rph seni dalam pendidikan

8
Rancangan Pengajaran Harian Matapelajaran : Sejarah Tahun : 4 Mutiara Bilangan Murid : 18 orang Masa : 60 minit (8.00 - 9.00 pagi) Tarikh : 09/ 03/ 2015 (Isnin) Tema : Keluarga Saya Tajuk : Mari Belajar Sejarah Standard Kandungan : 1.2 Mengetahui dan memahami diri dan keluarga Standard Pembelajaran : 1.2.4 Mengenal pasti panggilan anggota keluarga Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini, murid akan dapat:- 1) Mengenali panggilan dalam institusi keluarga. 2) Mengenali peranan setiap anggota keluarga. 3) Menyatakan kepentingan penggunaan panggilan dalam institusi keluarga. 4) Dapat menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul. EMK : (a) Kemahiran berfikir : Membanding beza, membuat perkaitan

Upload: velmurugan-subramaniam

Post on 10-Nov-2015

285 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian

Matapelajaran:SejarahTahun:4 MutiaraBilangan Murid:18 orangMasa:60 minit (8.00 - 9.00 pagi)Tarikh:09/ 03/ 2015 (Isnin)Tema:Keluarga SayaTajuk:Mari Belajar SejarahStandard Kandungan:1.2 Mengetahui dan memahami diri dan keluargaStandard Pembelajaran :1.2.4 Mengenal pasti panggilan anggota keluargaObjektif Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini, murid akan dapat:-1) Mengenali panggilan dalam institusi keluarga.2) Mengenali peranan setiap anggota keluarga.3) Menyatakan kepentingan penggunaan panggilan dalam institusi keluarga.4) Dapat menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul.EMK:(a) Kemahiran berfikir : Membanding beza, membuat perkaitan(b) Nilai-nilai Murni : Kerjasama, sistematik, jujur.(c) Kreativiti dan Inovasi.

BBM:Bahan- bahan yang digunakan adalah:- Kertas A4 berwarna, Kad manila, gam, gunting, gambar anggota keluarga, slaid power point.Pengetahuan sedia ada:Murid mempunyai pengetahuan awal tentang panggilan anggota keluarga.

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(+/- 5 minit)Tayangan Video bertema keluarga1) Guru menayangkan sebuah video yang bertemakan keluarga.

Arahan:Perhatikan video yang ditayangkan dan teka tema apa yang ditunjukkan

2) Murid akan meneka tentang nama anggota keluarga diikuti mengenali topik yang akan dipelajari.

3) Murid akan menyenaraikan nama ahli-ahli keluarga.

Contoh:Ayah, emak, kakak, abang, datuk, nenek

BBB:- video bertema keluarga

KB:- Menaakul, membuat kaitan

Nilai:- Kerjasama, Berani

Langkah 1(+/- 15 minit)Lagu Keluarga Saya1) Guru mengarahkan murid untuk mendengar lagu berserta video yang bertema Keluarga Saya yang dipaparkan pada skrin. (rujuk lampiran)

Arahan:Dengar dan lihat video yang ditayangkan dan seterusnya nyanyi bersama-sama.

2) Murid akan menyanyi lagu bersama muzik.

3) Merujuk lagu tersebut, murid akan menggubal lagu yang bertemakan keluarga ikut irama lagu kegemaran mereka.

Arahan:Cipta satu lagu berdasarkan anggota keluarga (ayah, emak, abang, kakak, nenek, datuk, dsb) dan persembahkannya di hadapan kelas bersama kumpulan anda.4) Murid mempersembahkan lagu ciptaan masing-masing di hadapan kelas bersama dengan pergerakan atau tarian.

BBB:- lagu bertema keluarga saya

KB:- menaakul, penyelesaian masalah, berfikir kreatif dan inovatif

Nilai:- Berdikari, Kasih sayang

Langkah 2(+/- 15 minit)Pokok Keluarga1) Murid diarahkan untuk membuat folio yang bertemakan Pokok Keluarga

Arahan:Buat satu folio ringkas yang mengandungi pokok keluarga anda dan maklumat mereka.

2) Murid akan menghiaskan folio tersebut dengan kreatif dan inovatif.3) Folio tersebut terdiri daripada gambar anggota keluarga, biodata, nama panggilan serta peranan mereka dalam keluarga.

BBB:- Kertas A4 berwarna, kad manila, gambar anggota

KB:- Menaakul, Kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah.

Nilai:- tolong-menolong, kasih sayang

Kemuncak(+/- 20 minit)Lakonan Drama bertajuk Keluarga Idaman1) Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil.

2) Murid dikehendaki mencipta sebuah drama bertajuk Keluarga Idaman.

Arahan:Anda perlu melakonkan sebuah drama mini bertemakan keluarga dan melakonkannya di hadapan kelas.

3) Murid akan mereka skrip dialog tersendiri untuk drama tersebut.

4) Setiap kumpulan akan mempersembahkan drama masing-masing dengan menggunakan nada, intonasi, mimik muka yang betul.

KB:- Menaakul, membuat perkaitan, penyelesaian masalah

Nilai:- Kerjasama

PenutupLembaran Kerja1) Guru akan mengedarkan lembaran kerja yang berbentuk Pembinaan Ayat.

2) Murid akan cuba untuk menjawab.3) Guru akan merumus dan murid akan mengimbas kembali isi pengajaran dan pembelajaran hari tersebut.

BBB:- Pembinaan Ayat

KB:- menaakul, penyelesaian masalah.

Nilai:- Berdikari

Refleksi:

LAMPIRAN

Lembaran kerja