syarahan bkd

5
Tradisi nopo id boros latin nga ‘traditio’ I kirati ‘potilombuson’ toi ko koubasanan. Tradisi nopo nga koimbulayan informasi I potilombuson mantad sakad kumaa sakad wagu I poinsuat toi ko maya komi. Nung aiso diti, isoiso opunso’ moti. Koubasanan nopo nga iso waya koposion I koburu om otorimo toinsanan iso tinimungan tulun om potungkuson mantad sakad kumaa sakad wagu. Koubasanan obontuk mantad mogisusuai unsur. Miagal ko sistom agama om politik, adat, boros, kakamot, basaan, om susuai po. Boros nopo nga koubasanan I au milo pitongkiadon mantad tinan tulun . sabab sosongulun minsingubas miromut kumaa tulun-tulun I mogisusuai koubasanan om popisudong kopogisusuaian I kopokito kokomoi koubasanan di oimtanan. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi.Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan bagian tak terpisahkan dari diri manusia sehingga banyak orang cenderung menganggapnya diwariskan secara genetis. Ketika seseorang berusaha berkomunikasi dengan orang-orang yang berbeda budaya dan menyesuaikan perbedaan-perbedaannya, membuktikan bahwa budaya itu dipelajari. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan.

Upload: kenny-odukz

Post on 23-Dec-2015

271 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

roisol

TRANSCRIPT

Page 1: Syarahan Bkd

Tradisi nopo id boros latin nga ‘traditio’ I kirati ‘potilombuson’ toi ko koubasanan. Tradisi nopo

nga koimbulayan informasi I potilombuson mantad sakad kumaa sakad wagu I poinsuat toi ko

maya komi. Nung aiso diti, isoiso opunso’ moti. Koubasanan nopo nga iso waya koposion I

koburu om otorimo toinsanan iso tinimungan tulun om potungkuson mantad sakad kumaa

sakad wagu. Koubasanan obontuk mantad mogisusuai unsur. Miagal ko sistom agama om

politik, adat, boros, kakamot, basaan, om susuai po. Boros nopo nga koubasanan I au milo

pitongkiadon mantad tinan tulun . sabab sosongulun minsingubas miromut kumaa tulun-tulun I

mogisusuai koubasanan om popisudong kopogisusuaian I kopokito kokomoi koubasanan di

oimtanan.

Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok

orang dan diwariskan dari generasi ke generasi.Budaya terbentuk dari banyak unsur yang

rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan,

dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan bagian tak terpisahkan dari diri

manusia sehingga banyak orang cenderung menganggapnya diwariskan secara genetis. Ketika

seseorang berusaha berkomunikasi dengan orang-orang yang berbeda budaya dan

menyesuaikan perbedaan-perbedaannya, membuktikan bahwa budaya itu dipelajari.

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan

budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional

mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian,

makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita

smakin lenyap ditelan arus pemodenan.

Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita

melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai

kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.

Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang

ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran

menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut

kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-

muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum.

Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.

Page 2: Syarahan Bkd

Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan

nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka

pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut

merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi.Kita saling

menerima dan memberi. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya

memupuk perpaduan.

Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita

mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar

tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya kita

yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh

budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus

mengenali asal usul sendiri.

Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang

menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya

buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan

menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa

bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah

berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.

Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling

mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya

memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja

dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu

membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran

sanggup mengekalkan budaya.

Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai murni dan

sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada diri remaja negara ini.

Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan

suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan

menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi

individu yang terbilang.

Page 3: Syarahan Bkd

Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput ditelan

zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit demi

sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan

mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang

mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah

pasti akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.

Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung anggota

masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan

budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain

menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh.

Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.

Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus

dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan

sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat

budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi

iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita

boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.

Page 4: Syarahan Bkd

Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan

budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk

menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri.

Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra

(PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan

budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat.

Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan

budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.

Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan

makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya.

Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di

sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini.

Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini,

budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai

mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak

kenaI maka tak cinta”