sahibba 1 - kertas konsep sahibba 2013.pdf

Upload: yazid-haron

Post on 06-Jul-2018

260 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Sahibba 1 - Kertas Konsep Sahibba 2013.pdf

    1/6

    1

    KERTAS KONSEP

    PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT

    NEGERI 2013 

    1. TUJUAN

    Kertas ini dikemukakan untuk memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri

    (JPN) tentang cadangan pelaksanaan Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah

    dan Rendah Peringkat Negeri 2013.

    2. LATAR BELAKANG

    2.1  Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah dan Rendah 2013 merupakan

    program/aktiviti pengembangan bahasa dan sastera dalam kalangan

    pelajar sekolah menengah dan rendah.

    2.2  Program ini anjuran bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Syarikat

    Permainan Malaysia.

    3. MAKLUMAT PROGRAM

    3.1 Objektif

    3.1.1  Meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu

    dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah.3.1.2  Menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar dari peringkat sekolah

    menengah dalam membina kosa kata dalam bahasa Melayu.

    3.1.3  Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa

    Melayu.

    3.2 Justifikasi

    Pihak JPN dimohon untuk bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka

    untuk menjayakan Pertandingan Sahibba pada peringkat negeri masing-

    masing sebelum pelaksanaannya pada peringkat kebangsaan, iaitu pada

    20 Jun 2013. Oleh itu, DBP melalui Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah

    Tengah (DBPWTgh) akan bekerjasama dalam melaksanakannya,

    khususnya di negeri-negeri di Wilayah Tengah. Pertandingan ini juga dapat

    meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan

    pelajar sekolah menengah dan rendah serta dapat melahirkan golongan

    remaja dan kanak-kanak yang berkeyakinan tinggi melalui kaedah

    pertandingan. 

  • 8/17/2019 Sahibba 1 - Kertas Konsep Sahibba 2013.pdf

    2/6

    2

    3.3 Pelaksana

    3.3.1 Program ini dianjurkan oleh DBP dan JPN.

    3.3.2 DBP bertanggungjawab terhadap:

    (a) Pelantikan dan bayaran honorarium hakim dan juri.

    (b) Hadiah pemenang dan sagu hati.

    (c) Cenderamata perasmi.

    (d) Jamuan – makan pagi dan tengah hari untuk peserta, urus

    setia dan hakim/juri.

    3.5.3 JPN bertanggungjawab terhadap:

    (a) Penyediaan kemudahan, tempat dan peralatan.

    (b) Promosi dan publisiti.

    (c) Penyertaan peserta.

    (d) Cadangan hakim/juri.

    (e) Perbelanjaan pengangkutan, makan dan minum, dan

    penginapan peserta serta guru pengiring (sekiranya perlu)

    sebelum dan selepas program.

    (f) Hal-hal yang berkaitan dengan perjalanan program dan

    keurusetiaan.

    3.4 Pelaksanaan Program

    3.4.1 Cadangan Tarikh dan Tempat(a) Pahang

    24 April 2013 di Cameron Highlands

    (b) Negeri Sembilan

    4 Mei 2013 di SMK Dato’ Abdul Samad, Kuala Pilah

    (c) Selangor

    9 April 2013 di Hulu Selangor

    (d) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    14 April 2013 di SMK Aminuddin Baki, Kampung Pandan

    (e) Wilayah Persekutuan Putrajaya

    21 April 2013 di Putrajaya

    3.4.2 Penyertaan/Peserta

    Pertandingan ini dibuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga 3 

    (Menengah Rendah) untuk sekolah menengah dan pelajar darjah 4

    hingga 6  (Tahap Dua) untuk sekolah rendah. JPN perlu menghantar

     jumlah peserta untuk pertandingan seperti yang berikut:

  • 8/17/2019 Sahibba 1 - Kertas Konsep Sahibba 2013.pdf

    3/6

    3

    (a) Pahang

    - 36 orang peserta SR

    - 36 orang peserta SM

    (b) Negeri Sembilan

    - 32 orang peserta SR

    - 32 orang peserta SM

    (c) Selangor

    - 32 orang peserta SR

    - 32 orang peserta SM

    (d) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    - 32 orang peserta SR

    - 32 orang peserta SM

    (e) Wilayah Persekutuan Putrajaya

    - 36 orang peserta SR

    - 36 orang peserta SM

    3.4.3 Urus Setia Peringkat DBP

    Pengerusi Bersama : Pengarah DBPWTgh

    Penyelaras : Puan Yusaida Yusof

    Setiausaha : Puan Siti Ruzaiha Mohd Riffin

    Ahli Jawatankuasa : Encik Rahimi bin ArifinPuan Nor Azianti binti Abd Aziz

    Puan Faizatul Azura binti Mohd Fatoni

    3.4.4 Pengisian/jadual program

    Program akan dilaksanakan selama sehari. Pengisian/jadual

    program adalah seperti Lampiran 1.

    4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

    Pertandingan pada peringkat negeri akan diadakan sebanyak empat pusingan.

    (Tertakluk kepada jumlah peserta bagi setiap negeri.) Pecahan pusingan adalah

    seperti yang berikut:

    (i)  Pusingan Pertama: 

    32 orang peserta  dibahagikan  kepada lapan (8) buah kumpulan.

    Sebanyak 16 orang peserta akan mara ke Pusingan Kedua berdasarkan markah

    yang tertinggi.

  • 8/17/2019 Sahibba 1 - Kertas Konsep Sahibba 2013.pdf

    4/6

    4

    (ii) Pusingan Kedua: 

    16 orang peserta dibahagikan kepada empat (4) buah kumpulan. 

    Sebanyak lapan (8) orang peserta akan mara ke Pusingan Ketiga berdasarkan

    markah yang tertinggi.

    (iii) Pusingan Ketiga: 

    Lapan (8) orang peserta dibahagikan kepada dua (2) buah kumpulan.

    Empat (4) orang peserta yang mempunyai markah yang tertinggi dalam pusingan

    ketiga ini akan bertanding pada Pusingan Akhir.

    (iv) Pusingan Akhir:

    Empat (4) orang peserta  sahaja untuk pusingan ini. Pusingan ini pusingan

    menentukan johan, naib johan, tempat ke-3 dan sagu hati dalam PertandinganSahibba Peringkat Negeri. Johan bagi setiap negeri akan mewakili negeri masing-

    masing ke peringkat kebangsaan.

    5. HADIAH

    5.1 SEKOLAH MENENGAH

    Johan : Wang Tunai

    Sijil Penghargaan DBP

    Barangan Tajaan SPM

    Naib Johan : Wang Tunai

    Sijil Penghargaan DBP

    Barangan Tajaan SPM

    Tempat Ketiga : Wang Tunai

    Sijil Penghargaan DBP

    Barangan Tajaan SPM

    Sagu Hati : Wang Tunai

    (Seorang) Sijil Penghargaan DBP

    Barangan Tajaan SPM

    Peserta yang tidak berjaya turut menerima:

    (i) Sijil penyertaan DBP

    (ii) Hadiah Tajaan SPM

  • 8/17/2019 Sahibba 1 - Kertas Konsep Sahibba 2013.pdf

    5/6

    5

    5.2 SEKOLAH RENDAH

    Johan : Wang Tunai

    Sijil Penghargaan DBP

    Barangan Tajaan SPM

    Naib Johan : Wang Tunai

    Sijil Penghargaan DBP

    Barangan Tajaan SPM

    Tempat Ketiga : Wang Tunai

    Sijil Penghargaan DBP

    Barangan Tajaan SPM

    Sagu Hati : Wang Tunai

    (Seorang) Sijil Penghargaan DBP

    Barangan Tajaan SPM

    Peserta yang tidak berjaya turut menerima:

    (i) Sijil penyertaan DBP

    (ii) Hadiah Tajaan SPM

    6. PENGHAKIMAN

    6.1  Setiap meja akan ditempatkan seorang hakim. Seorang juri akan dilantik

    untuk membuat keputusan terhadap sebarang pertikaian.

    6.2  Keputusan panel hakim adalah muktamad.

    6.3  Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru-guru

    dan pegawai-pegawai Pegawai PPD/JPN atau DBP. 

    7. PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM

    Bayaran kepada hakim adalah berdasarkan honorarium yang ditetapkan oleh

    Dewan Bahasa dan Pustaka. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi

    emosi peserta/penyokong.

    5. PENUTUP

    Semoga pertandingan ini dapat memberikan impak dalam penyuburan pemikiran

    dan percambahan kosa kata pelajar.

  • 8/17/2019 Sahibba 1 - Kertas Konsep Sahibba 2013.pdf

    6/6

    6

    LAMPIRAN 1

    ATUR CARAPERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

    PERINGKAT NEGERI 2013

    (Perubahan waktu tertakluk kepada negeri)

    8.00 – 9.00 pagi  :  Pendaftaran 

    9.00 – 9.30 pagi  :  Taklimat Hakim dan Peserta 

    9.45 – 10.15 pagi  :  Pertandingan Pusingan Pertama 

    10.15 – 10.30 pagi  :  Minum Pagi 

    10.30 – 11.15 pagi  :  Pertandingan Pusingan Kedua 

    11.15 – 11.45 pagi  :  Pertandingan Pusingan Ketiga 

    12.00 – 12.30 tengah hari  :  Pertandingan Pusingan Akhir 

    1.00 – 2.00 petang  :  Penyampaian Hadiah dan Sijil 

    Makan Tengah Hari dan Bersurai