refleksi gerhana matahari

3
REFLEKSI RUBENESWARY A/P JAYABALAN (950410-08-5908) Dalam tugasan ini, kami diminta untuk menghasilkan rancangan pengajaran untuk mengajar gerhana matahari bagi tahun 6. Sepanjang tugasan ini dijalankan banyak ilmu telah saya pelajari terutamanya ialah menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dan sesuai dengan tahap pelajar. Sebelum merancang saya memastikan komponen-komponen yang mengandungi dalam Rancangan Pengajaran. Antaranya ialah pengetahuan sedia ada murid, hasil pembelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk menyampaikan sesuatu topik mata pelajaran dalam satu jangka waktu yang ditetapkan. Setelah mengenalpasti komponen-komponan yang terdapat dalam RPH, saya pun mula merancang aktiviti yang menarik sejajar dengan setiap fasa. Faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan rancangan mengajar adalah memastikan semua pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Oleh itu, saya pastikan hasil pembelajaran bersifat eksplisit supaya saya sebagai guru dapat memerhatikan pencapaian pelajar dengan lebih jelas. Seterusnya, bagi fasa pertama, saya menggunakan gambar matahari gerhana untuk mengaitkan topik hari tersebut.

Upload: anonymous-evq7vl

Post on 11-Jul-2016

234 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI Gerhana Matahari

REFLEKSI

RUBENESWARY A/P JAYABALAN

(950410-08-5908)

Dalam tugasan ini, kami diminta untuk menghasilkan rancangan pengajaran

untuk mengajar gerhana matahari bagi tahun 6. Sepanjang tugasan ini dijalankan

banyak ilmu telah saya pelajari terutamanya ialah menghasilkan Rancangan

Pengajaran Harian yang lengkap dan sesuai dengan tahap pelajar. Sebelum

merancang saya memastikan komponen-komponen yang mengandungi dalam

Rancangan Pengajaran. Antaranya ialah pengetahuan sedia ada murid, hasil

pembelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi,

perkembangan, penilaian dan penutup untuk menyampaikan sesuatu topik mata

pelajaran dalam satu jangka waktu yang ditetapkan.

Setelah mengenalpasti komponen-komponan yang terdapat dalam RPH, saya

pun mula merancang aktiviti yang menarik sejajar dengan setiap fasa. Faktor utama

yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan rancangan mengajar adalah

memastikan semua pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Oleh

itu, saya pastikan hasil pembelajaran bersifat eksplisit supaya saya sebagai guru

dapat memerhatikan pencapaian pelajar dengan lebih jelas. Seterusnya, bagi fasa

pertama, saya menggunakan gambar matahari gerhana untuk mengaitkan topik hari

tersebut.

Dalam fasa pencetusan idea saya telah menggunakan kaedah soal jawab

untuk mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar. Di samping itu, saya juga meminta

untuk melukiskan dan menyatakan bagaimana berlakunys gerhana matahari..

Seterusnya, dalam fasa penstrukturan semula idea pula, saya telah menggunakan

kaedah demonstrasi untuk menyampaikan konsep gerhana matahari. Melalui aktiviti

ini, murid akan lebih memahami sesuatu konsep jika murid itu sendiri mengalaminya.

Tambahan pula, strategi ini membantu pelajar untuk mengingat dalam jangka masa

panjang. Dalam fasa ini juga, saya menyediakan slaid Power Point untuk

mengukuhkan konsep pelajar serta membetulkan sebarang miskonspsi yang wujud

dalam kalangan pelajar. Semasa menyediakan slaid saya memastikan stail fon dan

Page 2: REFLEKSI Gerhana Matahari

saiz fon sesuai dengan tahap pelajar supaya mereka dapat baca dengan jelas. Aspek

seterusnya ditekankannya adalah teks dan latar belakang haruslah kontras di mana

latar belakang berwarna cerah dan teksnya berwarna gelap atau sebaliknya.

Tambahan pula, saya menggunakan gambarajah serta pengurusan grafik untuk

menyampaikan fakta kepada murid. Hal ini akan memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan lancar terutamanya pelajar visual kerana mereka lebih

mudah belajar menggunakan visual dan gambar.

Dalam fasa aplikasi pula, saya meminta murid bergiat dalam kumpulan untuk

menghasilkan gerhana matahari 2D. Hal ini sedemikian, jika pelajar melukis dan

mewarnakannnya mereka dapat mengingati dalam jangka masa panjang. Selain itu,

apabila mereka bekerjasama kumpulan banyak ilmu yang dapat dipelajari antara

sesama mereka. Kelemahan dalam aktviti ini ialah ada juga murid yang curi tulang

dalam aktivti kumpulan. Maka, saya perlu meronda dan pastikan setiap murid

mempunyai tugasan yang boleh menyumbang kepada kumpulan masing-masing.

Tamabahan pula, apabila mereka membuat pembentangan maka, sebagai guru saya

dapat melihat konsep yang dipegang oleh pelajar mengenai gerhana matahari.

Akhirnya dalam fasa penutup setiap murid diberikan peta minda untuk

menyiapkannya. Peta minda adalah alat berfikir yang sangat berguna. Oleh itu, saya

menggunakan kaedah ini untuk memberikan gambaran keseluruhan mengenai topik

ini kepada murid. Maka, saya telah menyediakan peta minda yang sesuai supaya

mereka boleh faham apabila membaca. Masalah yang saya hadapi ialah menentukan

kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bagi setiap

fasa. Walaubagaimanapun, saya telah mengatasi masalah ini dengan bimbangan

pensyarah saya. secara tuntasnya, Rancangan Pengajaran adalah sangat penting

bagi setiap guru kerana ia memastikan kelicinan dalam PdP serta memberikan

keyakinan kepada guru semasa mengajar.

Page 3: REFLEKSI Gerhana Matahari