teks pengacara konferen fasa 2

Upload: muslihah-mohd-mokti

Post on 07-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Program Konferens Ibu Bapa Tahun 6 STaC 2015

TRANSCRIPT

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PKG 2008

TEKS PENGACARAAN MAJLIS KONFEREN IBU BAPA FASA 215 FEBRUARI 2015

Bismillah....Assalamualaikum wbt

Salam ceria, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang dihormati Alfadil Ustaz Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek Pegawai Pendidilam Daerah Pasir Gudang Unit____________________________ juga ___________________________

Yang Berusaha Pn Hasmah binti IsmailGuru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cendana

Yang Berusaha, Pn Amnah binti Faat, Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Cendana

Encik Mohd Yazri bin Mohd Yatim, Kaunselor SK Taman Cendana

Encik Mohd Azmi bin Mustafa, Guru Penyelaras Program Kecemerlangan Tahun 6

Para Guru, Tuan-tuan dan puan-puan ibu bapa penjaga serta para pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah dengan penuh rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan innayahNya dapat kita berhimpun dan bertemukan di Majlis Konferens Ibu Bapa Fasa ke 2 pada hari yang benuh berkat ini.

Pihak majlis mengucapkan setinggi2 tahniah dan terima kasih atas kerjasama para ibubapa yang sudi melapangkan masa untuk hadir pada majlis ini.

Selamat datang kami ucapkan.

Demi memberkati acara dan agenda kita, Marilah kita semua sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Alfadil Ustaz Roslizal bin Talib. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

{Bacaan Doa}

Aamin, Ya Robbal Aalamiinn..Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara, dan dilimpahkan sepenuh rahmat dan manfaat.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Roslizal bin Talib di atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan..

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Puan Hasmah binti IsmailGuru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cendana untuk menyampaikan ucapan.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

{Ucapan GB}

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada Yang Berusaha Puan Hasmah binti Ismail atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.

Bagi meneruskan acara, marilah kita sama-sama mendengar pembentangan program-program kecemerlangan tahun 6 bagi tahun 2015 yang akan disampaikan oleh En. Mohd Azmi bin Mustafa selaku Guru Penyelaras Program Kecemerlangan Tahun 6..Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

{Ucapan G. Penyelaras}

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Azmi bin Mustafa di atas penerangan itu tadi..

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

Di antara objektif utama majlis ini adalah untuk mencapai kesepakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa penjaga di dalam membantu menaikkan prestasi akademik dan sahsiah murid yang bakal menduduki UPSR pada bulan September nanti.

Warga dewan yang dimuliakan,Kini kita berpeluang pula mendengar amanat yang bakal dituturkan oleh AL fadil Ustaz Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang Unit____________________________

Alfadil Ustaz Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek merupakan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang bahagian J-Qaf .......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

{Ucapan PPD}

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Alfadil Ustaz Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek di atas amanat yang telah disampaikan itu tadi. Alhamdulillah..

Majlis menjemput Yang Berusaha Pn Hasmah binti Ismail Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cendana untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu rasmi pada Majlis ini iaitu Ustaz Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek.... Terima kasih diucakpan....

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Alfadil Uztaz Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek di atas kesudian melapangkan masa untuk bersama-sama di Majlis ini.

Tanam lenggun tumbuh kelapaTerbit bunga pucuk matiBudi tuan kami tak lupaSudah tersemat di dalam hati

Dengan ini...lengkaplah sebahagian Majlis Konferen Ibu bapa Fasa 2. Saya selaku pengacara majlis memohon jutaan ampun dan maaf seandai sepanjang pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang serba kekurangan itu datangnya drp diri saya sendiri.

Majlis menjemput Yang Dihormati Ustaz Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek dengan diiringi Pn Hasmah binti Ismail Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cendana untuk ke Bilik VIP untuk jamuan. Dipersilakan

Seterusnya saya menyerahkan majlis kepada En Mohd Azmi bin Mustafa bagi meneruskan sesi pertemuan ibubapa penjaga bersama guru.

Assalamualaikum wrt. Sekian, terima kasih.2