refleksi pengajaran lalu

2
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Refleksi ini berdasarkan kepada pengalaman sedia ada semasa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Cochrane, Jalan Shahbandar Kuala Lumpur. Saya telah ditugaskan untuk mengajar tahun 4, 5 dan 6. Semasa memberikan latihan kepada murid-murid di dalam buku latihan, saya dapati beberapa orang murid asyik melihat buku kawannya. Setelah saya mendekati tiga orang murid tersebut, saya dapati mereka menghadapi masalah dalam melakukan operasi bahagi yang saya berikan. Disamping itu juga saya dapati mereka juga lambat untuk menyiapkan soalan yang diberikan berbanding kawan-kawan mereka. Jika sebelum ini, semasa saya mengajar tajuk tambah, tolak dan darab mereka amat bagus dan dapat menyiapkan soalan mengikut masa yang diberikan. Daripada tinjauan tersebut, saya bertanya dalam hati apa yang membuatkan murid-murid tidak dapat menjawab soalan bagi operasi bahagi nombor bulat dengan dua digit? Adakah cara penyampaian saya sewaktu mengajar tidak menarik dan membosankan atau adakah

Upload: wan-ahmad-shukri

Post on 09-Aug-2015

359 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi pengajaran lalu

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Refleksi ini berdasarkan kepada pengalaman sedia ada semasa melakukan proses pengajaran dan

pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Cochrane, Jalan Shahbandar Kuala Lumpur. Saya telah

ditugaskan untuk mengajar tahun 4, 5 dan 6. Semasa memberikan latihan kepada murid-murid di

dalam buku latihan, saya dapati beberapa orang murid asyik melihat buku kawannya. Setelah

saya mendekati tiga orang murid tersebut, saya dapati mereka menghadapi masalah dalam

melakukan operasi bahagi yang saya berikan. Disamping itu juga saya dapati mereka juga lambat

untuk menyiapkan soalan yang diberikan berbanding kawan-kawan mereka. Jika sebelum ini,

semasa saya mengajar tajuk tambah, tolak dan darab mereka amat bagus dan dapat menyiapkan

soalan mengikut masa yang diberikan.

Daripada tinjauan tersebut, saya bertanya dalam hati apa yang membuatkan murid-murid tidak

dapat menjawab soalan bagi operasi bahagi nombor bulat dengan dua digit? Adakah cara

penyampaian saya sewaktu mengajar tidak menarik dan membosankan atau adakah bahan bantu

mengajar yang digunakan tidak mampu membuatkan murid terus fokus untuk mengikuti sesi

pembelajaran? Jika dilihat kepada tingkah laku tiga orang ini, mereka tidak mempunyai sebarang

masalah.

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah memanggil tiga orang murid ini untuk memberikan

soalan latihan tambahan untuk mengesan masalah yang mereka bertiga hadapi. Berdasarkan

kepada latihan tambahan yang telah saya berikan, saya dapati mereka bertiga menghadapi

masalah untuk melakukan operasi bahagi nombor bulat dengan dua digit. Saya dapati mereka

Page 2: Refleksi pengajaran lalu

tidak dapat meletakkan jawapan pada bahagian atas dengan betul serta lambat dalam mencari

jawapan kepada hasil bahagi nombor dua digit. Masalah ini akan berlanjutan ke topik lain yang

melibatkan operasi bahagi seperti wang dan ukuran.