taranum hijaz

31
Pengenalan Taranum hijaz merupakan aliran lagu masri,dimana lagu hijaz merupakan salah satu lagu yang tumbuh dan berkembang subur di lembah nil.tambahan pula,lagu masri ini lebih diterima dan lebih popular jika dibandingkan dengan lagu makkawi,bahkan dapat dikatakan hampir seluruh Negara islam dewasa ini mengalunkan lagu arab misri ini berbanding lagu2 aliran yang berirama makkawi boleh dikatakan jarang sekali terdengar dialunkan oleh para qurrak. Di Malaysia,lagu ini dipopularkan oleh angkatan muda yang diketuai oleh hj. Ahmad maksum pergau haji zabidi aman,dan haji mukti serta kawan- kawannya yang sama2 belajar di makkah dan di mesir.lagu2 jenis ini terkenal selepas tahun empat puluhan hingga sekarang.bentuk lagu ini biasa gerak lagunya bawah ke atas.

Upload: mohd-nazri-ahmad

Post on 26-Nov-2015

215 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: taranum hijaz

Pengenalan

Taranum hijaz merupakan aliran lagu masri,dimana lagu hijaz

merupakan salah satu lagu yang tumbuh dan berkembang subur di

lembah nil.tambahan pula,lagu masri ini lebih diterima dan lebih

popular jika dibandingkan dengan lagu makkawi,bahkan dapat

dikatakan hampir seluruh Negara islam dewasa ini mengalunkan lagu

arab misri ini berbanding lagu2 aliran yang berirama makkawi boleh

dikatakan jarang sekali terdengar dialunkan oleh para qurrak.

Di Malaysia,lagu ini dipopularkan oleh angkatan muda yang diketuai

oleh hj. Ahmad maksum pergau haji zabidi aman,dan haji mukti serta

kawan-kawannya yang sama2 belajar di makkah dan di mesir.lagu2

jenis ini terkenal selepas tahun empat puluhan hingga sekarang.bentuk

lagu ini biasa gerak lagunya bawah ke atas.

Orang2 mesir membaca al-quran juga berdasarkan kepada asas2 lagu

yang telah ditetapkan ,iaitu sebanyak tujuh lagu yang dirumuskan

dalam singkatan kata “ جسد yang bermaksud mengikut ”بحصر

susunan lagu2 tersebut iaitu Lagu bayati, lagu hijaz , lagu soba, lagu

rast, lagu jiharkah, lagu sikah, dan lagu nahawand .

Page 2: taranum hijaz

Berdasarkan keterangan di atas ,jelaslah bagi kita bahawa kedua-dua

lagu tersebut ,yakni lagu hijaz dan lagu misri adalah sesuai dengan

kehendak Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda yang berbunyi

الفسق “ أهل ولحون وإياكم وأصواتها العرب بلحون القرءان اقراءوا

الكتابين ” وأهل

Ertinya : bacalah alquran mengikut lagu dan suara orang2 arab ,dan

jauhilah oleh kamu daripada membaca alquran seperti lagu orang2

fasik dan lagu2 ahli kitab di gereja .

Bagaimanapun,lagu hijaz adalah merupakan antara lagu2 yang biasa

dilagukan di Malaysia kerana para qari di Malaysia mahupun di

seluruh kepulauan nusantara ini,hanya membawakan tujuh bentuk

lagu setiap kali mereka membaca al-quran,lagu2 itu ialah lagu bayati,

lagu soba, lagu hijaz, lagu rast, lagu nahawand, lagu sikah dn lagu

jiharkah.ini bermakna lagu hijaz adalah salah satu lagu yang popular

dan sering dikumandangkan di Malaysia .

Taranum hijaz merupakan taranum yang muktabar dan terkenal di

kalangan para qura’ dunia .keasyikan dan kelembutan serta

kelantangan taranum hijaz ini telah membuatkan setiap qari dan

qariah yang mempelajarinya pasti meminatinya. begitu juga dengan

para pendengar ,seandainya mereka mendengar seseorang imam

membacakan taranum hijaz di dalam solatnya ataupun seseorang qari

membuat persembahan dengan lagu hijaz ,maka sudah tentu mereka

akan khusyuk dan suka mendengarnya.ini kerana taranum hijaz

Page 3: taranum hijaz

adalah sebuah taranum yang unik disebabkan oleh kepelbagaian ciri

dan sifatnya.

Sesuatu persembahan bacaan alquran tidak akan bertenaga tanpa

dimasukkan taranum hijaz di dalamnya.ia mampu memberi tenaga

terhadap persembahan alquran.

Menurut khadijatus shalihah,1983,beliau menulis bukunya yang

bertajuk perkembangan seni bacaan al-quran dan qiraat tujuh di

Indonesia ,beliau mengatakan bahawa pada taranum hijaz terdapat

harakat seperti Asli, kard, kard kurd, dan Iraqi ( kurd qarar ).

Page 4: taranum hijaz

Definisi Hijaz dan sejarah perkembangannya

Menurut haji nik jaafar bin nik ismail(1997),beliau mengatakan

bahawa hijaz adalah nama bagi suatu kawasan yang terletak di Negara

arab Saudi.iaitu termasuk kota mekah dan kota madinah.

Pada istilah ilmu taranum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan

taranum yang dipopularkan oleh qari2 hijazi mengikut budaya

bangsanya yang hidup dikawasan padang pasir tandus yang berbukit

bukau dengan batu2 pejalnya.

Sehingga kini taranum hijazi tersebut telah pun diubahsuai oleh qari2

mesir mengikut budaya bangsanya yang hidup dikawasan lembahan

nil yang begitu subur menghijau.

Taranum hijaz berlahjah misri adalah lebih lembut dan lebih menarik

yang agak lebih bersesuaian dengan kelembutan lugah alquran.

Menurut Muhammad ali bin abu bakar(1991),beliau mengatakan

bahawa hijaz adalah nama negeri di jazirah arab ,bagaimanapun tidak

siapa yang diketahui orang yang mula2 memberi nama lagu ini

dengan nama kawasan tersebut.adapun yang jelas ialah bahawa lagu

ini muncul dan berkembang di hijaz.kemudian lagu ini dibawa ke

mesir dan berkembang pula di lembah sungai nil itu,sehingga

kemudian lagu itu dikenal dengan lagu hijaz misri.

Page 5: taranum hijaz

Menurutnya lagi, Lagu hijaz mempunyai irama yang ringan,cepat dan

lincah serta rentak yang agak kasar dan mempunyai alunan suara yang

terang .kemudian lagu hijaz ala misri ini berubah menjadi lebih halus ,

syahdu dan mengusik jiwa orang yang mendengarnya.

Menurut beliau, Salah satu keistimewaan lagu hijaz ialah,bahwa tidak

semua orang dapat membawakannya dengan baik,kerana ia

mempunyai nada yang tinggi.

Menurut haji norkhairi mohamad raus dan dr. adnan mohamed

yusof,2009, beliau mengatakan bahawa Hijaz adalah nama bagi suatu

kawasan meliputi beberapa daerah di Negara arab Saudi.dinamakan

taranum ini sebagai hijaz kerana ia berasal dari Negara arab .oleh

kerana ia berasal dari Negara arab ,maka ia telah dipelopori dan

dipopularkan oleh qari2 hijazi mengikut budaya bangsanya yang

tinggal di kawasan berpadang pasir yang tandus lagi panas.

Menurutnya lagi, taranum hijaz telah berkembang ke seluruh dunia

dan dipelajari oleh setiap qari dan qariah dari pelbagai Negara .seperti

taranum2lain,ia juga telah mengalami pengubahsuaian oleh pakar2

taranum mesir .di Malaysia,boleh dikatakan ia mula popular sejak

musabaqah tilawah alquran diperkenalkan.ia dimulai oleh tokoh2

taranum yang hebat ketika itu seperti allahyarham ma’som pergau

dari Kelantan,allahyarham ismail hashim dari kedah dan lain2, tokoh2

hebat taranum ini masing2 mempunyai cara yang berlainan dalam

melagukan lagu hijaz ini dan lagu2 lain.kemudiannya ia diwarisi oleh

murid2 mereka dari generasi ke generasi selepas mereka sehinggalah

Page 6: taranum hijaz

ke generasi yang ada pada waktu ini . Berdasarkan kepada

pemerhatian ,para qari dan qariah di Malaysia amat mengemari

taranum ini terutamanya mereka yang memiliki suara yang tinggi dan

lantang .boleh dikatakan setiap kali mereka memperdengarkan bacaan

alquran secara bertaranum ,maka setiap kali itulah mereka tidak akan

ketinggalan untuk memasukkan taranum hijaz sebagai salah satu lagu

daripada susunan beberapa lagu lain yang mereka susun.

Menurut haji abdul khalid bin saifuddin,2004 ,beliau mengatakan

bahawa taranum hijaz diambil dari nama negeri di jazirah

(semenanjung) arab.bagaimanapun ia tidak akan disebut hijaz

sekiranya tidak ada yang memberi nama taranum tersebut dengan

nama hijaz .namun yang jelas bahawa taranum ini muncul dan

berkembang di hijaz. Kemudian dibawa ke mesir dan berkembang

pesat yang akhirnya taranum tersebut menjadi popular di seluruh

dunia. Taranum hijaz merupakan salah satu daripada taranum yang

bersifat major.

Menurut khadijatus shalihah,1983,beliau menulis bukunya yang

bertajuk perkembangan seni bacaan al-quran dan qiraat tujuh di

Indonesia ,beliau mengatakan bahawa setiap lagu mempunyai

cabangnya,iaitu dalam susunan suara terdapat pelbagai jenis dan

susunan lagu taranum jiharkah yang sering digunakan para qurra di

Indonesia iaitu bermula dengan susunan berikut :

Page 7: taranum hijaz

Nawa.perbezaan lagu menurut dinamikanya(semangat lagu dan

perbezaan panjangnya)

a. Bayati adalah adagio iaitu gerak lambat.

b. Syuri adalah lento iaitu gerak lambat Menarik-narik.

c. Shaba adalah allegro iaitu gerak ringan dan cepat.

d. Hijaz adalah grave iaitu gerak lambat dan khidmat.

e. Nahawand adalah allegro gerak ringan dan cepat.

f. Sika adalah grave iaitu gerak lambat dan khidmat.

g. Rast adalah allegro iaitu gerak ringan dan cepat.

h. Jiharka adalah allegro iaitu gerak ringan dan cepat.

Boleh juga lagu hijaz gerak lambat,ia bergantung kepada

pembacanya.

Page 8: taranum hijaz

Sifat2 taranum hijaz

Menurut haji nik jaafar bin nik ismail(1997),beliau mengatakan

bahawa diantara sifat2 hijazi adalah bagaimana berikut :

1. Mempunyai gerak lembut tetapi berkesan.

2. Mempunyai ketegasan pendorong semangat.

3. Mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan.

4. Mempunyai kesesuaian dengan mana2 tabaqat .

5. Mempunyai kesesuaian dengan ayat yang menunjukkan perintah

,tegah atau marah.

Menurut Muhammad ali bin abu bakar(1991),beliau mengatakan

bahawa lagu hijaz ini mempunyai sifat2 yang khusus.diantara sifat-

sifatnya ialah :

1. Mempunyai gerak yang lambat ,tetapi sangat berkesan.

2. Iramanya tegas dan bersemangat.

3. Dapat disesuaikan dengan sebarang tabaqat suara.

4. Lebih sesuai digunakan untuk ayat2 yang berunsur

perintah ,larangan dan marah.

Page 9: taranum hijaz

Menurut haji norkhairi mohamad raus dan dr. adnan mohamed

yusof,2009,beliau mengatakan bahawa Secara umumnya,taranum

hijaz dikenali sebagai sebuah lagu yang mempunyai gerak yang

ringkas dan tegas.ia biasanya sesuai dibawa pada nada nawa,jawab

dan jawabul jawab.pergerakan lagunya tidak begitu kompleks dan

fleksibel seperti taranum2 lain,akan tetapi ia tetap mampu memberi

kesan yang mendalam terhadap para pendengar standing dengan

taranum2 lain.oleh kerana sebahagian daripada keseluruhan gerakan

harakat taranum hijaz ini berada di tahap suara jawab,maka ia

memerlukan kelantangan suara untuk merealisasikannya dengan

berkesan.

Justeru ,taranum ini amat sesuai dengan qari dan qariah yang

mempunyai suara lantang dan tinggi.jika tidak,berkemungkinan

pembawaan lagu ini akan menjadi sedikit hambar kerana qari ataupun

qariah yang membawa lagu ini tidak mampu mencapai tahap jawab

dan jawabul jawab yang merupakan tahap kemuncak dalam lagu

ini.berikut merupakan beberapa sifat yang ada pada taranum hijaz :

a. Mempunyai gerak yang agak lambat tetapi tegas dan berkesan.

b. Mempunyai gerak yang tegas dan bersifat lancer yang mampu

menghidupkan.

c. Mempunyai kesesuaian dengan ayat alquran yang berbentuk

perintah tegahan dan suruhan ,peringatan ,marah dan azab.

d. Mempunyai kesesuaian dengan semua tabaqah suara khususnya

tabaqah jawab.

e. Mempunyai gerakan yang mampu menghidupkan suara.

Page 10: taranum hijaz

Peranan taranum hijaz

Menurut haji nik jaafar bin nik ismail(1997),beliau mengatakan

bahawa diantara peranan hijazi adalah seperti berikut :

1. Memberi semangat kepada persembahan bacaan.

2. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar

3. Memberi tenaga kepada taranum yang akan dibaca.

4. Membawa ketegasan terhadap mesej alquran.

5. Membawa kefasihan sebutan huruf2 alquran.

6. Melahirkan kemukjizatan alquran dari sudut bacaan.

Menurut haji norkhairi mohamad raus dan dr. adnan mohamed

yusof,2009,beliau mengatakan bahawa taranum hijaz mempunyai

peranannya yang tersendiri di dalam sesebuah bacaan.secara

umumnya,ia juga seperti taranum2 lain yang memainkan peranan

untuk menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang

mendalam terhadap pendengar.namun,ia tidak terhenti di situ

sahaja ,bahkan taranum hijaz mempunyai peranan2 lain seperti

berikut :

1. Memberikan tenaga kepada taranum yang dibaca selepasnya.

2. Menjadikan persembahan bacaan alquran lebih lancer dan fasih.

3. Memberi kepuasan dan kekhusyuan kepada pembaca dan

pendengar.

Page 11: taranum hijaz

4. Memberi semangat kepada sesuatu persembahan bacaan

alquran.

5. Menyampaikan mesej ayat yang dibaca kepada pendengar

secara tegas dan berkesan.

Menurut Muhammad ali bin abu bakar(1991),beliau mengatakan

bahawa lagu hijaz mempunyai peranannya seperti berikut :

1. Memberi semangat kepada persembahan bacaan secara

menyeluruh.

2. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

3. Membawa kepada ketegasan nada dan kefasihan bacaan.

Page 12: taranum hijaz

Tatbiq taranum hijaz dalam alquran

Menurut haji norkhairi mohamad raus dan dr. adnan mohamed

yusof,2009,beliau mengatakan bahawa :

a. Tatbiq taranum hijaz dalam surah yang tidak bermad di

kepala ayat adalah Surah al-qamar:ayat 26.

b. Tatbiq taranum hijaz dalam surah yang bermad aridh

lissukun adalah surah almukminun :ayat 21.

c. Tatbiq taranum hijaz dalam surah yang bermad iwadh

adalah surah alfurqan:ayat 15.

Page 13: taranum hijaz

Taranum yang sesuai diwuslahkan dengan hijaz

Menurut haji nik jaafar bin nik ismail(1997),mengatakan

bahawa terdapat taranum yang berseiringan dengan taranum

hijaz iaitu taranum yang mempunyai angina yang hampir sama

dengannya seperti taranum iraqi ,nahawand ,sikah dan husaini.

Menurut beliau,jika berlaku ketegasan pada persembahannya ,

maka ianya boleh diwuslahkan kepada Iraqi atau nahawand dan

apabila berlaku kelemahan pada persembahannya ,maka ianya

boleh diwuslahkan kepada taranum sikah atau husaini,mengikut

kepakaran yang telah sedia ada pada qari berkenaan.

Menurut haji norkhairi mohamad raus dan dr. adnan mohamed

yusof,2009,beliau mengatakan bahawa taranum hijaz tidak

seperti taranum2 lain yang mempunyai kepadanan dan

kecantikan apabila diwaslahkan dengan taranum selainnya.ini

kerana adalah menjadi sesuatu yang amat jarang dikalangan para

qari mesir mewaslahkan taranum hijaz dengan taranum lain

selain Iraqi.ini kerana agak kurang sesuai dan kurang padan

dengan air lagu (cara penyampaian lagu) yang terdapat pada

taranum2 yang lain.perbezaan yang ketara pada bentuk dan air

lagu ini akan menyebabkan sesuatu persembahan itu aka

Page 14: taranum hijaz

berbunyi agak janggal dan sumbang sekiranya seseorang qari itu

mewaslahkan hijaz dengan taranum lain yang tidak

sesuai.namun begitu ,ini tidak bermakna bahawa lagu hijaz tidak

boleh digandingkan dengan lagu2 selainnya.seandainya

seseorang qari itu ingin mewaslahkan ia dengan taranum2

lain ,maka dia hendaklah betul2 pakar dan halus serta berhati-

hati dalam melakukannya supaya persembahannya tidak

menjadi sumbang.

Diantara taranum yang paling popular dan sepadan untuk

diwaslahkan dengan taranum hijaz ialah Iraqi.hal ini adalah

menurut pengalaman para qari muktabar dari Negara mesir

seperti almarhum syeikh mustafa ismail, almarhum syeikh

kamel yusof albahtimi,almarhum ayeikh abdul basit abdul

samad,dr. ahmad nuaina’ dan lain2.

Selain itu,taranum2 lain yang sesuai diwaslahkan dengan hijaz

adalah seperti berikut :

1. Nahawand

2. Sikah

3. Husaini

Waslah tersebut boleh dilakukan di permulaan ,di pertengahan

atau di hujung lagu hijaz.walau bagaimanapun,ia bergantung

kepada keperluan semasa qari ataupun qariah yang

mengukurnya.

Page 15: taranum hijaz

Menurut haji abdul khalid bin saifuddin,2004,beliau mengatakan

bahawa taranum hijaz lebih tepat diwuslahkan dengan taranum yang

sama sifatnya seperti sikah, bayyati dan rast. Selain sama

sifatnya ,kempat-empat taranum ini mempunyai angina yang sama

daripada segi nada yang lebih cenderung kepada major.

Page 16: taranum hijaz

Peranan waslah almumasalah dalam taranum hijaz.

Taranum hijaz biasanya diwaslahkan dengan taranum2 yang lain

kerana sebab2 berikut :

a. Memberi persediaan sebelum memulakan pembawakan

taranum hijaz.

Ini direalisasikan dengan membawa taranum Iraqi terlebih

dahulu sebelum memasuki harakah hijaz yang sebenar.

b. Memberikan gambaran tentang lagu yang akan dibawa

selepasnya.

Sebagai contoh,sekiranya seseorang qari itu ingin

membawa taranum sikah selepas taranum hijaz maka

diharuskan baginya untuk

Page 17: taranum hijaz

Kaedah taranum hijaz

Contoh pertama :

الربا * وزهر منها بألطف الصبا النسيم مع شمائلة

المزام * كل عار من وعراه الصبا منذ المحامد كساه

السالم * وأزكى الصالة عليه السالم وأزكى الصالة عليه

Contoh kedua :

عاطرا * حضر ذات بوجد تزدى مطلة الرياضى واسط وردة يا

عميما * لدنه من فضال وحباه تعظيما محمدا زاد الله

العلى * من الطباق السبع سما من يا تسليما وسلموا عليه صلو

بنعله * الساط وطئ الذى أنت وتشرف ربه وكلم ودنى

كلف موسى بالطور وبخلعه

Contoh ketiga ;

غاطرا * حضر ذات بوجد تزدى مطلة الرياضى واسط وردة يا

الصديق * عن الصديق رضى كما راض الغيث ضيع وروضعن

الغبوق * فى الصنيعة له أتم صبوحا اسعده القطر ما وإذا

Page 18: taranum hijaz

الرحق * ميسشراب فماست رحيقا سقيت غصونه كأن

الرحيق * الوجه فى اللطم ضيع بقايا بنفسه يذكرنى

Contoh keempat :

مقلسعالى * إنى الله رحمة يا وجل خائق إنى رحمةالله يا

وإيمانى العظمى محبتك به العليم ألقى عمل وليسلى

Contoh kelima :

زيد يا عالكم فيه سعيدا يدل جد أب

تريد ما المنى من العافيه الدهر يهاد

عيد فيه حياتكم يوم كل بل الدهر ما

Page 19: taranum hijaz

Penutup

Taranum hijaz adalah sebuah taranum yang unik kerana mempunyai

kepelbagaian ciri dan sifat.tanpa taranum hijaz ,sesuatu persembahan

bacaan alquran tidak akan bertenaga.ia juga terkenal dengan gerak

lagunya yang ringkas dan tegas.ia sesuai dibawa pada nada

nawa ,jawab dan jawabul jawab.

Walau bagaimanapun ,untuk merealisasikannya dengan berkesan

taranum hijaz memerlukan kelantangan suara kerana sebahagian

daripada keseluruhan gerakan harakat taranumnya berada di tahap

suara jawab.tanpa suara yang lantang ,pembawaan lagu ini mungkin

akan menjadi sedikit hambar.

Melalui perananya yang tersendiri,taranum hijaz turut berfungsi

dalam menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang

mendalam kepada pendengar .pun begitu ,tidak seperti taranum2

lain,taranum hijaz tidak mempunyai kepadanan dan kecantikan

apabila diwaslahkan dengan taranum selainnya kecuali Iraqi.

Namun,bagi qari yang betul2 pakar dan teliti dalam melakukann

waslah ,taranum hijaz sesuai diwaslahkan dengan aranum nahawand ,

sikah dan husaini.

Page 20: taranum hijaz

Rujukan

RUJUKAN

1.haji abdul khaliq bin shaifuddin. 2005/1426m. menyingkap rahsia

ilmu tarannum.bahagian pengurusan masjid,jabatan agama islam

johor.

2.haji nik jaafar bin nik ismail. 2004.buku qawaid tarannum(cara

berlagu).darulfikir.

3.mohammad ali bin abu bakar. 1997.seni lagu al-quran di

Malaysia.darulfikir.

4.haji norkhairi mohamad raus, dr. adnan mohamed

yusof,2009.pengajaran ilmu taranum al-quran.open university

Malaysia.

5.Khadijatus shalihah.1983.Perkembangan seni baca al-quran dan

qiraat tujuh di Indonesia.pustaka al-husna.