sejarah kedatangan agama buddha

Upload: nur-ettika-mohd-razali

Post on 03-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    1/14

    Sejarah kedatangan agama Buddha

    Agama Buddha ialah agama falsafah yang berasaskan ajaran Buddha

    Sakyamuni (Siddharta Gautama) yang lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi.

    Agama Buddha tersebar ke benua India 5 kurun selepas beliau meninggal dunia.

    Dalam dua ribu tahun seterusnya, agama ini tersebar ke Asia Tenggara termasuk

    Malaysia melalui Mubalik India yang berdagang ke Melaka.

    Ajaran bagi penganut agama Buddha

    Ajaran bagi penganut Buddha terbahagi kepada 2 kategori iaitu dari segi

    konsep ketuhanan dan ibadah. Ajaran dari segi ketuhanan bagi penganut agama ini

    diasaskan oleh Siddharta Gautama. Menurut ajaran Buddha, terdapat empat

    Kebenaran Mulia atau etika yang diperjuangkan iaitu hidup manusia penuh

    penderitaan, manusia menderita kerana nafsu, manusia perlu menghapuskan

    nafsunya untuk melepaskan diri daripada penderitaan dan mencapai nirwana dan

    penderitaan dapat dihapuskan dengan mengamalkan Jalan Lapan Lapis Mulia.

    Jalan Lapan Lapis Mulia menurut ajaran Buddha ialah pengetahuan yang baik,

    pemikiran yang baik, pertapaan yang baik, perkataan yang baik, keinginan yang

    baik, kelakuan yang baik, usaha yang baik dan kehidupan yang baik.

    Ajaran Buddha juga terdiri daripada kerangka dasar ajaran Buddha yang

    terbahagi kepada tiga iaitu ajaran tentang Sradha (keyakinan), ajaran tentang sila

    (etika) dan ajaran tentang ritual (bhakti). Ajaran tentang Sradha (keyakinan)

    bermaksud penganut Buddha harus memiliki keyakinan kepada Tuhan, adanya para

    Buddha, kitab suci dan nirwana. Ajaran tentang sila (etika) pula ialah sila atau budi

    pekerti itu dititikberatkan supaya manusia boleh mencapai suatu kebijaksanaan yang

    sempurna. Kesempurnaan ini dapat diperoleh dengan mengamalkan enam jalan

    sempurna iaitu pemberian dalam bentuk kebendaan dan moral, keseimbangan,

    keteguhan, dan kebersihan perbuatan, perkataan dan pemikiran, pemikiran yang

    tenang dan seimbang, semangat yang berkobar-kobar dan penuh perjuangan untuk

    mencapai tujuan, dan niat untuk mempersatukan pemikiran. Manakala ajaran

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    2/14

    tentang ritual (bhakti) pula bermaksud rasa hormat dan sujud kepada sesuatu yang

    harus dihormati.

    Manakala ajaran dari segi ibadat pula terdiri daripada amalan-amalan yang

    dilakukan oleh penganut agama Buddha itu sendiri. Apabila amalan yang dilakukan

    itu berteraskan kepada ajaran agama, maka amalan itu dianggap ibadat. Amalan

    bagi penganut agama Buddha boleh dibahagikan kepada amalan harian, amalan

    menyambut perayaan dan amalan sewaktu perkahwinan. Perkara pertama ialah

    amalan harian dimana sifat tolak ansur merupakan perkara utama dalam ajaran

    buddha. Mereka percaya terdapat 3 objek suci yang perlu dihormati iaitu Buddha,

    Dhamma dan Sangha. Wajar bagi mereka untuk memiliki sebuah imej atau gambar

    Buddha di dalam rumah, bukan sebagai perhiasan tetapi sebagai penghormatan.

    Bagi penganut agama Buddha mereka harus memberi penghormatan kepada

    Guru Agung mereka pada setiap hari. Amalan ini dilakukan pada awal pagi atau

    lewat malam sebelum tidur. Ketika melakukan amalan ini, puja berfaedah jika usaha

    dilakukan untuk membaca Sutta. Cara hidup begini adalah satu amalan Buddhis

    yang mulia. Selain itu, ibubapa yang beragama Buddha digalakkan menghantar

    anak-anak mereka ke Sekolah Minggu Buddhis atau kelas-kelas agama untuk

    melatih mereka menjadi anak-anak yang bertanggungjawab dan warganegara yang

    baik.

    Sementara seseorang Buddhis digalakkan untuk melaksanakan amalan agama

    di dalam rumah, mereka juga diingatkan supaya tidak melupakan atau mengabaikan

    kewajipan sosial mereka terhadap kegiatan-kegiatan di vihara (wat) pada bulan

    purnama dan hari bulan baru iaitu hari pertama dan hari ke-15 kalendar Cina.

    Kunjungan ke sesebuah vihara dan menyertai upacara keagamaan dianggap

    sebagai satu perbuatan yang berpahala. Mengamal Delapan Sila (Attha Sila) oleh

    para penganut pada perayaan tanggal satu dan limabelas merupakan satu

    perbuatan yang berpahala serta berpatutan. Mereka yang menyertai upacara ini

    diminta untuk berpakaian sederhana yang serba putih dan berada di vihara selama

    sehari untuk mengambil bahagian di dalam upacara-upacara keagamaan seperti

    meditasi, perbincangan agama, membaca buku-buku agama serta mengembangkan

    kasih sayang suci. (Bhante Dr K Sri Dhammananda. 2005:2).

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    3/14

    Masyarakat beragama Buddha menyambut pelbagai perayaan seperti Tahun

    Baru Cina dan Zhong Qiu Jie (Pesta Kuih Bulan). Terdapat amalan yang diamalkan

    semasa menyambut perayaan-perayaan ini. Bagi Tahun Baru Cina, biasanya

    perayaan ini disambut di antara pertengahan Januari atau Februari selama 15 hari.

    (Denyse Tessensohn.1994:111). Jamuan keluarga yang diadakan pada malam

    Tahun Baru amat penting. Kepala keluarga dianggap amat bertuah jika semua

    anaknya sama ada yang telah berkahwin ataupun belum, dapat makan bersama

    pada malam itu. Pelbagai makanan akan disediakan. Sebelum tengah malam iaitu

    pada pukul 11.00 malam, semua ahli keluarga akan membakar colok di tempat

    pemujaan. Roh nenek-moyang yang telah mati diberi penghormatan sepenuhnya.

    Ibubapa duduk bersama dan anak-anak akan memberi dua biji buah limau. Sebagai

    balasan anak-anak akan menerima hongbao yang mengandungi wang kertas baru.

    Tingkap dan pintu dibiarkan terbuka dan masing-masing mengucapkan Gong Xi Fa

    Cai (Selamat Tahun Baru dan Semoga Makmur). (Denyse Tessensohn.1994:111).

    Apabila berkunjung ke rumah orang Cina pada hari perayaan ini yang

    dianggap terpenting di antara semua perayaan, jika boleh, bawa bersama dua biji

    buah limau mandarin. Amalan bertukar-tukar hadiah adalah biasa dalam kalangan

    sepupu dan adik-beradik yang telah berkahwin. Ketika menyambut Tahun Baru,

    orang Cina mempunyai amalan yang dikaitkan dengan nasib baik dan buruk seperti

    tidak melakukan kunjungan pada hari ketiga, jangan memotong menggunakan pisau

    atau gunting, bercakap hanya mengenai sesuatu yang menggembirakan dan tidak

    marah-marah. Sepanjang cuti, ramai yang bermain mahjong dan daun terup dan

    ramai juga keluarga yang akan berkunjung ke tokong. Chap Goh Mei atau Yuan

    Xiao ialah hari ke-15 Tahun Baru Cina. Jamuan akan diadakan sebagai penutup

    Tahun Baru. Yu Sheng ialah sejenis hidangan utama. Ketika hendak memakannya

    bahan-bahan akan digaul sambil melaungkan kekata lo hei yang bermaksud

    Semoga semua yang hadir bertambah makmur. Tradisi ini diamalkan oleh orang

    Kantonis, Teochew dan para peniaga yang berkumpul untuk mengucapkan selamat

    dan makmur di antara satu sama lain. (Denyse Tessensohn.1994:112).

    Manakala Zhong Qiu Jie (Pesta Kuih Bulan) pula disambut pada malam bulan

    lapan qamari ketika bulan penuh yang dianggap masa yang paling indah sepanjang

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    4/14

    tahun bagi orang Cina. Ketika ini pesta kuih bulan disambut secara romantik dan

    meriah. (Denyse Tessensohn.1994:113). Kanak-kanak bermain tanglung dan

    menikmati kuih-muih istimewa. Orang muda mengambil kesempatan untuk

    berkenalan dan menemui seseorang yang istimewa. Ramai keluarga menjamu

    selera dengan memakan buah limau bali (pomelo) dan kuih bulan yang diisi dengan

    kacang manis, kuning telur asin atau makanan vegetarian. (Denyse

    Tessensohn.1994:113)

    Seterusnya ialah amalan sewaktu perkahwinan. Pada masa kini peranan

    tukang risik semakin pupus. Orang muda bertemu pasangan masing-masing di

    tempat kerja, majlis-majlis dan rumah-rumah kawan. Janji temu dibenarkan oleh

    keluarga, sekalipun yang konservatif. Bagaimanapun, ia dikawal dan tidak dilakukan

    secara bebas. Persetujuan ibubapa masih penting. Mengikut tradisi, pasangan itu

    mesti daripada kumpulan loghat dan latar belakang yang sama dan bukan berasal

    daripada suku yang sama. Bagaimanapun, ibubapa moden lebih bersifat terbuka.

    Sebelum ketibaan hari perkahwinn, berbagai-bagai istiadat penting diadakan.

    Haribulan dan waktu perkahwinan yang dipilih mestilah yang dipercayai membawa

    tuah. Upacara perkahwinan yang sebenar hanya melibatkan ahli keluarga sahaja

    dan kenalan rapat jarang diundang sama. Upacara minum teh amat penting dalam

    perkahwinan Cina, tetapi pasangan pengantin mestilh sudah mendaftarkan

    perkahwinan mereka di pejabat pendaftarn perkahwinan sivil, di tokong atau gereja.

    Upacara ini berlangsung di rumah pengantin lelaki dan di situ juga teh

    dipersembahkan kepada tuhan dan nenek moyang di hadapan tempat pemujaan

    keluarga. Pasangan pengantin akan melutut atau tunduk sambil menuang teh untuk

    pihak keluarga pengantin lelaki. Sebagai balasan, pasangan pengantin akan diberi

    hongbao atau barang kemas emas. Kemudian, adik-beradik pengantin lelaki akan

    mempersilakan pasangan itu minum teh, disusuli oleh pasangan pengantin

    menghadiahkan hongbao kepada mereka. Setelah itu, pasangan ini akan ke rumah

    pengantin perempuan pula dan upacara yang sama akan dilakukan kepada keluarga

    pengantin perempuan.

    Pada zaman dahulu,pinliialah hantaran kepada pengantin perempuan untuk

    ibubapanya. Oleh sebab si gadis akan menjadi hak suaminya, pihak suami perlu

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    5/14

    membayar ganti. Rugi kepada ibubapa si gadis yang telah membesarkan anak

    mreka selama ini. Oleh itu, pinlidianggap sebagai adat lama yang wajar dikekalkan,

    memandangkan ia adalah cara yang sebaik-baiknya menghargai jasa dan

    pengorbanan ibubapa. Sebahagian daripada pinli juga digunakan untuk membayar

    harga pakaian pengantin perempuan. (Denyse Tessensohn.1994:115).

    Nilai- nilai Murni Dalam Ajaran Buddha

    Buddha merupakan seorang yang dikenali dengan sifat merendah diri dan

    juga bersederhana dalam melakukan setiap pekerjaannya. Bekiau diagungkan oleh

    pengikutnya bukan karena kekayaan, keindahan, atau lainnya. Beliau diagungkan

    karena kebaikan, dan kebijaksanaannya. Inilah sebab utama mengapa pengikut

    ajaran Buddha memilih ajaran Buddha sebagai agama mereka.

    Buddha mengajar pengikutnya dengan pelbagai nilai yang sangat penting

    dalam hidup. Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakseimbangan di dalam dunia.

    Secara kasarnya, beliau mengajar penganutnya supaya hidup secara sederhana.

    Walau bagaimanapun, terdapat nilai- nilai lain yang diajar oleh beliau yang

    membuatkan ramai yang kagum dengannya.

    Antaranya ialah ajaran Buddha tidak membedakan kelas atau dalam kata lain

    kasta. Ini bermakna, setiap manusia adalah sama tarafnya walaupun mereka

    berbeza dari segi pangkat, keturunan dan juga harta. Tambahan pula, Buddha

    mengajarkan bahawa manusia menjadi baik atau jahat bukan kerana kasta atau

    status sosial. Sebaliknya, beliau percaya seseorang itu boleh menjadi manusia yang

    baik atau jahat karena perbuatannya. Dengan berbuat jahat, seseorang menjadi

    jahat, dan dengan berbuat baik, seseorang menjadi baik. Sebagai contoh, setiap

    manusia mahupun raja ataupun orang miskin boleh memasuki syurga atau neraka,

    ataupun mencapai Nirvana.

    Selain itu, agama Buddha mengajar pengikutnya supaya mempunyai sifat

    belas kasih yang universal ataupun menyeluruh. Beliau menyuruh agar pengikutnya

    memancarkan dan mempamerkan kasih saying ataupun metta kepada semua

    makhluk lain walaupun makhluk tersebut adalah seekor semut. Jadi, manusia

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    6/14

    mestilah berbaik- baik sesama mereka tanpa mengira jantina dan warna kulit. Selain

    itu, manusia juga seharusnya mempunyai sifat belas kasihan terhadap haiwan tanpa

    mengira jenisnya. Berbeza dengan beberapa agama lain, para pengikutnya

    dibolehkan membunuh haiwan kerana agama mereka mengajar umatnya bahawa

    haiwan diciptakan adalah untuk meneruskan kelansungan hidup. Bahkan, ada

    agama yang membenarkan pembunuhan terhadap manusia yang bersalah dan juga

    yang menentang agama mereka.

    Di samping itu, Buddha juga tidak memaksa pengikutnya supaya

    mempercayainya. Jadi, tiada paksaan dalam menganut agama ini. Bagi beliau,

    seseorang itu akan mengetahui dan mempercayai kebenaran sesuatu agama

    dengan kajian individu. Jadi, beliau menggalakkan penganutnya supaya berfikir dan

    mereka bebas untuk membuat pilihan. Buddha bahkan pernah berkata, Jangan

    percaya apa yang Kukatakan kepadamu sampai kamu mengkaji dengan

    kebijaksanaanmu sendiri secara cermat dan teliti apa yang Kukatakan. Hal ini pun

    berbeza dengan agama lain yang melarang pengikutnya mengkritik ajarannya

    sendiri. Kita boleh katakana Buddha adalah seorang yang menyarankan seseorang

    itu melakukan penyiasatan dan tidak memaksa menganut ajaran yang disebarkan

    oleh beliau.

    Berikutnya, Agama Buddha mengajarkan seseorang itu sepatutnya

    melindungi dirinya sendiri. Nilai murni yang dapat kita boleh dapatkan daripada apa

    yang dikatakan beliau ialah kita mestilah menyayangi diri sendiri dan tidak

    melakukan perkara yang boleh memudaratkan kesihatan. Beliau pernah berkata

    bahawa, Jadikanlah dirimu pelindung bagi dirimu sendiri. Siapa lagi yang menjadi

    pelindungmu? Bagi orang yang telah berlatih dengan sempurna, maka dia telah

    mencapai perlindungan terbaik. Hal ini berbeza dengan pepatah inggeris yang

    selalu kita dengar iaitu God helps those who help themselves ataupun Tuhan

    menolong mereka yang menolong dirinya sendiri. Inilah ajaran Buddha yang

    menyebabkan umat Buddha mencintai kebebasan dan kemerdekaan, dan

    menentang segala bentuk kezaliman dan penjajahan. Buddha sendiri tidak pernah

    mengaku yang beliau adalah tuhan. Sebaliknya, beliau hanyalah seorang guru

    ataupun pemimpin yang diberikan amanah untuk menyampaikan ajran tersebut.

    Beliau juga tidak pernah menjanjikan syurga (Nibbana) mahupun neraka sekiranya

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    7/14

    penganutnya melakukan kebaikan mahupun kejahatan. Seperti tertulis dalam

    Dhammapada, Semua Buddha, termasuk Saya, hanyalah penunjuk jalan . Pilihan

    untuk mengikuti jalanNya atau tidak, tergantung pada orang yang bersangkutan.

    Jadi, beliau berpendapat seseorang itu tidak akan dilemparkan ke syurga sekiranya

    melakukan kebaikan dan tidak semestinya dilemparkan ke neraka oleh Nya

    sekiranya mereka melakukan kejahatan. Jika seseorang itu melakukan segala jenis

    dosa dan dia memuja, berdoa, dan menghormati Tuhan, maka Tuhan akan

    menunjukkan cintaNya dan mengampuni orang tersebut. Hal ini membuat orang

    menjadi terdorong untuk tidak peduli, walau sebesar manapun dosanya, dia masih

    akan diampuni sekiranya dia bertaubat atas kesalahannya.

    Seterusnya, Agama Buddha adalah agama yang suci. Apa yang dimaksudkan

    dengan frasa tersebut adalah agama tanpa pertumpahan darah. Buddha

    menyarankan supaya umatnya hidup dalam suasana yang harmoni, dan dan tidak

    bergaduh mahupun berperang antara satu sama lain. Setelah lebih dari 2500 tahun

    agama ini berkembang ke serata dunia, Agama Buddha tidak pernah menyebabkan

    peperangan. Bahkan, Buddha sendiri melarang penyebaran ajaranNya melalui

    senjata dan kekerasan. Sebagai perbezaan, banyak pemimpin agama menjadi raja

    kepada kerajaannya, dan pada masa yang sama menjadi diktator dari agamanya.

    Menurut beberapa bahan rujukan, meskipun ada beberapa agama yang tidak

    disebarkan melalui senjata atau kekerasan, tetapi mereka telah menyebabkan

    terjadinya kepada perang antara agama. Hal ini menyebabkan agama tersebut tidak

    layak dianggap sebagai agama yang suci atau bebas dari pertumpahan darah.

    Agama Buddha juga adalah agama yang damai dan bebas daripada

    memonopoli kedudukan ataupun penaklukan. Dalam Dhammapada, Buddha

    berkata, Seseorang yang membuang pikiran untuk menaklukkan orang lain akan

    merasakan kedamaian. Pada saat yang sama, Beliau memuji sekiranya seseorang

    itu membuat penaklukkan terhadap diri sendiri. Beliau berkata, Seseorang yang

    menaklukkan ribuan orang dalam perang bukanlah penakluk sejati. Tetapi

    seseorang yang hanya menaklukkan seorang saja yaitu dirinya sendiri, dialah

    pemenang tertinggi.

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    8/14

    Di sini, menaklukkan diri sendiri terletak pada bagaimana mengatasi kilesa

    (kekotoran batin). Ini bermakna, pengikut Buddha diajar supaya mengawal diri dari

    melakukan perkara terkutuk dan keji. Ini termasuk suka membazir serta melakukan

    kejahatan terhadap diri sendiri dan makhluk lain. Hal in berkait rapat den nilai murni

    yang diajarkan Buddha supaya penganutnya besederhana dan menyayangi antara

    satu sama lain. Andaikan semua orang menjadi umat Buddha, maka diharapkan

    manusia akan beroleh perdamaian dan kebahagiaan. Buddha mengatakan bahwa

    semua makhluk harus dianggap sebagai sahabat atau saudara dalam kelahiran,

    usia tua, penyakit, dan kematian. Beliau juga mengajarkan semua umat Buddha

    untuk tidak menjadi musuh orang-orang tak seagama atau pun menganggap mereka

    sebagai orang yang berdosa. Beliau mengatakan bahwa siapa saja yang hidup

    dengan benar, tak peduli agama apapun yang dianutnya, mempunyai harapan yang

    sama untuk beroleh kebahagiaan di kehidupan sekarang dan kehidupan yang akan

    datang. Sebaliknya, siapapun yang menganut agama Buddha tetapi tidak

    mempraktikkannya, hanya akan beroleh sedikit harapan akan pembebasan dan

    kebahagiaan.

    Dalam agama Buddha, setiap orang memiliki hak yang sama untuk mencapai

    kedudukan yang tinggi. Dengan kata lain, setiap orang dapat mencapai

    Kebuddhaan. Ini berkait rapat dengan nilai yang mana setiap manusia tidak mengira

    pangktnya boleh mencapai Nirvana. Dalam agama lain, tiada siapapun bisa menjadi

    Tuhan selain Tuhan sendiri, tidak peduli sebaik apapun pengikutnya bertindak.

    Seseorang takkan pernah mencapai tingkat yang sama dengan Tuhan. Bahkan

    pemimpin agama pun takkan pernah mencapai ketuhanan.

    Yang terakhir, Agama Buddha mengajarkan tentang konsep sebab dan

    akibat. Buddha mengajarkan bahawa segala sesuatu yang berlaku mempunyai

    sebabnya yang tersendiri. Tiada suatu apapun yang muncul tanpa alasan. Sebagai

    contoh, kebodohan, ketamakan, keuntungan, kedudukan, pujian, kegembiraan,

    kerugian, penghinaan, celaan dan penderitaan adalah akibat dari keadaan-keadaan

    yang memiliki sebab. Jadi, dapat kita simpulkan bahawa akibat-akibat baik muncul

    dari keadaan-keadaan yang baik, dan akibat buruk muncul dari penyebab-penyebab

    buruk. Kita sendiri yang menentukan keuntungan dan kerugian bagi diri kita dan

    Tidak ada tuhan atau siapapun yang dapat melakukannya mahupun mengubahnya

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    9/14

    untuk kita. Oleh karena itu, kita harus menentukan nasib kita sendiri, Buddha dalam

    kata lain menggalakkan penganunya berusaha bersungguh- sungguh dalam

    melakukan setiap perkara yang dijalankan dan tidak hanya mengharapkan belas

    kasihan orang lain danjuga nasib yang baik sahaja.

    Secara keseluruhannya, dapat kita katakan bahawa Buddha memberikan

    nasihat dan kata- kata berguna dalam setiap aspek kehidupan. Setiap perkara besar

    yg diajjarkan beliau mempunyai maksud dan juga hikmah yang tersirat yang mana

    dapat kita fikirkan menggunakan logik akal. Jika persamaan dilakukan antara

    agama- agama yang terdapat di duna ini, kita dapat lihat dengan jelas sekali bahawa

    setiap agama menganjurkan kepada perbuatan- perbuatan baik dan tidak

    menggalakkan penganut mereka dari melakukan kejahatan dan juga permusuhan di

    dalam kalangan manusia.

    Kesan- kesan Ajaran Buddha Terhadap Individu

    Jika kita benar-benardapat memahami sifat sebenar Buddha Dhamma,

    tidak perlu ditanya lagi sama ada Buddhisme itu suatu agama yang praktikal.

    Perkataan Buddhisme itu dapat diinterpretasikan dalam pelbagai cara. Buddha

    Dhamma merupakan peraturan-peraturan moral semulajadi yang telah diterima

    secara universal kerana ia telah diperkenalkan melalui suatu pemahaman yang

    mendalam mengenai manusia. Seperti yang kita tahu, Buddha sendiri mengajar

    pengikutnya pelbagai ajaran yang dapat dijadikan teladan yang baik. Teladan ini jika

    dilihat secara kasarnya masih relevan walaupun telah diamalkan sejak lebih 2500

    tahun yang lalu. Dapat kita lihat ajaran ini menekankan terhadap etika dan tatasusila

    seseorang individu untuk hidup di dalam masyarakat. pelbagai kesan individual yang

    dapat diambil dan dijadikan model jika para pengikutnya mengamalkan sepenuhnya

    ajaran ini,.

    Jikalau setengah-setengah ajaran dikemukakan untuk mengawal minda dan

    deria seseorang demi menghasilkan seorang manusia yang mulia, ajaran-ajaran itu

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    10/14

    janganlah dianggap sebagai tidak praktikal. Jika seseorang manusia itu jatuh sakit

    dan doktor memberi ubat yang pahit, maka mereka tidak boleh menganggap

    bahawa ubat itu tidak mujarab. Doktor memberi ubat tersebut berdasarkan sifat

    penyakit. Dengan cara yang serupa, bila Buddha mengemukakan prinsip-prinsip

    keagamaan, Beliau sedar bahawa manusia penuh dengan pelbagai mentaliti.

    Buddha menasihatkan penganutnya supaya mempupuk tatasusila dengan

    mengamalkan prinsip-prinsip dan sifat-sifat suci yang tertentu yang baik. mereka

    perlu mempraktikkan agama ini dengan mula-mula sekali, menyemai kelakuan yang

    bermoral. Apakah moraliti? Istilah ini tidak harus didefinisikan secara longgar kerana

    sedia wujud begitu banyak peraturan relatif

    yang diperkenalkan manusia sebagai bermoral atau beretika. Akan tetapi, moral

    atau etika ciptaan manusia adalah relatif dan berubah mengikut kehendak manusia

    sendiri. Ia berubah mengikut masa dan kehendak masyarakat. Kelakuan dan moral

    tertentu tidak sesuai jika diamalkan di dalam negara dan masyarakat tertentu. Lain

    orang, lain pula pendapatnya. Akan tetapi, jika kita kaji kod etika yang diperkenalkan

    oleh Buddha, kita akan dapat memahami mengapa ia kekal serta tidak berubah dan

    akan relevan selama-lamanya.

    Seterusnya, Buddha memperkenalkan Dhamma untuk dipraktikkan, tetapi

    menyuruh para pengikutnya supaya tidak sekali-kali mempercayainya secara

    membuta tuli. Pengikut-pengikut agama tertentu selain Buddhisme bila sahaja

    ditanya sebab-sebab mereka mengamalkan praktis dan kepercayaan keagamaan

    yang tertentu, berterus terang bahawa praktis dan kepercayaan tersebut dihuraikan

    di dalam buku-buku suci mereka. Guru-guru agama dan ibu bapa mereka telah

    mengajar mereka mempercayai tanpa menyoal apa sahaja yang termuat di dalam

    buku-buku suci dan mereka juga wajib mengikut tradisi.

    Selain itu, Buddha pernah berkata, Ehi-Passiko, yang bermakna Datang

    dan Menyiasat. Beliau tidak pernah menyuruh sesiapa juga untuk datang dan

    mempercayai ataupun datang dan menerima terus Ajarannya. Dari mula-mula lagi,

    itulah caranya Beliau memperkenalkan Ajaran-ajarannya. Datang dan melihat,

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    11/14

    kemudian menyiasat. Dia menyuruh para pengikutnya supaya menggunakan akal,

    minda dan kebijaksanaan. Mengikut ajaran Buddha yang diperolehi dari sumber-

    sumber yang dipercayai, beliau menyuruh penganutnya supaya jangan sekali-kali

    menerima terus ajaran guru-guru agama, menganggap bahawa mereka sudah

    tentunya betul secara automatik atas sebab mereka itu orang yang mulia. Tidak baik

    untuk menerima mana-mana prinsip keagamaan termasuk yang termuat di dalam

    buku-buku suci tanpa menilai terlebih dahalu atau memahami makna dan faedah

    yang termaktub di dalamnya. Sebagai buktinya, Buddha telah menaruh

    kepercayaannya kepada kebijaksanaan manusia serta kebolehan manusia

    menggunakan kebijaksanaannya .

    Berdasarkan Jalan Mulia Lapan Lapis, para penganut Buddha digalakkan

    berfikir terlebih dahulu dalam melakukan perbuatan baik dan meninggalkan

    perbuatan jahat. Ini boleh disamakan dengan pepatah melayu, buat baik berpada -

    pada, berbuat jahat jangan sekali. Seseorang individu seharusnya berfikir dahulu

    sebelum membuat kebaikan kerana ini boleh menyebabkan individu lain mendapat

    kesan buruk daripadanya. Ini kerana, perkara ini boleh menyebabkan pelaku

    kebaikan itu sendiri teraniaya. Ini juga boleh disamakan dengan pepatah melayu

    iaitu bagai melepaskan anjing tersepit. Sebagai contoh, Kamil membantu kawan

    baiknya yang cedera untuk membawa beg yang sudah dia ketahuinya terdapat

    dadah di dalamnya. Jika kita lihat, peruatan Kamil itu sangat mulia tetapi secara

    tidak lansung boleh menyebabkannya diheret oleh anggota polis ke dalam penjara.

    Di samping itu, Buddha menekankan para penganutnya supaya berusaha

    sedaya upaya mengawal fikiran yang tidak benar atau lebih baik lagi,

    menggantikannya dengan fikiran yang baik. Cara itu sahaja yang dapat

    menghapuskan kekurangan tersebut. Cara berfikir dengan betul adalah dengan

    menggunakan daya pemikiran demi mencapai kejayaan. Jika seseorang individu itu

    telah mempelajari cara mengawal dan menumpu tenaga mental, maka mereka

    seolaholah melihat masalah yang dihadapi itu mempunyai jalan penyelesaian yang

    mudah dan mampu diatasi. Tiada sesiapa pun yang dapat meruntuhkan mereka

    pada masa itu dan tiada siapa yang dapat mengganggu kita kerana semangat dan

    azam yang membara. Setiap manusia membina keyakinan diri untuk menghadapi

    segala masalah, mental mahupun fizikal. Disebabkan ini, seseorang itu patut

    menjimatkan tenaga mental kita dengan menggunakan Fikiran yang Benar. Dengan

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    12/14

    ini, kebencian dihapuskan dan sebaliknya Metta dipupuk. Memupuk fikiran yang

    benar dapat mengurang perpautan, Seterusnya individu tersebut dapat menilai

    setiap masalah secara objektif tanpa membuang tenaga yang amat berrnilai.

    Berikutnya adalah pertuturan yang Benar. Petuturan kita kadang kala

    menyakitkan hati orang lain. Masalah timbul kerana kita bercakap tanpa berfikir

    dahulu. Dengan itu, sebelum kita mula bercakap, kita mesti berjaga jaga. Kita

    mesti mempunyai pengetahuan dan kesedaran agar tidak bercakap secara tidak

    bertanggungjawab. Fikirlah sebelum bertutur. Pertimbangkan sama ada pertuturan

    itu berniat jahat, kasar, kesat atau siasia. Penggunaan perkataan yang tidak wajar

    akan merendahkan imej kita di kacamata orang lain.

    Tindak-tanduk yang Benar juga ditekankan Buddha kepada penganutnya.

    Kita patut cuba sedaya upaya agar tidak mementingkan diri, memikirkan perihal

    kebajikan diri sendiri sahaja. Kebajikan orang lain perlu difikirkan juga. Kita perlu

    mengelakkan tindak-tanduk salah yang mendatangkan kesakitan, menyakiti hati

    atau mendatangkan keburukan kepada orang lain. Tindakan kita mestilah tindakan

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    13/14

    yang akan mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan juga kepada orang lain.

    Sesetengah tindakan berguna kepada kita tetapi tidak berguna kepada orang lain

    dan begitu juga sebaliknya. Buddha berkata, Biarlah kita bijaksana. Kita boleh

    membantu orang lain, tetapi pada masa yang sama kepentingan diri sendiri tidak

    diketepikan. Buddha melarang penganutnya supaya jangan sekalikali bertindak

    bertentangan dengan Panca Sila.

    Cara sara-hidup yang Benar juga perlu dipraktikkan oleh penganut Buddha.

    Pada dasarnya, seseorang manusia perlu mencari nafkah untuk menyara hidup,

    sama ada secara makan gaji ataupun berniaga. Walau apa pun pekerjaan yang

    dilakukan, ia mestilah mengikut suara hati. Ada yang menjalankan perniagaan

    dengan menipu atau membawa kesengsaraan kepada orang lain. Tentu sekali cara

    hidup ini dicela oleh sesiapa pun. Di dalam apa sahaja pekerjaan yang dilakukan,

    seseorang itu mestilah mempunyai sikap yang berpatutan, bersopan dan adil.

    Pekerjaan yang melibatkan penyembelihan binatang, penjualan hamba abdi,

    minuman keras, racun, dadah merbahaya dan senjata patut elakkan.

    Kesedaran yang Benar bermaksud apa sahaja yang dilakukan haruslah

    dalam keadaan waras atau sedar pada setiap masa. Kita perlu berjaga- jaga ketika

    bertutur dan berfikir. Fikiran seseorang itu tidak seharusnya dibiarkan melencong.

    Dengan cara ini, seseorang itu akan bekerja dengan cekap. Kesedaran seperti ini

    mesti dipraktikkan pada bila-bila masa di dalam kehidupan harian. Sebagai contoh,

    jika seseorang itu mendapat musibah atau kesusahan, dia seharusnya berfikiran

    lebih terbuka dan positif.

    Akhirnya adalah Konsentrasi minda yang Benar atau Latihan Mental. Secara

    kasarnya, fikiran individu tidak betulbetul terlatih. Disebabkan ini, mereka sering

    melakukan kesalahan dan menjadi runsing. Seseorang individu mestilah melatih dan

    mengawal fikirannya. Setelah itu, minda akan lebih dipercayai, lebih sedar, baik, adil

    dan saksama kepada semua. Walau bagaimanapun, proses ini amat sukar dan

    segelintir sahaja manusia yang dapat mencapai minda yang terlatih sempurna. Ini

    adalah sebabnya dunia ini penuh dengan orang yang tidak boleh dipercayai, kejam,

    dan selalu melakukan tipu helah. Jika minda manusia telah terlatih, maka setiap

    insan dapat hidup secara aman. Punca utama masalah seseorang individu ialah

  • 7/28/2019 Sejarah Kedatangan Agama Buddha

    14/14

    minda itu tidak terlatih dan dikuasai oleh nafsu keinginan, kebencian dan kejahilan.

    Apabila kesemua pengaruh-pengaruh buruk ini telah dapat dihapuskan,

    ketenteraman dan kebahagiaan akan dicapai.

    Kesimpulan.

    Kita sebagai rakyat Malaysia khususnya yang hidup di dalam pelbagai kaum

    seharusnya memahami dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai agama lain. Ini

    adalah kerana, dengan mempelajari agama lain kita dapat memupuk semangat

    kemuafakatan. Sebagai contoh, kita mengetahui tentang pantang larang di dalam

    agama lain, kita dapat mengelak dari menyakitkan hati kaum atau agama lain.

    Agama buddha melarang penganutnya untuk memakan daging, kita sepatutnya

    menghormati perbezaan ini dengan mengelak dari menghidang mereka makan

    daging. Perkara seperti ini akan memupuk semangat kerjasama dan dapt hidup

    dalam 1 masyarakat yang harmoni.