refleksi persatuan.docx

2
REFLEKSI Saya Sivanathan A/L Anbu Selvam dari opsyen Matematik/PJ/BT. Pada semester kali ini WAJ 3113 telah menjadi salah satu subjek wajib jabatan matematik bagi memenuhi syarat kelulusan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Persatuan Matematik Semester 6 bermatlamat melahirkan guru  guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan yang tinggi dan aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk mengadakan beberapa aktiviti, persembahan, lawatan, gotong-royong dan prom night. Dalam program persatuan Matematik ini, terdapat banyak perkara yang dapat dipelajari oleh setiap peserta. Antaranya ialah kemahiran menguruskan dan mengendalikan sesuatu program. Hal ini mengajar kami erti tanggujawab dan nilai kerjasama dalam menjayakan suatu kerja. Setiap guru pelatih telah diberi tanggujawab yang tertentu dalam persatuan ini. Kami mempunyai tugas masing-masing yang perlu diurus. Dari sini, kami pelajari betapa pentingnya tanggungjawab dan amanah yang telah diberi. Kerjasama adalah kunci kejayaan setiap program yang dijalankan. Tanpa kerjasama, kami tidak dapat membuat persediaan dan menjalani aktiviti yang ditetapkan denga baik. Dengan kerjasama, kami dapat merancang dan mengenal pasti masalah sebelum, semasa dan selepas program. Segala masalah yang dihadapi sama-sama diletakkan di atsa bahu semua ahli untuk diselesaikan. Nilai tanggujawab ini amat penting untuk dipupuk bagi melahirkan insane yang berdedikasi, cakna dan cemerlang bagi member jasa dan bakti kepada anak bangsa juga tanah air. Dalam aktiviti Interaksi antara pelajar yang dijalankan, para peserta dapat mengenal pasti tentang kelemahan dan kelebihan yang pada diri mereka.Setiap kelemahan akan diperbaiki dan kelebihan akan digunakan bagi menjadi guru pada masa hadapan. Para peserta turut dapat mengenali diri mereka dan ini akan member peluang mereka untuk memperbaiki diri mereka. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Antaranya ialah, penciptaan logo persatuan Matematik dalam kumpulan. Ini menyebabkan tidak ramai pelajar yang cuba membuat logo dan didapati hanya beberapa orang sahaja yang menggunakan perisian komputer untuk mencipta logo. Ia menunjukan tidak ramai di kalangan

Upload: sivanathan-anbu

Post on 04-Jun-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI persatuan.docx

 

REFLEKSI

Saya Sivanathan A/L Anbu Selvam dari opsyen Matematik/PJ/BT. Pada semester kali ini

WAJ 3113 telah menjadi salah satu subjek wajib jabatan matematik bagi memenuhi syarat

kelulusan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Persatuan Matematik Semester 6

bermatlamat melahirkan guru  –guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian

dan keguruan, daya ketahanan yang tinggi dan aura keguruan yang selaras dengan prinsip

Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Bagi

menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk mengadakan

beberapa aktiviti, persembahan, lawatan, gotong-royong dan prom night.

Dalam program persatuan Matematik ini, terdapat banyak perkara yang dapat dipelajari

oleh setiap peserta. Antaranya ialah kemahiran menguruskan dan mengendalikan sesuatu

program. Hal ini mengajar kami erti tanggujawab dan nilai kerjasama dalam menjayakan suatu

kerja. Setiap guru pelatih telah diberi tanggujawab yang tertentu dalam persatuan ini. Kami

mempunyai tugas masing-masing yang perlu diurus. Dari sini, kami pelajari betapa pentingnya

tanggungjawab dan amanah yang telah diberi.

Kerjasama adalah kunci kejayaan setiap program yang dijalankan. Tanpa kerjasama,

kami tidak dapat membuat persediaan dan menjalani aktiviti yang ditetapkan denga baik.

Dengan kerjasama, kami dapat merancang dan mengenal pasti masalah sebelum, semasa dan

selepas program. Segala masalah yang dihadapi sama-sama diletakkan di atsa bahu semua

ahli untuk diselesaikan. Nilai tanggujawab ini amat penting untuk dipupuk bagi melahirkan

insane yang berdedikasi, cakna dan cemerlang bagi member jasa dan bakti kepada anak

bangsa juga tanah air. Dalam aktiviti Interaksi antara pelajar yang dijalankan, para peserta

dapat mengenal pasti tentang kelemahan dan kelebihan yang pada diri mereka.Setiap

kelemahan akan diperbaiki dan kelebihan akan digunakan bagi menjadi guru pada masa

hadapan. Para peserta turut dapat mengenali diri mereka dan ini akan member peluang mereka

untuk memperbaiki diri mereka.

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Antaranya

ialah, penciptaan logo persatuan Matematik dalam kumpulan. Ini menyebabkan tidak ramai

pelajar yang cuba membuat logo dan didapati hanya beberapa orang sahaja yang

menggunakan perisian komputer untuk mencipta logo. Ia menunjukan tidak ramai di kalangan

Page 2: REFLEKSI persatuan.docx

 

kami masih kurang mahir dalam penggunaan perisiaan unutk mengeditkan gambar. Selain

daripada ini, ia juga membuka ruang untuk mencungkil kreativiti masing-masing dalam

penciptaan logo

Tambahan pula, aktiviti-aktiviti tertentu seperti Sudoku, mereka baju tshirt, mereka blog

boleh dijadikan sebagai pertandingan dengan melibatkan guru pelatih lain selain daripada ahli

persatuan lain. Hal ini, lebih mencabarkan semua orang serta dapat meningkatkan kreativiti

semua murid dan juga dapat meneroka kemahiran yang baru.

Disini saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

pensyarah Persatuan Matematik yang telah bersusah payah member tunjuk ajar dan bakti

dalam menjana daya dan gerak kerja persatuan ini.