t4-nilai moral dalam agama [bah. 1]

21
TOPIK 4 (1) NILAI MORAL DALAM AGAMA 1

Upload: chittran313

Post on 16-Sep-2015

31 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MORAL

TRANSCRIPT

TOPIK 4 (1)NILAI MORAL DALAM AGAMA

3.1 ISLAM

3.2.1 PENGENALAN

Nama Islam adalah dari bahasa Arab, yang diambil dari ayat salima yang bermakna selamat. Dari ayat tersebut, maka terbentuk maka terbentuk ayat aslama yang bermakna memelihara dalam keadaan selamat dan sentosa, ia juga bermakna menyerahkan diri. Ayat aslama itu menjadi asas dari nama Islam, dengan demikian melakukan aslama atau masuk Islam dinamakan Muslim. Ia bermakna orang yang menyerah diri dan taat setia kepada Allah s.w.t. dengan masuk Islam, maka akan menjadi orang selamat di dunia dan akhirat.Hadis Hadis adalah perkara-perkara yang disandarkan kepada perkataan, perbuatan, tingkahlaku, akhlak, serta (taqrir) Rasulullah s.a.w. Hadis merupakan sumber yang penting dalam pendidikan agama kepada umat Islam.

Aspek-aspek Ajaran Islam terbahagi kepada tiga iaitu (1) Akidah (2) Ibadah dan (3) Akhlak.

3.2.2 Akidah Keimanan dan kepercayaan iaitu tuhan yang wajib disembah dan tiada tuhan melainkan Allah. Selain itu umat Islam wajib mengimani Rukun Iman yang meliputi enam (6) perkara seperti di bawah Rukun Iman

Rukun Iman Keterangan

Beriman Kepada AllahTuhan itu Esa tidak sekali-kali mempunyai sekutu atau tandingan menyerupainya dalam apa jua bentuk. Ucapan kalimah la ilaha illallah itu mengandungi penafian kepada bentuk-bentuk ketuhanan yang lain dan mensabitkan hanya Tuhan sahaja yang berhak disembah serta yang layak bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan.

Beriman Kepada Malaikat-MalaikatMalaikat ialah makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya. Allah menjadikan malaikat sebagai makhlukNya yang sangat setia bertasbih sepanjang masa.

Beriman Kepada Rasul-RasulDengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan. Di dunia ini telah ramai Nabi dan Rasul telah diturunkan, tetapi yang wajib diketahui oleh umat Islam adalah seramai 25 Nabi dan Rasul.

Beriman Kepada Kitab-KitabOrang Islam diwajibkan beriman dengan kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah iaitu:(1) Taurat - diturunkan kepada Nabi Musa a.s. (2) Zabur - diturunkan kepada Nabi Daud a.s. (3) Injil - diturunkan kepada Nabi Isa a.s. (4) Al-Quran - diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Beriman Kepada Hari KiamatMaksud hari kiamat dari segi istilah ialah hari kemusnahan atau kehancuran seluruh alam dan diganti dengan alam akhirat yang kekal abadi. Semua manusia dihidupkan kembali untuk dikira amalan mereka.

Beriman Kepada Qada' dan QadarMeyakini dan mempercayai bahawa segala yang berlaku ke atas manusia bahkan ke atas seluruh isi alam ini telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi.

3.2.3 Ibadah Amalan yang dilakukan adalah terbahagi kepada ibadah khusus contohnya: sembahyang, puasa, zakat, haji dan ibadah umum contohnya: aspek kehidupan yang lain seperti politik, ekonomi, sosial , kebudayaan, pentadbiran dan pendidikan serta apa juga kegiatan umat Islam yang diamalkan mengikut hukum syarak. Jadual 1.2 menerangkan berkaitan Rukun Islam.

Jadual 4.2: Rukun Islam

Rukun Islam Keterangan

1. Mengucap Dua Kalimah SyahadatContoh Syahadat: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya Dengan syahadat, umat Islam mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya.

2. Solat Lima Waktu Sehari SemalamDengan sembahyang umat Islam mengabdikan seluruh tubuh badan dengan menyembah-Nya. Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam ialah: (1) Subuh (2) Zohor (3) Asar (4) Maghrib (5) Isyaak.

3. Mengeluarkan ZakatDengan zakat, umat Islam mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik mereka kepada mereka yang berhak menerimanya.

4. Berpuasa di Bulan RamadanDengan berpuasa, umat Islam mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

5. Mengerjakan Haji Di BaitullahDengan mengerjakan haji, umat Islam menyembah Allah dengan harta kekayaan milik mereka dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

3.2.4 Akhlak dalam Islam Berikut adalah petikan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang memberikan gambaran serba ringkas tentang peribadi seorang Islam.

(a) Seorang Islam tidak boleh merendahkan orang lain. Hai orang-orang yang beriman ! Janganlah satu kaum merendahkan kaum yang lain, kerana boleh jadi kaum yang direndahkan itu lebih baik dari kaum yang merendahkan dan janganlah mencela antara sesama kaum, dan janganlah memanggil dengan gelaran-gelaran yang tidak baik, seburuk-buruk nama jahat sesudah beriman, dan siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah yang zalim. (Al-Hujarat : 11)

(b) Seorang Islam tidak boleh menyangka buruk Hai orang-orang yang beriman ! Jauhkanlah banyak sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan-sangkaan itu dosa, dan janganlah mengintip keburukan orang dan janganlah adu-adukan sesetengah dari kaum akan setengah yang lain. Apakah di antara kamu yang suka memakan daging saudara yang mati? Kamu tentu membencinya. (Al-Hujarat : 12)

(c) Islam menyeru supaya bersatu Dan berpeganglah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah (Ali Imran : 103) Dan janganlah kamu berbalah-balah, kamu akan kecewa dan hilanglah kekuatan kamu (Al-Anfal : 46)

(d) Islam menyuruh menunaikan amanah dan setia dalam perjanjian Sesungguhnya Allah menyuruh kamu manunaikan amanah-amanah kepada orang-orangnya (An-Nisa : 58) Dan mereka yang menjaga amanah dan perjanjian mereka (Al-Muminun : 8)

(e) Islam melarang menipu dan mengurangkan sukatan Dan cukupkanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbangilah dengan neraca yang betul (Al-Isra: 35) Celakalah bagi orang-orang yang membuat kecoh. Apabila menyukat dari orang lain mereka mengambil secukup-cukupnya. Dan apabila mereka menyukat untuk orang lain atau menimbang, mereka mengurangkan. (Al-Mutaffifun: 1-3)

(f) Islam melarang berhasad dengki Dan janganlah kamu merasa irihati terhadap kelebihan yang Allah berikan kepada sebahagian kamu ke atas sebahagian lain (An-Nisa: 32) Atau mereka mendengki manusia kerana kurnia yang telah diberikan Allah. (An-Nisa : 54) g)Islam melarang menggunakan kekerasan ke atas anak yatim dan mengambil hartanya Adapun anak yatim itu, maka janganlah engkau lakukan kekerasan (Al-Dhuha : 9) Tidakkah engkau lihat yang berbohong dengan agama. Itulah orang yang menghalau anak yatim (Al-Maun : 1-2) Dan berikanlah anak-anak yatim harta mereka, dan janganlah kamu makan harta mereka dengan memasukkannya ke dalam harta kamu, sesungguhnya itu adalah suatu kesalahan besar (An-Nisa :2)

(g) Islam menyuruh berlaku adil dan melarang berlaku kejam Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat baik dan memberikan kerabat akan haknya, dan melarang keburukan, kemungkaran dan kejahatan (An-Nahl : 90) Dan apabila kamu memberi hukuman, hukumlah dengan adil sekalipun pada kerabat (Al-Anam :152)

(h) Islam menegah rasuah Dan janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan salah, dan kamu membawanya ke muka pengadilan supaya kamu makan sebahagiannya dari harta manusia dengan cara berdosa (Al-Baqarah: 188) Sabda Rasulullah s.a.w ; Yang memberi rasuah dan yang menerimanya kedua-duanya dalam api neraka

(i) Islam berpesan supaya memelihara hak jiran Dan kamu sembahlah Allah, dan janganlah kamu sekutukan sesuatu denganNya, dan kepada kedua ibubapa buatlah baik, begitu juga dengan kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jran yang dekat dan jran yang jauh (An-Nisa: 36)

(j) Islam menyuruh bekerjasama dan tidak mementingkan diri semata-mata Dan tolong-menolonglah dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan (Al-Maidah : 2) Demikianlah contoh-contoh urusan hidup yang digariskan oleh Islam untuk penganut-penganutnya.

3.2 Kristian

3.2.1 PengenalanAgama Kristian (Christian) amat mementingkan penyembahan Tuhan (God). Bagi umat Kristian, hanya ada satu dan hanya satu Tuhan (one and only one God). Tuhan yang disembah oleh penganut Kristian mempunyai tiga imej. Iaitu God The Father, Holy Spirit dan Holy Son. Pengasas agama Kristian ialah Yesus Kritus (Jesus Christ). Tahun pertama kelahiran Jesus Christ dipanggil sebagai Tahun Satu Masihi.

Penganut agama Kristian percaya bahawa pada tahun 27 Masihi, Tuhan menurunkan wahyu kepada Jesus Christ, mereka menganggap bahawa Jesus Christ ialah anak kepada Tuhan yang dihantar ke dunia bagi membersihkan dosa manusia, iaitu menyelamatkan manusia dari segala dosa jika mereka menyembah-Nya. Kitab suci Kristian dinamakan Bible. Bible mengandungi dua bahagian, ialah Perjanjian Lama (Old Testament) yang ditulis sebelum kelahiran Jesus Christ dan Perjanjian Baru (New Testament) yang ditulis oleh pengikut-pengikut Jesus Christ. 3.2.2 Mazhab-mazhab Kristian Menurut Preston, Ronald (dalam Singer P. 1991) kepercayaan Kristian biasanya dikaitkan dengan Jesus Christ. Christ bermakna penyelamat (deliverer) yang dihantar oleh tuhan untuk menyelamatkan dunia ini. Penganut agama kristian yang awal ialah orang-orang Yahudi yang percaya bahawa Jesus adalah seorang nabi yang berasal dari kaum Yahudi. Sumber pertama kristian terdapat dalam Bible. Agama Kristian telah banyak mengalami perubahan. Kristianiti (Cristianity) telah berpecah kepada lima tradisi konvesional. Setiap mazhab tradisi ini telahpun mencapai kestabilan dan mempunyai corak doktrin dan etika tersendiri. Mazhab-mazhab itu ialah :

(a) Ortodoks (The Orthodox) : Kebanyakan gereja ini berada di Eropah Timur dan Rusia (b) Katolik Roman (The Roman Catholic) : Penganut Kristian yang paling ramai (c) The Lutheran : Penyokong atau pengikut Martin Luther. Anggota gereja Protestan di Jerman(d) Calvinis (The Calvinest or Reformed) : Pengikut John Calvin daripada mazhab Protestan. Pengikutnya berasal dari persekitaran yang bertutur bahasa Inggeris, dalam bentuk Prebyterian, Congregationalist dan Baptist. (e) The Anglican : Gereja England atau gereja yang bersekutu dengannya seperti Methodist.

Ketuhanan Jesus Jesus adalah anak Tuhan yang azali dan dia menyerupai bapanya yang bersifat azali pula. Tidak ada perbezaan waktu antara dia dan Tuhan. Dan Tuhan bapa marah kepada manusia kerana dosa-dosa mereka terutama sekali dosa ayah mereka Adam yang telah mengeluarkan mereka dari syurga, tetapi Tuhan sekalipun marah masih bersifat penyayang. Dia Tuhan hendak menghapuskan dosa itu dan mengembalikan relaNya kepada manusia. DikirimkanNya anakNya yang tunggal ke atas bumi dengan memasukkanNya ke dalam rahim Maryam, gadis yang tidak berdosa. Maka dilahirkan anak itu sebagaimana anak-anak lain dan dididik hingga menjadi manusia sebagai umumnya manusia. Kemudiannya beliau disalib secara zalim, bukan kerana beliau melakukan kesalahan kepada bangsa Rom atau Yahudi tetapi untuk menebus dosa Adam, yang beliau sendiri merupakan seorang dari anak cucu Adam itu.

Perkembangan Ajaran Kristian Berkaitan Ketuhanan.

Tahun 325 Masihi di Nicea membincangkan ketuhanan Jesus dan pada tahun 381 Masihi di Constantinople menetapkan Roh Kudus sebagai tuhan manakala tahun 451 Masihi di Calcedon mengukuhkan kesatuan tiga tuhan atau Trinity. Dokrin Triniti digazet sebagai akidah rasmi gereja-gereja Kristian pada tahun 325 Masihi dan 381 Masihi (Council of Nicea dan Constantinople).

3.2.3 Kitab Bible Kitab suci agama Kristian ialah kitab Bible. Perkataan bible berasal daripada perkataan Yunani iaitu biblios yang bermaksud himpunan buku-buku. Sepertimana maksud namanya kitab Bible mengandungi himpunan lebih daripada 60 buah buku. Buku-buku yang dimuatkan didalam kitab Bible hanya mendapat pengiktirafan rasmi sebagai kata-kata suci daripada Tuhan serta dinamakan Bible oleh pihak gereja sekitar 400 tahun selepas ketiadaan Jesus Christ. Namun begitu hanya 66 buah buku sahaja yang dianggap suci oleh aliran Protestan berbanding dengan kitab Bible aliran Katolik yang mengandungi 73 buah buku. Setiap buku yang ada didalam kitab Bible mempunyai penulisnya sendiri yang dikatakan menulis dengan ilham daripada Tuhan. Sungguhpun kitab suci agama Kristian ialah kitab Bible namun sebelum kurun ke-16 masihi ia hanya diedar dan ditelaah dikalangan para paderi sahaja. Ketika itu orang-orang Kristian hanya layak mengetahui tentang ayat-ayat Bible daripada khutbah yang disampaikan oleh paderi mereka sahaja. Mereka juga dilarang mempersoalkan ajaran gereja. Malah penganut Katolik hanya dibenarkan memiliki dan membaca kitab Bible bermula daripada tahun 1929.

3.2.4 The Ten Commandments (Sepuluh Rukun) Old Testament juga menyampaikan hukum-hukum The Ten Commandments yang diperkenalkan oleh Tuhan melalui Nabi Musa (Moses). Ianya berada dalam buku Exodus :20, 2-17. Perlakuan penganut Kristian dalam kehidupan seharian dihadkan oleh perintah-perintah dan larangan-larangan seperti berikut :

1. Jangan ada tuhan-tuhan lain di hadapan ku. 2. Jangan membina apa-apa patung yang menyerupai apa-apa di atas syurga, bumi atau air bawah bumi 3. Jangan menggunakan nama Yahweh Tuhanmu dengan sebarang tujuan jahat. 4. Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabbath. 5. Hormatilah ayah dan ibumu6. Jangan membunuh (You shall not murder) 7. Jangan berzina 8. Jangan mencuri 9. Jangan membuat tuduhan palsu terhadap jiran 10. Jangan berhasrat untuk memiliki harta benda jiranmu, jangan berhasrat memiliki isteri atau orang gaji jiranmu, atau apa-apa yang dipunyai jiranmu

3.2.5 Nilai etika dalam Bible 1. Patuh kepada Ibubapa 2. Elakkan dosa 3. Setia dan jujur 4. Rasional 5. Elakkan Zina 6. Jangan malas 7. Amanah 8. Murah Hati

Confucianisme3.3.1 PengenalanConfucius (551-479 S.M.) merupakan tokoh pendidik dan ahli falsafah yang berpengaruh dengan sejarah dan budaya orang cina. Nama asal Confucious ialah Kung Chiu (Kong Chiu). Confucious ialah pengasas Confucianisme (Confucianism) iaitu ajaran Confucious. Teori-teori Confucious berdasarkan ajaran-ajaran yang terdapat dalam empat buah buku iaitu : 3.3.2 Empat Buku Confucious1. Lun Yun 2. Meng Zi 3. Da Xue4. Zhong Yong

Keempat-empat buku ini digabungkan sekali dan dipanggil Si Shu (Empat Buku). Kandungan buku ini termasuklah : 1. Organisasi personaliti manusia 2. Objektif pembangunan manusia 3. Teori-teori pembelajaran manusia 4. Teori-teori asuhan dan pendidikan kanak-kanak

Confucius mengatakan bahawa dia hanya mengajar orang kod kelakuan sosial (code of sosial conduct) yang dipanggil li (ritual). Pengikut Confucius menulis The Analect iaitu kumpulan dialog dan hal-hal interaksi dengan Confucius. Li meliputi upacara amal (ritual) ataupun adat istiadat, budibahasa (etiquette), kelakuan (manners), istiadat (ceremony) dan kesopanan (propriety). Li membimbing cara berucap, pakaian semasa upacara pengebumian dan peraturan semasa hidang makanan.

3.3.3 Etika Confucius 1. Si Wei (empat rukun) (a) li : bersopan (b) yi : bermoral (c) lian : bersih (d) chi : mengenal malu

2. ba de (lapan nilai murni) (a) zhong : kesetiaan (b) xiao : kebaktian terhadap ibu bapa (c) ren : baik hati (d) ai : kasih sayang (e) xin : boleh dipercayai (f) yi : bermoral (g) he : kedamaian(h) ping : keadilan

Antara kelapan-lapan nilai murni di atas, ada nilai murni yang boleh digabungkan sekali menjadi satu nilai yang lebih luas dan bermakna. Misalnya I. zhong + xiao = Zhong xiao : taat setia kepada rakyat dan negara, berbakti kepada ibu bapa. II. Ren + ai = ren ai : baik hati dan kasih sayang antara satu sama lain (khasnya rakyat) III. Xin + yi = xin yi : boleh dipercayai dan menunaikan janji dengan rakan-rakan. IV. He + ping = he ping : adil terhadap semua orang demi kedamaian manusia dalam alam ini.

Ajaran etika Confucius dalam buku Lima klasik (Wujing) dan Empat buku (Si Shu) adalah tentang kesejahteraan seseorang individu, masyarakat, politik dan agama. Beliau menegaskan bahawa seseorang individu boleh manjadi manusia yang sempurna dari segi tingkahlaku dan kelakuan jika dia memparaktikkan jalan-jalan yang sempurna (siu sheng). Confucius mengaitkannya dengan pembentukan keluarga yang harmoni (chi jia), pemerintahan negara yang sistematik (zhi guo) dan pencapaian kedamaian dunia sejagat (pin tian xia).

3.3.4 RINGKASAN

Nama Islam adalah dari bahasa Arab, yang diambil dari ayat salima yang bermakna selamat. Hadis adalah perkara-perkara yang disandarkan kepada perkataan, perbuatan, tingkahlaku, akhlak, serta (taqrir) Rasulullah s.a.w. Aspek-aspek ajaran Islam terbahagi kepada tiga iaitu (1) Akidah (2) Ibadah dan (3) Akhlak. Akidah ialah keimanan dan kepercayaan iaitu tuhan yang wajib disembah dan tiada tuhan melainkan Allah. Selain itu umat Islam wajib mengimani Rukun Iman yang meliputi enam (6) perkara iaitu : (1) Beriman kepada Allah (2) Beriman kepada Malaikat-Malaikat (3) Beriman kepada Rasul-Rasul (4) Beriman kepada Kitab-Kitab (5) Beriman kepada Hari Kiamat (6) Beriman kepada Qada' dan Qadar. Ibadah ialah amalan yang dilakukan adalah terbahagi kepada ibadah khusus contohnya: sembahyang, puasa, zakat, haji dan ibadah umum contohnya: aspek kehidupan yang lain seperti politik, ekonomi, sosial , kebudayaan, pentadbiran dan pendidikan serta apa juga kegiatan umat Islam yang diamalkan mengikut hukum syarak. Akhlak ialah kelakuan atau tingkah laku yg baik, budi pekerti, moral atau kelakuan dan tabiat.

Confucius (551-479 S.M.) merupakan tokoh pendidik dan ahli falsafah yang berpengaruh dengan sejarah dan budaya orang cina. Si Shu (Empat Buku) mengandungi (1) organisasi personaliti manusia (2) objektif pembangunan manusia (3) teori-teori pembelajaran manusia (4) teori-teori asuhan dan pendidikan kanak-kanak. Si Wei (empat rukun) terdiri daripada (1) li : bersopan (2) yi : bermoral (3) lian : bersih (4) chi : mengenal malu. Ba de (lapan nilai murni) terdiri daripada (1) zhong : kesetiaan (2) xiao : kebaktian terhadap ibu bapa (3) ren : baik hati (4 ) ai : kasih sayang (5) xin : boleh dipercayai (6) yi : bermoral (7) he : kedamaian (8) ping : keadilan

3.3.5 LATIHAN 1. Apakah yang dimaksudkan dengan hadis? A. Cerita dahulu kala B. Ayat suci dari Allah untuk Nabi Muhammad C. Segala apa yang keluar dari Rasulullah samada dalam bentuk perkataan, perbuatan dan pengakuannya D. Kata-kata malaikat Jibril

2. Apakah yang menjadi kayu pengukur dalam menentukan nilai-nilai akhlak Islam? A. Ibu bapa B. Al-Quran C. Kitab-kitab D. Guru-guru

3. Dua rukun yang diyakini oleh penganut Islam iaitu __________ A. Rukun Negara dan Rukun Iman B. Rukun Islam dan Rukun Iman C. Rukun Islam dan Rukun Ijtihad D. Tiada jawapan di atas 4. Xiao ialah ketaatan kepada ibubapa iaitu menyanjungi serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka. Kenyataan ini terdapat dalam _________ A. Si Wei (Empat Rukun) B. Ba de (Lapan Nilai Murni) C. Si Shu (Empat Buku) D. Li (Bersopan) 5. Si Wei (Empat Rukun) dan Ba De (Lapan Nilai Murni) adalah ajaran menurut ________ A. Confucious B. Buddha C. Kristian D. Taoisme

6. Isi kandungan Si Shu mengikut ajaran Confucianisme adalah seperti di bawah kecuali ___________ A. Organisasi manusia B. Objektif pembangunan manusia C. Teori-teori pembelajaran manusiaD. Teori-teori asuhan dan pendidikan kanak-kanak

RUJUKAN

Vishalache, B. (2009). Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Abdul Rahman M. A. (2006). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

1