tiga ekor tikus mencuri minyak.docx

2
Tiga Ekor Tikus Mencuri Minyak Tiga ekor tikus pergi mencuri minyak. Senyap-senyap mereka pergi ke dapur. Mereka menjumpai tempayan besar berisi minyak. Tikus-tikus itu memanjat ke mulut tempayan. Tempayan itu sangat dalam. Mereka tidak dapat minum minyak di dasar tempayan. Tikus-tikus itu berfikir bagaimana hendak minum minyak itu. Akhirnya mereka mendapat akal. Tikus-tikus itu menjadi seperti rantai. Mereka bergantung pada mulut tempayan. Tikus yang bawah akan minum minyak dahulu. Tikus-tikus itu bersetuju untuk minum minyak seekor demi seekor. Mereka berjanji tidak mementingkan diri. Tikus yang bawah berfikir, “Hanya ada sedikit minyak. Aku akan minum sampai kenyang.” Tikus yang tengah berfikir,”Minyak itu sedikit sahaja. Jika ia minum sampai kenyang, apa lagi yang tinggal?” Tikus yang tengah it uterus berfikir,”Lebih baik aku biarkan ia jatuh. Kemudian aku lompat turun dan minum minyak sampai kenyang!” 1

Upload: emily-thomas

Post on 07-Jul-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tiga Ekor Tikus Mencuri Minyak.docx

Tiga Ekor Tikus Mencuri MinyakTiga ekor tikus pergi mencuri minyak. Senyap-

senyap mereka pergi ke dapur. Mereka menjumpai tempayan besar berisi minyak.

Tikus-tikus itu memanjat ke mulut tempayan. Tempayan itu sangat dalam. Mereka tidak dapat minum minyak di dasar tempayan.

Tikus-tikus itu berfikir bagaimana hendak minum minyak itu. Akhirnya mereka mendapat akal.

Tikus-tikus itu menjadi seperti rantai. Mereka bergantung pada mulut tempayan. Tikus yang bawah akan minum minyak dahulu.

Tikus-tikus itu bersetuju untuk minum minyak seekor demi seekor. Mereka berjanji tidak mementingkan diri.

Tikus yang bawah berfikir, “Hanya ada sedikit minyak. Aku akan minum sampai kenyang.”

Tikus yang tengah berfikir,”Minyak itu sedikit sahaja. Jika ia minum sampai kenyang, apa lagi yang tinggal?”

Tikus yang tengah it uterus berfikir,”Lebih baik aku biarkan ia jatuh. Kemudian aku lompat turun dan minum minyak sampai kenyang!”

Tikus yang atas berfikir, “Minyak sedikit sahaja. Jika mereka minum sampai kenyang, apa lagi yang tinggal?”

1

Page 2: Tiga Ekor Tikus Mencuri Minyak.docx

Tikus yang atas itu uterus berfikir, “Lebih baik aku biarkan mereka jatuh. Kemudian aku lompat turun dan minum minyak sampai kenyang!”

Tikus yang tengah pun melepaskan tikus yang bawah. Tikus yang bawah terjatuh ke dasar tempayan.

Kemudian tikus yang atas melepaskan tikus yang tengah. Tikus yang tengah terjatuh ke dasar tempayan juga.

Tikus yang atas melompat turun cepat-cepat ke dasar tempayan. Ketiga-tiga ekor tikus itu minum minyak dengan gelojoh.

Dalam sekejap masa sahaja, minyak itu habis. Setelah kenyang, barulah tikus-tikus itu sedar mereka tidak boleh keluar dari dalam tempayan itu.

Moral: Jika bersahabat hendaklah mempunyai sifat yang jujur dan tidak mementingkan diri.

2