rencana sains · 1 day ago · pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk...

20
30 TEMA 2 PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP BIDANG PEMBELAJARAN 4 TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM 4.1 KELESTARIAN ALAM SEKITAR DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. KEPENTINGAN 1 Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar. 2 Mengurangkan pengeluaran karbon . 3 Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia. 4 Menjimatkan penggunaan sumber asli negara dengan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui. RENCANA SAINS ERA KENDERAAN HIJAU Kenderaan Hijau ialah kenderaan yang bersifat mesra alam, iaitu kenderaan yang tidak membebaskan asap ke persekitaran. Antara contoh kenderaan hijau ialah kereta elektrik dan kereta solar. Kereta elektrik menggunakan tenaga daripada bateri, manakala kereta solar menggunakan tenaga cahaya daripada matahari untuk menggerakkan motor kenderaan ini.

Upload: others

Post on 11-Nov-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

30

TEMA 2 PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

BIDANG PEMBELAJARAN 4 TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM

4.1 KELESTARIAN ALAM SEKITAR

DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU

Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar

dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada

aktiviti manusia.

KEPENTINGAN

1 Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar.

2 Mengurangkan pengeluaran karbon .

3 Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia.

4 Menjimatkan penggunaan sumber asli negara dengan menggunakan sumber tenaga

boleh diperbaharui.

RENCANA SAINS

ERA KENDERAAN HIJAU

Kenderaan Hijau ialah kenderaan yang bersifat mesra alam, iaitu

kenderaan yang tidak membebaskan asap ke persekitaran. Antara

contoh kenderaan hijau ialah kereta elektrik dan kereta solar.

Kereta elektrik menggunakan tenaga daripada bateri, manakala

kereta solar menggunakan tenaga cahaya daripada matahari untuk

menggerakkan motor kenderaan ini.

Page 2: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

31

MENGHUBUNG KAIT KECEKAPAN TENAGA DENGAN TEKNOLOGI HIJAU

Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan dilancarkan pada Julai 2009.

SOSIAL • • Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan tenaga

EKONOMI • • Meminimumkan kesan negatif dan memulihara alam sekitar

ALAM SEKITAR • • Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi

TENAGA

• • Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

KECEKAPAN TENAGA – penggunaan tenaga yang kurang bagi menjalankan sesuatu kerja

pada kadar yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.

IMPLIKASI:

1. Meningkatkan penjimatan sumber tenaga.

2. Mengukuhkan ekonomi negara dan mengurangkan pembaziran .

3. Menukarkan sisa buang kepada tenaga boleh baharu.

Inisiatif ke arah

pelaksanaan

kecekapan tenaga

Indeks Bangunan

Hijau

(Label kecekapan

tenaga) bagi

kelengkapan elektrik

Kempen kesedaran terhadap

pengguna melalui amalan penjimatan

tenaga

Kempen

teknologi cekap

tenaga

Kempen penggunaan tenaga elektrik berasaskan

sumber solar

Page 3: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

32

SEKTOR DALAM TEKNOLOGI HIJAU

SEKTOR TENAGA SEKTOR PERTANIAN DAN

PERHUTANAN SEKTOR

PENGANGKUTAN

Penggunaan tenaga boleh baharu seperti hidroelektrik, solar dan angin yang lebih bersih, bebas karbon dan boleh menggantikan bahan api fosil.

Fokus mengawal kadar gas karbon dioksida di dalam udara. Penjagaan nutrien tanah serta penambahbaikan pengamalan penanaman.

Fokus penambahbaikan prasarana pengangkutan lebih bersih, bahan bakar kenderaan dan pengangkutan awam.

SEKTOR PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA

SEKTOR BANGUNAN SEKTOR PERINDUSTRIAN

DAN PEMBUATAN

Fokus usaha untuk meminimumkan pembuangan sisa dan air sisa ke persekitaran dengan cara mengolahnya menjadi sesuatu baharu seperti baja kompos.

Fokus pembinaan Bangunan Hijau seperi Bangunan Berlian iaitu ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga. Menekankan aspek kualiti alam sekitar dan bangunan, bahan kimia hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap dan pengurusan sisa pepejal yang baik.

Fokus program kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga bagi mengurangkan kesan-kesan negatif seperti kesan rumah hijau, jerebu dan hujan asid.

SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Fokus pengamalan TMK hijau dalam pembuatan, reka bentuk, penggunaan serta pelupusan peralatan komputer. Mengurangkan penggunaan bahan berbahaya dengan menggunakan bahan terbiodegradasi serta menjimatkan tenaga.

Page 4: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

33

4.2 SEKTOR TENAGA

ISU SOSIOSAINTIFIK

ISU SOSIOSAINTIFIK

BERKAITAN ALAM

SEKITAR

PENCEMARAN UDARA PEMBUANGAN SISA

TIDAK TERANCANG

PENEBANGAN HUTAN PENCEMARAN AIR PEMANASAN GLOBAL

Page 5: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

34

ISU SOSIOSAINTIFIK DALAM SEKTOR TENAGA

Penggunaan sumber tenaga tidak boleh

diperbaharui seperti petroleum, arang batu

dan gas asli meningkat setiap tahun. Jika

berterusan, tidak mustahil sumber bahan api

fosil akan habis .

Pembakan bahan api fosil menghasilkan gas

rumah hijau seperti karbon dioksida yang

menyebabkan pemanasan global .

Kesannya menyumbang kepada perubahan

iklim yang ekstrem menyebabkan berlakunya

kemarau panjang dan bencana alam yang

lain.

Page 6: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

35

APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM MENANGANI ISU SOSIOSAINTIFIK SEKTOR

TENAGA

Empangan Kenyir di Terengganu merupanyakan empangan hidroelektrik terbesar di

Semenanjung Malaysia. Mengawal limpahan air banjir serta menjana tenaga elektrik di negara

kita.

SUMBER TENAGA

GEOTERMA

Alternatif ganti bahan

api fosil. Namun

faktor geografi jadi

keutamaan.

SUMBER TENAGA

HIDRO

Sumber tenaga boleh

baharu antara

sumber tenaga utama

jana tenaga elektrik

SUMBER TENAGA

SOLAR

Sumber tenaga boleh

baharu kerana

Malaysia terima

cahaya matahari

SUMBER TENAGA

ANGIN

Sumber tenaga

bersih boleh gantikan

sumber bahan api

fosil

Page 7: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

36

4.3 SEKTOR PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA

ISU SOSIOSAINTIFIK DALAM SEKTOR PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA

Kumbahan, sisa kimia serta sampah

sarap yang dibuang ke sungai dan laut

telah mengganggu ekosistem sungai dan

lautan serta kawasan berhampiran.

Sisa makanan yang tidak boleh

dilupuskan dengan baik menyebabkan

pencemaran alam sekitar

Penjanaan, pengurusan dan penguraian

sisa pepejal menyumbang kepada

peningkatan gas rumah hijau. Hal ini

menyebabkan berlaku perubahan iklim

dunia.

Kira-kira 268 juta tan kertas dihasilkan

setahun. Bagi menghasilkan 1 tan kertas

sahaja, kita memerlukan 2 - 4 tan batang

kayu. Kertas juga menjadi penyumbang

utama sisa pepejal.

1

2

3

4

Page 8: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

37

APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM MENANGANI ISU SOSIOSAINTIFIK SEKTOR

PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA

AMALAN TH MENGURUS SISA DAN AIR SISA

- Minimumkan

guna kertas

dengan guna

semula kertas

terpakai atau

guna kertas jika

perlu.

- Sedia

makanan untuk

isi rumah ikut

keperluan untuk

elak

pembaziran

makanan

- Pihak kerajaan

galakkan

pengasingan

sisa rumah

sejak tahun

2015.

- Dapat

kurangkan

pembuangan

bahan kitar

semula dan sisa

pepejal di tapak

pelupusan

- Proses

rawatan biologi

ke atas sisa

pepejal

membolehkan

sisa-sisa diubah

kepada bahan

organik seperti

baja organik.

- Boleh ganti

bahan api fosil

sebagai bahan

bakar.

- Konsep 5R

Refuse (Tolak),

Reduce

(kurangkan),

Reuse (guna

semula),

Recycle (kitar

semula),

Recovery

(Pemulihan).

- Tambahan 2R

untuk capai sisa

sifar.

PENCEGAHAN

DAN

PENGURANGAN

PENGASINGAN

DAN KITAR

SEMULA

RAWATAN DAN

PEMPROSESAN

(PROSES

BIOLOGI)

TOLAK, KURANGKAN,

GUNA SEMULA,

KITAR SEMULA DAN

PEMULIHAN (5R)

Page 9: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

38

4.4 SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN

ISU SOSIOSAINTIFIK DALAM SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN

PENEROKAAN HUTAN

Ganggu kitaran gas karbon

dioksida yang berlebihan di

atmosfera

PEMBAKARAN

TERBUKA

Menyebabkan berlaku

jerebu teruk di seluruh

negara dan negara jiran

PENEBANGAN

POKOK

Permintaan tinggi

terhadap perabot serta

Penggunaan kertas

tanpa kawalan

Page 10: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

39

KEJADIAN TANAH

RUNTUH

Berpunca daripada

pembalakan yang tidak

terkawal seperti Lebuhraya

Kuala Lumpur-Karak

11/11/2015

KEASIDAN TANAH

Penggunaan racun

serangga dan baja kimia

oleh para petani

menyebabkan tanah tidak

sesuai lagi untuk pertanian

PENCEMARAN AIR

Bahan kimia diserap oleh

tanah mengalir ke sungai

akibatkan pencemaran

sungai

Page 11: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

40

APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM MENANGANI ISU SOSIOSAINTIFIK SEKTOR

PERTANIAN DAN PERHUTANAN

Merawat dan memproses kembali

sisa-sisa pertanian

untuk dijadikan baja kompos

Penanaman semula pokok

boleh membantu mengekalkan

spesies yang ada

Aktiviti pembalakan dikawal

supaya sumber hutan terpelihara.

Kawasan hutan simpan agar

ekosistem di hutan kekal dan

seimbang

1

2

3

Page 12: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

41

4.5 SEKTOR PENGANGKUTAN

95% Kenderaan bermotor menggunakan

petrol dan diesel . Kira-kira 60%

petroleum digunakan dalam sektor

pengangkutan iaitu sumber tenaga tidak

boleh baharu.

Asap kenderaan mengandungi gas karbon

dioksida dan karbon monoksida.

MENGAKIS BINAAN

PEMANASAN GLOBAL PELEBURAN AIS HUJAN ASID

A

HIDUPAN AKUATIK MATI

sumbang

1 2 3

4 5

Page 13: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

42

APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM MENANGANI ISU SOSIOSAINTIFIK SEKTOR

PENGANGKUTAN

Pengangkutan mesra

alam yang bebas gas

rumah hijau pada kadar

minimum atau tidak

membebaskan gas

rumah hijau seperti

berjalan kaki, berbasikal

dan kenderaan hijau

PENGANGKUTAN HIJAU

Kenderaan Gas Asli

menggunakan gas asli

cecair (LNG) atau gas

asli mampat (CNG).

Kenderaan petrol boleh

ubahsuai guna LNG

dan CNG

PENCIPTAAN KENDERAAN GAS

ASLI (NGV)

Page 14: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

43

PENGGUNAAN BAHAN API BIO

SEBAGAI PENGGANTI

PETROLEUM

Bahan api bio merujuk

kepada metil ester asid

lemak daripada minyak

sayuran serta lemak

haiwan. Sumber tenaga

boleh baharu dan

mesra alam

Kerajaan negeri Melaka

mengaplikasikan

Teknologi Hijau untuk

mengangkut

penumpang di sekitar

bandar raya

BAS ELEKTRIK DI MELAKA

Page 15: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

44

MAJLIS PELANCARAN BAS ELEKTRIK NEGERI MELAKA

Majlis Pelancaran bas elektrik pertama negeri Melaka telah diadakan di perkarangan

Kompleks Seri Negeri dan telah disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron,

Ketua Menteri Melaka pada 6 Januari 2014. Bas elektrik ini adalah keluaran Syarikat BYD dari

China dan dibawa masuk ke Malaysia oleh Syarikat AMDAC. Menggunakan sistem elektrik

sepenuhnya dan antara ciri-ciri khas bas tersebut adalah menggunakan bateri Iron-Phosphate

(„Fe‟ bateri). Kelebihan „Fe‟ adalah ianya tidak mudah meletup apabila terdedah dengan tahap

kepanasan melampau kerana dilengkapi dengan sistem BMS untuk pemantauan voltan dan

suhu setiap bateri bagi tujuan keselamatan dan keseimbangan. Bas ini juga mengandungi tiga

bateri dengan jumlah berat kurang lebih dua tan. Dengan penggunaan sistem „Rottary Motor‟

dan tidak menggunakan piston seperti bas sistem enjin diesel ianya dapat menjimatkan ruang

dan membolehkan lantai bas diletakkan rendah bagi memudahkan penumpang naik dan turun.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan kemudahan untuk penumpang OKU. Bas ini

berukuran 12 meter panjang dan 2.5 meter lebar. Kapasiti penumpang duduk 31 orang dan

berdiri 20 orang. Kebolehupayaan bateri adalah bergerak kurang lebih 250 km ke 300 km. Bas

elektrik tersebut sesuai beroperasi dalam Bandar. Masa yang diambil untuk mengecas bateri

bas adalah 5 hingga 6 jam dari 0% ke 100%. Sebuah stesen pengecas telah dibina di Terminal

Bas Melaka Sentral. Penggunaan bas elektrik ini membolehkan penjimatan sebanyak kurang

lebih 70% kos direkodkan berbanding kos yang terlibat jika menggunakan bas sistem enjin

diesel (konvensional).

Syarikat Panorama Melaka Sdn. Bhd. telah diberi kepercayaan untuk menguruskan bas

elektrik petama Melaka. Bas elektrik tersebut sedang menjalani tempoh percubaan operasi bagi

pengumpulan data berhubung kesesuaian dan keboleharapannya selama tiga bulan sebelum

dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya. Kawasan laluan bas elektrik tertumpu di kawasan

tumpuan pelancong seperti Banda Hilir, Bangunan Stadhuys, Dataran Pahlawan, Bukit

Senjuang, Mahkota Parade dan Kota Laksamana. Penggunaan bas elektrik adalah merupakan

salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam merealisasikan dasar hijau negeri serta ke arah

pengurangan intensiti karbon sebanyak 40%.

http://www.melakagreentech.gov.my/index.php/2-uncategorised/156-majlis-pelancaran-bas-elektrik-

pertama-negeri-melaka

Page 16: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

45

MASJID RAJA HAJI FI SABILILLAH

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya, Sepang, Selangor menjadi masjid pertama di Malaysia menerima sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) dengan penarafan platinum.

Selain reka bentuk dan seni bina menarik, masjid yang dibina di atas tanah berkeluasan 6.8 hektar ini menjadikan kecekapan tenaga sebagai teras utama.

Melangkah kaki ke masjid ini pasti membuat pengunjung kagum dengan kesegaran dan suasana persekitaran yang tenang serta santai.

Menurut Ketua Pengurusan Projek Cyberview Sdn Bhd Abdul Aziz Andimori, masjid berkenaan menggunakan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi.

“Binaan masjid ini mengguna pakai sistem pengudaraan semula jadi walaupun mempunyai pendingin hawa yang kebiasaannya hanya digunakan ketika solat Jumaat di dewan solat utama.

“Ukiran geometri pada bahagian bumbung dan dinding bangunan masjid bukan saja membantu proses pengudaraan semula jadi tapi turut memudahkan cahaya matahari menembusi dalam bangunan.

“Di sekeliling dewan solat utama turut terdapat kolam air yang digunakan untuk cipta kabus air semula jadi apabila ditiup udara,” katanya.

Masjid yang dibina dengan kos pembinaan RM44.3 juta itu turut menjimatkan tenaga elektrik dalam pengurusan lampu masjid.

“Lampu LED digunakan pada keseluruhan masjid untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Selain itu, lampu tidak dibuka sepanjang malam sebaliknya ia dikawal menggunakan sistem pergerakan (movement system).

“Masjid ini turut mempunyai sistem pengurusan bangunan yang mengawal semua sistem elektrik dan mekanikal seperti penggunaan serta suhu pendingin hawa,” katanya.

Malah Masjid dua tingkat yang memuatkan 10,000 jemaah dalam satu-satu masa itu turut memanfaatkan air hujan sebagai bukti kecekapan dalam pengurusan sumber air.

Page 17: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

46

Abdul Aziz berkata, masjid itu mengurangkan penggunaan air bersih dibekalkan syarikat air negeri dengan menyimpan air tadahan hujan sebelum digunakan untuk beberapa keperluan.

“Penggunaan air hujan dapat menjimatkan sebanyak 70 peratus dalam perbelanjaan bil air. Sistem air hujan dalam masjid ini dibekalkan untuk penyiraman landskap sekitar masjid selain turut digunakan untuk keperluan tandas,” katanya.

Pada masa sama masjid berkenaan turut mengetengahkan inovasi sistem penapisan canggih bagi memastikan kadar karbon dioksida yang selesa.

Menariknya, masjid yang dibina pada 18 Mac 2013 dan siap sepenuhnya pada 19 Januari 2015 itu turut mengetengahkan panel solar pada aras bumbung selain menyelitkan rumput tiruan pada ruang yang sama.

“Penggunaan rumput tiruan dikatakan dapat mengurangkan cahaya matahari terus untuk masuk ke masjid membuatkan suasana dalam masjid kurang panas.

“Selain itu, pemasangan panel solar dipadang di atas bumbung masjid bukan saja mengurangkan cahaya matahari terus tapi turut menjimat kos tenaga elektrik.

“Tenaga yang dijana dari panel solar ini dijual kepada Tenaga Nasional Berhad dan ia mampu menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan,” katanya.

Katanya, panel solar dengan ukuran 350 meter persegi itu mampu menjana tenaga dengan kapasiti 48 kilowatt per peak.

Menurut Abdul Aziz, ruang pada bumbung masjid itu bakal dibuka tidak lama lagi bagi memuatkan lebih ramai jemaah dalam satu-satu masa.

Nama masjid Raja Haji Fi Sabilillah diambil sempena adinda Raja Lumu iaitu Sultan Selangor pertama, Sultan Salehuddin (1756 - 1777).

Raja Haji Fi Sabilillah Ibni Upu Daeng Chelak menyandang gelaran Engku Kelana (1747 - 1777) pemerintah Kepulauan Riau dengan gelaran Yamtuan Muda Riau keempat.

Sepanjang pemerintahannya, Kepulauan Riau berkembang pesat sebagai pusat pelabuhan dan pelayaran terpenting selain turut menjadi pusat penyebaran agama Islam di rantau Asia. Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 1:14 PM

Page 18: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

47

4.6 TEKNOLOGI HIJAU DAN KEHIDUPAN

PERANAN INDIVIDU DALAM MENANGANI FENOMENA PEMANASAN GLOBAL DAN

PERUBAHAN IKLIM DALAM MENGURANGKAN JEJAK KAKI KARBON

MENUJU KE ARAH KEHIDUPAN TANPA KARBON

“Walaupun hanya berbeza beberapa darjah sahaja, namun itu pun sudah sangat serius, tetap i

kita boleh menyesuaikan diri. Hakikatnya, proses pemanasan mungkin berlarutan dan menjadi

tidak stabil. Kita mungkin akan hidup bagaikan berada di atas permukaan planet Venus,

diselubungi oleh awan dan suhu permukaan yang mencecah sehingga 400 darjah celsius.

Sudah terlambat jika kita menunggu sehingga kesan-kesan pemanasan global semakin nyata.

Kita perlu bertindak segera untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.” Professor

Stephen Hawking, Lucasian Professor of Mathematics, Cambridge University

Karbon dioksida (CO2) merupakan gas rumah hijau (GHG) yang menyumbang kepada

perubahan ilkim yang disebabkan oleh pelepasan karbon yang tidak terkawal ke atmosfera

sejak revolusi perindustrian dan penemuan minyak petrol. Kesan rumah hijau berlaku

disebabkan oleh penebalan atau peningkatan kandungan GHG di atmosfera yang menghalang

haba-haba meresap ke luar angkasa. Tatkala kesan rumah hijau ini telah menjadi satu lapisan

„selimut‟, ini menyebabkan purata suhu Bumi meningkat.

Jejak Kaki Karbon ialah

jumlah gas karbon dioksida

dibebaskan daripada aktiviti

seperti asap kenderaan,

pembakaran terbuka dan

pembakaran bahan api

fosil.

Page 19: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

48

Dari mana datangnya gas rumah hijau (GHG)?

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Australia Greenhouse Office, didapati bahawa

penyumbang utama pelepasan gas rumah hijau adalah pengguna sendiri, yang menyumbang

sebanyak 30 peratus daripada jumlah pelepasan karbon. Selain itu, negara yang menduduki

tempat teratas dalam pelepasan karbon per kapita adalah Qatar yang melepaskan sebanyak 60

ton GHG dalam setahun. Malaysia pula menduduki tempat ke-56.

Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menuju ke arah

tanpa karbon?

Untuk mencapai tujuan ini, kunci kejayaan ialah mengurangkan dari segi penggunaan dan

meningkatkan kecekapan. Antara cara-cara itu ialah:

a) Alat-alat

Gunakan peralatan elektrik daripada model yang jimat tenaga yang berkecekapan tinggi.

Semak penarafan bintang dan kecekapan dalam label peralatan elektrik.

Basuh pakaian. Hanya menggunakan mesin basuh apabila telah dipenuhi dengan pakaian.

Basuh dengan menggunakan air sejuk dan mesin daripada jenis yang jimat air dan tenaga.

Sidai pakaian. Gunakan ampaian kain jika boleh.

Tutupkan televisyen apabila tidak ada orang menonton.

b) Pemanasan dan penyejukan

Pasang penebat haba pada siling dan dinding.

Menyediakan penggelapan luaran dan dalaman untuk cermin.

Memaksimumkan penggunaan kipas dan kurangkan penggunaan pendingin hawa.

Mengurangkan masa dan penggunaan air panas semasa mandi. Gunakan pancuran yang

beraliran rendah.

c) Lampu

Gunakan mentol lampu kelimantang (CFLs) dan lampu LED. Tutupkan bila tidak menggunakan

lampu.

Page 20: RENCANA SAINS · 1 day ago · Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

49

d) Perjalanan

Setiap kilometer perjalanan menggunakan kereta, melepaskan GHG sebanyak 500g. Berjalan,

mengayuh basikal dan menggunakan pengangkutan awam adalah lebih mesra alam

berbanding daripada kereta. Beli jenis kereta yang mesra alam. Memandu dengan cekap.

Mengurangkan bilangan menaiki kapal terbang.

e) Beli kredit karbon untuk GHG sendiri.

Kredit karbon merupakan pasaran baru dan tidak dikawal dengan berkesan lagi. Soalan-soalan

yang perlu dituju kepada penyedia atau pemborong karbon kredit (carbon offset):

Apakah projek-projek atau aktiviti yang saya perlu bayar?

Adakah skema ini diaudit secara berdikari dan disahkan?

Adakah pelepasan GHG akan berkurang walaupun saya tidak beli karbon kredit?

Berapakah harga seton karbon yang dijimatkan?

Apakah kebaikan alam sekitar atau sosial yang skema anda boleh tawarkan?

(Sumber: CHOICE, November 2007)

Di Malaysia, karbon kredit (carbon offset) masih sukar didapati dan syarikat-syarikat yang

menawarkan tawaran ini ialah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan juga Firefly. Kedua-

dua syarikat penerbangan ini menawarkan pengurangan karbon secara sukarela berdasarkan

jarak perjalanan. Semua dana yang diperolehi menerusi sistem ini akan digunakan untuk

menolong program-program di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

untuk menyelamatkan hutan hujan tropika di Malaysia. Program-program diurus oleh Institusi

Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di bawah pengawasan Kementerian Sumber Alam and

Alam Sekitar (NRE).

Kesimpulannya, sikap dan amalan pengguna-pengguna di Malaysia mahupun di dunia perlu

berubah dalam aktiviti harian mereka. Dengan mengurangkan pelepasan karbon dan jejak

karbon, satu kehidupan tanpa karbon akan tercapai untuk generasi akan datang.

(Diedit dan diterjemahkan daripada artikel dalam majalah CHOICE, Australia isu November

2007)

Foon Weng Lian

Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia

29 April 2010