refleksi hubungan etnik lengkap

Upload: tahir-yah-gee

Post on 04-Jun-2018

975 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    1/22

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    2/22

    KANDUNGAN

    SENARAI KANDUNGAN

    Surat Pengakuan

    Penghargaan

    Kandungan

    1.0 Pengenalan

    2.0 Penulisan Esei

    3.0 Rumusan

    4.0 Bibliografi

    Biodata Pengarang

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    3/22

    1.0 PENDAHULUAN

    Malaysia ialah sebuah negara yang bercirikan multicultural iaitu kepelbagaian budaya.

    Kekayaan budaya yang pelbagai ini merupakan satu anugerah Tuhan yang wajib disyukuri dan

    dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi pada hari ini

    hasil daripada persefahaman yang terjalin antara kaum di Malaysia. Selama ini pun Malaysia

    berjaya kerana menjadikan kemajmukan yang terdapat dalam negara sebagai sumber kekuatan

    walaupun kita menyaksikan banyak negara di dunia musnah dan hancur dek faktor

    kemajmukan. Malah negara turut merasai sedikit sebanyak bagaimana kemajmukan yang tidak

    terurus secara baik telah hampir meranapkan negara seperti yang berlaku pada tanggal 13 Mei

    1969.

    Oleh itu, dalam kerja kursus ini kami telah mengemukakan fakta dan pandangan

    berkaitan dengan Tragedi 13 Mei 1969 dalam usaha untuk memberikan kefahaman secara

    ringkas kepada pembaca supaya sedikit sebanyak dapat membantu untuk mewujudkan

    warganegara Malaysia yang lebih prihatin dan mengambil iktibar terhadap peristiwa sejarah

    yang lalu. Penulisan ini mengupas sedikit sebanyak mengenai kronologi, punca-punca dan jalan

    penyelesaian yang terbaik bagi membendung berulangnya peristiwa tersebut. Setiap fakta yang

    dikemukakan disertai dengan rujukan yang sahih dan tepat. Selamat membaca.

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    4/22

    2.0 PENULISAN ESEI

    TRAGEDI 13 MEI 1969

    SATU REFLEKSI SEORANG

    WARGANEGARA PRIHATIN.

    Oleh :

    Muhammad Asmawi Isa.

    Muhammad Aizat Fadil.

    Sebermulanya di kaki langit , Sang Pohon bertarung dengan Sang Ribut yang semberono . Sang

    Angin mencabarnya tetapi Sang Pohon masih utuh berdiri walaupun ditiup tanpa belas kasihan

    oleh Sang Ribut. Lalu, Sang Ribut pun terus pergi dengan sekelip mata. Sang Ribut yang gagah

    akhirnya berputus asa kerana gagal dalam usahanya itu. Sang Ribut kagum dengan keutuhan dan

    semangat juang Sang Pohon mempertahankan dirinya agar tidak tumbang menyembah bumi.

    Hatta, pohon itu terus kekal berdiri seraya matahari terbenam ke bumi. Malam dan siang silih

    berganti, namun tiada siapa dapat menewaskan pohon ini. Pohon tersebut tetap ampuh ditempatnya sehinggalah ke hari ini.

    1

    Sedarkah kita bahawa pohon yang dimaksudkan bagi kenyataan di atas merupakan

    simbolik kepada keutuhan perpaduan yang sering kita impikan dalam masyarakat Malaysia

    pada hari ini. Keutuhan Sang Pohon daripada tumbang rencana tiupan ganas Sang Angin

    menggambarkan betapa teguhnya pohon itu. Akarnya yang mencengkam hingga ke dasar bumi

    memperkuatkan lagi pohon tersebut untuk terus bertahan. Hatta, datanglah taufan sekuatmanapun tidak akan mampu membuatnya tewas menyembah bumi bak kata pepatah Melayu,

    berpantang maut sebelum ajal. Kini persoalan mulai timbul dalam ruangan sanubari kita.

    Secara praktikalnya, mampukah kita mencapai kekuatan dalam perpaduan seperti seteguh

    1Institut Integriti Malaysia, (2006), Dari Akar Hingga Buahnya:Kuala Lumpur:Institut Integriti Negara hlm 1

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    5/22

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    6/22

    menghancurkan negara sehingga kita turut menitis air mata kedukaan apabila mengenang

    kembali sejarah silam tersebut. Sesetengah pihak beranggapan bahawa peristiwa tersebut

    harus dikekalkan sebagai perkara sensitif dan tidak harus dibincangkan secara umum dan

    terbuka.4Namun begitu, kami tidak bersetuju dengan pendapat sedemikian kerana peristiwa 13

    Mei 1969 seharusnya didedahkan agar peristiwa itu dapat menyedarkan rakyat Malaysia yang

    berbilang kaum betapa pentingnya integrasi, toleransi dan sikap hormat-menghormati bagi

    menjamin keamanan serta survival negara. Pendek kata, perpaduan dan integrasi nasional

    yang kukuh amatlah penting bagi mewujudkan kestabilan negara dan memastikan usaha ke

    arah pembangunan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Ingatkah kita bahawa Tun Abdul

    Razak yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia ke-2 pernah mengatakan bahawa tenaga

    negara haruslah disalurkan kepada usaha membangunkan negara dan bukanlah digunakan

    untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian.5

    Jika kita menelusuri susur galur kisah tragis tersebut, tragedi yang berlaku di Kuala

    Lumpur itu tercetus akibat daripada keputusan pilihan raya pada tahun 1969 yang memihak

    kepada pembangkang. Pengutaraan isu-isu perkauman yang menyentuh emosi seolah-olah

    menjadi tangkal pelaris sepanjang kempen pilihan raya tersebut.6Calon-calon pilihan raya serta

    ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal

    sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang

    Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Tindakan pihak pembangkang

    dalam meyakinkan rakyat dengan dakyah dan propaganda mereka telah berjaya memikat hati

    pengundi bukan Melayu pada waktu itu. Buktinya, mereka telah berjaya menafikan hampir 2/3

    kerusi Parlimen yang dikuasai oleh parti Perikatan pada Pilihan Raya Umum 1969. Yang jelas,

    kuasa rakyat pada waktu itu telah menyebabkan parti pembangkang berhasil menguasai hampir

    separuh daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Selangor.7

    Ibarat ibu ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. Sikap pembangkang yang pada waktu

    itu yang sangat teruja dengan kemenangan tersebut telah dizahirkan melalui perarakan demi

    perarakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Malangnya perarakan tersebut telah dicemari

    dengan penghinaan kepada orang Melayu seterusnya menimbulkan perasaan dendam dan

    tidak puas hati orang Melayu pada waktu itu. Terdapat juga desas-desus tentang kematian

    4 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2009), Integrasi 1 Malaysia:Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan Malaysia hlm 10

    5 Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnikhlm 119

    6 Dari laman sesawang http://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-kampung-baru-dan-sekitar-kl pada 20

    Mac 20117 Wikipedia, Tragedi 13 Mei 1969

    http://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-kampung-baru-dan-sekitar-klhttp://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-kampung-baru-dan-sekitar-klhttp://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-kampung-baru-dan-sekitar-kl
  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    7/22

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    8/22

    sebanyak 39.2 peratus.11 Pendek kata, kaum imigran dilihat sebagai golongan yang mengecapi

    kehidupan yang lebih senang dan mewah hasil penguasaan ekonomi yang menguntungkan

    mereka.

    Tambahan lagi, jurang pendapatan antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera

    juga sangat ketara. Misalnya, mengikut sumber daripada Jabatan Perangkaan Negara pada

    tahun 1970 iaitu setahun selepas Peristiwa 13 Mei 1969 telah mencatatkan bahawa purata

    pendapatan untuk kaum Melayu hanyalah RM1.00 berbanding kaum Cina sebanyak RM 2.30

    dan RM 1.80 bagi kaum India.12Daripada segi pendapatan purata keluarga, keluarga Melayu

    hanya memperoleh RM172.00 bagi satu keluarga, kaum Cina sebanyak RM394.00, kaum India

    sebanyak RM304.00 dan kaum lain-lain sebanyak RM813.00.13Statistik lain juga menunjukkan

    bahawa orang Melayu hanya menguasai 2.4 peratus sedangkan bukan Melayu pula sebanyak

    34 peratus14daripada segi pemilikan kekayaan negara. Kesan daripada pengamalan dasar

    yang berat sebelah ini sememangnya melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang

    Melayu. Mereka merasakan seolah-olah telah dikuasai oleh golongan imigran manakala orang

    Melayu yang merupakan tuan kepada Tanah Melayu ini telah jauh ketinggalan dalam pelbagai

    bidang termasuklah pendidikan, ekonomi dan politik. Oleh itu, kerajaan menyedari

    ketidakseimbangan tersebut dan mengemukakan beberapa langkah positif antaranya

    termasuklah dengan menubuhkan badan-badan kerajaan seperti Federal Land Development

    Authority(FELDA), Majlis Amanah Rakyat(MARA), dan Federal Agriculture Marketing Authority

    (FAMA) untuk membantu meningkatkan kualiti hidup orang Melayu. Melalui badan-badan ini,

    kerajaan membuka tanah baru, membina rumah dan menyediakan prasarana serta pasaran

    bagi mereka. 15 Walau bagaimanapun, langkah baik kerajaan ini telah menimbulkan pula

    perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum Cina. Mereka beranggapan bahawa kerajaan

    seolah-olah mahu menggugat kedudukan ekonomi mereka. Akibatnya, timbul perasaan syak

    wasangka antara kaum yang mulai menebal dan menjadi punca dalam menyemarakkan lagi

    sentimen perkauman pada waktu itu.

    Apabila kita menyebut dari segi sosial pula, hubungan antara kaum Bumiputera Melayu

    dan imigran terutamanya kaum Cina bertambah meruncing apabila isu kerakyatan bukan

    Melayu telah sengaja ditimbulkan. Kelantangan suara oleh individu-individu yang

    11 Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnikhlm 55

    12 Ibid hlm 112

    13 Ibid hlm 55

    14 Ibid hlm 112

    15 Dari laman sesawanghttp://syed-ikhwan.com/2009/02/24/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei/

    http://syed-ikhwan.com/2009/02/24/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei/http://syed-ikhwan.com/2009/02/24/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei/http://syed-ikhwan.com/2009/02/24/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei/http://syed-ikhwan.com/2009/02/24/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei/
  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    9/22

    berkepentingan politik khasnya daripada parti pembangkang itu cukup merisaukan orang

    Melayu. Hal ini kerana kelonggaran dari segi kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli akan

    mengakibatkan penguasaan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan akan

    terhakis. Akibatnya, nasib orang Melayu tidak akan terbela bak kata pepatah ibarat melukut di

    tepian gantang. Isu bahasa dan pendidikan juga telah menjadi salah satu masalah yang

    membelenggu Malaysia ketika itu. Niat serta usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat

    Malaysia yang bersatu padu melalui peranan bahasa dan pendidikan bercorak kebangsaan

    telah mendapat tentangan. Sebagai contoh, Penyata Razak yang dilancarkan pada tahun 1956

    telah menyarankan sukatan pelajaran bagi sekolah-sekolah rendah di Malaysia (Malaya ketika

    itu) diselaraskan dan bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di

    sekolah-sekolah.16Malangnya, kaum Cina telah menentang sekeras-kerasnya dasar ini. Antara

    golongan Cina yang kuat bersuara dalam menentang dasar ini ialah individu-individu yang

    diwakili oleh Chinese Guilds and Association (CGA).17Mereka beranggapan bahawa bahasa

    Cina juga patut diakui sebagai bahasa rasmi dan pengantar di sekolah.18Selain itu, mereka

    juga beranggapan bahawa dasar ini mempunyai niat jahat tersendiri apabila dasar tersebut

    dilihat sebagai satu percubaan untuk menafikan hak generasi mereka untuk mengamalkan

    bahasa dan cara hidup mereka. Tambahan lagi, mereka juga menuntut hak yang sama dengan

    orang Melayu. Contohnya, mereka telah mengutarakan konsep Malaysian Malaysia iaitu

    Malaysia hak orang Malaysia dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau

    Bumiputera dihapuskan.19

    Demikianlah secara ringkasnya imbasan peristiwa yang berlaku dan faktor-faktor

    tercetusnya tragedi hitam tersebut. Sedarkah kita bahawa Tragedi 13 Mei 1969 memerlukan

    satu pemikiran semula dan langkah-langkah mengatasi haruslah diberikan keutamaan. Hal ini

    penting kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali dan seterusnya membantutkan hasrat

    kita untuk mencapai taraf negara maju selari dengan cabaran Wawasan 2020. Namun begitu,

    kesemua halangan dan rintangan yang dilalui telah mengajar kita sesuatu tentang nilai sejarah

    yang cukup bermakna bagi kita. Semua pergolakan yang berlaku adalah bertitik tolak daripada

    kebencian, ketidakpuashatian, tiada sifat toleransi, serta perspektif negatif terhadap kaum lain.

    Pendek kata, ketiadaan kesefahaman dalam mengharungi kehidupan bernegara yang penuh

    16 Mok Soon Sang (2004), Pengantar Pendidikan Untuk Kursus PPISMP: Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn Bhd hlm 96

    17 Shamsul Amri Baharuddin (1990), Masyarakat Malaysia Yang Membangun, (POLITIK BAHASA) : Kuala Lumpur, Dewan

    Bahasa Dan Pustaka hlm 6318

    Ibid hlm 6319

    Dari laman sesawang facebook.com / PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM

    BANDAR BAHARU

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    10/22

    ranjau dan berliku telah menyebabkan negara diambang kemusnahan. Oleh itu, sebagai

    warganegara yang prihatin dan sayangkan negara, kita haruslah mengelakkan perasaan negatif

    tersebut dan memainkan peranan kita masing-masing dalam memelihara perpaduan yang

    sekian lama terjalin.

    Apabila kita menyebut soal perpaduan, kerajaan merupakan pihak paling

    bertanggungjawab untuk memainkan peranan vital dalam memelihara perpaduan yang sedia

    ada. Perancangan dasar-dasar, suntikan kewangan, dan penubuhan agensi-agensi kerajaan

    yang mengeratkan perpaduan nasional haruslah diberikan keutamaan. Misalnya, penubuhan

    Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negara bertindak sebagai agen yang melaksanakan

    rancangan-rancangan kerajaan dalam memupuk semangat muhibbah dan integrasi antara

    kaum.20Selain itu, pengamalan pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen yang telus akan

    memberi ruang kepada pengagihan dan perkongsian kuasa dalam kalangan pemimpin

    berbilang kaum.21 Pemimpin tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menyedari

    bahawa perkongsian kuasa amat perlu diberi perhatian dan dilaksanakan dengan adil bagi

    mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan. Jawatan penting dalam kerajaan,

    kerusi dalam pilihan raya dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh satu

    kaum sahaja. Setiap kaum diwakili oleh pemimpin yang dipilih melalui pilihan raya untuk

    mempertahankan hak dan suara rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 22 Justeru,

    sebagai rakyat yang bijak, kita haruslah mengambil peluang yang ada untuk mempertahankan

    asas pegangan agar ancaman terhadap negara dapat ditepis dan dasar-dasar kerajaan dapat

    laksanakan.

    Kebijaksanaan rakyat untuk memilih pemimpin yang berwibawa sebagai peneraju

    pentadbiran negara pastinya memberikan impak yang positif kepada prestasi dan masa depan

    negara ke mercu kejayaan. Oleh demikian, kita haruslah menyokong pemimpin yang sentiasa

    mementingkan kepentingan negara melebihi keuntungan materialistik dan menolak pemimpin

    yang mempunyai kepentingan sendiri yang jelas terkeluar dari landasan sebenar dalam

    perjuangan politik mereka. Selain itu, seorang warganegara yang baik tidak akan bersekongkol

    dengan pemimpin yang mengamalkan pemikiran berunsurkan perkauman yang sempit.

    Contohnya, mereka menolak segala ideologi serta hasutan daripada pemimpin yang tidak

    bertanggungjawab menyebarkan dakyah-dakyah yang boleh merosakkan perpaduan.

    20Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2009) Integrasi 1 Malaysiahlm 29

    21 Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnikhlm 31

    22Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2009) Integrasi 1 Malaysiahlm 22

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    11/22

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    12/22

    emosional. Perkara-perkara sensitif seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu,

    ketuanan Melayu dan sebagainya tidak boleh dipertikaikan kerana perkara tersebut telah

    termaktub dalam Pelembagaan Malaysia dan dipersetujui dalam kontrak sosial. Perasaan tidak

    puas hati antara kaum memanglah sedikit sebanyak akan wujud namun kita haruslah

    mengamalkan situasi win-win apabila berlakunya masalah yang bersangkut-paut dengan isu

    perkauman ini. Apabila kita merenung semula, kita menyedari bahawa perpaduan kaum di

    Malaysia yang wujud pada hari ini tertegak di atas asas yang tidak begitu kuat dan mantap.

    Semua ini berpunca daripada kegagalan kita untuk memahami antara satu sama lain. Bagi

    memperbaiki kegagalan itu, kita haruslah mempelajari budaya, adat resam dan kepercayaan

    orang lain agar kita lebih jelas tentang sesuatu yang patut diamalkan dan perkara yang patut

    ditinggalkan. Hal ini mustahak bagi mengelakkan berlakunya salah tafsiran yang mungkin timbul

    akibat kedunguan kita terhadap perkara-perkara sensitif kaum lain terutamanya dalam aspek

    kepercayaan dan pantang larang. Selain itu, kita juga haruslah mengamalkan sikap

    besederhana dalam semua hal termasuklah dalam memperuntukkan hak demi kepentingan

    kaum masing-masing. Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa persefahaman dan hubungan baik

    hanya dapat dicapai jika semua kaum di Malaysia bersifat sederhana dan sanggup bercampur

    gaul semasa bekerja, bermain dan menjalani aktiviti sosial mereka.26

    Peranan pendidikan juga dapat digunakan secara bijak untuk menyalurkan mesej

    perpaduan yang ingin disampaikan. Misalnya peranan bahasa sebagai medium penyatuan

    kerana bahasa melambangkan bangsa. Secara faktanya, dalam perlembagaan Malaysia telah

    termaktub bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita.27Sejak kebelakangan ini,

    penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat bukan Melayu semakin hambar.

    Malahan terdapat segelintir yang langsung tidak tahu serta tidak mahu bertutur dalam bahasa

    Melayu. Yang menghairankan, golongan ini bukanlah golongan yang berumur sebaliknya

    mereka adalah golongan yang masih muda iaitu generasi yang lahir selepas bahasa Melayu

    didaulatkan. Bagi mengatasi masalah ini, bahasa Melayu haruslah dimartabatkan melalui

    penggunaannya secara meluas dalam semua bidang kehidupan. Melalui cara ini, satu ciri

    persamaan dapat diwujudkan yang juga merupakan unsur utama dalam kebudayaan

    kebangsaan.28

    26 Ibid hlm 3

    27 Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnikhlm 106

    28 Ibid hlm 174

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    13/22

    Kurikulum sekolah juga haruslah menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendorong

    kepada pencapaian perpaduan negara termasuklah kesejahteraan, tolak ansur, taat setia dan

    cintakan negara.29 Selain itu, sistem pendidikan negara kita haruslah dikaji semula mengikut

    perkembangan dan kehendak masa kini. Misalnya, agenda memperkasakan sekolah

    kebangsaan sebagai pilihan utama untuk pendidikan rendah dan menengah menjadi

    keutamaan kerajaan. Penyatuan sistem persekolahan di bawah satu pentadbiran iaitu sekolah

    wawasan adalah langkah yang terbaik dan wajar dipertimbangkan. Di bawah sekolah wawasan,

    mereka akan berkongsi kemudahan sekolah seperti kantin, padang dan sebagainya sekaligus

    melahirkan satu ruang sosial yang memberikan pelajar daripada pelbagai latar belakang, kaum

    dan agama untuk berinteraksi melalui aktiviti di sekolah yang dijalankan. 30Hasilnya, pelajar

    daripada pelbagai kaum dan agama akan bergaul secara lebih rapat antara satu sama lain dan

    dapat memupuk persefahaman sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini adalah satu langkah yang

    bijak dalam merapatkan hubungan antara kaum. Dengan kata lain, kerajaan yang berwawasan

    menjadi perintis dan contoh ikutan dalam usaha mewujudkan perpaduan antara kaum melalui

    peranan pendidikan bercorak kebangsaan.

    Tahukah kita bahawa ketidakseimbangan ekonomi yang ketara merupakan salah satu

    penyebab perasaan tidak puas hati orang Melayu yang mendorong tercetusnya Tragedi 13 Mei

    1969? Hal ini kerana potensi ekonomi kaum Melayu pada waktu itu sangat rendah dan

    ditambah pula dengan penguasaan kaum imigran Cina yang jelas telah memonopoli ekonomi

    Malaysia ketika itu. Data yang dikumpul oleh Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 1968

    menunjukkan golongan professional seperti pegawai kesihatan, saintis dan arkitek Bumiputera

    sangat kurang jika dibandingkan dengan bukan Bumiputera. 31 Dengan wujudnya Dasar

    Ekonomi Baru, dasar tersebut telah memberikan kesan yang positif untuk membasmi

    kemiskinan, meningkatkan taraf hidup Bumiputera dan penghapusan pengenalan fungsi

    ekonomi mengikut kaum secara berperingkat. Antara strategi-strategi yang ditekankan dalam

    dasar tersebut ialah dengan mewujudkan peluang pekerjaan, menambah kemudahan

    infrastruktur di kawasan luar bandar, serta meluaskan peluang-peluang golongan miskin untuk

    bergiat dalam bidang perindustrian dengan lebih efektif. 32 Hasilnya, cabaran ke-8 dalam

    Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat yang adil daripada segi ekonomi akan

    29 Ibid hlm 173

    30 Ibid hlm 130

    31 Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnikhlm 111

    32 Yusof Ismail dan Khayati Ibrahim (1993), Dasar-Dasar Kerajaan Malaysiahlm 25-26

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    14/22

    terlaksana apabila pengagihan kekayaan negara dibahagikan secara telus dan saksama. 33

    Walau bagaimanapun, kritikan tajam harus diberikan terhadap sikap orang Melayu sendiri yang

    tidak mahu berubah dalam semua bidang. Justeru, tidak hairanlah sikap tersebut merupakan

    punca kaum Melayu masih ketinggalan dalam semua lapangan kehidupan.

    Dalam karya terkenal dan penuh kontroversi iatu Dilema Melayu karangan mantan

    Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menegaskan bahawa

    masalah dan dilema Melayu ketika ini ialah sikap mereka yang membuat sesuatu dengan

    sambil lewa, sikap tersangat merendah diri dan suka mencari jalan mudah dalam kehidupan

    merupakan punca orang Melayu masih di takuk lama. 34 Justeru, orang Melayu seharusnya

    berusaha untuk berubah sikap dengan tidak menuding jari sekiranya hak mereka dipertikaikan

    akibat kelalaian dan kealpaan mereka sendiri. Tambahan lagi, sikap suka berpecah belah dan

    mengadu domba sesama sendiri demi mengaut keuntungan materialistik juga haruslah

    dielakkan. Orang Melayu tidak boleh lagi menagih keistimewaan dengan hanya mengharapkan

    bantuan daripada kerajaan semata-mata melalui pemberian subsidi dan bantuan modal

    kewangan tetapi mencari peluang lain untuk memperkembangkan segala potensi yang ada.

    Mereka juga digalakkan untuk mengadakan perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang,

    mengamalkan budaya bersaing secara sihat dan kerjasama erat untuk mewujudkan

    permuafakatan secara bersama. 35Berita baiknya, perubahan sikap orang Melayu sudah mula

    menampakkan hasil yang diinginkan apabila mereka berhasil membuktikan bahawa kaum

    Melayu juga mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain. Hal ini tidak

    dapat disangkal lagi kerana terdapat ramai orang Melayu yang mencapai kejayaan gemilang

    dalam pelbagai bidang termasuklah ekonomi, politik, sukan, pendidikan dan sebagainya. Bagi

    kejayaan yang dirangkul negara pula, kita dapat melihat apabila Malaysia kini mendapat

    pengiktirafan sebagai negara yang berdaya saing di dunia. Buktinya, menurut kajian IMD

    Business School, Switzerland, Malaysia berada pada ranking ke-10 negara yang paling berdaya

    saing di dunia bagi tahun 2010.36Pendek kata, sekiranya kita bermuhasabah serta berusaha

    untuk meningkatkan potensi diri dengan menimba ilmu, bekerjasama, tidak mudah berputus asa

    33 Ahmad Sarji (2003), Wawasan 2020 Malaysia, Memahami Konsep, Implikasi dan Cabaran,Kuala Lumpur:Institut Terjemahan

    Negara Malaysia Bhd hlm 36334

    Mahathir Mohamad (1982), Dilema Melayu:Petaling Jaya, Federal Publication hlm 3935

    Institut Tadbiran Awam Negara INTAN Malaysia, Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia hlm 15036

    Dipetik dari laman sesawang Malaysia Negara Berdaya Saing Utama Dunia,

    http://anginperubahan.blogspot.com/2010/05/malaysia-negara-berdaya-saing-utama.html

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    15/22

    dan berdaya saing, kita akan mengecapi kejayaan yang gemilang dan dipandang tinggi oleh

    semua orang.

    Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan

    nama Malaysia yang kini dikenali sebagai negara yang sedang pesat membangun.

    Pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang juga tidak pernah

    diabaikan. Buktinya, hasrat tersebut dijadikan keutamaan kerajaan kerana salah satu teras

    dalam merealisasikan Misi Nasional ialah dengan melahirkan rakyat berfikiran kelas pertama.37

    Justeru, bagi melahirkan rakyat pemikiran kelas pertama, penghargaan dan penghayatan

    terhadap nilai dan peristiwa sejarah juga merupakan tuntutan bagi semua warganegara. Tun Dr

    Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa sesiapa yang tidak mempelajari sejarah, dia pasti

    akan mengulanginya semula merupakan kata-kata yang benar dan berasas. 38 Sekiranya

    penghayatan sejarah tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, generasi kini dan akan datang

    tidak akan mengambil iktibar seterusnya mengulangi semula sejarah hitam tersebut.

    Satu daripada kepentingan mempelajari sejarah ialah sebagai bukti kukuh tentang

    peristiwa yang telah berlaku dan boleh dijadikan sebagai panduan serta iktibar untuk generasi

    yang akan datang. Namun begitu, terdapat segelintir pihak yang mengatakan bahawa mata

    pelajaran Sejarah tidak perlu diajar di sekolah kerana membebankan pelajar. Sesungguhnya,

    pendapat tersebut adalah mengarut dan tidak masuk akal sama sekali. Hal ini kerana sejarah

    dapat memberikan gambaran kepada masyarakat tentang kisah terdahulu yang mungkin

    berguna terutamanya remaja kini yang mempunyai pengetahuan yang terhad dan semangat

    patriotisme yang semakin menipis. Sejarah Tragedi 13 Mei merupakan sejarah yang harus

    diingati dan terpahat dalam sanubari setiap warganegara betapa buruknya kesan apabila kita

    mengetepikan perpaduan dalam kehidupan bernegara. Jika kita menghayati sejarah serta

    mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke

    hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Secara

    tuntasnya, sejarah amat penting untuk dihayati dan disemai dalam pembentukan minda

    generasi muda negara terutamanya untuk mewujudkan perpaduan yang ampuh dalam

    masyarakat Malaysia.

    37 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2009) Integrasi 1 Malaysiahlm 18

    38 Dipetik dari laman sesawang, Kepentingan Sejarahhttp://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-

    sejarah.html

    http://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-sejarah.htmlhttp://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-sejarah.htmlhttp://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-sejarah.htmlhttp://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-sejarah.htmlhttp://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-sejarah.htmlhttp://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-sejarah.html
  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    16/22

    Secara konklusinya, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu noktah hitam yang masih

    terpalit dan menjadi igauan buruk dalam sejarah Malaysia. Walaupun kita cuba memadamkan

    kenangan pahit itu daripada memori, namun pada hakikatnya tragedi itu telah menimbulkan

    persoalan tentang sejauh manakah perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang

    kaum itu tahan diuji? Sesungguhnya, prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor

    penghalang ke arah merealisasikan integrasi nasional di negara ini.

    Justeru, marilah kita membuat refleksi kendiri dan menyedari peranan serta

    tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian.

    Sebelum mengakhiri penulisan ini, maka marilah kita renungkan kembali firman Allah SWT di

    dalam Al-Quran yang bermaksud :

    Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang lelaki

    dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku

    supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi

    Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-Alim

    (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal) tentang amalan hamba-Nya.39

    Surat Al Hujuraat ayat 13

    39Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnikhlm 144

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    17/22

    3.0 RUMUSAN

    Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa perpaduan merupakan pemangkin utama

    kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh,

    keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama

    daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan

    dan iktibar bagi kita untuk terus maju ke mercu kejayaan.

    Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat

    yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan

    yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap

    perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara

    kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk

    memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah

    dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita

    idamkan.

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    18/22

    4.0 BIBLIOGRAFI

    Ahmad Sarji (2003), Wawasan 2020 Malaysia, Memahami Konsep, Implikasi dan

    Cabaran, Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.

    Institut Integriti Malaysia, (2006), Dari Akar Hingga Buahnya, Kuala Lumpur: Institut

    Integriti Negara.

    Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, (2000), Dasar-Dasar Pembangunan

    Malaysia,Kuala Lumpur: Institut Penterjemahan Negara Malaysia.

    Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2009), Integrasi 1 Malaysia:Kuala Lumpur,

    Jabatan Penerangan Malaysia.

    Mahathir Mohamad (1982), Dilema Melayu:Petaling Jaya: Federal Publication.

    Mok Soon Sang (2004), Pengantar Pendidikan Untuk Kursus Program Persediaan Ijazah

    Sarjana Muda Perguruan:Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

    Shamsul Amri Baharuddin (1990), Masyarakat Malaysia Yang Membangun,(Politik Bahasa):

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Shamsul Amri Baharuddin (2010), Modul Hubungan Etnik, Shah Alam:Universiti Publication

    Centre.

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    19/22

    Yusof Ismail dan Khayati Ibrahim (1993), Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia:Kuala Lumpur:A.S.

    Noordeen Publication Sdn Bhd.

    Dipetik dari laman sesawang Malaysia Negara Berdaya Saing Utama Dunia,

    http://anginperubahan.blogspot.com/2010/05/malaysia-negara-berdaya-saing-

    utama.htmlpada 28 Julai 2012

    Dipetik dari laman sesawang, Kepentingan Sejarah

    http://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-sejarah.htmlpada

    27 julai 2012.

    Dari laman sesawang Pengajaran Hakikat Peristiwa 13 Mei.

    http://syed-ikhwan.com/2009/02/24/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei/pada 27 julai

    2012

    Dari laman sesawang facebook.com / PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI

    DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARUpada 28 Julai 2012.

    Dari laman sesawang Memori Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 di Kampung Baru dan sekitar

    Kuala Lumpur,

    http://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-kampung-

    baru-dan-sekitar-kl pada 28 Julai 2012

    Dipetik dari laman sesawang Wikipedia, Tragedi 13 Mei 1969,

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei pada 26 Juali 2012.

    Dari laman sesawang Web Sabah

    http://www.websabah.net/showthread.php?t=1013&p=8696 pada 26 Julai 2012

    http://anginperubahan.blogspot.com/2010/05/malaysia-negara-berdaya-saing-http://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-sejarah.htmlhttp://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-sejarah.htmlhttp://syed-ikhwan.com/2009/02/24/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei/http://syed-ikhwan.com/2009/02/24/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei/http://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-kampung-%09baru-dan-sekitar-klhttp://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-kampung-%09baru-dan-sekitar-klhttp://www.websabah.net/showthread.php?t=1013&p=8696http://www.websabah.net/showthread.php?t=1013&p=8696http://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-kampung-%09baru-dan-sekitar-klhttp://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-kampung-%09baru-dan-sekitar-klhttp://syed-ikhwan.com/2009/02/24/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei/http://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/08/kepentingan-sejarah.htmlhttp://anginperubahan.blogspot.com/2010/05/malaysia-negara-berdaya-saing-
  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    20/22

    BIODATA

    NAMA :NOMBOR KAD PENGENALAN:

    KUMPULAN :

    NOMBOR MATRIK :

    NOMBOR BILIK :

    NOMBOR TELEFON :

    EMAIL :

    PENGAJIAN :

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    21/22

    NAMA :

    NOMBOR KAD PENGENALAN:

    KUMPULAN :

    NOMBOR MATRIK :

    NOMBOR BILIK :

    NOMBOR TELEFON :

    EMAIL :

    PENGAJIAN :

    NAMA :

    NOMBOR KAD PENGENALAN:

    KUMPULAN :

    NOMBOR MATRIK :

    NOMBOR BILIK :

    NOMBOR TELEFON :

    EMAIL :

    PENGAJIAN :

  • 8/13/2019 Refleksi Hubungan Etnik Lengkap

    22/22

    NAMA :

    NOMBOR KAD PENGENALAN:

    KUMPULAN :

    NOMBOR MATRIK :

    NOMBOR BILIK :

    NOMBOR TELEFON :

    EMAIL :

    PENGAJIAN :