sejarah penanaman padi

14
 Penghargaan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Al hamd ul il lah dengan penuh kesyukur an dan ker edhaan dari Al lah, dengan usaha yang telah disatukan, akhirnya terhasil juga satu tugasan sebagai melengkapk an salah satu keperluan dalam Sijil Pelajaran Malaysia 201!  " erima kasih diu#apkan kepada Pn! $usni bt Saidin, guru matapelajaran Sains Pertanian "ingkatan SP, Sek%lah Menengah &eba ngs aan P%k %k Sena yan g tid ak per nah jemu men#ur ahk an ilmu pengetahuan dan idea serta panduan dalam menyelesaikan tugasan ini!  " erima kasih juga kepada ayah anda dan b%nda ter#inta, M%hd $a'i( b Manap dan N%rul )usna bt *ahab yang sentiasa memberi d%r%ngan, semangat dan ker jasama serta keprihatinan yang tidak terhingga sehingga saya dapat melengkapkan tugasan saya ini! $akan+rakan yang bekerjasama membuat kajian yan g sentiasa men%l%ng saya dengan menemani saya semasa melakukan kajian! Sekian! 1

Upload: kamarul-nzam

Post on 04-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah penanaman padi di kedah

TRANSCRIPT

Penghargaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha PenyayangAlhamdulillah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan dari Allah, dengan usaha yang telah disatukan, akhirnya terhasil juga satu tugasan sebagai melengkapkan salah satu keperluan dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2015.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rusni bt Saidin, gurumatapelajaran Sains Pertanian Tingkatan 5 SP, Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Senayangtidak pernah jemu mencurahkan ilmu pengetahuan dan idea serta panduan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Terima kasih juga kepadaayahanda dan bondatercinta, Mohd Razif b Manap dan Norul Husna bt Wahab yang sentiasa memberi dorongan, semangat dan kerjasama serta keprihatinan yang tidak terhingga sehingga saya dapat melengkapkan tugasan saya ini. Rakan-rakan yang bekerjasama membuat kajian yang sentiasa menolong saya dengan menemani saya semasa melakukan kajian.

Sekian.

Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan dengan objektif:

1. Mengetahui dan mengenali satu kegiatan ekonomi penanaman padi secara moden di negara kitaDengan ini, pengetahuan saya akan bertambah di samping melakukan pemerhatian.

2. Mengumpul fakta sejarah mengenai ekonomi penanaman padi secara moden yang dikaji.

3. Mengenalpasti latar belakang dan sumbangan kegiatan ekonomi penanaman padi secara moden yang dikaji.

4. Di samping dapat mengetahui latar belakang ekonomi penanaman padi secara moden, saya juga dapat mengenalpasti sumbangan kegiatan ini kepada individu, masyarakat dan negara.5. Memperkukuh semangat nasionalisme dalam kegiatan ekonomi penanaman padi secara moden. Saya bersyukur kerana dapat menerapkan semangat nasionalisme dalam diri ketika sedang melakukan kajian.

Padi

Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Larin dan Caribbean. Di Malaysia, padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur.Ciri botani

Anatomi beras.Keperluan asasTanaman padi memerlukan sinaran matahari, suhu dan jumlah hujan (18-40oC dan 1240 mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung.[ Oleh itu, tanah-tanah berstruktur halus seperti lempung, lempung berkelodak, lom lempung atau lempung berpasir adalah sesuai. Sifat kimia tanah sawah yang subur ialah pH (5.0-6.0), nitrogen (2-3%), fosforus (>40 ppm), kalium (>0.1 meq/100g), CEC (>20 meq/100g) dan karbon organik (2-3%).

Kawasan tanamanPadi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.Bukti padi di Semenanjung Malaysia didapati di Gua Cha dan Gua Harimau dari Zaman Neolitik antara 6,000 hingga 4,000 tahun dahulu. Bagaimanapun ia belum dapat ditentukan samaada padi tersebut ditanam, spesies liar atau diimport. Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.

Gotong-royong di sawah padi

Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi . Biasanya batas ini dibuat daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam . Anak padi akan tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah perlu dikawal sepanjang masa. Kepala batas bermaksud bahagian depan sawah padi dan juga merupakan asal nama bandar Kepala Batas.

Tanaman modenPadi sawah yang ditanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi.Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras. Pada zaman dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sebagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu. Selain itu para petani akan bertukar-tukar masaalah, teknik dan pengetahuan mengenai penanaman padi yang baru dituai, sama seperti pesta pertanian di masa kini.Kaedah Penanaman Padi terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu kaedah menanam (transplanting) dan tabur terus(direct seeding).

Emping beras

Umur padiUmur padi dikira dari mula ditabur hingga mengerat, umumnya terbahagi kepada dua peringkat. Dua peringkat itulah peringkat umur padi yang menjadi pokok perbicaraan apabila soal itu diperbincangkan. Padi yang berumur kira-kira. tujuh bulan ke atas dipanggil 'padi berat' dan padi yang berumur antara empat hingga enam bulan pula dipanggil 'padi ringan'.Yang lebih mustahak diketahui lagi ialah bagaimana pengiraan orang-orang bendang tentang cukup atau tidak cukup umur padi yang ditanamnya itu dan peringkat-peringkat membesarnya. Mengikut pengiraan orang tua-tua, padi menempuh lima peringkat umur.Peringkat pertama ialah dari mula menabur hingga menjadi semai yang cukup umur. Peringkat yang kedua dari cukup umur hingga pokok padi yang ditaman itu beranak Peringkat yang ketiga pula ialah dari beranak hingga bunting. Yang keempat dari bunting hingga mula berbuah. Peringkat yang terakhirnya ialah dari mula berbuah hingga padi itu masak Tiap-tiap satu peringkat itu mengikut perkiraan kasar memakan masa selama 44 hari.

Menjemur padi

Umur padi 25 hari

Jadual umur menggunakan teknik tabur terus Varieti MR219 dan peringkat pertumbuhanBilangan hari selepas tabur biji benihPeringkat pertumbuhan

16 hariMula beranak

35 hariBeranak aktif

50 hariPembentukan tangkai

70 hariPengisian susu

110 hariTuai

VarietiTerdapat dua jenis padi iaitu padi tradisional (>140 hari peringkat matang) dan padi varieti baru (