refleksi pengajaran mikro pj

Upload: sitti-khadeeja

Post on 07-Mar-2016

79 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRONAMA : SITTI KHADIJAH BINTI BACHONO. K/P : 9409140-12-6444

KEKUATANSemasa menjalankan pengajaran mikro saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu saya telah membuat persediaan rapi sebelum memulakan pengajaran mikro ini, maka pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang. Pemilihan aktiviti bagi setiap fasa yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian saya berkenaan isi pelajaran. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan saya dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemudian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan yang wujud. Ketegasan saya dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.Seterusnya, dari aspek komunikasi pula, alhamdulillah, setiap arahan dan laras bahasa yang saya gunakan dapat difahami dengan baik oleh setiap murid. Walaupun saya dari negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, namun saya berjaya menggunakan laras bahasa yang sesuai bagi membolehkan murid-murid yang rata-ratanya berasal dari negeri-negeri di bahagian Semenanjung. ami maksud setiap tutur kata dan arahan kami.Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana berjaya mengendalikan pengajaran mikro pada kali ini dengan amat baik sekali dari segenap aspek. Saya juga telah banyak membuat penegasan berbentuk pujian dan sekali gus telah menerapkan amalan nilai murni sepanjang sesi pengajaran saya. Antaranya ialah pujian bagus terhadap murid dan kumpulan yang berjaya melakukan aktiviti dengan baik, amalan menepuk tangan untuk rakan lain bagi memotivasikan diri murid juga dipraktikkan. KELEMAHANSetiap kekuatan pasti ada kekurangan yang dan tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran mikro ini mempunyai kelemahan yang tersendiri. Setelah habis sesi pengajaran saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan saya. Kelemahan saya ialah saya tidak menghantar semula pundi kacang yang telah habis digunakan oleh pelajar. Perkara ini menyebabkan pelajar tertanya-tanya sama ada perlu untuk memulangkan semula pundi kacang dan ada juga yang meletakkannya di tepi gelanggang. Kelemahan ini akan menyebabkan peralatan sukan akan mudah hilang dan rosak apabila pelajar tidak memulangkan semula peralatan di tempat yang betul.Langkah PenambahbaikanKelemahan dan kekurangan yang dikesan di dalam pengajaran dan pembelajaran saya memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kepada kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro saya, penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh guru ialahmeminta pelajar untuk memulangkan semula peralatan di tempat yang telah ditentukan oleh guru. Langkah ini juga bagi memudahkan guru untuk menguruskan peralatan semasa dan selepas pengajaran. Secara keseluruhan pengajaran mikro saya agak berjaya untuk menarik minat murid sebelum ke satu langkah pengajaran yang seterusnya dan dapat memastikan murid saya dapat bersukan dengan aktif.