seorang insan istimewa

6
SEORANG INSAN ISTIMEWA

Upload: lena

Post on 22-Jan-2016

125 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SEORANG INSAN ISTIMEWA. Rangkap 1. Dia tidak pernah meminta untuk lahir sebegitu rupa namun kecilnya diri menyanggah takdir Yang Maha Esa sebuah suratan tertulis sudah sebuah kehidupan tetap harus diteruskan . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: SEORANG INSAN ISTIMEWA

SEORANG INSAN ISTIMEWA

Page 2: SEORANG INSAN ISTIMEWA

Rangkap 1Dia tidak pernah memintauntuk lahir sebegitu rupanamun kecilnya dirimenyanggah takdir Yang Maha Esasebuah suratan tertulis sudahsebuah kehidupan tetap harus diteruskan.

(Maksud Rangkap 1: Insan istimewa, atau juga dipanggil kurang upaya atau kelainan upaya menjadi demikian bukan atas kemahuan sendiri, namun tetap menerima dengan reda (baca redha, iaitu pasrah) suratan takdir Ilahi (nasib yang tertulis sejak azali). Hakikat kelahiran mereka yang demikian diterima seadanya bagi menjalani kehidupan)

Page 3: SEORANG INSAN ISTIMEWA

Rangkap 2

Seorang insan istimewamenapak dalam redamenggalas payah dalam senyum paksabetapa pun simpati mata memandangpasti tiada bandingandengan derita dirimenempuh cabaran.

(Maksud Rangkap 2: Insan istimewa menanggung segala derita dalam kegembiraan yang dibuat-buat. Simpati dan belas kasihan masyarakat tidak sama dengan derita diri dan kesusahan yang mereka sendiri alami.

Page 4: SEORANG INSAN ISTIMEWA

Rangkap 3Seorang insan istimewaanugerah suatu ujianamanah suatu tuntutanbiar sukar mesti disempurnakanluas buanamereka tetap punya ruangmeneruskan kehidupanselagi Tuhan mengizinkan.

(Maksud Rangkap 3: Kewujudan insan istimewa menjadi ujian kepada institusi keluarga, masyarakat dan negara. Mereka menjadi amanah yang perlu dijaga walaupun bukan mudah untuk dikendalikan. Insan istimewa mempunyai hak dalam kehidupan bermasyarakat selagi masih bernyawa. Mereka tidak boleh diabaikan.

Page 5: SEORANG INSAN ISTIMEWA

Rangkap 4Bantulah, bimbinglahseikhlas hati setulus budiTuhan pasti merestui.

(Maksud Rangkap 4: Masyarakat diseru supaya membantu dan membimbing insan istemewa dengan tulus ikhlas. Orang yang berbuat baik akan dikasihi dan direstui oleh Tuhan.

Page 6: SEORANG INSAN ISTIMEWA

TEMA Tema sajak ini ialah dugaan hidup sebagai

golongan istimewa. Golongan istimewa telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.