tiang n peranca
DESCRIPTION
ppTRANSCRIPT
TIANG & PERANCA
AHLI KUMPULAN :
Siti hajar Fara adhwa Mira edora
Siti maslina Nur
nadhirah Nur aqilah Noor azreen
PENGENALAN Tiang merupakan salah satu struktur yang terpenting didalam bangunan.
Ianya bertindak sebagai menampung beban sesuatu bangunan diatasnya.
Tiang berfungsi sebagai mengagihkan dan menghantar beban ke struktur lain.
Ketegakkan tiang hendaklah dipastikan sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan.
Di dalam tiang akan dipasang dengan spacer @ spacing blok (tauhu-bahasa tapak).
FUNGSI
Untuk menerima beban daripada rasuk dan memindahkannya kepada asas bangunan.
Struktur yang dibina untuk menanggung beban.
Beberapa kaedah mengukur kepugakan tiang boleh digunakan seperti menggunakan plumbob,
benang, dan kayu.
• Menggunakan peralatan ukur seperti teodolit
• Menggunakan mata (kurang tepat) kecuali yang berpengalaman
SAIZ DAN KETINGGIAN TIANG
Tiang yang dibina hendaklah mempunyai acuannya yang tersendiri
bagi saiz dan tinggi tiang tersebut mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan.
y12 iaitu panjang sebatang tetulang ialah 12m.
Besi tetulang diikat dan dipasang pada kicker dan pastikan air simen dari konkrit
tidak terkeluar semasa proses pengkonkritan.
SAIZ, JENIS DAN PANJANG BESI
TETULANG
PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA DIDALAM PEMBINAAN TIANG
KELURUSAN TIANGKEPUNGAKAN TIANG
Dalam sesebuah bangunan, tiang berfungsi untuk menanggung tiga beban utama iaitu beban mati, beban kenaan dan beban daripada tindakan daya-daya angin.
Kedudukan tiang dalam sesebuah bangunan mestilah sesuai untuk menanggung beban struktur atasnya.
Beban yang dipindahkan ke tiang juga mengambil momen lentur rasuk , kerana hujung rasuk terikat kepadanya
Tiang boleh dibahagikan kepada dua kelas, iaitu tiang pendek dan tiang panjang.
Pembahagian ini adalah berdasarkan nisbah kelangsingannya. Beban yang ditanggung oleh tiang panjang adalah kurang daripada beban
yang boleh ditanggung oleh tiang pendek. Tiang dibuat daripada kayu, batu bata, keratan keluli,atau konkrit bertetulang. Berbentuk bulat dan segiempat.
KLASIFIKASI TIANG
PEMBINAAN TIANG1. Pemasangan tetulang
2. Pemasangan kotak bentuk tiang
3. Melaraskan kotak bentuk
4. Penuangan konkrit di dalam kotak bentuk
5. Menanggal kotak bentuk
Sebuah struktur sementara yang digunakan sebagai laluan bagi
pekerja untuk bekerja atau digunakan untuk menyokong bahan –
bahan, mesin dan peralatan.
Digunakan sebagai jalan keluar untuk semua tempat kerja dan
dalam keadaan selamat.
DEFINISI
Pelantar tempat kerja
Membolehkan pekerja melaksanakan tugas dengan mudah dan selamat.
Digunakan untuk kerja yang terletak jauh dari aras tanah atau lantai bangunan.
Diperlukan untuk menghampirkan pekerja dengan tugasnya.
Pelantar menempatkan bahan dan loji
Bahan dan loji perlu disediakan berhampiran dengan pekerja supaya kerja berjalan dengan lancar
Pelantar dan tangga laluan Perbezaan fungsi pelanta ini
dengan fungsi pelantar lain adalah dari segi penumpuan beban kerja.
Hanya digunakan untuk menyokong pelantar yang diguna sebagai laluan pekerja atau laluan untuk mengangkut barang-barang loji.
Contoh : Menghubungkan dua bangunan berhampiran yang sedang dibina dengan salah satu daripadanya tidak mempunyai tangga.
FUNGSI
CIRI - CIRI
Mudah dipasang dan dibuka semula setelah selesai diguna.
Mudah dipindah dari satu tapak ke tapak yang lain.
Proses mengangkut, memasang dan membuka hanya mengambil masa yang singkat.
Dibina berperingkat mengikut keperluan. Ketinggian struktur dibina mengikut kemajuan ketinggian bangunan.
Unsur-unsur mudah dicantum antara satu-sama lain dan dibuka apabila siap.
Struktur mestilah kukuh untuk menanggung beban iaitu beban pekerja, bahan dan loji juga tiupan angin)
Unsur-unsur struktur tidak terlalu berat bagi memudahkan pengendalian. Mempunyai jaminan keselamatan. Jenis struktur tidak mengganggu kerja pembinaan ±sesuai dengan kerja
yang dijalankan. Menghubungkan laluan yang menghubungkan pelantar pada aras
berlainan.
KEPERLUAN REKABENTUK
UNTUK KERJA PEMBINAAN YANG RENDAH DAN RINGAN peranca kekuda peranca tangga peranca pendakap
UNTUK KERJA PEMBINAAN TINGGI peranca putlog tunggal peranca berganda peranca julur peranca bergerak peranca rangka tiub keluli
JENIS – JENIS
membuat kerja yang tidak berapa tinggi seperti membina tembok dalam satu tingkat, memasang siling dan sebagainya yang tingginya tidak melebihi 4 meter.
papan setebal 30mm digunakan sebagai pelantar dan disokong oleh kekuda.
jarak diantara kekuda biasanya tidak melebihi 1.5meter.
apabila papan pelantar perlu disambung, ia perlu dilekapkan 150mm sekurang-kurangnya dan juga perlu diikat dengan rotan atau dawai.
PERANCA KEKUDA
membuat kerja pada tempat yang tinggi dengan menggunakan tangga yang sedia ada
papan pelanta merentangi dua buah tangga dengan tingginya tidak melebihi 1.8meter
sudut bukaan kaki tangga dalam lingkungan 35 , tali pengikat digunakan ⁰untuk menetapkan darjah bukaan ini
PERANCA TANGGA
digunakan untuk menyandar pada tembok yang sedia ada untuk membuat kerja yang ringan seperti membuat kemasan ikatan bata, mengecat atau memasang wayar
PERANCA PENDAKAP
Digunakan untuk kerja menerap bata dalam pembinaan tembok, terutama tembok luar oleh sebab peranca ini boleh ditinggikan bersama tembok
Sebahagian peranca ini akan disokong oleh tembok kerana hujung putlog dimasukkan kedalam tembok
Mempunyai satu barisan tiang tegak (stnadard) dengan jarak 1.8meter hingga 2.4meter. Ia diletak antara 1.2meter hingga 1.3meter jauh dari permukaan tembok
Tiang tegak ini dipaku keatas alas tapak kayu dan didirikan tegak dengan diikatkan kepada lejar
Lejar ini dipasang selari dengan tembok sepanjang peranca dan jaraknya antara satu sama lain ialah 1.4meter
Anggota putlog diikat kepada lejar dengan jarak antara 1.2meter hingga 1.4meter dan hujung sebelahnya dimasukkan ke dalam tembok bata sedalam 80mm
Untuk mengukuhkan peranca pemasangan rembat silang kepada tiang tegak yang bertemu dengan lejer dan putlog diperlukan
Peranca paip bulat keluli alat penyambung penjodoh (connecting coupling) digunakan
PUTLOG TUNGGAL
Direkabentuk untuk menanggung beban (bahan dan manusia) dengan sendirinya
Peranca ini tidak bergantung kepada bangunan untuk menyokong bebannya dan sebab itu amat sesuai digunakan dalam pembinaan struktur kerangka bertingkat-tingkat
Mempunyai dua barisan tiang tegak yang berdiri sendiri. Jarak antara tiang tegak ialah 2.0m hingga 2.4m
Tiang tegak barisan dalam diletakkan sejauh 300mm dari permukaan tembok untuk memberi kelegaan kepada pekerja
Plat alas pada tiang tegak dipaku kepada alas tapak kayu. Lejer berjarak 2m dipasangkan selari dengan tembok sepanjang peranca untuk menegakkan tiang tegak
Transom dipasang ke atas dua lejer dengan jarak 1.2m-2.4m untuk mengikat kedua-dua barisan tiang tegak serta menyokong papan pelantar
Tinggi maksimum yang selamat adalah dalam lingkungan 61 meter
PERANCA BERGANDA
Peranca bebas yang digantung kepada bangunan untuk menanggung bebannya Digunakan apabila peranca jenis lain tidak dapat didirikan kerana tempat yang terlalu
sempit atau menjalankan kerja membaiki pada bahagian atas sesebuah bangunan tanpa mengganggu bahagian bawah bangunan tersebut
Cara pembinaan adalah sama dengan dengan peranca berganda kecuali ia mempunyai tambatan yang dibina melalui bukaan tembok
Tambatan ini terdiri daripada dua baris punceon yang dibaji di antara lantai dengan siling di dalam bangunan
Pada kedua-dua barisan punceon dipasangkan transom melintang yang mengunjur ke peranca luar dengan terikat kepada tiang tegak
Kekuda topang sendeng dipasangkan transom melintang yang mengunjur ke peranca luar dengan terikat kepada tiang tegak
Kekuda topang sendeng dipasangkan bersudut untuk menyokong bahagian bawah peranca
Jaring dawai dipasangkan di bahagian bawah peranca untuk menjaga keselamatan pekerja yang lalu atau bekerja di bawah bangunan tersebut
Had tinggi yang selamat untuk peranca julur ialah 12meter
PERANCA JULUR
Ia mampu berdiri tegak dengan sendiri. Perancah jenis ini diperlukan bagi kerja-kerja dalam bangunan. Kadangkala ianya juga
diperlukan bagi menyokong acuan lantai tingkat atas. Perancah tambahan boleh disambungkan untuk mendapatkan ketinggian yang
dikehendakki. Roda caster dipasangkan pada kakinya supayaboleh dipindah-pindahkan dengan mudah didalam bangunan
peranca bebas yang boleh dialihkan ke dalam kawasan kerja dengan mudah peranca ini seperti menara bersegi yang diperbuat daripada paip bulat keluli atau rangka
tiub keluli pada kakinya dipasangkan roda kaster supaya peranca ini boleh dipindah-pindahkan
dalam kawasan bangunan mengikut peraturan keselamatan, pelantar kerja berukuran tidak kurang daripada 1.2m x
1.2m mesti disediakan untuk menjamin kestabilan peranca ini, tingginya adalah dihadkan kepada 10m sahaja peranca ini sangat sesuai untuk kerja penyenggaraan seperti menegecat, membaiki siling
dan sebagainya
PERANCA PERGERAK
Semakin popular dan banyak digunakan dalam projek binaan untuk menggantikan peranca kayu
Penggunaan yang meluas ini berdasarkan kelebihannya seperti mudah dipasang, mudah alih, kekuatan yang terjamin, selamat dan tidak membazirkan bahan-bahan binaan jika dibandingkan dengan peranca kayu
Selain digunakan sebagai peranca ia boleh diubahsuai menjadi penyokong untuk acuan konkrit seperti membina lantai konkrit dan bumbung rata konkrit
Peranca ini terdiri daripada banyak bahagian yang dipasangkan menjadi satu unit peranca
RANGKA TIUB KELULI
Menentukan letak dari scaffolding atau mengatur jarak scaffolding misalnya as balok pada pekerjaan bekisting balok.
Memasang base plat atau jack base di atas landasan yang stabil. memasang kerangka (frame). seterusnya dengan memasang cross brace pada dua sisi agar
elemen perancah dapat berdiri dengan baik. Selanjutnya menyusun frame vertikal berikutnya, atau selesai
dengan pemasangan shoring head jika ketinggian perancah dianggap cukup, maksudnya ketinggian dapat dilakukan dengan mengatur jack dan u-head.
Kemudian ketinggian perancah diatur sesuai dengan ketinggian bekisting yang telah dirancang.
CARA MEMASANG PERANCA
Langkah pembongkaran perancah (scaffolding) : Dimulakan dengan penurunan u-head pada
bahagian tengah bentangan atau daerah momen terbesar ke arah tepi, untuk menghindarkan penurunan mendadak.
Diteruskan dengan menanggalkan frame scaffolding.
Selepas itu melepaskan join pin dan cross brace.
CARA MENANGGAL PERANCA