refleksi rbt
DESCRIPTION
REFLEKSI rbtTRANSCRIPT
REFLEKSI
Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya tugasan RBT
3203E ini dapat saya selesaikan dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Saya juga
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
saya Puan Asmahan BT Md Yusoff kerana beliau telah banyak membantu saya dan rakan-
rakan saya dari segi memberi penerangan serta panduan bagaimana cara untuk melaksanakan
kerja kursus ini seperti yang diperuntukkan. Penerangan beliau mengenai tugasan telah banyak
menolong saya dan rakan-rakan saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang
ditetapkan dengan mudah.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek RBT 3203E Teknologi Rumah
Tangga dan Pertanian, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan
memandangkan ini adalah subjek baharu kepada saya. Saya berasa begitu bimbang dan
tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang jahitan
amatlah sedikit. Memandangkan saya tidak minat menjahit dan tidak pernah memegang mesin
jahit. Namun dengan bantuan pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai
jahitan dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu.
Tugasan yang diterima kali ini juga amat mencabar kerana saya terpaksa
membuat baju blaus. Ketika menjalankan tugas ini berbagai dugaan seperti kesilapan
dan kerosakan terjadi pada balus yang saya jahit. Dengan dibimbing dan diberikan
tunjuk ajar oleh pensyarah, saya berjaya menghasilkan baju pada masa yang
ditetapkan. Saya juga dapat merasa dan menjadikan ini pengalaman yang amat penting
bagi saya untuk menjadikan salah satu panduan pada masa akan datang.
Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah
diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya
hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan
tajuk mengenai fabrik yang digunakan untuk membuat blaus. Selepas itu, saya terpaksa pula
mencari maklumat mengenai rekod kos untuk melihat kos sepasang blaus untuk kerja kursus
saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu faham
untuk menjahit blaus dan membuat rekod laporan jahitan tetapi setelah di terangkan oleh
pensyarah dan rakan-rakan saya, akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk
menjahit garis leher lapik berbentuk, lengan dan membuat pola blaus.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi
dalam kerja kursus saya. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan
kedalam kerja kursus kami. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa
melaksanakan kerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk
meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat
blaus. Perkara ini tidak mudah kerana banyak langkah-langkah dan teknik yang saya perlu
mahir untuk menyiapkan sepasang kemeja.
Melalui pembuatan baju kemeja yang telah berjaya disiapkan dalam masa yang
ditetapkan dan juga rekod kerja ini, banyak ilmu yang telah saya berjaya perolehi berkaitan
dengan pembinaan pakaian. Antara ilmu yang telah saya perolehi ialah tentang jenis-jenis fabrik
yang sesuai digunakan untuk membuat blaus, memilih rekaan yang terbaik berdasarkan jenis
fabrik dan kesesuaian pemakai, mengukur saiz baju dan juga membuat pola. Selain daripada
itu, saya juga mendapat ilmu berkaitan tentang proses-proses menjahit bahagian-bahagian
pakaian dengan cara yang betul.
Dalam pakaian yang dihasilkan, antara ciri-ciri yang terdapat pada blaus tersebut ialah
llapik berbentuk, lengan padanan rata, kelepet belah sama lebar, kelepet bawah baju. Selain itu
kelim belah kangkung telah digunakan untuk mencantum bahagian bahu dan tepi baju.
Walaupun terdapat halangan yang dihadapi sepanjang usaha untuk menghasilkan pakaian ini,
namun segalanya dapat diatasi dan blaus ini berjaya disiapkan. Antara masalah yang wujud
ialah kekangan masa dan masalah teknikal seperti kerosakan mesin yang melambatkan masa
menyiapkan proses jahitan. Namun berkat tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan bantuan
daripada rakan-rakan masalah ini berjaya diselesaikan.
Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan
tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji
bagaimana sehelai blaus boleh dihasilkan. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan
pengetahuan tentang jahitan dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat
tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Kemahiran Hidup dan sumber internet.
Banyak kelemahan yang dapat saya perbaiki ketika menyiapkan tugasan sebenar
menjahit blaus ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai
kemahiran menjahit dan maklumat yang sangat berguna. Daripada pengalaman menjahit blaus
dan pelbagai maklumat yang telah saya kumpulkan dalam portfolio, akhirnya saya berjaya
melaksanakan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Pengetahuan ilmu berkaitan Reka
Bentuk Pakaian yang saya peroleh di semester ketiga ini, akan saya gunakan apabila
ditugaskan untuk mengajar murid-murid dalam bidang jahitan di sekolah. Akhirnya dengan
usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini
terutamanya menjahit sehelai kemeja akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.
Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan
untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas
mengenai ilmu yang berkaitan dengan jahitan. Sebagaimana yang kita ketahui jahitan
merupakan seni yang tidak semua orang boleh buat.
Saya tidak pernah tahu adanya alat untuk mencucuk benang ke dalam jarum. Jika
dahulu saya hanya mencucuk benang tanpa sebarang alat yang digunakan. Berbanding
sekarang dengan mata yang kurang jelas penglihatannya, saya masih dapat mencucuk benang
ke dalam jarum denagn menggunakan alatannya (Threader). Berbagai maklumat dan input
yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang
pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk
meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di bilik darjah
sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek ini nanti.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah
serta rakan sekumpulan saya kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan
ini dengan agak sempurna dan baik. Pada masa yang sama, saya berharap saya dan rakan
sekumpulan saya dapat memanfaatkan maklumat-maklumat yang telah kami perolehi ini
dengan baik. Saya amat berpuas hati dangan hasil kerja saya dengan adanya pelbagai pihak
yang memberikan sokongan padu agar tugasan yang diberikan dapat dihantar pada tempoh
masa yang telah ditetapkan.