salahudin al-ayubi (1138 - 1193 m)

Upload: perindusyurgailahi

Post on 06-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    1/25

    http://1.bp.blogspot.com/_NH-xSMedrAY/SaU26rcvIGI/AAAAAAAAAU8/1kZEliFWVeM/s1600-h/salahuddin+al-ayubi.jpg
  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    2/25

    SECARARINGKASTENTANG KING SALAHUDINAL-AYUBI;

    Memerintah 1174 M. 4 Maret-1193 M.Dinobatkan 1174 M.

    Nama lengkap : Yusuf Ayyubi

    Lahir 1138 M. di Tikrit, Iraq Meninggal 1193 M. di Damaskus, Syria.

    Dimakamkan Masjid Umayyah, Damaskus, Syria

    Pengganti Al-Aziz

    Dinasti Ayyubid Ayah : Najmuddin Ayyub

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    3/25

    Selain dikagumi Muslim, Shalahuddin atauSaladin/salahadin mendapat reputasi besar dikaum Kristen Eropah.

    Kisah perang dan kepemimpinannya banyak ditulisdalam karya puisi dan sastra Eropa, salah satunyaadalah The Talisman (1825) karya Walter Scott.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    4/25

    PETIKANDARI

    ABUL HASSANALI NADWAI,

    SAVIORSOF ISLAMIC

    SPIRIT.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    5/25

    Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anakorang Kurd biasa.

    Pendidikannya juga seperti orang lain.

    Tiada siapapun yang menjangka suatu hari nantibeliau akan merampas kembali Palestin danmenjadi pembela akidah Islamiah yang hebat.

    Menjadi contoh dan perangsang memerangikekufuran sehingga ke hari ini.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    6/25

    Stanley Lane Poole seorang penulis Baratmenyifatkan Salahuddin sebagai

    anak seorang gobenor yang memilliki kelebihan tetapitidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan

    menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    7/25

    Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpinbesar pada zamannya dan Allah telah menyediakan danmemudahkan jalan-jalannya .

    Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultanAleppo, beliau diperintahkan untuk mara ke Mesir.

    Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaanSyi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah.

    Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddintelah menulis bahawa Salahuddin sangat berat danmemaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yanghendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin,1234).

    Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan denganfirman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamumenyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-

    Baqarah:216)

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    8/25

    PERTUKARAN HIDUP SALAHUDDIN

    Apabila Salahuddin menguasai Mesir, beliau tiba-tibaberubah.

    Yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkankepadanya satu tugas yang amat berat yang tak

    mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh.

    Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawaSalahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintahMesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap daripandangan matanya. Dengan hati yang rendah dansyukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaandunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    9/25

    Bahkan Stanley Lane Poole (1914) telah menuliskan ;

    Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebihkeras.

    Bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin

    dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang danmemilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepadatenteranya.

    Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaituuntuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untukmenghalau orang kafir dari tanah air Islam.

    Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkanaku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestinuntukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam.Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untukjalan jihad.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    10/25

    SEMANGAT JIHADNYA

    Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalanAllah.

    Semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihadmenentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi

    tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk mencari

    mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

    Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad

    ia akan memberikan sepenuh perhatian. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat

    kepercayaannya.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    11/25

    Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapatmelihat apabila ia telah memulakan jihad melawantentera salib ia akan menumpukan seluruh perhatiannyakepada persiapan perang dan menaikkan semangattenteranya.

    Bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujungyang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akanpergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yangberlinang mengajak manusia supaya bangkit membelaIslam.

    Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupunselepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.

    Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makanbeberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hinggaIsnin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepadapeperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    12/25

    PEPERANGAN HITTIN

    Peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddindengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin.

    24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta

    adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembasar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari

    Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-

    Poole menceritakan dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.

    Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batudi antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai.

    Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini.Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih darijauh.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    13/25

    KECINTAAN SALAHUDDINKEPADA ISLAM

    Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasapeperanggan Hittin.

    Pada satu ketika setelah khemahnya didirikandiperintahkannya tawanan perang dibawa kehadapannya.

    Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dariChatillon masuk ke khemahnya.

    Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian iabangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya.

    Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota sucidan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah akuakan menuntut bela Muhammad atasnya". Lalu iamenghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald.Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal darikhemah.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    14/25

    Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, iamengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba.

    Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata,

    "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain,tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jaditerjadilah apa yang telah terjadi".

    Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadabanReginald kepada Islam dan Nabi Muhammad.

    Kisah : jemaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa

    belas kasihan oleh Reginald, tawanannya merayu supayamereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnyamengatakan, "Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad,untuk menyelamatkan kamu". Apabila ia mendapat berita iniia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannyasendiri apabila ia dapat menangkapnya.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    15/25

    MENAWAN BAITUL MUQADDIS

    Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitulMuqaddis hinggakan bukit pun akan mengecut dari bebananyang dibawa di dalam hatinya.

    Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj,Salahuddin telah memasuki bandar suci tempat Rasulullahsaw. naik ke langit.

    Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenanganatas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama,pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datangmeraikan gembira kemenangan ini.

    Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah"telah memenuhi langit.

    Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakansemula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Domeof Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidakdapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapahebatnya hari itu.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    16/25

    SALAHUDDINYANG PENYAYANG

    Kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnyadaripada membalas dendam dan telahmenunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.

    Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjagaperaturan di setiap jalan, mencegah segala bentukkekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan.

    Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di

    tangannya dan seorang yang amanah telah dilantikdi pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusandaripada orang-orang Kristian yang ditawan.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    17/25

    Lane-Poole juga telah menuliskan bahawaSalahuddin telah memerintahkan pegawainyamewartakan di jalan-jalan Jerusalem.

    Sesiapa yang tidak mampu membayar tebusanboleh dibebaskan.

    Maka berbondong-bondonglah orang keluar daripintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Inimerupakan sedekah Salahuddin kepada orang

    miskin.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    18/25

    Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kalipertama pada tahun 1099.

    Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey danTancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-

    jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islamyang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarakdekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah.

    Darah yang membasahi bumi yang mengalir daripembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telahmencemarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasihsayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik olehSalahuddin.

    Seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati dizamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    19/25

    PERANG SALIB KETIGA

    Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepadaorang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) dan keduatelah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperanganHittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari

    kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpaperlawanan.

    Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkanseluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah

    dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia

    Kristian telah bersekutu menyerang Salahuddin yanghanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara

    maranya serta tentaranya untuk mempertahankankehormatan Islam.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    20/25

    Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapatdikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

    Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hinggamenyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan

    jemu.

    Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untukmemuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H.

    Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalahpengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acradiletakkan di bawah pemerintahan Kristian.

    Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    21/25

    Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September,1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecualisatu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa.

    Salahuddin tidak ada rasa malu apapun denganperjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestinmasih di tangan orang-orang Kristian.

    Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telahmengangkat senjata. Bersekutu membantu Raja danPutra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaanJerusalem kepada pemerintahan Kristian.

    Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yangbalik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telahterkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih didalam tangan Salahuddin.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    22/25

    Kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalampeperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatanSalahuddin.

    Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yangmenyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila

    diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. T enteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh

    dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan merakayang tidak pernah berbelah bagi.

    Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil

    (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yanghebat.

    Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepadatentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds,Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja.

    Berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapatmenyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    23/25

    Mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusanketenteraan.

    Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddinsendiri.

    Majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiadasiapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya

    sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya,

    sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi,bendahari dan setiausaha.

    Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalammembuat keputusan.

    Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing.

    Perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, merekamemberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    24/25

    WAFATNYA SALAHUDDIN

    Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglahSalahuddin ke rahmatullah selepas berhempaspulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57tahun.

    Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuhsakit, ia telah menjadi sangat lemah.

    Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telahdiminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika

    ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah bolehdiperdengarkan kepadanya.

    Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnyasemenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an.

    Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan

  • 8/2/2019 Salahudin Al-Ayubi (1138 - 1193 M)

    25/25

    Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "DialahAllah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahuiyang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddinmembuka matanya sambil senyum, mukanya berseridan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang

    benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnyapun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelumsubuh, 27 Safar. Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan

    47 dirham ketika ia wafat.

    Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya.

    Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kospengkebumiannya.

    Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggungkos pengkebumian ini.

    Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.