teks penggulungan

27
YB MENTERI KEDUA KERAJAAN Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, rakan-rakan seperjuangan yang berpandangan jauh delegasi kerajaan, barisan pembangkang yang berwawasan, seterusnya sidang perwakilan hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Salam perpaduan, salam perdebatan, salam kerukunan bumi Tuhan. Tuan Yang Dipertua, Pada hari ini, dewan bersidang untuk membahaskan satu usul yang cukup bernaslagi menarik untuk diperdebatkan. Usul hari ini berbunyi PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA. Bangkit pembangkang pertama telah mentakrifkan usul. Kesalahan utama pihak pembangkang ialah mereka 1

Upload: zulkarnain-farihin-philip-seli

Post on 12-Apr-2017

834 views

Category:

Devices & Hardware


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks penggulungan

YB MENTERI KEDUA KERAJAAN

Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, rakan-rakan seperjuangan yang berpandangan jauh delegasi kerajaan, barisan pembangkang yang berwawasan, seterusnya sidang perwakilan hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Salam perpaduan, salam perdebatan, salam kerukunan bumi Tuhan.

Tuan Yang Dipertua,Pada hari ini, dewan bersidang untuk membahaskan satu usul yang cukup bernaslagi menarik untuk diperdebatkan. Usul hari ini berbunyi PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.

Bangkit pembangkang pertama telah mentakrifkan usul. Kesalahan utama pihak pembangkang ialah mereka tidak menunjukkan pendirian yang jelas dan tersendiri untuk menunjukkan usul pada hari ini wajar DITOLAK.

Selesai sudah masalah pentakrifan usul dan menegakkan kembali pentakrifan kami dibarisan kerajaan.

Tuan Speaker Dewan, (BIDAS HUJAH KETUA PEMBANGKANG)Bangkit pembangkang pertama sebentar tadi membawa hujah

1

Page 2: Teks penggulungan

………………………………………………………………………………………….……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Namun masalahnya ialah …………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………………Saya buktikan dengan fakta kes ini …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….Selesai bidasan pembangkang pertama.

Tuan Yang Dipertua,

Menyusul kepada hujah kami yang kedua di bawah kata kunci iaitu DARI ASPEK SEMUA ORANG MAMPU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN UDARA

2

Page 3: Teks penggulungan

Menurut Tan Sri Tony Fernandes sebelum wujudnya penerbangan tambang murah, hanya 6 peratus rakyat Malaysia sahaja yang pernah menaiki kapal terbang. Oleh itu, apabila dijalankan kajian, ramai yang mahu perkhidmatan tambang murah ini dijalankan kerana pasarannya memang tersedia.

Kini, penerbangan tambang murah banyak mendatangkan manfaat kepada rakyat Malaysia. Golongan pelajar, misalnya tidak mempunyai masalah untuk membeli tiket kapal terbang untuk melaporkan diri di universiti dan kolej di seluruh negara bagi meneruskan pengajian. Rakyat dari Sabah dan Sarawak, naik kapal terbang bagaikan naik bas di bandaraya Kuching mahupun Kota Kinabalu. Tambang kapal terbang lebih murah atau sama nilainya dengan tambang bas dari Kuching ke Sibu atau dari Kuching ke Miri. Semua orang mampu!

Pelbagai urusan masyarakat dengan jabatan-jabatan kerajaan dapat diselesaikan dengan begitu mudah dengan adanya penerbangan tambang murah, Tun Dr Mahathir (2007). Rakyat dari seluruh negara boleh sampai ke Putrajaya pada waktu pagi dan balik semula ke tempat mereka pada sebelah petang atau esok hari menggunakan pengangkutan udara. Mereka tidak perlu menunggu lama untuk menyelesaikan kes-kes tertentu seperti pendaftaran kelahiran lewat di Jabatan

3

Page 4: Teks penggulungan

Pendaftaran Negara dan sebagainya. (Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2005)

Pengarah Urusan MAS, Idrus Jala, pernah berkata Tambang Firefly bermula dari RM9 seorang, lebih sedikit dari harga sepinggan nasi kandar. Dengan harga tambang AirAsia serendah 30 sen satu hala, apa lagi pengguna mahu? Menurut aktivis konsumer V. Supramaniam, perang harga antara MAS, Air Asia, Malindo Air dan Firefly serta yang terbaharu Riyani Air sangat baik untuk pengguna. Semua orang mampu naik kapal terbang! Bukan seperti dahulu, hanya orang kaya dan kakitangan kerajaan yang berkursus sahaja yang berpeluang naik kapal terbang.

Tuan Yang Terutama Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, rakyat Sarawak mendapat manfaat yang banyak dengan adanya penerbangan tambang murah apabila berlakunya penghijrahan anak-anak muda ke tanah Semenanjung meningkat secara drastik untuk bekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan dan pembinaan. Kira-kira 13% daripada penduduk negeri Johor merupakan rakyat Sarawak. Situasi ini berlaku kerana mereka mampu membeli tiket penerbangan untuk membawa rakan-rakan dan keluarga mencari pekerjaan demi membaiki taraf hidup. Realiti ini, memang terjadi dan terbukti.

4

Page 5: Teks penggulungan

Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL sejak MAS melancarkan kempen 'Tambang Murah Setiap Hari' bermula 5 Mei 2008 lalu dan memperluas pula ke laluan antarabangsa terutamanya ke negara ASEAN bagaikan satu bonus kepada orang ramai yang sebelum ini berkira-kira untuk melancong kerana harga tambang penerbangan yang mahal. Sewaktu harga bahan keperluan utama kehidupan seperti beras, petrol, gula, tepung dan sebagainya naik, ada jugalah kesempatan untuk rakyat Malaysia menghilangkan ‘stres’ untuk terbang pergi bercuti ke destinasi pilihan keluarga masing-masing. “Viva MAS!” “Viva AirAsia!” “Now everybody lets fly.”

Penerbangan Tambang Murah Menguntungkan Pengguna kerana urusan-urusan kerajaan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kini, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu dilakukan sebanyak 6 kali sehari. Oleh itu, pengguna tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk terbang kerana secara puratanya setiap 2 jam 30 minit ada satu penerbangan akan dilangsungkan. Pengguna boleh merancang waktu. Bagi kakitangan kerajaan terutamanya golongan guru yang perlu berkursus, mereka masih boleh mengajar pada sebelah pagi dan terbang pada sebelah petang kerana terikat dengan konsep MMI, yakni Melindungi Masa Instruksional (Bekas Pengarah Pendidikan Sarawak, Encik Abdillah Adam)

5

Page 6: Teks penggulungan

Nama Datuk Seri Anthony Fernandes cukup tersohor sebagai ikon dunia penerbangan komersil pada hari ini. Beliau mampu memimpian syarikat AirAsia sehingga diiktiraf sebagai penerbangan tambang murah terbaik di dunia. AirAsia cukup sinonim dengan slogan “Now Everyone Can Fly” — (Kini Semua Orang Boleh Terbang). Perkataan ‘semua’ bermaksud tiada yang tertinggal. Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat itu, AirAsia cukup bertungkus lumus menyediakan pebagai kemudahan dan merendahkan tambang supaya semua orang dapat ‘terbang’. Hasilnya hampir semua orang mampu terbang hingga ke hari ini. Terima kasih Datuk Seri Tony Fernandes! Dahulu, jika si anak pergi ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran, hanya surat jadi pengubat rindu bagi si ayah dan si ibu. Kini, jika rindu, klik sahaja laman web MAS, Air Asia, atau Malindo Air, tengok harga tiket dan beli, esok datanglah ibu, muncullah ayah di depan mata! Hubungan kekeluargaan tidak terjejas walaupun kita bekerja jauh beribu batu. Inilah nikmat dan keseronokan dengan adanya penerbangan tambang murah.

Nikmat yang diperoleh daripada penerbangan tambang murah ialah integrasi wilayah dapat diperhebat. Jika dahulu, hubungan penduduk di tanah semenanjung dengan borneo bagaikan terlalu jauh, kini segala-galanya amat mudah dengan adanya penerbangan tambang murah. Segala syak wasangka dan curiga dapat dikikis dari jiwa apabila kita datang sendiri dan

6

Page 7: Teks penggulungan

melihat sendiri, cara hidup dan adat resam antara sesama (Bekas Menteri Kesenian, Budaya dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim) Dengan adanya tambang yang murah, rakyat Perlis mampu ke Sabah manakah rakyat Sabah mampu ke Perlis, mampu ke Kedah.

Anirban Chowdhury, penulis The Econimic Times menyatakan penerbangan tambang murah seperti Air Asia memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat merasai keseronokan melihat indahnya awan di udara. Dengan adanya peluang ini mereka mampu menjelajah sekurang-kurangnya di negara sendiri dengan lebih mudah dan murah. Hidup menjadi lebih bermakna dan lebih ceria. Masalah harga tiket bukanlah masalah utama, luangkan sedikit masa, terbanglah ke mana-mana untuk memulihkan semangat yang kian pudar agar kembali bercahaya dan bersinar.

The Wall Street Journal bertarikh 08.08.2015 pernah melaporkan tentang kelebihan penerbangan tambang murah kepada pengguna daripada aspek rekreasi minda. Urusan beli belah jadi lebih mudah. Pada hujung minggu, kita boleh beriadah ke destinasi-destinasi yang diingini. Pergi petang Jumaat dan balik pada hari Ahad. Isnin boleh bekerja semula. Ini memang menguntungkan pengguna.

Pengguna untung kerana tidak perlu membayar lebih. Mereka boleh tidur sepanjang perjalanan tanpa perlu

7

Page 8: Teks penggulungan

dikejutkan oleh kabin krew untuk makan kerana kos makanan tidak dimasukkan dalam kos tambang pengangkutan. Makanan dan minuman akan dijual atau ditempah terlebih dahulu sebelum penerbangan. Jadi, ini lebih jimat bagi pengguna. Mereka juga tidak perlu menanggung kos bagasi yang banyak. Kos bagasi boleh dibeli sendiri mengikut kemampuan. Bagi yang tidak mampu, guna sahaja beg sandang. Oleh itu, kos penerbangan boleh dikurangkan. Pengguna hanya membayar mengikut keperluan mereka sahaja.

Seterusnya hujah ketiga di bawah mauduk bicara DARI ASPEK MENGHASILKAN PELAJAR CONTOH DAN BERSAHSIAH TERPUJI DALAM MASYARAKAT.

Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan supaya anak mereka dapat meneruskan pengajian atau sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Costa (1985), mengatakan pemikiran sebagai proses penerimaan rangsangan luar oleh minda melalui deria-deria yang kemudiannya diproses dan digunakan. Oleh sebab itu, kecemerlangan akademik semata-mata belum mencukupi jika tidak disokong dengan sahsiah terpuji umpama mempunyai daya ketahanan untuk

8

Page 9: Teks penggulungan

menghadapi cabaran dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh dengan cara yang baik.

Pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan potensi rakyatnya. Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Rakyat Malaysia kini memerlukan bukan sahaja pencapaian akademik yang cemerlang malah kebolehan berfikir agar dapat memenuhi keperluan negara maju, iaitu sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai keyakinan ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah negara demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing. (Mahathir 1991) dalam Sarimah (2008).

Kestabilan politik negara akan menjamin sesebuah negara itu mencapai matlamat pembangunannya. Lantaran itu, kestabilan negara menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mengalami satu perubahan dengan menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalamnya. Menurut kenyataan Alimuddin Mohd Dom, soalan-soalan peperiksaan sekarang memerlukan pelajar untuk berfikir secara kritis

9

Page 10: Teks penggulungan

dan kreatif (News Straits Time , 9 Januari 2006) dalam Sarimah (2008).

Poh Swee Hiang (1999) dalam Adnan et. al (2006) menyatakan pemikiran kritis amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran kreatif dapat membentuk individu lebih inovatif mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi.

Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang diberi, pelajar tidak akan menerima sesuatu perkara begitu sahaja. Mereka boleh berfikir untuk membezakan perkara yang baik dengan yang buruk di samping membuktikan mereka bukan sahaja terbukti berkualiti dari segi intelektualnya malah dari segi emosi dan fizikalnya.

Vincent Ryan Ruggiero (1991) menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna). Saya membuktikannya dengan satu fakta kes. Pelajar yang terlibat dalam gengsterisme, buli, vandalisme dan lain-

10

Page 11: Teks penggulungan

lain tidak membimbangkan negara, kes ini masih dapat ditangani.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tahun 2008 hingga 2011, sebanyak 2,127 kes dilaporkan, kebanyakannya membabitkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun. Bilangan ini bukan semuanya melibatkan pelajar sekolah. Statistik ini, termasuk remaja yang keciciran. Maksudnya, bilangan ini tidak sampai 1% pelajar Malaysia yang terlibat.

Oleh hal demikian, kurikulum pendidikan kini melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi disertai semangat cinta akan negara agar mereka menghormati lagu kebangsaan, bahasa kebangsaan, rukun negara dan menghayati dasar negara.

PENGGULUNGANKERAJAAN

Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan nan budiman, rakan-rakan seperjuangan kerajaan yang bervisi dan

11

Page 12: Teks penggulungan

berwawasan, barisan pembangkang sekalian, dan sidang perwakilan parlimen yang dimuliakan.

Salam perdebatan, salam satu Malaysia.

Setelah penat bertikam lidah sebentar tadi kita bertemu lagi dalam arena yang lebih tenang iaitu sesi penggulungan.Pihak kerajaan telah mengemukakan satu usul untuk dibahaskan oleh dewan yang mulia ini iaitu, GRADUAN DALAM NEGARA LEBIH MEMENUHI PASARAN KERJA.Usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan merupakan usul yang berasas.Namun, tindakan pembangkang dengan hujah-hujah palsu umpama menakik darah dibatu.Oleh itu kami tegaskan bahawa kami menyokong 100% usul ini.Kami telah memberikan pendefinisian konseptual yang jelas bagi membuktikan usul wajar diterima.Kami telah memperincikan pencirian atas perkataan yang menjadi mauduk perbahasan pada hari ini.

Tuan Yang Dipertua dan perwakilan sekalian,

TERLEBIH DAHULU DENGARKAN BIDASAN KONSEP DAN KES PEMBANGKANG.Kita lihat timbang tara perdebatan ini. Melalui timbang tara inilah kita dapat mengenal pasti kesilapan dan kelemahan yang dilakukan oleh pembangkang. Sebentar tadi pihak pembangkang memberikan HUJAHPERTAMA iaitu …………………………….

12

Page 13: Teks penggulungan

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Namun begitu, kami telah bidas dengan mengatakan bahawa ……………………….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………HUJAH KEDUA pembangkang juga kami patahkah dengan mengatakan …………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….Kami juga telah berani kerana benar mematahkan HUJAH KETIGA PEMBANGKANG iaitu ……………………………………………………………………….

13

Page 14: Teks penggulungan

………………………………………………………………………………………………....……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….Kami bidas dengan mengatakan……………………….................................................……………………………………………………………………………………………………………………………................. …………………………………………………………..

SETERUSNYA SAYA AKAN MEMBUAT RUMUSAN DAN PENGUKUHAN KES DAN HUJAH KERAJAAN.Sepanjang perbahasan ini kami telah berjaya membuktikan hujah pertama iaitu DARI SUDUT PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN, KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH UNIVERSITI TEMPATAN SESUAI DENGAN PERMINTAAN PASARAN KERJA DI NEGARA KITA.kami telah buktikan bahawa SEMUA KURSUS DI NEGARA KITA MENGADAKAN TEMPOH PRAKTIKAL BAGI MAHASISWA SEBELUM MEREKA MELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN. TEMPAT PRAKTIKAL MEREKA IALAH SYARIKAT-SYARIKAT YANG TERDAPAT DALAM NEGARA KITA. HAL INI TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA SEMUA KURSUS YANG

14

Page 15: Teks penggulungan

DITAWARKAN MEMANG BERDASARKAN PERMINTAAN PASARAN KERJA DI NEGARA KITA.Namun, pembangkang langsung tidak menepis hujah kami.

Melalui hujah kedua kerajaan iaitu Kami telah tunjukkan bahawa GRADUAN DALAM NEGARA CEPAT MENYESUAIKAN DIRI DI TEMPAT PEKERJAANNYA BERBANDING DENGAN GRADUAN LUAR NEGARA KERANA GRADUAN DALAM NEGARA SUDAH BIASA DENGAN BUDAYA PEKERJAAN DI NEGARA KITA.Namun, pihak pembangkang mengatakan ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..Ini tidak boleh diterima oleh ahli-ahli yang berhormat.

Dan hujah terakhir kerajaan iaitu Kami berjaya buktikan melalui kenyataan DARI ASPEK HUBUNGAN MAJIKAN DENGAN GRADUAN, GRADUAN DALAM NEGARA LEBIH MUDAH BERGAUL DAN LEBIH MESRA. HAL INI DEMIKIAN KERANA GRADUAN TIDAK ADA MASALAH UNTUK MENYAMPAIKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA BERBANDING DENGAN GRADUAN LUAR NEGARA YANG MENERIMA PENGAJIAN DALAM BAHASA LAIN.

15

Page 16: Teks penggulungan

Malangnya bidasan pembangkang tidak mengena pada tempatnya.

Jadi, rangkuman keseluruhannya, GRADUAN DALAM NEGARA KITA MEMANG LEBIH BERKUALITI DALAM MEMENUHI PASARAN KERJA DI NEGARA KITA. KURSUS YANG DITAWARKAN SENTIASA MENGIKUTI PERMINTAAN DAN KEHENDAK PASARAN KERJA DI NEGARA KITA. TINDAKAN INI TELAH MENJAMIN SETIAP GRADUAN MUDAH MENDAPAT PEKERJAAN SELEPAS PENGAJIAN MEREKA TAMAT, KECUALI SIKAP MAHASISWA SENDIRI YANG TERLALU MEMILIH PEKERJAAN, BARULAH MENYEBABKAN GRADUAN MENGANGGUR.TAMBAHAN PULA, TEMPOH PRAKTIKAL TELAH DIMASUKKAN DALAM KURSUS PENGAJIAN TEMPATAN TELAH SEKALI LAGI MEMBUKTIKAN BAHAWA KURSUS YANG DITAWARKAN MEMANG MEMPUNYAI PASARAN KERJA. DALAM TEMPOH PRAKTIKAL INI JUGA TELAH MENDORONG PARA MAHASISWA MEMPERLENGKAP DIRI SUPAYA MENJADI LEBIH BERKUALITI SEBELUM MELANGKAH KE MEDAN PEKERJAAN. AKHIR SEKALI, DISEBABKAN PARA GRADUAN SUDAH BIASA DENGAN BUDAYA PEKERJAAN DI NEGARA KITA, JADI MEREKA TELAH BERJAYA MENJADI REBUTAN PARA MAJIKAN.

16

Page 17: Teks penggulungan

Dengan segala hujah-hujah mantap kerajaan dan hujah amat rapuh di pihak pembangkang, saya rasa sudah tiba masanya usul yang dikemukakan iaitu PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA perlu diterima. Mohon untuk terus mencadang.

17