refleksi psk.doc

Upload: dollar-g

Post on 03-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Refleksi

Ucapan syukur saya panjatkan kepada TUHANKU yang telah memberikan peluang keemasan ini untuk saya menyambung pengajian bagi meningkatkan lagi ilmu di dalam diri saya, bergelar sebagai pendidik yang kemudiannya memasuki semula alam seorang pelajar pastinya ada kejutan yang adakalanya membimbangkan fikiran. Walaubagaimanapun dengan sokongan padu keluarga, sahabat seperjuangan seterusnya para pensyarah yang ditemui menguatkan lagi semangat untuk saya meneruskan pengajian ini.

Hari pertama tugasan ini diberikan begitu menggusarkan hati saya, kerana saya masih tidak dapat membuat bayangan bagaimana untuk membuat tugasan yang diberikan. Melalui perbincangan di dalam kelas maka sedikit sebanyak meredakan kegusaran saya untuk menyiapakan tugasan ini. Pelbagai kerumitan yang saya alami dengan kekurangan sumber buku rujukan ditambah dengan beban tugas lain menjadikan saya seorang pelajar yang begitu menitik beratkan soal masa. Saya mengagihkan masa yang untuk mencari maklumat di pusat sumber sekolah saya dan cuba mendapatkan seberapa banyak bahan yang bersesuaian untuk tugasan ini. Kerana kekangan masa maka saya membuat salinan buku-buku yang berkaitan.

Dalam menyiapkan tugasan ini saya memperuntukan masa pada hujung minggu kerana saya perlu membaca dan memahami terlebih dulu tentang Teori Perkembangan Kognitif Sosial oleh Lev Vygotsky sebelum menyiapan tugasan. Hasil pembelajaran saya, saya dapat memahami bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum matang. Terdapat dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak menurut Les vygotsky iaitu interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Menurut vygotsky lagi, perkembangan kognitif berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat sosial yang mana maklumat yang diperolehi hasil daripada interaksi antara dua individu seperti ibu bapa,rakan-rakan, dan jiran. Peringkat yang kedua ialah peringkat individu iaitu kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.

Kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk mengumpul maklumat tentang pelbagai jenis sumber atau bahan bantu mengajar yang boleh dihasilkan dan digunakan dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kumpulan kami yang terdiri daripada tiga orang lelaki tidak menghadapi sebarang kekecewaan sesama disebabkan masing-masing telah bersungguh-sungguh dalam menyiapkan bidang yang telah dibahagikan. Kolaborasi sesama kami memberi impak yang baik untuk menyatukan hasil usaha kami untuk mengukir tugasan yang penuh bermakna ini. Membuat tugasan ini amat meletihkan tetapi berkat usaha dan sabar yang ada saya gagahi jua ibarat bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Dengan bantuan pensyarah En.Amran Bin Abd Malek maka melicinkan lagi kerja saya. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan atas segala tunjuk ajar yang diberikan saya begitu menghargai. Buat keluarga tercinta yang banyak memberi sokongan padu agar saya terus bersemangat dalam menempuhi hari-hari mendatang dan tidak lupa buat rakan saya, yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya terima kasih saya ucapkan.Krishna Kumar Appukutty

790129-01-5289