refleksi

1
Refleksi Dalam tugasan ini, saya telah mengetahui bahawa pada masa sekarang masalah tingkah laku atau disiplin di sekolah bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid sahaja namun juga akan berlaku dalam kalangan guru. Sebagai seorang guru, kita patutnya menjadi pedoman dan contoh kepada anak-anak murid kita. Tambahan lagi, kita juga merupakan seorang pendidik yang akan mengajar murid supaya mereka dapat bertingkah laku yang baik di samping menuntut ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya , oleh itu, kita yang seorang pendidik haruslah menjadi contoh yang baik dan harus mendidik anak-anak murid kita sejak mereka masih kecil supaya mereka dapat mengamalkan perlakuan yang baik dalam kehidupan mereka. Pendek kata, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab kita haruslah menjaga tingkah laku sendiri dan harus berfikir secara rasional semasa bertindak sesuatu. Kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru kita haruslah sentiasa bersedia dengan segala ilmu dan maklumat secara meluas dan tidak berhenti untuk menimbah ilmu yang lebih baik supaya dapat menghadapi cabaran-cabaran baru yang akan datang pada bila-bila masa. Ini sangat penting untuk menjadi seorang guru yang berjaya dan akan melahirkan pelajar yang berilmu, berkemahiran dan dapat menyumbangkan tenaga kepada negara kita. Oleh itu, dengan adanya generasi baru yang berpengetahuan, mimpi kita untuk mencapai sebuah negara yang maju dan juga Wawasan 2020 yang kita kejar selama ini bukanlah lagi sesuatu yang tidak mampu dikecapi. .

Upload: zhehong-tan

Post on 13-Jul-2016

217 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

moral refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

Refleksi

Dalam tugasan ini, saya telah mengetahui bahawa pada masa sekarang masalah

tingkah laku atau disiplin di sekolah bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid sahaja

namun juga akan berlaku dalam kalangan guru. Sebagai seorang guru, kita patutnya

menjadi pedoman dan contoh kepada anak-anak murid kita. Tambahan lagi, kita juga

merupakan seorang pendidik yang akan mengajar murid supaya mereka dapat bertingkah

laku yang baik di samping menuntut ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah “ Melentur Buluh

Biarlah Dari Rebungnya”, oleh itu, kita yang seorang pendidik haruslah menjadi contoh yang

baik dan harus mendidik anak-anak murid kita sejak mereka masih kecil supaya mereka

dapat mengamalkan perlakuan yang baik dalam kehidupan mereka. Pendek kata, sebagai

seorang guru yang bertanggungjawab kita haruslah menjaga tingkah laku sendiri dan harus

berfikir secara rasional semasa bertindak sesuatu.

Kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru kita haruslah sentiasa bersedia dengan

segala ilmu dan maklumat secara meluas dan tidak berhenti untuk menimbah ilmu yang

lebih baik supaya dapat menghadapi cabaran-cabaran baru yang akan datang pada bila-bila

masa. Ini sangat penting untuk menjadi seorang guru yang berjaya dan akan melahirkan

pelajar yang berilmu, berkemahiran dan dapat menyumbangkan tenaga kepada negara kita.

Oleh itu, dengan adanya generasi baru yang berpengetahuan, mimpi kita untuk mencapai

sebuah negara yang maju dan juga Wawasan 2020 yang kita kejar selama ini bukanlah lagi

sesuatu yang tidak mampu dikecapi.

.