siapa yang allah beri kekayaan

2
Berikut ini diberikan beberapa panduan dan dalil dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dalam mencari rezeki dan mendapatkan keberkatan dan kekayaan. Dekatkan diri anda dengan Islam kerana Allah akan memberi beberapa kelebihan baik di dunia mahupun di Akhirat. Allah Memberi Kekayaan Jika Takut Kepada Neraka Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engk au jangkakan. Hadis Qudsi, Imam al- Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan Allah Memberi Kekayaan J ika Seseorang Memohon PadaNya. Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya: “Sesiapa yang jatuh miskin, kemudian dia minta bantuan kepada orang lain, pasti orang itu tidak dapat menghilangkan kemiskinannya . Tetapi, jika dia menujukan permohonannya hanya kepada Allah, pasti Allah akan mencukupinya dengan usia yang singkat atau dengan memberinya kekayaan segera.” H.R. Abu Daud Orang yang Mencari Harta Dunia Secara Halal  Sesungguhnya Allah s.w.t. amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri. Dengan cara ini seseorang itu dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain. Rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan  jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” H.R. At-Tabrani Curahkan Waktu Untuk Beribadat Kepada Allah Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, curahkanlah waktumu untuk beribadat kepada-Ku, akan Kupenuhi hatimu dengan kekayaan, Aku beri keberkatan pada rezekimu dan Aku semayamkan rasa tenteram dalam dirimu. Jangan lalai daripada mengingat-

Upload: zahidan

Post on 03-Jun-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Siapa Yang Allah Beri Kekayaan

 

Berikut ini diberikan beberapa panduan dan dalil dari Al-Quran dan

Hadis Rasulullah s.a.w. dalam mencari rezeki dan mendapatkan

keberkatan dan kekayaan. Dekatkan diri anda dengan Islam kerana

Allah akan memberi beberapa kelebihan baik di dunia mahupun di

Akhirat.

Allah Memberi Kekayaan Jika Takut Kepada NerakaAllah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut

kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi

kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.” Hadis Qudsi, Imam al-

Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Allah Memberi Kekayaan Jika Seseorang Memohon PadaNya.Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya: “Sesiapa yang jatuh miskin,

kemudian dia minta bantuan kepada orang lain, pasti orang itu tidak dapat menghilangkan

kemiskinannya. Tetapi, jika dia menujukan permohonannya hanya kepada Allah, pasti Allah

akan mencukupinya dengan usia yang singkat atau dengan memberinya kekayaan segera.” H.R.

Abu Daud 

Orang yang Mencari Harta Dunia Secara Halal  

Sesungguhnya Allah s.w.t. amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki

dengan titik peluh sendiri. Dengan cara ini seseorang itu dapat memenuhi keperluan dan

tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih

baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain. Rezeki yang diambil

daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan

kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan

 jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan

berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran

tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya

berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” H.R. At-Tabrani 

Curahkan Waktu Untuk Beribadat Kepada AllahAllah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, curahkanlah waktumu untuk

beribadat kepada-Ku, akan Kupenuhi hatimu dengan kekayaan, Aku beri keberkatan pada

rezekimu dan Aku semayamkan rasa tenteram dalam dirimu. Jangan lalai daripada mengingat-

Page 2: Siapa Yang Allah Beri Kekayaan

 

Ku; jika engkau leka dan lalai, maka Aku akan penuhi hatimu dengan kefakiran, jasadmu

sentiasa merasa letih dan penat dan dadamu berdukacita.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali,

Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan. 

Allah Pasti Memberi Rezeki dan Kekayaan yang Melimpah RuahFirman Allah “Jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah akan memberikan

kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah.” Surah Jin: 16 

Bersifat Qanaahlah (Mencukupi), Engkau Akan KayaAllah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai sekalian manusia, bersifat qanaahlah,

engkau akan kaya. Jauhilah sifat hasad supaya engkau merasa tenteram dan jauhilah perbuatan

haram supaya agamamu menjadi bersih.”  Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan

Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan. 

Pemberian Allah Kepada Kita Adalah Menurut Sebanyak Mana yang Kita

Beri Kepada Orang MiskinAllah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak

akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri

untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu.

Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan

kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut

menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.” 

“Kerana, sesungguhnya Ku-jadikan engkau sejak semula mempunyai keinginan yang besar akan

harta. Kerana itulah Aku telah memberimu harta. Sekarang, patutlah engkau tidak kikir dan

bakhil membagikan hartamu itu kepada hamba-hamba-Ku; Aku telah pun menjamin gantinya,

dan menjanjikan balasannya.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq:

Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Redo Dengan Apa yang Ditetapkan AllahAllah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Sesiapa yang redo akan bahagian yang telah

Ku-tetapkan baginya, maka aku beri keberkatan pada harta dan rezekinya; dunialah yang

datang mengerjakannya, meski pun ia tidaki menghendakinya.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali,

Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

http://frekuensikaya.com