refleksi kbat

Upload: hilman

Post on 12-Oct-2015

191 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hots kbat

TRANSCRIPT

REFLEKSI KBATSepanjang program KIOSK KBAT yang dijalankan, pelbagai perkara baru yang telah kami pertemukan. Hampir semua aktiviti yang disajikan baru kepada skema kognitif kami dan aktiviti-aktiviti seperti ini sungguh menarik untuk dilakukan disamping mencabar minda. Bagi saya dan rakan, kami berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan program KIOSK KBAT ini kerana aktiviti seperti ini banyak membantu mengukuhkan pemahaman kami terhadap konsep kemahiran berfikir aras tinggi itu sendiri. Selain itu juga, kami juga berasa berbesar hati dan gembira dapat berkongsi segala pengalaman dan penemuan kami bersama orang lain. Ternyata kepuasan yang sama dirasai oleh pengunjung KIOSK KBAT kerana mereka dapat memperoleh pengalaman yang menarik dan berharga yang mana mungkin boleh diaplikasi di sekolah satu hari nanti.

Namun disebalik respon dan kesan positif yang kami terima, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Antaranya adalah kurangnya penglibatan daripada para pensyarah sendiri. Perkara atau aktiviti ini akan mendapat sambutan yang lebih hebat atau memberangsangkan jika adanya sokongan daripada pihak pensyarah. Oleh itu, besarlah harapan kami agar para pensyarah selain daripada pensyarah terlibat untuk meluangkan masa memberi sokongan yang jitu kepada pelajar agar pelajar yang menjalankan program KIOSK KBAT ini dapat semangat dan kesungguhan yang tinggi. Hal yang sama diharapkan kepada para staf IPG Kampus Pulau Pinang. Kerjasama pihak IPG sangatlah dihargai.

Kekuatan

Kekuatan yang dapat dilihat sepanjang menjalankan aktiviti KBAT ini adalah bagaimana para pelajar yang berkunjung berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dalam mendapatkan jawapan kepada persoalan yang timbul terhadap permainan yang disediakan. Interaksi dan perbincangan antara satu sama lain boleh mewujudkan pembelajaran secara divergen di mana sesuatu persoalan itu mampu diselesaikan dengan pelbagai jawapan yang berlainan. Sebagai contoh, aktiviti ilusi dinosour telah menimbulkan rasa ingin tahu pelajar terhadap bagaimana dari sudut pandangan mereka yang berbeza boleh menampakkan kepala dinosour itu yang seolah-seolah mengikut ke mana sahaja kepala mereka bergerak, samaada ke kiri atau ke kanan. Ini boleh dipersoalkan dengan kewujudan peranan set minda manusia yang telah menetapkan bahawa pandangan manusia akan sentiasa menampakkan apa yang dilihat sahaja.

Sebelum berlangsungnya aktiviti KBAT, kerjasama yang terjalin antara pelajar guru DPLI dilihat amat baik dalam merancang dan menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Perancang yang rapi dalam menjadikan aktiviti ini bukan sahaja berfaedah, malah menyeronokkan. Kami tidak mahu apa yang dipersembahkan nampak hambar ataupun cliche lantas berkemungkinan besar tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para guru yang lain. Pelbagai jenis aktiviti yang berlainan jenis dari segi cara penyelesaian boleh dilihat sepanjang mengendalikan kiosk KBAT ini. Antaranya adalah aktiviti puzzle yang memerlukan pelajar mengaplikasi kaedah penambahan bagi mendapat jumlah untuk ke peringkat yang seterusnya, lantas menjadikan bentuk puzzle itu seakan-akan piramid dan jumlah untuk setiap peringkat adalah sama dan tepat. Ini mungkin nampak mudah tetapi apa yang berlaku sepanjang tempoh hari, pelajar mengambil masa yang agak lama dalam menyelesaikan masalah tersebut, dan mereka gembira apabila dapat menyelesaikannya.Kelemahan

Antara kelemahan yang dilihat adalah dari segi penyertaan pelajar guru lain dalam memeriahkan aktiviti KBAT ini. Rata-rata yang berkunjung ke kiosk kami datang pada waktu yang lewat. Ini boleh disimpulkan bahawa sebilangan besar pelajar guru menjalani praktikum dan ada juga kumpulan yang terpaksa menghadiri kelas petang. Aktiviti ini berlangsung pada waktu tengah hari di mana sesi persekolahan masih belum tamat. Ramai yang memberi komen bahawa waktu yang ditetapkan untuk KBAT ini tidak begitu praktikal untuk mereka kerana mereka tidak dapat turut sama memeriahkan kiosk KBAT. Respon yang diterima dari laman Facebook amat memberangsangkan kerana mereka ingin tahu apa yang kami ingin persembahkan.

Selain itu, aktiviti yang diperkenalkan memerlukan kemahiran yang agak tinggi dan ada sebilangan kecil dapat diselesaikan dalam jangka masa yang agak lama. Ramai pelajar guru yang mampu menyelesaikan kesemua permainan tetapi apabila ianya melibatkan ramai pelajar yang ingin mencuba satu-satu aktiviti, setiap seorang harus menunggu giliran kerana alatan dan bahan-bahan permainan adalah terhad. Justeru ini memakan masa dan ada pelajar guru yang terpaksa beredar ke aktiviti yang lain. Ini boleh dilihat bahawa ada pelajar yang tidak berkesempatan untuk mencuba kesemua aktiviti, jadi matlamat kami untuk memberi peluang kepada kesemua pelajar guru untuk mencuba aktiviti yang disediakan diliaht tidak tercapai. Ada juga rata-rata pelajar yang terpaksa meminta pertolongan dari rakan mereka yang telah dapat menyelesaikan satu-satu aktiviti dalam mendapatkan penyelesaian, maka mereka dianggap telah mendapat jawapan bukan atas usaha sendiri.AncamanAntara ancaman yang terdapat