sejarah tari piring

2
Sejarah Tari Piring Tarian Piring atau dalam bahasa Minangkabau disebut dengan Tari Piriang, ialah salah satu jenis Tarian Tradisional yang berasal dari Sumatra Barat yaitu masyarakat Minangkabau. Tarian ini digelar dengan Tari Piring kerana para penari pada ketika itu sedang menari sambil membawa piring. Pada awalnya, Tari Piring ini merupakan ritual ucapan rasa syukur masyarakat setempat kepada dewa-dewa setelah mendapatkan hasil pertanian yang melimpah ruah. Ritual dilakukan dengan membawa sesaji dalam bentuk makanan yang kemudian diletakkan di dalam piring sembil menari dan melangkah dengan gerakan yang berirama. Kira-kira 8 abad yang lalu, Tari Piring sudah wujud di wilayah kepulauan Melayu. Tari Piring pada awalanya merupkan identiti Sumatera Barat. Sehinggalah masa kerajaan Sri Vijaya, kewujudan tarian ini masih ada bahkan semakin berkembang. Pada abad ke-16, kerajaan Majapahit memerintah, kerajaan Sri Vijaya jatuh dan hal ini menyebabkan tarian ini tidak dapat berkembang lagi. Namun demikian, Tari Piring tidak terus lenyap di muka bumi ini. Tarian Piring sebaliknya terus mengalami perkembangan ke wilayah- wilayah Melayu lain yang merupkan bawah pemerintahan kerajaan Sri Vijaya. Zaman berganti zaman, terdapat juga beberapa perubuhan orentasi, nilai dan estetika tarian piring ini. Bukan itu sahaja, perubahan orientasi terus-menerus dilakukan mengikut masa. Maksud dan makna Tari Piring dapat diungkapkan secara meluas. Dalam konteks ini, raja tidak secara seratus peratus mengetuai negara atau pemimpin menguasai kekusaan politik pada rakyatnya, tetapi dengan mudahnya dianalogikan seperti sepasang pengantin. Sang pengantin ialah raja, yaitu “raja sehari”. Oleh sebab itu, tradisi Tari Piring masih lagi terus menerus dipersembahkan dihadapan “raja sehari” (pengantin) saat bersanding dipelaminan dalam acara walimatul ‘arsy.

Upload: aris-jamaludin

Post on 18-Aug-2015

285 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Budaya Melayu

TRANSCRIPT

Sejarah Tari PiringTarian Piring atau dalam bahasa Minangkabau disebut dengan Tari Piriang, ialah salah satu jenis Tarian Tradisional yang berasal dari Sumatra Barat yaitu masyarakat Minangkabau. Tarian ini digelar dengan Tari Piring kerana para penari pada ketika itu sedang menari sambil membawa piring.Pada awalnya, Tari Piring ini merupakan ritual ucapan rasa syukur masyarakatsetempat kepada dewa-dewa setelah mendapatkan hasil pertanian yang melimpah ruah. Ritual dilakukan dengan membawa sesaji dalam bentuk makanan yang kemudian diletakkan di dalam piring sembil menari dan melangkah dengan gerakanyang berirama.ira-kira ! abad yang lalu, Tari Piring sudah wujud di wilayah kepulauan Melayu. Tari Piring pada awalanya merupkan identiti Sumatera Barat. Sehinggalah masa kerajaan Sri "ijaya, kewujudan tarian inimasih ada bahkan semakin berkembang. Pada abad ke-#$, kerajaan Majapahit memerintah, kerajaan Sri "ijaya jatuh dan hal ini menyebabkan tarian ini tidak dapat berkembang lagi.%amun demikian, Tari Piring tidak terus lenyap di muka bumi ini. Tarian Piring sebaliknya terus mengalami perkembangan ke wilayah-wilayah Melayu lain yang merupkan bawah pemerintahan kerajaan Sri "ijaya. &aman berganti 'aman, terdapat juga beberapa perubuhan orentasi, nilai dan estetika tarian piring ini. Bukan itu sahaja, perubahan orientasi terus-menerus dilakukan mengikut masa.Maksud dan makna Tari Piring dapat diungkapkan secara meluas. (alam konteks ini, raja tidak secara seratus peratus mengetuai negara atau pemimpin menguasai kekusaan politik pada rakyatnya, tetapi dengan mudahnyadianalogikanseperti sepasang pengantin. Sang pengantin ialah raja, yaitu )raja sehari*. +leh sebab itu,tradisi Tari Piring masih lagi terus menerus dipersembahkan dihadapan )raja sehari* ,pengantin- saat bersanding dipelaminan dalam acara walimatul .arsy.Pada awalnya dulu kala Tari Piring diciptakan untuk memberi persembahan kepada para dewa ketika memasuki istana, tapi setelah datangnya agama islam di Minangkabau Tari Piring tidak lagi untuk persembahan para dewa tapi ditujukan bagimajlis-majlis keramaian yang dihadiri oleh para raja atau para pembesar negeri, TariPiring juga dipakai dalam acara keramaian lain misalnya seperti pada acara pesta perkawinan. Setelah masuknya agama /slam ke Minangkabau, tradisi Tarian Piring tidak lagi digunakan sebagai ritual ucapan rasa syukur kepada dewa-dewa. 0kan tetapi, tari tersebut digunakan sebagai sarana hiburan bagi masyarakat yang banyak ditampilkan semasa acara-acara keramaian.Mengenai waktu kemunculan pertama kali Tari Piring ini belum diketahui pasti, tapi dipercaya bahwa Tari Piring telah ada di kepulaian melayu sejak lebih dari!11 tahun yang lalu. Tari Piring juga dipercaya telah ada di Sumatra barat dan berkembang hingga pada 'aman Sri 2ijaya. Setelah kemunculan Majapahit pada abad ke #$ yang menjatuhkan Sri 2ijaya, telah mendorong Tari Piring berkembang ke negeri-negeri melayu yang lain bersamaan dengan pelarian orang-orang sri wijaya saat itu.(i Malaysia , tarian piring dipersembahkan ketika majlis perkawinan terutamasekali bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sebuah kampung. Tarian ini biasa dilihat di kawasan Seremban, uala Pilah dan Rembau oleh kumpulan tertentu. 0da yang dipersembahkan dengan pakaian lengkap dan pakaian tarian tidak lengkap. Sedikit bayaran akan dikenakan jika menjemput kumpulan tarian ini mempersembahkan tarian piring. #1 - 31 menit diperuntukkan untuk persembahan tarian ini.Tarian piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah. Majlis perkawinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika diadakan tarian piring. %amun begitu, segelintir masyarakat tidak dapat menerima kehadiran kumpulan tarian kerana dianggap ada percampuran lelaki dan perempuan. Bagi mengatasi masalah itu, kumpulan tarian disertai hanya gadis-gadis sahaja.