kes ini, berdasarkan firman Allah:

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    23/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN62

    Maksudnya:

    „Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab kepada engkau dengansebenarnya supaya engkau mengadili manusia menurut yang telahdiperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau. Janganlah engkau menjadi pembela orang-orang khianat.‰ (al-NisaÊ; 105)

    Menurut SaÊid Hawa, kerajaan Islam yang adil adalah kerajaan yangmenjalankan segala dasar-dasarnya berteraskan Islam. Islam sebagai al-Din (carahidup) tidak akan dikenali dengan sempurna sekiranya aktiviti pentadbirannegara tidak mengikut syariat Islam. Islam mempunyai sistem yang lengkapdalam aspek pemerintahan, ekonomi, politik, ketenteraan, perundangan, budayadan lain-lain.

    Hasan al-Banna turut menegaskan, kerajaan Islam adalah kerajaan di mana para

    pemimpinnya menunaikan kewajipan Islam, tidak melakukan maksiat, danmereka menjadi pelaksana hukum hakam Islam dan pengajaran dalam dirinya.

    Negara Islam yang adil mesti berusaha melaksana segala wawasan dan cita-citauntuk Islam sehingga mampu menjadikan Islam sebagai agama yang unggul.

    SEMAK KENDIRI 3 .2

    1. Jelaskan kedudukan negara Islam dan ciri-cirinya.

    2. Selain institusi baitulmal, nyatakan institusi lain yang diperkenalkanoleh Rasulullah s.a.w dalam sistem pemerintahannya.

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    24/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN 63

    Penjelasan mengenai konsep negara dan negara Islam dapat merumuskanasas-asas utama bagi sesebuah negara diiktiraf sebagai sebuah negaraIslam.

    Ciri-ciri negara Islam yang lengkap merangkumi sistem pemerintahan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, pemerintah, rakyat, sistem syura dankerajaan berbentuk khalifah.

    Kepimpinan Rasulullah s.a.w menjadi contoh dan tauladan untukdilaksanakan dalam sebuah negara Islam.

    Peranan dan tanggungjawab negara adalah melaksanakan syariat dalamsistem pemerintahan, mengawal syariat supaya seluruh perancangan danstrategi negara berjaya dilaksanakan dengan penuh keadilan.

    NegaraNegara IslamBaitulmalInstitusi hisbah

    Harta faiÊHarta ghanimah Jizyah

    Zakat fitrahZakat hartaInstitusi ketenteraanKeadilan

    PentadbiranSyariatOrang bukan Islam

    Abu AÊla al-Maududi, (1986) . Khilafah dan kerajaan. Kuala Lumpur; DewanPustaka Fajar .

    Mustafa haji Daud, (1994), Pengantar politik Islam . Kuala Lumpur; Dewan BahasaDan Pustaka.

    Mohammad Hashim Kamali (Prof, Dr.), Criteria and Characteristics of an IslamicState, Malaysia Sebuah Negara Islam, IKIM.

    Abul Hasan Ali al-Mawardiy, (1993). al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah alDiniyyah , terjemahan Uthman Khalid, Kuala Lumpur.

  • 8/19/2019 Topik 3 Negara Dan Kenegaraan

    25/25

    TOPIK 3 NEGARA DAN KENEGARAAN64

    Abdul Munir Yaacob, (2003). Kriteria negara berteraskan prinsip Islam . KualaLumpur; IKIM.

    Muhammad Yasin Mazhar, (1993). Organisasi kerajaan pimpinan Rasulullahs.a.w , Terj. Khalil Mohd Zain, Md Yunus Md. Said, Kuala Lumpur DewanBahasa Dan Pustaka.