refleksi

5
KESAVARTHENI A/P CHANDRA SEKARAM (920716-08-6316) PISMP Pemulihan Semester 5 REFLEKSI Pertama-tama, saya berterima kasih kepada Tuhan kerana akhirnya saya dapat menjalankan Program BIG Fasa ke-5 ini dengan berjaya dan selamat. Dalam semester ini, kami ditugaskan untuk membuat lawatan penanda aras (benchmarking) ke sekolah berprestasi tinggi. Lawatan ini telah membantu kami untuk memahami dan mengenal pasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang serta mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelaras BIG Fasa 5 iaitu, En.Mohamad Arif Bin Abdul Rani. Beliau juga telah banyak membantu saya untuk menyiapkan laporan ini. Saya mujur kerana dapat menyiapkan laporan ini dalam masa yang ditetapkan oleh pensyarah saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada tutor saya yag dihormati iaitu En. Ruziman Bin Omar kerana membantu saya untuk menyiapkan laporan ini dengan sempurna. Beliau turut menyertai dengan kami ke lawatan penanda aras (benchmarking) di SK Seksyen 9, Shah Alam yang diadakan pada 4 Mac 2014. Beliau telah memberi sokongan moral kepada saya dan rakan-rakan sekelas saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang banyak

Upload: trevor-riley

Post on 12-May-2017

217 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

KESAVARTHENI A/P CHANDRA SEKARAM

(920716-08-6316)

PISMP Pemulihan Semester 5

REFLEKSIPertama-tama, saya berterima kasih kepada Tuhan kerana akhirnya saya dapat

menjalankan Program BIG Fasa ke-5 ini dengan berjaya dan selamat. Dalam semester ini,

kami ditugaskan untuk membuat lawatan penanda aras (benchmarking) ke sekolah

berprestasi tinggi. Lawatan ini telah membantu kami untuk memahami dan mengenal pasti

bentuk-bentuk pengurusan cemerlang serta mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan

seharian. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

penyelaras BIG Fasa 5 iaitu, En.Mohamad Arif Bin Abdul Rani. Beliau juga telah banyak

membantu saya untuk menyiapkan laporan ini. Saya mujur kerana dapat menyiapkan

laporan ini dalam masa yang ditetapkan oleh pensyarah saya. Saya juga ingin berterima

kasih kepada tutor saya yag dihormati iaitu En. Ruziman Bin Omar kerana membantu saya

untuk menyiapkan laporan ini dengan sempurna. Beliau turut menyertai dengan kami ke

lawatan penanda aras (benchmarking) di SK Seksyen 9, Shah Alam yang diadakan pada 4

Mac 2014. Beliau telah memberi sokongan moral kepada saya dan rakan-rakan sekelas

saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang banyak

membantu saya untuk menyelesaikan kerja tugasan saya dengan bantuan mereka.

Sewaktu saya menjalankan Program Bina Insan Guru (BIG), saya mendapat banyak

pengalaman yang tidak berharga dan tidak boleh dilupai. Sekolah yang dipilih untuk lawatan

penanda aras (benchmarking) adalah SK Seksyen 9, Shah Alam. Sekolah tersebut

merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi. Di sini saya ingin menyatakan bahawa ini

merupakan kali pertama saya berkunjung ke Sekolah Berprestasi Tinggi. Maklumat-

maklumat yang diberikan tentang sekolah tersebut menjadi pengetahuan dan pengalaman

Page 2: REFLEKSI

baru bagi saya. Saya juga menyedari bahawa pihak sekolah harus menghadapi pelbagai

rintangan dan masalah untuk menjadikan sekolahnya sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Saya juga mendapati maklumat-maklumat tentang pengurusan sekolah dan prestasi

murid-murid sekolah tersebut. Saya berasa amat kagum melihat prestasi murid-murid

sekolah tersebut. Penglibatan murid-murid sekolah tersebut sangat aktif sehingga mereka

dapat melibatkan diri dalam pertandingan ke peringkat antarabangsa. Moto sekolah tersebut

adalah “Sekolah dalam Pusat Sumber “. Ini membawa maksud murid boleh mengakses

maklumat dari pelbagai tempat di kawasan sekolah tersebut. Saya juga dapat melihat

beberapa pembaharuan di sekolah tersebut. Salah satu pembaharuan adalah bilik kitar

semula. Sekolah tersebut telah mengamalkan 3R iaitu Recyle, Reuse and Reduce. Murid-

murid di sekolah tersebut telah dilatih untuk menggunakan semula barang-barang yang

dibuang seperti botol air, kertas lama dan sebagainya.

Saya juga dapat mengetahui kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk murid

pemulihan di sekolah. Kaedah-kaedah yang menarik telah digunakan oleh guru-guru di

sekolah tersebut untuk menarik perhatian murid. Kaedah belajar di luar kawasan sekolah

seperti di tepi pantai merupakan kaedah yang berkesan kepada murid untuk mengurangkan

tekanan murid. Infrastruktur-infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah telah

melengkapi kehendak murid di sekolah tersebut. Pelbagai sudut-sudut bacaan telah dibina

di seluruh kawasan sekolah. Informasi-informasi yang didapati di kawasan sekolah amat

berguna kepada murid. Melalui program ini, saya juga dapat menghulurkan bantuan saya

untuk mengemaskan bilik kitar semula dan bilik kokurikulum sekolah tersebut. Saya berasa

sangat gembira kerana dapat membantu pihak sekolah untuk membersihkan kawasan

sekolah. Semua aktiviti yang dilaksanakan di sekolah tersebut agak mancabar bagi murid-

murid tersebut.

Pada hari Selasa bersamaan 18 Mac 2014, satu bengkel iaitu Bengkel Pengurusan

Pendidikan telah diadakan di Dewan Darul Makmur, IPGKTAA. Elemen-elemen tentang

Guru dan Perundangan, Mandat, Akta 550 (1996), Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling

Perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-sektor dan fungsi dan peranan PPD telah

diperbincangkan. En. Fauzi Bin Hassan, pensyarah IPGKTAA, telah memberi taklimat

tentang Surat Pekeliling Ikhtisas dan Pekeliling Perkhidmatan. Selepas rehat, pegawai PPD

Kuala Lipis iaitu En Zulfakhiri Bin Idris telah memberi taklimat tentang peranan Pejabat

Page 3: REFLEKSI

Pendidikan Dalam Pengurusan Pendidikan. Beliau telah memberi penjelasan tentang

peranan PPD dalam pengurusan sekolah. Saya telah mendapat pelbagai maklumat baru

tentang Surat Pekeliling Ikhtisas dan peranan PPD dengan lebih mendalam. Bengkel ini

dapat membina pemikiran dan memberi motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

Bengkel ini juga dapat membina kemahiran menguruskan organisasi dan persekitaran

pendidikan di sekolah pada masa yang akan datang.

Secara keseluruhannya. Kursus ini juga membantu saya untuk memahami dan

menyenaraikan aspek-aspek perundangan dan peraturan pendidikan serta implikasinya

kepada tugas seseorang guru. Sebagai seorang guru pelatih, saya berasa kerana saya

dapat menunjukkan komitmen dalam melaksanakan peranan dan tangggungjawab saya.

Saya juga mengamalkan semangat ingin tahu yang mendalam untuk pembinaan diri saya.

Saya menganggap program ini memang sebagai program yang membina seorang insan

guru yang berwibawa. Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang telah

memupuk beberapa nilai murni dalam diri saya. Saya dapat mengenali identiti diri saya iaitu

seorang guru. Program ini membantu saya untuk mengenali cara saya mendekati budaya

sekolah di sekeliling saya. Saya juga dapat memahami reality dan tanggungjawab saya

sebagai seorang guru.

Program BIG fasa ke-5 ini juga merupakan program yang amat menarik perhatian

saya kerana melalui program ini saya dapat menerapkan nilai-nilai murni yang menjurus

kepada profesion keguruan. Program BIG ini juga telah menyemai sikap-sikap yang baik

dalam kalangan guru pelatih. Sikap-sikap seperti menepati masa, bekerjasama, tolong-

menolong, bersabar dan dapat diperoleh melalui program ini. Program ini juga dapat

melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. Guru pelatih dapat mengenali situasi di sekolah

dan tugas seorang guru selain mengajar murid-murid di sekolah.

Dalam proses mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah

menyedari sesuatu bahawa sebenarnya ilmu atau sesuatu maklumat itu sebenarnya boleh

diperolehi daripada pelbagai sumber. Cuma kita sahaja yang perlu tahu bagaimana cara

untuk menggunakan sumber-sumber tersebut. Semasa membuat tugasan tersebut juga,

saya telah menemui kelemahan dalam diri saya iaitu kurang peka terhadap kepelbagaian

sumber tersebut. Sekarang saya telah sedar dan akan memperbaiki kelemahan tersebut.

Page 4: REFLEKSI

Semasa proses menyelesaikan program ini, saya belajar tentang cara bekerjasama

dengan rakan-rakan saya. Amalan kerjasama ini amat penting untuk menyiapkan sesuatu

aktiviti atau tugasan dengan sempurna. Amalan ini juga menjadikan kita bersatu dalam satu

komuniti yang teguh. Program ini dapat merapatkan hubungan sillaturahim antara saya

dengan ahli kumpulan saya. Tidak boleh dinafikan, konsep 1 Malaysia ini memang

merapatkan hubungan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Oleh sebab kami

bekerjasama, kami dapat menjalankan program BIG ini dengan berjaya. Walaupun tidak

mempunyai banyak cabaran seperti program BIG yang lepas saya tetap berasa bangga

kerana pengalaman ini telah membina semangat dalam diri saya supaya berhadapan

dengan masyarakat tanpa segan silu dalam membentuk negara bangsa yang berjaya.

Pada akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

terutama pensyarah saya, rakan-rakan saya dan keluarga saya yang telah banyak

membantu saya dan memberikan kerjasama bagi saya untuk menyelesaikan tugasan saya

dengan sempurna. Sekian, terima kasih.