sejarah permainan pingpong malaysia

6
Sejarah Permainan Pingpong. Pengenalan 1891 Pada mulanya permainan ping-pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk pertama permainan ini telah didaftarkan oleh Charles Barter dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb,salah seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawa kejayaan kepada pengilang seperti Gossima,Whiff Wall,Flim Flam dan Table Tennis.Apabila raket yang disaluti velum diperkenalkan ,istilah ping-pong dicipta,ia diambil daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan apabila bertembung bet dengan bola dan 'pong' yang terhasil apabila ia melantun di atas meja. 1902 Seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana.Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British,Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest.Dengan ini benih perkembangan sukan ini telah tersemai dan menarik minat orang ramai.

Upload: sayfull-khan

Post on 30-Jul-2015

519 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Permainan Pingpong Malaysia

Sejarah Permainan Pingpong.

Pengenalan

1891

Pada mulanya permainan ping-pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang

digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk pertama

permainan ini telah didaftarkan oleh Charles Barter dari Gloucestershire dan lebih

kurang pada masa yang sama James Gibb,salah seorang pelopor Persatuan Olahraga

Amatur Britain telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang

diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada

masa itu.Tindakan itu membawa kejayaan kepada pengilang seperti Gossima,Whiff

Wall,Flim Flam dan Table Tennis.Apabila raket yang disaluti velum

diperkenalkan ,istilah ping-pong dicipta,ia diambil daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan

apabila bertembung bet dengan bola dan 'pong' yang terhasil apabila ia melantun di

atas meja.

1902

Seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan

memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana.Tidak lama kemudian

seorang penjual berbangsa British,Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini

kepada orang-orang Vienna dan Budapest.Dengan ini benih perkembangan sukan ini

telah tersemai dan menarik minat orang ramai.

1927

Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun.Pemenangnya

ialah seorang berbangsa Hungary iaitu Dr. Jacobi.Pada sekitar tahun 30-an pasukan

Hungary telah menguasai kejohanan dunia.Pada masa itu pukulan 'spin' telah masyhur

di kalangan para pemain.

Page 2: Sejarah Permainan Pingpong Malaysia

1950

Pemain Jepun telah menguasai dunia ping-pong dengan corak permainan dan cara

cekak pen (pen holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak kaki yang

pantas.Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dari tahun 1954 hingga 1959.

1960

Negeri China muncul sebagai sebuah negara ping-pong yang handal.Mereka

menguasai dunia ping-pong menerusi penggunaan corak permainan laju dan dekat

kepada meja.Pada tahun 1970-an pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan

mereka bertarung dengan pemain-pemain dari Asia.

1927

Persekutuan Ping-pong Antarabangsa (ITTF) hanya mempunyai 9 ahli sahaja

1990

ITTF mempunyai 145 persatuan di bawahnya.Disamping itu ada pula 4 persekutuan

peringkat dunia ,Recognized Continental Federation di bawah naungan

ITTF.Persekutuan tersebut ialah:-)African Table Tennis Federation,Asian Table Tennis

Union,European Table Tennis Union dan South American Table Tennis Confederation.

Page 3: Sejarah Permainan Pingpong Malaysia

Perkembangan Pingpong di Malaysia

  Permainan ini diperkenalkan ke negara ini selepas Perang Dunia Pertama. Askar-askar yang

bertugas di negara ini adalah mereka yang bertanggungjawab memperkenalkan pingpong kepada

penduduk di Malaysia, khususnya di beberapa Bandar utama. Pada peringkat awal, permainan ini

kurang mendapat perhatian dan galakkan.Kemudian pingpong mula diperkenalkan di sekolah-

sekolah Cina dan sekolah missionary Inggeris. Pingpong mulai diterima oleh penduduk di beberapa

tempat walaupun penerimaannya agak lambat. 

1952

Usaha diadakan bagi menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk permainan ini di peringkat

kebangsaan bagi memperkenal dan menyelaraskan permainan ini keseluruh negara.

Bagaimanapun enam tahun kemudian barulah persatuan ini ditubuhkan secara rasmi dan dikenali

sebagai Persatuan Pingpong Malaya ( PPM ) dan apabila pembentukan Malaysia pada tahun 1963,

persatuan ini ditukar kepada Persatuan Pingpong Malaysia. Pada peringkat antabangsa, Malaysia

turut mengambil bahagian seperti dalam Kejohanan Dunia dan Kejohanan Pingpong Asia. Namun

pencapaian pasukan kita tidaklah begitu membanggakan. Disamping itu juga pada masa ini

permainan pingpong banyak dipelapori oleh orang-orang cina.

1972

Pada peringkat Asia, negara kita merupakan salah sebuah Negara pengasas ke arah penubuhan

Asian Table Tennis Union. Sejak itu negara kita sering memainkan peranan penting dalam

perkembangan serta kemajuan pingpong di Asia. Malaysia turut menjadi tuan rumah bagi beberapa

kejohanan dunia seperti Piala Dunia Kedua ( 1981 ), Piala Dunia Kelima ( 1984 ) dan Piala Dunia

Ke-12 ( 1991 ). Pada peringkat Asean, negara kita pernah memenangi beberapa pingat emas dalam

Sukan SEA serta beberapa kejohanan jemputan yang dianjurkan oleh negara-negara ASEAN dari

semasa ke semasa.

Satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki telah pertama kali dapat

menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan kita telah mencapai

Page 4: Sejarah Permainan Pingpong Malaysia

tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian. Dalam Kejohanan

Pingpong Dunia ke-32 di Yugoslavia pada tahun 1973, Malaysia telah mencapai tempat

ke-18 daripada 52 buah negara dalam bahagian lelaki manakala ke-19 daripada 40

buah negara bagi wanita.

Pada tahun ini juga permainan pingpong mula pertandingan untuk kaum lain (bukan

cina) dimulakan. Ini adalah satu langkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan,

tidak akan wujud perasaan perkauman dalam permainan ini.

1979

Dalam kalangan negara-negara Asean juga, Malaysia pernah menjadi pengerusi dan

jawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada tahun

1979, buat kali pertama seorang wakil dari Malaysia, Dato’ Michael Chen telah dilantik

menjadi ahli ITTF, sebuah badan sukan pingpong tertinggi dunia.

1982

Pertandingan Pingpong cina ditukar menjadi pertandingan perpaduan di mana pemain-

pemain cina yang belum pernah mewakili dibenarkan bertanding. Diharap juga dengan

lebih ramai pemain bukan cina bermain pingpong, pemilihan pemain untuk pasukan

negara kita akan diperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkil.

1983

Seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih telah dilantik menjadi ahli ITTF.

1990

Malaysia mula menghantar beberapa pemain muda ke luar negeri seperti ke Jepun dan

Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif yang lengkap. TTAM juga berhasrat

untuk mencari bakat baru yang terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum untuk

menganggotai persatuan ini.

Page 5: Sejarah Permainan Pingpong Malaysia